You are on page 1of 2

________________________________________________________________________________ Rujukan: ___________ Tarikh: __ Januari 2012 Kepada Semua Ibu Bapa/ Penjaga Murid Tahun 1 dan 2 Tuan/

Puan, MAKLUMAN TENTANG PELAKSANAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Dengan hormtanya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan penambahbaikan terhadap Sistem Pentaksiran Kebangsaan bagi UPSR melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mulai tahun 2011. Pada tahun 2012, pelaksanaan PBS akan melibatkan murid Tahun 1 dan Tahun 2. 3. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah, dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guruguru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 4. Komponen PBS terdiri daripada: Pentaksiran Sekolah Pentaksiran yang dirancang, dibina, (Bermula dari Tahun 1 ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor hingga 6) oleh guru yang melibatkan semua mata pelajaran. Pentaksiran Pusat Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, (Bermula dari Tahun 4 direkod dan dilapor di peringkat hingga 6) sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran Aktiviti Pentaksiran yang dilaksanakan di Jasmani, Sukan dan peringkat sekolah yang ditadbir, Kokurikulum direkod dan dilaporkan melalui (Bermula dari Tahun 4 penyertaan, penglibatan dan hingga 6) pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum. Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran yang dilaksanakan di (Bermula dari Tahun 1 peringkat sekolah dan/atau pusat

AKADEMI K

BUKAN AKADEMIK

hingga 6)

untuk mengukur kebolehan, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

5. Dengan pelaksanaan PBS maka tidak ada lagi laporan pencapaian atau kemajuan prestasi murid dalam bentuk markah, gred dan ranking (kedudukan dalam kelas). Sebaliknya melalui Pentaksiran Sekolah pelaporan prestasi adalah merujuk kepada Standard Prestasi berasaskan band yang akan menyatakan apa yang murid tahu, faham dan boleh buat. Berikut adalah kerangka Standard Prestasi yang digunakan dalam Pentaksiran Sekolah: BAN D 6 5 4 3 2 1 STANDARD Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu dan Faham Tahu

6. Sehubungan dengan itu, kehadiran murid ke sekolah amat penting agar proses pentaksiran ini dapat dijalankan dengan lancar semasa pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan kehadiran dan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dan ekstrakurikulum akan dapat memberi nilai tambah dalam pencapaian prestasi murid. 7. Kerjasama dan komitmen Tuan/ Puan amatlah diharapkan bagi membantu pihak sekolah menjayakan PBS dengan sentiasa memberi dorongan dan memantau kehadiran dan perkembangan pelajaran anak Tuan/ Puan. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah,

_________________________ ( ) Guru Besar SK/SJK(C)/SJK(T)________________________ s.k. Fail