You are on page 1of 4

LAPORAN SEMASA PERMAINAN TRADISIONAL Kami telah melakukan persiapan tempat pada pukul 10.

00 pagi kerana perlu mengikuti Taklimat Praktikum oleh Encik Khairulanuar Bin Ismail pada pagi itu. kerana Ahli Persiapan hanya memakan masa setengah jam sahaja jawatankuasa Persiapan Tempat dan Peralatan iaitu

Muhammad Ropi Bin Juhari@zahari, Nasyirin Fadilah Binti Mohd Yassin, Mohammad Faris Edhwan Bin Zakaria, Nik Noradilla Binti Zakaria, Nur Dalila Binti Mohd Rosli dan Siti Hajar Binti Zainuddin telah membuat persiapan awal sehari sebelum Permainan tradisional berlangsung. Antara gerbang persiapan papan yang tanda telah dilakukan ialah Ke membuat Pekan pintu

beserta

Selamat

Datang

Koboi,

menanda kawasan Permainan tradisional dengan menggunakan tali yang telah ditampal kertas berbentuk segi tiga , memasang score board untuk tujuan pemarkahan setiap permainan, menyediakan tempat perasmian untuk upacara perasmian dan upacara penutupan dengan menyusun kerusi yang diambil dari Dewan Seri Tanjong serta menyediaka n gimik perasmian perasmian. Ahli jawatankuasa bagi setiap permainan juga telah menyediakan tempat permainan masing-masing sehari sebelum kerana bimbang tidak sempat membuat persediaan pada hari Permainan tradisional. Contohnya bagi iaitu menandatangani papan tanda sebagai simbolik

permainan konda-kondi yang memerlukan lubang untuk bermain. Lubang tersebut telah dikorek awal kerana memakan masa yang agak lama. Untuk permainan tuju para dan tarik upih, ajk peralatan telah mencari dan membuat alat kerana permainan tersebut memerlukan alatan yang sukar didapati contohnya upih pinang atau pohon palma dan ibu getah. Ahli jawatankuasa makanan dan minuman juga telah menempah makanan untuk makan tengahari selepas habisnya Karnival Permainan Tradisional manakala Ahli jawatankuasa hadiah telah menyediakan hadiah berupa hamper untuk para pemenang.

Permainan konda kondi Permainan konda kondi telah diuruskan oleh Muhammad Azri Bin Abd Rahman, Nur Dalila Binti Mohd Rosli, Siti Hajar Binti Zainuddin dan Wan Muhammad Hafiz Bin Wan Raghali. Bagi permainan ini, aspek yang diperlu dibaiki ialah peralatan yang digunakan perlulah sesuai dan mengikut spesifikasi sebenar kerana kayu yang dipilih tidak sesuai untuk dimainkan akibat mudah patah. Faktor keselamatan juga perlu dititikberatkan disini kerana serpihan kayu tersebut boleh mencederakan pemain. Peraturan permainan juga tidak dijelaskan dengan sempurna kerana

terdapat kecelaruan keputusan ketika permainan berlangsung. Kumpulan kami di padang B hanya mendapat satu pusingan untuk bermain manakala kumpulan di padang A mendapat tiga peluang untuk bermain dan ini adalah salah satu perkara yang perlu diambil perhatian.

Permainan tuju para. Permainan tuju para diuruskan oleh Megat Lokman Bin Megat Kamaruzzaman, Amira Binti Abd Rahim, Nik Noradilla Binti Zakaria dan Che Mohd jamil Bin Muhamad. Permainan ini seronok dimainkan kerana dapat menguji ketepatan seseorang pemain. Namun ada satu perkara yang perlu diambil kira iaitu tempat untuk pemain membuat percubaan perlu ditetapkan kerana semasa permainan berlangsung, terdapat pemain yang tidak dapat menghasilkan mata akibat ruang yang terhad.

Permainan tuju selipar Permainan tuju selipar merupakan permainan tradisional yang kerap dimainkan oleh kanak-kanak kerana alatan yang digunakan hanyalah selipar yang tersarung di kaki masing-masing. Jadi tiada masalah untuk bermain di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sahaja. Namun ketika permainan berlangsung, pemain tidak dapat mengenal pihak lawan kerana penggunaan bid yang warnanya agak suram dan ada kumpulan yang mempunyai identiti kumpulan yang hampir sama. Selain itu, ruang yang disediakan terhad menyukarkan pemain untuk bebas bergerak dan mengatur

strategi dan terdapat beberapa pemain cuba mencabar peraturan dengan strategi mereka menyebabkan pengadil gagal membuat keputusan pada waktu itu. Seharusnya permainan tradisional perlu dikekalkan peraturan yang sedia ada dan jika diuabah akan menjadi permainan sukanena.

Permainan batu seremban. Permainan batu seremban adalah permainan yang tidak melibatkan tenaga yang berlebihan kerana permainan ini hanya menggunakan teknik yang betul untuk mendapatkan mata. Permainan ini telah diuruskan oleh Mohamad Syafuddin Bin Ali, Mohamad Faris Edhwan Bin Zakaria, Siti Nazirah Binti Mustapar Kamal dan Mutiara a/p Megat. Permainan ini diberikan penerangan yang jelas dan mudah faham

kerana masing-masing sudah ada pengalaman dan ini memudahkan pihak pengurusan menerangkan peraturan. Walau bagaimanapun, alat yang digunakan tidak sesuai kerana batu yang terlalu ringan menyebabkan pemain tidak dapat beraksi dengan semaksimum mungkin. Biasanya batu yang digunakan adalah batu yang lebih berat berbanding batu Kristal yang dipilih oleh pihak pengurusan sebagai alat permainan kerana batu Kristal ringan dan mudah jatuh ketika melakukan timbangan.

Permainan tarik upih Permainan ini menguji tenaga dan strategi pemain kerana tidak semua pemain mempunyai berat yang sama. Dalam setiap kumpulan, pemain perlu memilih pemain yang sesuai untuk menjadi penarik dan pemain untuk ditarik. Permainan ini

diuruskan oleh kumpulan kami iaitu Muhammad Nurul Hafiz Bin Kamarudin, Siti Norsyahirah Binti Kauzi, Nursyahirah Binti Arop dan Muhammad Ropi Bin Juhari@Zahari. Permainan ini perlu menggunakan upih pinang atau pohon palma yang sesuai. Kami telah memilih upih yang sudah tua dan kering menyebabkan mudah patah dan tidak sesuai digunakan untuk bermain. keselamatan telah dititikberatkan kerana pangkal upih Selain itu faktor tajam dan dapat

mencederakan pemain. Kami cuba untuk membalut pangkal upih namun jika dibalut matlamat permainan tradisional tidak akan tercapai kerana upih pada zaman dahulu

dimainkan begitu sahaja. Selain itu, kami dapat mengesan jarak yang kami gunakan tidak sesuai iaitu 20 meter memandangkan kudrat pemain sudah tidak berdaya dan permainan ini adalah permainan terakhir. Faktor cuaca juga menjadi punca pemain keletihan namun kegembiraan dapat dikongsi bersama setelah berjaya

menghabiskan sehingga ke garisan penamat.