1.0 PENGENALAN Moral mempunyai banyak teori yang menerangkan tentang perkembangan moral.

Antaranya ialah teori perkembangan kognitif jean piaget (1896-1980) yang mengutamakan pertimbangan, pemikiran atau penakulan moral, teori piskoanalisis yang menumpukan pada aspek-aspek perasaan atau emosi dan pendekatan teori pembelajaran yang hanya menekankan aspek tingkah laku. Walau bagaimanapun Lawrance Kolhberg adalah dianggap sebagai pelopor utama dalam memperkatakan teori perkembangan moral. Beliau dilahirkan pada 25 Oktober 1927 dan membesar di Bronxille, New York. Beliau pernah menjadi professor di Universiti Havard dan mula popular dalam tahun 1970-an. Pada tahun 1958, beliau telah menghasilkan peringkat teori moral yang pertama. Beliau bermula sebagai ahli psikologi pembangunan dan meneruskan kerjaya dalam bidang pendidikan.Teori yang dikemukan oleh beliau banyak bergantung pada pemikiran kepada pemikiran ahli psikologi Swiss, Jean Piaget dan ahli falsafah mereka John Dewey. Ahli-ahli psikologi ini menekankan pertumbuhan sosial berkembang secara falsafah dan psikologi dalam bentuk progresif. Kohlberg telah membahagikan peringkat perkembangan moral kepada 3 peringkat utama dan setiap peringkat dipecahkan kepada 2 tahap iaitu peringkat pra-konvensional iaitu orientasi dendaan dan kepatuhan, dan orientasi ganjaran peribadi, peringkat konvensional iaitu oreintasi harmoni antara peribadi dan orientasi undang-undang dan peraturan dan peringkat post-konvensional iaitu orientasi kontrak sosial dan orientasi prinsip etika sejagat. Manakala dalam kajian ini juga mengkaji bagaimana teori perkembangan robert selman dia aplikasikan dalam kehidupan seharian contohnya dalam isu pertukaran jantina ini yang dilakukan oleh penyanyi terkenal iaitu Michale Jackson. Teori Selman, mempunyai 5 peringkat perkembangan manusia iaitu tahap 1 (umur 3 hingga 5 tahun) yang melibatkan egosentrik, tahap 2 (umur 6 hingga 8 tahun) dimana pada tahap ini kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan tersebut atau mereka yang berada pada situasi sudah mempunyai pngetahuan sosial, tahap 3 (umur 8 hingga 10) ini pula

meletakkan diri seseorang pada diri sendiri atau tindak balas diri, tahap 4 (umur 10 hingga 12 tahun) lebih mementingkan pandangan bersaling iaitu pandangan orang ketiga dan masyarakat berlaku secara serentak dan tahap 5 (umur 12 hingga 15 tahun) ni lebih kompleks dimana seseorang individu sudah mempunyai pemikiran yang kompleks dalam sistem sosial dan konvensional. 2.0 ISU PEMBEDAHAN PLASTIK Pembedahan plastik adalah satu bidang perubatan yang menggunakan teknik-teknik tertentu untuk menukar rupa dan fungsi badan seseorang. Antara kaedah yang digunakan dalam pembedahan plastik termasuklah penambahan kosmetik yang hanya mengubah bentuk fizikal atau rupa seseorang serta pembedahan yang melibatkan perubahan pada anggota yang diubahsuai dengan menambah baik fungsi tersebut. Pada masa dahulu, keindahan dianggap lebih penting daripada fungsinya. Oleh yang demikian, maka terlahirlah idea untuk memulakan pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan. Perkataan "plastik" berasal daripada perkataan Yunani iaitu, plastikos yang bermakusd acuan atau membentuk. Penggunaannya di sini tidak melibatkan bahan polimer sintetik plastik. Pakar bedah plastik lazimnya membuat acuan dan membentuk semula tisu-tisu badan contohnya seperti membaik dan membentuk tulang, tulang rawan, dan kulit. 2.1 FAKTOR-FAKTOR MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK Matlamat asas pembedahan plastik bahagian tubuh dan wajah. adalah untuk membetulkan kecatatan terhadap

Kecacatan yang mendorong seseorang melakukan

pembedahan plastik adalah disebabkan oleh kecatatan teruk yang dialami akibat kemalangan atau lahir dengan kecacatan seperti rekah bibir dan lelangit dan ‘long face syndrome’ atau penyakit lain disebabkan mutasi genetik. Jika kecacatan sebegitu tidak dibetulkan, ia menyukarkan pesakit dan menyebabkan dia berasa tertekan dengan persepsi masyarakat.

Selain itu, pembedahan plastik juga bertujuan untuk memulihkan kembali fungsi badan yang terganggu. Seterusnya, ramai orang yang melakukan pembedahan plastk untuk mencantikkan paras rupa dan fizikal. Hal ini sering terjadi dalam kalangan wanitawanita terutamanya golongan selebriti. Misalnya, untuk menjadikan tubuh mereka Nampak lebih langsing dan seksi mereka melakukan pembedahan plastik untuk membentuk tubuh yang diingini. Selain itu, pembedahan plastik ini selalunya dilakukan di wajah untuk mendapatkan raut wajah yang sempurna dengan membuat pembedahan ke atas beberapa tempat tertentu seperti di kawasan pipi, rahang dan bibir. 2.2 SYARAT MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK Tujuan yang dibenarkan seeorang itu melakukan pembedahan plastik ialah jika tidak dilakukan akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang individu. Selain itu, pembedahan plastik juga boleh dilakukan sekiranya individu itu bertujuan mengembalikan kecacatan yang dialaminya kepada bentuk kejadian manusia normal. Namun, pembedahan plastik tidak dibenarkan sekiranya individu itu hanya untuk menjadikan dirinya kelihatan lebih cantik daripada sebelumya. Seterusnya, pembedahan plastik juga dilarang sekiranya boleh mendatangkan bahaya kepada nyawa seseorang dan memudaratkan kesihatanya. Syarat pembedahan plastik yang dibenarkan Islam ialah memiliki keperluan tidak bercanggah dengan syariat untuk melakukan pembedahan iaitu hanya untuk tujuan kesihatan semata-mata dan tiada niat lain. Seterusnya, pembedahan yang hendak dijalankan itu mestilah diakui oleh doktor Islam dan pakar dalam bidang itu. Selain itu, doktor yang melakukan pembedahan itu mestilah yakin bahawa pembedahan itu boleh berjaya dilakukan tanpa sebarang risiko bahaya dan tidak memudaratkan pesakit. Sebelum melakukan pembedahan plastik, persetujuan pesakit dan wali juga mestilah diambil kira.

Peraturan umum kecantikan Islam adalah tidak mengubah ciptaan Allah iaitu tidak melakukan pembedahan dengan niat untuk mencantikkan tubuh badan dan wajah. Selain itu, pembedahan plastik boleh dilakukan jika tidak memudaratkan diri seperti mendatangkan kesakitan pada tubuh atau bertambah beban kewangan. Seterusnya, individu itu juga mestilah bebas daripada unsur penipuan atau untuk membanggakan diri, tidak membazir, tiada unsur najis, tidak menyerupai jantina berlainan, tidak menyerupai orang kafir dan fasik dan mestilah mengikut syarat pembedahan plastik yang dibenarkan Islam. Sebenarnya, konsep pembedahan plastik yang diharuskan oleh syarak adalah untuk tujuan kebaikan seperti menutup aib atau menyempurnakan kecacatan yang boleh menjadikan seseorang itu merasa tersisih. Selagi bahan yang digunakan untuk proses tersebut tidak mengandungi bahan najis atau yang boleh mengganggu ibadah. 2.3 IMPLIKASI PEMBEDAHAN PLASTIK Setiap pembedahan yang dilakukan tidak kira sama ada pembedahan apa pun, kesan sampingan daripada pembedahan itu akan ada juga. Begitu jugalah dengan pembedahan plastik. Sebenarnya, kesan sampingan akibat pembedahan plastik adalah tinggi kerana setiap pembedahan plastik yang dilakukan belum seratus peratus akan berjaya seperti mana yang diimpikan. Salah satu implikasi daripada pembedahan plastik ialah boleh mengakibatkan maut. Seseorang yang membuat pembedahan plastik terutamanya yang membuat pembedahan selain daripada pembedahan kosmetik boleh mendapat risiko kematian mengejut akibat kompilasi yang dihadapi ketika pembedahan. Misalnya, pesakit boleh mendapat maut ketika pembedahan berlaku akibat pendarahan yang tidak berhenti berlaku. Selain itu, pembedahan plastik juga boleh mengakibatkan kecatatan pada bahagian yang dibedah itu. Misalnya, doktor melakukan kecuaian ketika pembedahan dilakukan. Hal ini sering terjadi sekiranya doktor yang melakukan pembedahan itu

kurang mahir untuk membuat pembedahan plastik pada bahagian yang bukan dalam kepakarannya. Selain itu, pembedahan plastik yang dilakukan juga boleh menimbulkan kesan sampingan jangka panjang. Hal ini terjadi akibat kesan daripada penggunaan ubat yang diberikan semasa pembedahan itu berlaku dan selepas pembedahan. Pada peringkat awal, pesakit tidak mengalami sebarang kesan sampingan dan akan berasa selesa dengan pembedahan yang dilakukan namun selepas beberapa tahun, kesan sampingan ini akan muncul. Kesan sampingan yang berlaku itu akan menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dengan pembedahan yang telah dilakukan dan ada kemungkinan sakit di tempat pembedahan akan muncul. Misalnya, pembedahan kosmetik yang bertujuan untuk membesarkan payudara dan memasukkan silikon di dalamnya akan menimbulkan kesan sampingan kepada individu itu seperti rasa sakit yang amat sangat selepas beberapa tahun pembedahan itu dilakukan. Keadaan ini seterusnya boleh mengakibatkan kesan yang lebih teruk lagi sekiranya payudara itu sudah tidak boleh diselamatkan. Namun begitu, bukan semua peraturan masyarakat yang boleh menerima perbuatan pembedahan kosmetik ini kecuali atas sebab-sebab yang sememangnya mengizinkan seperti merawati kecacatan akibat kemalangan kerana untuk menutup aib dan sebagainya.

3.0 TEORI PERKEMBANGAN LAWRENCE KHOLBERG Menurut Kohlberg, asas pemikiran moral seseorang terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap konvensional, prakonvensional dan poskonvensional. Dalam pada itu, tahap-tahap ini dipecahkan lagi kepada enam peringkat iaitu dua peringkat bagi setiap tahap yang disebutkan tadi. 3.1 Tahap prakonvensional Ciri utama tahap ini ialah berdasarkan kepercayaan bahawa apa yang ‘betul’ atau ‘salah’ adalah sesuatu yang semata-mata berkaitan dengan hukuman dan kuasa. Membuat

sesuatu yang betul adalah untuk mengelakkan daripada hukuman, menghormati satu-satu kuasa, untuk kepentingan diri sendiri dan hubungan saling disukai. Sementara perspektif sosialnya hanya berpusat kepada dimensi fizikal dan akibat-akibat daripada peraturan dan perlakuan. 3.1.1 Peringkat 1 (Orientasi dendaan dan kepatuhan) Peringkat ini berorientasikan hukuman dan kepatuhan. Apa yang dipentingkan ialah kesan fizikal dan bukannya kesan psikologi ke atas orang lain. Tidak membuat atau melakukan sesuatu yang menyebabkan seseorang itu dihukum misalnya melukakan orang lain dan merosakkan harta benda orang lain. Kanak-kanak pada peringkat ini sangat egosentrik sehinggakan tidak dapat melihat dan menimbangkan perspektif individu lain. Hal Ini menyebabkan mereka menolak bahawa pandangan dan kepentingan orang lain adalah berbeza dengannya. Mereka melihat moral sebagai satu set peraturan yang tetap yang telah sedia ada turun-temurun. Peraturan-peraturan ini tidak dilihat sebagai perlakuan yang dikehendaki, tetapi dianggap sebagai satu pedoman tentang apakah bentuk perlakuan yang dikehendaki atau sebaliknya. Peraturan yang berkaitan dengan ‘baik’ atau ‘buruk’ dianggap tidak mempunyai hubungan dengan masyarakat yang lebih besar dan pada hakikatnya mereka tidak mempunyai konsep yang sebenar atau hubungan dengan sebarang kumpulan sosial selain daripada keluarganya. Tahap kesedaran sosialnya adalah terhad dan melihat orang dewasa itu sebagai lebih besar, lebih kuat dan boleh mengawal perlakuan kanak-kanak. Mereka juga mempunyai konsepsi moral yang terhad kerana penilaiannya berdasarkan kepada ancaman luaran yang tidak memberikan erti sebenarnya tentang keadilan dan saksama. Walaupun pemikiran moral telah meningkat, tetapi sikap egoismenya masih tetap wujud. Satu-satu tindakan itu dianggap ‘baik’ jika membawa akibat yang positif kepada yang melakukannya. Oleh itu, mencuri untuk orang yang dikasihi adalah dibolehkan mengikut pandangan kanak-kanak di peringkat ini. Sebaliknya, mencuri untuk orang yang tidak dikenali adalah salah kerana perbuatan itu tidak memerikan kesan yang baik kepada yang melakukannya. Oleh itu, definisi ‘betul’ untuk kanak-kanak di peringkat ini

adalah didasarkan kepada nilai satu-satu perbuatan, bukan didasarkan atas kesdaran sikap obligasi dan persefahaman bersama. 3.1.2 Peringkat 2 (Orientasi ganjaran peribadi) Peringkat ini biasanya disebut ‘hedonisme utalitarian’ iaitu apa yang dikatakan ‘baik’ adalah sesuatu yang diingini, perkhidmatan, kuasa dan lain-lain yang sangat berguna untuk menyenangkan hati seseorang. Sementara, apa yang dianggap ‘betul’ ialah sesuatu yang dapat memenuhi keperluan seseorang dan orang lain. Kohlberg memberikan istilah sebagai ‘marked place morality’. Sementara pemikiran moralnya semakin meningkat, iaitu kebolehan membuat pertimbangan terhadap segala tindakan yang memenuhi segala keperluannya. Kesedaran moralnya juga meningkat, iaitu dari kesedaran yang dipelajari daripada orang lain kepada kesedaran yang timbul dalam dirinya sendiri. Penilaian ke atas sesuatu yang ‘betul’ dibuat berdasarkan asas nilai satu-satu tindakan untuk memenuhi kepuasan kehendak seseorang itu. Perspektif ini sekarang ditentukan oleh faktor dalaman, iaitu kesedarannya sendiri. Mereka juga mula melihat dan menyedari bahawa orang lain mempunyai keperluannya sendiri dan organisasi sosial terbentuk atas dasar pertukaran kepentingan diri di antara satu dengan yang lain. Walaupun pemikiran moral telah meningkat, tetapi sikap egoismenya tetap wujud. Satu-satu tindakan itu dianggap baik jika membawa akibat yang positif kepada yang melakukannya. Oleh itu, mencuri untuk orang yang dikasihi adalah dibolehkan mengikut pandangan kanak-kanak di peringkat ini. Sebaliknya, mencuri untuk orang yang tidak dikenali adalah salah kerana perbuatan itu tidak memberikan kesan yang baik kepada yang melakukannya. Oleh itu, definisi ‘betul’ mengikut kanak-kanak di peringkat ini adalah didasarkan kepada nilai satu-satu perlakuan dan bukannya didasarkan atas kesedaran obligasi dan persefahaman bersama.

3.2 Tahap konvensional

Apa yang dianggap betul mestilah selaras dengan perlakuan baik dalam masyarakat yang lebih besar atau sebahagian daripadanya. Ini melibatkan peraturan sosial, jangkaan dan peranan. Seseorang itu harus bertindak dengan betul bukan kerana hukuman atau kepentingan diri, tetapi kerana motivasi dalaman yang diterima dan diharapkan oleh masyarakat. Seseorang itu sangat prihatin tentang pendapat sosial, ketaatan dan sikap memberi dan menerima. Sementara perspektif sosialnya lebih mengutamakan pendapat atau pandangan masyarakat yang dianggotainya. Dengan ini, orientasi egosentriknya pun mula kurang dan menurun. 3.2.1 Peringkat 3 (Orientasi harmoni antara peribadi) Peringkat ini biasanya disebut persetujuan interpersonal atau ‘good boy, nice girl orientation’. Maksudnya, melakukan sesuatu yang betul sebagaimana yang dijangka dan diterima oleh orang lain. Dengan perkataan lain, berkelakuan selaras dengan peranan seseorang itu, serta taat dan jujur dalam kumpulannya. Menekankan peri mustahaknya mempunyai motif yang baik dan mengambil berat tentang orang lain. Mereka juga menyedari bahawa penyelesaian terbaik terhadap konflik moral ialah dengan melihat kepada peraturan sosial yang terdapat dalam masyarakatnya. Motivasinya sekarang ialah untuk mengekalkan perhubungan yang positif di antara ahli-ahli kumpulannya. Di sini, apa yang dipentingkan ialah niat atau tujuan dan bukan semata-mata tindakan tertentu yang diambil. Sesuatu perlakuan yang baik yang dilakukan oleh orang lain dilihat sebagai contoh untuk individu itu melakukannya. Oleh itu penilaian tentang kebaikan dan moral di peringkat ini adalah berdasarkan sama ada satu-satu perlakuan itu diterima atau tidak oleh orang lain. Walaupun tahap pemikiran moralnya telah bertambah, tetapi pada keseluruhannya kanak-kanak ini masih lagi dipengaruhi oleh sikap egosentrismenya, iaitu orientasi sikap moralnya masih tertumpu kepada dirinya sendiri dan sikap moralnya masih juga stereotaip dan bentuk konvensional. Apa yang dikatakan moral itu masih merupakan sesuatu yang di luar diri seseorang. Mereka masih mencari pengesahan luar untuk menentukan apa yang dianggap

sebagai baik (bermoral). Pengesahan oleh seseorang atau dirinya sendiri dianggap masih tidak mencukupi. Sebaliknya, pengesahan itu mesti ditunggu dari sumber-sumber autoriti yang sah. Misalnya, dalam reaksinya terhadap menipu, kanak-kanak itu akan berasa bersalah jika perbuatannya menipu itu diketahui oleh bapanya, tetapi kurang rasa bersalah kalau yang mengetahuinya ialah abang atau kawannya. 3.2.2 Peringkat 4 (Orientasi undang-undang dan peraturan) Peringkat ini biasanya dijelaskan sebagai peringkat untuk mengekal dan mematuhi undang-undang. Hak didefinisikan sebagai kesanggupan melakukan sesuatu tanggungjawab dalam masyarakat dan mematuhi peraturan sosial yang telah sedia ada. Ini dianggap sebagai satu obligasi yang memerlukan seseorang itu menghormati dan mengekalkan sebarang peraturan sosial. Misalnya seseorang itu sudah sepatutnya mengakui dan menghormati hak orang lain yang diperolehinya secara sah. Pada peringkat ini juga, seseorang itu mula menyedari bahawa kewujudan peraturan tertentu bagi kumpulan tertentu sahaja adalah tidak mencukupi dan tidak adil. Apa yang diperlukan ialah, satu peraturan yang menyeluruh untuk masyarakat yang lebih dan boleh digunakan oleh semua kumpulan dalam masyarakat tersebut. Tanpa satu peraturan yang standard dan seragam, perlakuan manusia akan menjadi kacau-bilau. Oleh itu, individu pada peringkat ini mempunyai persepsi tentang pentingnya peranan setiap individu sebagai sebahagian daripada masyarakat yang besar. Semua ahli masyarakat mesti patuh kepada peraturan yang telah sipersetujui dan ditetapkan. Dengan mempunyai tujuan yang baik, kesetiaan dan hubungan personal sahaja tidak dianggap mencukupi untuk mengekalkan keadilan dan peraturan tersebut. Seterusnya, undang-undang interaksi yang teratur, kemakmuran dan hak-hak individu. Oleh sebab itu, mereka akan marah terhadap hakim yang menjatuhkan hukuman ringan kepada pesalah yang telah melakukan jenayah besar. Pada peringkat ini juga, sesetengah daripada mereka juga mempunyai pandangan yang lebih kritikal terhadap undang-undang. Pada mereka, undang-undang adalah ciptaan manusia yang mempunyai tujuan atau kepentingan tertentu. Oleh itu, mereka mula

bertanya undang-undang manakah yang patut dijadikan panduan untuk melakukan perlakuan yang baik? Siapakah yang sepatutnya yang menentukannya? Walaupun mereka sedar bahawa undang-undang yang baik mesti mempunyai ciri-ciri seperti berdasarkan prinsip kebaikan bersama, dibuat berdasarkan pendapat majoriti dan berdasarkan prinsip undang-undang moral. Undang-undang ini juga dilihat mempunyai prinsip tertentu dan bukannya setakat satu pernyataan tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan. Undangundang sepatutnya dapat menggambarkan perlakuan umum tentang perlakuan manusia. Walaupun ada kalanya undang-undang itu menidakkan kehendak majoriti. Misalnya dalam kajian yang dibuat, didapati 70% daripada penduduk dewasa di Amerika masyarakat bersetuju tentang perlunya satu undang-udang untuk mengawal penggunaan senjata api. Malangnya, undang-undang ini tidak diluluskan oleh kongres kerana pengaruh daripada golongan yang melobi, iaitu penjual senjata dan takutkan kalah dalam pilihan raya. Begitu juga halnya dengan undang-undang yang terang-terang mencabuli undang-undang dan prinsip moral telah diterima dengan suara majoriti sebagai contohnya dalam kes undang-undang pengasingan berdasarkan warna kulit. 3.3 Tahap pos konvensional Apa yang betul mestilah selaras dengan kehendak yang universal iaitu berdasarkan hak asasi manusia, nilai-nilai atau prinsip-prinsip yang dipegang oleh masyarakat atau individu. Sebagai anggota dalam masyarakat, seseorang itu mestilah menghormati hakhak orang lain, patuh kepada prinsip-prinsip dalam nilai moral yang dilihat sebagai sesuatu yang sah. Sesuatu peraturan dan undang-undang itu dianggap penting untuk masyarakat berfungsi yang seterusnya dapat menjamin keadilan. Seseorang itu tidak sepatutnya mengikut atau mematuhi satu-satu peraturan secara membuta tuli tetapi mestilah kerana prinsip dan tujuan bersama. Perspektif sosialnya lebih mementingkan masyarakat dan tanggungjawab terhadapnya. Individu menyedari hak-hak dan nilai yang menjadi asas terbentuknya masyarakat yang membawa kepada perhubungan sesama mereka untuk melindungi hak-hak dan nilai tersebut. Amalan sosial sepatutnya

didasarkan kepada moral dan bukannya berdasarkan moral yang wujud daripada amalan tersebut. 3.3.1 Peringkat 5 (Orientasi kontrak sosial) Apa yang dianggap betul pada peringkat ini ialah berkaitan usaha mempertahankan hakhak asasi, nilai-nilai dan sebarang kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama dalam masyarakat, walaupun kadangkala terpaksa berkonflik dengan peraturan dan undangundang kumpulan yang telah sedia wujud. Seterusnya dilihat dalam masyarakat, terdapat peraturan yang relatif (undang-undang) dan hak serta nilai yang tidak relatif. Peraturan yang relatif dalam satu-satu kumpulan atau kelompok patut dipatuhi dan dipertahankan kerana ia adalah sebagai satu kontrak sosial invividu terhadap kumpulannya. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama hak dan nilai yang tidak relatif (mutlak) seperti hak untuk hidup dan kebebasan mesti juga dipatuhi tanpa menghiraukan pendapat umum atau kehendak majoriti. Seterusnya mereka memberikan nilai yang tinggi terhadap sikap hormat-menghormati dan kepercayaan bersama kerana kedua-duanya inilah yang dapat melindungi hak-hak individu dan orang lain. Orientasi individu pada peringkat ini ialah ke arah memaksimumkan kebajikan terhadap masyarakat, menghormati kehendak golongan majoriti dan melindungi hak golongan minoriti. Ini dianggap sebagai satu obligasi yang bertujuan supaya orang lain juga akan berbuat sedemikian rupa. Jelaslah sekarang bahawa cara pemikiran mereka telah berubah, daripada yang secara konvensional kepada yang berbentuk prinsip. Sesuatu yang dianggap ’betul’ bukan sahaja ia diterima umum (konvensional), tetapi juga dianggap sebagai sesuatu yang secara automatis sebagai keistimewaan yang sepatutnya diperolehi oleh semua manusia. Sementara itu, keadilan terletak pada pertimbangan individu yang sama dan adil tanpa mengira bangsa, agama, asal usul dan status sosialnya. Ujian terhadap darjah keadilan dan tamadun sesuatu masyarakat dapat dilihat melalui sejauh mana masyarakat itu memberi layanan dan perhatian kepada golongan minoritinya. 3.3.2 Peringkat 6 (Orientasi prinsip etika sejagat)

Ini adalah peringkat tertinggi dalam pemikiran moral seseorang kerana ia melibatkan soal falsafah tentang moral itu sendiri. Apa yang dianggap betul ditentukan berdasarkan satu prinsip pilihan sendiri yang sesuai untuk semua manusia sejagat tanpa mengira masa dan keadaan. Undang-undang (peraturan konvensional) yang berdasarkan prinsip-prinsip tertentu patut dipatuhi. Walau bagaimanapun, prinsip yang diterima pada peringkat ini bukan semata-mata berdasarkan penerimaan sosial sahaja tetapi adalah prinsip-prinsip yang perlu ada pada masyarakat seperti prinsip keadilan, persamaan hak dan menghormati maruah individu. Oleh itu adalah menjadi kesalahan besar menggunakan manusia lain untuk mencapai matlamat yang tidak adil. Sebaliknya, setiap manusia mesti dihormati dalam segala aspek. Satu lagi ciri utama pemikiran moral pada peringkat ini ialah penolakan terhadap sebarang undang-undang yang tidak adil dan percaya bahawa undang-undang seperti ini tidak sepatutnya dipatuhi atau diikuti. Pandangan terhadap individu ditekankan kepada soal menghormati kehidupan dan personaliti individu. Apa yang dianggap baik daripada segi moral bukanlah setakat persepsi tentang autoriti sosial iaitu kebaikan yang terbaik untuk jumlah manusia yang paling ramai. Tetapi sebagai satu permintaan secara logik terhadap prinsip moral yang komprehensif dan konsisten. Ringksnya, apa yang diutamakan ialah menuntut keadilan dengan menghormati kualiti-kualiti yang unik dan hak-hak individu.

4.0 TEORI PERKEMBANGAN ROBERT SELMAN Berdasarkan teori Selman, apabila kanak-kanak sudah berumur mereka

berkecenderungan terhadap kenyataan psikologi dan sentiasa berlawanan dalam memberikan gambaran. Perkembangan terbesar ini didapati berlaku sekitar usia 8 tahun. Selman telah mencadangkan peralihan berlaku daripada egosentrik di bawah orientasi pembaikan kemahiran perhubungan di samping pembangunan moral standard dan tegas. Melalui model perspective taking ini, proses perkembangan didapati melalui 5

peringkat. Perubahan kanak-kanak dari satu peringkat ke satu peringkat lain menyebabkan mereka dapat membezakan pandangan sendiri dan orang lain. Selain itu, mereka juga dapat memahami pandangan dan hubungan antara diri sendiri dan orang lain. Dalam teori Selman, terdapat 5 peringkat perkembangan manusia iaitu tahap 1 (umur 3 hingga 5 tahun), tahap 2 (umur 6 hingga 8 tahun), tahap 3 (umur 8 hingga 10), tahap 4 (umur 10 hingga 12 tahun) dan tahap 5 (umur 12 hingga 15 tahun). 4.1 TAHAP-TAHAP DALAM TEORI PERKEMBANGAN ROBERT SELMAN a) Tahap 1 (Umur 3 hingga 6 tahun ) Pada usia 3 hingga 5 tahun, kanak-kanak dilihat dipengaruhi oleh sifat egosentrik dan sentiasa membezakan diri daripada perasaan yang boleh dilihat. Pada tahap ini juga, kanak-kanak sentiasa bersikap mementingkan dirinya sendiri dan menganggap segala keutamaan yang ada dalam hidupnya semata-mata untuk dirinya sendiri. b) Tahap 2 ( Umur 6 hingga 8 tahun ) Pada tahap ini, kanak-kanak sudah mulai ada pengetahuan sosial ( social information ). Mereka juga mempunyai pandangan sosial yang berdasarkan alasan yang boleh dibezakan daripada satu tujuan diri mengikut satu pandangan. Mereka dilihat tidak sanggup untuk menerima pandangan orang yang lebih dewasa. c) Tahap 3 ( Umur 8 hingga 10 tahun ) Tahap ini dikenali juga sebagai tindak balas diri ( self reflective ). Pada tahap ini, kanakkanak akan meletakkan diri di tempat orang lain untuk menilai niat, tujuan, dan diri kedua-dua individu. Kanak-kanak akan membayangkan bagaimana jika orang lain berada pada situasi yang sedang dialaminya, dan menilai sama ada mereka akan mengambil satu tindakan atau keputusan yang serupa dengannya. d) Tahap 4 ( Umur 10 hingga 12 tahun )

Selman mengklasifikasikan tahap ini sebagai tahap pandangan bersalingan atau mutual perspective. Pada tahap ini, pandangan diri orang ketiga dan pandangan orang lain adalah berlaku secara serentak dan bersalingan. Pandangan orang ketiga ini termasuklah pandangan masyarakat , pihak autoriti dan undang-undang di negara tersebut. e) Tahap 5 ( Umur 12 hingga 15 tahun ) Tahap ini dikenali sebagai tahap sistem sosial dan konvensional. Pada tahap ini, menurut Selman, pandangan berkaitan yang diambil tidak boleh menghuraikan keseluruhan kisah atau kehidupan sosial. Pada peringkat ini juga individu boleh memahami pemikiran dan tingkah laku daripada pemikiran yang lebih abstrak, yang membolehkan secara umum dan perspektif sosial. 5.0 TEORI PERKEMBANGAN LAWRENCE KOLHBERG DALAM ISU PEMBEDAHAN PLASTIK 5.1 TAHAP 1 PRA- KONVENSIONAL a) Orientasi Dendaan Dan Kepatuhan Pada tahap ini, seseorang akan melakukan segala perbuatan yang disuruh kerana takut, jika tidak mengikut segala arahan yang diberikan mereka takut akan didenda atau dihukum. Pada peringkat yang pertama ini, dalam kes michael jackson dia melakukan pembedahan kerana ingin kemasyuharan dan tidak mahu kehilangan peminatpeminatnya. Selain itu, masyarakat setempat di barat beranggapan pembedahan plastik adalah sesuatu perkara yang biasa dan tidak melanggar undang-undang. Oleh itu, proses pembedahan dapat dilakukan tanpa sekatan dan ancaman daripada masyarakat dan pihak kerajaan. Oleh itu, michale jackson berpendapat, dia mengikut undang-undang dan tidak melanggarnya sepatutnya dianggap baik dan tidak sewajarnya dikenakan denda. Ini bertentangan pula bagi mereka yang menggangap pembedahan plastik adalah satu tindakan yang tidak patut dilakukan. Mereka menganggap tindakan ini akan merugikan diri michale jackson ekoran kesakitan pada wajah yang dialaminya. Golongan

ini kebanyakkanya tidak menyetujui pembedahan plastik dilakukan contohnya di Malaysia. b) Tahap Ganjaran Peribadi (Orientasi Instrumental Relativis) pada tahap ini, seseorang melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepuasan diri. Begitu juga dengan tindakan michale jackson melakukan pembedahan untuk mendapat kepuasan diri. Kepuasan diri yang dimaksudkan disini dia mendapat bentuk badan dan paras rupa yang diinginkannya selama ini. Kulitnya juga bertukar daripada hitam kepada cerah. Kepuasa juga dilihat daripada pandangan masyarakat. Masyarakat akan memuji dirinya kacak dan tidak selekeh sepertidahulu dengan rambut gaya ala-ala kumpulan adik beradik terkenal di Malaysia iaitu alleycats. Michale jackson juga mendapat kepuasa daripada aspek bilangan persembahan dan pembikinan album yang diterimanya sehinggan membolehkannya bergelar jutawan dalam masa yang singkat. Menurut Kolhberg, hal ini adalah baik kerana tindakan michale jackson ini adalah untuk mendapatkan apa yang dia inginkan. Ada juga yang berpendapat bahawa michale jackson tidak sepatutnya melakukan pembedahan plastik itu kerana dengan melakukan pembedahan plastik dia akan disisihkan daripada kaumnya kerana telah mengubah identiti dirinya. Di sini, tiada kepuasan yang diperolehinya hasil daripada pembedahan yang dilakukan. 5.2 TAHAP 2 : KONVENSIONAL c) Harmoni Antara Peribadi (Goodbye-Nice Girl) Pada tahap ini, ianya lebih mementingkan pandangan orang lain. Jika orang lain menyatakan pembedahan plastik itu adalah sesuatu perbuatan yang mulia, maka ianya dianggap baik. Michale jackson melakukan pembedahan kerana perbuatanya selaras dengan pandangan peminatnya yang menyokong dan menyanjung dirinya serta menyukai perubahan yang dilakukan ke atas dirinya dan mendapat sanjungan. Oleh demikian, peminat-peminatnya yang menyukai perubahan yang dilakukan, perbuatan pembedahan plastik pada tahap dan peringkat ini dianggap baik.

Namun begitu, jika sebaliknya berlaku dimana masyarakat dan orang setempat menganggap tindakan melakukan pembedahan plastik adalah salah dan mendapat kritik ianya akan dianggap tidak baik. Dalam kes ini, michale jackson sepatutnya tidak patut melakukan pembedahan plastik kerana dia akan dicemuh oleh sesetengah pihak yang menganggapnya melanggar hukum alam dan hukum tuhan. d) Orientasi Undang-Undang Dan Peraturan Tahap ini pula menyatakan tiada ciptan undang-undang yang melarang sesuatu perbuatan ianya akan dianggap baik mengikut teori perkembangan kolhberg. Seperti di barat, pembedahan plastik di salah disisi undang-undang dan malah membenarkannya. Kes michale jackson yang merupakan penyanyi terkenal eropah barat dan kawasan berdekatan dengannya menganggap pembedahan plastik adalah satu perkara biasa. Jika pembedahan plastik dibenarkan oleh masyarakat, maka kolhberg menyatakan ianya baik dan tidak salah disisi undang-undang. Sebaliknya jika peraturan masyarakat melarang perbuatan pembedahan plastik seperti di Malaysia dan dianggap tidak baik, dan michale jackson atau orang yang melakukan pembedahan plastik dalam situasi ini, mereka harus meninggalkan perbuatan tersebut. Dalam keadaan ini kolhberg menyatakan ianya adalah tidak baik mengikut tahap dan peringkat ini. 5.3 TAHAP 3: POS – KONVENSIONAL e) Orientasi Kontrak Sosial pada tahap ini pula pemikiran moral mereka adalah berkaitan dengan usaha-usaha untuk mempertahankan hak mereka, nilai-nilai serta kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama dalam masyarakat. Misalnya mereka merasakan undang-undang yang digubal boleh mendapat persetujuan orang ramai dan dapat memberi kebaikan. Mereka memperjuangkan hak untuk mendapatkan persetujuan untuk melakukan pembedahan plastik terutamanya negara-neraga yang melarang perbuatan tersebut. Dalam kes ini, Michale Jakson melakukan perbuatannya itu menepati haknya sebagai individu yang bebas melakukan apa sahaja terhadap dirinya. jika perbuatan Michale Jackson ini

mendapat persetujuan orang ramai, maka ianya dianggap baik. Mereka juga percaya bahawa undang-undang adalah fleksibel dan boleh diubah sekiranya bertentangan dengan norma-norma masyarakat. Tetapi ada sesetengah masyarakat berpendapat perbuatan Michale Jackson ini tidak sepatutnya dilakukan ini kerana pihak autoriti yang mempunyai kontrak sosial dengannya berbuat demikian adalah untuk mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya melakukan pmbedahan plastic sama sepertinya. Golongan melarang pembedahan plastik kerana perbuatan ini boleh membawa kepada keruntuhan akhlak, maka ianya dianggap tidak baik. f) Prinsip Etika Sejagat Pada peringkat ini apa yang mereka anggap betul adalah ditentukan oleh prinsip pilihan mereka sendiri yang sesuai untuk masyarakat. Ini bermakna jika pilihan mereka adalah untuk menjadi melakukan pmbedahan plastik, maka itu adalah pilihan hidup mereka jika ianya dapat memberi kepuasan kepada mereka. Peringkat ini adalah peringkat pilihan terakhir untuk mereka buat pilihan. Keadaan ini sapa seperti kes Michale Jackson yang mlakukan pembedahan plastik adalah sesuai untuk masyarakt mengikut prinsip etika sejagat. Masyarakat umum dapat menerimanya contohnya di negara-negara Eropah yang menyetujui pembedahn plastik. Sebaliknya, secara umumnya manusia sepatutnya bersyukur dengan kurniaan yang diberikan kepadanya. Oleh itu, ada masyarakat berpendapat Michale Jackson sepatutnya bersyukur dengan pemberian tuhan kepadanya iaitu tidak cacat anggota badan dan sebagainya. Dan bersyukur dengan kelebihan yang ada pada dirinya.

6.0

TEORI

PERKEMBANGAN

ROBERT

SELMAN

DALAM

ISU

PEMBEDAHAN PLASTIK 6.1 Egosentrik Golongan yang melakukan pembedahan plastik ini masih ragu-ragu dengan diri mereka sendiri sama ada pembedahan yang dilakukan mampu menarik perhatian orang ramai atau tidak. Sifat egosentrik disini dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu untuk kepentingan dan kepuasan diri sendiri. Dalam kes seperti ini Michael Jackson melakukan pembedahan plastik kerana ingin mendapatkan kepentingan dan kepuasan yang maksimum adalah lebih utama. Tetapi ada juga mereka yang menidakkan perbuatan Michale Jakson tidak sepatutnya melakukan pembedahan plastik kerana ianya akan memudaratkan dirinya sendiri dan implikasi daripada pembedahan di seluruh anggota badannya termasuk di wajahnya itu.

6.2 Pengetahuan Sosial Pada tahap ini mereka sedar bahawa pendapat mereka dan pendapat orang lain adalah berbeza. Tetapi mereka masih tidak mampu untuk memikirkan pandangan orang lain sama ada pandanagn itu baik atau buruk. Misalnya pandangan orang lain mengatakan bahawa tindakan melakukan pembedahan plastik adalah tidak baik kerana ianya salah mengikut hokum alami, tetapi bagi mereka perbuatan itu adalah baik. Bagi mereka pembedahan plastik adalah tidak salah. Dalam situasi ini Michale Jackson membuat pembedahan plastik jika orang lain merasakan tindakannya itu adalah betul dan wajar dilakukan. Tetapi pada masa yang sama, mereka yang merasakan tindakan itu salah menyatakan Michale Jackson tak patut melakukan pembedahan plastik jika orang lain menyatakan perbuatan itu sesuatu yang tidak baik dan rupa yang sedia ada itu sudah memadai

6.3 Tindak Balas Diri Tindak balas diri ini adalah perkara yang menjadi perbualan dalam hati seseorang yang menginginkan perubahan tetapi pada masa yang sama bertanya pada diri sendiri sama ada benda yang dibuat itu betul atau tidak. Ini mengambil pelbagi aspek termasuk pandangan orang ramai terhadap perbubahan yang akan dilakukannya dan kesannya.selain itu, manusia mempunyai keinginan yang sama iaitu mahu kelihatan cantik pada pandangan orang. Begitu juga dengan Michale Jackson yang melakukan pembedahan plastik kerana beliau merasakan setiap orang yang berada ditempatnya akan melakukan perkara yang sama. Bagi pihak yang bercanggahan pendapat pula, mereka menyatakan Michale Jackson merasakan setiap orang lain yang berada ditempatnya tidak akan melakukan perkara yang sama dengannya. Ini mengikut konsep tindak balas diri mengikut teori Selman. 6.4 Pandangan Bersalingan (Mutual Perspective)  Patut – kerana Mj merasakan peraturan masyarakat ditempatnya menganggap pembedahan plastik itu tidak salah dan boleh dilakukan tanpa kengkangan undang-undang.  Tak patut – kerana MJ merasakan ada masyarakat di tempatnya tidak bersetuju dan dia mungkin akan dipulaukan oleh orang kulit hitam. 6.5 Sistem Sosial Dan Konvensional  Patut – tindakannya akan menimbulkan rasa ambil tahu atau prihatin orang terhadapnya dan membolehkannya menjadi leader atau ikutan.  Tak patut – tindakannya akan menyebabkan dia dikatakan sebagai tidak mensyukuri nikmat yang ada pada wajah asalnya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful