You are on page 1of 5

BIODATA TUN TAN CHENG LOCK

Tan Cheng Lock Jawatan :Presiden Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) Tempoh perkhidmatan :27 Februari 1949 Mac 1958 Menggantikan Tun Dr. Lim Chong Eu Parti politik Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) Tarikh lahir :5 April 1883 Tempat lahir: Melaka Tarikh kematian :13 Disember 1960 Anak 1. Tun Tan Siew Sin (l) 2. Kim Tin (p) 3. Wee Geok Kim (p) 4. Alice Kim Yoke (p) 5. Agnes Kim Lwi (p) Tun Dato Sri Tan Cheng Lock (Cina Ringkas: ; Cina Tradisional: ; pinyin: Chn Zhnl, 5 April 1883-13 Disember 1960) ialah seorang pemimpin politik Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949. Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk politik, pendidikan, dan kebajikan masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik dan ekonomi. Selain daripada menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga mempergunakan memorandum dan petisyen dalam pengemukaan persoalan-persoalan. Seorang peranakan yang, berbeza dengan pendatang-pendatang Cina di Tanah Melayu, merupakan rakyat British, ini adalah asas untuk kebangkitan pengaruh beliau di bawah pemerintahan British.

Kehidupan awal Dilahirkan di Jalan Heeren, Melaka, Tan ialah anak ketiga dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada tujuh adik beradik. Pada tahun 1899, beliau memperoleh pendidikan Inggeris di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di Institusi Raffles di Singapura. Selepas persekolahan, Tan bertugas sebagai seorang guru selama enam tahun sebelum meletakkan jawatannya untuk menjadi Penolong Penurus di Ladang Getah Bukit Kajang Berhad, sebuah ladang getah yang dimiliki oleh saudara sepupunya. Pada tahun 1909, beliau memulakan syarikat sendiri yang mula-mulanya digelarkan Ladang Getah Melaka Pindah Berhad dan kemudiannya, Ladang Getah Melaka Bersatu Berhad dan akhirnya Ladang Ayer Molek Berhad. Pada tahun 1913, Tan berkahwin dengan Yeo Yeok Neo, anak kepada Yeo Tin Thye, Presiden Persatuan Hokkien Melaka. Mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki, Tun Tan Siew Sin (bakal Menteri Kewangan Malaysia) dan empat orang anak perempuan.

TUN TAN CHENG LOCK

SUMBANGAN TUN V.T. SAMBANTHAN


Semasa berada di luar negara, Sambanthan telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang politik. Beliau mengikuti secara dekat perkembangan Pergerakan India Kebangsaan yang ketika itu berjuang untuk membebaskan negara India daripada jajahan British. Tidak hairanlah juga apabila beliau menyertai sayap pemuda Kongres Kebangsaan India di negara itu. Sekembali ke tanah air dan selepas kematian bapanya pada tahun 1942, Sambanthan mengambil alih tugas pengurusan perniagaan keluarganya dalam bidang penerokaan ladang getah. Peluang ini digunakan dengan sebaik mungkin untuk menjalinkan hubungan yang rapat dan mesra dengan penduduk setempat. Kemudahan sekolah dan keperluan lain disediakan bagi meningkatkan tahap hidup masyarakat yang masih ketinggalan.

Sekolah Tamil Mahatma Gandhi yang dibuka secara rasmi pada tahun 1954 di Sungai Siput, memperkasakan usahanya membantu meningkatkan mutu pendidikan kanak-kanak estet. Melihat ketulusan hati dan keikhlasan yang ditunjukkannya, dengan serta-merta Sambanthan dilantik sebagai Lembaga Kaunselor Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Pada tahun yang sama juga, beliau dipilih sebagai majlis perundangan (ahli Parlimen) di kawasan Kinta Utara yang kemudiannya ditukar kepada kerusi Sungai Siput pada tahun 1959. Sebelum Sambanthan dilantik sebagai Presiden parti MIC atau Kongres India Malaysia pada 1955, MIC rata-ratanya mendapat sokongan daripada kumpulan elit India. Sebaliknya, majoriti daripada penduduk India di Tanah Melayu ketika itu ialah kelas bawahan yang tidak menyertai parti memandangkan nasib dan masa depan mereka tidak dipedulikan. Namun, selepas beberapa pusingan perbincangan dan perundingan, akhirnya Sambanthan dilantik sebagai presiden parti yang ke-5 dari tahun 1955 hingga 1973. Pelantikannya juga menarik lebih ramai penyertaan. "Tunku dan Sambanthan mempunyai hubungan yang rapat sejak awal lagi. Malah, kedua-duanya berusaha untuk mewujudkan sebuah negara berbilang bangsa yang harmoni," jelas Uma yang masih tidak melupakan hari yang paling bersejarah dalam hidupnya iaitu pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Ketika berusia 27 tahun, Uma masih lagi teringatkan dirinya mengenakan sehelai sari berwarna putih dengan calitan warna merah pada penghujung kain. Sari ini juga begitu bermakna kerana ia adalah hadiah pemberian suaminya pada hari pertunangan.

"Saat itu cukup simbolik;satu permulaan kepada kebebasan daripada rejim kolonial, kebebasan berfikir dan kebebasan untuk memimpin negara kita sendiri," ujarnya yang berdiri di belakang Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bersama suami. Uma dan suaminya juga tidak banyak bercakap kerana diselubungi rasa sebak melihat bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibar. Atas dasar kepercayaan dan kebolehan, Tunku Abdul Rahman memberi portfolio penting kepada Sambanthan untuk menyandang jawatan penting dalam Kabinet. Antaranya ialah Menteri Buruh (19551957), Menteri Kesihatan (1957-1959) dan Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekomunikasi (1959-1971) dan akhirnya Menteri Perpaduan Kebangsaan (1972-1974). Sambanthan juga menguatkan tahap ekonomi parti dengan menjual sebahagian daripada estet bapanya seluas 2.4 kilometer persegi di samping menyediakan perkhidmatan kewangan. Salah satu sumbangan beliau yang terbesar ialah penubuhan Persatuan Koperasi Kewangan dan Tanah Kebangsaan (NLFCS) yang diasaskan bersama dengan K.R Somasundram pada tahun 1960. Menerusi NLFCS, buruh-buruh India di ladang getah diminta menyumbang sekurang-kurangnya RM10 untuk kebaikan masa depan. Estet pertama yang dibeli ialah di Bukit Sidim, Kedah. Semasa Sambanthan meninggal dunia, NLFCS memiliki 18 buah estet dengan keluasan 120 kilometer persegi dan 85,000 ahli. Hari ini, koperasi itu mempunyai 19 estet dengan keluasan 142 kilometer persegi dan melabur dalam sektor perladangan kelapa sawit, hartanah dan perbankan. NLFCS juga adalah koperasi yang terbesar di Asia Tenggara.