You are on page 1of 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 4 (KONSEP ISIPADU) Pada tahun 2011 , saya diatur supaya mengajar mata

pelajaran sains tahun 1 , 2 dan 4. Ini merupakan satu cabaran yang agar besar bagi saya, kerana sebelum ini saya tidak pernah mengajar mata pelajaran sains . Untuk menjadikan p&p harian secara lancar saya selalu meminta tunjuk ajar dari guru yang berpengalaman terutamanya bagi sains tahun 4 yang sukar dikuasai oleh murid . Di bawah ini ialah rancangan pengajaran harian yang saya bincang dengan rakan sejawat dan digunakan semasa p&p dijalankan pada tahun ini.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS Tarikh Masa Kelas Tema Tajuk : : : : : 11 Mei 2011 ( Rabu ) 60 minit 4K Menyiasat Alam Fizikal Unit 4 Isipadu Memahami konsep isipadu

Objektif Pembelajaran : Hasil Pembelajaran : i. ii. iii.

Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat:

Menerangkan konsep isipadu Menyatakan dua jenis objek yang mempunyai isipadu Menunjukkan objek yang mempunyai isipadu

Pendekatan P& P Kaedah KPS KMS : : :

Pembelajaran Inkuirin Penemuan

Mengeksperimen Berkomunikasi, Memerhati i. Guna dan kendali alat kertas, kotak, peta, botol, gambar, beg, surat khabar, kotak pensel, daun, bola

BBM : dan komputer

Fasa Pengajaran

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set induksi (5 minit)

Bersoaljawab

1.Murid diminta mengeluarkan satu objek yang boleh mengisi benda daripada beg sekolahnya.

KPS: 1.Berkomunikasi KBKK:

2.Guru bersoal-jawab: a. Apakah yang kamu keluarkan ini?

1.Menghubungkaitkan Nilai Murni: 1.Kasih Sayang Taraf Kognitif: 1.Kefahaman Kaedah P&P: 1.Kaedah Soal-jawaB

b. Apakah benda yang boleh diisi ke dalam objek yang kamu keluarkan? c. d. Objek yang siapa pamerkan paling besar? Objek yang siapa pula paling kecil?

Pencetusan idea (15 minit)

Menerangkan 1.Berdasarkan soalan-soalan tersebut, guru mengaitkan dengan konsep konsep isipadu. isipadu dan menyatakan dua jenis 2.Murid dibimbing menerangkan konsep isipadu. objek yang mempunyai isipadu 3.Setiap murid diminta memberi dua contoh objek yang mempunyai isipadu.

KPS: 1.Berkomunikasi

KBKK:

1.Menghubungkaitkan 2.Menginferens

Tahap Kognitif: 1.Pengetahuan 2.Kefahaman

Penstrukturan Membuat

1.Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.

KPS:

semula idea (25 minit)

pemerhatian 2.Murid melawat persekitaran sekolah dan membuat pemerhatian objek-objek di sekeliling mereka.

1.Mengeksperimen 2.Mengawal pemboleh ubah 3.Membuat pemerhatian

3.Murid merekodkan objek-objek yang mempunyai isipadu berdasarkan pemerhatian mereka lalu mencatatkan kedalam kad tugasan yang diberi oleh guru.

KBKK: 1.Membanding dan membezakan isipadu dan luas. 2.Menghubungkait 3.Menjana idea 4.Membina hipotesis

4.Ketua kumpulan diminta menyatakan objek yang mempunyai isipadu berdasarkan pemerhatian mereka.

Nilai Murni: 1.Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, dan alam sekeliling. 2.Bekerjasama 3.Jujur dan tepat dalam merekod data

Tahap kognitif: 1.Pengetahuan 2.Analisis

Pendekatan P&P: Pendekatan

Inkuiri-Penemuan

Aplikasi idea (10 minit)

Menunjukkan objek yang mempunyai isipadu.

1.Guru meletakkan kertas, kotak, peta, botol, gambar, beg, surat khabar, kotak pensel, daun dan bola di atas meja. ( rujuk Lampiran 1 )

Nilai murni: 1.Menghargai masa 2.Bekerjasama

2.Guru menyoal: a. Berdasarkan objek-objek yang dipamerkan, objek manakah mempunyai isipadu? KBKK: 1.Membandingbeza

3.Murid diminta melukis objek-objek tersebut di buku amali.

Tahap kognitif: 1.Pengetahuan 2.Aplikasi

Refleksi (5 minit)

Membuat Kesimpulan

1.Murid menonton sebuah video pendek melalui komputer.

Tahap kognitif

http://www.youtube.com/watch?v=VASC2aeehWc&feature=related 1.Pengetahuan 2.Kefahaman 2.Murid-murid membuat kesimpulan: # Isipadu sebagai besarnya sesuatu ruang # Isipadu ialah kuantiti untuk ruang yang diisi.

Lampiran 1

poster

silender botol

beg gambar

cawan

REFLEKSI (SET INDUKSI) Dalam sesi ini, timbulah perasaan ingin tahu setiap pelajar kerana ingin mengetahui apa objek yang telah dikeluarkan oleh kawannya. Seterusnya menggunakan objek tersebut untuk membuat perbandingan.

Kekuatan

Kelemahan

Tidak mempunyai gambaran yang jelas dalam mengeluarkan satu objek daripada beg sekolah dengan tujuan membuat perbandingan terhadap 2 objek yang berlainan saiz. Dalam sesi induksi membuat perbandingn objek, guru boleh menggunakan objek objek di dalam kelas untuk membuat perbandingan. Aktiviti ini dapat memberi gambaran yang jelas kepada murid-murid. REFLEKSI ( Pencetusan Idea) Aktiviti ini memberi peluang kepada setiap murid berinteraksi antara guru. Aktiviti ini juga membantu guru untuk menguji setiap murid-murid bagi menguasai kefahaman konsep isipadu dan menyatakan 2 objek yang berlainan isipadu Dalam sesi pengajaran ini, murid-murid dibimbing memberi penerangan terhadap konsep isipadu dan dua contoh objek isipadu. Murid-murid mungkin menghadapi masalah dalam memberi penerangan. Penerangan yang diberikan adalah dalam tahap memuaskan. Ini kerana berdasarkan serba sedikit penerangan daripada guru dalam sesi induksi. Selain itu, sebilangan murid memberi contoh objek berulangan Aktiviti ini bertambah baik sekiranya penerangan lebih jelas daripada guru. Sebelum murid-murid memberi contoh objek, guru dinasihatkan memberi pendahuluan untuk contoh objek yang berlainan isipadu. REFLEKSI ( Penstrukturan Semula Idea)

Penambahbaikan

Kekuatan

Kelemahan

Penambahbaikan

Kekuatan

Sesi ini merupakan pengajaran luar bilik darjah. Murid-murid berasa seronok dan minat bagi mengikuti sesi pengajaran ini. Keseronokkan dan minat belajar dapat membantu mengukuhkan ingatan pelajar-pelajar menyatakan pelbagai objek yang berlainan isipadu di kawasan sekeliling sekolah. Pada sesi pengajaran ini, murid-murid melawat persekitaraan sekolah dan membuat perhatian objek-objek di sekeliling mereka. Pada sesi ini, masa yang dperuntukkan agak kurang iaitu sebanyak 20 minit.Kawasan halaman sekolah luas, perlu masa yang mencukupi untuk menjalankan pemerhatian. Murid murid perlu memerhati dan merekod setiap pemerhatian yang dilakukan Sesi ini bertambah menarik jika menetapkan satu pertandingan. Kumpulan yang manakah menghuraikan objek yang banyak dalam masa yang ditetapkan adalah kumpulan yang menang REFLEKSI ( Aplikasi Idea) Teknik melukis objek dapat mengukuhkan ingatan dan kefahaman pelajar-pelajar terhadap pengajaran hari ini. Sesi pengajaran ini adalah meminta murid untuk membuat perbandingan berdasarkan contoh objek yang diberikan oleh guru. Seterusnya melukis objek tersebut di buku amali.Kelemahan pada sesi ini, ruang minda murid murid terhad pada beberapa objek yang diberikan oleh guru. Aktiviti ini tidak mencabar minda murid-murid. Aktiviti ini lebih mencabar dengan mengklasifikasi beberapa objek dalam isipadu yang besar dan isipadu yang kecil. REFLEKSI ( Refleksi) Video yang saya muat turunkan di atas adalah sangat sesuai untuk murid mengetahui dalam membuat tafsiran mengenai konsep isipadu cecair terutama semasa membuat perbandingan tentang isipadu di antara dua buah bekas yang berlainan saiz dan bentuk. Video ini adalah dalam bahasa inggeris, bagi kelas sederhana ini tidak berapa sesuai kerana mereka tidak fasih Bahasa Inggeris. Guru cuba mencari video dalam bahasa ibunda murid supaya dapat menarik perhatian dan minat mereka.

Kelemahan

Penambahbaikan

Kekuatan

Kelemahan

Penambahbaikan

Kekuatan

Kelemahan

Penambahbaikan