You are on page 1of 4

REFLEKSI ( ROSLINA BINTI BASHARUDIN)

Pada 12 Januari 2013 yang lalu, pelajar Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011 telah diberi satu tugasan kerja kursus pendek Semester 4 oleh pensyarah bagi mata pelajaran Sains. Kami diberi masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini secara berkumpulan. Dalam masa yang agak singkat itu, kami telah dikehendaki membuat penyiasatan/ ujian adil / eksperimen. Kami telah sepakat untuk membuat tajuk geseran Sebaik sahaja saya mendapat tugasan daripada pensyarah, perasaan yang terdetik di dalam hati saya ialah sama ada saya mampu atau tidak untuk menyiapkan tugasan ini sebelum tibanya tarikh penghantaran. Persoalanpersoalan ini kami abaikan terlebih dahulu. Perkara pertama yang saya lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa supaya tidak berlaku pelanggaran waktu untuk menyiapkan kerja-kerja tugasan yang lain. Saya terpaksa berbuat begitu untuk menghadapi masalah kekangan masa. Saya telah cuba mencari bahan mengenai tajuk yang telah diberi. Saya telah melayari internet untuk mendapatkan bahan-bahan serta yang berkaitan dengan tajuk yang diberi. Semasa mengkaji tajuk ini, saya berasa sangat sedih kerana kami kekurangan sumber. Terutamanya sumber rujukan yang berteraskan buku. Agak sukar untuk mencari maklumat perpustakaan lantaran jumlah buku yang terhad. Saya juga mencari bahan daripada internet. Saya telah berjaya mendapat agak banyak maklumat tambahan namun, kebanyakan daripadanya adalah dalam bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris dan ini menyukarkan saya untuk mentafsirkannya ke dalam Bahasa Melayu. tambahan daripada

Sebagai

seorang

guru

opsyen

Matematik

dan

hanya

mengajar

matapelajaran Matematik bagi pelajar tahap satu di sekolah, saya memang kurang arif mengenai matapelajaran Sains. Pengetahuan hasil pencarian maklumat dan rujukan serta perbincangan bersama rakan dalam menyiapkan tugasan ini amat bermakna. Kumpulan saya telah bersepakat untuk membina kit tentang topik Sifat-Sifat Bahan. Kami bernasib baik kerana salah seorang ahli kumpulan kami merupakan seorang guru sains jadi mudah untuk kami berkongsi ilmu. Bukan mudah menjadi seorang guru. Guru bukan sahaja perlu kreatif malah perlu lebih inovatif serta mampu berfikir secara analitik dalam memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan sempurna. Tugasan yang diberi secara tidak langsung dapat memupuk minat yang tinggi dalam menghasilkan bahan p&p yang pelbagai walaupun memakan masa dan memerlukan pengorbanan dari segi wang ringgit. Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kaedah musyawarah dan rujukan pada rakan-rakan yang berpengalaman didapati menjadi penyelesaian yang amat berguna. Kerjasama dan perpaduan merupakan tunggak kejayaan sesuatu program itu. Bak kata pepatah, Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Kami perlu bersatu-padu dan sentiasa berganding bahu walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Namun, walaupun menghadapi pelbagai masalah, kami telah berjaya untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Ini adalah berkat kerjasama dan muafakat antara semua pihak. Kemahiran membuat keputusan telah dapat dilatih secara tidak langsung. Malah pelbagai pengalaman baru telah dapat diraih dan dapat digunakan dalam menempuh arena perguruan yang semakin mencabar pada masa yang akan datang.

Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus projek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Dalam kesibukan dengan tugasan di sekolah dan rumah kami telah berjaya mengadakan dua sesi perbincangan di Perpustakaan Awam Bertam dan akhirnya kami dapat menyempurnakan tugasan ini. Setelah saya menyiapkan tugasan ini saya menyedari bahawa adalah sangat penting bagi seorang pelajar untuk menguasai kemahiran-kemahiran saintifik. Ini adalah kerana didalam setiap proses pembelajaran perlu melibatkan kemahirankemahiran seperti kemahairan proses sains dan kemahiran manipulatif dalam capaian pembelajaran mereka. Dengan menguasai kemahiran ini dengan baik mereka akan memperolehi hasil penemuan yang sangat baik dan lebih jitu. Daripada penemuan yang jitu itu segala keraguan pelajar terhadap sesuatu perkara di sekeliling mereka akan dapat dileraikan malah boleh mengaplikasikannya kehidupan seharian mereka . dengan baik di dalam

Saya

juga

menyedari

bahawa

nilai-nilai

seperti

belas

kasihan,

kerjasama,saling memahami,bertanggungjawab dan sebagainya dapat ditanam dalam diri pelajar ketika mereka menjalankan proses pembelajaran dengan melibakan kemahiran kemahiran saintifik tersebut. Malahan mereka juga mampu mahir berfikir secara saintifik.

Sebagai seorang guru, saya juga berasa bersyukur dengan adanya kemahiran saintifik ini saya dapat menyampaikan ilmu lebih optimum kepada para pelajar saya. Apa yang saya harapkan agar melalui saya segala kemahiran yang ada di dalam diri murid itu dapat saya kembangkan dengan jayanya.