You are on page 1of 24

PENGENALAN

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
PIPP juga merupakan satu dokumen perancangan pembangunan yang mliputi tiga aspek utama iaitu infranstruktur, pengisian dan tenaga manusia.

Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Dua pendekatan utama yang dikenal pasti iaitu : Pendekatan pertama : menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dan kesamarataan peluang pendidikan. * Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan adil dan saksama tana mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain. * Memastikan semua pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada yang tercicir akibat kemiskinan. * Perluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untuk mendapatkan semua pelajar mendapat akses ICT.

Pendekatan kedua : Kecemerlangan institusi pendidiakan. * KPM akan memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang. * KPM akan mengenal pasti sekolah-sekolah dalam kluster (SK), (SJK), (SBP), (SMT), (SMKA), Sekolah Bestari serta sekolah-sekolah Putrajaya dan Cyberjaya.

TERAS STRATEGIK PIPP


PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras iaitu :1. Membina negara bangsa 2. Membangunkan modal insan 3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan 4. Merapatkan jurang pendidikan 5. Memartabatkan profesion keguruan 6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

1. Membina negara bangsa


Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara glokal yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan. Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu. Fokus lain ialah memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran kehidupan. Antara strategi untuk membina negara bangsa ialah : * Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan. * Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara. * Peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan. * Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan.

2. Membangunkan modal insan


Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut, fokus pembangunan modal insan terdapat dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) iaitu : * Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. * Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan * Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik * Memantapkan program kokurikulum dan sukan

3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) dan sekolah mene. Hal ini kerana SK berperanan penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk perpaduan di antara kaum dari peringkat awal persekolahan. Ciri-ciri SK perkasa ialah : * Infrastruktur lengkap dan berkualiti. * Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M. * Beraspirasi nasional. * Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil. * Pencapaian akademik cemerlang. * Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi. * Iklim dan budaya sekolah yang sihat. * Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan. * Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan. * Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.

Fokus dan Strategi Memperkasakan SK


Perluasan Program Prasekolah Pemantapan Kepimpinan Pengetua / Guru Besar dan Kualiti Guru

Pengukuhan Budaya Sekolah


Peningkatan Prestasi Akademik SK Pemantapan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan Penambahbaikan Sistem Sokongan Pemantapan Kurikulum dengan memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M

4. Merapatkan jurang pendidikan di luar bandar PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar. Tumpuan akan diberi kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak. KPM turut memfokuskan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, makmal komputer, kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga kerja.

Fokus dan strategi


1. Membangunkan infrastruktur dan kemudahan luar bandar 2. Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran dengan penekanan kepada penguasaan 3M dengan memperluas Program KIA2M untuk Tahun 1, menambah baik Program Pemulihan Khas Tahap 1, menggiatkan Program Gerak Gempur serta Program khusus Orang Asli dan suku minoriti 3. Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman 4. Menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti

5. Memartabatkan profesion perguruan Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau institusi pengajian tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman dahulu tanpa sebarang pengecualian. KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim insurans khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. Guru tugas-tugas khas akan menikmati elaun baru apabila PIPP 2006-2010 dilaksanakan sepenuhnya. Pelbagai keistimewaan bakal dilaksanakan seperti mewujudkan laluan pantas untuk kenaikan gred DG berasaskan merit dan prestasi akan dilaksanakan, kemudahan tempat tinggal di kawasan pedalaman dan Bandar besar akan disediakan dan menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.

Fokus dan strategi


1. Menambah baik sistem pemilihan calon guru dengan memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru. 2. Memantapkan latihan perguruan dengan menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. 3. Memantapkan kerjaya guru dengan menambah baik penjawatan guru dan perluasan naik pangkat. 4. Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif ( projek membina dan menaik taraf ). 5. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia Penyediaan mekanisme bekalan guru.

6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sistem pendidikan negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang khusus masing-masing. Hal ini kerana pada masa ini terdapat pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara serta untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Bagi sekolah-sekolah yang dipilih, fokus akan diberikan kepada perkara-perkara berikut: Memastikan kepimpinan teguh dan berkesan Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan berkemahiran tinggi Mewujudkan piawaian dan penanda aras yang dijadikan contoh kepada negara membangun dan maju. Merintis perubahan dan pembaharuan dengan melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah.

Rumusan
PIPP merupakan panduan kepada seluruh warga KPM agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing secara lebih terancang, terarah dan berfokus. PIPP penting kerana ia akan menyediakan asas yang kukuh untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi dan menjadikannya bertaraf dunia.

PPP

Sejajar dengan kemajuan serta trend negara yang semakin berubah maka pendidikan memerlukan satu pembaharuan dimana ia dirangka di dalam satu pelan baru iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia kini mengantikan PIPP sebelum ini.

Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) ini merupakan pembaharuan yang bakal dilakukan kepada sistem pendidikan negara yang mana tempoh pelaksanaanya adalah dari tahun 2013 sehingga tahun 2025.

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


pelan ini sasarkan enam aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi-bahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Pelan ini berbeza daripada laporan-laporan pendidikan yang terdahulu. Kementerian dimaklumkan oleh Panel Penilai Bebas Antarabangsa bahawa kajian semula sistem pendidikan ini telah dilakukan dengan amat teliti dan kualiti analisanya menepati standard antarabangsa.

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (20212025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

TERAS PPP
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa: 2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris: 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai: 4. Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan: 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah: 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan:

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran: 8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran: 9. Memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta: 10. Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan: 11. Meningkatkan Ketelusan akauntabiliti awam.

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.


Kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana, termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun, berbanding enam tahun. Peperiksaan UPSR pada 2016 akan mengandungi 80% soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi semua sekolah jenis kebangsaan. Dengan perlaksanaan kurikulum ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah kebangsaan akan dimansuhkan mulai 2017. Kerajaan juga akan menggalakkan murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, India, Tamil, Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain. Bagi meningktkan bahasa Inggeris , Modul Sastera Inggeris akan diwajibkan kepada murid sekolah menengah.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Memupuk semangat patriotisme di kalangan murid Kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (roleplay), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil.