You are on page 1of 30

[Rahsia Bisnes Printing

]

RAHSIA

BISNES PRINTING

Kini Peluang Anda Untuk Menjadi BOSS Besar Syarikat Printing!

Nealizham.com

1

[Rahsia Bisnes Printing] HAK CIPTA TERPELIHARA Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan e-buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Neal Izham Sharifudin

Tanggungjawab hak cipta tidak ada kena mengena dengan maklumat yang terkandung di dalam e-buku ini. Pihak penerbit dan penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan ataupun maklumat yang tidak dimasukkan walaupun langkah berjaga-jaga sudah diambil. Pihak penerbit dan penulis juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang maklumat yang disalahgunakan.

PENAFIAN Penerbitan ini mengandungi pandangan penulis. Ia bertujuan membantu dan menyediakan maklumat berkenaan perkara yang dibincangkan. E-buku ini diniagakan dengan memahami penulis dan penerbit tidak terlibat dengan khidmat professional yang terkandung di dalam buku ini. Pembaca perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli professional sekiranya memerlukan bantuan.

Penulis dan penerbit tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian, kehilangan atau risiko yang ditanggung oleh perseorangan atau sebagainya, yang timbul akibat daripada penggunaan mana-mana kandungan e-buku ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Nealizham.com

2

[Rahsia Bisnes Printing]

BIODATA PENULIS

Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di Negeri Johor dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar Baba). Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada peringkat PMR dan SPM seterusnya menyambung pengajian ke peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan. Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.

Beliau juga dianugerahi pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk menangani sesuatu cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan paradigma baginya untuk terus maju. Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.
Nealizham.com 3

com 4 .[Rahsia Bisnes Printing] ISI KANDUNGAN Pengenalan Bahagian 1 Servis ‘PRINTING’? Potensi Pasaran Mengkaji Pesaing Kenal Pasti Produk Bahagian 2 Jenis – Jenis Produk Bahagian 3 Pembekal Kualiti vs Harga Keuntungan Bahagian 4 Iklan & Promosi Pengurusan Tempahan Penghantaran Bantuan Selepas Jualan RUMUSAN Nealizham.

[Rahsia Bisnes Printing] Pengenalan Assalamualaikum dan salam sejahtera. tetapi dengan kecanggihan teknologi. Tugas saya hanya promosi. dan sememangnya masih banyak ruang untuk kita buat duit dengan servis printing ini. Jika dulu. mungkin sekitar RM100 – RM300 sahaja. atau orang tengah untuk perkhidmatan printing ini. mungkin juga sebuah kilang. mesin dan sebagainya! Saya masih ingat ketika memulakan perkhidmatan printing ini kira – kira 3 tahun lepas. anda tidak perlukan pekerja. tetapi pasaran terlalu besar. Modal saya sangat rendah. Mesti ramai yang beranggapan. anda kini mampu memulakan perniagaan ‘PRINTING’ hanya dari rumah. pejabat. Pulangannya sungguh berbaloi jika kena dengan caranya. Nealizham. ambil tempahan. perkhidmatan ‘PRINTING’ adalah salah satu cabang perniagaan yang sedang meningkat naik. Ya.com 5 . Bagaimana saya bermula? Saya hanya menjadi AGEN. Adakah anda berminat memulakan perniagaan berbentuk perkhidmatan? Jika ya. ala… dah ramai buat servis ni… Ya saya tidak nafikan. perniagaan jenis ini memerlukan modal yang besar. dan hantar.

[Rahsia Bisnes Printing] Di dalam ebook ini nanti saya akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana anda boleh bermula dengan modal serendah RM ‘0’. bukan dicedok daripada mana – mana informasi.com Nealizham. Ianya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya sendiri semasa menjalankan perniagaan printing. Yang pastinya ianya sangat berbaloi! Mari kita lihat peluang hebat ini! Nama Anda www. Ianya tidak susah. bukan temberang! Ebook ini hasil pengalaman saya. tetapi tidak juga mudah. Ya. tanpa modal.com 6 . dan mungkin juga mula menjana pendapatan melalui perkhidmatan printing.LamanWeb. Jadi saya harap anda bakal mendapat sesuatu.

kad raya. cari supplier dan kemudian hantar! Modal anda? Nealizham. kad kahwin. Tetapi tahukah anda. Sebenarnya pasaran untuk produk ini sangat besar dan lumayan pulangannya. Printing bermaksud percetakan. Saya beri contoh paling mudah. kad nama dan sebagainya. Bagaimana? Anda boleh jadi agen atau orang tengah! Konsepnya mudah. Cuma kita perlu kenal pasti apakah produk yang mereka perlukan. anda sebenarnya boleh buat untung puluhan ringgit. ambil tempahan. ratusan ringgit malah ribuan ringgit dengan servis ini walaupun anda tiada mesin percetakan.[Rahsia Bisnes Printing] Bahagian 1 Servis PRINTING? Saya pasti anda tahu apa itu servis printing.com 7 . Semua ini adalah produk percetakan. Kenapa? Saya pasti semua syarikat atau orang perseorangan memerlukan khidmat percetakan. Jadi kita menawarkan perkhidmatan percetakan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. anda tawarkan perkhidmatan ini.

10 kotak mungkin? Yang penting sekali. Tahukah anda berapa kos yang diperlukan untuk membuatnya? Ianya sekitar RM13 – RM20.com 8 . Maknanya mempunyai pasaran yang tersendiri. Itu jika 1 kotak. katakanlah anda menawarkan servis print kad nama (Namecard). produk untuk servis printing begitu banyak. Katakanlah harga pasaran adalah RM30 satu kotak. lebih 20 produk dan semuanya memang mendapat tempat. bagaimana jika 5 kotak.[Rahsia Bisnes Printing] KOSONG! Biar saya tunjukkan. Jadi anda masih untung RM10. Semua orang atau semua syarikat perlukan servis printing! Nealizham.

Flyer – syarikat biasa membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk produk ini. Jangan bimbang. pasaran sangat luas. orang perseorangan juga perlukannya. Kad nama – syarikat perlukannya.[Rahsia Bisnes Printing] Potensi Pasaran Ramai yang takut untuk bermula kerana bimbang dan takut tidak dapat mencari pelanggan. syarikat kecil. Ianya tidak terhad kepada syarikat besar sahaja. seperti yang saya katakan sebelum ini. ada juga orang perseorangan yang perlukan servis tersebut. dan pasarannya sekali. individu pun turut perlukannya. Saya berikan beberapa contoh produk printing. Jadi mengapa begitu bimbang tentang pasaran? Nealizham. Banner – syarikat besar.com 9 .

Begitu juga dengan servis printing. lebih bijak. Jadi saya sarankan anda beri harga yang terbaik. Yang pasti. setiap perniagaan pasti mempunyai pesaing. Anda pasti berjumpa dengan pesaing anda. Ini penting.com 10 .[Rahsia Bisnes Printing] Mengkaji Pesaing Baiklah. bagi memastikan pelanggan memilih anda bukan pesaing anda! Biasanya pesaing akan bersaing dari segi harga & kualiti produk. anda mesti lebih cepat. lebih pantas. kualiti produk yang hebat serta mutu perkhidmatan bertaraf 5 bintang! Saya pasti pelanggan tidak akan lari!  Nealizham. lebih kreatif daripada pesaing anda.

Tetapi jika anda mahu menawarkan semua produk sekaligus. Iaitu mengenal pasti produk jenis apa yang anda mahu tawarkan.com 11 . Walau bagaimanapun. Sebaiknya tidak lebih 10 produk dalam satu masa. Produk yang terbaik adalah produk yang mempunyai ‘demand’! Nealizham. tiada masalah selagi anda mampu menguruskannya.[Rahsia Bisnes Printing] Kenal Pasti Produk Ini adalah perkara paling penting. saya sarankan anda menumpukan beberapa produk sahaja. Di dalam servis printing terdapat puluhan produk yang mampu memberikan anda keuntungan lumayan.

Selain itu. jika 2 perkara ini dijaga dengan baik. Semuanya mempunyai pasaran yang tersendiri.com 12 . Jadi anda tahu berapa besar pasarannya bukan. terdapat berpuluh – puluh malah mungkin juga beratus – ratus produk yang boleh kita tawarkan untuk khidmat percetakan. Nealizham.[Rahsia Bisnes Printing] Bahagian 2 Jenis Produk Seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Harga + Kualiti. Baik sekarang mari kita lihat jenis – jenis produk hot yang boleh anda tawarkan. Saya boleh buat keuntungan 50% hingga 500%! Bunting dan banner ini seringkali kita lihat di tepi jalan. Banner & bunting Ini adalah produk paling laris sewaktu saya menjalankan perniagaan printing. Berdasarkan pengalaman saya. harga pasaran yang agak tinggi tetapi harga supplier sangat rendah. Pasaran yang luas. Pada tiang lampu khususnya. kualiti juga memainkan peranan penting. saya pasti anda tidak akan ketandusan pelanggan. 1. Harga adalah perkara paling penting kerana ianya penentu samada kita akan berjaya atau tidak. saya mengkaji pasaran dan mengkaji harga. Saya pasti hampir 70% tiang di negeri Selangor dan Kuala Lumpur mempunyai bunting atau banner.

tidak bermakna keuntungan anda adalah rendah. Biasanya sticker yang bersaiz ‘road tax’ dijual dengan harga RM2.com 13 .00 sekaki 2.00 (harga mengikut saiz) Harga Jualan: RM2. Sasaran pasaran adalah forum. pelanggan akan menempah sekurang – kurangnya 2 kotak kad nama. Percaya atau tidak. Ini adalah sticker yang ditampal pada cermin kereta.00 – RM4. Selain itu modal yang diperlukan adalah zero. Anda tahu berapa kos untuk membuatnya? 40 sen hingga 80 sen sahaja! Harga Kos: RM0.40 – RM1. Walaupun modal zero. Kad Nama (Name Card / Business Card) Ini adalah salah satu produk yang sangat hot.[Rahsia Bisnes Printing] Yang paling penting.00 (harga mengikut saiz) Nealizham. persatuan kereta dan sebagainya. Car Sticker Ini adalah produk yang sering mendapat tempat.40 – RM20. Berdasarkan pengalaman saya. Harga Kos: RM14 – RM40 sekotak (100pcs) Harga Jualan: RM30 – RM80 sekotak (berdasarkan gred dan kualiti kertas) 3.00 sekaki Harga Jualan: RM1.00 – RM80. biasanya tempahan tidak kurang dari 10 unit bunting atau banner. Margin keuntungan yang tinggi dan modal yang rendah! Harga Kos: RM0. anda boleh dapat untung 50% hingga 100% dengan hanya menjual servis printing kad nama.

harga berdasarkan kualiti) Harga Jualan: RM800 – RM3. Krismas.000 (500 keping. Harga Kos: RM580 – RM1. Kerana keuntungan lebih banyak dan biasanya mereka menempah dalam kuantiti yang banyak. Ang pow atau sampul duit raya Nealizham. Minimum tempahan adalah sekitar 500 keping. Minimum tempahan adalah sekitar 100 keping sahaja. Paper Bag Ini adalah salah satu produk yang saya kira mempunyai keuntungan yang tinggi. Deepavali dan Tahun Baru Cina. kini kita lihat banyak majlis perkahwinan juga menggunakan paper bag sebagai ‘free gift’ kepada jemputan yang hadir.com 14 . Saya lebih suka menjual pada syarikat.200 (500 keping. Harga Kos: RM60 – RM145 (100 keping – harga berdasarkan saiz) Harga Jualan: RM1.[Rahsia Bisnes Printing] 4. harga berdasarkan kualiti) 6. Anda boleh jual kepada orang perseorangan dan juga kepada syarikat. Selain itu.20 – RM500 (100 keping – harga berdasarkan saiz) 5. Greeting Card Produk seperti ini sangat laris bila tibanya musim tertentu seperti Hari Raya. Banyak syarikat membuat ‘branding’ menggunakan paper bag.

banyak syarikat memerlukan flyer untuk mempromosikan produk mereka. Yang pastinya untung untuk produk ini juga cukup tinggi. Paling banyak ialah semasa pameran. Ini adalah produk paling hot sepanjang saya menjalankan perniagaan printing.com 15 . Flyer sentiasa bertaburan dimana sahaja anda pergi. harga mengikut kualiti kertas) Nealizham. Contohhnya anda buat tempahan sehingga 20. bila tiba musim raya.000 keping. Yang menariknya. Jadi keuntungan memang sangat tinggi. harga mengikut kualiti kertas) Harga Jualan: RM500 – RM1500 (500 keping. pastinya produk ini menjadi kegilaan ramai. lebih murahlah harga kos flyer. Harga sekeping flyer boleh jatuh sehingga 24 sen sekeping untuk saiz A5. Harga Kos: RM420 – RM1000 (500 keping. lebih banyak kuantiti tempahan. Flyer Saya pasti anda tahu apa itu flyer. Minimum tempahan antara 100 – 500 keping Harga Kos: RM180 – RM210 (500 keping) Harga Jualan: RM200 – RM500 (500 keping) 7. Selain itu. Sekitar 30% hingga 70%.[Rahsia Bisnes Printing] Ini adalah produk bermusim. Minimum tempahan sekitar 500 – 1000 keping.

Jika flyer hanyalah sehelai kertas tanpa lipatan. Itu dipanggil brochure. Ada simili paper seperti A4 paper biasa dan ada juga kertas yang licin dipanggil art paper & art card. Harga Kos: RM175 – RM325 (500 keping – harga mengikut jenis kertas) Harga Jualan: RM250 – RM500 (500 keping – harga mengikut jenis kertas) 10.200 (500 keping – harga mengikut jenis kertas) Harga Jualan: RM250 – RM2500 (500 keping –harga mengikut jenis kertas) 9. Minimum tempahan sekitar 500 – 1000 keping. cuma bezanya mungkin saiz dan helaiannya. Nealizham. Brochure Brochure hampir sama dengan flyer. cuma bezanya booklet lebih nipis. Minimum tempahan adalah 500 – 1000 keping. paling maksimum adalah setebal 50 – 60 page untuk 1 booklet. dan mempunyai logo serta alamat syarikat lengkap dengan nombor telefon. Letterhead Letterhead kebiasaannya digunakan oleh syarikat. Booklet Booklet lebih kurang buku. Biasanya bersaiz A4. Jadi sasaran pasaran anda adalah syarikat. Ini adalah surat rasmi mereka.[Rahsia Bisnes Printing] 8. Juga terdapat pelbagai jenis kualiti kertas. manakala brochure pula ialah kertas besar yang dilipat – lipat.com 16 . Contohnya kertas A4 yang dilipat 3. Harga Kos: RM195 – RM1. Saiz brochure sekitar saiz A5 hingga 4a4.

Harga Kos: RM500 – RM7. Jika anda pandai mencari pasaran.000 (500 buku – mengikut jenis kertas dan jumlah muka surat) Itulah antara 10 produk printing paling laris yang pernah saya tawarkan. Nealizham. kebiasaannya setiap produk mempunyai pasaran yang berbeza. Apa yang dapat saya rumuskan.com 17 .000 (500 buku – mengikut jenis kertas dan jumlah muka surat) Harga Jualan: RM700 – RM15. Sebenarnya terdapat banyak lagi produk. Jadi kenal pasti dulu pasaran anda sebelum menjual.[Rahsia Bisnes Printing] Minimum tempahan adalah sekitar 500 buku. semua itu tiada masalah.

anda perlu pastikan pembekal mempunyai kualiti yang baik terhadap produk – produk mereka. Biasanya saya menetapkan 2 kriteria dalam mencari pembekal.com. Ada yang bagus dan ada juga yang tidak bagus langsung. siapa pesaing anda. Ramai kata susah untuk memiliki kedua – duanya! Sebenarnya mudah jika anda tahu siapa pembekal anda. saya telah mencuba pelbagai jenis pembekal. tetapi mahukan kualiti yang tinggi. Kualiti 2. Ini adalah rahsia untuk kita bertahan lama dalam perniagaan printing. Harga memainkan peranan penting kerana kini ramai pelanggan akan mencari harga yang murah.com 18 .Xprint.my Nealizham. www.[Rahsia Bisnes Printing] Bahagian 3 Bagaimana Mendapatkan Pembekal? Setelah bertahun menjalankan perniagaan printing. Harga Kualiti vs Harga Pertama sekali. 1. Yang kedua ialah harga. Ini adalah pembekal yang biasa saya gunakan untuk servis printing.

Ya. Langkah 4: Akaun anda akan diaktifkan. mereka akan pulangkan semula baki wang anda. Selain itu ianya mudah untuk kita berurusan dengan mereka. ia juga menawarkan kualiti gred A . semudah itu sahaja. Langkah 2: Buat pembayaran RM200 ke akaun syarikat. Anda boleh buat tempahan secara online. Selepas akaun anda diaktifkan. jika anda berniat membatalkan akaun anda. Tetapi jangan bimbang. Ketika sign up. Langkah 5: Anda sudah boleh mula membuat tempahan melalui akaun anda. RM200 tersebut akan dijadikan sebagai kredit. Apa yang anda perlu lakukan ialah sign up sahaja akaun untuk menjadi agen mereka. Dengan harga yang murah berbanding pembekal lain. bayar secara automatik dan servis mereka sangat pantas dan bersistematik. minta mereka pos atau anda boleh datang sendiri ke pejabat mereka untuk mengambil ‘Business Kit’ anda. saya sarankan anda menggunakan nama syarikat anda. Tetapi tiada halangan untuk anda buat akaun individu. Bagaimana untuk bermula? Langkah 1: Sign Up. Jadi daftar syarikat terlebih dahulu di SSM. Nealizham. kredit tersebut akan ditolak serta merta. Langkah 3: Hantar pengesahan pembayaran menerusi emel atau fax. RM200 adalah modal permulaan. Setiap kali anda buat tempahan.com 19 .[Rahsia Bisnes Printing] Bagi saya xprint adalah yang terbaik pernah saya jumpa. Ianya turut disediakan.

anda akan mendapat satu buku harga dan banyak sample kertas. Antaranya ialah. 80gsm. Macam mana nak tahu saiz tersebut? Nealizham. 1. Ianya sekecil A5 dan sebesar A0. biasanya terdapat 3 jenis yang biasa digunakan.com 20 . Bagi art card pula. Berikut adalah beberapa perkara penting yang wajib anda tahu. Percayalah ianya sangat penting untuk mengetahui tentang produk anda sebelum membuat sebarang promosi. Terdapat pelbagai jenis kertas. Jadi anda mesti ambil sedikit masa mengenal jenis kertas dalam servis printing. simili paper. Untuk simili paper. 100gsm dan 120gsm. 105gsm. walau bagaimanapun hanya terdapat 4 – 6 jenis yang biasa digunakan dalam servis printing. 128gsm dan 157gsm. Minimum order Pertama ialah jenis kertas. art paper.[Rahsia Bisnes Printing] Apa yang pentingya business kit tersebut? Di dalam business kit tersebut. Semua jenis kertas ini ada dalam business kit anda  Yang kedua ialah saiz kertas. ada 260gsm. art card & conqueror paper. Saiz kertas 3. Jenis kertas 2. Jenis kertas ini biasanya ditentukan melalui berat. Untuk art paper.

Jadi bagaimana menetapkan keuntungan anda? Kebiasaannya saya menetapkan sekurang – kurangnya 30% untung. A2 pula ialah 2 kali ganda A3. Maklumlah mereka membelanjakan kos yang agak besar untuk servis begini. lebih tinggi keuntungan anda. lebih perit juga cabaran anda. maka terkuburlah perniagaan kita. Saya biasanya mensasarkan pada syarikat korporat supaya keuntungan yang saya perolehi lebih tinggi. Nealizham. Manakala A0 ialah 2 kali ganda A1. anda sendiri tentukan! Selalunya kadar keuntungan dilihat pada jenis pelanggan yang kita dapat. Tetapi terpulang pada anda. tidak mengapa. A1 pula 2 kali ganda A2. Tetapi tidak semudah itu. Jadi tidak hairanlah perkara sebegini terjadi.[Rahsia Bisnes Printing] Mudah sahaja. Jika berniaga tanpa untung. perniagaan anda.com 21 . anda sendiri tentukan keuntungan yang anda mahu dalam perniagaan anda. A5 adalah separuh A4. Manakala A3 adalah 2 kali ganda A4. saya yakin anda biasa lihat kertas saiz A4. Saya faham anda pening. Seperti yang saya katakan. lama kelamaan anda pasti tahu! Keuntungan Ini adalah bahagian penting dalam ebook ini. Biasanya syarikat korporat agak banyak kerenah.

Business card 2. tujuannya untuk mereka edarkan jika sahabat mereka yang mungkin saya tidak kenal mahukan servis printing. Biasanya saya meminta syarikat yang menawarkan servis mengedar flyer. Bukannya taman perumahan  Nealizham. saya pasti anda akan mendapat pelanggan. Edar sahaja flyer tentang servis anda. 1. Kenal pasti pasaran terlebih dahulu. Emel kepada bakal pelanggan Seperti yang saya nyatakan di awal ebook ini tadi. Promosi yang saya lakukan adalah melalui.com 22 . Saya akan berikan mereka 2 atau 3 business card. Bagaimana saya menggunakan business card? Saya mula memperkenalkan perniagaan printing ini kepada rakan saya. Iklan di laman web tertentu (PERCUMA) 5. Selain itu saya turut menggunakan flyer. kemudian baru mulakan promosi. saya tidak menggunakan laman web langsung. Pastikan tempat yang mahu diedarkan ialah kawasan pejabat.[Rahsia Bisnes Printing] Bahagian 4 Iklan & Promosi Semasa menjalankan perniagaan printing. Flyer 3. Bayaran sekitar 3 – 5 sen untuk sekeping. pertama sekali anda wajib tahu siapa sasaran pasaran anda. Iklan di forum 4.

com.com dan lowyat. hantar emel promosi dan tunggu panggilan mereka. Antaranya carigold. Cara terakhir ialah saya menghantar emel kepada syarikat – syarikat tertentu. Yang ke empat pula. Terdapat beratus – ratus forum yang aktif. anda hanya perlu pos iklan anda di laman web tersebut.net. Tugas anda. Saya akan membuka thread baru untuk servis saya. dapatkan emel mereka. Bagaimana? Saya menggunakan Jobstreet! Di dalam Jobstreet terdapat puluhan. Lakukan update sekali sehari sekiranya thread anda kurang mendapat sambutan. sama caranya dengan forum. tetapi ianya sangat berbaloi.my dan klue.[Rahsia Bisnes Printing] Cara yang ketiga yang biasa saya gunakan ialah mengiklankan servis saya di forum – forum tempatan. Letakkan gambar serta harga yang ditawarkan. saya akan buat iklan di mudah. Nealizham.com 23 .my. Masukkan gambar dan harga serta no untuk dihubungi jika sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan. Tidak dinafikan kerja ini agak rumit. Kerana tempahan daripada syarikat biasanya agak besar berbanding individu biasa. ratusan malah ribuan syarikat yang pastinya memerlukan servis printing.

dokumen sebutharga. Gunakan wang pendahuluan daripada pelanggan anda tadi. Ini memudahkan urusan anda jika berlaku sesuatu. Sebaiknya dapatkan dahulu daripada pelanggan anda…nama.[Rahsia Bisnes Printing] Pengurusan Tempahan Bagaimana menguruskan tempahan? Sebaiknya anda menyediakan beberapa dokumen seperti. invois dan resit. Saya sarankan anda mengenakan 50% bayaran jika tempahan dilakukan. Selepas menerima bayaran daripada pelanggan barulah anda buat tempahan pada pembekal anda. Ini penting bagi menjamin keselamatan perniagaan anda. Nealizham. pelanggan perlulah membayar jumlah tertentu sebelum meneruskan tempahan. Berurus niaga seperti ini lebih mudah kerana anda tidak perlu keluarkan modal yang tinggi. Ini bagi mengelakkan anda mengeluarkan modal yang tinggi untuk membuat tempahan dengan pembekal anda. no untuk dihubungi dan sebagainya. Selain itu. saya sarankan anda kenakan bayaran 100% jika tempahan dibuat. Kebiasaannya saya akan menghantar satu dokumen sebutharga. alamat lengkap. untuk lebih selamat. selepas dipersetujui.com 24 .

barulah buat penghantaran. Pastikan produk dihantar dengan tepat. Ini penting untuk membina kredibiliti anda sebagai peniaga.com 25 . dan berada di dalam keadaan yang baik. Jangan lewat daripada tarikh yang dijanjikan. Minta pelanggan menurunkan tanda tangan jika berpuas hati dengan penghantaran produk yang kita lakukan. Ini bagi mengelakkan masalah berlaku di kemudian hari! Nealizham. Pastikan semuanya berada dalam keadaan yang memuaskan. Sebaiknya anda buat satu ‘checklist’ untuk setiap produk sebelum dihantar kepada pelanggan. pastikan semua produk cukup. Selain itu. Sediakan resit dan delivery order semasa penghantaran dilakukan.[Rahsia Bisnes Printing] Penghantaran Saya sarankan anda menjaga ‘dateline’ penghantaran produk kepada pelanggan anda.

com 26 . Berikut antara beberapa tips untuk mendapatkan tempahan kedua daripada pelanggan yang sama. SMS atau emel pelanggan anda 3. Sentiasa kemaskini segala promosi yang anda buat 6. Hubungi pelanggan untuk bertanya jika mereka perlukan servis anda Sebenarnya banyak lagi teknik promosi yang anda boleh lakukan seperti member kupon dan sebagainya.[Rahsia Bisnes Printing] Bantuan Selepas Jualan Bantuan selepas jualan adalah penting jika anda mahu perniagaan anda lebih maju dalam tempoh masa yang lama. Tawarkan harga istimewa 4. Hantar segala update produk terbaru anda 2. Jadi layanlah pelanggan sebaik mungkin. Tawarkan diskaun istimewa 5. Jaga pelanggan anda sebaik mungkin. 1. Mereka adalah sumber pendapatan kita! Nealizham. pastinya mereka akan mencari anda. Tujuan berniaga adalah untuk membuatkan pelanggan berasa berpuas hati dengan khidmat kita.

mungkin boleh teruskan secara full time dan menjana pendapatan lumayan darinya.[Rahsia Bisnes Printing] Rumusan Tahniah. Neal Izham Sharifudin Nealizham. Semuanya terpulang kepada anda.com 27 . Yang penting sekali adalah modal permulaan adalah sangat rendah. anda mampu memperolehi keuntungan lumayan dengan kerja mudah ini. Jadi tunggu apa lagi. Pada awalnya mungkin anda boleh bermula secara part time sehingga anda betul – betul mahir selok belok perniagaan ini. Pasaran yang luas dan permintaan yang tinggi. Apa yang menariknya. itulah yang diperlukan jika ingin memulakan sesuatu perniagaan.com Nealizham. Kemudian. jom buat duit dengan bisnes printing! Ikhlas. dengan adanya panduan ringkas ini. anda kini mampu menjana pendapatan tambahan melalui bisnes printing. Apa yang penting adalah kemahuan dan kesabaran yang diperlukan untuk anda terus menjadikan perniagaan printing sebagai sumber pendapatan utama anda.

[Rahsia Bisnes Printing] TAMAT Nealizham.com 28 .

Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar. Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham” Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya. Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com. http://www. Oleh itu. saya percaya anda seorang yang serius untuk menambah ilmu.[Rahsia Bisnes Printing] Tawaran Istimewa Dapatkan khidmat nasihat Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini. saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan membaca ebook ini.com 29 .info Nealizham.BlogMudah.

MLM-Malaysia.com 30 .com Nealizham.[Rahsia Bisnes Printing] http://www.info http://www.Affiliate-Malaysia.