You are on page 1of 2

REFLEKSI Pada 6 Mac 2013 hingga 7 Mac 2013, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya telah menganjurkan Kejohanan

Olahraga Tahunan (KOT) Sukan antara Divisi kali ke-44 bertempat di padang IPG Kampus Gaya dan di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kejohanan ini disertai oleh para pelajar IPG Kampus Gaya. Sebelum Kejohanan Sukan Antara Divisi ini berjaya dianjurkan, satu pemilihan jawatankuasa telah dilaksanakan bagi melancarkan perjalanan pengurusan dan pengelolaan kejohanan sukan ini. Saya telah diberi tugas sebagai AJK Pengurus Teknik bersama seorang rakan saya, saudara Muhd Rizal Abd Hamid dan diketuai oleh saudara Christopher Peter Yong. Pensyarah pembimbing untuk jawatankuasa AJK Pengurus Teknik ini ialah Encik Raymie A.Bakar. Dalam memastikan tugas kami berjalan lancar, kami sentiasa bertanya kepada pensyarah pembimbing tentang tugas-tugas sebagai pengurus teknik. Kami diberikan taklimat tentang tugas kami terutamanya tentang peralatan-peralatan sukan yang akan digunakan. Setiap taklimat yang diberikan dicatat untuk memudahkan tugas kami. Pada masa yang sama, AJK Pengurus Teknik bekerjasama dengan AJK Peralatan. Antara tugasan awal kami memeriksa setiap yang akan digunakan dalam kejohanan sukan nanti. Pada hari berlangsungnya Kejohanan Sukan Antara Divisi ke-44 IPG Kampus Gaya selama dua hari iaitu 6 Mac 2013 hingga 7 Mac 2013, tugas sebagai pengurus teknik dijalankan dengan baik. Kami sentiasa memastikan setiap peserta yang mengikuti acara mendapat kelengkapan yang sepatutnya contohnya spike shoes dan blok permulaan. Melalui kerjasama yang baik dengan AJK Peralatan, kami berjaya menjalankan tugas kami dengan cemerlang tanpa sebarang masalah. Antara kelebihan yang dapat saya lihat selepas berakhirnya Kejohanan Sukan Antara Divisi ke-44 ini ialah setiap ahli dalam AJK Pengurus Teknik sentiasa bekerjasama sebelum, semasa dan selepas kejohanan sukan. Saudara Christopher Peter Yong sebagai ketua sering merujuk kepada pensyarah pembimbing tentang tugas-tugas pengurus teknik dari semasa ke semasa. Selain itu, AJK Pengurus Teknik juga mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak yang terlibat dalam kejohanan sukan ini. Kelemahan-kelemahan yang timbul pula ialah keadaan peralatan sukan IPG Kampus Gaya yang kurang baik dan terdapat juga yang tidak boleh digunakan. Kami terpaksa

berhubung dengan pihak dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk meminjam segala peralatan yang diperlukan. Cadangan penambahbaikan yang boleh diberikan ialah memastikan setiap peralatan sukan berada dalam keadaan yang selamat untuk digunakan dan mencukupi. Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Encik Raymie A.Bakar dan semua pensyarah yang terlibat. Seterusnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua AJK Pengurus Teknik, saudara Christopher Peter Yong dan saudara Muhd Rizal Abd Hamid atas segala komitmen dan kerjasama selama menjalankan tugas sebagai pengurus teknik. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada semua warga IPG Kampus Gaya yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam penganjuran Kejohanan Sukan Antara Divisi ke-44.

Disediakan oleh, . MOHD.DIN BIN YUSOP, AJK PENGURUS TEKNIK, KEJOHANAN SUKAN ANTARA DIVISI KE-44, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA.