GURU SEBAGAI PEMBIMBING

Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan Sekiranya pelajar tidak tahu cara akan menjejaskan berkesan, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini

pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya. Di bawah topik ini kita akan membincangkan maksud, matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, kemahiran yang digunakan dalam bimbingan, dan peranan guru dalam membimbing pelajar yang menghadapi masalah dalam hidupnya. Kita juga akan melihat jenis-jenis bimbingan yang diberi oleh sekolah kepada pelajar secara ringkas, serta cara guru dan murid dapat menggunakannya.

Matlamat dan Prinsip-prinsip Bimbingan Sebelum kita melihat matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, mari kita teliti maksudnya dahulu. Umumnya, bimbingan merujuk kepada proses membantu seseorang membina kefahaman dan kemahiran untuk menangani isu dan cabaran hidup dengan berkesan. Dalam proses ini, seseorang itu belajar untuk berubah dan membina sikap, nilai dan kemahiran baru supaya dapat menangani situasi yang sukar dengan lebih baik. Kita perlu faham bahawa bukan mudah untuk berubah; ia merupakan proses yang berterusan dan sebagai guru kita perlu faham bahawa seseorang pelajar itu memerlukan masa untuk berubah. Oleh itu, walaupun bimbingan ialah satu cara untuk membantu pelajar, namun ini tidak bermaksud bahawa guru atau kaunselor harus menyelesaikan masalah pelajar. Sebaliknya, ini bermaksud guru haruslah mempunyai sikap mengambil berat dan mendengar supaya pelajar dapat menerokai dan memahami situasi dan dirinya dengan lebih baik, lalu membina kemahirannya sendiri untuk menangani masalahnya.

Matlamat utama bimbingan adalah untuk membantu pelajar: • Membina potensinya supaya ia boleh menjadi seorang yang sihat dan seimbang, dengan kebolehan dan sikap yang akan membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup dengan berkesan. • • • • Membina kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan. Membina kemahiran menguruskan diri seperti menguruskan masa, menguruskan tekanan, dan menentukan matlamat dan keutamaan untuk dirinya. Memperbaik hubungan interpersonalnya dan membina kemahiran komunikasi yang baik. Membina nilai dan sikap yang sihat dan positif terhadap dirinya dan orang lain, untuk meningkatkan kesedran dirinya serta kefahaman peranan dan tanggung jawabnya dalam hidaup, dan • Membina kemahiran dan sikap bagi kejayaan akademik dan kerjayanya Guru dan kaunselor harus memastikan bahawa bimbingan yang diberi kepada pelajar haruslah sejajar dengan prinsip dan etika tertentu seperti yang berikut: • Bimbingan adalah bagi semua pelajar, kerana perkembangan diri, dijalankan secara sistematik dan terancang dan tidak harus ditujukan kepada “pelajar bermasalah” sahaja. • Fokus utamanya ialah pencegahan – iaitu, untuk mencegah masalah yang serius dalam kalangan pelajar dengan memberi mereka kemahiran untuk menangani masalah sementara masalah itu masih boleh dikawal; • Ia harus dijalankan secara kolaborasi dengan kakitangan sekolah yang lain, seperti guru besar, guru-guru lain, kaunselor, serta dengan kerjasama ibu bapa dan masyarakat; • Pelajar haruslah menyertai proses bimbingan ini sepenuhnya dan penuh rela, serta membina matlamat sendiri untuk membantu dirinya – iaitu, faham bahawa ia bertanggungjawab terhadap perkembangan dirinya serta keputusan yang dibuat dalam hidupnya pada akhirnya. Guru atau kaunselor tidak membuat keputusan bagi pelajar; • Ia harus mengikut garis panduan etika bagi bimbingan dan kaunseling, seperti (i) semua keputusan yang dibuat semasa sesi bimbingan dan kaunseling adalah sulit – iaitu, maklumat mengenai pelajar dan hal yang dibincangkan semasa sesi tersebut tidak harus didedahkan kepada orang lain tanpa kebenaran pelajar tersebut; (ii) guru/kaunselor haruslah senantiasa bertingkah laku secara profesional terhadap

Sesi bimbingan kumpulan dan individu. • Guru haruslah mengenal perkhidmatan bimbingan yang diberi oleh pihak sekolah supaya dapat memberi maklumat yang berkaitan kepada pelajar dan menggalakkan mereka menggunakan perkhidmatan yang disediakan. dan lain-lain. perbincangan dengan ibu bapa. Guru perlu berganding bahu dengan guru bimbingan/kaunselor untuk memastikan bahawa pelajarnya mendapat bimbingan yang diperlukan. Antara perkhidmatan bimbingan yang diberi di sekolah termasuklah: • • • • Bimbingan pendidikan – motivasi pelajar. kemahiran belajar. menangani masalah hubungan dan masalah emosi. memilih kerjaya yang betul. pilihan mata pelajaran. Apakah caranya anda rasa seorang guru dapat bekerja secara kolaboratif dengan guru bimbingan dan kaunselor untuk memberi bimbingan yang sesuai kepada pelajar apabila diperlukan? Antara tugas guru bekerjasama dengan perkhidmatan bimbingan sekolah untuk pelajar dapat diterangkan seperti yang berikut: • • Memberi maklumat serta maklum balas mengenai keperluan pelajar dan keberkesanan program bimbingan. dan • Guru/kaunselor perlu menggunakakan kemahiran interpersonal seperti mendengar dengan aktif dan empati. bahan rujukan. kebajikan pelajar. supaya dapat menjalin hubungan baik dengan pelajar. . dan lain-lain. dan Bimbingan perkembangan diri – komunikasi dan kemahiran memimpin.pelajar. persediaan untuk peperiksaan. Memberi bimbingan awal kepada pelajar dan berbincang tentang keperluannya. Bimbingan kerjaya – kecerdasan dan tinjauan minat. dan mempunyai perasaan prihatin dan bersikap positif terhadap murid. penempatan untuk pengajian tinggi. Saya pasti anda sedar bahawa kebanyakan sekolah mempunyai guru bimbingan atau kaunselor yang terlatih untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. dan mengelakkan diri daripada menjalin hubungan yang tidak sihat serta tidak beretika dengan pelajar tersebut. sebelum merujukkannya kepada guru bimbingan atau pegawai lain sekiranya diperlukan bantuan/bimbingan yang seterusnya.

Apakah kemahiran yang diperlukan oleh seorang guru untuk membimbing pelajar dengan berkesan. dan mempercayai bahawa gurunya akan membantunya. tindakan prihatin. 4. Kemahiran asas bimbingan akan dibincangkan di bawah. 4. peranan guru sebagai pembimbing adalah secara tidak langsung.• Memberi sokongan dan bantuan kepada program bimbingan yang ada di sekolah. Anda boleh melakukan ini dengan mendengar pendapat pelajar itu dan menghormatinya. serta menghargai pelajar sebagai individu yang unik dan berguna. Oleh itu.2. hal ini bermaksud bahawa guru menunjukkan sikap positif dan prihatin terhadap pelajarnya. Membina hubungan baik dengan pelajarnya. tetapi membimbing bermaksud guru perlu membantu pelajar membina sikap serta kemahiran yang baik untuk mengatasi masalahnya.2. dan mempunyai sikap prihatin dan positif terhadap mereka. 4.2 Kemahiran Asas dalam Bimbingan Sekarang kita akan mempelajari beberapa kemahiran asas dalam bimbingan.2 Kemahiran mendengar secara aktif “Mendengar ialah satu tindakan kasih sayang. dan mereka boleh menyesuaikan diri dan berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam menjalankan aktiviti dalam kelas. dan • Membantu pelajar membina nilai dan sikap positif. untuk membantu mereka menangani masalah isu-isu dalam hidup mereka? Kita perlu ingat bahawa tugas guru bukanlah untuk menyelesaikan masalah pelajar. serta menunjukkan minat dan keikhlasan untuk memahami situasi dan pandangannya. supaya guru lebih peka dan memahami keperluan pelajar. dan guru perlu membina satu hubungan yang baik dengan pelajarnya supaya ia bertanggungjawab mengatasi masalahnya. mesra dan tidak berat sebelah. sebagai mentor bagi program mentor-menti. dengan berperanan sebagai fasilitator dalam kem motivasi. komitmen kita kepada orang lain… kita perlu mendengar sepenuh . dan lain-lain. walaupun anda tidak bersetuju dengannya. seperti maklumat latar belakang pelajar dan laporan kemajuan kedatangan dan prestasi akademiknya. • • Menyimpan rekod terkini mengenai pelajar dalam kelasnya.1 Menunjukkan hormat dan layanan yang positif Apakah maksudnya? Ringkasnya.

1997]. Beberapa kemahiran mendengar yang penting disenaraikan di bawah: Kemahiran Mendengar Yang Asas Mendengar penuh perhatian :Menghantar mesej verbal dan non-verbal kepada klien. yang seterusnya dapat membina hubungan mesra dengan pelajar.perasaan. mata dan hati’! Amalan mendengar secara aktif. iaitu peka. serta juga mengambil kira latar belakang peribadi dan sosialnya [Nelson-Jones. Untuk menjadi pendengar yang baik kita perlulah ‘mendengar dengan telinga. Memparafrasa : Menyatakan kata-kata klien semula dengan menggunakan perkataan/ayat lain Minta penjelasan: :Meminta klien menerangkan maksudnya dengan lebih terperinci. Sekarang marilah kita melihat kemahiran mendengar yang disenaraikan di bawah: (i) Kemahiran mendengar dengan penuh perhatian Mendengar dengan penuh perhatian bermaksud memberi perhatian sepenuhnya terhadap klien. Mendengar kandungan verbal mesejnya. isyarat badan dan memek muka.. Baca dan cuba fahamkan garis panduan kemahiran mendengar dengan penuh perhatian yang berkesan di bawah: . dapat membina hubungan baik dan kepercayaan pelajar. Imbas kembali : Mengulangi hal yang dikatakan oleh klien. dan memberi respons yang boleh menggalakkan klien meluahkan idea dan perasaannya dengan selesa. seperti intonasi serta nada suara. Tingkah laku mendengar penuh perhatian membantu klien menerokai dan mengembangkan pendapatnya dan mengurangkan pendengar membuat respons dan saranan yang tidak berguna. Ini akan membantu pelajar kita supaya menjadi lebih terbuka dan berterus terang dalam mengeluarkan perasaannya apabila bercakap mengenai isu peribadi dan masalahnya. tetapi juga cuba memahami maksud klien kita dengan menjadi peka kepada petanda nonverbalnya. R.daripada puisi ‘On Listening’ oleh Reul L. Howe Mendengar secara aktif bukan sekadar mendengar kata-kata lisan klien kita. dan memerhatikan tingkah laku nonverbalnya. sekiranya kita mahu menyertai rahsia insan lain… dengan mendengar kita memperoleh kuasa untuk meningkatkan atau menghapuskan kehidupan orang lain yang berkaitan dengan kita” .

dan bisikan verbal untuk menggalakkan klien supaya terus bercakap. seperti anggukan kepala. serta memberitahu klien bahawa anda mendengar hal yang diperkatakan olehnya.. bukannya kritikan atau Hal ini tidak bermaksud bahawa anda mengulangi sindiran atau merendah-rendahkan. Air muka anda haruslah tenang. “Sila teruskan” .Garis panduan untuk kemahiran mendengar dengan penuh perhatian • • • • Duduklah dalam kedudukan yang membolehkan anda melihat klien secara bersemuka.” Contoh bisikan verbal yang menunjukkan minat (respons galakan minimum): “Uh-hmm” . Dalam imbas kembali. tanpa mengkritik atau menolak pendapatnya. menunjukkan minat. tidak terlalu kuat atau berdominasi. “Dan…?” “Oh?” “Lepas itu apa yang berlaku. segala yang dikatakan oleh klien. “Lepas itu?” . tak perlu terburu-buru. tetapi janganlah merenung klien. air muka dan suaranya. dan konsisten dengan angin klien. Memerhati dan memahami mesej non-verbal yang ditunjukkan oleh klien . sedih atau marah melalui pergerakan badan. seperti burung kakatua. Galakkan klien memberi pendapatnya atau menerangkan pengalamannya dengan menggunakan kenyataan atau soalan terbuka. dan menggunakan intonsi perbualan. kamu boleh beritahu saya jika kamu mahu. Suara anda haruslah tenang. .seperti gugup. tertekan.?” (ii) Kemahiran imbas kembali yang mudah Kemahiran ini membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh klien. anda mengulangi sebahagian atau sepenuhnya hal yang diluahkan klien. Gunakan respon galakan yang minimum. Penting supaya intonasi suara anda menunjukkan minat. jelas. • • Contoh soalan terbuka yang menggalakkan klien supaya mula bercakap mengenai pengalamannya: “Bolehkah kamu beritahu apa yang berlaku dalam kelas Matematik semalam?” “Kamu kelihatan tegang.

supaya ia berpeluang mendengar semula hal yang disebutnya serta mengembangkan maksudnya dengan anda. Kemahiran ini memastikan . Saya tidak boleh membuat kerja saya. Ia juga memberitahu klien bahawa kita telah mendengar dengan tepat hal yang dikatakannya. dan membuang masa. ia dapat memberi peneguhan kepada klien dan menggalakkannya untuk meneruskan perbualan. Apabila saya cuba menjawab soalan dalam kelas. mere ketawakan saya.” “Kamu rasa kamu tidak boleh membuat kerja dan menjawab soalan dalam kelas kerana tingkah laku kawan-kawan kamu? Kamu tidak faham mengapa mereka ketawakan dan mengganggu kamu? Guru: Anda mungkin fikir bahawa respons pendengar seperti di atas adalah lewah. (iv) Mendapatkan Penjelasan Dalam kemahiran ini. Saya perlukan bimbingan” Guru: situasi) ATAU Guru: pelajar) “Awak bimbang mengenai Matematik?” (fokus anda adalah terhadap perasaan “ Awak perlu bimbingan dalam Matematik?” (fokus anda adalah terhadap (iii) Memparafrasa Dalam memparafrasa. Tetapi memparafrasa memainkan peranan penting dalam mendengar secara aktif – ia membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh klien. anda menukar perkataan atau menukar ayat yang disebutkan oleh klien. anda meminta klien menjelas dan mengembangkan hal yang dikatakannya. supaya maksudnya menjadi lebih jelas. dan anda membuat kepastian dengan klien sama ada anda telah faham mesejnya dengan tepat. Pelajar: “Saya bimbang saya tidak mendapat gred yang baik dalam Matematik.Contoh kemahiran mengimbas kembali. Contoh memparafrasa ialah. Pelajar: “Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu saya. lalu memastikan sama ada kita telah mendengar dengan tepat atau tidak.

R. dan bukan sebagai satu kemahiran [Nelson-Jones. 1997]. Berkongsi kefahamannya dengan orang lain secara lisan Empati bukan bermakna kita bersetuju dengan orang lain (ia bukan simpati). Kefahaman empati melibatkan dua langkah utama: 1. kawan-kawan saya ketawakan saya. meminta penjelasan daripada klien: Pelajar: Contoh respons yang “Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu saya. Carl Rogers menerangkan empati sebagai kebolehan menyelami “dunia dalaman seseorang yang sulit dan peribadi” dan untuk menyampaikan kefahaman ini kepada orang lain.. anda sebenarnya menyelami pandangan atau perasaan orang itu. Ia hanya bermakna bahawa kita memperlihatkan cara orang lain berasa atau berfikir mengenai situasinya.” “Bila kamu kata kawan-kawan kamu mengganggu. kebolehan melihat sesuatu dengan cara yang sama seperti orang lain.bahawa kedua-dua pihak memahami mesej klien dengan jelas. awak rasa tidak selesa dan tidak boleh menumpukan perhatian terhadap kerja. apa yang dilakukan oleh mereka?” “Apa yang saya faham ialah apabila kawan-kawan awak ketawakan dan mempermainkan awak. Saya tidak boleh membuat kerja saya. Penanggapan tepat mengenai dunia dalaman seseorang.2. Rogers lebih suka menganggap empati sebagai sikap atau cara hemah seseorang. Apabila saya cuba menjawab soalan dalam kelas. untuk memahami pengalaman dan situasi hidupnya mengikut sudut pandangannya. Garis panduan menunjukkan empati: . Mengapa anda rasa mendengar murid anda adalah penting? Adakah anda pendengar yang baik? Apakah kesulitan yang anda alami apabila mendengar murid anda? 4. maksud awak begitu? Guru: ATAU Guru: Cuba fikirkan soalan yang berikut buat beberapa ketika. dan 2.3 Berempati (atau menunjukkan kefahaman) Apabila anda berempati dengan seseorang.

pelajar lain mula ketawa dan mempermainkan saya. Mereka mengharapkan saya boleh bayar kerana saya menang perlawanan itu. Kenyataan seperti “saya rasa sama seperti kamu” juga tidak membantu. Jangan memberi respons dengan menyatakan “saya faham bagaimana anda rasa” – ini tidak menggambarkan sama ada anda telah benar-benar memahami pandangan atau perasaannya.” “Awak rasa jika awak tidak bayar. mereka akan menganggap awak kedekut?” Guru: Contoh 2 Pelajar: “ Apabila saya cuba jawab dalam kelas. dengannya memahami pandangan/perasaannya dengat tepat. • • • Gunakan Selalu pandangan semak semula orang tersebut sama dan ada bercakap anda telah dari sudut perspektif/pandangannya. jangan buat andaian.• • Respons anda haruslah ‘selari’ dengan perasaan atau angin orang itu. dan cuba menyemak semula dengannya untuk melihat sama ada fahaman anda adalah tepat.” Guru: . Saya tak sukalah menyatakan saya tak mahu bayar minuman mereka. Jadi saya tidak lagi mengangkat tangan untuk menjawab. Memberi respons dengan menyatakan hal yang anda fikirkan mengenai perasaannya.” “Awak rasa tidak selesa apabila mereka berbuat demikian. ia merupakan simpati dan bukan empati! Contoh respons empati dalam sesi bimbingan” Contoh 1 Pelajar: “Saya gunakan wang saya untuk belanja kawan. Awak rasa lebih baik berdiam diri dan tidak menarik perhatian mereka terhadap awak.

dan relaks. Ketika memudahcarakan. tidak menggalakkan untuk membuka perbincangan). dan tidak membantunya memberi penumpuan kepada situasi sebenar. Jangan menggunakan soalan untuk memaksa seseorang memberi maklumat terperinci yang tidak rela diberi. serta membantunya menganalisis situasinya lalu mengeluarkan maklumat relevan yang akan membantunya memahami situasinya dengan lebih jelas. atau bertujuan untuk mendapatkan jawapan yang ‘betul’. “Aspek apakah yang awak suka bincang atau fokus dalam perbincangan kita?” “Biasanya bagaimana awak belajar di rumah?” “Bagaimana perasaan awak apabila tahu yang awak tidak dijemput?” Soalan “mengapa” selalunya tidak membantu – contohnya “mengapa awak tidak menyiapkan kerja rumah?” – kerana ia boleh menjadikan pelajar tersebut lebih defensif. kita menggunakan soalan untuk membantu seseorang itu memfokus dan berfikir. kerana ia menutup perbincangan. kerana soalan terbuka membantu seseorang berasa lebih relaks dan bebas untuk memberi maklumat secara tak langsung. sebagai permintaan bukan paksaan. Soalan yang lebih baik harus berbunyi “Apa masalah anda dalam membuat kerja rumah?” Contoh soalan tertutup (yang tidak membantu. soalan dikemukakan dengan nada lembut. Soalan terbuka lebih baik daripada soalan tertutup (lihat contoh di bawah). Contoh soalan terbuka. atau sebagai soal siasat. Penyoalan tidak harusnya dijalankan sebagai temu duga. . 4. yang akan membantu untuk memulakan perbincangan.2.4 Kemahiran Memudah Cara (facilitative) Dalam bimbingan. dan mendorongnya mencari alasan. tetapi tidak perlu menyatakan sama ada ia bersetuju dengan pelajarnya atau mempunyai perasaan yang sama seperti pelajarnya.Perhatikan bahawa dalam contoh di atas guru menunjukkan empati dengan menyatakan hal yang dirasakan oleh pelajarnya.

Jadi kamu berasa agak kecewa dan tidak berminat untuk datang ke sekolah. anda boleh membuat rumusan ringkas setelah klien bercakap beberapa minit. Anda juga boleh membuat rumusan ringkas pada permulaan atau pada akhir sesi untuk membantu klien membuat tumpuan mengenai hal yang perlu dibincangkannya. Ini akan menutup kerelaannya untuk memberi respons. dan kamu berasa susah untuk berkawan dengan pelajar dalam kelas sekolah ini. Berikut ialah contoh rumusan dalam sesi bimbingan. saya berasa bahawa kamu sering menekankan hal betapa pentingnya kamu disukai oleh kawan-kawan sedarjah dan guru-guru kamu. Kamu juga kata guru-guru sekolah ini tidak memberi layanan seperti guru di sekolah lama.2. ketika kamu bercakap. Ia sangat penting kepada kamu. Ia juga membantu klien membuat tumpuan terhadap matlamat dan keperluannya semula. Selepas membuat rumusan. pastikan anda menyemak semula dengan klien sama ada anda telah mendapat isu yang betul.“Bila awak balik ke rumah?” “Apa pekerjaan bapa awak?” “Apa markah yang awak perolehi dalam Matematik?” “Adakah awak lebih suka sukan atau muzik?” Soalan berbentuk tertutup membuatkan orang itu berasa tertekan untuk memberi jawapan. Kamu cuba .5 Kemahiran membuat rumusan Merumus melibatkan hal menyatakan kesemua aspek dan isu utama yang dibincangkan dan dijelaskan semula. serta mengelakkan kedua-dua pihak menyeleweng daripada isu-isu penting. atau anda boleh menunggu sehingga akhir sesi untuk membuat rumusan yang lebih panjang. Begitu?” Contoh rumusan yang lebih panjang apabila hampir tamat sesi: “Liza. sehingga kamu berasa sangat sedih dan tidak boleh membuat kerja kamu apabila kamu rasa mereka tidak suka kamu dan tidak menerima kamu. Semasa sesi bimbingan. Contoh rumusan ringkas pada pertengahan sesi: “Tadi kamu menyatakan bahawa kamu masih teringatkan kawan-kawan di sekolah lama. dan selalunya berasa dunianya dicerobohi. 4.

Dalam perbincangan seterusnya nanti. Minta kebenarannya untuk merakam sesi perbincangan tersebut. Minta rakan atau pelajar anda berbincang dengan anda masalah yang sedang dialaminya. mencatat nota untuk memaklumkan balik. kemahiran asas inilah yang akan membantu anda membimbing pelajar anda dengan lebih berkesan pada setiap peringkat dalam proses bimbingan. Cuba gunakan setiap kemahiran secara bergilir-gilir. Meskipun begitu. dan bagaimana untuk melaksanakan proses bimbingan untuk menangani masalah tersebut. Dalam pasangan. dan (v) kemahiran membuat rumusan. Apa kekuatan anda? Apa Kemudian. ia adalah (i) menunjukkan layanan positif dan hormat. Latihan untuk dipraktikkan. kamu rasa betapa bersungguh-sunguh anda cuba. Boleh tak begitu?” Setakat ini kita telah membincangkan lima kemahiran asas yang anda boleh gunakan semasa sesi bimbingan dengan klien anda. memparafrasa dan kemahiran menerangkan atau menjelaskan.bersungguh-sungguh untuk menyukai kawan kamu. (ii) kemahiran mendengar secara aktif seperti mendengar penuh perhatian. dan kita cuba cari jalan. Keadaan ini membuatkan kamu berasa tertekan dan tidak seronok dengan diri dan hidup kamu. 1.3 Masalah pelajar Dalam bahagian ini. kita akan memberi fokus kepada sebab-sebab pentingnya bagi kamu untuk memuaskan hati kawan-kawan kamu. kita akan bincang beberapa masalah pelajar dan bagaimana mengenalpastinya. walaupun kamu rasa perkara yang mereka mahu kamu buat adalah tidak betul. dengar semula dan cuba buat penilaian mengenai bagaimana anda menggunakan kemahiran asas dalam membimbing. Walau bagaimanapun. (iii) empati. seorang memainkan peranan pembimbing dan seorang lagi sebagai pelajar. Kemahiran ini memerlukan banyak latihan sebelum anda boleh menggunakannya secara alamiah. (iv) menyoal bertujuan untuk memudah cara (facilitative). 2. imbas kembali. kelemahan atau kekurangan anda? 4. dapatkan seorang rakan lain untuk memerhati dan . main peranankan satu sesi bimbingan. Berikutnya adalah beberapa latihan kemahiran yang boleh anda lakukan dengan rakan-rakan. namun tiada orang yang berpuas hati. cara lain untuk mendekati mereka. kemahiran komunikasi non-verbal.

kawan wanita/lelaki. persekitaran rumah yang tidak selesa. mood yang tidak stabil.1 : Masalah Pelajar Isi-isu peribadi yang menyebabkan masalah kepada pelajar termasuklah : • • • Masalah perhubungan – dengan ahli keluarga. Masalah emosi – konsep kendiri negatif.lemah dalam pengurusan kewangan. • • • Masalah kesihatan . tidak mempunyai kemahiran untuk menangani situasi yang tegang. motivasi rendah dan kurang berminat untuk belajar.penyakit fizikal dan mental. kekurangan pemakanan. dan lain-lain. berlebihan/kekurangan berat badan Masalah kewangan – pendapatan keluarga rendah . kematian ibu bapa/ahli keluarga. tidak upaya mengawal emosi.4. kecacatan fizikal. kemarahan yang amat sangat. masalah makan. Masalah keluarga – ibu bapa yang bercerai. dan lain-lain. dan kemahiran belajar yang kurang baik . tidak menyertai aktiviti kelas. kawan sedarjah. pencapaian akademik yang rendah.3. masalah berkomunikasi dengan guru. dan Isu pengurusan kendiri – lemah dalam mengurus masa. perasaan takut dan tidak selamat. kesukaran menyuarakan emosi yang sebenar. tingkah laku menyendiri. Masalah akademik termasuklah: • • • • • • masalah pembelajar dalam mata pelajaran tertentu.1 Mengenalpasti masalah pelajar Masalah pelajar boleh dikategorikan seperti berikut: MASALAH PELAJAR Isu-isu personal Masalah akademik Penyesuaian sosial Rajah 4. lemah kemahiran komunikasi. kawan-kawan. tekanan. rendah harga diri.

Sekiranya guru itu tiada masa atau tidak terlatih untuk membimbing masalah tersebut. perhubungan sex secara rambang. salah guna bahan-bahan. Guru dan kakitangan sekolah harus mengenal pasti masalah pelajar dengan segera. ia haruslah mempastikan bahawa pelajar tersebut dirujukkan kepada orang lain yang lebih bertauliah supaya pelajar tersebut mendapat bantuan yang diperlukannya. bergaduh. rusuhan. bagaimana ia berkomunikasi dan menyuarakan perasaannya. bagaimana ia berinteraksi antara satu sama lain. Ia termasuklah: • • • • • • • tidak mematuhi peraturan sekolah. Ini akan membolehkan anda mengesan masalah yang serious lebih awal. melepak. bincangkan pemerhatian anda terhadap pelajar tersebut dengan guru lain yang berkenaan. • • rujuk kepada rekod dan laporan prestasi pelajar. Beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mengenal pasti masalah pelajar ialah: • perhatikan tingkah laku pelajar anda di dalam dan di luar kelas. Ini membolehkan anda mengesan sejarah masalah tersebut. ponteng. peras ugut. . • galakkan pelajar anda membincangkan masalah dan pengalamannya secara terbuka dengan anda . dan aktiviti jenayah – mencuri.Masalah penyesuaian sosial merujuk kepada masalah tingkah laku yang disebabkan oleh kurang kebolehan pelajar tersebut untuk mengadaptasikan diri dengan situasi sosial serta ekspektasi norma dalam masyarakat. gangster. perosak. mengedar dadah kepada kawan sekolah. untuk melihat sama ada terdapat satu corak tingkah laku yang konsisten yang menyebabkan masalahnya. dan lain-lain. supaya boleh memberi bantuan kepada pelajar sebelum masalahnya menjadi lebih besar atau lebih serious.

kita akan pertimbangkan. 1997]. dengan tugas-tugas yang sejajar dengannya untuk kedua-dua guru dan pelajar. bagaimana melaksanakan proses bimbingan dalam menangani masalah pelajar. Apakah masalah yang dialami oleh kebanyakan pelajar? Apakah cara yang anda gunakan untuk mengenal pasti masalah tersebut? Apa tindakan yang biasa anda ambil? Seterusnya.. Menunjukkan empati • • Peranan pelajar. dan • ada sesi bimbingan secara peribadi dengan pelajar tersebut untuk membicangkan masalahnya yang telah anda perhatikan. Berhenti sebentar dan buat refleksi mengenai soalan di bawah. R. tingkah laku di rumah.2 Melaksanakan proses bimbingan Membimbing pelajar untuk menangani masalahnya dengan berkesan adalah satu proses yang memakan masa dan melibatkan beberapa peringkat. Jadual berikut menunjukkan garis panduan mengenai lima peringkat utama dalam proses bimbingan [Nelson-Jones. Mahu berbincang mengenai masalah atau situasinya Beriltizam untuk mencari cara menangani masalahnya Bekerjasama dengan gurunya dengan menepati temu janji untuk sesi bimbingan • • . rekod kesihatannya. 4. Jadual 4. Bina perhubungan dan kenal pasti masalah • bina rapo • bina saling mempercayaai & saling hormat • iltizam untuk bekerja bersama untuk matlamat yang sama • jelaskan masalah dan bentuk matlamat awal • • • • Peranan guru sebagai pembimbing Menunjukkan layanan yang positif dan rasa hormat Tingkah laku yang tidak menilai Membentuk persekitaran yang mesra dan selesa Menggunakan kemahiran mendengar secara aktif untuk mendengar dan memahami masalah pelajar. supaya mereka boleh mengenal pastinya dengan lebih awas dan langkah-langkah pencegahan boleh diambil. dan sebagainya.1 : Peringkat Dalam Proses Bimbingan Peringkat dalam proses bimbingan I.• berbincang dengan ibu bapa untuk meninjau sama ada mereka mempunyai maklumat terhadap anaknya.3.

Merancang tindakan yang boleh diambil dan beriltizam untuk menjalankan dan menyelesaikannya III. terokai alternatif. tidak cuba menyelesaikan masalah untuk pelajar. Mencari penyelesaian masalah yang kreatif dan praktikal Membuat keputusan Merancang tindakan yang perlu diambil • • • • • • • • • Bimbing pelajar dalam proses menentukan matlamat untuk dirinya Bantu pelajar menentukan matlamat yang realistik untuk menangani situasinya Menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif untuk mencari penyelesaiannya sendiri dan cadangan untuk tindakan Bimbing pelajar berfikir secara kritikal dan menilai beberapa alternatif untuk tindakan Bimbing pelajar dengan proses membuat keputusan Menunjukkan sikap yang positif dan optimistik. buat keputusan dan rancang tindakan • Bina matlamat yang realistik untuk membina kemahiran menangani masalah dan mengubah situasi yang bermasalah itu. Teroka dan fahami masalah. dan nyatakan semula masalah dalam istilah yang lebih praktikal • • Mengenal pasti sumber atau sebab masalah Meneliti & mengenal pasti komponenkomponen atau bahagian masalah.• • • Realistik dalam membantu pelajar menentukan matlamat awal untuk sesi tersebut. Tidak memberi nasihat. Bina matlamat. mengubah sikap dan corak tingkah laku supaya dapat • • • Berbincang mengenai kebimbangan dan sangsi mengenai tindakan yang telah . dan memberinya keyakinan untuk membuat keputusannya sendiri Memberi masa dan perhatian untuk membimbing pelajar berlatih kemahiran yang diperlukan untuk mengambil tindakan seterusnya Mengurangkan rasa bimbang • • • IV. perasaan dan tindakan. Menggalakkan pelajar mengambil tanggung jawab membina kemahirannya sendiri untuk mengatasi masalahnya Memikirkan tentang masalah tersebut dan membuat penilaian pertama mengenai situasi pelajar Menggunakan empati dan kemahiran membuat penjelasan untuk membantu pelajar menyedari perasaannya Menggunakan kemahiran menyoal dan membuat rumusan untuk membantu pelajar mengenal pasti punca kepada masalahnya Bantu pelajar menyatakan semula masalahnya dengan menyatakan apa kemahiran dan perubahan sikap yang diperlukan Bantu pelajar melihat pertalian antara tindakan dan akibatnya • • • Jujur serta ikhlas Mengambil tanggung jawab untuk mencari penyelesaian Berusaha membentuk matlamat awal untuk menangani situasinya II. untuk memotivasi pelajar. dan akibatnya Membentuk persepsi yang tepat mengenai masalahnya Bertanggung jawab membuat pilihan untuk hidupnya Membina keyakinan diri dan motivasi dengan menentukan matlamat dan membuat keputusan hidupnya sendiri Menggunakan kreativiti dan kemahiran berfikir untuk menyarankan penyelesaian yang kreatif yang sesuai dengan situasinya. supaya mudah untuk kerja membimbing • • • • • • • • • • • • Menerokai pemikiran dan perasaan sendiri Menganalisa masalah dan mengenal pasti sebab-sebabnya Meningkatkan kesedaran kendiri dengan sentiasa menyedar perasaannya Memahami pertalian antara pemikiran. Menterjemahkan masalah menggunakan istilahistilah yang lebih praktikal. Mengambil tindakan untuk membina kemahiran hidup.

Memberi maklum balas positif dan negative mengenai usaha pelajar untuk membaiki dirinya Menggalakkan pelajar untuk menilai dirinya serta kemajuannya Berbincang dengan pelajar mengenai keberkesanan tindakan yang diambil. mengubah sikap dan corak tingkah laku Mengambil langkah yang sesuai untuk menangani situasi bermasalah • • • • pelajar dengan berlatih di tempat yang selamat terlebih dahulu. memantau kemajuan. dan memotivasikan dirinya untuk terus memperbaiki kemahiran dan tingkah lakunya dalam menangani masalah Menilai keberkesanan tindakannya dan pencapaian matlamat Membuat keputusan untuk menamatkan sesi bimbingan. dan samada rancangan tindakan yang baru perlu dibuat Semak dengan pelajar untuk melihat sejauh mana matlamatnya telah dicapai Berbincang dengan pelajar mengenai menamatkan sesi bimbingan. Menamatkan sesi bimbingan dengan kedua-dua guru dan pelajar merasakan matlamatnya telah dicapai. • • • diputuskan Berlatih kemahiran menangani masalah untuk menghadapi situasi bermasalah Mengambil risiko untuk mencuba tingkah laku baru untuk mengubah amalan berfikir dan beraksi yang tidak membantu Mengambil tindakan untuk menangani masalah atau situasinya V. serta mengakhiri sesi bimbingan • Laporan-kendiri oleh pelajar mengenai kemajuannya • Pemerhatian guru atau kaunselor • Maklum balas dari guru dan orang lain mengenai keberkesanan tindakan • Penilaian semula matlamat. yang lebih sihat dalam berhadapan dengan situasi harian dalam hidupnya. serta kerisauan pelajar mengenainya. sebelum melaksanakan tindakan yang telah dipersetujui Membimbing dan mendemonstrasikan kemahiran langkah demi langkah.• • berhadapan dengan situasi bermasalah dengan lebih berkesan Belajar kemahiran baru. atau kemajuan seterusnya tidak boleh dibuat melalui sesi ini Jadualkan perjumpaan susulan untuk memantau kemajuan pelajar. tidak mengharapkannya memperoleh kemahiran dengan serta merta Memberi peneguhan kepada pelajar dengan memberi maklum balas kepada pelajar mengenai kemajuannya Main peranan dengan pelajar untuk membantunya berlatih kemahiran-kemahiran tersebut Menggalakkannya untuk mencuba tingkah laku baru. rakan atau keluarganya Sentiasa memantau kemajuannya. penilaian mengenai keberkesanan tindakan. setelah berbincang dengan gurunya. jika perlu • Pemantauan kemajuan pelajar dalam mengubah tingkah laku • Menamatkan sesi bimbingan • • • • • • • • • • • • • Berbincang secara jujur dengan gurunya mengenai kemajuannya dalam menggunakan kemahiran barunya atau dalam mengubah tingkah lakunya Berbincang dengan gurunya mengenai kerisauan terhadap kemajuannya Meminta maklumbalas daripada guru. Maklum balas. .

dengan kebolehan dan sikap yang membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup dengan berkesan. Falsafah dan Konsep Pendidikan. G. . dan kemahiran membuat rumusan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. • • Masalah pelajar yang sering berlaku termasuk peribadi. kemahiran menyoal. Kemahiran asas bimbingan termasuk menunjukkan layanan positif dan hormat. kemahiran mendengar dengan aktif. Gutek.Cuba buat refleksi mengenai soalan berikut… Fikirkan pengalaman yang anda telah ada mengenai membantu pelajar yang mempunyai masalah. (1997). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Isi-isi utamanya ialah: • Matlamat utama bimbingan ialah untuk membantu pelajar membina potensi dan kemahiran hidup supaya ia boleh menjadi individu yang sihat dan seimbang. • • Prinsip melaksanakan proses bimbingan adalah berdasarkan kepada garis panduan etika seperti kerahsiaan dan hormat kepada hak pelajar untuk menerima bimbingan. Aspek mana yang berkesan? Apa yang tidak berkesan? Manggunakan kemahiran membimbing dan peringkat-peringkat bimbingan. Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan Teks bacaan asas Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994). akademik dan masalah perkembangan sosial. apakah kelainan yang akan anda lakukan? Rumusan Topik ini membincangkan guru sebagai pembimbing. Second Edition. Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Bhd. Philosophical and Ideological Perspectives on Education.L. berempati. Needham Heights: Allyn and Bacon. Edisi Kedua. dengan tugas-tugas guru dan murid. dan Lima peringkat utama proses bimbingan telah diterangkan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001).

).com/Workshops/philosophy_hand.soe. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (1992).htm Egan.purdue. New York: Van Nostrand Reinhold Company.html http://www. D. New York: Macmillan Publishing Company. & Craver. Teacher Education Division (1982). Armstrong. Pacific Grove: Brooks/Cole Publishing Co. (1962).susancanthony. D. (4th Ed. R. Stenhouse. (1997). (1987).L. (1990). (1976). W. G.).A. Giving Teaching Back to Teachers. The Skilled Helper.html . Fifth Edition. Chicago: The University of the Chicago Press Teacher Education Division (2002). R. (1989).html http://www. Walton Hall.edu/people/w. Taba.Ohio: Merrill Publishing Co. New York: Delmar Publishers. Curriculum Development: Theory and Practice. (1970). Curriculum Evaluation (Unit 19 till Unit 21).prenhall. Integrated Teaching Methods. Kuala Lumpur: Ministry of Education.com/bookbind/pubbooks/armstrong3/chapter3/chapter12/deluxe.W. Titus. London: Heinemann.morehead-st.V.A. (1994). New York: Macmillan College Pub. Education Resource Book for Lecturers.T. The Philosophy of Education (Report of the National Workshop and Survey). ( 1969). Curriculum Development: A Guide to Practice. An Introduction to curriculum Research and Development . Kuala Lumpur: DBP Nelson-Jones. & Rudnitski. Living Issues in Philosophy.G. H. Kuala Lumpur: Ministry of Education.).. New York: McGraw-Hill Publishing Co.html http://www. London: Cassell Publications Ozmon.edueyctr/cdromsup.com/index.willis/fourtheories.E. & Savage. H. Tyler.R. Eisner. New York: Harcourt Brace and World.edu/fac/georgeoff/phil am ed/essentialism. A. T. Glenview: Scott.html http://www.frcu.my http://cw.gov. (4th Ed.html http://www.F. Y. (1990). Averroes As A Physician. http://www. (1995). Raslan. (1975). S. Albany.W. Practical Counselling and Helping Skills. Philosopher and Theologian. Frazee. (1984). Al-Jadid.moe. Ibn Rushd. Curriculum Leadership. D. Barrow. A Critical Introduction to Curriculum Theory. H.A. H.siu.Rujukan Ead. Education: An Introduction. Philosophical Foundations of Education. The Educational Imagination. Milton Keynes: Open University Press.aljadid.A. Foreman. Duke. B. (1997).M. Brighton: Wheatsheaf Books. Teaching: An Introduction. Jenkins. Henson. http://www. Englewood Cliffs: Prentice Hall. 3 (20). (1995). Glatthorn.eun. Basic Principles of Curriculum and Instruction. Bondi. (1995). (1998). A. Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah. K. (3rd ed.eg/www/universities/html/hamed2. R.

cfm .infed.cast.nyu.http://www.org/wiki/Philosophy http://www. http://pages.edu/~asr209/curriculum.htm.doc http://www.org/udl/EnvisioningFutureCurriculum189.wikipedia.org/biblio/b-curric.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful