You are on page 1of 14

Kaedah Dan Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca

Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca

Menurut Ishak Ramly (2006), kaedah bermaksud satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Kaedah mestilah tidak bercanggah dengan pendekatan yang telah dipilih. Oleh itu, pemilihan kaedah yang paling sesuai amat diperlukan oleh guru untuk memastikan pengajarannya berjalan lancar dan objektif pengajarannya tercapai.

Kamarudin Hj. Husin,1988 telah menyatakan 10 jenis kaedah pengajaran kemahiran bahasa iaitu Kaedah Terus, Kaedah Semulajadi, Kaedah Askar Atau Tentera, Kaedah Ajuk-Hafaz, Kaedah Linguistik/Fonetik, Kaedah Oral-Aural, Kaedah Terjemahan, Kaedah Psikologi, Kaedah Kod-Kognitif dan Kaedah Khusus. Terdapat beberapa kaedah yang dinyatakan oleh beliau sesuai untuk pengajaran kemahiran membaca iaitu Kaedah Abjad, Kaedah Semulajadi, Kaedah Fonetik dan Kaedah Pandang Sebut.

1) Kaedah Abjad

Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja kerana usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf ‘a’ hingga ‘z’ mengikut susunan dan diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan serta huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994).

Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Namun menurut Abdul Aziz

Kekuatan Kaedah Abjad Kelemahan Kaedah Abjad 1) Sesuai dengan sistem ejaan bahasa 1) Guru perlu mengadakan latih tubi Melayu. huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. 3) Cara mengeja suku kata adalah tetap.Abdul Talib (2000). . biasanya. 3) Murid terlalu bergantung kepada proses mempelajari sesuatu yang mengenal semua huruf dan tahu mengeja. e. Guru perlu mengadakan latih tubi mengeja perkataan dengan bersama murid dengan lebih kerap. Setelah murid menghafal semua nama huruf. guru boleh mengadakan latih tubi membina dan mengeja ayat mudah atau ayat pendek berdasarkan perkataan yang telah digunakan dalam latih tubi mengeja tersebut. Setelah murid sudah lancar mengeja suku kata dan perkataan. 2) Murid-murid dapat membaca apa-apa 2) Kaedah menghafal huruf bercanggah jua bahan terutamanya perkataan yang dengan dengan prinsip pendidikan iaitu dijumpainya kerana mereka sudah murid perlu belajar sesuatu yang konkrit sebelum abstrak. Jadual 1 dibawah menunjukkan banding beza kekuatan dan kelemahan penggunaan Kaedah Abjad dalam pengajaran dan pembelajaran. o. dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. mengeja perkataan dengan kerap. seterusnya perlu menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya. Pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan kemudiannya membentuk perkataan dari suku kata tersebut. pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a. Kebiasaannya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. i. Murid perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan.

guru memulakan pengajaran dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. murid tidak lancar semasa membaca. pembentukan suku kata. Jadual 2 dibawah menunjukkan banding beza kekuatan dan kelemahan penggunaan Kaedah Fonetik dalam pengajaran dan pembelajaran. diikuti dengan pengenalan huruf konsonan. dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Jadual 1: Banding beza kekuatan dan kelemahan penggunaan Kaedah Abjad. . Melalui kaedah ini. terjemahan tidak langsung digunakan. Kaedah ini hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataanperkataan yang telah diketahui oleh murid. 2) Murid mungkin mengalami masalah semasa membina ayat kerana murid tidak 2) Murid tidak perlu menghafal hukum menghafal hukum bahasa. 2) Kaedah Semulajadi Kaedah ini hampir sama dengan Kaedah Terus. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca.4) Memberi asas yang kukuh dalam mengeja sehingga boleh menyebabkan membaca. Kekuatan Kaedah Fonetik Kelemahan Kaedah Fonetik 1) Murid hanya perlu mengingat bentuk 1) Murid tidak mengingat nama huruf huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Untuk murid yang bukan penutur pertama bahasa Melayu. 3) Kaedah Fonetik/Linguistik Kaedah fonetik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya.

3) Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta dapat memahami apa-apa yang dibaca. Pengajaran bacaan dimulakan dengan murid-murid terus diperkenal kepada seluruh perkataan yang disertai gambar dan bukannya mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu. Kekuatan Kaedah Pandang Sebut Kelemahan Kaedah Pandang Sebut .al. Murid-murid perlu mengenali banyak lambang untuk membolehkan mereka membaca suatu ayat yang pendek. Kaedah ini juga dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Para peringkat permulaan.bahasa yang rumit. Jadual 3 dibawah menunjukkan banding beza kekuatan dan kelemahan penggunaan Kaedah Pandang Sebut dalam pengajaran dan pembelajaran. 4) Kaedah Pandang Sebut Kaedah ini dinamakan kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. Menurut Juriah Long et. Murid-murid perlu menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali semasa kad diimbaskan. (1994) perkataan diperkenal kepada muridmurid dengan menggunakan kad-kad perkataan. murid-murid cuba mengenali lambang lambang (abjad) secara keseluruhan. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Jadual 2 : Banding beza kekuatan dan kelemahan penggunaan Kaedah Fonetik.

Menurut Abd. mengenal perkataan huruf tidak yang muncul 3)Mereka hanya menyebut nama gambar bukannya membaca apa yang ditulis. Jadual 3 : Banding beza kekuatan dan kelemahan penggunaan Kaedah Pandang Sebut. Teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu. 2) Murid membaca bukan berdasarkan 3) Murid memahami apa yang dibaca dan lambang-lambang yang membentuk huruf dilihat mereka. atau bermakna. Teknik yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid supaya dapat meningkatkan minat serta interaksi murid terhadap pelajaran. tetapi berdasarkan gambar. Prinsip Kaedah dan Teknik. 4) Mudah keliru jika gambar yang digunakan tidak jelas. Aziz Abd. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz bermaksud pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. teknik ialah cara khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca Teknik menurut Kamaruddin Hj. Talib dalam dalam bukunya Buku Pedagogi Bahasa Melayu. Terdapat beberapa teknik pengajaran kemahiran membaca iaitu .1) Murid tidak perlu menghafal nama huruf 1) Murid lambat mengingati huruf kerana yang abstrak. kemahiran membentuk 2) Murid didedahkan dengan bahan konkrit dengan cepat.

dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. S (survey) Tinjau Soal/tanya Baca Imbas kembali atau nyatakan secara lisan Baca semula Q (question) R (read) R (recite) R (review) - Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. What. Analogize. Learn. tajuk-tajuk kecil. Recite (SQ3R) Teknik ini merupakan satu teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut. How (KWLH). Read. Discuss. Murid perlu meneliti tajuk besar. Review. 1) Survey.teknik Survey. Read. tatacerita dan teater pembaca. Murid sebenarnya perlu juga menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning. membaca perenggan pengenalan. Question. 3R. Read. gambar-gambar atau ilustrasi. Murid akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Question. Recite (SQ3R). SQ3R adalah singkatan bagi. . Question (soal atau tanya) merupakan satu langkah yang memerlukan murid menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. dan menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Review/Researsh (RADAR). Review. Knowledge. lakaran grafik. Apply.

Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir dalam teknik ini. Pada peringkat ini murid sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Recite (imbas kembali) merupakan peringkat yang keempat dalam teknik ini. melakukan . murid mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan dan mempersoal pendapat atau maklumat yang ditemuinya. murid cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Murid juga perlu memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.Peringkat ketiga ialah Read (baca). 2) Knowledge. Murid perlu membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah keempat. membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui. Learn. Setelah selesai membaca. Pemilihan maklumat yang sesuai perlulah dilakukan dalam konteks tugasannya. How (KWLH) KWLH adalah singkatan bagi yang berikut: K (know) W (want) - Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan L (learned) H (how) (untuk membaca seterusnya) Melalui teknik ini pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang telah diketahui. Murid juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca. Berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. What.

Guru memberi petikan dan meminta murid membaca dan mencatat isi-isi penting dalam ruangan ‘L’ ( apa yang saya telah pelajari). 3. menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya. Teknik pembacaan akan membolehkan murid mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. Guru berbincang dengan murid tentang perkara yang telah dipelajari dan meminta murid mengisi ruangan ‘H’ ( bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tambahan) berkaitan dengan tajuk yang dipelajari). Guru menyediakan tajuk dan memberi borang KWLH kepada murid. Murid dibiasakan menggunakan borang menggunakan teknik KWLH dalam konteks pengajaran. . 5. 1. 4. mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya). Berikut merupakan contoh cara pelaksanaan pengajaran menggunakan borang KWLH. Guru berbincang dengan murid tentang tajuk dan meminta murid mengisi ruanagan ‘K’ ( apa yang saya tahu) berkaitan dengan tajuk. dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan. Guru meminta murid mengisi ruangan ‘W’ ( apa yang saya ingin tahu) tentang tajuk yang diberi.pembacaan (bahan yang telah dipilih). 2.

– D Murid menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang.Menganalogi . tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan. idea atau tempat. barang. Discuss. – – A Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan. Terdapat lima langkah dalam pelaksanaan teknik RADAR iaitu: – R Murid dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki.Mengaplikasi . Teknik ini membolehkan murid menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru.Menyemak/ Menyelidik Teknik RADAR direka oleh Martin pada tahun 1983.3) Read. Review/Researsh (RADAR) RADAR adalah singkatan bagi yang berikut: R (Read) A (Analogize) D(Discuss) A( Apply) R(Review/Research) . barang. idea atau tempat. Analogize.Berbincang . Apply.Membaca . Guru membantu murid membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep. R Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan. RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang telah diketahui. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan maklumat lain. idea. . – A Murid menerangkan bagaimana konsep .

(d) Pembaca dapat membaca dengan baik serta menggunakan nada dan intonasi yang sesuai. Teknik ini melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan. Berikut merupakan langkah pelaksanaan teknik Teater Pembaca: (a) Cerita yang dipilih perlu bersesuaian dengan kebolehan murid. nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. Kebiasaannya pelakon berdiri dan berlakon apabila skrip tentang wataknya dibacakan oleh pencerita. (e) Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan. (f ) Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan. gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu murid dan penonton memahami dan menghayati cerita tersebut. Teknik teater pembaca merupakan teknik yang menggambarkan wujudnya interaksi antara bahasa dan pemikiran dimensi yang luas ketika seseorang itu sedang membaca. (g) Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca. wujud interaksi antara bahasa dan pemikiran dimensi yang luas. Terdapat seorang murid sebagai pencerita yang akan membaca cerita dengan lancar dengan nada serta intonasi yang betul. Penggunaan suara. . (h) Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu. (c) Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog.Kelebihan menggunakan kaedah ini ialah murid-murid berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri. (b) Plot perlu diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon. sebutan. 4) Teater Pembaca Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2011). ketika murid membaca. Pelakon perlu melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita.

Kaedah dan Teknik http://zainul.Rujukan: . http://bme3103azie.com/2011/05/teknik-pengajaran-kemahiranmembaca_5065.%20Teknik%20Dan%20Strategi.blogspot. http://aida4eva.Slideshow Pendekatan.Kemahiran Membaca. . Bhd.Kemahiran Membaca Teknik KWLH.pdf .html .Borang KWLH.Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir(2011).ppt . Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.com/2012/05/nota-bmm-3104pengajaran-kemahiran.%20Kaedah. Puchong:Penerbitan Multimedia Sdn.com/minggu_08/kwlh.html .blogspot.tripod.com/kpd/Pendekatan. http://itukamibudakseni.

Discuss. Read. Review.Pengurusan Grafik Kaedah Abjad Kaedah Semulajadi Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca Kaedah Fonetik Kaedah Dan Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca Kaedah Pandang Sebut Survey. Analogize. What. Review/Researsh (RADAR) Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca Teater pembaca . Recite (SQ3R) Knowledge. How (KWLH) Read. Question. Learn. Apply.

Murid diminta membaca perenggan karangan yang dibinanya. Saya bersama pasangan saya. Jamilah amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan sebahagian daripada tugasan BMM3104 ini. Guru membaca kad imbasan dan diikuti oleh murid. Pendekatan Binaan digunakan dalam melaksanakan Langkah 3 untuk pengayaan. Kaedah pengajaran kemahiran membaca yang digunakan dalam RPH kami ialah Kaedah Pandang Sebut dan Kaedah Abjad yang digunakan dalam langkah 1. guru menggunakan Kaedah Pandang Sebut semasa guru menayangkan slaid powerpoint interaktif tentang habitat haiwan. Kaedah Abjad pula digunakan dalam langkah 3 untuk pengayaan iaitu .Refleksi berhubung dengan pemilihan pendekatan. Kaedah ini sesuai untuk murid pemulihan. Murid kemudiannya perlu mengisi abjad/huruf di tempat kosong untuk melengkapkan perkataan dan membaca semula perkataan tersebut. Pendekatan ini jelas digunakan dalam langkah 1 dan langkah 2. Dalam langkah 1 contohnya. kaedah dan teknik serta aktiviti dan bahan bantu mengajar yang digunakan. Selain itu. video turut disertakan sebagai salah satu bahan bantu mengajar untuk membantu murid memahami bahan yang dibaca dari slaid interaktif yang telah disediakan. Langkah 3 juga menggunakan Kaedah Pandang Sebut iaitu murid mengeja dan membaca huruf. Kami memberi penekanan kepada bacaan mentalis. Pendekatan Cerakinan pula digunakan dalam melaksanakan Langkah 3 untuk murid pemulihan iaitu membina ayat dengan mengisi abjad/huruf membentuk perkataan. Pendekatan pengajaran kemahiran membaca yang digunakan dalam Rancangan Pengajaran Harian kami ialah Pendekatan Cerakinan dan Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA). guru perlu memberi sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Murid perlu membina satu perenggan karangan yang mengandungi sekurang-kurangnya tiga ayat berkaitan dengan habitat haiwan.2 dan 3. suku kata dan perkataan dengan sebutan yang betul. Berdasarkan RPH.

kami menggunakan slaid power point interaktif sebagai bahan bantu mengajar utama kami. pembetulan dan cadangan penambahbaikan oleh pensyarah. kad imbasan bergambar turut digunakan. Semasa Set Induksi dan Langkah 3 pemulihan. Secara keseluruhannya. Kami turut menggunakan lembaran kerja iaitu sebanyak 2 lembaran kerja semasa melaksanakan Langkah 3. Kad imbasan ini amat penting semasa menjalankan Langkah 3 pemulihan kerana murid yang lemah perlu diberi latihan atau latih tubi mengeja perkataan berdasarkan gambar dan perkataan yang terdapat dalam kad imbasan tersebut.murid perlu membina satu perenggan karangan yang mengandungi sekurangkurangnya tiga ayat berkaitan dengan habitat haiwan dan murid perlu membaca perenggan tersebut. . Murid dan guru kemudiannya Review (semak semula) jawapan kepada soalan tersebut sama ada betul atau salah. Teknik ini juga digunakan dalam Langkah 3 penilaian iaitu murid perlu melukis dan menulis nama haiwan yang dilukis oleh mereka.Recite. Setelah mendapat teguran. Satu lembaran kerja untuk pemulihan dan satu lagi untuk penilaian. Review). Teknik yang digunakan dalam pengajaran kemahiran membaca dalam RPH ini ialah Teknik 3R (Read. Saya amat berterima kasih kepada pensyarah pembimbing subjek ini kerana banyak memberi bimbingan dan dorongan serta kepada rakan-rakan yang memberi kerjasama semasa pembentangan RPH dan demonstrasi P&P dilaksanakan. Murid kemudiannya perlu Recite (Sebut semula) untuk ingat kembali dan seterusnya menjawab soalan yang disediakan. kami telah membuat penambahbaikan dan diharap penambahbaikan ini boleh diterima dan sesuai diaplikasikan semasa sesi P&P. Langkah pengajaran 1 dan 2 memerlukan murid Read (membaca).