You are on page 1of 3

TANGGUNGJAWAB GURU BENGKEL

Memupuk sikap selamat di kalangan pelajar bukanlah suatu perkara yang mudah dilaksanakan dalam masa yang singkat. Inilah kerana pelajar tidak suka dibebelkan oleh guru untuk menjaga keselamatan. Mereka merasakan bahawa perkara itu mudah dan tidak perlu dititikberatkan. Guru haruslah mempunyai ketegasan yang kuat untuk menyempurnakan kerja walaupun berdepan dengan pelbagai halangan yang sukar. Jika terdapat kemalangan yang berlaku di bengkel,ianya adalah 100% menjadi tanggungjawab guru bengkel. Sepanjang menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Kampung Nail, saya belum pernah berhadapan dengan masalah kemalangan murid di dalam bengkel. Saya selalu mengingatkan murid-murid tentang kepentingan menjaga keselamatan agar kejadian yang tidak diingini berlaku. Antara tanggungjawab yang perlu guru bengkel termasuk saya lakukan adalah seperti berikut :

Perlaksanaan Objektif Keselamatan

Penilaian Pengajaran Keselamatan Tanggungjawab Guru

Merancang Pengajaran Keselamatan

Perlaksanaan Peraturan Keseiamatan

Penyediaan Arahan Keselamatan

Semasa menjalani praktikum,saya mengajar murid Tahun 4 mengenai tajuk Tanaman Hiasan. Tajuk ini mempunyai 4 pecahan sub tajuk dan setiap sub topik menuntut murid melakukan amali. Murid-murid perlu menggunakan alatan yang tajam seperti sekateur,sudip tangan,cangkul dan penyodok. Sebagai guru yang mengajar subjek Kemahiran Hidup,keselamatan murid perlu saya tanggung sepenuhnya. Langkah yang saya ambil adalah dengan mengarahkan mereka melantik seorang ketua bagi setiap kumpulan dan hanya ketua sahaja yang dibenarkan mengambil alatan. Jika tidak diberi arahan sedemikian,murid-murid akan berebut untuk mengambil alatan dan hal ini boleh menyebabkan kecederaan dan kemalangan yang tidak diingini pada murid-murid.

Guru bertanggungjawab di atas keselamatan semua pelajarnya. Oleh itu, guru mestilah melaksanakan objektif keselamatan. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menanam rasa tanggungjawab menjaga keselamatan diri, orang lain dan harta benda dalam diri setiap pelajar. Semasa menjalankan amali di bengkel sekolah, saya lebih gemar melantik seorang ketua untuk setiap kumpulan supaya kerja-kerja amali yang dijalankan lebih teratur dan keselamatan murid-murid lebih terjamin. Guru bengkel juga harus membantu pelajar memahami kaedah yang selamat untuk bertindak secara berkesan. Murid juga perlu membiasakan diri dengan keadaan yang boleh membahayakan supaya mereka peka dengan apa yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan keadaan yang tidak diingini. Dalam melaksanakan tanggungjawab untuk pelaksana objektif keselamatan, guru bengkel harus membantu pelajar belajar mengenai amalan keselamatan bagi menjalani kehidupan harian dan

menggalakkan pelajar menyertai program keselamatan yang sekolah.

diadakan di

Semasa

membuat

perancangan,

guru

harus

sedar

bahawa

mengajar

keselamatan tidak sama seperti mengajar mata pelajaran akademik. Adakalanya, keselamatan tidak sesuai untuk diajar sebagai satu mata pelajaran tersendiri tetapi diterapkan dengan mata pelajaran yang sesuai. Untuk memastikan bahawa konsep dan amalan yang selamat dapat di terapkan, guru perlu berusaha membuat persediaan dengan teliti. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah dengan membaca dan memahami kandungan arahan keselamatan yang hendak disampaikan kepada pelajar. Guru perlu memastikan langkah keselamatan am bagi bengkel ditetapkan dengan spesifik untuk setiap mata pelajaran teknik dan vokasional untuk memudahkan guru

membuat rujukan jika perlu. Selain itu, guru bengkel harus merancang arahan dan tunjuk cara supaya cara kerja yang betul digunakan kepada pelajar. Salinan arahan keselamatan juga perlu dibuat supaya boleh digunakan untuk pelajar membuat ulangkaji dan panduan.

Guru perlu menyediakan arahan keselamatan yang merangkumi langkahlangkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan. Semasa menjalankan kerja-kerja di bengkel, guru perlu menunjuk cara penggunaan alat perlindungan diri dengan betul dan cara cara penyelenggaraan peralatan bengkel, mesin dan lain-lain kelengkapan. Kaedah yang selamat untuk mengangkat dan memindahkan kelengkapan yang berat juga harus diketahui oleh murid. Peraturan keselamatan bengkel yang

ditandatangani oleh semua pelajar menandakan bahawa mereka memahami peraturanperaturan tersebut. Alat bantu mengajar yang menunjukkan penggunaan mesin atau peralatan yang betul, dan alkibatnya jika arahan penggunaan tidak dipatuhi ada dipaparkan. Poster-poster yang sebegitu biasanya disediakan di setiap bengkel di semua sekolah.

Kemalangan boleh dielakkan jika peraturan keselamatan dipatuhi. Guru adalah contoh kepada pelajar. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk melaksanakan peraturan keselamatan yang telah dibuat untuk setiap bengkel. Seandainya guru melakukan sesuatu yang membahayakan, pelajar akan menganggap itu sebagai kaedah yang boleh diterima dan ditiru. Ketika memberi demostrasi kepada murid, saya juga mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang betul kerana apa yang dilakukan akan diikuti oleh murid. Jadi penekanan terhadap ciri-ciri keselamatan adalah perlu untuk memastikan murid sentiasa dalam keadaan yang selamat. Penilaian pengajaran keselamatan boleh dilaksanakan dalam bentuk bertulis dan juga praktis, meliputi keselamatan umum dan juga keselamatan khusus. Penilaian akan membolehkan guru mengetahui keberkesanan dirinya menyampaikan maklumat mengenai

keselamatan. Pelajar memahami semua aspek membetulkan kesalahan atau kesilapan diri

keselamatan dan dapat bertindak