You are on page 1of 18

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang

telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar. Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai. Kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran yang diajar. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah bekenaan. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.

An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini

guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu: 1. Tujuan am (learning goal) 2. Objektif pelajar (specific objective) 3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran. 4. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar. 5. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar.

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) Learning, pembelajaran proses pertumbuhan. dalam The Condition of merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan

seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan

KAEDAH TEORI KECERDASAN PELBAGAI Konsep dan Definisi Mengikut pandangan tradisi, kecerdasan adalah ditakrifkan sebagai keupayaan mental seseorang individu yang boleh diukur. Pada tahun 1904, Alfred Binet seorang psikologis dari Perancis telah berjaya membina satu ujian kecerdasan Skala 1905. Skala 1905, untuk menguji kecerdasan pelajar berdasarkan ingatan mereka dari aspek keupayaan sentuh dan mereka bentuk sehingga keupayaan mentakrif konsep yang abstrak. 1912 William Stern telah memperkenalkan konsep darjah kecerdasan (IQ) dan berjaya membina rumus. Mengikut sesetengah pendidik, kecerdasan bukan serupa dengan umur, tinggi atau berat (tidak boleh diukur secara langsung) tetapi sebagai kemahiran penyelesaian masalah, termasuk keupayaan mengadaptasi kehidupan dan belajar daripada pengalaman harian. Vygotsky Keupayaan menggunakan kemahiran belajar dengan bantuan orang yang lebih mahir melalui teknik pemudahcaraan dengan scaffolding. Potensi Dan Kecerdasan Manusia

Potensi ialah keupayaan dan kebolehan terpendam dalam individu, dan jika dicungkil boleh digunakan untuk melakukan sesuatu.

Dikaitkan dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek daripada fitrah manusia kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti selaras dengan fitrah yang ada padanya. Ditinjau dari aspek-aspek jasmani, mental, rohani, emosi dan sosial memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Falsafah Pendidikan Kebangsaan )

Kecerdasan-Kecerdasan Menurut Howard Gardner, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Kecerdasan Linguistik kecerdasan membaca, menggunakan perbendaharaan kata, tulisan kreatif, puisi, perbahasan, berjenaka dan bercerita.

Kecerdasan Logikal-matematikal kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta mengamati dunia visual.

Kecerdasan Visual-spatial kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak, mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati dunia visual

Kecerdasan Muzik kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik.

Kecerdasan Tubuh Kinestetik kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan fizikal tubuh badan, kawalan anggota, sukan, permainan dan mereka cipta gaya menari.

Kecerdasan Interpersonal kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan.

Kecerdasan Intrapersonal kecerdasan berinteraksi secara dalaman untuk merangsang diri sendiri.

kecerdasan Spritual ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama.

Kepentingan Mengetahui Kecerdasan Pelbagai menyokong pembelajaran bersepadu secara menyeluruh selaras dengan Falsafah Paendidikan Kebangsaan dan keperluan murid menerima persamaan dan perbezaan individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas. meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. meningkatkan profesionalismegurudan menggalakkan inovasi dan penyelidikandalam pengajaran dan pembelajaran. mewujudkan kolaboratif disekolah. mempelbagaikan penilaian.

Melaksanakan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mengenalpasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai. Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kecerdasan murid Memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah

KAEDAH KONTEKSTUAL Definisi dan Konsep Matlamat Membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan

kontekstualdalam pengajaran dan pembelajaran. Objektif Guru berupaya: Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalambilik darjah dengan yakin dan berkesan. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.

Definisi Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakanpembelajaran secara konkrit dengan melibatkan aktiviti minds-on dan hands-on.

Teori Kontekstual

Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. Teori pembelajaran kontekstual adalah berdasarkan unsur-unsur berikut: 1. Konteks pembelajaran yang pelbagai

Budaya Sosial Psikologi Fizikal 2. Kepelbagaian persekitaran pembelajaran Bilik darjah Makmal Tempat kerja Kehidupan harian 3. Kepelbagaian disiplin ilmu Matematik Sains Komunikasi Teknikal dan Vokasional Kemanusiaan Unsur-unsur tersebut menegaskan bahawa pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Teori ini juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pendekatan konteksual juga merentas pelbagai disiplin ilmu seperti Matematik, Sains, Komunikasi, Kemanusiaan, Teknikal dan Vokasional.

Kaedah-Kaedah Pembelajaran Kontekstual Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut , ia dapat diringkaskan menjadi REACT a) Relating (Menghubungkait):

Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu masalah.

b) Contoh murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari. Experiencing (Mengalami): Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh

dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti video,naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif. Contoh murid dibawa ke padang untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat latihan amali menggelecek bola. Pengalaman ini boleh digunakan semasa bermain hoki bersama kawan-kawan di rumah.

c)

Applying (Mengaplikasi): Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam situasi yang lain. Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi seringnya berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan kilang, mentoring dan latihan kerja. Contoh murid mempelajari teori dan konsep tuas. Pengetahuan ini dapat diaplikasikan apabila bertemu sebuah kereta yang tayarnya pancit dan tidak mempunyai jek. Murid itu boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar.

d) Cooperating (Bekerjasama): Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan pelajar lain - merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam pembelajaran konteksual. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual. Majikan mementingkan pekerja yang boleh berkomunikasi, berkongsi maklumat dan bekerja dengan

selesanya dalam pasukan di tempat kerja. Justeru itu, adalah penting bagi pelajar untuk melatih kemahiran bekerjasama di sekolah. Contoh murid bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali di padang. Penyelesaian amali Pendidikan Jasmani memerlukan delegasi,

pemerhatian, cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu pasukan bergantung secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya.

e)

Transferring (Memindahkan): Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan panduan yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui pelajar. Contoh murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permaianan. Kumpulan Murid Yang Sesuai Untuk Pembelajaran Konteksual Terdiri dari kumpulan yang sederhana, cenderung kepada aplikasi konsep, terdorong melakukan aktiviti hands-on dan tidak yakin mempelajari Matematik dan Sains secara abstrak. Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Konteksual Perlaksanaan ini memerlukan:

Motivasi Bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan. Contoh mata pelajaran Sejarah, tajuk darurat guru boleh memperdengarkan rakaman bunyi tembak menembak beserta jeritan sebagai

motivasi.

Pemahaman Ia merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan. Ini boleh dilakukan dengan bacaan, perbincangan kumpulan dan membuat kajian.

Kemahiran Pengetahuan baru yang diperolehi murid dapat diaplikasikan bagi mencetuskan pemikiran murid dan dengan itu dapat menyelesaikan masalah harian. Contoh selepas muris mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru menanyakan soalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia sebagai rujukan.

Penilaian Boleh dilakukan dengan cara lisan, pemerhatian, perubahan sikap dan bertulis. Aktiviti boleh dilakukan dengan cara kuiz, perbincangan kumpulan dan penyediaan portfolio

Kesimpulan Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dalam persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian.

Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Pendekatan konteksual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid. KAEDAH KONSTRUKTIVISME

Definisi dan Konsep Menurut pendapat John Dewey (1910), Pendidik yang cekap harus

melaksanakan P&P sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Murid juga harus mengambil bahagian secara aktif di dalam setiap aktiviti P&P. Jean Piaget telah memperkenalkan empat fasa dalam perkembangan pemikiran kanak-kanak yang menjadi asas kepada kefahaman konstuktivisme iaitu : Fasa Pertama Kanak-kanak menaakul tidak bercirikan struktur yang logik. Fasa Kedua Definisi ciri-ciri struktur matematik logikal. Fasa Ketiga Pembinaan pengetahuan melalui struktur mata pelajaran. Fasa Keempat Mekanisme akomodasi. perkembangan mengaitkan perhubungan antara asimilasi dan

Konstruktivisme

adalah

satu

fahaman

bahawa

murid

membina

sendiri

pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru

Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru menyokong pembelajaran secara koperatif Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oelh murid Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi usaha

Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminyamelalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. Cabaran Guru Dalam Pembelajaran Konstruktivisme

Guru merasa mereka tidak mengajar. Kawalan kelas agak merosot. Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme tidak realistik.

Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesional.

Implikasi Konstruktivisme 1) Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. 2) Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. 3) Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. 4) Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. KAEDAH DEMONSTRASI Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstrasi lisan dan penglihatan, dengan itu ia

menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstrasi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan. Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstrasi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani : 1) Pendahuluan

Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutu dan berdiri

Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini

2)

Demonstrasi

Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar Ikut cara dan prosedur yang piawai Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan

3)

Demonstrasi dan pengajaran


Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu.

Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya. Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.

4)

Ulang demonstarsi dan butiran yang penting


Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan Beri butiran penting

5)

Penutup

Ulang butiran penting Menggalakkan perbincangan Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran

KAEDAH GAYA ARAHAN

Dalam gaya ini, guru mengawal semua yang akan dipelajari, cara ia dilakukan serta mula dan akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue (1995). Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut : Guru perlu 1. Mengawal penuh pengajaran. 2. Memilih aktiviti. 3. Menentukan bagaimana dan bila Mengawal tingkah laku. 4. Menilai dan membuat keputusan. 5. Menjimatkan masa untuk membuat percubaa Individu mendapat kurang perhatian. Ciri-ciri Gaya Arahan
1.

Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahiran yang akan dipelajari oleh pelajar.

2.

Pelajar berlatih dan guru memberi komen am tentang prestasi kelas. Jika perlu, guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut.

3.

Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang memerlukan bantuan secara individu atau atau berkumpulan.

4.

Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai perlakuan.

5. 6.

Penemuan Terbimbing. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi (Bilbrough & Jones, 1968). Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan, mencuba dan

menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Sebagai contoh, Cari dua cara untuk mengimbangkan badan dengan tiga titik

KAEDAH KOPERATIF Konsep dan Model Kaedah Koperatif Menurut Effandi Zakaria (1998), Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar saling bantu membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama. Dalam kaedah koperatif, guru perlu menentukan pengetahuan dan kemahiran tertentu yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar. Guru juga perlu memberitahu mereka tentang cara bekerjasama dalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti secara berstruktur. Selain itu, mereka hendaklah bertanggungjawab keatas pencapaian sama ada secara individu atau secara berkumpulan, iaitu mereka perlu menolong antara satu sama lain. Kaedah koperatif mengambil kira aspek kognitif, tingkah laku, emosi dan sosial pelajar. Dengan itu, guru mestilah menerangkan prosedur tertentu untuk mengendalikan kumpulan masing-masing. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif : a) Saling bergantung di antara satu sama lain secara positif b) Saling berinteraksi secara bersemuka c) Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri d) Kemahiran koperatif e) Pemprosesan kumpulan

Jenis Pembelajaran Koperatif Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif. Di antaranya ialah :

1.

Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation) Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan pelajar mengenalpasti suatu topik yang disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik. Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik.

2.

Student Team Achievement Division' (STAD) Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. Mereka saling membantu di antara satu sama lain melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan.

3.

Jigsaw Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.

4.

Team-Accelerated Instruction' (TAI) Merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang rendah

pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan pelajar lain yang mempunyai pencapaian tinggi. Bahan-bahan TAI direka khas untuk program ini yang menggantikan buku teks sepenuhnya.

5.

Team Games Tournament (TGT) Model TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah. Bagi setiap pertandingan, meja pertandingan akan diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik.

Menurut Shahabuddin Hashim et.al. (2007) lagi, bagi menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran, gerak kerja kumpulan diadakan supaya pelajar dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-perbincangan yang dijalankan. Pembelajaran dilakukan apabila beberapa individu yang mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk dalam satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana diarah oleh guru. Kumpulan pelajar ini duduk dalam kumpulan kecil untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Guru akan mengawasi dan menjadi fasilitator semasa aktiviti kerja kumpulan dijalankan.