You are on page 1of 19

PENGENALAN ARCA 1) Arca merupakan bentuk dalam susunan tiga dimansi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya.

2) Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain disebabkan cirri- cirri tiga dimensi. 3) Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina,hiasan dalaman,dan reka bentuk pentas, namun karya ini mempunyai kaistimewaan tersendiri. 4) Arca dibahagikan kepada 2 jenis iaitu berfungsi dan estetika. ARCA (Klik Disini) Arca berasal daripada perkataan Yunani tua sculpere yang bermaksud mengukir,menebuk, memotong, melarik dan sebagainya - Pengucapan hasil seni yang bersifat 3D. - Hasil karya yang lebih diamati dalam ruang realiti atau ruang sebenar. - Menggunakan unsur seni reka dan prinsip seni reka.

SEJARAH ARCA. 1) Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk, dan tanah liat. Ia dihasilkan oleh orang- orang Aurignacian dan Magladenia pada kira- kira tahun 8000 S.M. 2) Pada zaman dahulu , bentuk figura manusia dan haiwan adalah subjek utama yang digunakan untuk menghasilkan arca. 3) Michelangelo Buanarroti (1475-1564) merupakan pengarca italic yang teragung pada zaman pembaharuan (Renaissance) di Eropah. 4) Pengarca masyur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum perang dunia kedua ialah Henry Moore yang berbangsa Inggeris (1898- 1986) dan Alberto Giacometti, warganegara Switzerland (1901 1966). 5) Sebelum Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk arca telah beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa, dan sebagainya kepada bahan plastik , nilon, fabric, dan bahan buangan lain. 6) Antara teknik yang digunakan ialah teknik luakan, binaan dan tambahan, teknik acuan, pateri, jahitan, gam, asemblaj, dan sebagainya turut digunakan. SEJARAH ARCA DI MALAYSIA 1) Arca tidak berkembang dengan meluas di Malaysia seperti catan. 2) Pengarca yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an. 3) Antara pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, Lee Kian Seng, dan lain- lain. KATEGORI ARCA a) ARCA ESTETIK - Bahan peragaan/tatapan - Sebagai hiasan dalam/luar bangunan - Punyai makna yang mendalam dan pengetahuan yang intelektual b) ARCA BERFUNGSI

- Boleh diguna pakai sebagai alat permainan, tempat permainan kanak dan lanskap - Sebagai alat ritual, penyembahan dan keagamaan - Keperluan domestik. MEDIA PENGHASILAN ARCA - TANAH LIAT - Ada kaitan dengan tembikar (tanah dibakar) Asal kajian sebelum batu digunakan untuk arca - GANGSA - Gabungan tembaga, zink dan timah - Gunakan alatan leburan yang bersuhu tinggi Gunakan acuan untuk membentuk arca. - KAYU - Media paling tua , Melalui proses ukiran dan sapu minyak pada kayu - Banyak dipraktikkan oleh masyarakat pribumi Malaysia - BATU - Jenis batu lembut spt. pualam atau alabaster, batu kapur dan batu sabun. - Batu keras spt. granit, marmar dan batu pasir - Sering kali batu digabung dengan logam. - LOGAM Mula diguna kurun ke -20. Proses oksiasetilena digunakan

Arca timbul - Bentuk tiga dimensi tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia bolah di buat secara:- Acuan- Tampalan.

Alat dan Media: Kepingan kayu, plaster of Paris, batu, kayu, plastic, tanah liat, pahat, penukul Teknik: Acuan, tampalan, asemblaj, binaan.

Asemblaj Binaan Asemblaj - Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantum dan menjadi satu kesatuan objek dan menjadi satu konsep bermakna. Teknik hasilan;- Kimpalan- Binaan- Cantuman skru/paku- Gam

Alat dan Media: Kayu, logam, batu, simen, besi, roda. Teknik: Kimpalan, binaan, cantuman skru / paku, ikatan

Penyediaan Lakaran Idea _ Menentukan subjek dan tema

_ Menentukan alat dan media _ Membuat tumb-nail-print (membuat lakaran-lakaran kecil) _ Memilih salah satu lakaran yang terbaik _ Memperinci lakaran Proses Membentuk Arca _ Membuat model kecil/prototaip _ Membuat kerangka atau struktur _ Membuat arca yang sebenar _ Kemasan dan persembahan PERSEMBAHAN HASIL KERJA Ekspresi Diri 1. Bentuk arca menepati tema dan topik. 2. Bahan binaan arca sesuai dengan tujuan hasilan. 3. Pastikan ia kuat, kukuh dan selamat. 4. Kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik. 5. Mengaplikasi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik. 6. Asli, unik dan berketerampilan. Apresiasi 1.Tajuk dan tema yang sesuai 2.Alat dan bahan yang sesuai 3.Pilihan reka bentuk berasaskan warna dan padanan imej 4.Kesesuaian secara keseluruhan Proses Membuat Arca - Membuat arca kecil / prototaip - Membuat kerangka / struktur - Membuat arca yang sebenar - Kemasan / Persembahan

MOBAIL Idea untuk mengapungkan atau menggunakan ruang atas udara sebagai kaedah untuk menampilkan dalam peragaan arca yang seterusnya diterima sebagai karya seni. Mobail - Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Tidak statik, boleh bergerak atau berawangan pada kedudukan yang tetap.Biasanya menggunakan bahan ringan. Alat dan Media: Besi, dawai, kertas, tali temali, kad bod, dawai besi, logam. Teknik Penghasilan Mobail:

Kimpalan Gam Skru Jahitan Ikatan Tanggam Menggunakan skru, nad dan bol

Perkara-perkara dalam Menghasilkan Mobail - Menentukan subjek dan tema - Menentukan alat dan media - Membuat thumbnail print - Memilih salah satu lakaran terbaik - Memperinci lakaran - Membuat karya / mobail. Proses Membentuk Mobail - Membuat model kecil atau prototaip - Membuat kerangka / struktur - Membuat mobail yang sebenar - Kemasan dan peragaan / persembahan Klasifikasi Bahan Mobail - Luar dan terdedah Keluli Tembikar Besi Aloi Timah Marmar - Dalam dan tertutup Plastik Tembikar Kayu Aluminium Kertas Bahan Terbuang Aplikasi Prinsip Rekaan Mobail - Imbangan - Harmoni - Warna - Kontra - Pergerakan - Rentak Persembahan Hasil Kerja - Bentuk mobail menepati tema dan tajuk - Bahan binaan mobail sesuai dengan tujuan - Pastikan kuat, kukuh dan selamat - Kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk komposisi gubahan artistic - Mengaplikasikan prinsip-prinsip rekaan - Asli, unik dan berketrampilan

STABAIL - Berasal daripada stabile yang bermakna static, kukuh dan mantap. - Berdiri teguh berasaskan bahan binaan, menguasai ruang dan menghidupkan persekitaran. Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabil Alat dan Media: Simen, kepingan logam, plastic, besi, logam, papan. Teknik: Kimpalan, skru, ikatan, acuan, binaan

Alat - Playar pemotong / muncung - Gunting dawai - Gergaji besi / kayu - Bahan pelekat (masking tape, gam, bahan pematri) - Pisau pemotong - Gerudi elektrik / Pemotong logam Media - Kayu (Kayu keras, bongkah kayu) - Batu marmar (Batu granit) - Logam (Besi, Timah, Tembaga, Aluminium) - Plastik (Kepingan plastic, bongkah plastic)

Plaster of Paris (Simen, Simen Putih) Bahan-bahan daripada spare-part kereta

Teknik Penghasilan Stabail - Kimpalan - Skru - Ikatan - Acuan - Binaan Teknik cantuman yang digunakan - Ribet - Pateri - Gam - Acuan - Tanggam Proses Menghasilkan Stabail - Memerhati Mengenali. Memahami bentuk dan ruang stabail. - Melakar Sketsa-sketsa untuk mendapatkan penampilan imej baik dan terancang. - Memilih Sketsa baik dan relevan. Berkaitan dengan perancangan menghasilkan stabail. - Membuat prototaip Meneliti dan membuat tinjauan. Menyamai imej sebenar. - Membuat kemasan Kemasan. Menentukan ruang untuk peragaan.

MODEL Bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buah-buahan. Antara teknik yang digunakan adalah gam, kimpalan, skru dan acuan.

MODEL RUMAH BANGLO G4.8 2011 (Klik Disini) Prosesnya (Disini)

DIORAMA Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam dan kimpalan. BONEKA Model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lain-lain. Teknik untuk penghasilan boneka adalah jahitan, gam, kimpalan dan skru. - Jari (Klik Disini)

TOPENG (Langkah-langkah-Klik Disini) Mewatakkan semula imej manusia, binatang, atau unggas dalam konteks menampilkan semula kerangka yang boleh dipakai atau diserkup. Teknik yang digunakan adalah gam, cantuman atau kimpalan ORIGAMI Objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik yang digunakan adalah lupatan dan guntingan.

ORIGAMI JENIS-JENIS BENTUK ORIGAMI TUMBUHTUMBUHAN , haiwan , permainan , barang perhiasan ALAT DAN MEDIA - Asas origami ialah kertas putih atau kertas berwarna- size 15 cm 1. KERTAS WASHI _ Berkualiti tinggi daripada Jepun _ Buatan tangan dengan teknik yang istimewa _ Corak elegan seperti fabrik broked _ Lebih mengekalkan keindahan model yang telah siap 2. KERTAS KERAJANG _ Dihasilkan dengan menggabungkan kertas lain _ Kadangkala bercorak timbulan dan licin _ Permukaannya berkilau dan berkilat 3. KERTAS SEPASANG _ Gabungan dua kertas yang berlainan untuk kesan menarik _ Spray adhesive untuk melekat pasangan kertas _ Origami dibentuk 4. KERTAS BUNGKUSAN _ Berwarna pada permukaannya dan putih di bahagian belakangnya _ Pelbagai corak, rekaan dan tekstur. Sesuai untuk origami yang berbagai warna.

_ Sering disebut kertas pembungkus hadiah - Penggunaan gunting tidak digalakkan ketika membentuk origami. Adalah perlu untuk mengendalikan gunting dengan baik agar kertas yang digunting dapat menghasilkan kesan guntingan yang baik dan lurus. - Penggunaan pisau kraf lebih sesuai untuk memotong kertas mengikut bentuk yang dikehendaki. MEMBENTUK KERTAS SEGI EMPAT YANG MUDAH DAN CEPAT 1. Lipat dua kertas sehingga membentuk garisan 2. Potong kertas tersebut dengan berhati-hati pada lipatan kertas tersebut dengan menggunakan pisau 3. Lipat pada bahagian sudut kertas untuk membentuk segi tiga 4. Lipat bahagian belakang kertas membentuk segi tiga dan tekan sehingga meninggalkan kesan 5. Potong sepanjang garisan lipatan dan buka segi tiga tersebut 6. Segi empat tepat siap