GURU SEBAGAI PEMBIMBING

Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan Sekiranya pelajar tidak tahu cara akan menjejaskan berkesan, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini

pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya. Di bawah topik ini kita akan membincangkan maksud, matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, kemahiran yang digunakan dalam bimbingan, dan peranan guru dalam membimbing pelajar yang menghadapi masalah dalam hidupnya. Kita juga akan melihat jenis-jenis bimbingan yang diberi oleh sekolah kepada pelajar secara ringkas, serta cara guru dan murid dapat menggunakannya.

Matlamat dan Prinsip-prinsip Bimbingan Sebelum kita melihat matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, mari kita teliti maksudnya dahulu. Umumnya, bimbingan merujuk kepada proses membantu seseorang membina kefahaman dan kemahiran untuk menangani isu dan cabaran hidup dengan berkesan. Dalam proses ini, seseorang itu belajar untuk berubah dan membina sikap, nilai dan kemahiran baru supaya dapat menangani situasi yang sukar dengan lebih baik. Kita perlu faham bahawa bukan mudah untuk berubah; ia merupakan proses yang berterusan dan sebagai guru kita perlu faham bahawa seseorang pelajar itu memerlukan masa untuk berubah. Oleh itu, walaupun bimbingan ialah satu cara untuk membantu pelajar, namun ini tidak bermaksud bahawa guru atau kaunselor harus menyelesaikan masalah pelajar. Sebaliknya, ini bermaksud guru haruslah mempunyai sikap mengambil berat dan mendengar supaya pelajar dapat menerokai dan memahami situasi dan dirinya dengan lebih baik, lalu membina kemahirannya sendiri untuk menangani masalahnya.

Matlamat utama bimbingan adalah untuk membantu pelajar: • Membina potensinya supaya ia boleh menjadi seorang yang sihat dan seimbang, dengan kebolehan dan sikap yang akan membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup dengan berkesan. • • • • Membina kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan. Membina kemahiran menguruskan diri seperti menguruskan masa, menguruskan tekanan, dan menentukan matlamat dan keutamaan untuk dirinya. Memperbaik hubungan interpersonalnya dan membina kemahiran komunikasi yang baik. Membina nilai dan sikap yang sihat dan positif terhadap dirinya dan orang lain, untuk meningkatkan kesedran dirinya serta kefahaman peranan dan tanggung jawabnya dalam hidaup, dan • Membina kemahiran dan sikap bagi kejayaan akademik dan kerjayanya Guru dan kaunselor harus memastikan bahawa bimbingan yang diberi kepada pelajar haruslah sejajar dengan prinsip dan etika tertentu seperti yang berikut: • Bimbingan adalah bagi semua pelajar, kerana perkembangan diri, dijalankan secara sistematik dan terancang dan tidak harus ditujukan kepada “pelajar bermasalah” sahaja. • Fokus utamanya ialah pencegahan – iaitu, untuk mencegah masalah yang serius dalam kalangan pelajar dengan memberi mereka kemahiran untuk menangani masalah sementara masalah itu masih boleh dikawal; • Ia harus dijalankan secara kolaborasi dengan kakitangan sekolah yang lain, seperti guru besar, guru-guru lain, kaunselor, serta dengan kerjasama ibu bapa dan masyarakat; • Pelajar haruslah menyertai proses bimbingan ini sepenuhnya dan penuh rela, serta membina matlamat sendiri untuk membantu dirinya – iaitu, faham bahawa ia bertanggungjawab terhadap perkembangan dirinya serta keputusan yang dibuat dalam hidupnya pada akhirnya. Guru atau kaunselor tidak membuat keputusan bagi pelajar; • Ia harus mengikut garis panduan etika bagi bimbingan dan kaunseling, seperti (i) semua keputusan yang dibuat semasa sesi bimbingan dan kaunseling adalah sulit – iaitu, maklumat mengenai pelajar dan hal yang dibincangkan semasa sesi tersebut tidak harus didedahkan kepada orang lain tanpa kebenaran pelajar tersebut; (ii) guru/kaunselor haruslah senantiasa bertingkah laku secara profesional terhadap

dan • Guru/kaunselor perlu menggunakakan kemahiran interpersonal seperti mendengar dengan aktif dan empati. . dan lain-lain. perbincangan dengan ibu bapa. Guru perlu berganding bahu dengan guru bimbingan/kaunselor untuk memastikan bahawa pelajarnya mendapat bimbingan yang diperlukan. dan lain-lain. • Guru haruslah mengenal perkhidmatan bimbingan yang diberi oleh pihak sekolah supaya dapat memberi maklumat yang berkaitan kepada pelajar dan menggalakkan mereka menggunakan perkhidmatan yang disediakan. kemahiran belajar. supaya dapat menjalin hubungan baik dengan pelajar. persediaan untuk peperiksaan. Saya pasti anda sedar bahawa kebanyakan sekolah mempunyai guru bimbingan atau kaunselor yang terlatih untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. pilihan mata pelajaran. penempatan untuk pengajian tinggi. dan Bimbingan perkembangan diri – komunikasi dan kemahiran memimpin. sebelum merujukkannya kepada guru bimbingan atau pegawai lain sekiranya diperlukan bantuan/bimbingan yang seterusnya. Bimbingan kerjaya – kecerdasan dan tinjauan minat. Memberi bimbingan awal kepada pelajar dan berbincang tentang keperluannya. dan mengelakkan diri daripada menjalin hubungan yang tidak sihat serta tidak beretika dengan pelajar tersebut. bahan rujukan. dan mempunyai perasaan prihatin dan bersikap positif terhadap murid. Sesi bimbingan kumpulan dan individu.pelajar. Apakah caranya anda rasa seorang guru dapat bekerja secara kolaboratif dengan guru bimbingan dan kaunselor untuk memberi bimbingan yang sesuai kepada pelajar apabila diperlukan? Antara tugas guru bekerjasama dengan perkhidmatan bimbingan sekolah untuk pelajar dapat diterangkan seperti yang berikut: • • Memberi maklumat serta maklum balas mengenai keperluan pelajar dan keberkesanan program bimbingan. Antara perkhidmatan bimbingan yang diberi di sekolah termasuklah: • • • • Bimbingan pendidikan – motivasi pelajar. kebajikan pelajar. memilih kerjaya yang betul. menangani masalah hubungan dan masalah emosi.

Kemahiran asas bimbingan akan dibincangkan di bawah. mesra dan tidak berat sebelah. seperti maklumat latar belakang pelajar dan laporan kemajuan kedatangan dan prestasi akademiknya. 4.1 Menunjukkan hormat dan layanan yang positif Apakah maksudnya? Ringkasnya.• Memberi sokongan dan bantuan kepada program bimbingan yang ada di sekolah. Anda boleh melakukan ini dengan mendengar pendapat pelajar itu dan menghormatinya.2. • • Menyimpan rekod terkini mengenai pelajar dalam kelasnya. komitmen kita kepada orang lain… kita perlu mendengar sepenuh . tetapi membimbing bermaksud guru perlu membantu pelajar membina sikap serta kemahiran yang baik untuk mengatasi masalahnya.2.2 Kemahiran mendengar secara aktif “Mendengar ialah satu tindakan kasih sayang. dan mempunyai sikap prihatin dan positif terhadap mereka. dan lain-lain. supaya guru lebih peka dan memahami keperluan pelajar. dengan berperanan sebagai fasilitator dalam kem motivasi. untuk membantu mereka menangani masalah isu-isu dalam hidup mereka? Kita perlu ingat bahawa tugas guru bukanlah untuk menyelesaikan masalah pelajar. serta menunjukkan minat dan keikhlasan untuk memahami situasi dan pandangannya. sebagai mentor bagi program mentor-menti. Apakah kemahiran yang diperlukan oleh seorang guru untuk membimbing pelajar dengan berkesan. hal ini bermaksud bahawa guru menunjukkan sikap positif dan prihatin terhadap pelajarnya. dan • Membantu pelajar membina nilai dan sikap positif. walaupun anda tidak bersetuju dengannya. dan mempercayai bahawa gurunya akan membantunya.2 Kemahiran Asas dalam Bimbingan Sekarang kita akan mempelajari beberapa kemahiran asas dalam bimbingan. 4. dan guru perlu membina satu hubungan yang baik dengan pelajarnya supaya ia bertanggungjawab mengatasi masalahnya. peranan guru sebagai pembimbing adalah secara tidak langsung. serta menghargai pelajar sebagai individu yang unik dan berguna. Membina hubungan baik dengan pelajarnya. tindakan prihatin. Oleh itu. dan mereka boleh menyesuaikan diri dan berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam menjalankan aktiviti dalam kelas. 4.

Baca dan cuba fahamkan garis panduan kemahiran mendengar dengan penuh perhatian yang berkesan di bawah: . Untuk menjadi pendengar yang baik kita perlulah ‘mendengar dengan telinga. iaitu peka. Memparafrasa : Menyatakan kata-kata klien semula dengan menggunakan perkataan/ayat lain Minta penjelasan: :Meminta klien menerangkan maksudnya dengan lebih terperinci. serta juga mengambil kira latar belakang peribadi dan sosialnya [Nelson-Jones. R. Mendengar kandungan verbal mesejnya. Howe Mendengar secara aktif bukan sekadar mendengar kata-kata lisan klien kita.perasaan. yang seterusnya dapat membina hubungan mesra dengan pelajar.. isyarat badan dan memek muka. Ini akan membantu pelajar kita supaya menjadi lebih terbuka dan berterus terang dalam mengeluarkan perasaannya apabila bercakap mengenai isu peribadi dan masalahnya. dan memerhatikan tingkah laku nonverbalnya. Imbas kembali : Mengulangi hal yang dikatakan oleh klien. 1997]. dapat membina hubungan baik dan kepercayaan pelajar.daripada puisi ‘On Listening’ oleh Reul L. dan memberi respons yang boleh menggalakkan klien meluahkan idea dan perasaannya dengan selesa. Beberapa kemahiran mendengar yang penting disenaraikan di bawah: Kemahiran Mendengar Yang Asas Mendengar penuh perhatian :Menghantar mesej verbal dan non-verbal kepada klien. Tingkah laku mendengar penuh perhatian membantu klien menerokai dan mengembangkan pendapatnya dan mengurangkan pendengar membuat respons dan saranan yang tidak berguna. Sekarang marilah kita melihat kemahiran mendengar yang disenaraikan di bawah: (i) Kemahiran mendengar dengan penuh perhatian Mendengar dengan penuh perhatian bermaksud memberi perhatian sepenuhnya terhadap klien. seperti intonasi serta nada suara. tetapi juga cuba memahami maksud klien kita dengan menjadi peka kepada petanda nonverbalnya. mata dan hati’! Amalan mendengar secara aktif. sekiranya kita mahu menyertai rahsia insan lain… dengan mendengar kita memperoleh kuasa untuk meningkatkan atau menghapuskan kehidupan orang lain yang berkaitan dengan kita” .

seperti gugup. tidak terlalu kuat atau berdominasi. . seperti anggukan kepala. dan bisikan verbal untuk menggalakkan klien supaya terus bercakap. sedih atau marah melalui pergerakan badan. tanpa mengkritik atau menolak pendapatnya. “Lepas itu?” . tetapi janganlah merenung klien. jelas. tertekan. serta memberitahu klien bahawa anda mendengar hal yang diperkatakan olehnya. “Sila teruskan” . Air muka anda haruslah tenang. “Dan…?” “Oh?” “Lepas itu apa yang berlaku. dan konsisten dengan angin klien. seperti burung kakatua.. air muka dan suaranya. Dalam imbas kembali. kamu boleh beritahu saya jika kamu mahu. • • Contoh soalan terbuka yang menggalakkan klien supaya mula bercakap mengenai pengalamannya: “Bolehkah kamu beritahu apa yang berlaku dalam kelas Matematik semalam?” “Kamu kelihatan tegang.?” (ii) Kemahiran imbas kembali yang mudah Kemahiran ini membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh klien. Suara anda haruslah tenang. dan menggunakan intonsi perbualan. bukannya kritikan atau Hal ini tidak bermaksud bahawa anda mengulangi sindiran atau merendah-rendahkan. Memerhati dan memahami mesej non-verbal yang ditunjukkan oleh klien . segala yang dikatakan oleh klien. anda mengulangi sebahagian atau sepenuhnya hal yang diluahkan klien. Galakkan klien memberi pendapatnya atau menerangkan pengalamannya dengan menggunakan kenyataan atau soalan terbuka. tak perlu terburu-buru.Garis panduan untuk kemahiran mendengar dengan penuh perhatian • • • • Duduklah dalam kedudukan yang membolehkan anda melihat klien secara bersemuka.” Contoh bisikan verbal yang menunjukkan minat (respons galakan minimum): “Uh-hmm” . Penting supaya intonasi suara anda menunjukkan minat. Gunakan respon galakan yang minimum. menunjukkan minat.

anda meminta klien menjelas dan mengembangkan hal yang dikatakannya.Contoh kemahiran mengimbas kembali. Tetapi memparafrasa memainkan peranan penting dalam mendengar secara aktif – ia membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh klien. Saya perlukan bimbingan” Guru: situasi) ATAU Guru: pelajar) “Awak bimbang mengenai Matematik?” (fokus anda adalah terhadap perasaan “ Awak perlu bimbingan dalam Matematik?” (fokus anda adalah terhadap (iii) Memparafrasa Dalam memparafrasa. Saya tidak boleh membuat kerja saya. lalu memastikan sama ada kita telah mendengar dengan tepat atau tidak. anda menukar perkataan atau menukar ayat yang disebutkan oleh klien. dan anda membuat kepastian dengan klien sama ada anda telah faham mesejnya dengan tepat.” “Kamu rasa kamu tidak boleh membuat kerja dan menjawab soalan dalam kelas kerana tingkah laku kawan-kawan kamu? Kamu tidak faham mengapa mereka ketawakan dan mengganggu kamu? Guru: Anda mungkin fikir bahawa respons pendengar seperti di atas adalah lewah. Ia juga memberitahu klien bahawa kita telah mendengar dengan tepat hal yang dikatakannya. ia dapat memberi peneguhan kepada klien dan menggalakkannya untuk meneruskan perbualan. Contoh memparafrasa ialah. dan membuang masa. supaya ia berpeluang mendengar semula hal yang disebutnya serta mengembangkan maksudnya dengan anda. supaya maksudnya menjadi lebih jelas. (iv) Mendapatkan Penjelasan Dalam kemahiran ini. mere ketawakan saya. Kemahiran ini memastikan . Apabila saya cuba menjawab soalan dalam kelas. Pelajar: “Saya bimbang saya tidak mendapat gred yang baik dalam Matematik. Pelajar: “Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu saya.

Berkongsi kefahamannya dengan orang lain secara lisan Empati bukan bermakna kita bersetuju dengan orang lain (ia bukan simpati). Rogers lebih suka menganggap empati sebagai sikap atau cara hemah seseorang.bahawa kedua-dua pihak memahami mesej klien dengan jelas.” “Bila kamu kata kawan-kawan kamu mengganggu. R. kebolehan melihat sesuatu dengan cara yang sama seperti orang lain. awak rasa tidak selesa dan tidak boleh menumpukan perhatian terhadap kerja. dan bukan sebagai satu kemahiran [Nelson-Jones. Garis panduan menunjukkan empati: . dan 2. Ia hanya bermakna bahawa kita memperlihatkan cara orang lain berasa atau berfikir mengenai situasinya. untuk memahami pengalaman dan situasi hidupnya mengikut sudut pandangannya. apa yang dilakukan oleh mereka?” “Apa yang saya faham ialah apabila kawan-kawan awak ketawakan dan mempermainkan awak. maksud awak begitu? Guru: ATAU Guru: Cuba fikirkan soalan yang berikut buat beberapa ketika. meminta penjelasan daripada klien: Pelajar: Contoh respons yang “Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu saya.3 Berempati (atau menunjukkan kefahaman) Apabila anda berempati dengan seseorang. Kefahaman empati melibatkan dua langkah utama: 1.. Carl Rogers menerangkan empati sebagai kebolehan menyelami “dunia dalaman seseorang yang sulit dan peribadi” dan untuk menyampaikan kefahaman ini kepada orang lain.2. Saya tidak boleh membuat kerja saya. anda sebenarnya menyelami pandangan atau perasaan orang itu. kawan-kawan saya ketawakan saya. Apabila saya cuba menjawab soalan dalam kelas. Penanggapan tepat mengenai dunia dalaman seseorang. Mengapa anda rasa mendengar murid anda adalah penting? Adakah anda pendengar yang baik? Apakah kesulitan yang anda alami apabila mendengar murid anda? 4. 1997].

Jadi saya tidak lagi mengangkat tangan untuk menjawab. mereka akan menganggap awak kedekut?” Guru: Contoh 2 Pelajar: “ Apabila saya cuba jawab dalam kelas.• • Respons anda haruslah ‘selari’ dengan perasaan atau angin orang itu. • • • Gunakan Selalu pandangan semak semula orang tersebut sama dan ada bercakap anda telah dari sudut perspektif/pandangannya. Kenyataan seperti “saya rasa sama seperti kamu” juga tidak membantu.” Guru: . Memberi respons dengan menyatakan hal yang anda fikirkan mengenai perasaannya. Awak rasa lebih baik berdiam diri dan tidak menarik perhatian mereka terhadap awak. pelajar lain mula ketawa dan mempermainkan saya.” “Awak rasa jika awak tidak bayar. dengannya memahami pandangan/perasaannya dengat tepat. dan cuba menyemak semula dengannya untuk melihat sama ada fahaman anda adalah tepat. ia merupakan simpati dan bukan empati! Contoh respons empati dalam sesi bimbingan” Contoh 1 Pelajar: “Saya gunakan wang saya untuk belanja kawan. jangan buat andaian. Saya tak sukalah menyatakan saya tak mahu bayar minuman mereka. Mereka mengharapkan saya boleh bayar kerana saya menang perlawanan itu.” “Awak rasa tidak selesa apabila mereka berbuat demikian. Jangan memberi respons dengan menyatakan “saya faham bagaimana anda rasa” – ini tidak menggambarkan sama ada anda telah benar-benar memahami pandangan atau perasaannya.

Perhatikan bahawa dalam contoh di atas guru menunjukkan empati dengan menyatakan hal yang dirasakan oleh pelajarnya. . dan mendorongnya mencari alasan. atau bertujuan untuk mendapatkan jawapan yang ‘betul’. kerana ia menutup perbincangan. Contoh soalan terbuka.4 Kemahiran Memudah Cara (facilitative) Dalam bimbingan. Penyoalan tidak harusnya dijalankan sebagai temu duga. yang akan membantu untuk memulakan perbincangan. “Aspek apakah yang awak suka bincang atau fokus dalam perbincangan kita?” “Biasanya bagaimana awak belajar di rumah?” “Bagaimana perasaan awak apabila tahu yang awak tidak dijemput?” Soalan “mengapa” selalunya tidak membantu – contohnya “mengapa awak tidak menyiapkan kerja rumah?” – kerana ia boleh menjadikan pelajar tersebut lebih defensif. dan relaks. Ketika memudahcarakan. serta membantunya menganalisis situasinya lalu mengeluarkan maklumat relevan yang akan membantunya memahami situasinya dengan lebih jelas. sebagai permintaan bukan paksaan. soalan dikemukakan dengan nada lembut. 4. Soalan yang lebih baik harus berbunyi “Apa masalah anda dalam membuat kerja rumah?” Contoh soalan tertutup (yang tidak membantu. Soalan terbuka lebih baik daripada soalan tertutup (lihat contoh di bawah). kita menggunakan soalan untuk membantu seseorang itu memfokus dan berfikir. dan tidak membantunya memberi penumpuan kepada situasi sebenar. tidak menggalakkan untuk membuka perbincangan). atau sebagai soal siasat. tetapi tidak perlu menyatakan sama ada ia bersetuju dengan pelajarnya atau mempunyai perasaan yang sama seperti pelajarnya. Jangan menggunakan soalan untuk memaksa seseorang memberi maklumat terperinci yang tidak rela diberi.2. kerana soalan terbuka membantu seseorang berasa lebih relaks dan bebas untuk memberi maklumat secara tak langsung.

Semasa sesi bimbingan. Jadi kamu berasa agak kecewa dan tidak berminat untuk datang ke sekolah. ketika kamu bercakap. atau anda boleh menunggu sehingga akhir sesi untuk membuat rumusan yang lebih panjang. pastikan anda menyemak semula dengan klien sama ada anda telah mendapat isu yang betul. anda boleh membuat rumusan ringkas setelah klien bercakap beberapa minit. Ia sangat penting kepada kamu. Berikut ialah contoh rumusan dalam sesi bimbingan. Ia juga membantu klien membuat tumpuan terhadap matlamat dan keperluannya semula. Kamu juga kata guru-guru sekolah ini tidak memberi layanan seperti guru di sekolah lama. dan kamu berasa susah untuk berkawan dengan pelajar dalam kelas sekolah ini. 4.“Bila awak balik ke rumah?” “Apa pekerjaan bapa awak?” “Apa markah yang awak perolehi dalam Matematik?” “Adakah awak lebih suka sukan atau muzik?” Soalan berbentuk tertutup membuatkan orang itu berasa tertekan untuk memberi jawapan. saya berasa bahawa kamu sering menekankan hal betapa pentingnya kamu disukai oleh kawan-kawan sedarjah dan guru-guru kamu. sehingga kamu berasa sangat sedih dan tidak boleh membuat kerja kamu apabila kamu rasa mereka tidak suka kamu dan tidak menerima kamu.2. serta mengelakkan kedua-dua pihak menyeleweng daripada isu-isu penting. Ini akan menutup kerelaannya untuk memberi respons. Selepas membuat rumusan. Begitu?” Contoh rumusan yang lebih panjang apabila hampir tamat sesi: “Liza. Kamu cuba . Anda juga boleh membuat rumusan ringkas pada permulaan atau pada akhir sesi untuk membantu klien membuat tumpuan mengenai hal yang perlu dibincangkannya. Contoh rumusan ringkas pada pertengahan sesi: “Tadi kamu menyatakan bahawa kamu masih teringatkan kawan-kawan di sekolah lama. dan selalunya berasa dunianya dicerobohi.5 Kemahiran membuat rumusan Merumus melibatkan hal menyatakan kesemua aspek dan isu utama yang dibincangkan dan dijelaskan semula.

(iii) empati.bersungguh-sungguh untuk menyukai kawan kamu. Latihan untuk dipraktikkan. walaupun kamu rasa perkara yang mereka mahu kamu buat adalah tidak betul. imbas kembali. kemahiran komunikasi non-verbal. mencatat nota untuk memaklumkan balik. kita akan memberi fokus kepada sebab-sebab pentingnya bagi kamu untuk memuaskan hati kawan-kawan kamu. Keadaan ini membuatkan kamu berasa tertekan dan tidak seronok dengan diri dan hidup kamu. Boleh tak begitu?” Setakat ini kita telah membincangkan lima kemahiran asas yang anda boleh gunakan semasa sesi bimbingan dengan klien anda. kita akan bincang beberapa masalah pelajar dan bagaimana mengenalpastinya.3 Masalah pelajar Dalam bahagian ini. Apa kekuatan anda? Apa Kemudian. kamu rasa betapa bersungguh-sunguh anda cuba. dengar semula dan cuba buat penilaian mengenai bagaimana anda menggunakan kemahiran asas dalam membimbing. 2. cara lain untuk mendekati mereka. Dalam perbincangan seterusnya nanti. Berikutnya adalah beberapa latihan kemahiran yang boleh anda lakukan dengan rakan-rakan. Dalam pasangan. 1. Meskipun begitu. Minta rakan atau pelajar anda berbincang dengan anda masalah yang sedang dialaminya. ia adalah (i) menunjukkan layanan positif dan hormat. dan kita cuba cari jalan. dan bagaimana untuk melaksanakan proses bimbingan untuk menangani masalah tersebut. Walau bagaimanapun. kelemahan atau kekurangan anda? 4. namun tiada orang yang berpuas hati. (iv) menyoal bertujuan untuk memudah cara (facilitative). dan (v) kemahiran membuat rumusan. Minta kebenarannya untuk merakam sesi perbincangan tersebut. main peranankan satu sesi bimbingan. kemahiran asas inilah yang akan membantu anda membimbing pelajar anda dengan lebih berkesan pada setiap peringkat dalam proses bimbingan. (ii) kemahiran mendengar secara aktif seperti mendengar penuh perhatian. Cuba gunakan setiap kemahiran secara bergilir-gilir. dapatkan seorang rakan lain untuk memerhati dan . seorang memainkan peranan pembimbing dan seorang lagi sebagai pelajar. memparafrasa dan kemahiran menerangkan atau menjelaskan. Kemahiran ini memerlukan banyak latihan sebelum anda boleh menggunakannya secara alamiah.

3. dan kemahiran belajar yang kurang baik . motivasi rendah dan kurang berminat untuk belajar. kawan sedarjah. kecacatan fizikal. persekitaran rumah yang tidak selesa. kekurangan pemakanan. dan lain-lain.1 : Masalah Pelajar Isi-isu peribadi yang menyebabkan masalah kepada pelajar termasuklah : • • • Masalah perhubungan – dengan ahli keluarga. perasaan takut dan tidak selamat. • • • Masalah kesihatan . dan lain-lain. pencapaian akademik yang rendah. tidak mempunyai kemahiran untuk menangani situasi yang tegang. Masalah emosi – konsep kendiri negatif. dan Isu pengurusan kendiri – lemah dalam mengurus masa. masalah berkomunikasi dengan guru. Masalah keluarga – ibu bapa yang bercerai.1 Mengenalpasti masalah pelajar Masalah pelajar boleh dikategorikan seperti berikut: MASALAH PELAJAR Isu-isu personal Masalah akademik Penyesuaian sosial Rajah 4. tingkah laku menyendiri. kawan-kawan. tidak upaya mengawal emosi. tekanan.penyakit fizikal dan mental.lemah dalam pengurusan kewangan. masalah makan. kawan wanita/lelaki. mood yang tidak stabil. kemarahan yang amat sangat. berlebihan/kekurangan berat badan Masalah kewangan – pendapatan keluarga rendah . rendah harga diri. lemah kemahiran komunikasi. Masalah akademik termasuklah: • • • • • • masalah pembelajar dalam mata pelajaran tertentu. tidak menyertai aktiviti kelas. kematian ibu bapa/ahli keluarga.4. kesukaran menyuarakan emosi yang sebenar.

Ini akan membolehkan anda mengesan masalah yang serious lebih awal. • • rujuk kepada rekod dan laporan prestasi pelajar. bagaimana ia berkomunikasi dan menyuarakan perasaannya. salah guna bahan-bahan. Ia termasuklah: • • • • • • • tidak mematuhi peraturan sekolah. mengedar dadah kepada kawan sekolah. gangster. perosak. supaya boleh memberi bantuan kepada pelajar sebelum masalahnya menjadi lebih besar atau lebih serious. perhubungan sex secara rambang. Guru dan kakitangan sekolah harus mengenal pasti masalah pelajar dengan segera. untuk melihat sama ada terdapat satu corak tingkah laku yang konsisten yang menyebabkan masalahnya. ponteng. Sekiranya guru itu tiada masa atau tidak terlatih untuk membimbing masalah tersebut. dan aktiviti jenayah – mencuri. rusuhan. Ini membolehkan anda mengesan sejarah masalah tersebut. Beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mengenal pasti masalah pelajar ialah: • perhatikan tingkah laku pelajar anda di dalam dan di luar kelas. peras ugut. bincangkan pemerhatian anda terhadap pelajar tersebut dengan guru lain yang berkenaan. melepak. dan lain-lain. .Masalah penyesuaian sosial merujuk kepada masalah tingkah laku yang disebabkan oleh kurang kebolehan pelajar tersebut untuk mengadaptasikan diri dengan situasi sosial serta ekspektasi norma dalam masyarakat. bagaimana ia berinteraksi antara satu sama lain. ia haruslah mempastikan bahawa pelajar tersebut dirujukkan kepada orang lain yang lebih bertauliah supaya pelajar tersebut mendapat bantuan yang diperlukannya. • galakkan pelajar anda membincangkan masalah dan pengalamannya secara terbuka dengan anda . bergaduh.

2 Melaksanakan proses bimbingan Membimbing pelajar untuk menangani masalahnya dengan berkesan adalah satu proses yang memakan masa dan melibatkan beberapa peringkat. Menunjukkan empati • • Peranan pelajar. Berhenti sebentar dan buat refleksi mengenai soalan di bawah. 1997].. 4.3.1 : Peringkat Dalam Proses Bimbingan Peringkat dalam proses bimbingan I. Bina perhubungan dan kenal pasti masalah • bina rapo • bina saling mempercayaai & saling hormat • iltizam untuk bekerja bersama untuk matlamat yang sama • jelaskan masalah dan bentuk matlamat awal • • • • Peranan guru sebagai pembimbing Menunjukkan layanan yang positif dan rasa hormat Tingkah laku yang tidak menilai Membentuk persekitaran yang mesra dan selesa Menggunakan kemahiran mendengar secara aktif untuk mendengar dan memahami masalah pelajar. bagaimana melaksanakan proses bimbingan dalam menangani masalah pelajar. Mahu berbincang mengenai masalah atau situasinya Beriltizam untuk mencari cara menangani masalahnya Bekerjasama dengan gurunya dengan menepati temu janji untuk sesi bimbingan • • . dan sebagainya.• berbincang dengan ibu bapa untuk meninjau sama ada mereka mempunyai maklumat terhadap anaknya. Jadual berikut menunjukkan garis panduan mengenai lima peringkat utama dalam proses bimbingan [Nelson-Jones. R. Apakah masalah yang dialami oleh kebanyakan pelajar? Apakah cara yang anda gunakan untuk mengenal pasti masalah tersebut? Apa tindakan yang biasa anda ambil? Seterusnya. Jadual 4. dan • ada sesi bimbingan secara peribadi dengan pelajar tersebut untuk membicangkan masalahnya yang telah anda perhatikan. supaya mereka boleh mengenal pastinya dengan lebih awas dan langkah-langkah pencegahan boleh diambil. rekod kesihatannya. kita akan pertimbangkan. dengan tugas-tugas yang sejajar dengannya untuk kedua-dua guru dan pelajar. tingkah laku di rumah.

tidak cuba menyelesaikan masalah untuk pelajar. Menggalakkan pelajar mengambil tanggung jawab membina kemahirannya sendiri untuk mengatasi masalahnya Memikirkan tentang masalah tersebut dan membuat penilaian pertama mengenai situasi pelajar Menggunakan empati dan kemahiran membuat penjelasan untuk membantu pelajar menyedari perasaannya Menggunakan kemahiran menyoal dan membuat rumusan untuk membantu pelajar mengenal pasti punca kepada masalahnya Bantu pelajar menyatakan semula masalahnya dengan menyatakan apa kemahiran dan perubahan sikap yang diperlukan Bantu pelajar melihat pertalian antara tindakan dan akibatnya • • • Jujur serta ikhlas Mengambil tanggung jawab untuk mencari penyelesaian Berusaha membentuk matlamat awal untuk menangani situasinya II. terokai alternatif. dan akibatnya Membentuk persepsi yang tepat mengenai masalahnya Bertanggung jawab membuat pilihan untuk hidupnya Membina keyakinan diri dan motivasi dengan menentukan matlamat dan membuat keputusan hidupnya sendiri Menggunakan kreativiti dan kemahiran berfikir untuk menyarankan penyelesaian yang kreatif yang sesuai dengan situasinya. dan memberinya keyakinan untuk membuat keputusannya sendiri Memberi masa dan perhatian untuk membimbing pelajar berlatih kemahiran yang diperlukan untuk mengambil tindakan seterusnya Mengurangkan rasa bimbang • • • IV. buat keputusan dan rancang tindakan • Bina matlamat yang realistik untuk membina kemahiran menangani masalah dan mengubah situasi yang bermasalah itu. Merancang tindakan yang boleh diambil dan beriltizam untuk menjalankan dan menyelesaikannya III. Mengambil tindakan untuk membina kemahiran hidup.• • • Realistik dalam membantu pelajar menentukan matlamat awal untuk sesi tersebut. supaya mudah untuk kerja membimbing • • • • • • • • • • • • Menerokai pemikiran dan perasaan sendiri Menganalisa masalah dan mengenal pasti sebab-sebabnya Meningkatkan kesedaran kendiri dengan sentiasa menyedar perasaannya Memahami pertalian antara pemikiran. mengubah sikap dan corak tingkah laku supaya dapat • • • Berbincang mengenai kebimbangan dan sangsi mengenai tindakan yang telah . Mencari penyelesaian masalah yang kreatif dan praktikal Membuat keputusan Merancang tindakan yang perlu diambil • • • • • • • • • Bimbing pelajar dalam proses menentukan matlamat untuk dirinya Bantu pelajar menentukan matlamat yang realistik untuk menangani situasinya Menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif untuk mencari penyelesaiannya sendiri dan cadangan untuk tindakan Bimbing pelajar berfikir secara kritikal dan menilai beberapa alternatif untuk tindakan Bimbing pelajar dengan proses membuat keputusan Menunjukkan sikap yang positif dan optimistik. Menterjemahkan masalah menggunakan istilahistilah yang lebih praktikal. perasaan dan tindakan. untuk memotivasi pelajar. Teroka dan fahami masalah. Tidak memberi nasihat. dan nyatakan semula masalah dalam istilah yang lebih praktikal • • Mengenal pasti sumber atau sebab masalah Meneliti & mengenal pasti komponenkomponen atau bahagian masalah. Bina matlamat.

dan memotivasikan dirinya untuk terus memperbaiki kemahiran dan tingkah lakunya dalam menangani masalah Menilai keberkesanan tindakannya dan pencapaian matlamat Membuat keputusan untuk menamatkan sesi bimbingan. . dan samada rancangan tindakan yang baru perlu dibuat Semak dengan pelajar untuk melihat sejauh mana matlamatnya telah dicapai Berbincang dengan pelajar mengenai menamatkan sesi bimbingan. Memberi maklum balas positif dan negative mengenai usaha pelajar untuk membaiki dirinya Menggalakkan pelajar untuk menilai dirinya serta kemajuannya Berbincang dengan pelajar mengenai keberkesanan tindakan yang diambil. Maklum balas. setelah berbincang dengan gurunya. jika perlu • Pemantauan kemajuan pelajar dalam mengubah tingkah laku • Menamatkan sesi bimbingan • • • • • • • • • • • • • Berbincang secara jujur dengan gurunya mengenai kemajuannya dalam menggunakan kemahiran barunya atau dalam mengubah tingkah lakunya Berbincang dengan gurunya mengenai kerisauan terhadap kemajuannya Meminta maklumbalas daripada guru. rakan atau keluarganya Sentiasa memantau kemajuannya. tidak mengharapkannya memperoleh kemahiran dengan serta merta Memberi peneguhan kepada pelajar dengan memberi maklum balas kepada pelajar mengenai kemajuannya Main peranan dengan pelajar untuk membantunya berlatih kemahiran-kemahiran tersebut Menggalakkannya untuk mencuba tingkah laku baru. yang lebih sihat dalam berhadapan dengan situasi harian dalam hidupnya. sebelum melaksanakan tindakan yang telah dipersetujui Membimbing dan mendemonstrasikan kemahiran langkah demi langkah. atau kemajuan seterusnya tidak boleh dibuat melalui sesi ini Jadualkan perjumpaan susulan untuk memantau kemajuan pelajar. serta mengakhiri sesi bimbingan • Laporan-kendiri oleh pelajar mengenai kemajuannya • Pemerhatian guru atau kaunselor • Maklum balas dari guru dan orang lain mengenai keberkesanan tindakan • Penilaian semula matlamat. Menamatkan sesi bimbingan dengan kedua-dua guru dan pelajar merasakan matlamatnya telah dicapai.• • berhadapan dengan situasi bermasalah dengan lebih berkesan Belajar kemahiran baru. serta kerisauan pelajar mengenainya. penilaian mengenai keberkesanan tindakan. mengubah sikap dan corak tingkah laku Mengambil langkah yang sesuai untuk menangani situasi bermasalah • • • • pelajar dengan berlatih di tempat yang selamat terlebih dahulu. • • • diputuskan Berlatih kemahiran menangani masalah untuk menghadapi situasi bermasalah Mengambil risiko untuk mencuba tingkah laku baru untuk mengubah amalan berfikir dan beraksi yang tidak membantu Mengambil tindakan untuk menangani masalah atau situasinya V. memantau kemajuan.

. dengan tugas-tugas guru dan murid. • • Masalah pelajar yang sering berlaku termasuk peribadi. kemahiran menyoal. Gutek.Cuba buat refleksi mengenai soalan berikut… Fikirkan pengalaman yang anda telah ada mengenai membantu pelajar yang mempunyai masalah. dan kemahiran membuat rumusan. kemahiran mendengar dengan aktif. Bhd. Falsafah dan Konsep Pendidikan. Kemahiran asas bimbingan termasuk menunjukkan layanan positif dan hormat. Edisi Kedua. dan Lima peringkat utama proses bimbingan telah diterangkan. • • Prinsip melaksanakan proses bimbingan adalah berdasarkan kepada garis panduan etika seperti kerahsiaan dan hormat kepada hak pelajar untuk menerima bimbingan.L. G. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Isi-isi utamanya ialah: • Matlamat utama bimbingan ialah untuk membantu pelajar membina potensi dan kemahiran hidup supaya ia boleh menjadi individu yang sihat dan seimbang. (1997). apakah kelainan yang akan anda lakukan? Rumusan Topik ini membincangkan guru sebagai pembimbing. Needham Heights: Allyn and Bacon. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Aspek mana yang berkesan? Apa yang tidak berkesan? Manggunakan kemahiran membimbing dan peringkat-peringkat bimbingan. Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan Teks bacaan asas Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994). akademik dan masalah perkembangan sosial. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. berempati. dengan kebolehan dan sikap yang membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup dengan berkesan. Philosophical and Ideological Perspectives on Education. Second Edition. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.

H. http://www. & Craver. Curriculum Leadership. Fifth Edition. Duke. K. ( 1969).html http://www.com/index. The Skilled Helper. (1998). (1995).A. Walton Hall. T. (1962). Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah. New York: Harcourt Brace and World.soe. Jenkins. Milton Keynes: Open University Press. Curriculum Development: A Guide to Practice.M. Armstrong. Curriculum Development: Theory and Practice. Ibn Rushd. Titus. Kuala Lumpur: Ministry of Education. G. Philosophical Foundations of Education. R. (4th Ed. New York: Macmillan Publishing Company. S. Taba.html http://www. (1997). London: Heinemann.my http://cw.R. Al-Jadid.E.html http://www. Education: An Introduction. & Savage. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (1992). Philosopher and Theologian. & Rudnitski. Y.T. Education Resource Book for Lecturers.A.G.htm Egan.A. Brighton: Wheatsheaf Books. Raslan. New York: Delmar Publishers. (1990). Englewood Cliffs: Prentice Hall.edu/fac/georgeoff/phil am ed/essentialism. (3rd ed.eun.purdue. New York: Macmillan College Pub. Averroes As A Physician. Henson.Rujukan Ead.com/Workshops/philosophy_hand. Albany. Frazee. A. R.frcu.eg/www/universities/html/hamed2. Barrow.html http://www. Living Issues in Philosophy. (4th Ed. B.gov. (1984). H. A Critical Introduction to Curriculum Theory. Chicago: The University of the Chicago Press Teacher Education Division (2002).. A. Glatthorn.A. (1987). (1975). (1997).edu/people/w.aljadid. (1989). http://www. Teaching: An Introduction. Stenhouse.). (1976). Foreman. (1995).com/bookbind/pubbooks/armstrong3/chapter3/chapter12/deluxe.).html .siu.V. (1970).F. 3 (20).willis/fourtheories.susancanthony. Eisner. (1990).Ohio: Merrill Publishing Co. The Educational Imagination.morehead-st. London: Cassell Publications Ozmon.). Teacher Education Division (1982). D. Kuala Lumpur: DBP Nelson-Jones. (1994). New York: McGraw-Hill Publishing Co. Glenview: Scott.W. (1995). New York: Van Nostrand Reinhold Company. W. R. Kuala Lumpur: Ministry of Education.html http://www.edueyctr/cdromsup. Practical Counselling and Helping Skills. D. An Introduction to curriculum Research and Development .prenhall. H.L. Pacific Grove: Brooks/Cole Publishing Co. Basic Principles of Curriculum and Instruction. D. Curriculum Evaluation (Unit 19 till Unit 21). Giving Teaching Back to Teachers.moe. Tyler. H. Integrated Teaching Methods. The Philosophy of Education (Report of the National Workshop and Survey). Bondi.W.

htm.doc http://www.org/udl/EnvisioningFutureCurriculum189.infed.org/biblio/b-curric.org/wiki/Philosophy http://www. http://pages.wikipedia.cast.cfm .http://www.nyu.edu/~asr209/curriculum.