You are on page 1of 7

4.0 Hormat-Menghormati ? Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan.

CIRI-CIRI ? Bekerjasama tanpa mengira mengira kaum, agama, darjat, harta dan pangkat ? Memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada orang lain ? Menghargai budi, jasa, pendapat dan kebolehan orang lain Cara Amalkan ? ? ? ? ? Tidak memperkecilkan/merendah-rendahkan kebolehan orang lain Mewujudkan persefahaman dan kerjasama Melatih dari supaya berkelakuan sopan Menyedari hidup dilingkumi undang-undang Melatih diri supaya tidak emosional

4.1 Hormat dan taat kepada ibu bapa ? Kewajipan dan tanggungjawab seseorang anak bagi memuliakan ibu bapa Cara amalkan ? Menolong ibu bapa ? Bercakap dengan sopan ? Tidak melawan cakap ? Berhemah tinggi dan berperibadi mulia semasa berkomunikasi ? Menghargai dan menyanjungi ? Mengenang jasa dan pengorbanan ? Meminta pandangan 4.2 Hormat dan taat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan,jiran tetangga dan pemimpin. ? Menunjukkan rasa hormat kepada dolongan tersebut dengan memberi layanan yang baik CIRI-CIRI

ancaman dan kata-kata yg mengugat keamanan Cara amalkan ? ? ? ? Sedia berusaha dan sanggup berjuang mempertahankan tanah air Menyangjung tinggi pemerintah dan pemimpin Bekerjasama memajukan negara Bangga jadi rakyat dan berdira tegak ketika Negaraku dinyanyikan 4. berpendidikan. beragama. bertanya khabar. kedudukan dan harta Tidak menyinggung perasaan ibu bapa Menerima nasihat dan tunjuk ajar Cara Amalkan ? ? ? ? ? ? ? Menjaga pertuturan Memberi penghormatan kepada pemimpin Sentiasa memberi senyuman.pangkat.3 Hormat kepada Raja & Negara ? Menerima dan menghormati raja serta lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera. berpesatuan dan berpolitik ? Mempunyai perasaan untuk menjalin kerjasama dan persefahaman ? Menghormati hak diri dan orang lain ? Bersikap terbuka tanpa melampau .4 Hormat kepada Hak Asasi ? Menghormati hak dan keperluan asasi seseorang individu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia CIRI-CIRI ? Seseorang berhak melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar undang negara ? Setiap individu mempunyai hak berucap. mengeluarkan fikiran berkumpul.? ? ? ? Ikhlas dan tidak mengharapkan balasan Menghormati orang tua tanpa mengira keturunan. mengundi. lagu kebangsaan CIRI-CIRI ? ? ? ? ? ? Mempunyai perasaan taat setia Mengetahui perkembangan dalam pentadbiran negara Mengharumkan nama negara Mendukung dan mengamalkan prinsip rukun negara Sanggup berkorban jiwa dan harta benda Tidak mengeluarkan tomahan. atau ucap selamat Berkelakuan baik dan bersopan Tidak mementingkan diri Tidak syak wasangka Membantu jiran jika perlukan pertolongan 4.

? Menerima pendapat serta teguran orang lain secara ikhlas ? Sanggup menerima hukuman Cara Amalkan ? ? ? ? ? ? ? Meminta kebenaran sebelum mengambil barang orang lain Tidak ganggu kawan ketika belajar Menghormati kebudayaan orang lain Tidak mententuh soal peribadi Menggunakan kemudahan awam bersama-sama Berhati-hati dalam pertuturan Menghapuskan diskriminasi jantina. .6 Hormat kepada keperibadian individu ? Menghormati sifat-sifat yang tersendiri yang ada pada setiap individu.7 Patuh kepada undang-undang ? Menerima dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah di tentukan tanpa mengira di mana sahaja seseorang berada CIRI-CIRI ? ? ? ? Memahami pentingnya undang-undang menerima hukuman setimpal berhati-hati dalam tindakan supaya tidak melanggar undang-undang mengetahui hak sendiri 4.5 Hormat kepada Kepercayaan dan Adat Resam pelbagai Keturunan ? Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia CIRI-CIRI ? Amalkan adat resam dan kebudayaan sendiri ? Tidak mengejek. menghina adat dan kepercayaan orang lain ? Bebas mengamalkan adat dengan tidak melanggar peraturan 4. terutama golongan yang kurang bernasib baik CIRI-CIRI ? ? ? ? ? Hormat kepada sifat fizikal.8 Patuh kepada ketepatan masa. potensi dan fikiran Menjaga perasaan orang lain Menghormati golongan yang kurang bernasib baik Tidak memandang rendah orang lain Mempertimbangkan pendapat orang lain 4. mengutuk. bakat.agama dan bangsa 4.

bercakap benar. berhemah tinggi Tidak merosakkan nama baik sendiri Menjaga perbuatan.10 Menghargai Tenaga Pekerja ? Menghargai perkhidmatan. pengalaman. jasa dan sumbangan golongan pekerja Cara Amalkan ? Hari pekerja ? KWSP ? Bonus.? Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah CIRI-CIRI ? ? ? ? ? ? Menepati janji Mengurus masa Bahagi dan suna masa sepenuhnya Guna jadual waktu Tidak berlengah-lengah siapkan kerja Tidak menangguh kerja 4. ilmu dan tenaga ? Menghargai pengorbanan ibu bapa ? Memberi penghormatan kepada tokoh-tokoh 4. tingkahlaku dan pertuturan Berpakaian secara sopan .pengalaman dan jasa ? Menghargai seseorang kerana pengetahuan. ganjaran & insentif 4. pengorbanan dan jasanya dalam sesuatu lapangan CIRI-CIRI ? Menghargai jasa pekerja yang beri khidmat.11 Menghargai maruah diri ? Menghargai maruah diri setiap individu tanpa mengira taraf dan kedudukan CIRI-CIRI ? ? ? ? Mengamalkan sifat-sifat murni seperti baik hati.9 Menghargai kebijaksanaan.

Pengorbanan ibu bapa dalam melayari bahtera rumah tangga amatlah besar. sematamata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda. sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka. ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak kita dilahirkan begitu besar dan tidak ternilai. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Jika salah seorang daripada keduanya. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak sejak kecil sehingga dewasa. tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. anak wajib menghormati.” (Surah al-Israk ayat 23-24). sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu. FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. ISLAM mendidik umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. atau kedua-duanya sekali. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka. dengan berkata): “Wahai Tuhanku. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar). Bahkan walaupun ibu bapa sudah . Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda.” (Surah al-Ahqaf ayat 15). mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa. Mereka juga sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak. cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil. (Riwayat Muslim) Sebenarnya kewajipan menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia saja. Sehubungan itu. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah.Hormati ibu bapa amalan berterusan Rasulullah anggap menderhaka kepada orang tua dosa besar selepas syirik TANGGUNGJAWAB BERTERUSAN: Islam menganjurkan anak berbuat baik kepada ibu bapa walaupun selepas mereka tiada. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan.

Jelaslah menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah suatu amalan utama dan berterusan sepanjang masa. Inilah cara pergaulan dengan ibu bapa dianjurkan Islam. sama ada mereka beragama Islam atau tidak. dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua. kepada Akulah tempat kembali (untuk menerima balasan). pada suatu hari Ummu Sa'ad berkata kepada anaknya. Cuma bagi ibu bapa bukan beragama Islam. kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang sudah kamu kerjakan. perintah menghormati dan berbuat baik itu dengan bersyarat iaitu selagi ibu bapa tidak menyuruh anaknya yang beragama Islam melakukan perkara mensyirikkan Allah SWT.” (Riwayat Muslim). membayar hutang mereka (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. apatah lagi jika ada antara anak mencerca. anak juga dikehendaki melaksanakan wasiat mereka. memaki dan memukul ibu bapa mereka. . maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaul dengan mereka di dunia dengan cara baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang salih). maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan. anak dikehendaki berdoa supaya mereka mendapat keampunan Allah SWT. Diriwayatkan daripada Sa’id bin Abu Waqqas bahawa Ummu Sa'ad adalah seorang kafir kerana terlalu benci kepada Rasulullah SAW. Hormati dan berbuat baik kepada ibu bapa selagi suruhan mereka itu tidak melanggari syariat Islam. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (Allah) dengan sesuatu yang engkau – dengan akal fikiranmu – tidak mengetahui sungguh adanya.tiada.” Peristiwa di atas dikuatkan lagi dengan wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya. Mengingkari perintah supaya berbuat baik kepada ibu bapa termasuk dalam kategori dosa besar. “Bukankah Allah menyuruh engkau berbuat baik kepada ibu bapamu? Demi Allah. Allah SWT menurunkan ayat 8 daripada surah al-Ankabut yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya. Selain itu. aku tidak akan makan dan minum sehingga aku mati atau engkau kufur (kepada Nabi Muhammad saw). Kepada Akulah tempat kamu semua kembali. Berikutan peristiwa ini. ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (daripada awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu dan (ingatlah). Perintah Islam supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini berbentuk umum tidak kira. Jika menyebut ungkapan ‘uuh’ atau ‘aah’ dikira sebagai menyakiti dan menderhaka.” (Surah Luqman ayat 1415).

a katanya: Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya.” (Riwayat Muslim) Selain itu. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain. nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya. Kesimpulannya. membunuh dan berkata dengan kata palsu. Baginda bersabda yang bermaksud: “Menyekutukan Allah. (Riwayat al-Bukhari) Rasulullah SAW menganggap menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar selepas syirik. ekonomi dan sosial dalam negara . nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra katanya: Nabi SAW pernah menceritakan tentang dosa besar. Alqamah pernah melakukan perbuatan mengguris hati ibunya akibat terlalu cinta kepada isterinya. Kestabilan dan kebahagiaan dalam keluarga adalah pemangkin utama ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Satunya ialah peristiwa menimpa Alqamah. banyak peristiwa dan kejadian menimpa orang menderhaka ibu bapanya. Tiada sepatah perkataan pun terkeluar daripada mulutnya. Beratnya dosa menyakiti ibu bapa. Seterusnya masyarakat penyayang mewujudkan kestabilan politik. tidak dapat melafazkan kalimah tauhid pada saat kematiannya.Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-'As r. menderhaka kepada ibu bapa. Azab yang menimpa Alqamah berakhir selepas ibunya memaafkan kesalahan yang dilakukannya. begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya? Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda: Ya. lidah Alqamah seakan-akan terkunci. Alqamah seorang sahabat yang kuat beribadah kepada Allah SWT. anak yang menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa akan mewujudkan keluarga bahagia.