You are on page 1of 45

5.0 KONSEP 5.

1 Strategi Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah

kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan.

Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah kaedah yang lain.

5.2 Pendekatan Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bernakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran.dengan perkataan lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata peljaran diajarkan berdasarkan objektifnya.

Menurut Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik. Berdasarkan kepada huraian Edward M. Anthony, dapatlah dirumuskan bahawa: 1) Pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran. 2) Pendekatan adalah aksiomatik, iaitu kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan.

Jika menggunakan cara-cara melaksankan model, prinsip atau teori pembelajaran terhadap sesuatu pelajaran, maka model, prinsip atau teori pembelajaran boleh dijadikan sebagai satu pendekatan dalam pelajaran yang berkenaan.

5.3 Kaedah Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujukkepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah

penyampaian yang tersusun.

Mengikut Edward M. Anthony, kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun

berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Huraian bermakna kaedah-kaedah yang dipilih untuk proses pengajaran dan pembelajaran harus berdasarkan kepada suatu pendekatan berkaitan dengan model, prinsip atau teori pembelajaran. Misalnya di dalam pendekatan daripada spesifik kepada umum, guru boleh menggunakan kaedah inkuiri penemuan yang mengandungi lima prosedur seperti: 1) Prosedur pertama : mengenal pasti masalah 2) Prosedur kedua 3) Prosedur ketiga : merancang penyelesaian : mengumpul maklumat

4) Prosedur keempat : membuat tafsiran 5) Prosedur kelima : membuat kesimpulan

Didalam sesuatu pendekatan,terdapat banyak kaedah mengajar yang boleh digunakan. Oleh itu, selain kaedah inkuiri penemuan,guru juga boleh menggunakan kaedah Socrates, kaedah induktif, kaedah penyiasatan,

kaedah kerja praktis, kaedah dapatan dan sebagainya dalam pendekatan daripada spesifik kepada umum.

5.4 Teknik Di bawah konteks pendidikan,teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Mengikut pandangan Edward M. Anthony(1963),teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat atau strategi atau satu teknik yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum.

Di antara teknik-teknik mengajar yang biasa digunakan oleh guru ialah teknik bercerita,bersyarah, perbincangan, demonstarasi, latih tubi dan hafazan, penyoalan, sosiodrama, mainperanan, simulasi, penyelesaian masalah, sumbangsaran dan permainan.

Kaedah mengajar boleh membentuk teknik mengajar apabila kaedah itu dilaksanakan dengan satu teknik yang sesuai. Misalnya, prosedur kaedah bercerita boleh digunakan sebagai teknik menyampaikan cerita yang berkenaan. Demikian juga bagi prosedur-prosedur kaedah penyoalan, kaedah syarahan dan sebagainya.

Tujuan menggunakan berbagai-bagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untu menarik minat murid,mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Oleh itu, teknik mengajar yang dipilih haruslah berdasarkan kepada umur,kecerdasan,kebolehan dan minat murid. Dalam hal ini, pemilihan bahan

pengajaran yang sesuai hendaklah berkait rapat dengan teknik mengajar. misalnya mengikut ujian Piaget, dalam perkembangan kognitif, kanak-kanak yang berumur 6-11 tahun, teknik mengajar yang sesuai digunakan untuk menyampaikan sesuatu konsep ialah bercerita dan permainan dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit.

Pemilihan teknik yang sesuai juga berhubung rapat dengan aras kemahiran objektif pelajaran. Jadual dibawah menunjukkan penggunaan teknik mengajar mengikut aras kemahiran objektif pelajaran. Aras kemahiran Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Teknik mengajar Latih tubi dan hafazan Syarahan Demonstrasi Penyoalan Perbincangan Sumbangsaran

Jadual 1.0 :Perhubungan aras kemahiran objektif pengajaran dengan teknik mengajar

Teknik mengajar boleh diklasifikasikan kepada kategori-kategori yang menegaskan isi kandungan atau proses. Setengah-setengah teknik mengajar dikendalikan oleh guru dan setengah-setengah pula dikendalikan oleh murid.

6.0 Masalah penguasaan pembelajaran ( kemahiran lisan ) Masalah pembelajaran bahasa boleh dikesan dalam semua bidang kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Selain bidang kemahiran bahasa, masalah pembelajaran boleh juga dilihat dalam pelbagai aspek seperti aspek fofnologi, ejaan, tatabahasa, perbendaharaan kata dan semantik. Sehubungan itu, sebahagian besar daripada masalah pembelajaran ini adalah

dihasilkan oleh pengaruh latar belakang murid, Justeru keanekaan bahasa latar belakang dari pelbagai bangsa , bahasa dan agama serta kebudayaan itu juga merupakan masalah dan cabaran bagi guru yang mengajar. Oleh itu, penguasaan sepenuhnya dari segi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik adalah perlu bagi memastikan seoarang guru itu dapat mencapai objektif pangajaran yang ditetapkan.

6.1 Masalah kemahiran berbahasa lisan 6.1.1 Pengenalan Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang. Contohnya,

perbualan antara ibu dan kanak-kanak yang masih kecil

Affan : Apan, nak minum cucu . Ibu : Affan, bukan cucu la, tapi susu. Tunggu sekejap.

Affan : susu ye. Ibu : Pandai anak ibu ni.

Pengulangan beserta peneguhan serta merta dapat membantu kanakkanak menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih mudah.

6.1.2 Kemahiran mendengar Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan

mendiskriminasikan fisiologi serta

bunyi-bunyi

bergantung

kepada

factor-faktor mana kadar Secara

neurologi dan

pendengaran

setakat

pendengarannya

pengamatan

pendengarannya.

ringkasnya, seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar sekiranya jika ia boleh : 1. Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa 2. Mendiskrisminasikan unit-unit bahasa 3. Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan 4. Memahami ayat serta lain-lain elemen lingiuistik bahasa. 5. Mendengar secara kritikal 6. Auding 7. Mengikut arahan 8. Memahami urutan atau sekuan 9. Mengingat kembali 10. Menentukan idea utama 11. Membuat inferen dan penyeluruan atau kesimpulan

6.1.3 Kemahiran bertutur Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator), ia merupakan kemahiran

berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia ( Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di

sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya

sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanakkanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.

6.1.4 Aspek-aspek pertuturan Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan sembilan aspek pertuturan seperti berikut: 1. Sebutan 2. Tekanan 3. Mora ( panjang pendek ) 4. Jeda ( persendirian ) 5. Nada 6. Tatabahasa 7. Kelancaran 8. Kefasihan 9. Laras bahasa

6.1.5 Kepentingan lisan Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan menulis.

Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka suda biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasiakn lambang-lambang pertuturan.

Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan ini lazimnya akan mudah melahirakan perasaan dan mengelurakan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu, mereka akan lebih berani, dan mempunyai

keyakinan diri yang tinggi untuk bergaul dengan kanak-kanak yang lain.

Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa melibatkan dengan kognitif atau pemikiran. dengan Pemikiran ini demikian jika

lambang-lambang

tertentu,

seseoarang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya dia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.

Bahasa melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik.

Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh.

6.1.6 Jenis masalah pembelajaran dalam kemahiran lisan Terdapat beberapa masalah yang seringkali terjadi kepada pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran lisan iaitu: 1. Tidak dapat mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa 2. Tidak dapat mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain linguistik bahasa 3. Tidak dapat memahami konsep dan maksud perkataan dan ayat 4. Tidak dapat melakukan auding yang merangkumi aspekaspek pengamatan pendengaran 5. Tidak dapat mendengar secara kritikal

6.1.7 Cara mengatasi

6.1.7.1

Strategi

Strategi yang dapat diaplikasi bagi mengatasi masalah ini ialah strategi berpusatkan bahan. Di bawah strategi pemusatan bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, pengajar boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan, manakala pelajar pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna. Misalnnya dalam konteks pelajar pemulihan, mereka yang tidak dapat mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa, guru boleh menyediakan bahan seperti audio-visual yang, dan perakam pita. Dan apabila bahan tersebut dimainkan guru boleh meminta pelajar untuk mengenalpasti bunyi tersebut. Contohnya, bunyi keratapi, burung, ayam berkokok dan sebagainya. Hal ini dapat menghububgkan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu pelajar memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.

6.1.7.2

Teknik

Semasa menyampaikan pengajaran lisan di dalam kelas, guru harus bijak memilih teknik pengajaran lisan yang hendak digunakan dalam pengajaran tersebut. Teknik pengajaran lisan yang dipilih haruslah menepati objektif pengajaran dan juga bersesuaian dengan umur, minat, dan kebolehan murid. Objektif teknik pengajaran lisan adalah untuk membolehkan murid-murid memperoleh kemahiran lisan dengan mudah dan berkesan. Teknik pengajaran lisan bukan sahaja dijalankan dalam melalui aktiviti pelajar sahaja tetapi boleh dijalankan juga dengan menggunakan bahan bantu mengajar seperti televisyen, radio, tayangan video , dan sebagainya. Antara teknik pengajaran

lisan tersebut adalah bercerita, berbual, menyanyi, berlakon, main peranan, boneka, sumbang saran, dan perbincangan. Bagi guru yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas, semua aktiviti pengajaran mereka. lisan hendaklah ada disesuaikan kanak-kanak dengan yang

keupayaan

Misalnya

menghadapi masalah pertuturan, tidak mahu bercakap, masalah emosi, dan tidak dapat memberi tumpuan kepada tugasan yang diberi.

1. Teknik becerita Teknik bercerita sangat digemari oleh kanak-kanak dan memainkan peranan yang penting dalam pengajaran lisan. Dalam pengajaran bahasa secara umumnya, teknik bercerita bermaksud guru menyampaikan pengajarannya melalui aktiviti bercerita, iaitu guru akan bercerita kepada murid-muridnya dan seterusnya disusuli dengan aktivitiaktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti soal jawab, murid menceritakan semula cerita tersebut dan

sebagainya. Dalam konteks pengajaran lisan, teknik bercerita lebih tertumpu kepada murid itu sendiri, iaitu mereka akan bercerita secara lisan sama ada tentang pengalaman, harapan, tentang sesuatu cerita yang didengar atau dibaca, dan sebagainya.

Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, guru hendaklah membantu mereka melalui soalan-soalan atau gambargambar seperti gambar tunggal atau gambar bersiri. Semasa murid bercerita, guru hendaklah memberi perhatian tentang sebutan, bahasa, gaya pertuturan, dan kelancaran.

2. Teknik perbualan

Aktiviti perbualan kebiasaannya dilakukan berdasarkan sesuatu tajuk. Teknik perbualan bertujuan melatih murid berkomunikasi secara sosial seperti berbual melalui telefon. Perbualan hendaklah berkisar tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka setiap hari. Muridmurid boleh diminta bercakap tentang ibu atau bapa, kawan, hobi, permainan, dan sebagainya. Perbualan boleh berlangsung antara guru dengan murid atau sesama murid. Tajuk yang guru tetapkan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid supaya mereka dapat berbual tentang tajuk itu.

3. Teknik menyanyi Sifat semula jadi kanak-kanak sangat suka mendengar nyanyian dan juga menyanyi. Bagi kanak-kanak,

menyanyi dianggap sebagai satu bentuk aktiviti yang merehatkan dan menyeronokkan. Guru menggunakan teknik menyanyi ini untuk menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru perlulah bijak memilih lagu yang hendak dinyanyikan oleh muridmurid iaitu lagu yang betul tatabahasa, dan

perbendaharaan katanya. Selain itu guru boleh memilih rentak lagu yang diminati oleh murid-murid dan mencipta lirik baru dengan memasukkan perkataan-perkataan yang perlu murid kuasai sebutannya.

4. Teknik lakonan Teknik lakonan amat baik untuk mengajar dan melatih bahasa lisan kanak-kanak. Melalui lakonan kanak-kanak dilatih melakonkan watak-watak tertentu dengan

menggunakan skrip pendek dan ringkas. Teknik ini dapat melatih sebutan, intonasi, dan kelancaran pertuturan

kanak-kanak disamping melatih menggunakan pelbagai jenis ayat seperti ayat penyata,ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah.

5. Teknik boneka Teknik Boneka dikenali juga sebagai teknik patung atau puppet. Teknik ini adalah antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana pergerakan boneka dan dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan menghiburkan. Ada kanak-kanak berkeperluan khas yang pendiam tetapi akhirnya mahu bercakap setelah gurunya menggunakan boneka untuk bercakap dengannya dan dia juga menggunakan boneka untuk menjawab soalan guru tadi. Guru boleh menyediakan berbagai-bagai jenis boneka seperti boneka kayu, boneka sarung tangan, boneka tali, boneka piring dan sebagainya. Namun, boneka yang dibuat oleh murid sendiri adalah lebih bermakna kepada mereka. Bagi mencapai objektif pengajaran lisan, guru hendaklah memberi peluang muridnya bercakap atau berlakon dengan menggunakan boneka sesama mereka.

6. Teknik main peranan Dalam teknik main peranan, murid melakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita atau situasi yang ditetapkan. Murid perlu faham akan peranan watak itu dan menghayatinya lalu melakonkan aksi dan

percakapan watak itu. Contoh situasi yang diberi boleh seperti berikut:

Seorang murid telah terjumpa syiling dua puluh sen. Dia pergi berjumpa gurunya dan menyerahkan syiing itu kepada gurunya sambil memberitahu di mana dia menjumpai syiling itu. Guru memuji sikapnya yang amanah itu.

7. Teknik berbincang Dalam pengajaran bahasa, teknik berbincang sering digunakan untuk mendapatkan isi dan menyusun isi tersebut bagi sesebuah karangan. Guru boleh

menjalankan teknik perbincangan ini melalui dua cara, iaitu, (1) perbincangan berlaku antara guru dengan murid-murid, dan (2) perbincangan berlaku antara murid dengan murid sama ada secara kelas atau dalam kumpulan kecil. Semasa perbincangan, isi-isi penting dicatat di papan tulis dan kemudian disusun berdasarkan kehendak tajuk perbincangan. Bagi mengajar kemahiran lisan, guru menggalakkan murid bercakap untuk memberi pendapat dengan ayat dan tatabahasa yang betul.

8. Teknik perbahasan Teknik ini sering digunakan oleh guru bahasa untuk melatih murid-murid kemahiran bertutur khusus di

hadapan penonton yang ramai. Melalui teknik ini murid diminta berbahas tentang satu tajuk atau isu yang diberi. Teknik ini amat berkesan untukmembentuk keyakinan diri yang tinggi di kalangan murid sekolah. Bagi murid berkeperluan khas, guru boleh mengubah suai teknik perbahasan ini dalam bentuk yang lebih mudah dilakukan mengikut keupayaan murid. Teknik-teknik pengajaran lisan di atas boleh digunakan untuk mengajar kanakkanak masalah pembelajaran menguasai kemahiran

lisan. Guru hendaklan merancang terlebih dahulu aktiviti lisan yang hendak dilaksanakan dan aktiviti yang dijalankan hendaklah berfokus kepada penglibatan murid secara optimum. Sebagai contoh, sekiranya guru memilih untuk menggunakan teknik bercerita dalam

pengajarannnya, maka ia hendaklah merancang aktiviti yang memberi peluang murid-muridnya menceritakan pengalaman atau minat mereka, bercerita tentang gambar besiri atau gambar tunggal, tentang ibu bapa mereka dan sebagainya. Aktiviti sebeginilah yang dapat membantu murid menguasai kemahiran lisan mereka dengan lebih baik.

6.1.7.3

Pendekatan

Pendekatan mencerminkan satu falsafah, pandangan, pegangan, atau pendirian bagi melihat, memahami, dan mendekati sesuatu perkara. Dalam bidang pedagogi bahasa, pendekatan bersifat abstrak, dan falsafah yang berkaitan dengan pendekatan itu bersifat teoritis. Kekuatan sesuatu pendekatan itu hanya dapat dinilai setelah dilaksanakan, misalnya di dalam bilik darjah (Abd. Aziz Talib, 2000).

Berkaitan dengan pengajaran bahasa, Kamarudin Hj.Husin (1988) memberikan empat jenis pendekatan iaitu: 1. pendekatan induktif 2. pendekatan deduktif 3. pendekatan eklektik, dan 4. pendekatan komunikatif

Pendekatan Induktif Berdasarkan pendekatan induktif, pengajaran dimulakan secara melihat contoh-contoh unsur bahasa yang diajar. Melalui contoh-

contoh yang diberi itu akan membantu pelajar membuat kesimpulan atau keputusan tentang aspek bahasa yang diajar. Guru hanya membantu murid melalui soalan-soalan, berbincang, memerhati, memberi contoh-contoh dan sebagainya, dan akhir sekali memberi peluang kepada murid membuat kesimpulan sendiri berdasarkan pemahamannya.

Pendekatan Deduktif Pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif, iaitu dalam pendekatan ini pengajaran dibuat dengan memberi kesimpulan atau generalisasi terlebih dahulu di awal pengajaran dan kemudian barulah dikemukakan contoh-contoh yang sesuai

selepasnya. Ternyata kedua-dua pendekatan deduktif dan induktif mempunyai perbezaan dari beberapa segi. Koh Boh Boon (1990) menjelaskan perbezaan tersebut seperti berikut:

Contoh Generalisasi: Sebagai pendorong dan pengarah dalam pencarian jawapan Sebagai pencari jawapan yang aktif

Pendekatan Eklektik Pendekatan eklektik adalah gabugan kedua-dua pendekatan induktif dan pendekatan deduktif bagi membentuk satu strategi pengajaran. Model pendekatan eklektik bergantung kepada pendekatan mana yang diberi penekanan . Model-model di bawah akan membantu anda memahami penggunaan pendekatan eklektik.

a) Penekanan kepada pendekatan induktif: Contoh/fakta Kesimpulan Contoh

b) Penekanan kepada pendekatan deduktif: Kesimpulan Contoh generalisasi

Pendekatan Komunikatif Anda tentu masih ingat tentang teori pemerolehan bahasa interaksional yang meniktikberatkan proses interaksi dalam proses pemerolehan bahasa. Begitu juga dengan pendekatan komunikatif yang menyarankan murid-murid diberi peluang menggunakan bahasa dalam konteks dan situasi tertentu. Murid dilatih menggunakan bahasa dengan peraturan-peraturan yang betul termasuk juga kemahiran menggunakan bahasa mengikut konteks dan situasi.

6.1.7.4

Aktiviti

Seperti yang kita sedia ketahui bahawa pemulihan terbahagi kepada dua iaitu pemulihan khas dan pemulihann biasa. Bagi kedua-dua pemulihan ini adalah berbeza dari segi akAntara aktiviti yangboleh dilakukan bagi mengatasi masalah

pembelajaran di kelas pemulihan seperti: a) Memperdengar bunyi-bunyinbukan bahasa seperti

binatang dan meminta mereka meneka bunyi tersebut. b) Menyuruh mereka menutup mata dan menyatakan dari mana arah bunyi misalnya bunyi meja diketuk

7.0

Masalah penguasaan pembelajaran ( kemahiran membaca ) 7.1 Definisi membaca

Frak Smith ( 1971 ) : membaca adalah satu operasi psycholinousitic. Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima. Atan long (1976 ) : membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada baan bertulis itu. Abu Basar ( 1981 ) : membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya.

7.2 Proses bacaan 1. Bacaan sebagai proses sensori ( KEDERIAAN ) Penglihatan Pendengaran : mengenal dan memahami lambang-lambang : pendengaran yang jelas

2. Membaca sebagai proses pengamatan ( PERSEPTUAL ) Diskriminasi mengasingkan. Latar belakang : mengenal objek, bentuk, corak yang bertindih. Ingatan Turutan Sistesis : mengingat kembali apa yang dilihat dan didengar. : memahami turutan,giliran dan sekuan. : membuat kesimpulan. : mengecam, mencari dan membezakan serta

3. Membaca sebagi proses bahasa (LINGUISTIK ) Seni bahasa : mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

4. Membaca sebagau proses mental ( KOGNITIF )

Daya fikir disemua peringkat : kefahaman

7.3 Kesediaan membaca Kesedian membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahirankemahiran yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang komplek iaitu membaca. Ini adalah satu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan. Ia juga adalah satu proses yang berterusan yang perlu diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu.

7.3.1 Faktor- faktor yang mempengarui kesediaan membaca a) Kematangan Kematangan ialah salah satu daripada factor kesedian

pembelajaran. Kematangan boleh merupakan kematangan fizikal, intelek, social dan emosi. Kesemua sifat-sifat ini memang sedia ada di dalam diri setiap pelajar. Ia merupakan factor-faktor asas yang mempengaruhi proses pembelajarannya.

b) Pengalaman Kesedian murid untuk belajar bukan sahaja bergantung kepada kematangan, tetapi juga jenis pengalaman pendidikan.

Pengalaman yang disusun rapi dapat menolong kanak-kanak mempunyai kesediaan yang teratur dalam mata pelajaran tertentu.

c) Persekitaran Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalamanpengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaa sejak lahir

sentiasa meliat orang sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebayanya yang tidak mendapat peluang yang sama.

d) Keadaan fizikal Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan yang sempurna.

e) Emosi, motivasi dan sahsiah Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak.

f) Kecerdasan Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kank sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanakkanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

7.4 Jenis masalah pembelajaran dalam kemahiran membaca Terdapat pelbagai jenis maslah dalam kemahiran membaca dalam kalangan pelajar di sekolah, antaranya ialah : a) Membuang/meninggalkan (omission) Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah disebut uah, kering disebut

kerin. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti; Buku itu sangat tebal. dibaca sebagai Buku itu tebal. Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti mengandungi disebut mengandung dan sebagainya.

b ) Membuang/meninggalkan (omission)

Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah disebut uah, kering disebut kerin. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti; Baju itu sangat tebal. dibaca sebagai Baju itu tebal. Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti

mengandungi disebut mengandung dan sebagainya.

c) Gantian (substitute)

Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ladang disebut lalang. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat.

d) Tambahan (insertion)

Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya buah disebut buwah. Manakala penambahan perkataan berlaku seperti berikut;

Saya suka makan rojak. dibaca sebagai Saya sangat suka makan rojak.

e) Pembalikan (reversals)

Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang. Contoh ; Bala disebut laba, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya, contoh: Dia makan nasi dibaca sebagai Dia nasi makan, dan begitu juga dengan pembalikan frasa.

f) Tidak kenal huruf

Masalah

tidak

kenal

huruf

merupakan

punca

utama

kebanyakan kanak- kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak- kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna

g) Salah sebutan

Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.

7.5 Cara mengatasi

7.5.1 Strategi Strategi ysng digunakan dalam mengatasi masalah pembelajaran berpusatkan murid. Di bawah strategi ini pemusatan pelajar, pelajar memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, pelajar-pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, pengajar merupakan seorang pemimpoin yang membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan atau secar individu. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran pelajar. Dalam konteks pemulihan ini, guru menjadi pembimbing kepada pelajar untuk melakukan kerja yang disuruh dan diminta. Contohnya guru meminta pelajar untuk membaca teks yang disuruh dan melakonkan perkara yang dibaca di hadapan kelas, hal ini secara tidak langsung melibatkan penglibatan mereka secara aktif. Pelajar

pemulihan di bawah ini pelajar menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif. Selain itu, penyampaian pelajar juga ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya pelajar-pelajar memahami faktafakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan.

Disamping itu, strategi berpusatkan bahan juga merupakan strategi yang dominan dan sering digunakan dalam mengatasi murid yang bermasalah pembelajaran dalam aspek kemahiran membaca. Strategi ini mementingkan aktiviti pengajarn dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar. Dengan adanya bahanbahan pelajaran, ilmu pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi konkrit. Misalnya, untuk pengajaran kemahiran bahasa membaca ini, guru lazimnya mengedarkan lembaran pengurusan grafik (LPG) contohnya pelajar yang bermasalah untuk membaca suku kata kv+kv dengan adanya LPG yang menarik dan berwarna warni sekaligus memudahkan mereka untuk menguasai kemahiran mengeja suku kata itu dengan lebih mudah. Warna memainkan peranan dalam mengawal pusat kognitif , disebabkan itu peta minda yang berkaitatn

nota pelajaran akan di warna warni kan untuk memudahkan individu mengingat dan menghafal. Begitu juga situasinya dengan murid pemulihan ini.

7.5.2 Kaedah

1. Kaedah Abjad/huruf

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini

digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.

Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataanperkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca.

2. Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan

Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.

Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulangulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf r iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]

3. Kaedah Fonik/bunyi

Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.

Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi hurufhuruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].

[ b ] + [ a ] = [ ba ] [ t ] + [ a ] = [ ta ] [ ba ] + [ta ] = [ bata ]

4. Kaedah gabungan bunyi kata

Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensory).

Contoh;

a) Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut. b) Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf. c) Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf. d) Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf. e) Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang

didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf. f) Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf (terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar). g) Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu

Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan latih/tubi berikut;

a) Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan). b) Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja).

Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.

7.5.3 Teknik

1. Skimming dan scanning Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Ideaidea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca. Contohnya, dalam kelas pemulihan khas guru mengedarkan satu teks ringkas beserta gambar berkaitan keluarga saya, dan meminta murid menyatakan apa yang mereka faham tentang teks berkenaan

Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.

Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan

berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.

2. KLWH Teknik ini sesuai bagi mengaktifkan pengetahuan lalu pelajar . Oleh itu model membaca ini berfungsi untuk menjana pemikiran yang aktif ketika membaca. Secara khususnya KLWH adalah singkatan bagi K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca), W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca), L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) dan H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya). Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca perlu mengingat dahulau apa yang telah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembacaan berdasarkan bahan yang telah dipilih, mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh, sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya.Teknik pembacaan akan

membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan

3. SQ3R SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan sesorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R merupakan singkatan bagi survey atau tinjau.

Survey atau tinjau ialah langkah membaca untuk mendapatakn gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca

perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Q untuk question atau soal serta Tanya ialah langkah yang memerlukna pelajara menyenarai satu siri soalan teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan

tugasanya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca berhubung maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Seterusnya ialah R untuk read atau baca. Read adalah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikan sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya. R yang seterusnya adalah recite atau imbas kembali. Imbas kembali ialah peringkat ketiga. Setelah selesai, membaca pelajar akan cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba memnjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang dibaca. Akhir sekali R mewakili review atau baca semula. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga akan memastikan tiada fakta penting yang tertinggal dalam peringkat akhir ini.

7.5.4 Aktiviti 1. Ujian Bacaan Nyaring Terdapat berbagai-bagai jenis ujian bacaan yang boleh dilaksanakan guru kepada murid-muridnya. Namun begitu ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk mengesan kesukaran-kesukaran secara khusus dalam bacaan secara diagnostik. Berdasarkan kajiankajian lepas, Abdul Aziz Talib (1989) telah menyenaraikan kesukarankesukaran dalam kawasan-kawasan yang perlu ditubuhkan dalam sesebuah ujian bacaan: 1. Peringkat huruf (abjad) a) Huruf kecil (a-z) i. ii. iii. b) c) d) Mengenala bentuk huruf Mengenal nama hufur Mengenal bentuk huruf

Huruf besar (A-Z Memadan huruf besar-huruf kecil Diskriminasi penglihatan

i. huruf-huruf yang berdekatan bentuk ii. huruf besar dalam perkataan iii. huruf-huruf kecil dalam perkataan

e) Diskriminasi pendengaran f) Pembalikan huruf (reversals)

i. huruf besar ii. huruf kecil

2. Peringkat Perkataan

a) Membatang suku kata terbuka b) Membatang suku kata tertutup c) Membatang suku kata yang mempunyai gugusan konsonan

3. Peringkat Perkataan

a) Pembalikan perkataan b) Membezakan bunyi fonem /e/ dan /a/ dalam perkataan c) Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata terbuka dalam perkataan c) Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata tertutup dalam perkataan d) Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata yang mengandungi gugusan konsonan dalam perkataan f) Kekeliruan antara ejaan dan sistem bunyi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam perkataan g) Menyebut perkataan dasar dan perkataan berimbuhan

4. Peringkat Frasa

a) Membaca frasa-frasa sebagai satu unit makna/pemikiran.

5. Peringkat Ayat

a) Membaca ayat-ayat pendek b) membaca ayat-ayat panjang

Daerah-daerah kesukaran yang disenaraikan di atas hendaklah diuji melalui item-item soalan yang dibina oleh guru yang dibina secara berasingan. Guru boleh menggunakan kad-kad ujian bagi setiap daerah kesukaran yang hendak diuji dan tidak perlu dijalankan serentak bagi kesemua tajuk.

Dalam ujian bacaan nyaring, murid diminta membaca petikan dengan kuat dan guru merekod kesalahan kesalahan yang dilakukan murid. Abdul Aziz Talib (1989) menyenaraikan jenis kesilapan yang perlu direkod seperti berikut: a) Membuang/meninggalkan (omission) bunyi

huruf/perkataan /imbuhan yang ditinggalkan b) Ulangan (repetition) mengulang-ulang

perkataan/suku kata. c) Gantian (substitute) bunyi huruf/perkataan

diubahgantikan d) Tambahan (insertion) bunyi

huruf/imbuhan/perkataan ditambah e) Pembalikan (reversals) huruf/perkataan/frasa

dibaca secara terbalik/songsang.

Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu merekodkan masalah-

masalah atau tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca, iaitu: a) b) membatang suku kata terlebih dahulu bacaan perkataan c) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan d) membaca terlampau lambat atau merangkakrangkak e) tidak boleh membaca langsung. tersekat-sekat iaitu perkataan demi

Maklumat lain yang perlu direkodkan guru adalah sekiranya murid mempunyai kecacatan yang boleh menjejas bacaannya seperti gagap, sengau, pelat, telor, masalah penglihatan, dan masalah pendengaran.

8.0 Masalah Penguasaan Pembelajaran ( Kemahiran menulis ) 8.1 Definisi Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirakan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.

8.2 Peranan tulisan Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseoarang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea,fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap. Untuk membolehkan kanak-kanak menyususn huruf-huruf menjadi sukukata,

perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.

Untuk menyediakan, meneymai, mengasah serta mengukuhakan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini.

Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak dan lain-lain bentuk prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran serta perasaan yang bukan sahaja untuk diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga untuk seluruh insane umumnya.

8.3 Peringkat-peringkat perkembangan tulisan 1. Pra tulisan Pratulisan merupakan satu peingkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri kearah melahirkan lambang-lamabang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat contengan oini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot-otot, tangan, jari serta koordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitik beratkan perkara seperti pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan tersebut. Selain itu, dengan melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, mengayam, menampal, mengguli tepung

dan lain-lain. Kanak-kanak juga perlu untuk menguasai gerak tangan bebas, cara memengang alat tulis, cara duduk dan sebaginya supaya boleh ,menulis dengan sempurna dan selesa. Disamping itu, melakukan aktiviti pergerakan mata kiri ke kanan, dari atas ke bawah juga merupakan latihan bagi peringkat pratulisan ini.

2. Tulisan mekanis Setalah kanak-kanak melalui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa. Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang wajar didedahkan kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanismurid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garusan yang lebar/ luas membawa kepada lembaran bergaris kecil dan sempit. Dengan wujudnya latihan tulisan mekanis murid-murid diharapakn dapat kemahiran mengawal dan memegang pensel, meneliti, mengenal bentuk-bentuk huruf mengikut urutan serta mendapatkan kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

3. Tulisan kreatif Peribgkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk membina ayat, mengarang cerita, mengarang pantun, sajak, teka-teki dan lain-lain.

8.4 Pengenalan masalah pemulihan menulis

Hammil dan Mc Nut (1981) melaporkan bahawa kemahiran menulis mempunyai kaitan rapat dengan bacaan. Kemahiran ini termasuklah kecekapan dalam menulis mekanis, mengeja, tanda baca, huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna. Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran mempunyai masalah menulis. Mercer (1985) yangbersetujuh dengan pendapat Hidreth (1947) menyatakan bahawa punc utama ialah masalah psikomotor, masalah emosi, kegagalan pengamatan terhadap huruf dan perkataan serta daya ingatan yang lemah. Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat, arah tulisan yang tidk betul,terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget, terlalu menekan ketika menulis dan tulisan yang berlapis-lapis.

8.4 Cara Mengatasi 8.4.1 Strategi Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah rendah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis). Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul dan berbentuk huruf senget, guru hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai panduan untuk murid menulis. Jika menulis terlalu besar atau terlalu kecil, guru hendaklah berulang kali mengajar konsep saiz dengan menunjukkan fungsi setiap garisan diatas kertas. Contohnya, Huruf c hendaklah ditulis di dlam garisan, lihat contoh berikut

Ada juga murid yang tidak dapat menulis dengan sekata (uniform). Bagi masalah ini, guru hendaklah membimbing pergerakan tangan murid

berkenaan. Perhatikan cara dia memegang pensel dan kedudukan tangannya di atas meja ketika dia menulis untukmemastikan pergerakan yang betul. Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam tulisan mekanis ialah tulisan yang terlalu sesak atau terlalu jarang. Untuk mengatasi masalah ini cuba latih tubi murid menulis huruf mengikut jarak hujung jari atau diukur dengan jarak sebatang pensel. Selain daripada di atas, guru boleh menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti sendiri untuk membantu murid menulis dengan betul dan sempurna. Aktiviti menulis ini juga boleh digabungkan dengan permainan untuk menghindari kebosanan murid jika guru terlalu kerap menggunakan teknik latih tubi. Guru juga boleh mengadakan muzik latar yang sesuai untuk menarik minat murid ketika menulis.

8.4.2 Teknik

Teknik latih tubi sesuai digunakan dalam pemulihan kemahiran menulis ini kerana ia sering kali digunakan untuk tujuan mencapai matlamat

pembelajaran yang kekal. Pengulangan pengalam memang dapat memberi kesan yang kuat terhadap ingatan mental kanak-kanak. Sifat lupa dapat dihapuskan dengan cara . latihan menjadikan tepat ( latihan dapat membina kesempurnaan). Dalam situasi pengajaran pemulihan kemahiran menulis ini Contohnya guru memberi pelajar yang menulis dan meniru perkataan yang ditulis misalnya Alia makan nasi seterusnya pelajar diminta meniru apa yang ditulis guru.

8.4.5 Kaedah Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Perihal menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan

dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur empat tahun setengah. Latihan permulaan untuk kanakkanak kecil ini haruslah menggunakan pensil,atau krayon. Langkah-langkah untuk mengajar mernegang pensil, atau krayon adalah seperti berikut: 1. Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan sahaja. 2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk. 3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa. 4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini. 5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul."

8.4.6 Aktiviti Pada masa ini, rancangan pemulihan yang sedang dijalankan di sekolah ditumpukan di sekolah rendah. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid lain diasingkan, dan seorang guru pemulihan ditugaskan untuk mengajar murid-murid ini. Beberapa waktu pelajaran telah

diasingkan untuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini. Kelas pemulihan ini biasanya diberi nama kelas lembam (yang kebetulannya membawa berbagai-bagai makna negatif). Guru pemulihan yang ditugaskan akan membuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang murid, supaya pengajaran benar-benar sesuai untuk murid tersebut. Peperiksaan penilaian darjah tiga di sekolah rendah pula ialah bertujuan mengesan kelemahan murid untuk dibetulkan, atau diberi pemulihan dalam darjah empat. Setakat mana perkara ini dilaksanakan terpulanglah kepada kemampuan dan kesanggupan guru-guru darjah empat. Selaras dengan keperluan kurikulum di sekolah rendah yang mementingkan kebolehan membaca, menulis dan mengira, berikut dikemukakan cara-cara pelaksanaan rancangan pemulihan dalam 3M. Sebelum sesuatu rancangan pemulihan dapat dijalankan, langkah yang pertama sekali ialah untuk mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Langkah ini diberi nama saringan. Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja, sama ada bidang membaca, menulis atau mengira. Diagosis ini akan memberi petunjuk kepada guru mengenai langkahlangkah khusus dalam pengajarannnya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut. 1. Saringan dan diagnosis. Beberapa cara dapat digunakan untuk membuat tindakan saringan dan diagnosis untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca. Caracara ini adalah seperti berikut : a) memerhatikan murid yang sedang membaca. b) menilai jawapan mereka dari soal selidik guru. c) menggunakan buku bacaan yang telah dikelaskan. d) mengkaji pergerakan mata murid ketika membaca. e) memberi ujian tara. f) memberi ujian yang direka oleh guru. g) memilih murid untuk pengajaran pemulihan (atau tambahan).

Sebagai panduan, biasanya lebih daripada satu cara digunakan untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca. Memerhatikan murid yang sedang membaca. Cara-cara mengesan murid yang mempunyai masalah membaca ialah dengan memerhatikan murid yang membuat perkara berikut : a) Membaca sesuatu muka surat terlalu lama, iaitu murid tersebut tidak menukar muka surat yang dibaca dengan kadar sepatutnya. b) Menggerakkan bibir ketika membaca yang sepatutnya tidak perlu. c) Menggunakan jari atau pensil sebagai petunjuk ketika membaca sesuatu barisan. d) Menggerakkan kepala (dan bukan mata) ketika membaca. e) Tidak duduk senang, selalu bergerak-gerak dan melihat keluar ketika membaca.

Perbuatan atau tabiat diatas mungkin menunjukkan bahawa bahan bacaan yang sedang dibaca oleh murid tidak sesuai, atau tidak diminatinya. Walaupun demikian, perkara-perkara seperti diatas haruslah dikaji dengan teliti oleh guru untuk menetukan perkaitan diantara tabiat tersebut dengan sesuatu kelemahan membaca.

Menilai jawapan dari soal selidik mengenai tabiat membaca. Guru boleh menyediakan dan memberikan soal selidik mengenai tabiat membaca kepada murid. Jawapan-jawapan dari soal selidik ini dapat digunakan oleh guru untuk mengesan sesuatu masalah khusus dengan lebih lanjut. Tujuan dan matlamat sesuatu rancangan membaca ialah agar murid mempunyai tabiat membaca, dan terus membaca serta ia akan dapat kepuasan dari membaca. Berikut diturunkan satu contoh soal selidik yang dapat digunakan oleh guru.

Nama murid : . Tarikh : .. a) Apa yang anda buat jika anda tidak berada di sekolah? b) Adakah anda suka membaca majalah dan buku? c) Apakah jenis buku yang anda suka baca? i. ii. iii. iv. v. Riwayat hidup Pengembaraan Cerita binatang Dongeng Berita

d) Namakan buku-buku yang telah anda baca pada tahun lalu dan tandakan buku yang anda suka. e) Dari manakah anda dapat buku untuk dibaca? f) Majalah apakah yang selalu anda baca? Mengapa? g) Kerja sekolah jenis apa yang anda suka? h) Apakah cita-cita anda apabila dewasa?

Menggunakan

buku

yang

telah

dikelaskan

Jika ada buku yang telah dikelaskan mengikut darjah, maka murid yang disyaki mempunyai kelemahan membaca boleh disuruh

membaca buku tersebut. Kemudian kefahaman murid boleh diuji dengan memberinya soalan-soalan berkaitan dengan perkara yang telah dibacanya. Cara ini harus dapat dibuat untuk beberapa peringkat, atau kelas bahan bacaan hinggakan murid tersebut benar-benar dapat membaca pantas dan faham bahan bacaan yang dibacanya. Biasanya, berbagai-bagai jenis bahan bacaan dikemukakan kepada murid tersebut, kerana bahan sains mungkin menimbulkan kerumitan, manakala bahan sejarah mungkin didapati lebih senang.

Mengkaji Pakar-pakar

pergerakan telah

mata mengkaji

ketika

murid

membaca. mata ketika

psikologi

pergerakan

membaca. Dari kajian mereka, beberapa maklumat telah diperolehi. Antaranya adalah seperti berikut : a. Ketika proses membaca, mata pembaca bergerak dalam satu siri lompatan di satu barisan tulisan. b. Pembaca yang pantas akan membuat perhentian dan pematahan balik yang sedikit ketika membaca jika dibandingkan dengan pembaca yang lambat. Contohnya seorang murid darjah dua di Amerika Syarikat didapati telah membuat 200 perhentian (lompatan) untuk membaca 100 perkataan (20 perhentian untuk 10 perkataan), manakala seorang murid berkebolehan biasa di Gred 8 di Amerika Syarikat ( tingkatan 2 di Malaysia) membuat 93 perhentian untuk membaca jumlah perkataan yang sama. Dari kiraan ini, murid darjah dua tadi membuat 50 pematahan balik untuk 100 perkataan (5 pematahan balik untuk 10 perkataan), manakala murid tingkatan dua membuat 17 pematahan balik untuk 100 perkataan seperti yang digambarkan dalam rajah berikut :

Pergerakan mata ketika membaca untuk murid darjah dua. 10 perkataan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 llllllllll = 10 perhentian = 15 pematahan balik

= 10 perhentian llllllllll jumlah : 20 perhentian 5 pematahan balik

Pergerakan mata ketika membaca seperti ini adalah petunjuk semata-mata untuk beberapa proses yang berlaku dalam otak ketika membaca. Untuk pengajaran pemulihan dalam bidang membaca, tidaklah betul jika matlamat pengajaran pemulihan ialah untuk melatih pergerakan mata semata-mata. Rancangan pemulihan harus memberi pengalaman membaca kepada murid-murid tertentu. Rekod

pergerakan mata seperti ini harus digunakan untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca dengan maklumat, atau bukti dari ujian dan cara mengesan yang lain. Untuk mengira perhentian dan pematahan balik pergerakan mata, alat yang paling mudah dan paling murah ialah dengan menggunakan cermin biasa. Cermin diletakkan di sebelah kiri halaman buku, dan murid disuruh membaca halaman kanan. Guru berdiri di belakang murid dan mengira perhentian dan pematahan balik pergerakan mata murid tersebut ketika membaca. Untuk memudahkan pengiraan, perhentian dikira terlebih dahulu, dan pematahan balik dikira kemudian, atau sebaliknya. Dengan sedikit latihan cara ini akan menjadi mudah dan keputusan yang diperolehi amatlah tepat. Berikut diturunkan jumlah purata perhentian dan pematahan balik bagi murid-murid berkebolehan biasa dari Gred 1 hingga ke maktab di Amerika Syarikat.