You are on page 1of 4

Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas /

39

KURIKULUM LATIHAN KEUSAHAWANAN KELAS PENDIDIKAN KHAS


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak: Pelajar-pelajar berkeperluan khas merupakan insan yang mempunyai kebolehan dan bakat yang tersendiri setanding dengan mereka yang normal. Mereka juga mempunyai potensi yang perlu diperkembangkan untuk sama-sama menyumbang kepada ekonomi Negara. Peluang yang sama rata seharusnya diberi untuk mereka memajukan diri masing-masing semenjak dibangku sekolah lagi. Oleh itu kertas kerja ini akan membincangkan kurikulum latihan yang sesuai dengan pelajar berkeperluan khas agar dapat mencungkil bakat, kebolehan serta potensi mereka supaya dapat dikembangkan untuk menjadi seorang usahawan. Ini kerana peluang berkerja makan gaji bagi golongan ini amat terhad sekali. Dengan adanya peluang latihan keusahawanan disekolah akan dapat memupuk minat, nilai, pemikiran dan keyakinan pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Beberapa modul latihan keusahawanan yang sesuai dengan pelajar tersebut seperti mengenal potensi diri, mengenalpasti peluang perniagaan dan amali perniagaan akan dibincangkan dalam kertas kerja ini.

Halimah Harun

CADANGAN KURIKULUM KEUSAHAWANAN PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS Kurikulum ini bertujuan untuk melatih pelajar berkeperluan khas khusus dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Pelajar berkeperluan khas disekolah telah diperkenalkan dengan sukatan pelajar Kemahiran Hidup Bersepadu. Dari segi ilmu pengetahuan tentang bidang vokasional ataupun bidang kemahiran seperti kraftangan, jahitan, masakan, bengkel, anyaman serta pertukangan dan lain-lain yang berkaitan, kebanyakan pelajar telah memperolehi daripada daripada subjek KHB. Namun hasil pemerhatian, pelajar berkeperluan khas ini masih kekurangan dari aspek latihan keusahawanan. Justeru itu adalah amat wajar latihan keusahawanan perlu diberikan kepada pelajar berkeperluan khas sebagai persediaan sebelum memulakan perniagaan ataupun telah memulakan perniagaan supaya dapat meningkatkan keyakinan diri dan juga kemahiran keusahawanan. OBJEKTIF KURIKULUM Antara lain objektif kurikulum bertujuan untuk: 1. 2. Memberi pendedahan kepada pelajar berkeperluan khas tentang pengurusan perniagaan dan keusahawanan Membentukan sikap dan keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan memilih kerjaya keusahawanan sebagai sumber pendapatan

40 /

Kurikulum Latihan Keusahawanan Kelas Pendidikan Khas

3. 4. 5.

Memberi pendedahan kepada pelajar berkeperluan khas tentang peluang-peluang perniagaan yang berdaya maju yang boleh diusahakan Memberi latihan kepada pelajar berkeperluan khas tentang penyediaan rancangan perniagaan yang berpotesi untuk dimajukan Memberi pendedahan dan latihan tentang mengenali kos-kos perniagaan dan merekod urusniaga perniagaan

PELAKSANAAN KURIKULUM Sebaik-baiknya kurikulum ini dilaksanakan oleh pihak sekolah pendidikan khas dengan bersandarkan kepada projek perniagaan sebenar. Setiap sekolah disarankan menjalankan satu atau lebih projek perniagaan yang berpotensi untuk dimajukan dan mengikut minat dan kecendrungan murid disekolah tersebut. Semasa menjalankan aktiviti perniagaan pelajar juga diperkenalkan dengan konsep kos, untung rugi, belanja dan juga jual beli. Ilmu pengetahuan lain seperti kemahiran berbahasa sama ada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris boleh diterapkan semasa menjalankan aktiviti perniagaan. Begitu juga konsep matematik boleh dimasukkan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek keusahawanan ini. Sebagai contoh semasa aktiviti membuat sandwich, beberapa aspek pengetahuan dapat diterapkan seperti berikut: Pengetahuan tentang Kos 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pelajar diajar mengira berapa keping roti dalam satu buku roti yang dibeli. Berapa keping sandwich boleh dihasilkan daripada sebuku roti Harga sebuku roti Harga setin marjerin Harga timun, salad Harga sekeping sandwich

Kemahiran Matematik dan Mengira Mengira perbelanjaan membeli bahan mentah untuk membuat sandwich Contoh: Roti 2 buku = RM 4.00 Timun 2 batang = 1 00 Salad = 1.00 Marjerin 1 tin = 10.00 Plastic pembungkus = 3.00 Jumlah = RM 19.00 Kemudian pelajar diajar untuk mengira untung jualan sandwich: Harga Sebungkus sandwich = RM 1.50 Kos sebungkus sandwich = 0.80 (anggaran) Untung /bungkus = 0.70 Kalau dapat jual 50 bungkus ? Pelajar akan diajar aspek darab.

Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas /

41

Kemahiran Berbahasa: Bahasa Melayu dan Inggeris 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Guru roti semasa mengajar boleh menyebut roti dalam bahasa Inggeris iaitu bread A loaf of bread A slice of bread Delicious sandwich/ sandwich ini sedap I like sandwich/ saya suka makan sandwich Ucapan Thank You/terima kasih Saya pandai buat sandwich

Etika dan Moral Semasa Berniaga 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Semasa jual beli galakan pelajar beraqad seperti yang disarankan oleh Islam Saya jual dan saya beli dengan harganya. Ucapan terima kasih. Sila datang lagi Adab sopan, budi bicara semasa melayan pelanggan. Konsep Tawar menawar dapat mencungkil bakat pelajar dalam membuat keputusan. Aspek pembungkusan produk, susun atur gerai, hiasan dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar. Aspek kebersihan juga dapat diterapkan dalam aktiviti tersebut seperti membasuh tangan, menggunakan penyepit makanan, memakai sarung tangan, menggunakan pembalut yang bersih, memakai apron semasa menjual. Keyakinan diri dapat ditingkatkan apabila pelajar dilatih untuk berhadapan dengan orang ramai. Sikap malu sudah pasti akan dapat dikurangkan dan dihapuskan jika pendedahan sedemikian dapat dibuat sejak awal lagi.

8.

FAEDAH PELAKSANAAN KURIKULUM KEUSAHAWANAN Selain daripada penerapan ilmu pengetahuan secara bersepadu seperti yang dinyatakan diatas, melalui kurikulum keusahawanan yang dicadangkan kita dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar dalam pelbagai aspek seperti:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Mencipta produk seperti kraftangan, barang hiasan, jahitan dan lain-lain. Bakat sebagai penjual. Bakat sebagai pelukis. Bakat sebagai tukang masak. Bakat sebagai penghibur. Keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai, kawan-kawan yang normal, guru-guru lain. Memupuk bakat dan kebolehan berniaga dan sebagai sumber rezeki pada masa hadapan. Aspek inilah yang harus menjadi agenda utama setiap guru dan pihak sekolah supaya pelajar yang istimewa ini dapat berdikari dan turut sama menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara.

42 /

Kurikulum Latihan Keusahawanan Kelas Pendidikan Khas

POTENSI PROJEK DAN KAEDAH PEMASARAN PRODUK Projek-projek yang dicadangkan boleh dilaksanakan oleh pelajar dengan kos yang kecil dan margin keuntungan yang tinggi. Tambahan pula pasaran adalah luas kepada warga sekolah yang terdiri daripada guru-guru dan murid yang lain. Purata sebuah sekolah terdiri daripada lebih 1000 orang pelajar. Pasaran dan jualan boleh dilakukan seminggu sekali atau pun sebulan sekali dengan mengadakan hari keusahawanan sekolah. Kerjasama semua pihak sama ada pentadbir dan warga sekolah amatlah diperlukan untuk menjayakan projek keusahawanan ini begitu sokongan daripada pihak PIBG. Pasaran boleh juga dibuka kepada warga masyarakat sekeliling sekolah dengan promosi yang aggresif. Latihan pemasaran dan jualan ini merupakan aspek praktikal yang amat bermakna kepada murid khas khususnya dan juga kepada semua pelajar disekolah tersebut. Melalui pengalaman jual beli dan berurusniaga pelajar dapat dilatih dari pelbagai aspek seperti keyakinan diri, komunikasi, tawar menawar, pengurusan kewangan, mengurus perniagaan, kualiti produk dan dapat memupuk minat mereka dalam perniagaan. Apabila pengalaman tersebut telah sebati dalam diri mereka, masalah untuk mencari pekerjaan setelah tamat persekolahan sudah tentu tidak akan timbul lagi. Pendedahan yang diberi akan meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi usahawan walaupun kecil saiznya tetapi potensi perniagaan yang diceburi lumayan pulangannya. Berikut beberapa cadangan projek perniagaan yang boleh dijalankan disekolah khas seperti: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Bunga Tanaman orkid (mudah diuruskan, tidak perlu penjagaan yang lama, tidak membahayakan murid, potensi pasaran). Tanaman sayuran Bayam, sawi, cili fertigasi, tomato dan lain-lain. Ternakan Ikan keli dan ikan hiasan. Perkhidmatan Cuci kereta, dobi, kedai fotostat. Pengeluaran barang hiasan Kraftangan, anyaman dan hiasan; jahitan seperti bekas pensil, tuala kecil, sapu tangan; rantai kunci dan cenderahati. Pengeluaran Makanan Sandwich, bertih jagung, roti hotdog, muffin, aiskrim (kos pengeluaran sangat kecil, ada potensi pasaran yang luas).

KESIMPULAN Kurikuluam keusahawanan ini bertujuan untuk mengcungkil bakat dan kekuatan serta kelemahan pelajar dan juga keyakinan diri mereka untuk menjadi usahawan. Modul ini merupakan sebagai persediaan dari segi mental pelajar untuk menjadi usahawan. Persediaan mental ini amat penting kerana seorang usahawan sentiasa menghadapi risiko dan cabaran yang hebat daripada pelbagai aspek kehidupan dan perniagaan. Oleh itu kurikulum ini dapat mengenalpasti ciri-ciri usahawan yang ada dalam kalangan pelajar tersebut. Selain daripada itu kurikulum ini juga dapat membuka minda dan meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam menghadapi halangan dan rintangan yang mendatang.