You are on page 1of 11

Isnin (21-1-2013). Hari ini merupakan hari pertama saya menghadirkan diri ke Sekolah Kebangsaan Seri Suria.

Saya bersama rakan tiba pada jam 7.30 pagi. Kami tiba lewat disebabkan oleh kesilapan kami tiba di sekolah lain. Setelah tiba di sekolah, saya bersama rakan berjumpa dengan guru penolong kanan sekolah. Surat praktikum diserahkan kepada guru penolong kanan. Setelah semua guru praktikum yang hadir, guru penolong kanan terus memulakan sesi taklimat mengenai sekolah dan guru pembimbing. Jadual waktu diberikan kepada kami. Guru pembimbing bagi major pemulihan tidak hadir pada hari ini dan kami perlu menanti pada hari seterusnya untuk berbincang. Satu majlis juga turut telah dilaksanakan disekolah ini. Majlis tersebut merupakan satu inisiatif pihak kerajaan menyampaian wang sumbangan RM100 kepada semua pelajar tahun 1. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Ibu bapa turut hadir untuk mewakili anak mereka menerima wang sumbangan tersebut. Saya bersama guru praktikum lain ditugaskan untuk menjaga murid tahun satu yang sedang menunggu giliran untuk menerima wang sumbangan tersebut.

Selasa (22-1-2013) Ini merupakan hari kedua saya berpraktikum. Pada hari ini saya bersama rakan praktikum yang mengambil major pemulihan bertemu dengan guru pembimbing untuk menyatakan jadual kelas. Semasa perbincangan, maklumat mengenai penggunaan kelas dan bahan bantu belajar dinyatakan oleh guru pemulihan tersebut. Guru pemulihan tersebut menyatakan bahawa beliau berkongsi jadual dengan seorang guru llinus. Perkongsian jadual yang dimaksudkan ialah subjek matematik tahun 2. Guru tersebut hanya mengambil murid LINUS tegar sahaja. Waktu seterusnya saya bertemu dengan guru LINUS yang mengambil jadual matematik pemulihan tahun 2. Guru tersebut hanya membenarkan saya untuk mengambil dua masa sahaja. Saya bersetuju dengan keputusan guru tersebut dan keseluruhan waktu mengajar saya ialah 10 masa. Saya bercadang untuk memberi fokus terhadap kajian tindakan saya dalam bahagian kemahiran membaca murid. Bagi subjek minor pula, saya mengajar murid tahun 2. Ini merupakan pengalaman pertama saya mengajar dalam sukatan KSSR. Saya diberi amanat untuk mengajar tatabahasa oleh guru pembimbing.

Rabu (23-1-2012) Pada hari ini saya menemui guru penolong kanan kokurikulum untuk mendapatkan maklumat berkaitan kokurikulum sekolah. Unit beruniform telah ditetapkan oleh guru penolong kanan iaitu pengakap. Manakala kelab yang dijawat oleh saya ialah kelab pencegah jenayah. Permainan pula ialah kelab badminton. Saya diberi amanat sebagai pembantu guru pembimbing dalam kelab pencegahan jenayah. Hari ini saya ditugaskan untuk menggantikan kelas guru yang tiada di sekolah dek mempunyai urusan di luar sekolah. Nama kelas yang digantikan oleh saya ialah Kelas tahun 2 Intelek. Kelas ini terdiri daripada bilangan murid yang kecil. Tetapi, kebanyakan murid kelas ini masih tidak lancar untuk membaca. Saya cuba mengesan kebolehan membaca mereka dengan menggunakan buku LINUS yang mereka gunakan untuk belajar. Hanya sesetengah murid sahaja dapat mengeja dengan betul, tetapi kebanyakan daripada mereka masih ada yang tersalah dalam menyebut suku kata KV+KVK. Ketika meminta murid melakukan bacaan seorang dan diikuti oleh rakan yang lain, murid gagal mengikut arahan. Kelemahan ini adalah daripada saya sendiri kerana gagal memberi arahan dengan jelas kepada murid. Perkara ini menyebabkan saya terdiam memikirkan bagaimana kaedah pengajaran yang sesuai dilakukan dan bagaimana cara untuk memperbaiki kelemahan saya. Aktiviti seterusnya ialah pelaksanaan kelab pencegah jenayah. Hari ini adalah hari pertama kelab pencegah jenayah dijalankan di sekolah tersebut. Aktiviti yang dilakukan ialah sesi mengambil nama murid yang menyertai dan perlantikan jawatan. Sesi persekolahan pada hari ini berakhir pada jam 1.30 petang.

Selasa (29-3-2013) Pada hari ini ujian diagnostik bahasa melayu dijalankan. seramai 2 orang murid telah melaksanakannya. Ujian pertama yang dilakukan ialah ujian diagnostik menulis. Seterusnya, ujian diagnostik membaca dilakukan. Kelas tamat pada jam 10 pagi dan ujian diagnostik dihentikan pada jam 9.58 pagi. Berdasarkan hasil daripada ujian diagnostik yang dilakukan, didapati murid pemulihan mengalami masalah serius. Masalah tersebut adalah murid masih gagal menguasai beberapa huruf dalam kemahiran 1 dan 2. Hal ini membimbangkan saya. Ini merupakan pengalaman pertama saya mengajar murid LINUS tegar. Saya perlu menerima masalah ini sebagai satu cabaran. Ujian diagnostik sedikit sebanyak telah banyak membantu saya dalam mengenal pasti masalah murid pemulihan. Saya berharap agar saya dapat memperbaiki kelemahan pengajaran dan pembelajaran seterusnya dapat meningkatkan tahap penguasaan murid pemuliihan dalam menguasai kemahian membaca huruf kecil dan besar dengan betul.

Rabu (30-1-2013) Pada hari ini saya ditugaskan untuk menggantikan kelas kajian tempatan tahun 4. Waktu menjaga kelas tersebut adalah selama satu jam bersaaan dengan dua waktu dalam jadual. Aktiviti yang dijalankan sewaktu menjaga kelas tersebut adalah membuat ulang kaji tajuk pembelajaran tatabahasa. Saya tidak menggalakkan semua murid untuk turut serta dan aktiviti tersebut bersifat santai. Objektif saya menjalankan aktiviti tersebut adalah untuk memanaskan badan dan melatih suara untuk pengajaran saya di kelas tahun 2. Tepat jam 11.30 pagi, saya mula mengajar murid tahun 2 Rajin. Tajuk pengajaran saya ialah keluarga saya. Sistem bahasa yang dipilih ialah tatabahasa iaitu kata ganti nama diri orang. Kekangan yang saya hadapi di dalam kelas tersebut ialah masalah kawalan kelas. Murid tidak mendengar arahan sehingga saya memarahi mereka. Selang beberapa minit selepas dimarahi, mereka mula membuat bising dan berjalan. Hal ini telah membuatkan pengajaran saya terganggu dan mula kucar-kacir. Saya sungguh binggung mengenangkan hal ini. Saya perlu mencari penyelesaian dengan segera agar masalah ini dapat dikurangkan.

Khamis (31-1-2013) Pada hari ini saya dipantau oleh guru pembimbing dalam mengajar bahasa melayu pemulihan. Tajuk pengajaran saya pada hari ini ialah mengenal huruf b, c, d, f, g, h, j, k. Sebanyak tiga objektif pengajaran telah dibina. Antaranya ialah murid dapat menyebut huruf dengan betul. Kedua, murid boleh menulis huruf dengan betul sekurangkurangnya empat daripada lapan huruf. Ketiga murid dapat mewarna seurangkurangnya 4 huruf daripada lapan huruf. Murid yang hadir pada hari tersebut seorang sahaja yang hadir pada hari tersebut. Set induksi pengajaran berjalan seperti yang dirancang. Murid mendapat gambaran tentang apa yang ingin dipelajari. Pada langkah satu, murid didapati murid boleh menyebut beberapa huruf dengan betul. Masalah yang dihadapi murid ialah kurang keyakinan untuk mengeluarkan bunyi huruf h dengan jelas. Pada mulanya murid diperkenalkan nama huruf bersama fonemnya. Namun, murid agak keliru antara nama dan fonem huruf. Jadi saya mengambil langkah untuk mengajar nama huruf.

Refleksi Harian Isnin (4-2-2013) Pada hari ini proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Seramai dua orang murid hadir. Kelas hari ini bermula pada jam 10.20 pagi sehingga 11.20 pagi. Hari ini merupakan hari pertama saya mengajar kelas matematik pemulihan kerana minggu lepas hari Isnin cuti sempena Hari Thaipusam. Tajuk pengajaran pada hari ini ialah mengenal nombor 1 sehingga 9. Murid boleh menyebut nombor apabila ditunjukkan. Namun murid tidak dapat menyusun nombor mengikut turutan setelah dibimbing. Seorang murid perempuan mengalami masalah lembam dan seorang murid lelaki memiliki kad orang kelainan upaya. Masalah yang dialami murid menyebabkan murid sukar untuk menguasai kemahiran turutan nombor. Setelah kelas pemulihan matematik tamat. Saya menggantikan kelas agama daripada jam 11.50 pagi sehingga 12.20 tengahari di kelas tahun 6 Usaha. Keadaan kelas terkawal.

Refleksi Harian Selasa (5-2-2013) Aktiviti di sekolah yang dilakukan pada hari ini ialah mengajar murid pemulihan bahasa melayu. Seorang murid lelaki sahaja yang hadir. Namun begitu, saya tetap meneruskan pengajaran saya. Hal kehadiran membuatkan saya risau jika kedua-dua murid saya tidak hadir ke sekolah pada hari yang sama, saya terpaksa menangguhkan kelas. Saya sudah mengingatkan mereka agar tidak ponteng kelas tanpa sebab. Saya berharap mereka tidak mengulangi perkara sama pada masa akan datang. Pengajaran tidak mengalami masalah. Masalah yang dihadapi adalah murid tidak dapat mengingati apa yang telah dipelajari. Masalah ini perlu diatasi dengan segera. Saya mencadangkan untuk menggunakan bahan bantu mengajar kad huruf timbul dan menggunakan gambar. Selain itu, saya akan mengurangkan jumlah pengajaran huruf. Saya juga perlu fokus dengan huruf yang murid sukar sebut sahaja. Oleh itu, ujian diagnostik bacaan akan dilakukan sekali lagi untuk mengenal pasti kelemahan murid yang sebenar. Saya juga menggantikan kelas sains tahun 6 Rajin. Kelas berada dalam keadaan terkawal. Murid melakukan kerja rumah yang diberikan oleh guru mereka.

Refleksi Harian Rabu (6-2-2013) Pada hari ini saya mengajar kelas arus perdana. Kelas yang diajar ialah kelas tahun 2 Rajin Bahasa Melaysia. Bahasa Malaysia merupakan subjek minor saya. Murid tahun 2 rajin adalah seramai 35 orang. Semua murid hadir, kelas berjalan seperti biasa. Murid bising ketika saya baru masuk ke kelas. Hal ini menyebabkan saya

meninggikan suara untuk mengawal kelas. Saya mulakan dengan memberi salam, murid jawab salam saya. Saya memastikan semua murid bersedia untuk memulakan pengajaran dengan memberi arahan untuk duduk di tempat mereka dan simpan semua buku tulis dan alat tulis. Ada sebilangan murid tidak mendengar arahan dan telah mempengaruhi murid yang lain. Selain itu, murid sering datang ke meja guru untuk mengadu hal yang tidak berkaitan dengan pengajaran. Perkara ini membuatkan masa pengajaran dan pembelajaran terbuang. Aras pengajaran juga tidak berapa sesuai dengan kemampuan murid. Pengajaran pada masa akan datang, saya perlu merendahkan aras objektif agar tercapai. Kelas ganti pada hari ini bermula pada jam 8 pagi selama setengah jam. Nama kelas tersebut ialah tahun 5 Sinar. Kelas terkawal dan murid tidak membuat bising.

Refleksi Harian Khamis (7-2-2013) Perjalanan waktu praktikum baru bermula, pada hari ini saya mendapat tugas menggantikan kelas seawall 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi. Malangnya, kelas tersebut telah guru yang mengajar subjek agama. Oleh hal yang demikian, saya pulang ke pangkalan untuk menyiapkan tugasan yang belum diselesaikan. Tepat jam 9.00 pagi, saya memulakan tugas sebagai guru pemulihan untuk subjek bahasa melayu. semua murid saya hadir pada hari ini. Kehadiran penuh membuatkan saya gembira. Saya membuat ujian diagnostik bacaan untuk sepuluh minit sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang saya terima menerusi ujian diagnostik yang dilakukan adalah positif bahawa murid saya mengalami masalah membaca lebih daripada 20 jenis huruf. Seterusnya pengajaran dimulakan seperti yang dirancang. Murid mendengar arahan dengan baik dan pengajaran berjalan dengan lancar. Kelemahan adalah daripada saya sendiri yang masih kekurangan ilmu. Tetapi saya akan terus berusaha meningkatkan prestasi bagi membantu murid-murid saya.

Refleksi Harian Jumaat (8-2-2013) Hari ini pensyarah pembimbing hadir untuk memantau pengajaran pemulihan bahasa melayu. Sebelum kelas pemulihan bermula, saya mendapat tugasan untuk

menggantikan kelas tahun 5 U waktu bahasa inggeris. Masa untuk menggantikan kelas adalah selama 30 minit. Seterusnya, kelas pemulihan saya bermula pada jam 9.00 pagi. Pensyarah pembimbing datang untuk menyelia. Murid yang hadir adalah seorang daripada dua orang. Pengajaran dilakukan mengikut rancangan pengajaran yang telah dibina. Setelah tamat sesi pengajaran dan pembelajaran, saya dibertemu dengan pensyarah pembimbing untuk mendapatkan komen. Menurut pensyarah pembimbing saya, didapati objektif pengajaran saya tidak tercapai. Hal ini kerana teknik dan strategi pengajaran yang digunakan tidak sesuai dengan murid. Pensyarah pembimbing tersebut memberikan banyak idea dan bimbingan kepada saya untuk memperbaiki kelemahan. Saya bersyukur kerana mendapat seorang pensyarah pembimbing yang prihatin. Saya akan berusaha untuk memperbaiki kelamahan pengajaran saya agar objektif pengajaran tercapai.