Ekosistem & Biodiversiti

Ekosistem Tanah

PRAKTIKAL 1: EKOSISTEM TANAH – BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN Tujuan :

Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui di sekitar kawasan dan di dalam tanah yang dikaji bagi jenis tanah yang sama tetapi daripada lokasi berbeza Pengenalan : Kehidupan terdiri daripada dua komponen iaitu komponen abiotik dan biotik. Komponen abiotik merangkumi benda-benda yang tidak hidup seperti air, tanah, kelembapan udara dan cahaya matahari manakala komponen biotik pula terdiri daripada benda hidup seperti haiwan, tumbuhan dan manusia. Interaksi antara komponen biotik dengan abiotik membentuk ekosistem. Dengan adanya interaksi-interaksi tersebut, suatu ekosistem dapat mempertahankan keseimbangannya. Terminologi ekosistem (ecosystem) digunakan oleh Roy Clapham pada tahun 1930 bagi menerangkan komponen-komponen fizikal dan biologi alam sekitar yang berhubung kait antara satu sama lain sebagai satu unit. Seorang ahli ekologi iaitu Arthur Tansley kemudiannya memberi definisi yang lebih mendalam tentang ekosistem. Menurut beliau, „ekosistem merupakan seluruh sistem, termasuklah organisma kompleks dan faktor-faktor fizikal dalam alam sekitar‟. (Melissa Stewart, 2002) Sebuah ekosistem terbina dari tumbuhan, haiwan (biodiversiti) dan faktor abiotik yang saling berperanan dalam mengumpul, menyimpan dan menghasilkan tenaga, nutrien dan air. Sebagai contoh, tumbuhan (Pengeluar) mengumpul tenaga hasil dari proses fotosintesis dan menyimpan serta memindahkan tenaga dalam bentuk karbohidrat atau protein dan lemak dalam haiwan setelah memakan tumbuhan. Kepelbagaian sesuatu ekosistem akan meningkatkan kebergantungan fungsi dan menjadikannya lebih stabil. Ekosistem tanah merupakan ekosistem yang baik dan mudah untuk dipelajari. Dalam ekosistem tanah, 1 makrofauna bukan sahaja

Ekosistem & Biodiversiti

Ekosistem Tanah

menyumbangkan kepada proses penguraian pada tanah malah ianya juga menambah kandungan zat organik tanah serta membentuk agrigasi tanah. Tanah yang banyak didiami oleh makrofauna dan mikrofauna tanah juga membantu struktur tanah dengan lebih baik dan meningkatkan keporosannya. Keadaan ini boleh meningkatkan kesuburan tanah dan kaya dengan mineral kerana makrofauna dan mikrofauna tanah merupakan pengurai organisma yang baik. Dalam hal ini, persekitaran tanah seperti faktor abiotik (yang meliputi sifat fizikal dan kimia tanah) serta faktor biotik (adanya biota tanah dengan tanaman tingkat tinggi) ikut berperanan dalam menentukan kadar

pertumbuhan dan aktiviti biota tanah tersebut.

Perbincangan: 1. Bagaimanakah diversiti (bilangan Order dan bilangan individu) makro fauna dalam tanah daripada dua kawasan itu berbeza? Bolehkah anda memberikan cadangan / jawapan sekiranya terdapat perbezaan. Apakah parameter tanah yang boleh kamu ukur yang boleh membantu anda menerangkan perbezaannya? Tanah mempunyai sifat-sifat yang bervariasi. Sifat tanah yang berbeza-beza pada pelbagai tempat menunjukkan ianya dipengaruhi oleh banyak faktor yang membentuknya. Kepelbagaian makrofauna yang terdapat pada tanah boleh berbeza-beza disebabkan oleh jenis tanah atau lokasi tanah tersebut. Sehubungan dengan itu, lokasi atau kawasan yang berbeza akan mempunyai makrofauna yang berbeza-beza. Ini adalah disebabkan oleh kandungan tanah yang mana merangkumi tahap teduh (level of shade), kelembapan/kekeringan tanah, pH tanah, kepadatan tanah dan juga tekstur tanah tersebut. Dalam amali ini, kumpulan kami membuat perbandingan antara lokasi 1 dan lokasi 2 yang kedua-duanya merupakan tanah jenis paya bakau. Semasa sampel diambil, kedua-dua lokasi baru sahaja mengalami 2

Hal ini membuatkan lokasi 1 lebih selamat dan sesuai untuk habitat makrofauna sehingga membolehkan makrofauna mudah dijumpai dalam tanah tersebut. padat. Semasa sampel tanah diambil ianya dalam keadaan kurang lembap dan struktur tanahnya kurang mampat.0. Kombinasi tahap keteduhan yang rendah dan kelembapan tanah yang tinggi di lokasi 1 menggalakkan pembiakan dan penempatan makrofauna yang banyak berbanding dengan lokasi 2. Hasil dapatan kajian ini mendapati sampel tanah daripada lokasi 1 mempunyai lebih banyak makrofauna berbanding sampel tanah lokasi 2. Tanah di lokasi 1 sangat lembap. mempunyai tekstur yang melekit dan mempunyai peratusan kandungan air yang tinggi serta membolehkan makrofauna seperti ikan belacak. Struktur tanahnya padat dan mampat. 3 . Saling kebergantungan antara makrofauna dan mikrofauna yang terdapat di lokasi 1 juga menyumbang kepada hasil dapatan kajian ini. Bagi lokasi 2 pula.Ekosistem & Biodiversiti Ekosistem Tanah hujan. Situasi ini berkemungkinan besar menyumbang kepada perbezaan peratusan kandungan air dalam tanah yang dikira dengan peratusan kandungan air yang sebenar iaitu pada situasi normal. Semasa sampel tanah diambil ianya dalam keadaan sangat lembap dan melekit. ketam paya dan siput lokan mudah untuk bergerak dan hidup dengan banyak di sana. Lokasi 1 merupakan kawasan muara sungai yang mempunyai tahap keteduhan yang rendah kerana terdedah kepada cahaya matahari. ianya merupakan kawasan pantai yang juga merupakan kawasan teduhan kerana kurang terdedah kepada cahaya matahari. Tahap keasidan tanah daripada kedua-dua lokasi ini diuji di makmal dengan menggunakan indikator pH selepas beberapa hari diambil daripada lokasi. Kedua-duanya adalah neutral iaitu 7. Situasi ini juga disebabkan oleh faktor keselamatan dan kemudahan untuk mendapatkan makanan bagi haiwan tersebut kerana hanya terdapat sejenis tumbuhan besar di lokasi 1 iaitu pokok nipah yang keadaan akarnya tidak seperti keadaan akar tumbuhan besar di lokasi 2 yang begitu pelbagai.

kimia dan biologi tanah melalui proses “imobilisasi” dan “humifikasi”. bertindak sebagai pengurai. Dalam pengelolaan atau menjamin ekosistem tanah. peratus kandungan air dalam tanah dan jenis tumbuhan besar di lokasi. Dalam proses pereputan bahan organik yang terdapat dalam tanah. Terangkan peranan makrofauna di dalam tanah. Makrofauna tanah merupakan bahagian kepelbagaian hidupan tanah yang penting dalam usaha membaiki sifat fizik.Ekosistem & Biodiversiti Ekosistem Tanah Jika kawasan tersebut kering akibat daripada masalah penurunan paras air di muara sungai. kepadatan tanah. Makrofauna tanah terdiri daripada pelbagai jenis fauna dengan panjang lebih dari 1mm dan berdiameter tubuh lebih daripada 2mm. membantu meningkatkan aktiviti biologi dan meningkatkan kesuburan tanah serta kestabilan struktur tanah dalam kawasan tersebut kerana ia berperanan untuk membaiki struktur tanah dan membantu proses pembentukan tanah. Molusca dan Cacing Tanah. tekstur tanah. ianya secara tidak langsung meletakkan habitat makrofauna di lokasi tersebut berada dalam keadaan tidak selamat kerana terdedah kepada pemangsa dan seterusnya menyebabkan berkurangnya jumlah makrofauna dalam tanah tersebut. makrofauna memainkan peranan dalam proses fragmentasi yang memudahkan proses pereputan yang lebih lanjut. Makrofauna dan mendapan organik dapat membantu mencegah hakisan tanah. makrofauna memiliki peranan yang sangat penting. Makrofauna berfungsi sebagai sebuah komuniti di dalam tanah yang membantu menyeimbangkan sifat fizikal tanah. Parameter tanah yang digunakan untuk menjelaskan perbezaan kepelbagaian makrofauna yang tinggi di lokasi 1 berbanding lokasi 2 adalah faktor kelembapan tanah. Fungsi utama makrofauna dalam tanah adalah untuk memelihara sifat-sifat fizikal dan biologikal tanah. 2. Sebahagian besarnya terdiri daripada kelompok Arthropods. 4 .

Contohnya. nitrogen. Tanpa makrofauna. dari mana tenaga diperoleh dan di mana tenaga itu berakhir (ie. dll) dan jelaskan arah aliran tenaga. label jenis biota (contoh: fungi. nematode. 5 . magnesium. proses humifikasi serta memperbaiki struktur dan pembentukan tanah. Apa yang akan berlaku kepada tenaga dan nutrien apabila organisma di bahagian atas siratan makanan mati? Rajah 2. Pada bahagian atas siratan makanan). Apa yang dilakukan (pemangsa. memelihara sifat fizikal dan biologikal tanah. tahap kesuburan dan kesihatan tanah tidak terjamin dan mampu menjejaskan aktiviti biologikal. nutrien dapat dikembalikan ke dalam tanah dan memelihara keseimbangan ekosistem tanah di dalamnya. Tumbuhan. makrofauna tanah juga membantu mempercepatkan proses penguraian organisma yang telah mati. 3. pengurai daun. fosforus dan potassium. Kesimpulannya. haiwan dan mikroorganisma yang telah mati akan diurai dan diserap ke dalam tanah untuk ditukarkan kepada nutrien tanah yang penting seperti kalsium. Pada siratan makanan di bawah. makrofauna dalam tanah berperanan sebagai menjamin keseimbangan ekosistem tanah dengan membantu dalam proses pereputan dan penguraian. Semuanya ini dibantu oleh makrofauna yang terdapat pada tanah termasuklah bakteria dan juga fungi. sifat fizikal seterusnya ekosistem tanah itu sendiri. etc).Ekosistem & Biodiversiti Ekosistem Tanah Selain itu.1: Siratan Makanan. Dengan ini.

Rumput memerangkap tenaga cahaya matahari dan menggunakannya untuk mensintesiskan karbohidrat dan protein melalui fotosintesis. dan juga hidup dalam ekosistem marin di mana mereka dinamakan kesalingbolehtukaran dengan penghantar bawahan. Lazimnya. Untuk tujuan tersebut. hanya 1% hingga 5% tenaga solar ditukarkan kepada biomas semasa proses penghasilan.2) Merujuk kepada Rajah 2. pengurai (decomposer) dan detritivores.1.2. Ia termasuklah haiwan. Mereka telah menyumbang kepada penguraian dan kitaran zat makanan. 6 . dalam sesuatu rantai makanan bilangan peringkat adalah terhad kerana pemindahan tenaga akan berkurangan di setiap peringkat sehinggalah semua tenaga habis digunakan. Detritivor pula merupakan heterotrof yang mengambil zat makanan dengan memakan detritus. Konsumer (consumers) merupakan organisma yang bergantung kepada pengeluar (producers) dalam memperoleh tenaga. pengeluar primari (primary producer) atau juga dikenali sebagai organisma autotrof ialah rumput. Kemudian. tenaga yang diperangkap akan dipindahkan kepada pengguna seterusnya iaitu pengguna primer. Salah satu contoh rantai makanan yang dapat dikenalpasti berdasarkan siratan makanan di atas ialah: Rumput Nematod (Pemakan akar) Arthropod (Pencincang -shredder) Arthropod (Pemangsa) Burung Rajah 2. Siratan makanan tersebut merupakan kombinasi beberapa rantai makanan parasitik dan rantai makanan pemangsa. sekunder dan tertier (heterotrof). Pengeluar biasanya menduduki aras trof yang pertama. Detritivor hidup dalam mana-mana tanah yang mempunyai komponen organik.Ekosistem & Biodiversiti Ekosistem Tanah Rajah siratan makanan berlabel– Rujuk LAMPIRAN 2 (Rajah 2.3: Salah satu rantai makanan yang terdapat dalam siratan makanan Rajah 2.

sepanjang proses pemindahan tenaga. hampir 90% daripada tenaga terbebas ke persekitaran sebagai tenaga haba. Tenaga tersebut semakin berkurangan kerana ia bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain dan akhirnya akan hilang sebagai haba dan perlu diambil lagi daripada matahari oleh pengeluar. Detritivores merupakan organisma yang memakan detritus. 4. Contoh detritivores adalah cacing tanah. nematod pemakan akar ialah pengguna primer. nutrien dan tenaga belum lagi hilang kerana akan dikembalikan semula ke tanah oleh ulat-ulat yang memainkan peranan sebagai pengurai semula jadi. Apabila organisma yang berada di puncak siratan makanan mati (burung dan mole). ulat gonggok dan woodlouse. Pertukaran tenaga dalam ekosistem dapat dikesan daripada tahap satu ke tahap yang lain. Organisma yang selalunya dianggap sebagai haiwan perosak yang kotor akan menjalankan peranan ekologikal mereka dengan memakan bangkai-bangkai haiwan yang mati busuk. Apakah kumpulan organisma yang membentuk mesofauna? Apakah kumpulan yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan ini? 7 . pengguna detritus dimakan oleh pemangsa yang lebih kecil seperti burung kecil dan tikus tanah. Seterusnya. Ia bertindak dan mengurai tumbuhtumbuhan atau haiwan yang telah mati dalam tanah serta mengembalikan kitaran nutrien melalui proses penguraian tersebut. Proses pemindahan tenaga adalah tidak sama seperti pemindahan karbon dan nitrogen yang berkitar dalam ekosistem secara berterusan. arthropod pencincang-shredder ialah pengguna sekunder. arthropod pemangsa ialah pengguna tertier manakala burung ialah pengguna di aras trofik tertinggi. Rumput iaitu pengeluar akan menjadi bahan organik setelah ia mati dan dimakan oleh pengguna detritivores.Ekosistem & Biodiversiti Ekosistem Tanah Rumput ialah pada aras trofik pertama (pengeluar). Rantaian makanan ini tidak wujud dalam pengasingan (isolation) dan biasanya saling berhubung dengan siratan makanan. Namun.

Ekosistem & Biodiversiti Ekosistem Tanah Mesofauna adalah organisma yang mempunyai saiz antara 0. Turbelarria. rotifers. Contoh organisma tersebut ialah Protozoa (unisel eukaryotes) iaitu flagellates. Tindakan ini menyediakan habitat baik bagi aktiviti mikrobial. Mereka berfungsi dalam penguraian melalui memakan dan memproses partikel organik yang kecil dalam tanah yang mendap. Kebanyakan mikrofauna adalah protozoa dan nematod yang heterotrofik serta memerlukan karbon organik bagi tumbesaran.0 mm yang berperanan sebagai penukar daun reput (litter transformer). 8 . Ia penting dalam proses neutralizasi. Mikroorganisma menukarkan bahan organik kepada nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dan mesofauna pula membantu memecahkan zarah tanah serta sumber protein apabila organism atau tumbuhan mati dan reput. Nematod dan cacing castrotricha. naked amoeba. Inilah yang menjadi indikator kepada keseluruhan keadaan ekosistem. Fungsi utama dua kumpulan ini adalah mengurai hampir semua bahan-bahan semulajadi dan organik. Mereka akan memakan kembali najis mereka dan najis organisma lain untuk menggunakan nutrien dan bahan lain untuk aktiviti harian mereka. Mesofauna menguraikan bahan organik melalui penghadaman bahan daripada tumbuhan. seterusnya menguraikan lagi bahan organik untuk menghasilkan nutrien yang penting bagi organisma lain Mikrofauna pula adalah organism yang mempunyai saiz kurang daripada 0.1 mm dan 2. Contoh mesofauna adalah mites iaitu hama atau tungau. Mikrofauna juga mendiami usus organisma lain yang lebih besar untuk menguraikan bahan selulos. testacea dan ciliates. Ia penting dalam proses penguraian dan proses permineralan ( meniralization processes).1mm yang hanya dapat dilihat menggunakan mikroskop. Mesofauna juga adalah organism yang masih boleh bergerak di dalam tanah tetapi mereka tidak berpengaruh terhadap struktur tanah. Microfauna ini merupakan pemangsa kepada fungi dan bakteria serta mengawal populasi fungi dan bacteria.

aktiviti pembalakan tidak terancang. pertanian. Ini kerana pembajaan yang berlebihan akan meningkatkan keasidan tanih dan menganggu keseimbangannya. Pengurusan tanah yang terancang hanya akan menjejaskan kualiti dan kesuburan tanah sekaligus memberi kesan negatif kepada organisma atau biota tanah yang menjadikan tanah sebagai habitat mereka. Terdapat banyak kegiatan atau aktviti yang merosakkan kesuburan tanah. ini menyebabkan kandungan humus dan garam mineral dalam tanah berkurangan. kegiatan pertanian yang secara giat juga mampu menghakis permukaan tanah. pengurusan sumber tanah yang baik amatlah perlu di samping amalan pertanian yang baik agar dapat memulihara kesuburan tanah. Tanah membekalkan nutrien untuk tumbuhan. Namun. Segala nutrien yang terkandung akan tercemar dan boleh merosakkan struktur tanah. Jelaskan bagaimana amalan pengurusan tanah kita mengubah kesuburan tanah. masalah yang serius akan mengancam alam sekitar dan seterusnya mengancam manusia. jika amalan pengurusan tanah yang mencemarkan kesuburan tanah tidak terkawal dan berterusan. Beberapa cara untuk memulihara tanih bagi meningkatkan kesuburan tanah dapat dilakukan seperti berikut: a) Menanam tanaman tutup bumi seperti jenis kekacang di ladang kelapa sawit dan getah dapat menguatkan struktur tanah dan menambahkan kesuburan tanah melalui proses pengikatan nitrogen. pembinaan empangan dan perlombongan mampu mengubah keseimbangan ekosistem tanah dan menjejaskan kesuburan tanah. Sebagai contoh. Selain daripada itu. 9 .Ekosistem & Biodiversiti Ekosistem Tanah 5. Rantai makanan boleh menunjukkan kekompleksan biologi dan seterusnya tahap kesuburan tanah tersebut. Penggunaan baja kimia dan racun rumpai mencemarkan tanih. Amalan pengurusan tanah yang baik amat penting agar ekosistem tanah dapat dipelihara dan menjamin kesihatan serta kesuburan tanah. Oleh yang demikian.

d) Pembajaan organik mampu meningkatkan aktiviti mikrob dan hidupan tanah yang lain. cacing dan mikroskopik organisma yang lain. 6. Ini membolehkan air meresap ke dalam tanah dan mengurangkan kehilangan nutrien dan bahan organik. semut. Jelaskan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi ekosistem tanah. Apakah perkhidmatan ekosistem yang dijalankan? Tanah yang berada dalam keadaan normal dan tidak tercemar mengandungi pelbagai jenis mikroorganisma di dalamnya. lubang cacing 10 . Biota tanah termasuklah bakteria. Ekosistem tanah yang baik merupakan ekosistem yang meliputi kesuburan tanah yang baik. seterusnya meningkatkan proses penguraian dan menambahkan kesuburan tanah.Ekosistem & Biodiversiti Ekosistem Tanah b) Pembajakan mengikut kontur dapat mengurangkan larut resap tanih. e) Penggunaan kaedah kawalan biologi iaitu menggunakan sesuatu organisma yang boleh membantu mengawal pembiakan dan populasi organisma lain yang mendatangkan kerosakan. f) Mengamalkan teknik penanaman bergilir yang akan menyeimbangkan nutrien dalam tanah kerana tanaman yang berbeza memberi pengaruh yang berbeza terhadap struktur tanah dan kandungan nutrien dalam tanah. mikroorganisma. Sebagai contoh. Fungsi utama biota tanah adalah menjamin kesuburan tanah. c) Penggunaan sisa tanaman seperti jerami padi dan pelepah kelapa sawit sebagai bahan sungkapan pada batas sayur mampu menambahkan kesuburan tanah apabila berlaku pereputan dan menjadi humus untuk kesuburan tanah. Tanah yang subur mengandungi jutaan biota tanah yang mampu mengubah bahan organik dan unsur-unsurnya menjadi bermanfaat kepada tumbuhan. Biota tanah membantu membentuk saluran atau aliran udara daripada terowong yang berfragmen dalam tanah.

Biota tanah amat penting bagi memastikan kestabilan beberapa fungsi dan keseimbangan dalam ekosistem tanah.Ekosistem & Biodiversiti Ekosistem Tanah dalam tanah. Biota tanah turut bermanfaat kepada produktiviti tanah dan menyumbang kepada kebolehidupan ekosistem kerana aktiviti biota tanah mengekalkan proses kitaran nutrien asas yang berlaku di dalam ekosistem tanah. fosforus. Cacing tanah menarik daun-daun dan juga tumbuhan yang mati ke dalam tanah untuk dikunyah. meninggalkan longgokan tanah halus yang dikenali sebagai buangan cacing ( worm casts). Berkurangnya kepelbagaian tanah terutama sekali dalam penghapusan spesis fauna hanya akan memburukkan tahap kesuburan tanah dan menyebabkan kapasiti produktiviti agrikultur berkurangan. Lubang-lubang ini turut membantu akar tumbuhan untuk berkembang dengan baik. Justeru. biota tanah juga membantu dalam proses penguraian bahan-bahan organik terutama sekali bangkai-bangkai haiwan dan tumbuhan dengan menguraikannya kepada hama dan oleh yang demikian ianya menambahkan kelembapan tanah dan meningkatkan kesuburan tanah. Biota tanah harus dipelihara dan dijamin habitatnya bagi memastikan fungsi ekosistem tanah tidak terjejas. potassium dan kalsium yang boleh digunakan oleh tumbuhan. Di samping kitaran ini. kalium. Aktiviti-aktiviti ini menyumbang kepada menyeimbangkan paras pH tanah dan mengekalkan tekstur tanah. Cacing memakan tanah. penghasilan mukus bersama rembesan air dalam tubuh biota tanah seperti cacing juga meningkatkan aktiviti mikroorganisma tanah yang lain. Hal ini diikuti dengan penghasilan bahan organik yang banyak. Di samping itu. Selain itu. akan terdapat banyak nutrien seperti nitrogen. biota tanah boleh meningkatkan pengmineralan nitrogen melalui kesan terus atau tidak terus ke atas komuniti mikrobioal. 11 .

jenis tumbuhan dan keadaan kawasan yang meliputi tahap keteduhan. Setiap ekosistem tanah mengandungi pelbagai jenis makrofauna di dalamnya.Ekosistem & Biodiversiti Ekosistem Tanah Kesimpulan : Terdapat pelbagai jenis makrofauna di dalam tanah. Lokasi 1 iaitu kawasan paya bakau di muara sungai mempunyai lebih banyak bilangan makrofauna berbanding Lokasi 2 iaitu kawasan paya bakau di pantai. Faktor yang mempengaruhi jumlah fauna yang terdapat dalam sesuatu ekosistem tanah terdiri daripada pelbagai aspek yang bukan sahaja melibatkan kuantiti nutrien dan mineral yang terdapat di dalamnya malahan tekstur. kepadatan. pH tanah. keselamatan dan kesesuaian dengan keperluan organisma-organisma yang berhabitat di dalamnya. 12 . peratus air dalam tanah.

Bakau kurap (Rhizophora). Api-api (Avicennia) Ciri-ciri Kawasan Jenis tumbuhan Nipah Tahap keteduhan Kawasan Terdedah (cerah) Kawasan Teduhan Kekeringan/ kelembapan tanah pH tanah Berair Lembap 7. kasar.1 a) Kawasan Kajian (Paya Bakau) Ciri-ciri Kawasan Kajian Kawasan 1 (Muara Sungai) Kawasan 2 (Pantai) Berembang (Sonneratia).0 (Neutral) 7. Coklat kehitaman. 13 .Ekosistem & Biodiversiti Ekosistem Tanah Keputusan : 1. Warna Tanah Coklat kehitaman.1(a): Ciri-ciri Kawasan Paya Bakau yang dikaji di Dua Lokasi Berbeza. kurang melekit dan kurang berair.2 % Jadual 1.0 (Neutral) Kepadatan tanah Mampat Kurang Mampat Tekstur tanah (berpasir. Lembap.8 % 43. tanah liat dll) Melekit dan berair. Peratus air dalam tanah (Selepas hujan) 53.

14 . (g) Jisim mangkuk pijar dan tanah selepas dibakar dalam ketuhar dengan suhu 240˚C.Ekosistem & Biodiversiti Ekosistem Tanah b) Pengiraan peratusan air dalam tanah: Tanah Kawasan 1 Tanah Kawasan 2 39.97 80.66 82.65 62. (g) Jisim mangkuk pijar selepas diisi tanah.1(b): Pengiraan Peratusan Kandungan Air bagi Tanah Paya Bakau daripada Dua Lokasi Berbeza. (g) Peratus air dalam tanah 39.46 Jisim mangkuk pijar.94 59.96 Jadual 1.

2: Pengkelasan Makrofauna Besar Mengikut Ciri-ciri. Passeriformes Berkaki. 15 . tidak berkulit keras.Ekosistem & Biodiversiti Ekosistem Tanah 1.2 Pengkelasan Makrofauna a) Kaedah Pengkelasan Binari – Rujuk LAMPIRAN 1 (Rajah 1) b) Pengkelasan Mengikut Ciri Fizikal Makrofauna Besar. tidak bercengkerang spiral. berbulu pelepah dan tidak berwarna biru putih. Ikan Belacak Siput Sedut Siput Lokan Perciformes Cerithidea Veneroida Tidak berkaki. Ketam Paya Umang-umang Labah-labah Decapoda Berkaki. MAKROFAUNA BESAR Burung Pekaka Sungai Burung Murai Bakau ORDER CIRI-CIRI CoraciIformes Berkaki. bersisik. berbulu pelepah dan berwarna biru putih. bercengkerang spiral. Tidak berkaki. Tidak berkaki. Araneae Berkaki. berkulit keras. Jadual 1.

20 1.3: Bilangan Makrofauna Besar.4: Bilangan Makrofauna Lebih kecil. 16 .4 Makrofauna Lebih Kecil Nombor @ Lokasi 1 Isipadu tanah = 500 ml – Nombor @ Lokasi 2 Isipadu tanah = 500 ml – Order makrofauna atau Kumpulan Tidak ditemui Jadual 1.Ekosistem & Biodiversiti Ekosistem Tanah 1.3 Makrofauna Besar Bilangan di Lokasi 1 Isipadu tanah = 500 ml 5 12 3 4 0 6 0 Bilangan di Lokasi 2 Isipadu tanah = 500 ml 15 0 0 0 2 0 1 Order makrofauna atau Kumpulan Siput Sedut (Cerithidea) Siput Lokan (Veneroida) Umang-umang (Decapoda) Ketam Paya (Decapoda) Labah-labah (Araneae ) Ikan Belacak (Perciformes) Burung Pekaka Sungai (CoraciIformes) Burung Murai Bakau (Passeriformes) JUMLAH 0 2 30 Jadual 1.

0 2 3+4=7 0 12 0 Kawasan 1 5 Kawasan 2 15 6 0 0 1 0 2 b) Makrofauna Lebih Kecil.Ekosistem & Biodiversiti Ekosistem Tanah 1. a) Makrofauna Besar.5 (a): Bilangan Individu Makrofauna Besar daripada setiap Order atau Kumpulan per liter tanih dan humus. 17 .5 Bilangan Individu daripada setiap Order atau Kumpulan per liter tanih dan humus. Makrofauna Bilangan individu dalam Order Cerithidea per liter tanih/humus Bilangan individu dalam Order Veneroida per liter tanih/humus Bilangan individu dalam Order Decapoda per liter tanih/humus Bilangan individu dalam Order Araneae per liter tanih/humus Bilangan individu dalam Order Perciformes per liter tanih/humus Bilangan individu dalam Order Coraciformes per liter tanih/humus Bilangan individu dalam Order Passeriformes per liter tanih/humus Jadual 1.5 (b): Bilangan Individu Makrofauna Lebih Kecil daripada setiap Order atau Kumpulan per liter tanih dan humus. Makrofauna Tidak ditemui Kawasan 1 – Kawasan 2 – Jadual 1.

org/docrep/fao/010/i0112e/i0112e07. Diakses pada 20 September 2012 daripada http://fitri05. Peranan Makrofauna bagi Tanah.uns.pdf ] Sugiyarto. Konservasi Makrofauna Tanah dalam Sistem Agroforestri.id/wpcontent/uploads/2009/02/sugiyarto-konservasi-makrofauna-tanah.html http://taufikagt2.ac.blogspot. (2002). United States Department of Agriculture: USA Soil Biota and Biodiversity. Peranan Makrofauna Tanah. Jordan Hill: Heinemann Library. Diakses pada 20 September 2012 daripada http://fitri05. (2011). 2008. m/s 102-114. Peranan Makrofauna dan Mikrofauna dalam Sifat Fizik dan Kimia Tanah.Ekosistem & Biodiversiti Ekosistem Tanah Rujukan: Firuza Begham Mustafa.com/2011/01/24/peran-makrofauan-dan-mikrofaunadalam-sifat-fisik-dan-kimia-tanah/ Fitri. Natural Resources Conservation Service.html Melissa Stewart. (2010). Pengenalan Hutan Paya Bakau di Malaysia.com/2011/03/makro-fauna-tanah.fao.wordpress.com/2010/06/peran-makrofauna-bagi- 18 .com/2011/01/24/peran-makrofauna-tanah/ Makrofauna Tanah. Diakses pada 20 September 2012 daripada http://bioryzacollage. Fitri. Diakses pada 18 September 2012 daripada ftp://ftp. Diakses pada 18 September 2012 daripada http://pasca.pdf Taufik. Soil Biology and Land Management.blogspot. (January 2004). (2008). (2001). Rocks and Minerals: Soil.wordpress. Jurnal Sarjana Universiti Malaya Jilid 23. (2011). Diakses pada 20 September 2012 daripada tanah.

Ekosistem & Biodiversiti Ekosistem Tanah 19 .

Ekosistem & Biodiversiti Ekosistem Tanah 20 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful