P. 1
Budaya, Nilai Dan Norma Teras Hubungan Etnik H

Budaya, Nilai Dan Norma Teras Hubungan Etnik H

4.4

|Views: 2,914|Likes:

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: NURUL SYUHADA BT ISMAIL HAJAR on Mar 18, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

pdf

text

original

UMS 1122 HUBUNGAN ETNIK

BUDAYA, NILAI & NORMA TERAS HUBUNGAN ETNIK

HARLIANA BINTI HALIM PANEL BIDANG SAINS SOSIAL JABATAN PENGAJIAN ISLAM DAN SAINS SOSIAL PUSAT PENGAJIAN KEMANUSIAAN & KOMUNIKASI KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

PERJALANAN KULIAH
1. Budaya 1.1 Pengertian (bahasa/tokoh) 1.2 Ringkasan 1.3 Identifikasi 1.4 Bahagian 1.5 Ciri Nilai 2.1 Takrif 2.2 Pembahagian 2.3 Kategori 2.4 Sistem 2.5 Kepentingan 3. Norma 3.1 Takrif 3.2 Pembahagian 3.3 Hubungan NilaiNorma 4. Cabaran/Peranan 5. Rumusan

2.

PENGERTIAN BUDAYA
• Bahasa : berasal daripada kata ‘budi’ & ‘daya’ • Sanskrit : ‘buddayyah’ menggabungkan 2 makna iaitu ‘akal & budi’ yang menerangkan hal-hal yang berkaitan dengan ‘akal dan daya daripada budi’ • Inggeris : ‘culture’ @ Latin : ‘colore’ yang bermaksud ‘mengolah, mengerjakan’ dikaitkan dengan ‘aktiviti manusia untuk mengolah dan mengusahakan alam ini.’ • Usaha dan ikhtiar manusia untuk mengolah kehidupan mereka ‘sebagai satu cara hidup’ atau ‘as a way of life’

PENGERTIAN TOKOH

SAFWAN FATHI (1995)
• Terhasil daripada 2 kata : BUDI - pemikiran, perasaan & jentera dalam diri manusia bagi menghasilkan sesuatu. DAYA - sifat batiniah & apa yg. ada dlm. diri manusia hingga menjadi kegiatan @ tradisi dlm. kehidupan.

SIDI GAZALBA (1983) “Cara berfikir, merasa untuk menyatakan diri dalam seluruh kehidupan bagi sekumpulan manusia yang membentuk masyarakat.”

ABD. AZIZ DERAMAN (1992) “Apa jua yang kita fikir, buat & punyai dalam kehidupan merangkumi semua bidang kehidupan baik pengetahuan, kepercayaan, teknologi, sains, kesenian, undang-undang, etika, adat-istiadat & apa jua cara hidup kita yang merupakan penglahiran daripada apa yang diwarisi daripada masyarakat.”

EDWARD B. TYLOR (1871) “Kebudayaan merupakan suatu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, moral, adat resam dan kebolehan serta kebiasaan lain-lain yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat.”

PERSOALANNYA?

• Adakah… * Malam Kebudayaan * Pesta Kebudayaan * Minggu Kebudayaan menepati maksud kebudayaan yang sebenar ???

Ringkasannya
• B. Inggeris = Culture = Colore/Cultura (Latin) • B. Mandarin = Wen Hua • B. Arab = Thaqafah • B. Melayu = budi + daya bu : asli, pertama, sejati, yang dipandang sempurna, menyenangkan & memulakan sesuatu. daya : akal, jalan fikiran & sebagainya yang berkaitan (Asmad,1990)

IDENTIFIKASI KEBUDAYAAN

KEBUDAYAAN
 Perlakuan manusia  Dikongsi bersama  Diiktiraf oleh masyarakat

BUKAN KEBUDAYAAN
 Semulajadi  Pemikiran, perlakuan hasil daripada individu @ segelintir manusia  Tidak diiktiraf oleh masyarakat

BAHAGIAN KEBUDAYAAN
Kebudayaan Kebendaan (Artifek) Objek dapat dilihat/dipegang Memenuhi keperluan asas kehidupan manusia. Cepat berubah Lebih mempengaruhi manusia Mempunyai harga Memerlukan wang untuk mendapatkannya Kebudayaan Bukan Kebendaan (Mantifek) Tidak boleh dilihat/dipegang seperti nilai, kepercayaan, ideologi, falsafah, bahasa, adat resam & lain-lain. Berbentuk abstrak, kejiwaan & spiritual. Memenuhi keperluan asas kasih sayang, penghargaan, sosial dan estetika. Lambat berubah Kurang kuat mempengaruhi manusia Tidak mempunyai harga Perlu melalui proses sosialisasi bagi mendapatkannya

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN
SIMBOLIK DIKONGSI BERPOLA & BERSTRUKTUR PANDANGAN DUNIA MEMBERI KESAN LAMBANG & SLOGAN

DIPELAJARI

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN
DIWARISI

UNIVERSAL
DINAMIK& DIPERBAIKI

TAKRIF NILAI

SH. ALAWIYAH AL-SAGOF, 1985 “Idea yang dikongsi bersama oleh masyarakat tentang apa yang baik, betul dan dikehendaki.” JOHN BEATTIE, 1979 “Apa yang orang atau masyarakat hargai, apa yang mereka anggap penting dan bermanfaat.”

MOHD SALLEH LEBAR, 1998

“Idea-idea yang dikongsi masyarakat tentang apa yang baik meliputi tanggapan apa yang baik atau apa yang buruk dalam sesebuah kebudayaan.”
TING CHEW PEH, 1983

“Satu prinsip umum yang menyediakan anggota masyarakat dengan satu ukuran atau standard untuk membuat pengadilan dan pemilihan mengenai tindakan dan matlamat yang tertentu.”

Nilai: Matlamat hidup atau keadaan yang diidamkan.
Perkara-perkara yang dianggap bernilai, dihargai atau dimahukan Nilai-nilai adalah terhad, manakala permintaan dan tuntutan adalah tidak terhad.

PEMBAHAGIAN NILAI
NILAI SUBSTANTIF • Meliputi instrumental dan ekstrinsik. • Nilai tentang mutu atau kebernilaian objek, keadaan dan tingkah laku. • Cara untuk capai nilai mutakhir. • Cth: Amanah. NILAI INTEGRATIF • Nilai mutakhir. • Mutlak & ideal (boleh menjadi rasional) teras ciptaan & kewujudan manusia & alam. • Cth: Kasih sayang, perpaduan, keamanan.

KATEGORI NILAI
KATEGORI
Material dan fizikal Ekonomi Moral dan intrinsik Sosial Politik Estetika Agama Intelek Profesional Sentimental

CONTOH
Sihat, senang dan selamat Maju dan produktif Jujur, saksama dan ikhlas Pemurah dan kerjasama Adil, bebas dan taat Indah, cantik dan halus Taat, takwa dan insaf Pintar, peka dan kreatif Jaya diri dan inisiatif Cinta, antik dan seni

SISTEM NILAI MANUSIA

EKONOMI SOSIAL KERJA

POLITIK SISTEM NILAI AGAMA

MORAL

SENTIMENTAL

FIZIKAL ESTETIKA

INTELEK

Substantif Integratif

KEPENTINGAN NILAI

Menyatupadukan masyarakat Kawal dan corak tingkah laku Memotivasikan masyarakat Bina hubungan personal/interpersonal Membolehkan membuat pilihan Wujudkan kerjasama Mengawal tingkahlaku negatif Bantu proses sosialisasi

TAKRIF NORMA

SH. ALAWIYAH AL-SAGOF, 1985 “Peraturan dan panduan yang dikongsi bersama bagi mengawal tingkah laku tertentu dalam kehidupan.” TING CHEW PEH, 1983 “Kelakuan standard yang dikongsi bersama oleh anggota kumpulan dan dijangka mematuhinya.”

SUFEAN HUSSIN, 1987 “Perlakuan yang secara tersirat difahami, dimiliki dan dilaksanakan oleh ahli-ahli dalam masyarakat.” KHAIRUL AZMAN MOHD SUHAIMY, 1998 “Panduan bertingkah laku yang standard diakui dan diterima oleh sebahagian besar individu dalam masyarakat.”

CARA GUNA (USAGE) • Peraturan cara guna sesuatu barangan. • Peraturan cara bertindak.

ADAT (CUSTOMS) • Perpatih. • Temenggong. • Peribumi.

PEMBAHAGIAN NORMA
TINGKAHLAK (MORES) • Tingkah laku berperaturan. • Sebahagian drpd undangundang dlm masyarakat. • Kesalahan dikenakan hukuman @ dendaan. KEBIASAAN (FOLKWAYS) • Adat kebiasaan dalam kehidupan seharian. • Diwarisi drpd masyarakat sebelumnya. • Dipelajari melalui proses sosialisasi.

HUBUNGAN NILAI-NORMA

• Kawal pemikiran dan tindakan yang hendak diambil. • Membantu proses sosialisasi individu. • Menggerakkan perubahan dan kemajuan. • Menyatupadukan ahli masyarakat terhadap nilai-norma bersama. • Bina matlamat bersama untuk mencapai pengisian kemerdekaan melalui Wawasan 2020.

CABARAN TERHADAP BUDAYA, NILAI DAN NORMA

• Cultural imperialisme • Peminggiran budaya

IMPLIKASI KERUNTUHAN BUDAYA, NILAI DAN NORMA • Gejala keruntuhan akhlak remaja • Perangkaan statistik kes jenayah dan salah laku moral serius • Budaya hedonisme

PERANAN
• Semai dan pupuk nilai positif & kebersamaan • Pembudayaan melalui sistem pendidikan • Faham konsep budaya/kebudayaan

RUMUSAN
• Pentafsiran budaya perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas. • Norma dikawal oleh nilai yg ditetapkan oleh masyarakat atau budaya. • Pembangunan kebudayaan merangkumi nilai dan norma satu kemestian untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. • Penghayatan dan penghormatan terhadap nilai-norma bersama membentuk penyatuan budaya bangsa akan memudahkan proses mencapai Wawasan 2020.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->