BERITA PEERS Pendidikan seks mula diajar di sekolah November ini

Posted on June 17, 2011 by psbtpnsarawak

17 Jun 2011, Jumaat
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg= dn_21.htm

RAUB 16 Jun – Modul Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) untuk pelajar sekolah akan mula diperkenalkan kepada murid tahun satu bermula November ini. Ketua Pengarah Lembaga Penduduk, Pembangunan dan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas modul tersebut dapat diterima dengan baik oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang kini didedahkan dengan PKRS. Menurutnya, pelajar sekolah rendah dan menengah akan mengikuti modul yang berbeza berdasarkan tahap usia mereka. “Berdasarkan tinjauan dan maklumat balas yang diterima daripada pelatih PLKN seluruh negara ternyata mereka sangat gembira dengan kandungan modul itu yang mula dipelajari sejak dua hari lalu. “Menurut mereka, modul yang dipelajari itu sangat berguna dan tidak pernah dibincangkan dengan keluarga sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke PLKN Benum Hill Resort dekat sini hari ini. Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil. Menurut Aminah, modul tersebut akan mula diajar kepada murid tahun satu selepas selesai peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Katanya, pendidikan itu bukan perkara baru kerana ia mengambil modul sedia ada yang diperbaharui dan digubal semula.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, para pelatih PLKN memberikan reaksi positif terhadap kandungan modul tersebut kerana mereka mendapat maklumat dengan kaedah yang betul. “Modul tersebut lebih kepada membentuk golongan remaja yang sihat, berdaya tahan, berakhlak, bertanggungjawab serta berupaya menghadapi cabaran perubahan dalam kehidupan masa kini,” katanya. Posted in 2011, Arkib Berita, Pendidikan Reproduktif, Program, Subjek | Leave a comment

Sex education at camps National Service trainees to also learn about pregnancy, family life
Posted on June 15, 2011 by psbtpnsarawak

Wednesday, June 15, 2011
By Sharanpal Singh Randhawa sharanpal@nst.com.my National Service Training Department director-general Datuk Abdul Hadi Awang Kechil said yesterday the introduction of the sub-module with the syllabus compiled by the Women, Family and Community Development Ministry, was important as youth were facing many problems and social issues, including rape, pregnancy and baby-dumping. KANGAR: Some 30,000 National Service trainees in 82 camps will be introduced to Reproductive and Social Health Education as a sub-module starting today to equip them with a better understanding of the social problems facing young people. He said the sub-module had four major sections on gender understanding, family life, skills development and social problems. They were intended to strengthen the minds of the trainees, and at the same time, enable them to think and act positively when facing or dealing with such issues. Hadi said adjustments to the sub-module would be made from time to time, depending on the current issues. “The syl labus has to be improved as we cannot use the old approach to teach the new generation because the problems faced by today‟s youth are different from those in 2004.” He was speaking after the presentation of the 2010 Northern Zone Excellent Service awards and the launching of a book Rahsia Seorang Negarawan (The Secret of a Statesman) at the Tasoh National Service Training Camp, near here, yesterday. Hadi said 1,600 trainers had undergone training with the Women, Family and Community Development Ministry on the submodule and were fully equipped to conduct sessions with the

30,000 trainees, in the second intake for this year, from May 15 to July 30 Read more: Sex education at camps<br>National Service trainees to also learn about pregnancy, family life http://www.nst.com.my/nst/articles/Sexeducationatcamps/Article/#ixzz1PJEeyvt3 Posted in 2011, Arkib Berita, Keselamatan Pelajar/Kesihatan, Masalah Pelajar, Pendidikan Reproduktif, Program | Leave a comment

Pelatih PLKN diajar modul kesihatan reproduktif
Posted on June 13, 2011 by psbtpnsarawak

11 Jun 2011, Sabtu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg= dn_05.htm

KUALA LUMPUR 10 Jun – Seramai 30,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang sedang mengikuti kursus itu di 82 kem di seluruh negara akan menjadi kumpulan pertama diajar modul pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial. Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur berkata, modul yang dibangunkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu diharap dapat memperkasakan golongan muda dalam menangani isu kesihatan reproduktif dan sosial. “Modul yang dinamakan Kesejahteraan Hidup itu mempunyai empat komponen utama iaitu Gender dan Jantina, Kekeluargaan, Pembangunan Kemahiran dan Hidup Tanpa Kemahiran. “Ia turut disertakan dengan Direktori Bantuan untuk remaja sekiranya mempunyai masalah dan apa yang penting kita berharap pelatih PLKN dapat berkongsi ilmu melalui modul ini dengan rakan sebaya mereka di luar sana yang tidak menyertainya,” ujar beliau. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan buku kerja itu kepada Ketua Pengarah Jabatan PLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di kementerian itu di sini hari ini. Menurutnya, pengisian buku itu turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pelajaran dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Sementara itu, Abdul Hadi berkata, pengajaran dalam modul itu akan dilaksanakan selama dua hari pada 15 dan 16 Jun ini dengan masa yang diperuntukkan adalah lapan jam. “Sebelum ini, latihan telah diberikan kepada 1,102 fasilitator PLKN untuk memudahkan mereka menyampaikan kandungan modul itu,” katanya.

Posted in 2011, Arkib Berita, Pendidikan Reproduktif | Leave a comment

Laporan Khas: Murid Tahun Satu tiada masalah pelajari reproduktif manusia
Posted on January 31, 2011 by psbtpnsarawak

Isnin , 31 Januari 2011
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LaporanKhas_MuridTahunSatutiadamasalahpelajarireproduktifma nusia/Article

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar, Mohd Idris Sulaiman, Hazwan Faisal Mohamad dan Shah Che Ahmad upen@bharian.com.my 2011/01/30 Perancangan rapi mudahkan pelaksanaan KSSR SELEPAS empat minggu sesi baru persekolahan bermula, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berjalan lancar. Tinjauan Berita Harian di beberapa sekolah dan makluman Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menunjukkan tidak banyak rungutan sama ada daripada guru, murid atau ibu bapa. Ini berikutan perancangan teliti Kementerian Pelajaran ketika menggubal, melatih guru dan melaksanakan sukatan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif itu. Majlis Permuafakatan PIBG Nasional, Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, berkata pihaknya juga tidak menerima aduan mengenai pelaksanaan KSSR, setakat ini. Namun, katanya, ada penjaga mempersoal tindakan sesetengah sekolah yang hanya menawarkan satu mata pelajaran elektif iaitu Bahasa Arab menyebabkan murid tiada pilihan. “Secara idealnya, murid keturunan India atau Cina berhak mempelajari bahasa ibunda mereka. Pengenalan subjek elektif bahasa juga menggalakkan ibu bapa India dan Cina menghantar anak ke sekolah kebangsaan dan ini baik untuk perpaduan,” katanya. Antara elemen baru yang dimasukkan dalam KSSR ialah Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial dalam subjek Pendidikan Kesihatan di bawah Modul Teras Asas bagi Tahap Satu (Tahun Satu hingga Tiga). Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram, Lekir, Sitiawan, Perak, Rosnaini Hashim, berkata elemen perkembangan manusia itu bermaksud pendedahan mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia manakala perhubungan (sosial) mendedahkan sifat kasih sayang dan persahabatan.

Katanya, pendedahan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa turut diajar kepada murid, manakala kebolehan untuk membuat keputusan pula menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri. “Kesihatan dan tingkah laku seksual menyentuh amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelak hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan Aids manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh isu seks dan masyarakat. Hal berkaitan perundangan turut diberi penekanan. “Stigma masyarakat yang menganggap pendidikan seks tidak sesuai untuk golongan bawah umur harus dikikis supaya pemahaman asas itu dapat diserap kanak-kanak seterusnya mendidik mereka dengan betul,” katanya. Rosnaini berkata, pendedahan awal seperti ini perlu bagi perkembangan mental kanak-kanak agar mereka membesar dengan pengetahuan penting yang diperlukan dan seterusnya mampu menghindari mereka daripada gejala sosial. Beliau berkata, guru yang terbabit untuk pengajaran subjek berkenaan diberi kursus, manakala bahan pengajaran disediakan bagi memudahkan murid. Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr Zakaria Kasa, berkata topik Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial dalam KSSR berjaya mengurangkan kegusaran ibu bapa yang sebelum dikatakan menentang pendidikan seks di sekolah. “Ibu bapa diberi persediaan mental bahawa elemen ini bukan mengajar seks tetapi lebih kepada aspek kesihatan diri dan sosial,” katanya. Menyokong dasar pendidikan baru itu, Guru Besar SK Bukit Damansara, Zarina Jamil, berkata KSSR bersifat lebih menyeluruh daripada sukatan kurikulum sebelum ini kerana KSSR bukan saja cuba menerapkan aspek pendidikan akademik, malah kemahiran dan penaakulan maklumat. KSSR, katanya, sesuai dengan murid yang kini lebih aktif dan pintar di samping bersemangat untuk belajar. “KSSR merangkumi semua aspek pembelajaran, selain memastikan kecemerlangan murid dalam pendidikan. Kurikulum terbaru ini turut melatih kemahiran insaniah murid sejak kecil. “Sesetengah masa mata pelajaran kelas dikurangkan manakala diselitkan dengan subjek berbentuk kemahiran,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini . Beliau berkata, sukatan kemahiran yang diperkenalkan dalam KSSR termasuk komunikasi, Sains dan Teknologi, kerohanian, kemanusiaan, ketrampilan diri dan perkembangan fizikal. Zarina berkata, murid didedahkan dengan asas teknologi maklumat (IT) dalam mata pelajaran Sains dan Teknologi bagi membuka minda mereka celik IT dan berfikiran lebih saintifik manakala tambahan penghayatan amalan agama, sikap dan nilai dalam subjek keterampilan diri.

“Murid berpeluang memilih bahasa diminati sama ada Bahasa Cina, Tamil dan Arab dalam subjek elektif bagi penguasaan bahasa dalam kemahiran berkomunikasi,” katanya. Zarina berkata, hampir semua guru Tahun Satu sekolah itu menghadiri kursus KSSR anjuran Kementerian Pelajaran tahun lalu Posted in 2011, Arkib Berita, Bahasa, ICT/Teknologi, Kurikulum, Masalah Guru, Masalah Pelajar, Pendidikan Reproduktif, Subjek | Leave a comment

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dalam PLKN
Posted on January 3, 2011 by psbtpnsarawak

03 Januari 2011, Isnin
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg= dn_04.htm

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) akan dilaksanakan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mulai Mei ini bagi mendidik remaja mengenai bahaya gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat sekarang. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi tujuan itu, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) diberi tempoh sehingga April untuk merangka modul dan menyediakan latihan kepada jurulatih sebelum ia dilaksanakan kepada kumpulan kedua PLKN tahun ini. Beliau bagaimanapun menegaskan, PKRS bukan modul pendidikan seks, sebaliknya ia modul yang diperkenalkan bagi membina kekuatan minda remaja agar berupaya membangun menjadi seorang insan yang sihat, berakhlak mulia dan saling menghormati antara satu sama lain. “Ini bukan modul pendidikan seks. Ia adalah modul untuk mendedahkan para pelatih dengan permasalahan yang berlaku di kalangan masyarakat terutamanya yang melibatkan remaja. Ini adalah kokurikulum yang bersesuaian dengan kehendak semasa,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelepasan kumpulan pertama pelatih PLKN seramai 1,200 orang, bagi siri lapan untuk tahun 2011, di padang Bangunan Zetro, di Wangsa Maju di sini hari ini. Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin serta Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Menurut Ahmad Zahid, modul baru itu mengambil kira keperluan serta sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini, berdasarkan konsep 1Malaysia dan pihaknya juga sudah mengarahkan JLKN supaya memastikan tiada pertindihan antara PKRS dengan modul sedia ada. Dalam pada itu, beliau berkata, kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan PLKN semakin meningkat apabila seramai 3,000 remaja yang tidak terpilih telah memohon untuk menyertai program tersebut secara sukarela bagi tahun ini. Katanya, ia merupakan satu perkembangan yang membanggakan berbanding ketika PLKN mulamula diperkenalkan dahulu apabila rata-rata ibu bapa pada ketika itu membuat permohonan supaya penyertaan anak-anak mereka ditangguh atau dibatalkan. Posted in 2011, Arkib Berita, Pendidikan Reproduktif | Leave a comment

PEERS tidak hanya fokus isu seksual, sebaliknya kesihatan
Posted on December 23, 2010 by psbtpnsarawak

Khamis , 23 Disember 2010
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PEERStidakhanyafokusisuseksual_sebaliknyakesihatan/Article

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk surat Engku Muzahadin dari UPM dan Zahiruddin Zabidi (Wangsa Maju) bertarikh 1, 2 dan 4 Disember menerusi ruangan ini mengenai pendidikan seks di sekolah. KPM sudah melaksanakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) sejak 1989 di sekolah menengah dan 1994 di sekolah rendah, khususnya melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan secara merentas kurikulum mata pelajaran lain seperti bahasa, Sains, Biologi, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Istilah „Pendidikan Seks‟ tidak digunakan sama sekali dalam konteks pendidikan di Malaysia kerana ia memberi konotasi negatif dalam kalangan masyarakat kita. Istilah PEERS digunakan menggantikan Pendidikan Kesihatan Keluarga (1989-2002) dan Pendidikan Seksualiti (20032005) selepas diluluskan Kabinet pada 20 Disember 2006. Kurikulum pendidikan kesihatan terdiri daripada elemen PEERS (75 peratus), pemakanan (15 peratus) dan pertolongan cemas (10 peratus). Kandungan PEERS dalam pendidikan kesihatan digubal berdasarkan tahap perkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur kumpulan sasaran. Setiap individu perlu dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan konstruktif, bijak dan bertanggungjawab menangani situasi berisiko.

PEERS merangkumi kesihatan diri dan reproduktif iaitu aspek perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh serta penjagaan kesihatan reproduktif, kesan buruk pengambilan rokok, dadah dan alkohol, serta kemahiran berkata „TIDAK‟. Kemahiran pengurusan mental dan emosi seperti konflik, tekanan diri, keluarga dan masyarakat serta kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab ahli keluarga. Turut diajar langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan, tempat awam serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis, wanita, termasuk kemahiran mengelak daripada ancaman orang tidak dikenali dan orang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan. PEERS memberi kesedaran dan membantu murid membentuk pandangan positif mengenai kesihatan reproduktif dan sosial, menyediakan maklumat perlu diketahui supaya mereka mengambil berat kesihatan seksual selain membantu memperoleh kemahiran membuat keputusan. Peka kepada keperluan terhadap PEERS yang dilaksanakan melalui mata pelajaran pendidikan kesihatan, maka kurikulum pendidikan kesihatan sentiasa disemak dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Bermula 2011, pendidikan kesihatan akan diajar secara berasingan sebagai satu mata pelajaran dan tidak bercantum dengan mata pelajaran lain. Sebelum ini digabungkan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). Pendidikan Kesihatan diberi peruntukan satu waktu (30 minit) setiap minggu bermula dengan Tahun 1 pada tahun depan. PEERS tidak hanya fokus kepada isu seksual. Justeru, KPM ingin menjelaskan PEERS dilaksanakan secara komprehensif dari sekolah rendah hingga sekolah menengah untuk meningkatkan kesedaran dan membantu murid memperoleh kemahiran membuat keputusan bijak serta bertanggungjawab pada masa kini dan masa depan. UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, Kementerian Pelajaran Malaysia Posted in Arkib Berita, Pendidikan Reproduktif, Surat | Leave a comment

Pendidikan seks tidak perlu
Posted on December 21, 2010 by psbtpnsarawak

21 Disember 2010, Selasa
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.h tm

SUBJEK khusus isu pendidikan seks masih lagi berlegar-legar di ruang akademik di negara ini. Sama ada ia wajar atau tidak untuk dilaksanakan, pihak-pihak yang berkenaan sudah pun membentangkan hujah masing-masing. Jika ditanya kepada ibu bapa, berbagai-bagai reaksi dapat dilihat. Semua mengharapkan yang terbaik buat anak-anak. Justeru pelaksanaan pendidikan seks bagi mereka haruslah menyajikan seribu satu manfaat berbanding mudarat. Menyorot kembali silibus pendidikan di sekolah-sekolah milik penuh kerajaan di Malaysia, para pelajar sudah pun disediakan senarai panjang subjek-subjek yang harus dipelajari dan dikuasai. Daripada ilmu bahasa hinggalah kepada ilmu kehidupan dan ilmu kerohanian. Satu demi satu pengetahuan didedahkan kepada mereka untuk memenuhi keperluan sebagai manusia, ahli masyarakat dan juga yang paling penting sebagai khalifah di muka bumi ini. Tidak cukupkah senarai panjang ini untuk membantu anak-anak mentah ini menapis dugaan nafsu yang menjebak mereka ke kancah zina? Begitu pendekkah waktu yang ada sehinggakan mereka tidak sempat diajar apakah cara yang lebih baik selain membuang anak di tong sampah dan lorong-lorong gelap? Saya yakin, berbagai-bagai persoalan telah didasari saat fikrah untuk mewujudkan subjek ini diutarakan. Sebagai pelajar yang masih lagi menuntut walaupun angka usia sudah berganjak agak jauh, ingin sekali saya berkongsi pendapat dan pandangan bersabit isu ini. Pendidikan seks bukanlah sesuatu yang buruk atau menjengkelkan pada pandangan saya. Saya sendiri pernah melalui zaman kanak-kanak yang mana minda penuh pertanyaan, dan beberapa tahun lalu meninggalkan dunia remaja yang dialami penuh keterujaan untuk mengetahui dan mencuba sesuatu yang baru. Itulah fitrah manusia. Pihak yang berkenaan cuba memenuhinya dengan mewujudkan satu medium agar para pelajar dapat didedahkan dengan salah satu ilmu kehidupan yang begitu halus dan sensitif, agar mereka dapat mengelakkan diri daripada tersasar jalan. Namun pada pandangan saya, dengan adanya subjek-subjek sedia ada iaitu pendidikan agama, pendidikan moral, sains, biologi, pendidikan kesihatan dan tidak ketinggalan pendidikan sivik, itu sudah memadai untuk memandu anak-anak muda menyelamatkan amukan nafsu dan keterujaan diri daripada berzina dan seterusnya membuang bayi, kerana itulah teras utama kepada pendidikan seks. Mari kita sama-sama renungkan. Adakah agama membenarkan kita melakukan seks sebelum nikah? Tidak. Adakah orang yang berakhlak mulia, mempunyai nilai moral yang tinggi sanggup membuang bayi yang baru lahir untuk menjadi santapan semut dan anjing? Tak mungkin. Adakah sains menerangkan tentang bagaimana bayi wujud dalam rahim seorang perempuan? Ya. Dengan terjawabnya soalan-soalan ini dan banyak lagi melalui subjek-subjek yang sedang diajar di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, bukankah ia sudah memadai untuk membendung isu zina dan buang anak? Apa yang perlu dilakukan hanyalah memperkasakan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi subjek-subjek ini. Apa yang dapat diperhatikan, para guru mengajar, para pelajar mendengar. Apabila tiba musim peperiksaan, pengetahuan-pengetahuan

yang didapati di dalam kelas cumalah dihafal dan dikeluarkan semula ke atas kertas jawapan. Yang difahami dan disimpan di dada buat pedoman menempuh hidup hanyalah secebis cuma. Saya ingin menarik perhatian kepada cara pengajaran sebuah universiti antarabangsa di negara ini. Bersesuaian dengan namanya, para penuntut di sini didedahkan dengan ilmu agama dan juga persekitaran yang Islamik. Dalam kelas pula, selain menceduk ilmu daripada hasil tulisan para cendekiawan yang majoritinya adalah orang Barat bukan Islam, para penuntut turut dipandu dan dilatih untuk melihat teori dan aplikasinya melalui sudut pandangan Islam. Mereka didedahkan dengan bagaimana seorang Muslim seharusnya memandang dan berfikir tentang sesuatu isu itu. Langkah mengintegrasikan ilmu kehidupan dengan ilmu kerohanian ini amatlah wajar untuk dijadikan panduan, kerana apalah gunanya ilmu yang melangit tinggi jika jiwa kosong. Mendapat tempat pertama dalam kelas, semua A dalam peperiksaan mahupun pointer 4.00 bukanlah ukuran sebenar kejayaan, tetapi bagaimana hidup dijalani dengan bahagia dan tenang. Bukankah melakukan seks sebelum pernikahan petanda ketidakmampuan mengawal nafsu dan diri? Tidakkah keterlaluan jika dikatakan membuang bayi petanda masalah psikologi, atau kecelaruan minda? Perkara teras yang ada masih belum kukuh, rasanya lebih elok diperbaiki daripada sibuk-sibuk menambah cabang yang belum tentu dapat mengatasi masalah yang sudah sedia ada. Takut-takut mencambahkan masalah baru pula. Rohani dan jiwa yang perlu dididik dan diperkuat dengan ilmu agama dan moral; membezakan yang mana baik, yang mana buruk, yang mana betul, yang mana salah. Ilmu inilah yang sebenarnya memandu bagaimana ilmu kehidupan akan diterima, diproses dan digunakan. NADIAH KAMAL Kuala Lumpur Posted in Arkib Berita, Forum, Pendidikan Reproduktif | Leave a comment

Pendidikan seks ikut acuan sesuai – IKIM
Posted on December 17, 2010 by psbtpnsarawak

17 Disember 2010, Jumaat
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg= dn_08.htm

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bersetuju pelaksanaan pendidikan seks diajar di sekolah dengan menggunakan isi kandungan sesuai yang seiring perkembangan semasa dengan cabaran berbeza masa kini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata, pendidikan seks merupakan teras utama dalam menangani zina serta pembuangan bayi di kalangan remaja dan pelajar sekolah. “Kita perlu mendidik bukannya menghukum. Justeru, pendidikan seks wajar diberi perhatian namun ia perlu mengikut acuan yang sesuai terutama dalam era cabaran yang tidak menentu ini. “Persepsi masyarakat terhadap pendidikan seks yang dianggap „taboo‟ dan bertentangan dengan nilai budaya dan agama juga perlu diubah,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan muzakarah pakar „Menangani zina serta pembuangan bayi di kalangan remaja dan pelajar sekolah‟ di sini hari ini. Muzakarah yang dianjurkan oleh IKIM itu merupakan usaha bersama Hospital Kuala Lumpur (HKL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Posted in Arkib Berita, Pendidikan Reproduktif | Leave a comment

PEERS tangani masalah sosial
Posted on December 13, 2010 by psbtpnsarawak

Isnin , 13 Disember 2010
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PEERStanganimasalahsosial/Article/index_html

BATU PAHAT: Kementerian Pendidikan menegaskan matlamat utamanya memperkenal Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam sistem pendidikan negara, adalah untuk mengatasi pelbagai masalah sosial di kalangan remaja masa kini. Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kurikulum PEERS yang turut mencakupi pelbagai aspek berkaitan kehidupan seharian itu, diajar secara berasingan. Beliau berkata, PEERS yang bakal diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara itu tidak sewajarnya disalah anggap sebagai mata pelajaran yang bertumpu kepada pendidikan seks semata-mata. “Ia sebenarnya kurikulum yang memberi pendedahan lebih meluas serta jelas kepada pelajar mengenai pelbagai aspek kehidupan seharian,” katanya pada majlis perasmian Khatan Perdana Pemuda UMNO bahagian Batu Pahat di Sekolah Agama Kampung Istana, di sini, semalam Posted in Arkib Berita, Kurikulum, Masalah Pelajar, Pendidikan Reproduktif, Sistem | Leave a comment

‘No need to train sex ed teachers’
Posted on December 10, 2010 by psbtpnsarawak

Friday, December 10, 2010
By Annie Freeda Cruez anniefc@nst.com.my KUALA LUMPUR: The Education Ministry has no plans to offer special training to teachers of the reproductive health and social education subject to be introduced next year.This is despite calls for it by several quarters, including the National Union of the Teaching Profession and Federation of Reproductive Health Association. Deputy Education Minister Dr Mohd Puad Zarkashi said the existing teachers would teach the subject for 40 minutes, twice a month in secondary schools and 30 minutes a week in primary schools. “I don‟t think the teachers will have a problem teaching the subject as it has been in the education system. “The only difference is that it was incorporated with other subjects and now it is to be taught on its own,” he told the New Straits Times. Elements of the subject were introduced in secondary schools in 1989 and in primary schools since 1994 under physical education. The new subject will include family values, saying no to drugs and premarital sex, importance of preserving self-respect and emotional management. Puad said sex education would make up 75 per cent of the lesson. “We hope the knowledge we impart to children will reduce the incidence of social ills afflicting the young today, especially having sex at an early age, pregnancies before marriage, baby dumping, rape and incest,” he said. More than 300 Form Four students from five urban and rural schools in Kuala Lumpur, Selangor, Penang, Kelantan and Pahang had, in the past five years, gone through a pioneer programme called “I am in Control” which revealed there was a significant increase in awareness as well as better knowledge and attitude among the participating students. The programme was formulated by the National Population and Family Development Board with the cooperation of the United Nations Population Fund and Health Ministry. The module addressed the lack of information about the subject and inculcates a healthy lifestyle through information on sexuality issues, and aims to prevent pregnancies, unsafe abortions, abandoned babies and sexually transmitted diseases.

Federation of Reproductive Health Malaysia vice-president Tan Sri Napsiah Omar said she welcomed the introduction of the subject in school, but felt that teachers should be introduced to the new curriculum through weekend workshops. “It is a new module and teachers must be comfortable teaching children without making them feel frightened and fearful. It should be taught in such a way that enhances knowledge, gives them a new experience of respecting each others‟ gender, emotions and physiological developments besides instilling family values and sex after marriage.” NUTP secretary-general Lok Yim Pheng said recently that educationists should be given comprehensive training so that they would not become targets for litigation from parents if they made mistakes when teaching students Read more: „No need to train sex ed teachers‟ http://www.nst.com.my/nst/articles/17seo/Article#ixzz17fWk2zc5

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful