You are on page 1of 4

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU

Tajuk 4

BAHAN BANTU BELAJAR KEMAHIRAN TULISAN, EJAAN DAN MENULIS KARANGAN

4.0 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengeksploitasi semua kemahiran bahasa yang telah dikuasai bagi memantapkan pembelajaran kemahiran menulis. Di samping itu, bahan pengajaran yang sesuai dan menarik amat perlu bagi merangsang minda dan kreativiti pelajar-pelajar.

Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini dapat meningkatkan kejayaan pembelajaran dan boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran dan menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan.

Menurut Atan Long dalam Mat Nor Hussin (1987), beliau berpendapat bahawa terdapat pelbagai bahan pengajaran dan bahan bantu. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran.

Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan bahan bantu mengajar yang berkesan. Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih 1

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU

mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

4.1 Hasil Pembelajaran

i.

Menyatakan kepentingan bahan bantu belajar

ii. iii. iv.

Menyenaraikan jenis-jenis bahan bahasa Melayu Membuat pemilihan bahan bahasa Melayu Menghasilkan bahan bantu belajar

4.2

Kerangka Konsep

Sumber pengajaran dan pembelajaran Sumber dan pelajaran Manusia Bukan Manusia

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 4.3 Kepentingan Bahan

Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam bahasa Melayu dan sastera. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menggariskan beberapa perkara berkenaan bahasa Melayu antaranya Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan... (Yahya Don, 2005). Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar sekali gus menepis tanggapan stereotaip yang menyatakan bahawa pembelajaran Bahasa Melayu adalah membosankan. .

4.4

Jenis-jenis Bahan

Dalam konteks Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), bahan bantu belajar merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didiengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Bahan ini boleh digolongkan kepada bahan prosa, bahan puisi, dan bahan grafik.

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU i. Bahan prosa meliputi makalah, rencana, esei, cerita, drama, laporan dan berita ii. iii. Bahan puisi meliputi pantun, syair, seloka, gurindam, dan sajak Bahan grafik meliputi gambar rajah, graf, carta, jadual,peta, dan pelan

Alat-alat yang digunakan seharusnya mengandungi bahan yang sesuai bergantung pada tajuk, kemahiran, dan objektif yang telah ditentukan oleh guru dalam pembelajaran yang hendak diajar dalam pengajaran. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan. Manakala penggunaan bahan pembelajaran dapat

membantu murid membuat hubung kait antara benda konkrit dan abstrak, dapat mengukuhkan ingatan dengan lebih lama, juga dapat membantu menyelesaikan masalah secara sendiri dan yang terakhirnya dapat digunakan sebagai alat untuk aktiviti pengayaan dan pemulihan. Terdapat tiga kategori bahan bantu belajar, iaitu i. ii. iii. bahan maujud; bahan pelbagai media; dan bahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)