You are on page 1of 16

SUMBANGAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN KE ARAH

PERPADUAN NEGARA

1.0 PENGENALAN

(Perenggan 12 Penyata Razak) menyatakan:

‘Tujuan dasar pelajaran ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada

semua bangsa dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi

semua bangsa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan

dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.’

Jelas di sini menunjukkan bahawa dasar Laporan Razak 1956 ini juga

mengutamakan perpaduan negara dan unsur serta nilai perpaduan menjadi teras bagi

menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat Malaysia yang mempunyai

pelbagai kaum. Penyata Razak jelas telah menggariskan aspirasi ini di dalam

penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Aliran Pendidikan Kebangsaan adalah

saluran berkesan yang dapat membina warga Malaysia yang kukuh bersatu padu.

Akta pelajaran 1961 telah memandatkan perwujudan satu sistem pendidikan yang

bercorak kebangsaan yang memberi penekanan kepada penggunaan Bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar utama, penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah

dan pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid atau pelajar. Sistem

Pendidikan Kebangsaan yang menekankan perkara tersebut dengan tujuan untuk

mewujudkan satu identiti kebangsaan dan justeru itu dapat menyumbang kepada

perpaduan rakyat di negara ini. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris telah dijadikan sebagai matapelajaran wajib bagi semua sekolah dan turut

mengekalkan penggunaan bahasa-bahasa etnik Cina dan Tamil sebagai bahasa ibunda di

sekolah jenis kebangsaan (SJK), dan juga penggalakkan bahasa ketiga seperti Bahasa

Arab, Jepun dan Perancis. Sebenarnya tragedi 13 Mei 1969 juga merupakan salah satu

penyumbang ke arah pembentukan pendidikan kebangsaan yang diharapkan dapat

mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

2.0 DEFINISI

Sumbangan pendidikan kebangsaan ke arah perpaduan negara dapat kita

definisikan melalui beberapa buah buku rujukan. Kamus Besar Bahasa Melayu, Edisi

Ekonomi, 2002 : 1813 mendefinisikan sumbangan sebagai derma, donasi, pemberian,

bantuan, sokongan, sumbangsih dan pertolongan yang diberikan. Manakala, Kamus

Dewan, Edisi Ketiga,1997 :1318 menyatakan sumbangan sebagai sesuatu yang

diberikan sebagai bantuan atau pertolongan yang diberikan. Oxford Advanced

Learner’s Dictionary: 6th Edition :250 mendefinisikan contribution sebagai an action

or a service thats helps to cause or increase.

Menurut Abd. Rahman bin Daub: 1999:15 menyatakan bahawa pendidikan atau

education dalam bahasa Inggeris berasal dari perkataan Latin ‘educare’ yang bermaksud

memelihara atau mengasuh anak. Dalam buku yang sama turut memuatkan beberapa

pendapat tokoh tentang pendidikan. Pendidikan bukanlah merupakan satu ojek atau

benda fizikal tetapi sebagai satu idea (Abdul Rahman dan Zakaria:1987). Pendidikan

adalah khusus dalam apa juga keadaan yang menunjukan gabungan alam semulajadi

dengan manusia. Mereka belajar melalui pengalaman dan perjumpaan dengan alam
(Alder:1970). The process of installing something into human being (Syed Muhamad

Naquid:1980). Manakala menurut Article 26(2) of the Universal Declaration of

Human Right 1984 states that ‘ education shall be directed to the full development of the

human personality and to the strengthening of respect for human rights and fundamental

freedoms. It shall promote understanding, tolerance, and friendship among all nations,

racial or religious groups and shall futher the activities of the limited nations for the

maintenance of peace’.

Kebangsaan pula dapat didefinisikan melalui Oxford Advanced Learner’s

Dictionary: 6th Edition:780, menyatakan national sebagai connected with a particular

nation; shared by a whole nation.

Kamus Besar Bahasa Melayu: Edisi Ekonomi,2002 :816, mendefinisikan ke

sebagai kepada dan pergi. Namun, menurut Kamus Dewan: Edisi Ketiga,1997:

mendefinisikannya sebagai awalan untuk membentuk bilangan yang menunjukan

kedudukan dalam sesuatu siri atau urutan. Ke juga merupakan awalan yang membentuk

kata nama. Oxford Advanced Learner’s Dictionary: 6th Edition:1258, menyatakan to

ialah in the direction of something, towards something.

Arah ialah hala, jurusan, hadap, maksud, tujuan, harapan, matlamat, cita-cita,lari

dan pergi (Kamus Besar Bahasa Melayu: Edisi Ekonomi,2002:83). Manakala, Oxford

Advanced Learner’s Dictionary: 6th Edition:327, mendefinisikan direction sebagai the

general way in which a person or thing develops.

Perpaduan dalam Kamus Besar Bahasa Melayu: Edisi Ekonomi,2002:1335,

sebagai persatuan, perhubungan yang erat, percantuman, penyatuan, permuafakatan,

persesuaian dan penyebatian. Oxford Advanced Learner’s Dictionary: 6th
Edition:1132, solidarity bermaksud support by one person or group of people for another

because they share feeling, opinion and aims.

Oxford Advanced Learner’s Dictionary: 6th Edition:265 , mendefinisikan

country, an area of land that has or used to have its own goverment and laws. Kamus

Besar Bahasa Melayu: Edisi Ekonomi,2002: 1207, negara ialah sebuah kerajaan,

negeri, persekutuan bangsa dan wilayah persekutuan.

Jadi dapat kita simpulkan di sini bahawa sumbangan pendidikan kebangsaan ke

arah perpaduan negara ialah merujuk kepada bagaimana pendidikan kebangsaan dapat

membantu negara dalam mencapai atau meningkatkan persefahaman antara kaum.

3.0 SEJARAH AWAL PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA

Sebelum Malaysia dibentuk, ia terlebih dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu.

Pendidikan di Tanah Melayu bermula dengan pendidikan agama di masjid, surau dan

pondok dengan bimbingan tok guru seperti Sharif Muhammad, Syeikh Daud bin

Abdullah, Syeikh Abdul Kadir, Tuk Kecil, Hj Muhammad, Salleh Penaga dan Hj

Muhamad Tamiri. Selain itu, mereka juga mendapat pendidikan tidak formal daripada

ibubapa dan keluarga seperti bertani, menangkap ikan , menjahit, melakukan kerja-kerja

rumah, menjaga adik dan lain-lain agar mereka dapat meneruskannya apabila dewasa.

Kedatangan British yang mengamalkan dasar ‘pecah dan perintah’ telah mewujudkan

sekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. (Abu Bakar Nordin &

Ikhsan Othman:2003:56)
Walaupun sekolah vernakular melayu ditubuhkan, tetapi pihak British kurang

mengambil berat kerana bimbang kedudukan mereka tergugat jika rakyat tempatan

mendapat pendidikan tinggi. Pendidikan ini diwujudkan hanya untuk memenuhi

keperluan politik penjajah di samping mengambil hati pembesar melayu. Pendidikan

bagi masyarakat melayu hanya sekadar untuk menjadi tenaga buruh atau petani. Antara

matapelajaran yang di ajar ialah bacaan, mengarang, ejaan, menulis, ilmu hisab, latihan

jasmani dan ilmu alam. Pemilihan bahan kurikulum adalah tidak penting terutamanya

buku. Kebanyakannya buku dongeng yang melalaikan dan melekakan orang melayu.

Orang melayu hanya bersekolah setakat Darjah 4 sahaja pada ketika itu. Pada mulanya,

penerimaan orang melayu terhadap sekolah vernakular adalah dingin. Tetapi, pihak

British telah mengambil langkah memberi arahan memaksa anak-anak melayu ke sekolah

berdekatan, mewujudkan jawatan guru pelawat bumiputera bagi kepentingan kemajuan

sekolah melayu, mengenakan denda kepada ibubapa yang tidak menghantar anak ke

sekolah, mendapatkan bantuan ketua-ketua masyarakat dan memberi hadiah kepada

murid yang rajin ke sekolah. (Sharil @ Charil Marzuki, Habib Mat Som:1999:1)

Sekolah vernakular cina pula dibuka oleh mubaligh, individu cina, persatuan cina

ataupun persatuan suku kaum. Biasanya, sekolah vernakular cina mengimport guru-guru

mereka dari negara China. Kurikulum yang dijalankan di sekolah vernakular cina ialah

hafalan klasik lama, bahasa, ilmu hisab, lukisan, nyanyian, latihan jasmani, sejarah, ilmu

alam dan moral. Kerajaan Manchu mula memberi bantuan kewangan kepada pendidikan

orang cina di Tanah Melayu mulai tahun 1901. Kerajaan China mengambil kesempatan

itu untuk menyebarkan ideologi kepada pelajar-pelajar. Pada tahun 1919, telah berlaku

reformasi kebudayaan yang dikenali dengan pergerakkan 4 Mei. Reformasi tersebut telah
memberi pengaruh terhadap pentadbiran sekolah-sekolah vernakular Cina. Pelajarnya

telah di ajar matapelajaran etika, lukisan, geografi, sejarah, sains, matematik, nyanyian

dan pendidikan jasmani. Manakala, tahap persekolahan dibahagikan kepada 3 iaitu

sekolah rendah (6 tahun) junior middle (3 tahun) senior middle (3 tahun) dan sekolah ini

juga menggunakan bahasa mandarin sebagai bahasa pengantar. Pihak British bimbang

dan membendungnya dengan meluluskan Enakmen Pendaftaran sekolah pada 1920.

Tujuannya adalah untuk memberi kuasa kepada Jabatan Pelajaran untuk menutup sekolah

yang tidak menurut syarat. Pada 1924, British mula memberi bantuan kewangan.

Sekolah vernakular Tamil mula dibina di estet-estet dan setiap estet yang

mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang kanak-kanak yang berusia di antara 7 hingga

10 tahun diwajibkan untuk menyediakan sekolah dan guru ( Kod Buruh 1925). Sekolah-

sekolah ini juga dibina oleh mubaligh dan orang perseorangan. Seperti sekolah

vernakular Cina, sekolah venakular Tamil juga mendapat kurikulum dan guru dari India.

Sekolah vernakular Tamil menggunakan bahasa tamil, gurjesat, hindi dan malayalam.

Pihak British telah mengarahkan seorang nazir sekolah tamil yang berbangsa Eropah

telah dilantik pada tahun 1930 untuk mengendalikan pengurusan sekolah-sekolah

vernakular Tamil. Kaedah ini telah dimansuhkan pada tahun 1932 tetapi diwujudkan

semula pada tahun 1938.

Sekolah Inggeris pula mempunyai 2 jenis iaitu free school dan sekolah Inggeris

separa bantuan. Sekolah Inggeris biasanya mempunyai kemudahan yang lebih baik

kerana mendapat sokongan kewangan daripada pihak gereja dan bantuan pemerintah.

Tidak ramai anak Melayu yang berkesempatan untuk belajar di sekolah Inggeris kerana

sekolah ini hanya terletak di bandar sahaja. Namun, pada penghujung tahun 1930an,
peluang untuk anak-anak melayu mula terbuka luas dengan adanya Special Malay Class.

Tamat darjah 4, anak-anak melayu yang lulus peperiksaan khas boleh melanjutkan

pelajaran selama 2 tahun di Special Malay Class dan seterusnya darjah 4 sekolah

Inggeris. Kurikulum sekolah Inggeris pula memperlihatkan bahawa pihak inggeris amat

mementingkan akademik dan menyediakan pelajarnya untuk peperiksaan Cambridge

Overseas School Certificate. Sekolah Inggeris menawarkan matapelajaran Sains, Ilmu

Alam, Pendidikan Jasmani, Lukisan, Bahasa Inggeris, Sejarah Eropah, dan Matematik.

Sebenarnya, pihak British mempunyai tujuan lain di sebalik memberikan

pendidikan. Antaranya ialah memastikan penjajahan Inggeris berterusan, mengekalkan

eksploitasi ekonomi negara, memastikan bekalan tenaga buruh untuk memenuhi

keperluan penjajah dan mengawal semangat nasionalisme di kalangan penduduk

tempatan (Norila Md Salleh & Ikhsan b Othman: sesi 2004/05:8) . Antara sedar atau

tidak, sekolah vernakular telah banyak menjejaskan perpaduan rakyat kerana setiap

sekolah adakah khusus untuk satu-satu kaum sahaja. Ini bererti tiada interaksi antara

melayu, cina dan tamil. Selain itu, bahasa, lokasi dan kurikulum juga adalah berbeza

antara satu sama lain .

Sebelum wujudnya Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, telah lahir beberapa

laporan pendidikan. Laporan Cheseeman 1946, diperkenalkan oleh British setelah

pemerintahan Jepun. Laporan ini merupakan langkah awal British untuk membina semula

pendidikan. Namun, ia tidak dapat dilaksanakan kerana British sibuk membina semula

bangunan yang musnah. Laporan Barnes pada 1949, telah mencadangkan penubuhan dua

jenis sekolah iaitu sekolah Melayu dan Inggeris. Tujuannya adalah untuk mewujudkan

perpaduan di kalangan kanak-kanak. Ia mendapat bantahan orang Cina kerana ia akan
menghapuskan sekolah cina. Kesannya, Laporan Fenn-Wu dikemukakan. Laporan Fenn-

Wu mencadangkan sekolah cina menggunakan 3 bahasa pengantar iaitu Cina, Melayu,

dan Inggeris. Akan tetapi, dasar pendidikannya tidak boleh menekankan kebudayaan

Tanah Besar China. Laporan Razak pada 1956, menekankan pencapaian perpaduan

politik, pembangunan ekonomi dan integrasi sosial. Sukatan pelajaran yang sama

digunakan pada semua jenis sekolah. Laporan Rahman Talib pada 1960 pula mengkaji

laporan Razak dan laporan ini telah memperakui laporan Razak bahawa pendidikan

adalah laluan untuk mencapai perpaduan. Akta Pelajaran 1961 merupakan satu akta yang

didasari oleh sistem pendidikan kebangsaan dan mempromosikan pembangunan

kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Akta ini telah memperkukuhkan kedudukan

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Bagaimana pun,

penggunaan bahasa Cina dan Tamil masih dibenarkan. Laporan Jawatankuasa Kabinet

1979 juga merupakan kesinambungan Akta Pelajaran 1961iaitu pendidikan berfungsi

untuk menyatukan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik.

4.0 MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA

Seperti kebanyakan dasar yang lain, Pendidikan Malaysia juga mempunyai

matlamat yang tersendiri. Antara 3 matlamat utama Pendidikan Malaysia ialah

melahirkan individu dan masyarakat yang berilmu, beramal, dan berakhlak murni

berasaskan kepercayaan kepada tuhan. Yang kedua ialah memupuk ciri-ciri patriotisme

dan mengeratkan perpaduan ke arah membina bangsa Malaysia yang kukuh dalam segala

bidang. Yang ketiga ialah untuk melahirkan sumber manusia yang bertaraf dunia untuk

memenuhi keperluan negara ke arah mencapai taraf negara maju.
5.0 ISI

5.1 BAHASA KEBANGSAAN

Kedudukan serta peranan Bahasa Kebangsaan dalam sistem pentadbiran dan

sistem pendidikan ini ternyata dalam beberapa dokumen penting kerajaan. Artikel 152

Perlembagaan Persekutuan telah mewujudkan satu Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa

Melayu. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah melaksanakan Bahasa Kebangsaan sebagai

bahasa rasmi tunggal negara ini. Akta Pelajaran 1961 dan Rancangan Lima Tahun

Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa

pengantar utama adalah satu prinsip asas Dasar Pendidikan Negara. Rakyat Malaysia

menerima hakikat bahawa Bahasa Kebangsaan adalah tali penghubung terpenting dalam

usaha memupuk perpaduan rakyat kerana ia boleh berperanan sebagai bahasa

pengantaraan untuk masyarakat kita yang berbilang kaum. Malah, Bahasa Melayu telah

diimbangi dengan hak untuk mengguna, mengajar dan mempelajari apa-apa bahasa.

Bahasa Melayu juga diwajibkan penggunaannya dalam maksud rasmi di negara kita.

Selaras dengan kedudukan serta peranannya, bolehlah dikatakan Bahasa Kebangsaan

diajar sebagai salah satu matapelajaran penting di semua peringkat dan jenis sekolah di

Malaysia. Kenyataan ini dapat dilihat melalui pernyataan ini: “Where the main medium

of instruction in an educational institution is other than the national language, the

national language shall be taught as a compulsory subject in the educational institution

(Education Act 1996, Sec.17)”. Dalam akta 1996 telah menjelaskan bahawa kedudukan

Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama hanya untuk sekolah kebangsaan
sahaja dan sekolah jenis kebangsaan telah diberi pengecualian dengan dibenarkan

menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah.

Namun, sehingga kini masih wujud masalah yang berkaitan dengan penggunaan

bahasa meskipun sudah hampir 49 tahun negara kita merdeka. Jelas, negara kita masih

goyah semangat Malaysianya. Setiap etnik utama melayu, cina dan india di negara kita

masih mahu mempertahankan penggunaan bahasa ibunda sendiri dengan menubuhkan

sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Misalnya, sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) dan

sekolah jenis kebangsaan tamil (SJKT). Sekolah-sekolah ini menggunakan bahasa ibunda

seperti mandarin dan tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah. Walaupun, sekolah-

sekolah ini diberi pengecualian oleh akta namun ini sebenarnya menambahkan jurang

antara kaum kerana pelajar akan kurang interaksi dengan kaum yang lain. Pengecualian

ini dibuktikan melalui kenyataan ini: “The national language shall be the main medium

of instruction in all educational institution in the national education system except an

national type school established under section 28 or any other educational initution

exempted by minister from this section (Education Act 1996, Sec.17)”. Akan tetapi ,

sekolah jenis kebangsaan ini tetap diwajib untuk mengajar Bahasa Kebangsaan sebagai

subjek utama kerana ia merupakan bahasa perhubungan dan perpaduan bagi negara kita.

Sebenarnya, melalui bahasa kita dapat meningkatkan perpaduan kerana komunikasi yang

berjalan dengan lancar dan masyarakat akan saling faham kehendak satu pihak yang lain.

Penggunaan bahasa yang seragam dapat membantu menghilangkan perasaan prasangka

kerana setiap golongan masyarakat menggunakan bahasa yang difahami malah ia akan

banyak membantu menangani masalah salah faham konteks maksud ayat yang ingin

disampaikan.
5.2 KURIKULUM KEBANGSAAN

“The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the National

Curriculum which subject to subsection (3) shall be used by all schools in the National

Education system (Education Act 1996, Sec. 18)”. Melalui penyataan ini, jelas bahawa

kurikulum dalam pendidikan kebangsaan juga penting dalam perpaduan negara.

Kurikulum merupakan satu usaha ke arah mewujudkan berbagai-bagai program

pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan murid dan pelajar menerima ilmu

pengetahuan, memperkembang dan meningkatkan kemahiran serta menghayati nilai-nilai

yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Di negara ini, penggunaan

kurikulum di sekolah adalah sama iaitu berdasarkan Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum

Kebangsaan merupakan satu lagi ciri dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk

mewujudkan keperibadian kebangsaan ke arah pembentukkan perpaduan negara.

Kurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di negara ini telah digubal

sedemikian demi mencapai dasar perpaduan. Bagi sekolah rendah, kurikulumnya digubal

untuk memberi kemahiran asas dan menerapkan perkembangan ilmu pengetahuan dan

sosialisasi di kalangan murid-murid sekolah rendah. Manakala, sekolah menengah pula

merupakan kesinambungan sekolah rendah dan ia pula menekankan pendidikan yang

seimbang dan bersepadu. Melalui pelaksanaan ini, Kementerian Pendidikan yakin

mampu mewujudkan jenis rakyat yang diingini oleh Falsafah Pendidikan Negara.

Kementerian Pendidikan telah menjadikan kurikulum sebagai salah satu asas untuk

membentuk perpaduan di kalangan murid-murid yang mendapat pendedahan bermula

dari alam persekolahan lagi. Pendedahan sejak awal dapat memupuk semangat
patriotisme yang tinggi misalnya melalui subjek sejarah. Hal ini kerana, subjek ini

menceritakan kisah perjalanan pembentukkan negara sejak awal lagi. Ia turut memuatkan

semangat perjuangan pejuang tanah air untuk menuntut kemerdekaan. Secara tidak

langsung semangat patriotisme meresap dalam diri pelajar yang belajar mengenainya.

Malah, sukatan pelajaran yang sama juga menyumbang kepada perpaduan negara.

Sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan perlu mendapat pendedahan yang

sama kerana dari situlah semangat pelbagai bangsa dapat ditingkatkan untuk menjaga

negara kita daripada dijajah semula baik dari segi pemikiran atau penaklukan negara. Isu

mewajibkan penggunaan kurikulum kebangsaan sebenarnya telah diperakukan oleh

Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979: “Dengan tujuan untuk mewujudkan

keperibadian kebangsaan, maka adalah diperakukan supaya pendidikan yang diberi

kepada semua murid hingga ke tingkatan V di sekolah-sekolah swasta hendaklah

menggunakan sukatan pelajaran yang sama (Perakuan 33)”.

5.3 PEPERIKSAAN AWAM

“Every school shall prepare its pupils for examinations prescribed by or unfer

this Act or any regulations made under this Act unless otherwise exempted by or under

this act (Educated Act 1996, Sec.19)”. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Pendidikan

Kebangsaan juga menetapkan bahawa peperiksaan awam yang diduduki oleh pelajar-

pelajar haruslah sama atau seragam. Jelas, semua institusi pendidikan harus menyediakan

peperiksaan yang sama agar tidak wujud masalah tentang tahap kelayakan seseorang

untuk memasuki tahap yang lebih tinggi. Namun, mungkin di luar sedar kita, masih
terdapat beberapa buah sekolah swasta yang tidak menyediakan murid-murid atau

pelajar-pelajar mereka bagi mengikuti peperiksaan awam yang dianjurkan oleh

Kementerian Pendidikan. Sekolah-sekolah ini lebih menggalakkan murid-murid atau

pelajar-pelajar mengambil peperiksaan yang dianjurkan oleh badan-badan di luar

kerajaan. Kewujudan peperiksaan ini sebenarnya akan membawa padah kerana kelayakan

peperiksaan itu dikhuatiri akan diragui oleh institusi pendidikan tinggi awam (IPTA)

negara kita. Situasi ini tidak bermaksud sekolah-sekolah swasta tidak boleh menyediakan

pelajar-pelajar mereka untuk mengambil peperiksaan jenis lain, tetapi mereka perlulah

mendaftar dan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Kementerian Pendidikan

sebelum peperiksaan itu diduduki oleh calon-calon yang berkenaan. Pendidikan

Kebangsaan telah menetapkan setiap murid atau pelajar wajib mengambil Ujian Penilaian

Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan

Malaysia (SPM) atau Sijil Peperiksaan Malaysia Vokasional (SPMV), dan Sijil Tinggi

Peperiksaan Malaysia (STPM). Keputusan peperiksaan ini digunakan untuk tujuan

pensijilan dan penentuan kerjaya di samping melanjutkan pelajaran. Selain itu, keputusan

peperiksaan juga dijadikan asas mendapatkan biasiswa dan dermasiswa. PMR adalah

untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat(4), SPM untuk melanjutkan pelajaran

tinggi, maktab perguruan, kursus matrikulasi, kursus bertaraf diploma dan tingkatan 6,

STPM pula untuk pemilihan kemasukan ke universiti tempatan atau luar.
6.0 KESIMPULAN

Oleh kerana, Malaysia mempunyai masyarakat yang majmuk maka konsep

perpaduan dalam konteks negara ini perlu difahami dengan jelas. Satu prinsip Rukun

Negara telah menyatakan bahawa perpaduan mestilah berupaya untuk menangkis semua

gejala yang boleh memecahbelahkan rakyat, seperti semangat perkauman yang menebal

dan perasaan kedaerahan yang melampau. Salah satu cara yang digunakan agar rakyat

Malaysia sentiasa bersama adalah melalui pendidikan kebangsaan. Institusi sekolah

diharap bukan lagi hanya sebagai tempat untuk belajar menulis, mengira dan membaca

tetapi sekolah juga berperanan untuk membimbing pelajar untuk hidup bermasyarakat

dan bernegara. Malah, cara ini di anggap paling berkesan kerana setiap orang pasti akan

melangkah ke alam persekolahan dan keadaan ini sedikit sebanyak dapat membantu

meningkatkan semangat cintakan negara berdasarkan sukatan pelajaran, penggunaan

bahasa melayu dan sistem peperiksaan yang seragam. Semangat patriotik perlu ditanam

dalam diri setiap kumpulan etnik agar negara kita kukuh daripada dijajah oleh anasir luar

melalui pemikiran.
BIBLIOGRAFI

Buku Rujukan

Abd Rahman bin Daub (1999) Teknologi Maklumat, Konsep, Peranan dan

Perkembangan, Edu System Sdn. Bhd

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman,(2003) Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum,

Tanjong Malim,Quantum Books

Amir Hasan Dawi (2002) Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Kedua, Tanjong

Malim, Quantum Books

Dewan Bahasa & Pustaka, Kamus Dewan, Edisi Ketiga (1997), Kuala Lumpur ,Dewan

Bahasa & Pustaka

Hj Zainal Abidin Safarwan (2002) Kamus Besar Bahasa Melayu, Edisi Ekonomi, Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd

Norila Md Salleh dan Ikhsan b Othman (2004/05) Nota Kuliah

Sally Wehmeier ,Oxford Advanced Learner’s Dictionary, 6th Edition, Oxford University

Press

Sharil @ Charil Marzuki dan Habib Mat Som (1999) Isu Pendidikan Di Malaysia,

Sorotan dan Cabaran, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd

Key Questions On Malaysian Education (1984) Consumers Association of

Penang
Laman Web

Bismillahirahmanirahim, Dasar dan Pelaksanaan Sistem, Vlib. Unitarklj1. edu.my

Pendidikan Malaysia-Wikipedia, ms. Wikipedia.org

Persamaan dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 dengan Akta Pendidikan 1996, Yik. Itgo.

Com. My.

Selamat Datang ke CikguNet- Sessi Bahasa Melayu,WWW. Cikgu. Net.my