You are on page 1of 42

Arca Mobail - Seni Halus

Arca Mobail Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.

Alexandel Calder bersama arca Myxomatose, 1953 (A08122), Paris

Red Mobile, oleh Alexander Calder, 1956 Arca mobail juga boleh menggunakan lampu, kuasa solar, angin, air, perbezaan suhu, graviti, keseimbangan yang mengkibatkan berlakunya pergerakan. Ia mesti digantung dengan tali, benang, wayar, dawai dari siling atau tempat yang lebih tinggi. Sebagai contoh idea yang anda boleh berikan kepada pelajar ialah wind chime". Keindahan arca ini dapat dilihat semasa ia bergerak-gerak atau berputar perlahan-lahan

Contoh-contoh arca mobail

Menggunakan bahan besi yang digantung dengan saiz yang berbeza

Ideanya daripada planet dan digantung dengan dawai

Mengunakan bahan kayu atau board yang digantung dengan tali

Penggunaan bahan seperti dawai, kertas atau plastik juga boleh digunakan

Idea daripada kelawar dan digantung dengan dawai

menggunakan bahan besi dan mempunyai 4 warna Idea daripada rama-rama yang berwarna-warni .

Menggunakan motif lilin dan cahaya motif manusia menggunakan bahan kertas .

disentuh dan dirasai. Jenis-Jenis Arca 1. Mempunyai mesej yang hendak disampaikan c.taman. Penghasilannya mempunyai fungsi dan kegunaanya. Diletakkan di dalam galeri. b. Hasil 3D yang digunakan ada tujuan dan maksud tersendiri . Arca Estetika a.muzium. Arca Berfungsi a.ditempat awam b. Arca merupakan karya seni berbentuk tiga dimensi yang mempunyai isipadu (jisim). 2.Menggunakan gambar sebagai idea ARCA Pengenalan 1. Dihasilkan semata-mata untuk dilihat dan dihayati kecantikan dan keindahannya semata-mata. Arca merupakan karya seni tiga dimensi yang boleh dilihat.2.

alat yang biasa diguna seperti pahat. lilin. dan pengikis f. logam.Keris – senjata/upacara ritual .Proses penambahan sehingga terbentuk hasil yang dikehendaki seperti ysng dirancang dan dibina secara sistematik. kapak. Arca bergerak/mobail/kinetik – arca ini boleh bergerak atau berputar. kepingan logam. Arca timbulan – bentuk 3 dimensi tersembul keluar dari permukaan 2 dimensi.Proses pengurangan. pengikir. Contoh – labu sayong – mengisi air . kepingan logam dan kayu c. meja atau digantung pada siling h. Arca asemblaj – menggunakan bahan-bahan yang berlainan seperti kayu. Arca acuan – dibuat dengan menuang bahan seperti „plaster of paris‟. batu dsb untuk membentuk sesuatu yang menarik d.Tugu negara .Bahan yang diguanakn ialah bongkahan kayu. batu bata. tanag liat dan batu b. simen. tanah liat dsb ke dalam acuan e.c. Arca gabungan – gabungan beberapa jenis arca di atas .peringatan Teknik Penghasilan Arca a. gergaji dan alat pengukir. plaster of paris. Arca dinding/Relif – dihasilkan di atas kepingan kayu atau logam nipis dan dijadikan hiasan dinding.Batu nesan – kubur . Arca luakan .Bahan utama dalam proses pembinaan ialah simen.. dan bahan yang ringan g. tukul. pembuangan dan pemotongan bahagian tertentu sehingga bentuk yang dikehendaki terhasil menggunakan pahat. biasanya ia dibuat daripada besi dawai. Arca binaan .

DEFINISI ARCA MOBAIL Arca ini boleh bergerak sendiri. berombak.ARCA MOBAIL PENGENALAN Arca mobail lazimnya sering dijadikan sebagai bahan perhiasan kerana sifatnya yang tergantung dan bergerak. berputar. iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Paris . Mobail ini digantung di atas syiling. 1953 (A08122). Alexandel Calder bersama arca Myxomatose. dan biasanya terawang-awang. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder(188-1976). Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Arca mobail mempunyai nilai estetika tersendiri yang boleh dikomersilkan.

ALAT DAN BAHAN YANG SESUAI UNTUK MENGHASILKAN ARCA MOBAIL -Plastik -Dawai -Bahan besi -Plastik -Span CONTOH-CONTOH GAMBAR ARCA MOBAIL .

CONTOH-CONTOH GAMBAR ARCA MOBAIL .

Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. ruang. murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin tanah liat. Antara aktiviti membentuk. cantuman. Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk. imbangan dan kestabilan. Antaranya ialah melalui teknik picitan. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf. lipatan. paper mache. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan. potongan. guntingan. struktur. Teknik Picitan Teknik Lipatan Teknik Potongan Teknik Cantuman Teknik Pembungkusan Teknik Guntingan Teknik Luakan . tepung.MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN PENGENALAN Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. TEKNIK-TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. luakan dan sebagainya. pembungkusan.

Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat. Sekiranya dirancang dengan rapi. plastersin. kertas tumbuk. sabun dan sebagainya.ARCA TIMBUL -ARCA MOBAIL -ARCA STABAIL -ASEMBLAJ -MODEL -DIORAMA -BONEKA -TOPENG -ORIGAMI ALAT DAN BAHAN Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan. anda perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid.JENIS AKTIVITI MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN. . Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti . tanah liat. Pilihlah alat dan bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti. Untuk setiap aktiviti. kertas yang sesuai untuk origami. murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat. kayu. serbuk papan. imaginasi dan kreativiti kanak-kanak.

. berisipadu.Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk. kestabilan dan kekukuhan TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 1.Bentuk 3D .Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain . bercerita. b.kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada.catan kolaj dan lain-lain.June King Mc Fee . Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan berketerampilan.objek semula jadi. Bentuk geometri mempunyai simetri untuk imbangan. .Carl Rogers . perpustakaan dan kraf tangan. bahan dan alat yang digunakan.objek yang bersifat konkrit. buah2an) dll tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak simetri. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku. mempunyai pandangan sisi. . Bagaimana untuk Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak? a.bentuk konkrit . menayang slaid dan gambar foto. Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan. .. c. menonton filem. kanan. kiri. objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon. kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka. atas dan bawah .buku bergambar. muzium.Bentuk organik ( haiwan . Lawatan ke zoo. Tingkatkan Daya Kreativiti -Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda. anda adalah seorang yang kreatif. (Herbert Read (1958) . Beri perhatian ketika berkarya.kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang.

Temanya : (a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran (b) Perasaan Dalaman.untuk memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya. g. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk peningkatan. 2.Membuat percubaan yang tidak putusputus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan.d.konsep dalam agenda kehidupan manusia. Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) . (c) Penerokaan Simbol dan Makna . e. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-tempat strategik. Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang Membentuk dan Membuat Binaan Berlaku? (a) Pemerhatian dan Kajian Visual – penggunaan bahan dalam menghasilkan karya. Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis (c) Aliran dan Tema Sejagat .mencari dan mengkaji ilham-ilham baru. . f. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar. cth wau bulan. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan. wau kucing dll (d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian – peralatan kegunaan harian. (b) Perubahan Cara Bekerja .

8. kotak. kulit siput dan sebagainya. 4. 6. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk. Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga Dimensi 1. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan. tisu. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan. papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain. Benda-benda buatan manusia seperti manik. fungsi dan kemasan.Penerokaan dan ekperimen bahan 1. 3. 5. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan. 9. olehan bahan. 2. tanah liat.kotak. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan. pinang. gam dan sebagainya 4. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerusi yang patah. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan. unsur-unsur seni. 2. kayu larik. 7. . buah kelapa. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar. 3. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek. Bahan terbuang yang diguna pakai semula.

12. Membuat “tumbnail-print” / lakaran 3. 11. 7. Asli. Kemahiran Mengaplikasikan Alat. 4. unik dan berketerampilan dari segi dapatan. pergerakan. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya. Bahan dan Teknik 1. selamat dan kukuh. KEPENTINGAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 1. 2. tema dan teknik 2. Pilih teknik membuat yang sesuai. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen. pastikan ia kuat. kukuh dan selamat. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia 4. 5. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan. imbangan dan kesatuan yang menarik. Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi – 1. Untuk arca yang menggunakan tapak. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik. Kesesuaian topik. . Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut fungsi. 3. warna. pastikan ia kuat. 6. membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik. Jika arca yang dihasilkan.10. kontra. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.

kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik. keras dan padu. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca. 6. cat kilat. varnis. 7. bentuk geometri mempunyai sisian yang tetap. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. bergerigis. lembik dan berbagai lagi.Bentuk organik mempunyai sifat yang tidak menentu. emulsi. tentukan tapak yang kukuh dan selamat. cat alas.keluk. Mengenali Pelbagai Bentuk Asas . 8. lurus. minyak kayu. berkeluk. . berjurai. Syelek. labuci.5. perada. manik-manik dijadikan kemasan akhir produk. Untuk tujuan peragaan yang mantap.

Arca timbul adalah arca yang terkenal sejak zaman dahulu ianya boleh didapati di dinding-dinding gua dan bangunan-bangunan keagamaan.BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG ARCA TIMBUL PENGENALAN Arca adalah sesuatu seni yang dihasilkan untuk mewujudkan nilai estetika dan juga menyampaikan sesuatu mesej. Sesetenga arca juga digunakan untuk menjadi lambang sesuatu tempat serta menjadi perantaraan dalam upacara keagamaan dan pemujaan. .

Ia boleh dihasilkan secara acuan. binaan atau asemblaj. tampalan. ALAT DAN BAHAN YANG SESUAI -Kayu -Plaster of paris -Pahat -Pisau .DEFINISI ARCA TIMBUL Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan.

CONTOH-CONTOH GAMBAR ARCA TIMBUL .

.

Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna.Bahan besi. cantuman skru. Teknik penghasilannya adalah kimpalan. Bahagian bergerak -Dawai.ARCA STABAIL DEFINISI Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. plastik dan etc . ALAT DAN BAHAN Bahagian tapak . Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. atau pintu siling. tingkap . plaster of paris. Stabail boleh digantung di dinding. papan. kayu. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. binaan.paku atau gam.

CONTOH-CONTOH GAMBAR ARCA STABAIL .

Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail.ARCA ASEMBLAJ PENGENALAN Bahan terbuang boleh digunakan semula untuk mencipta sesuatu menjadi kesatuan yang unik dan menarik. ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Selain dapat menjimatkan bajet untuk membeli bahan baru untuk dijadikan karya seni ianya juga mampu memberikan impak yang positif terhadap penjagaan alam sekitar. Aktiviti menghasilkan arca asemblaj mampu menerapkan nilai menghargai alam sekitar di dalam diri murid-murid. DEFINISI ARCA ASEMBLAJ •Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. ikatan. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan. . skru. acuan atau binaan. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi.

CONTOH-CONTOH ARCA ASEMBLAJ .

pisau. CONTOH-CONTOH GAMBAR MODEL . Sukar bagi guru memasukkan objek sebenar yang bersaiz besar seperti kereta untuk ditunjjukkan semasa sesi pengajaran.Gam. Murid-murid lebih memahami sesuatu yang dilihat daripada sesuatu yang didengar. ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN MODEL Pelekat . Oleh itu aktiviti membuat model dapat menggalakkan pemahaman murid-murid sambil memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan kreativiti. Pemotong -Gunting. model kenderaan dan sebagainya. dawai. selotape. DEFINISI MODEL Model ialah aktiviti menghasilkan sesuatu mengikut bentuk sebenar tetapi skala dan nisbahnya berbeza sama ada dibesarkan atau dikecilkan. Bahan binaan .MODEL PENGENALAN Objek sebenar ialah pengalaman tampak bagi murid-murid. Contoh-contoh model yang sering dihasilkan ialah model rumah. kotak.Kadbod. skru. bahan kutipan dan sebagainya.

.

Objek yang disusun .Kertas. papan. didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Pemotong.Gunting. kadbod. Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama. tali. ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN DIORAMA Tapak atau dinding -Kotak.DIORAMA DEFINISI Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Pelekat.Selotape. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. atau bekas. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Objek yang hendak disusun boleh digantung. plastik. . pisau. gam. kadbod.

CONTOH-CONTOH GAMBAR DIORAMA .

Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Umumnya boneka dibuat sebagai mainan anak-anak. terutamanya manusia atau hewan. namun kadang-kadang digunakan untuk fungsi fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat gaib ataupun mistik misalnya berupa upacara upacara ritual keagamaan pada zaman dulu. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapatdijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-adamenerusidialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. bentuk. DEFINISI BONEKA Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yangdigerak. maupun bahan pembuatnya ternyata berbeda sekali antara dulu dan sekarang. Boneka bisa dikatakan salah satu mainan yang paling tua. JENIS-JENIS BONEKA . karena pada zaman Yunani. Seringkali boneka ditemukan pada makam-makam kuno atau situs-situs sejarah maupun prasejarah. sihir ataupun upacara pemanggilan roh.BONEKA PENGENALAN Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam. Namun fungsi. serta tokoh-tokoh fiksi. permainan jelangkung.lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej.

BONEKA LIDI Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. BONEKA TONGKAT Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu. Semasa memainkan boneka ini.plastik. CONTOH GAMBAR-GAMBAR BONEKA .ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih.Lampu dinyalakan dan bayangbayang boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yangboleh bergerak.buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. BONEKA BERTALI Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-ofParis atau kayu.diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat angota angota badan itu bergerak.Boneka ini menggunakan konsep wayang.lutsinar dan kertas tebal. BONEKA WAYANG KULIT Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini.Semasa digunakan. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal.Lididigoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.rotan.Boneka ini juga bolehdibuat daripada kulit.BONEKA SARUNG TANGAN Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka.

BONEKA LIDI BONEKA JARI .

BONEKA SARUNG TANGAN BONEKA WAYANG KULIT .

Topeng muka.Topeng yang menutup seluruh bahagian mata. . JENIS-JENIS TOPENG Topeng mata. KEGUNAAN TOPENG Digunakan dalam upacara keagamaan.TOPENG DEFINISI TOPENG Topeng ialah alat yang digunakan untuk menutup muka.topeng yang menutup seluruh permukaan muka. Topeng serkup. Digunakan di dalam teater persembahan. Digunakan untuk menyembunyikan identiti.Topeng yang menutup seluruh permukaan kepala. Digunakan bagi tujuan majlis-majlis tertentu. Topeng digunakan untuk membuat persembahan dan bagi tujuan lain mengikut kehendak pemakainya.

CONTOH-CONTOH GAMBAR TOPENG (TOPENG MATA) .

(TOPENG SERKUP DAN TOPENG MUKA) .

ORI bermaksud lipat dan KAMI bermaksud kertas. ALAT DAN BAHAN Kertas Gunting Pisau . DEFINISI berasal dari perkataan Jepun ORIKAMI yang bermaksud seni melipat kertas sehingga membentuk bentuk-bentuk yang diinginkan. Seni origami tidak memerlukan gam untuk melekat bahagian-bahagian kertas hingga menjadi bentuk yang diingini kerana kertas hanya perlu dilipat dan disisip untuk membuat bentuk yang diingini.ORIGAMI PENGENALAN Origami ialah seni lipatan kertas yang mula diperkenalkan di Jepun.

CONTOH-CONTOH GAMBAR ORIGAMI .

Selalunya arca dapat dilihat di galeri.Arca Berfungsi – arca yang mempunyai nilai keindahan dan diguna untuk tujuan tertentu seperti patung berhala untuk disembah b. Arca terbahagikepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi. dan tempat – tempat yang menjaditarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.Arca biasanya dibina menggunakan tanah liat. melarik .Definisi: Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tigadimensi. pembuangan dan pemotongan bahagian tertentu sehingga bentuk yang dikehendaki terhasil . disentuh dan dirasai 2. Teknik membina arca a. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir.bahan yang terdapat di rumah C. Permukaannya dapat dirasai sertadipandang dari pelbagai sudut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Bahan binaan arca .Arca merupakan karya seni yang boleh dilihat. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahamikewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. ARCA 1. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi.Arca luakan – memerlukan pengurangan.Arca merupakan karya seni berbentuk 3 dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya . batu. Arca Asemblaj Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Pengenalan .Arca Estetika – arca yang menjadi bahan tatapan sahaja untuk dinikmati nilai seninya 3. mencungkil dan menguris. Taman permainan. Jenis-jenis arca a. kayu.Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu „ Bicycle Wheel ‟ ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan. Arca abstrak pula adalah bersifatkonseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk danmaksud arca tersebut. logam dan campuran bahan-bahan tersebut 4. Jenis – Jenis Arca Arca bersifat realis atau abstrak.

Arca dinding – dihasilkan di atas kepingan kayu atau logam nipis dan dijadikan hiasan dinding. alat yang biasa diguna seperti pahat.Arca timbulan – bentuk 3 dimensi tersembul keluar dari permukaan 2 dimensi.Arca binaan – satu bahan utama digunakan dan dibuat penambahan sehingga terbentuk hasil yang dikehendaki c. dan pengikis f.Arca asemblaj – menggunakan bahan-bahan yang berlainan seperti kayu. logam. meja atau digantung pada siling h. batu dsb untuk membentuk sesuatu yang menarik d. tukul.b. kepingan logam.Arca acuan – dibuat dengan menuang bahan seperti „plaster of paris‟. dan bahan yang ringan g.Arca gabungan – gabungan beberapa jenis arca di atas. pengikir. lilin.Arca bergerak/mobail/kinetik – arca ini boleh bergerak atau berputar. . biasanya ia dibuat daripada besi dawai. simen. tanah liat dsb ke dalam acuan e.

com/doc/62872166/Seni-Arca-Mempunyai-Keistimewaan-TersendiriBerbanding http://psvspm.scribd.html .html http://www.com/p/membentuk-membuat-binaan.com/2009/04/seni-halus.blogspot.blogspot.RUJUKAN http://lifeasaartstudentlilizala.