You are on page 1of 12

SENARAI ENJIN PENCARIAN

Tahun 1993

Enjin W3Catalog Aliweb JumpStation Closed Active Active Active Active Active Active Active Text Web Active [2]

Status Semasa

1994

WebCrawler Go.com Lycos

1995

AltaVista Daum Open Index Magellan Excite SAPO Yahoo!

Active Active Active Active, Launched as a directory Active Active

1996

Dogpile Inktomi

HotBot Ask Jeeves 1997 Northern Light Yandex 1998 Google MSN Search 1999 AlltheWeb GenieKnows Naver Teoma Vivisimo 2000 Baidu Exalead 2002 2003 2004 Inktomi Info.com Yahoo! Search

Active Active Active Active Active Active as Bing Active Active Active Active Active Active Active Acquired by Yahoo! Active Active, Launched own web search (see Yahoo! Directory, 1995)

A9.com

Closed

Sogou 2005 Ask.com GoodSearch SearchMe 2006 wikiseek Quaero Ask.com Live Search ChaCha Guruji.com 2007 wikiseek Sproose Wikia Search Blackle.com 2008 Powerset Picollator Viewzi Boogami

Active Active Active Active Active Active Active Active as Bing, Launched as rebranded MSN Search Active Active Closed Closed Active Active Acquired by Microsoft Closed Closed Active

LeapFish Forestle VADLO Duck Duck Go 2009 Bing Yebol Mugurdy Goby 2010 Yandex Cuil Blekko Viewzi Yummly 2011 Exalead Yebol

Active Active Active Active Active, Launched as rebranded Live Search Active Closed due to a lack of funding Active Active, Launched global (English) search Closed Active Closed due to a lack of funding Active Acquired by Dassault Systmes Domain name expired

1. Menggunakan satu kata kunci dalam enjin pencarian yang berbeza.

Enjin carian : Google

Kata kunci : definisi internet URL : http://definisimu.blogspot.com/2012/07/definisi-internet.html

Enjin carian : bing Kata kunci : definisi internet URL : http://kuliah.imadewira.com/definisi-internet-dan-sejarah-internet/

PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU 10:13 AM | Labels: PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU Menggunakan pelbagai jenis enjin pencarian akan memudahkan kita untuk mencari maklumat dari sumbersumber yang berbeza.

* sila klik pada URL untuk maklumat lanjut.

1. Enjin carian > Google Tajuk URL: http://www.tutor.com.my/stpm/konsep%20perkataan/konsep_perkataan.htm > Konsep Perkataan

2. Enjin carian Tajuk URL

> Search.com > Kemahiran Mendengar dan Bertutur > http://jurnalpendidikan.com/bahasa/bahasa-melayu-

akademik/kemahiran- mendengar-dan-bertutur.html

3. Enjin carian > Msn.com Tajuk URL > Pengenalan Fonetik dan Fonologi > http://szemin86.blogspot.com/2009/03/pengenalan-fonetik-danfonologi.html

4. Enjin carian > Yahoo.com Tajuk > Sejarah Tulisan Jawi

Skrip jawi ialah skrip yang dipinjam dari skrip bahasa Arab dan telah dipersesuaikan untuk mengeja dan menulis perkataan bahasa Melayu. Tulisan jawi merupakan skrip yang penting sekali sebagai asas untuk mengajar dan belajar agama Islam di Malaysia. Penyebaran Islam ke Alam Melayu ( Malaysia dan Indonesia ) bermula kira-kira dalam abad ke- 12, dan bukti penggunaan tulisan jawi untuk bahasa Melayu ialah Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 22 Februari, 1303 (Syed Naquib, 1970).

Selepas dari tarikh ini Islam dan tulisan jawi bertapak kuat dan menjadi sebahagian dari budaya dan tamadun Melayu. Dalam Abad ke-15 hingga ke abad ke awal 20 karya-karya besar agama Islam dan sastera Islam - Melayu ditulis dalam tulisan jawi oleh sarjana dan pengarang besar di berbagai pusat pengajian Islam seperti di Melaka, Aceh, Jawa, Pasai, dan Patani. Sistem ejaan huruf jawi untuk perkataan Melayu telah mengalami beberapa perubahan sepanjang lima abad yang lalu. Berbagai kajian telah dibuat oleh sarjana tempatan dan luar negeri tentang fasa perubahan ini. Misalnya W.G. Shellabear (1901) telah menulis The Evolution of Malay Spelling; R.J Wilkinson menyusun dan menerbit Kamus Jawi Melayu Inggeris (1903), yang mengguna sistem ejaan tua jawi. Winstedt (1913; 1939) juga terus mengekal sistem ejaan tua ini. Sistem ejaan jawi Melayu yang lebih moden ialah sistem ejaan yang digubal oleh Major Dato Mohd. Said Sulaiman dan dinamakan Jawi Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B) atau singkatannya Buku Katan, dicetak oleh Matbaah al-Ahmadiah, Singapura (1936) dan buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi oleh Zaba (1949). Dalam tahun 1931 Zaba, yang berminat tentang ejaan jawi, telah menyusun dan menerbit sebuah buku panduan tulisan jawi yang dipanggil Rahsia Tulisan Jawi. Dalam tahun 1938 Zaba menyusun Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, dan diterbit dalam tahun 1949. Dalam proses penyusunan ini Zaba telah membina 20 undangundang sebagai panduan mengeja dan menulis jawi untuk perkataan Melayu dan perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa Arab. Undang-undang ini, dan contohnya, disusun teratur dan mudah sekali dan diterima pakai untuk menerbitkan buku-buku Melayu. Panduan menulis jawi telah dimasukkan ke dalam buku-buku bahasanya yang berpengaruh seperti Pelita Bahasa Melayu. Sistem ejaan jawi Zaba menjadi sistem ejaan jawi yang diguna untuk buku teks dan buku bacaan Melayu, dan oleh majalah dan surat khabar Melayu seperti Utusan Melayu, pada tahun 1950an sehingga awal 70an. Pada awal tahun 1980an Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengambil inisiatif untuk mengemaskinikan sistem ejaan jawi. Pada 1986 DBP telah menerbit sebuah buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan . Dalam tahun 1988 Daftar Ejaan Rumi-Jawi diterbitkan, dan dalam tahun 2001 DBP terbitkan pula buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi Jawi yang mengandungi kira-kira 45,000 kata masukan: 18,400 kata asas dan 26,600 kata terbitan. Buku ini dianggap oleh berbagai pihak,

termasuk Kementerian Pelajaran, sebagai rujukan utama untuk ejaan jawi bahasa Melayu sekarang. Semua buku teks dan buku tambahan Pendidikan Islam yang terdapat di sekolah memakai sistem ejaan jawi DBP. Hashim Musa, telah menulis sebuah buku Sejarah Perkembagan Tulisan Jawi, terbitan DBP, 1999 dan edisi kedua 2006. Ia mengandungi huraian yang komprehensif tentang sejarah perkembangan tulisan jawi dan perubahan sistem ejaannya. Tulisan Jawi Dalam Pendidikan Sejak abad ke 15 dan seterusnya, pengajaran Islam dalam bahasa Melayu dengan mengguna kitab dan buku tulisan jawi diajar di masjid, surau, madarasah, sekolah pondok dan di rumah tok guru di merata tempat di Malaysia dan Indonesia. Pendidikan Islam tradisi ini sangat berpengaruh di kalangan orang Melayu. Semasa zaman penjajahan Inggeris di Malaysia, Pendidikan Islam (Islamic Studies) tidak diajar di sekolah kerajaan, sama ada di Sekolah Melayu atau di sekolah Inggeris. Tetapi tulisan jawi diguna untuk mengajar membaca dan menulis di Sekolah Melayu Darjah 1 - 6. Kebanyakan murid Muslim belajar agama Islam di sekolah agama di sebelah petang, dengan mengguna buku tulisan jawi. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru memaktubkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara, dan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Dengan itu Pendidikan Islam diajar sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah. Tetapi skrip tulisan rasmi bahasa Melayu ialah skrip rumi. Tulisan jawi sudah tidak dianggap penting dalam urusan rasmi, termasuk dalam pendidikan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963, (dan dikaji semula 1967), juga mengiktiraf skrip rumi sebagai skrip rasmi. Masalah Kelemahan Membaca dan Menulis Jawi di Kalangan Murid Sekolah Rendah dan Menengah Dengan termaktubnya rumi sebagai skrip rasmi bahasa Melayu, maka semua buku teks termasuk buku teks Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah diterbit dalam huruf rumi saja. Tulisan jawi tidak lagi diajar di sekolah kerajaan. Dengan ini mulalah merosotnya kemahiran murid membaca dan menulis jawi. Bahkan ada di antara pelajar yang tidak belajar di sekolah Agama Islam disebelah petang, mendapati sukar membaca Al-Quran. Hanya di negeri-negeri seperti Johor, Kelantan dan Selangor yang mempunyai sistem sekolah agama nya sendiri yang pelajar dapat belajar agama Islam dalam tulisan jawi.

Kemorosotan ini berterusan sehingga awal tahun 1980an. Desakan dari masyarakat Melayu bertambah kuat supaya tulisan jawi diajar semula di sekolah dan tulisan jawi diguna untuk menerbit buku teks. Dalam tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR ), memasukkan semula tulisan jawi sebagai sebahagian dari Pendidikan Islam untuk murid Tahun 3 6, dan diajar 30 minit seminggu. (Sukatan Pelajaran Agama Islam Sekolah Rendah , Kementerian Pendidikan, Malaysia 1982). Kesannya tentulah amat terhad. Desakan makin bertambah apabila gejala kemorosotan pendidikan Islam di kalangan pelajar Islam meningkat. Dan ramai yang tidak boleh membaca Al-Quran. Resolusi dalam satu Konvensyen tentang tulisan jawi pada 8 11 April, 1984 di Terengganu, mendesak kerajaan supaya memasukkan semula tulisan jawi dalam kurikulum sekolah. Murad Mohd Noor, Ketua Pengarah Pelajaran ketika itu (1984) mengisytiharkan bahawa jawi dimasukkan semula dalam kurikulum sekolah, sebagai sebahagian daripada Pendidikan Islam. Sebagai langkah yang drastik, pada 1986 semua buku teks Pendidikan Islam sekolah rendah diterbitkan dalam tulisan jawi dan tidak lagi dalam tulisan rumi. Mulai tahun 1988 semua buku Pendidikan Islam Tingkatan 1 dan kemudian buku bagi Tingkatan seterusnya, diterbitkan dalam tulisan jawi. Guru agama Islam diarah supaya mengguna tulisan jawi dalam pengajaran mereka. Perubahan yang mengejut ini mengakibatkan tinggi peratus pelajar Muslim di sekolah rendah dan menengah tidak dapat membaca buku teks jawi, kerana mereka tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi. Pengetahuan Islam mereka terhad, dan minat mereka juga rendah. Beberapa kajian tentang pengetahuan jawi telah dijalankan dibeberapa negeri, oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan. Dalam kajian 1987, dilaporkan 30.6 % murid Tahun 6 dalam peperiksaan percubaan KBSR tidak boleh membaca jawi. Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan pula melaporkan 48.3% murid Tahun 6 yang mengambil peperiksaan akhir Tahun 6 pada tahun 1989, adalah lemah dalam jawi. Negeri Kedah pula melaporkan 65.5% lemah jawi. Dapatan yang hampir sama dilaporkan oleh negeri-negeri lain. Kelemahan murid Muslim dalam membaca dan menulis jawi di peringkat sekolah rendah dan menengah yang dikesan sejak tahun 1980an itu berterusan sehingga ke tahun-tahun 1990an. Di sini diperturunkan beberapa kajian yang relevan.

Kajian tinjauan di kalangan 112 guru Pendidikan Islam Tingkatan 1 di Selangor oleh Sarin bin Talib dalam tahun 1995 mendapati 75 % guru menyatakan separuh daripada pelajar mereka tidak boleh membaca buku teks Jawi Pendidikan Islam; 6568% menyatakan pelajar mereka tidak boleh membaca Quran dan Hadith. Kajian Isahak Haron dan Hasan Basri (1995) tentang prestasi Jawi pelajar Tingkatan 2 dan 4 di beberapa buah sekolah di Selangor dan Pahang mendapati lebih 65% tidak boleh menulis Jawi, dan lebih 45% yang tidak boleh membaca teks Jawi. Tidak ada usaha dan kaedah pengajaran pemulihan jawi dijalankan di sekolah.

5. Enjin carian > Metasearch.com Tajuk > Etika Penggunaan Internet

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET : SALAH LAKU Dipetik daripada Berita Harian: Komputer keluaran 14 April 1999.

Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau rakyat negara luar.

Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan luar negara serta pelanggaran undang-undang Malaysia dan

antarabangsa.

Menganjurkan perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.

Menghantar iklan yang tidak dikehendaki (unsolicited advertisements/spam) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan (deceptive marketing). Iklan hanya boleh dihantar kepada mereka yang secara jelas memohon maklumat sedemikian.

Menggalakkan, membangunkan atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai.

Melakukan pengeboman mel (mail bombing), iaitu secara sengaja membanjiri e-mail seseorang dengan menghantar banyak e-mail yang sama atau bersaiz besar.

Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita (newsgroup). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spams.

Memalsukan kepala e-mail (forged headers) bagi tujuan mengelirukan penerima.

Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa.

Mencerobohi peralatan (hacking) yang dimiliki oleh pengguna individu, kumpulan atau organisasi lain. Bagi tujuan etika ini, perbuatan berikut dianggap sebagai satu pencerobohan : - Perbuatan memasuki secara haram atau bagi menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.

- Percubaan secara tidak sah bagi mengelakkan sebarang bentuk pengesahan identiti (authorization), perlindungan, keselamatan atau kebenaran ke atas manamana komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.

- Menghalang pengesahan identiti pengguna atau ciri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.

- Menyebabkan gangguan perkhidmatan dan melakukan usaha bagi meningkatkan bebanan perkhidmatan (to overload a service) dan percubaan merosakkan komputer utama (to crash the host).

Memberikan maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan dalam talian (online) termasuk menyalahgunakan nombor kad kredit. Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri (intercept) data yang bukan ditujukan kepadanya.

Membatalkan posting yang dibuat oleh orang lain kepada mana-mana kumpulan berita kecuali pengendali (moderator) yang menjalankan tugasnya