You are on page 1of 4

NAMA : JOE ALLEN TSEN KA VUI UNIT : PISMP BM JAN 2011 TUGASAN : senaraikan kekurangan yang dihadapi oleh

pihak sekolah pedalaman dari aspek fizikal & sosiobudaya. Rancang bagaimanakah anda boleh menyumbang ke arah penambahbaikan positif bagi meningkatkan kualiti kompetensi sekolah yang kondusif PENSYARAH : EN. BADRUL

Esei

Kekurangan yang dihadapi oleh pihak sekolah pedalaman yang dapat kita lihat ialah kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran, kos bahan / infrastruktur dan latihan tenaga pengajar. Kurangan guru di sekolah pedalaman juga sebagai salah satu faktor yang dihadapi oleh sekolah di pedalaman Kekurangan seterusnya adalah melibatkan faktor kewangan, kadangkala kemasukan wang yang sepatutnya diterima daripada kerajaan lambat masuk ke akaun sekolah dan menyebabkan sekolah mempunyai sumber kewangan yang terhad. Misalnya peruntukan bantuan kewangan perkapita bagi mata pelajaran. Kelewatan ini amat menyukarkan pihak sekolah terutamanya apabila sekolah menghantar wakil murid untuk menyertai pertandingan luar sekolah seperti di peringkat zon, daerah atau negeri. Pihak sekolah terpaksa menggunakan sumber wang yang terhad.

Selain itu, kekurangan seterusnya adalah aspek intrastruktur pula, di Malaysia ini, masih banyak sekolah yang berhadapan dengan masalah kekurangan bilik darjah tertutamanya sekolah-sekolah yang telah lama dibina. Dengan pertambahan bilangan murid dari setahun ke setahun, menyebabkan bilangan murid di dalam sesebuah kelas semakin padat dan amat sukar untuk menghasilkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif.

Di samping itu, Kekurangan guru profesional ini telah menyebabkan jurang digital yang sangat ketara antara sekolah kawasan luar bandar dan sekolah di kawasan bandar. Hal ini disebabkan kebanyakan guru profesional tidak sudi ditempatkan di kawasan luar bandar. Hal ini mengakibatkan kekurangan guru mahir ICT di kawasan luar bandar. Ternyata keadaan ini mangakibatkan masalah buta ICT dalam kalangan pelajar luar bandar.

Terdapat cabaran-cabaran yang sering diperkatakan ialah kurangnya kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pendidikan. Perkara ini biasa berlaku di kawasan luar Bandar atau di kawasan pedalaman. Mereka lebih suka anak-anak mereka bekerja berbanding meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Terdapat juga segelintir ibu bapa membiarkan saja anak-anak mereka ponteng sekolah kerana meraka berpendapat bahawa ilmu tidaklah begitu penting. Bagi mereka ilmu yang dipelajari di sekolah hanya membazirkan wang mereka tanpa memberikan keuntungan kepada mereka. Ibu bapa mereka lebih rela untuk membiarkan anak-anak mereka bekerja bagi menyara kehidupan keluarga seperti bekerja di sawah, ladang, kebun dan laut. Di samping itu, terdapat juga para pelajar yang membantu kerja-kerja rumah seperti menjaga adik ketika ibu bapa mereka bekerja. Oleh itu, mereka tidak mendapat peluang untuk ke sekolah seperti pelajar-pelajar lain.

Antara langkah yang dapat diambil bagi mewujudkan meningkatkan kualiti kompetensi sekolah yang kondusif ialah Peningkatan bilangan guru berpengalaman juga tidak kurang penting dalam usaha mengurangkan jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar. Dalam hal ini, kerajaan harus meningkatkan elaun atau menambahbaikan infrastuktur di luar bandar untuk menarik minat guru untuk terus berusaha di kawasan luar bandar. Keperluan asas guru harus dijamin oleh kerajaan untuk memastikan guru dapat berusaha di luar bandar tanpa kekurangan. Selain itu, pihak kerajaan juga harus mempercepatkan kemasukkan kewangan ke sekolah pedalaman bagi melengkapkan atau menambah infrastruktur di sekolah - sekolah pedalaman ini.

Langkah - langkah lain yang dapat diambil kira untuk meningkatan sekolah pedalaman ialah mempergiatkan lagi kempen kesedaran dalam penggunaan komputer dan juga ICT terutama di kawasan luar bandar, kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli. Hal ini dapat membantu menyedarkan masyarakat malaysia di kawasan luar bandar tentang kepentingan ICT serta faedah yang boleh didapati dalam penggunaan ICT. Apabila golongan masyarakat sedar tentang kepentingan penggunaan ICT dalam kehidupan secara semulajadinya, mereka akan memberikan

galakan kepada anak- anak mereka dalam mempelajari tentang penggunaan ICT. Antara program yang dijalankan dalam kempen kesedaran yang telah dilancarkan oleh kerajaan ini adalah E-Komuniti Malaysia yang menempatkan bahan digital di setiap kawasan dalam menggalakkan penggunaan digital dalam kalangan masyarakat.

Selain itu juga, pihak kerajaan harus menyediakan lebih banyak kemudahan dalam bidang ICT ini di setiap sekolah-sekolah diseluruh malaysia tanpa mengambil kira kawasan, jarak atau jenis sekolah. Kerajaan kini telah dalam usaha meningkatkan kemudahan ICT diseluruh sekolah bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tanpa mengira peringkat umur tentang penggunaan ICT ini.

Selain itu, kewujudan Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. KPM telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Selain memberi bantuan, menyediakan kemudahan dan perbekalan di semua sekolah terutamanya sekolah pedalaman. Kemudahan dan perbekalan pelajaran yang disediakan adalah banyak serta beraneka jenis masingmasing mempunyai hubung - kait yang tersendiri dengan kegiatan pengajaran dan pembelanjaran yang dijalankan di sekolah-sekolah.

Antara kemudahan ialah kemudahan fizikal, asrama, buku teks, perpustakaan, bantuan makanan tambahan dan sekolah redah pusat. Bantuan tersebut ada memberi kemudahan kepada para pelajar dan membendung jurang pendidikan. Contohnya, asrama dibina dengan tujuan untuk memberi kemudahan tempat tinggal yang berdekatan dengan sekolah kepada murid-murid datang dari jauh, terutamanya mereka yang miskin.

Kesimpulannya, sistem pendidikan negara kita mengalami perubahan kepada pendekatan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat. Perubahan ini memberi kesan langsung terhadap perkembangan pendidikan yang selaras dengan era globalisasi yang melibatkan semua peringkat sekolah seperti sekolah rendah, menengah dan juga institusi tinggi. Apa yang pasti, jurang pendidikan masih berlaku dan akan dapat dikurangkan dengan penyediaan asas secara berterusan dan pada masa yang sama, kementerian perlu merancang untuk melonjak sistem pendidikan ke tahap yang lebih tinggi supaya masalah ini dapat diatasi. Hal ini demikan kerana kemajuan sesebuah negara sama ada dari segi teknologi ataupun ekonomi amat bergantung kepada generasi muda yang mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi . Oleh itu, halangan-halangan melahirkan modal insan yang berdaya maju perlu dikenalpastikan supaya pendekatan yang betul dapat dilaksanakan. Di samping itu, kejayaan dalam merapatkan jurang pendidikan boleh dicapai melalui usaha dan komitmen berterusan daripada semua pihak, terutamanya pegawai pelaksana, ibu bapa, badan bukan kerajaan , kumpulan masyarakat, dan penderma. Tambahan pula, semua pihak pelaksana haruslah mengambil perhatian dan komitmen yang tinggi bukan sahaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid, tetapi juga dalam aspek kebajikan dan keperluan sosial murid terutamanya di kawasan pedalaman.