Yusnita Binti Yatim 790202025310

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN BANDAR DARUL AMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

__________________________________________________________
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IJAZAH SARJANA MUDA SEKOLAH RENDAH SEMESTER III SESI 2012 WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK ________________________________________________________________

NAMA ANGKA GILIRAN NO K/P KUMPULAN / UNIT

: : : :

YUSNITA BINTI YATIM 2011181360282 790202-02-5310 PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN UMUM JUN 2011

KOD / NAMA KURSUS PENSYARAH PEMBIMBING TARIKH SERAHAN

: : :

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK NASRUL BIN SAMSUAR 11 OGOS 2012

Yusnita Binti Yatim 790202025310

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (SEKOLAH RENDAH) SEMESTER III 2012

JADUAL PENENTUAN UJIAN TUGASAN & PMM PENDIDIKAN KHAS WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU

PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PEPERIKSAAN DAN ILMU PENILAIAN KERJAUNIT KURSUS BERASASKAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Yusnita Binti Yatim 790202025310

TUGASAN PROJEK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TAJUK PROGRAM : PPG (SEM III)

NAMA GURU PELATIH : YUSNITA BINTI YATIM

TAJUK KURSUS : HUBUNGAN ETNIK KOD KURSUS : WAJ 3106

SEMESTER : 3

TARIKH MULA

28 JULAI 2012

TARIKH HANTAR

11 OGOS 2012

SOALAN : Pembentukan masyarakat pluralistik oleh penjajah telah menyukarkan proses perpaduan dan integrasi di Malaysia sejak merdeka sehinggalah kini. Tragedi 13 Mei 1969 telah menunjukkan beberapa kelemahan dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan menghadapi tekanan dan cabaran hubungan etnik di Malaysia. Jelaskan bentuk-bentuk cabaran hubungan etnik di Malaysia dan analisiskan sejauhmanakah konsep perpaduan dan integrasi (asimilasi, akulturasi, akomodasi, segregasi, dan amalgasi) telah berjaya diamalkan oleh masyarakat majmuk Malaysia melalui pelaksanaan dasar-dasar kerajaan serta kemukakan beberapa cadangan baru ke arah mencapai perpaduan dan integrasi kaum Malaysia masa kini. Perbincangan hendaklah berdasarkan dasar-dasar berikut:      Rukun Negara Dasar Ekonomi Baru Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Wawasan 2020 Gagasan Satu Malaysia

4. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut : i. Gunakan maklumat yang dikumpul sebagai bahagian utama isi tugasan taksiran kumpulan. 4.Yusnita Binti Yatim 790202025310 HASIL PEMBELAJARAN : 1. Maklumat boleh dipaparkan dalam sebarang bentuk visual (grafik). 5. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1. dan 5.2. Meramal cabaran pluraliti budaya dan hubungan etnik di Malaysia Membincangkan peranan masyarakat dan kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik. Menganalisis sejauhmanakah konsep perpaduan dan integrasi kaum dicapai melalui pelaksanaan dasar kerajaan. Fon Arial Saiz huruf ialah 12 Langkau satu setengah baris . 4. 3. 3. dan kumpulan etnik. Tugasan ini adalah tugasan individu 2. Mengemukakan beberapa cadangan baharu ke arah mencapai perpaduan kaum di Malaysia bersandarkan situasi negara hari ini.4. 2. 3. Menjelaskan bentuk-bentuk cabaran hubungan etnik di Malaysia sehingga kini. 2. 5. Membincangkan aspek kerjasama politik dan hubungan etnik Menghuraikan konsep Islam Hadhari dan hubungan etnik. Menjelaskan pluraliti budaya. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. iii. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat . OBJEKTIF KERJA KURSUS PENDEK Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut : 1. Menilai keberkesanan dasar-dasar terpilih dalam mencapai perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia. ii. masyarakat.

Panjang tugasan adalah antara 15 – 20 muka surat sahaja. 3.Yusnita Binti Yatim 790202025310 iv. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheran. Rujukan mengikut format APA berdasarkan tiga sumber yang berbeza v. . Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan. Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran 60% (Ujian Akhir Kursus 40%) Bahagian kulit (warna hijau) hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut: o o o o o o o o LOGO KPM dan IPG NAMA PELAJAR ANGKA GILIRAN NOMBOR KAD PENGENALAN KUMPULAN/ UNIT NAMA KURSUS KOD KURSUS NAMA PENSYARAH      Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah. 2. Liputan isi kandungan yang menyeluruh. Penulisan dan perbincangan mestilah bersifat ilmiah. Amalan plagiat adalah dilarang sama sekali. Kriteria Pemarkahan 1. konsisten dan terperinci. Lampiran. 2. Markah akan diberi secara kerja individu berdasarkan Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus.

Yusnita Binti Yatim 790202025310 NAMA K/P ANGKA GILIRAN : YUSNITA BINTI YATIM : 790202-02-5310 : 2011181360282 .

Yusnita Binti Yatim 790202025310 KANDUNGAN PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS AKUAN PENGHARGAAN BIODATA ISI KANDUNGAN PETA MINDA UNTUK MENUNJUKKAN KONSEP PERLEMBAGAAN DAN UNSUR-UNSUR PENTING PERLEMBAGAAN CARTA GARIS MASA UNTUK MENUNJUKKAN SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA KONTRAK SOSIAL DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA RUMUSAN BIBLIOGRAFI LAMPIRAN .

Kemuncak dan manifestasi hubungan kaum yang selama ini terpupuk sejak kuasa penjajah mulai bertapak di negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia. integrasi ekonomi. Kemudian proses kecil asimilasi yang terdapat dua proses kecil iaitu asimilasi budaya atau akulturasi. Contohnya seperti orang cina yang berasal dari negara China sebagai cina Malaysia. Pilihanraya umum 1969. Antaranya ialah asimilasi yang mana bermaksud integrasi satu hala. ekonomi dan politik termasuk aspek biologikal iaitu kesanggupan perkahwinan campur. Maka.Yusnita Binti Yatim 790202025310 PENGENALAN Selepas kemerdekaan. Contohnya seperti di Malaysia ialah dasar ekonomi baru (DEB) dan Barisan Nasional. definisi perpaduan adalah satu proses penyatuan dari semua aspek fizikal. pelbagai langkah diambil seperti penyeragaman sistem pendidikan. parti perikatan buat pertama kalinya gagal memperolehi majoriti 2/3. penyatuan fahaman politik dan aspek sosial lain. sosial. Maka parti pembangkang telah merancang untuk mengadakan perarakan kemenangan. Contoh mudah seperti masyarakat cina di indonesia. sistem pendidikan berbeza. sosial. Masalah perpaduan dan integrasi di Malaysia kita ini mencapai kemuncak bila tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Manakala integrasi pula ialah satu proses penyatuan dari semua aspek fizikal. Hanya aspek budaya sahaja diasimilasikan dan tidak pada keseluruhan cara hidup. Menurut konsep dan teori. Ini bermaksud satu kelompok mempelajari budaya kelompok dominan atau majoriti. perbezaan pekerjaan. fahaman politik. Seterusnya adalah asimilasi struktur yang bermaksud satu kelompok minoriti berjaya menyertai institusi utama kelompok dominan atau majoriti. perbezaan kepercayaan atau agama dan sistem pemerintahan penjajah. ekonomi dan politik tetapi bukan biologikal. . negara menghadapi pelbagai masalah dalaman terutama masalah perpaduan dan integrasi antara kaum. Ada berbagai bentuk integrasi menurut kajian terdahulu. Masalah ini wujud implikasi daripada pemisahan tempat tinggal. masalah ekonomi.

Etnik-etnik pendatang terpisah dari segi tempat tinggal kerja. setiap etnik mempunyai pendidikan dan sukatan pelajaran masingmasing. India. Dari segi pekerjaan. Cina digalakkan bergiat dalam sektor ekonomi. Cina. orang melayu dan penduduk asli dibiarkan oleh penjajah di perkampungan dan pendalaman seperti sediakala. Kesan dasar pecah dan perintah masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kelompok etnik seperti Melayu. . kerajaan Malaysia telah mempunyai anggapan bahawa tolak ansur antara orang melayu dan bukan melayu dalam bidang politik dan ekonomi negara sudah pun diterima. sebagai petani sara diri dan nelayan. melayu dibiarkan terus menjalankan hidup yang mereka lakukan sejak turun temurun. Dari segi pendidikan pula. Dari segi tempat tinggal. pendekatan kepada kebudayaan-kebudayaan tradisi dilakukan secara liberal serta pembinaan masyarakat yang progresif dengan menitikberatkan sains dan teknologi. Matlamat rukun negara adalah seperti yang mana Rukun Negara dilahirkan dengan matlamat untuk mewujudkan kehidupan yang lebih demokrasi. lambang cara hidup rakyat Malaysia. Kadazan. landasan yang menentukan bagaimana rakyat dapat berhubung antara satu sama lain dan satu lambang yang menyuarakan bentuk rupa masyarakat dan bentuk rupa bangsa. Sehingga tahun 1969. Dan India sebagai pekerja estet. mengagihkan dan menikmati kekayaan negara dengan sama rata. Antara kepentingan rukun negara kepada rakyat dan negara ialah sebagai asas perpaduan rakyat.Yusnita Binti Yatim 790202025310 Manakala. ekonomi dan politik Tanah Melayu menjelangnya kemerdekaan pada tahun 1957 dan pembentukan persekutuan Malaysia pada tahun 1963. dasar pecah dan perintah menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk yang dipisahkan dari pelbagai segi. Inilah keadaan sosial. dan Dayak terpisah antara satu sama lain. mewujudkan masyarakat yang adil.

keazaman dan hasrat rakyat untuk bertindak mencapai matlamat yang diidamkan. rancangkan bersama dan tenaga pengikat yang akan menyatupadukan rakyat Malaysia. Hakikat bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Pada hari ini. . termasuk hormat-menghormati. Rukun Negara penting kepada rakyat dan negara kerana ia adalah manifestasi kepercayaan. Malaysia mendapat pengiktirafan dunia atas kejayaan mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk. budaya dan berasal dari wilayah yang berlainan menjadikan soal perpaduan amat penting dalam menentukan pencapaian matlamat pembangunan negara. agama dan wilayah melalui pemupukan nilai-nilai sejagat yang murni. Namun. agama. toleransi dan saling memahami sesama kaum dan sesama kaum. maka kerajaan dilihat begitu sensitif dan prihatin dalam merangka strategi dan pendekatan untuk mewujudkan keharmonian antara kaum.Yusnita Binti Yatim 790202025310 Perpaduan negara adalah tonggak kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Bersandarkan kepada hakikat tersebutlah. proses pengukuhan perpaduan negara perlu terus dilaksanakan kerana peredaran masa membawa bersama pelbagai cabaran baru yang boleh menjejaskan perpaduan negara.

tempat tinggal. .S. Di peringkat pemerintahan pusat setiap etnik hantar wakil. pengangkutan dan kemudahan awam. Akomodasi . Walaubagaimanapun mereka hidup harmoni dan menghormati antara satu sama lain.Yusnita Binti Yatim 790202025310 INTEGRASI NASIONAL & PERPADUAN NEGARA Malaysia didiami oleh sebuah masyarakat majmuk. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan.Malaysia memerlukan kekuatan perpaduan dan integrasi yang tinggi bagi menjadikannya aman dan harmoni. menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama.Contoh negara . Perpaduan negara ialah penyatuan secara fizikal antara negeri-negeri dan anggota masyarakat seluruh Malaysia. J. Wujud samada didasari undang-undang (de jure). atau tidak (de facto). sistem persekolahan. Namun dalam institusi-institusi tertentu mereka saling saling bergantungan antara satu dengan yang lain. Etnik dan bahasa yang berbagai . sosial dan budaya.merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah negara. tetapi dipisahkan oleh ciri-ciri ekonomi. Contoh segregasi de jure ialah dasar apartheid yang pernah di amalkan di Afrika Selatan. Teori Hubungan Kaum Segregasi .Ia merupakan proses mempertahankan nilai dan norma-norma etnik masing-masing. tempat tinggal. Furnival mentafsirkan masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik (kaum) dan hidup dalam sebuah negara. Ia adalah hasil ikatan batin dan akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati antara etnik atau kaum. Integrasi Nasional adalah satu konsep yang lebih luas iaitu proses penyatuan antara kelompok-kelompok yang berbeza latar belakang.Switzerland.

iaitu berdasarkan kepada perbezaan fizikal ( seperti warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan. Jawatan penting dalam kerajaan. 2. ASAS PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA 1. kerusi dalam pilihraya dan calon-calon yang bertanding tidak boleh hanya dikuasai oleh satu kaum sahaja.proses percampuran ras atau budaya bagi membentuk budaya atau ras yang baru. Cina dan India) telah menyedari bahawa tolak ansur politik dan perkongsian kuasa amat perlu di jaga dan dilaksanakan dengan adil bagi mengelakkan berlakunya perebutan kuasa dan perpecahan. Proses meminjam atau menerima budaya golongan mejoriti. Kerajaan Demokrasi Semua warga negara yang memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara. tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal. Terjadi apabila manusia dalam kumpulan minoriti menerima norma. nilai dan pola-pola tingkahlaku (budaya) golongan mejoriti. . Siapa yang menang dengan dalam pilihanraya dengan suara majoriti berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan aspirasi rakyat melalui saluran yang ditetapkan seperti di Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat. Perkongsian Kuasa Politik Pemimpin 3 kaum utama (Melayu. Amalgamasi .Cara utama ialah melalui perkahwinan antara etnik atau ras.juga dikenali sebagai asimilasi budaya.Yusnita Binti Yatim 790202025310 Akulturasi . Proses kemasukan kedalam masyarakat dominan melalui persahabatan dan perkaitan rapat. Asimilasi . Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza. boleh menyuarakan pendapat. kritikan dan memilih calon dalam pilihanraya dengan bebas dan adil.juga dikenali sebagai asimilasi struktur.

Tahap pemikirannya juga akan berubah menjadi lebih baik. Bagi mengatasi keadaan ini. Jika ianya dibiarkan akan timbul masalah lain ataranya kecemburuan sosial antara pribumi dengan kaum-kaum lain. merasa diri tertindas. Memberi ruang kepada kaum lain mengamalkan budaya dan agama masing2 tanpa cuba mempengaruhi atau mengganggu antara satu sama lain.1989)  Istilah : proses mencantumkan pelbagai unit atau bahagian sehingga menjadi satu.Yusnita Binti Yatim 790202025310 3. gejala sosial. dan McLeod.( Dewan Bahasa Dan Pustaka 1979. Menghilangkan Jurang Ekonomi Antara Kaum Kadar kemiskinan yang tertinggi masih dipegang oleh kaum pribumi. Meningkatkan Taraf Pendidikan Pribumi Jurang Pendidikan dan Jurang ekonomi saling berkait antara satu dengan lain. Apa itu perpaduan?  Boleh ditafsirkan sebagai integrasi dan begitu juga sebaliknya. Kaum yang lemah dan miskin perlu dibantu dengan pelbagai cara untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka. Jika pendidikan mereka lebih baik maka peluang untuk menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga adalah lebih besar. . Toleransi Budaya & Agama Memupuk rasa hormat dan menerima budaya dan agama kaum lain. pembahagian "kek ekonomi" mestilah dibuat dengan cara yang adil dan sesuai dengan keperluan kaum yang ada di Malaysia. 5. peningkatan kadar jenayah dan sebagainya. 4.

2003 . Kuala Lumpur. Aziz Deraman. Mewujudkan budaya yang pelbagai dalam negara( masyarakat majmuk) Menghapuskan sikap pentingkan kaum sendiri Mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza Budaya    Mengelakkan berulangnya rusuhan kaum( 13 Mei 1969 ) Melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara Mengukuhkan keselamatan negara daripada luar dan dalam negara. Bangi. Perpaduan Negara. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Kuala Lumpur. 2005  Tamadun Melayu Dalam Pembinaan Bangsa Malaysia. A. Serdang. 2002  Membina Bangsa Malaysia. Keselamatan  Readings On Ethnic Relations In A Multicultural Society. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jilid 1.Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. Jabatan Antropologi dan Sosiologi. Dewan Bahasa dan Pustaka.Yusnita Binti Yatim 790202025310 KENAPA PERPADUAN ITU PENTING? Ekonomi  Memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan      Menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja Menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang. Jabatan Perpaduan Negara.

Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). pada tahun 5000 SM. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh . Selepas 1500 SM Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto.Yusnita Binti Yatim 790202025310 Kewujudan Masyarakat Pluralitik secara Tidak Langsung Tahun Sebelum 2500 SM Peristiwa Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam. dan alat perhiasan. Kehidupan mereka berpindahrandah. Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Semai. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Sakai. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam. dan sebagainya. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Selepas 2500 SM Mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. membuat barang pecah belah. iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit. Di Kedah sebagai contoh. Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli.

Lembah Bujang menjadi pelabuhan entrepot termaju pada itu. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Kurun ke-7 Masihi Terdapat pedagang-pedagang Arab dan Parsi datang ke Melaka dan Alam Melayu menjalankan perdagangan. Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur.Yusnita Binti Yatim 790202025310 Kepulauan Melayu ini. Kedah. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Sekitar abad ke-12 M hingga 14 M 1293 Masihi – 1500 Masihi Kerajaan maritm Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan pelbagai bangsa Kewujudan empayar besar Melayu –Hindu Majapahit merupakan bukti kukuh kewujudan pengaruh Hindu di rantau Alam Melayu. Penyebaran agama Islam oleh pedagang Arab dan Parsi di rantau Alam Melayu serta Melaka juga telah dibuktikan dalam buku Sejarah Melayu. Abad ke-6 hingga ke-7 Disebabkan kedudukan Melaka diantara laluan diantara China dan India. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme. Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Terdapat sebahagian pedagang Arab dan Parsi berkahwin dengan dengan penduduk tempatan dan menetap di Melaka. Ini dibuktikan dengan penemuan candi di Lembah Bujang. Berlainan dengan Melayu-Proto. Pengaruh India dan Hindu di rantau .

Satu sumber China mencatatkan bahawa Melaka telah mengeksport bijih timah pada 1416 M manakala Pahang mengeksport bijih timah pada 1446 M. 1445 M – 1459 M Islam diiktiraf sebagai agama rasmi kerajaan Melaka oleh Sultan Muzaffar Shah. Ada pedagang wanita daripada golongan bangsawan Melayu dan seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka. . Abad ke-14 Pendidikan bukan formal berkembang di Kepulauan Melayu Pedagang Arab dan India beragama Islam datang menyebarkan agama Islam dan membuka pondok serta melopori pendidikan bukan formal 1400 M Parameswara.Yusnita Binti Yatim 790202025310 Alam Melayu dikatakan bermula sejak zaman pemerintahan kerajaan Srivijaya. Orang Cina yang datang terdiri daripada golongan pedagang.16 M Melaka menjadi pusat perantara urus niaga barang dari pelbagai negara. Ini disebabkan kerajaan Srivijaya menjalankan dasar peluasan kuasa untuk mengawal jalan laluan perdagangan dan peraiaran di Selat Melaka dan Selat Sunda. putera raja dari Palembang setelah ditumpaskan oleh Majapahit telah menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka negeri Melaka. Terdapat perdagangan antara pedagang China dengan Melaka. Pada zaman Kesultanan Melaka. Contoh yang ialah Mani Purindam (pemborong batu permata) menjadi menantu kepada Sri Nara Diraja (1424-1444 M) yang mana hasil perkahwinan itu menghasilkan pembesar dan pemerintah Melaka seperti Sultan Muzaffar Shah (1445-1459 M). terutama daripada India dan China. Sekitar kurun ke15 . pedagang India merupakan India golongan berkahwin pedagang dengan utama.

orang-orang Melayu mula mengerumuni mereka. mengusap kepala dan memegang tangan mereka dan menggelar mereka sebagai Benggali Putih. Bagi mengukur kekuatan Melaka. Portugis telah menghantar sepasukan peninjau dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira. Portugis mendapati bukan India tetapi sebaliknya Asia Tenggara yang boleh memberi kekayaan kepada mereka. Penduduk Melaka tidak pernah melihat orang Eropah sebelum ini dan apabila kelasi-kelasi Portugis itu medarat. Mereka telah mengumpul maklumat daripada setiap pelaut yang datang ke Goa dan akhirnya membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang memerintah Melaka akan mempunyai kuasa untuk menggegarkan Venice. Angkatan itu tiba di Melaka pada 11 Ogos 1509 dan de Sequeira menghantar salah seorang nakhodanya mendarat dengan membawa warkah dan hadiah dari Raja Portugis kepada Sultan. Mereka amat terpegun dengan paras rupa serta warna kulit orang-orang Portugis ini. Ini dibuktikan dengan lawatan daripada beberapa laksamana dari Dinasti Ming. Perkahwinan turut menjadi faktor penyumbang kepada perhubungan antara Melaka dan China apabila Sultan Mansur Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Poi anak Maharaja China. Mereka mula menyentuh janggut perang orang Portugis.Yusnita Binti Yatim 790202025310 Melaka turut menjalinkan perhubungan diplomatik dengan China. . setelah menakluki Goa.

lantas pusat pentadbiran dipindahkan ke . kepentingan Melaka semakin luput manakala Pulau Pinang pula semakin membangun.Yusnita Binti Yatim 790202025310 Kewujudan Masyarakat Pluralitik secara Langsung 1511M Alfonso d' Albuquerque berjaya menawan Kota Melayu Melaka pada 10 Ogos 1511 dan membina A Famosa. 1641M Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari 1641. 1808M Kedatangan Sir Stamford Raffles telah menyelamatkan Melaka dari kemusnahannya dengan persetujuan Lord Minto. 1826M Pulau Pinang termasuk Seberang Perai. Namun begitu. 1824M Perjanjian Anglo-Belanda antara atau Perjanjian dan Belanada London untuk ditandatangani Inggeris mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda. 1807M British mula memusnahkan kubu Portugis dan mengusir pengaruh Portugis dari Melaka. yang merupakan penempatan terawal Inggeris telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Manuel de Souza Couthinho telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe. British telah menguasai kawasan utara Selat Singapura sementara Belanda di bahagian Selatan (Kepulauan Indonesia).Kerja-kerja memusnahkan kota ini menelan belanja disekitar 70. Melaka dan Singapura telah digabungkan untuk membentuk Negeri-negeri Selat.000 pound. Pulau Pinang. kemajuan di Singapura juga telah meningkat dari segi jumlah penduduk dan perdagangan. Lama kelamaan. Kemudian Belanda merancang untuk menukarkan pedagang-pedagang yang datang ke Melaka berpindah ke Pulau Pinang dan berhasrat melemahkan kekuatan Melaka. Gabenor Portugis.

Walau bagaimanapun. yang bertahan selama 42 bulan. Belgium. Peperangan merebak dari sebuah negara ke negara yang lain sehingga akhirnya hampir keseluruhan negara di dunia terlibat. pada tahun 1867. Pihak Jepun menubuhkan pentadbiran tenteranya di Malaya. Tentera Jepun mendarat di Singapura pada 8 Februari dan Singapura menyerah kalah kepada Jepun pada tanggal 15 Februari 1942. Pada bulan Jun tahun 1940. Pada 13 Disember 1941. Holland.Yusnita Binti Yatim 790202025310 Singapura pada tahun 1832. meninggalkan pihak British bersendirian menangkis kemaraan tentera Jerman. Jepun pula. . Luxembourg dan Perancis telah dijajah oleh pihak tentera Jerman. 1914 -1918M Peperangan telah meletus di Eropah pada tahun 1914 di antara Jerman dan British serta negara-negara sekutunya. justeru. Penjajahan Jepun telah membawa penderitaan kepada kebanyakan penduduk. tentera Jepun telah berada di Kedah dan memulakan kemaraan mereka ke Singapura. Malaya tidak mempunyai kemampuan untuk menghalang kemaraan tentera laut dan tentera udara Jepun kerana kekuatan tentera British ditumpukan sepenuhnya di Eropah. Negeri-negeri Selat diasingkan dari penguasaan Inggeris di India dan telah dijadikan sebuah Koloni Diraja secara lansung di bawah penguasaan Pejabat Koloni di London. 1941 – 1945M Perang Dunia Kedua bermula di Eropah pada 3 September 1939. yang sudah sekian lama berkeinginan untuk menguasai kawasan Asia Tenggara telah mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam peperangan ini dengan berpihak kepada Jerman pada 8 Disember 1941. Norway. Negeri-negeri Selat berada di bawah penguasaan Gabenor Jeneral di Kalkatta.

pihak British mengumumkan satu langkah berani bagi menamatkan cara pemerintahan secara tidak langsungnya dengan menyatukan kesemua negeri menjadi Kesatuan Malaya di bawah seorang Gabenor yang mempunyai kuasa eksekutif. 1945M Pada bulan Oktober 1945. Singapura juga akan menjadi jajahan yang berasingan. Ia juga telah mencadangkan untuk memperkenalkan kewarganegaraan Malaya yang akan memberi hak sama rata kepada mereka yang mengakui Malaya sebagai tanah airnya. Walaupun membantah. Tentera British di bawah Lord Louis Mountbatten menduduki semula Malaya pada 5 September 1945 dan Pentadbiran Tentera British ditubuhkan untuk mengurus negara ini. Kesatuan Malaya dan Singapura akan mempunyai Gabenor. Majlis Eksekutif dan Perundangan mereka sendiri. pihak Sultan telah menandatangani perjanjian tersebut dan melepaskan hak kedaulatan dan kekuasaan mereka kepada Kerajaan British. Sir Harold MacMicheal. ia tetap akan menjadi Jajahan British. 1948 – 1955M Pembubaran Kesatuan Malaya pada tahun 1948 telah memaksa pihak British untuk membuka jalan bagi kemerdekaan . Walaupun Pulau Pinang dan Melaka merupakan sebahagian daripada cadangan Kesatuan Malaya.Yusnita Binti Yatim 790202025310 Penjajahan ini tamat apabila pihak Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945. wakil khas kerajaan British tiba di Kuala Lumpur bagi membincangkan perjanjian baru dengan Sultan Negeri-negeri Melayu. Pada bulan Oktober 1945. Parti-parti politik dan persatuan-persatuan ditubuhkan di seluruh negara dengan tujuan menentang cadangan Kesatuan Malaya yang akan berkuatkuasa pada 1 April 1946 di mana sebuah pentadbiran kerajaan awam akan ditubuhkan.

pakatan UMNO-MCA-MIC yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah memperolehi kemenangan yang besar dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.Yusnita Binti Yatim 790202025310 Persekutuan Malaya. Akibat daripada dua tekanan utama yang terdiri daripada peristiwa Darurat dan juga perkembangan pergerakan nasionalis Melayu iaitu UMNO. Walau bagaimanapun. Masalah dalam mendapatkan kerjasama politik daripada kumpulan etnik utama di negara ini dalam memperjuangkan kemerdekaan berjaya diatasi dengan pembentukan pakatan di antara UMNO dan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan kemudiannya disertai oleh Kongres India Malaya (MIC). Cadangan ini juga menerima tentangan dari Indonesia yang melihatnya . 31 Ogos 1957 1961 – 1963M Kemerdekaan Tanah Melayu Langkah pertama dalam penubuhan Malaysia bermula pada tahun 1961 apabila satu cadangan untuk membentuk sebuah persekutuan yang lebih luas merangkumi Persekutuan Malaya. Sabah dan Brunei dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Sarawak. tetapi menimbulkan rasa curiga di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak. Singapura. Ketika pilihanraya persekutuan yang pertama diadakan pada tahun 1955. Persekutuan Malaya telah mencapai kemerdekaannya. Pakatan tersebut telah berjaya memaksa British untuk melepaskan kuasa pemerintahan mereka dan pada 31 Ogos tahun 1957. pihak British memperkenalkan sistem pilihanraya pada tahun 1951 di peringkat tempatan. Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri pertama Persekutuan Malaya. Cadangan ini secara amnya diterima oleh penduduk Malaya dan Singapura. cadangan tersebut dibantah oleh Filipina yang telah membuat tuntutan hak ke atas Sabah.

pada 16 September 1963. Namun. Brunei pula menolak usul untuk menyertai Malaysia. tentangan yang berterusan daripada Filipina dan Indonesia telah menyebabkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menghantar satu misi ke Borneo pada tahun 1963.Yusnita Binti Yatim 790202025310 sebagai satu langkah untuk menjajah Borneo oleh Sukarno dan Parti Komunis Indonesia. Justeru. . telah melawat Sabah dan Sarawak pada tahun 1962 dan melaporkan bahawa kebanyakan negeri menyokong penubuhan Malaysia. Lord Cobbold. Sabah. Pilihanraya diadakan buat pertama kalinya di Brunei dan di Sabah pada tahun 1962. Sarawak dan Singapura. Cadangan dalam ini bagaimanapun mempercepatkan mempunyai kesan langsung penggubalan perlembagaan di Sarawak. yang turut melaporkan bahawa pandangan awam rata-rata menyokong penubuhan Malaysia. Singapura menarik diri daripada Malaysia dan menjadi sebuah negera yang merdeka. Walau bagaimanapun. pada tahun 1965. Satu suruhanjaya kerjasama InggerisMalaya yang diketuai oleh bekas Gabenor Bank England. Sabah dan Brunei. Malaysia telah secara rasminya dibentuk dan ia terdiri daripada Persekutuan Malaya.

Yusnita Binti Yatim 790202025310 Faktor – faktor yang menyulitkan proses perpaduan di Malaysia sebelum tahun 1970 Dasar British Petempatan Sosio budaya Pendidikan yang berbeza Kegiatan ekonomi penduduk .

Tujuannya adalah untuk mengimbangi kaum melayu dan memudahkan pihak British menguasai ekonomi tanpa sebarang ganguan. Orang india pula tinggal di kawasan ladang getah atau estet-estet dimana kawasan tersebut terpencil daripada tempat tinggal orang cina dan Melayu. . Orang cina tinggal di kawasan perlombongan di bandar seperti Ipoh.petempatan yang berbeza menyebabkan mereka tidak berhubung antara satu sama lain.  Usaha ini dilakukan atas sebab menguasai ekonomi Tanah Melayu bagi menjayakan revolusi perindustrian di negara mereka. Orang Melayu tinggal di kampung dan pinggir bandar.Yusnita Binti Yatim 790202025310 Petempatan     Ketiga-tiga kaum ini mempunyai lokasi petempatan yang berbeza dan tingal terasing antara satu sama lain. Dasar British  British mengalakkan kemasukan buruh cina dan india.Taiping dan Kuala Lumpur.  Hal ini dapat dilihat dari dasar yang diperkenalkan oleh British iaitu dasar pecah dan perintah yang bertujuan untuk menyekat orang Melayu bergiat dalam sektor ekonomi moden.

Masyarakat cina dan india telah mengamalkan dan mengekalkan budaya hidup mereka dari cina dan india untuk di amalkan di Tanah Melayu.orang india bekerja sebagai pekerja ladang dan orang melayu kekal sebagai nelayan dan petani. .guru-guru. Kegiatan ekonomi penduduk   Masyarakat di Tanah Melayu di kenali melalui kegiatan ekonomi kerana setiap kaum mempunyai kegiatan ekonomi yang berlainan.  Mereka telah menubuhkan persatuan-persatuan bagi mempertahankan dan melindungi amalan budaya mereka serta menjalankan aktiviti kebudayaan mereka.sukatan pelajaran dan buku-buku dibawa dari india.  Pendidikan melayu berasaskan kepada budaya melayu dan islam.mereka telah menubuhkan institusi pendidikan berteraskan kepada kaum mereka. Pendidikan yang berbeza  Oleh kerana masyarakat melayu.  Begitu juga dengan masyarakat india mereka menggunakan bahasa Tamil.cina buddha. Orang cina tertumpu pada kegiatan melombong.cina dan indiasentiasa curiga mencurigai dalam segala aspek.Bagi masyarakat cina mereka telah mendirikan sekolah cina dengan berkiblat kepada negara China. kristian manakala india beragama hindu.orang melayu beragama islam.Yusnita Binti Yatim 790202025310 Sosio budaya  Ketiga-tiga kaum ini juga mengamalkan budaya yang tersendiri.  Dari segi agama.

JAWATANKUASA PERUNDING (1946) • Dianggotai oleh 5 orang Eropah. 2 orang Cina. . • Dianggotai oleh 4 orang wakil Raja Melayu.Yusnita Binti Yatim 790202025310 CABARAN PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA PERJANJIAN PANGKOR 1984 • Sejarah perlembagaan Malaysia bermula apabila Sultan iiii menandatangani Perjanjian Pangkor pada 10 September 1877 di Pulau Pangkor. • Mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai draf perlembagaan oleh Jawatankuasa Kerja. 6 wakil pegawai British. • Perjanjian tersebut menjadi kesinambungan kepada pembentukan perlembagaan Malayan Union. 2 wakil UMNO. • Rangka perlembagaan baru yang boleh diterima orang Melayu. 2 orang India. • Merupakan perjanjian bertulis antara negeri Perak dengan British. JAWATANKUASA KERJA (1946) • Ditubuhkan pada Julai 1946 oleh British. • Ditentang hebat oleh Orang Melayu. MALAYAN UNION • Menyatukan semua negeri Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran pusat.

• Parti Perikatan menang 51 kerusi. • Beri latihan dan peluang kepada pemimpin tempatan memerintah secara demokrasi. PENGENALAN SISTEM AHLI (1951) • Wakil Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan. PILIHANRAYA PERSEKUTUAN (1955) • Diadakan pada 27 Julai 1955. . JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM 1949 (CLC) • Memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum. PAS menang 1 kerusi.Yusnita Binti Yatim 790202025310 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 • British isytihar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.

. ia dilaksanakan di Semenanjung Tanah Melayu sahaja.Yusnita Binti Yatim 790202025310 PERJANJIAN LONDON (1956) Tunku Abdul Rahman dan 8 orang wakil berangkat ke London untuk berunding mengenai kemerdekaan dengan pihak British. PENGISYTIHARAN PERLEMBAGAAN TANAH MELAYU (1957) Perlembagaan ini diambil dari Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. SURUHANJAYA COBBOLD (1962) Terdiri daripada 2 orang wakil British dan 2 orang wakil kerajaan. Tujuan suruhanjaya ini adalah meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak untuk membina satu perlembagaan baru. PERLEMBAGAAN MALAYSIA (1963) Ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.

Sabah & Sarawak . Bumiputera.Yusnita Binti Yatim 790202025310 Agama Islam Institusi beraja Unsur-unsur Tradisi Perlembagaan Bahasa Melayu Kedudukan istimewa orang Melayu.

agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam. Institusi beraja  Raja berkuasa mutlak  Dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik sebelum penjajahan British.bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain.  Hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu terus kekal di tangan Raja Raja Melayu. Sabah & Sarawak Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong. Bumiputera. Bahasa Melayu Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan . .  Penjajah British tidak campur tangan dalam halehwal agama Islam.Yusnita Binti Yatim 790202025310 Agama Islam  Agama rasmi.  Melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Kedudukan istimewa orang Melayu.

sama ada dalam undangundang. Politics. Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diisytiharkan. Perlembagaan sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan yang menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahan negara itu. . Perlembagaan ini berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan. Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah. .Tun Salleh Abas Surat catatan atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden .A. Leeds dalam bukunya.C.Yusnita Binti Yatim 790202025310 .H. bentuk sesebuah kerajaaan dan hakhak rakyat.C. KONSEP PERLEMBAGAAN . S.Ruslan Zainudduin . Pritchett dalam International Encyclopedia of Social Sciences.A. adat kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary. Satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.

Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan . a  Raja berkuasa mutlak  Dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik sebelum penjajahan British. Unsur-unsur tradisi perlembagaan Perkara 153 menggariskan bahawa Yang diPertuan Agong. agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan.  Hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu terus kekal di tangan Raja Raja Melayu.bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. .Yusnita Binti Yatim 790202025310  Agama rasmi. atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam.  Penjajah British tidak campur tangan dalam hal-ehwal agama Islam.  Melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara.

Bagaimanapun. .Yusnita Binti Yatim 790202025310 RUMUSAN Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. bendera dan jata Negara hendaklah dikenali dan dihormati oleh setiap individu yang bergelar warganegara. negara yang aman dan makmur tidak mungkin lahir dengan sendirinya. Usaha beliau hendaklah sentiasa dihargai oleh segenap lapisan masyarakat. kita mungkin tidak dapat menikmati kehidupan yang aman dan damai seperti hari ini. Usaha – usaha mereka hendaklah sentiasa disokong. Atas kesedaran inilah maka Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan agar pembangunan ekonomi negara terus berlangsung dengan pesat. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. kita hendaklah menghormati satu sama lain untuk memastikan tidak berlakunya pertelingkahan yang akan menyebabkan pergaduhan dan perpecahan tercetus. Oleh yang demikian. Pemimpin juga memainkan peranan yang penting untuk menjadi contoh kepada rakyat dan bukan untuk menindas rakyat. lambang – lambang kebesaran Negara seperti lagu kebangsaan. Raja berpelembagaan dan pemimpin hendaklah dihormati oleh setiap lapisan masyarakat untuk mengekalkan keamanan dan perpaduan. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing. Perjuangan tokoh seperti Dato Onn Jaafar yang memainkan peranan yang penting untuk memperjuangkan kemerdekaan Negara suatu ketika dahulu. di samping memastikan agar tiada mana-mana golongan yang merasakan mereka ketinggalan dalam arus perdana pembangunan negara. Sebagai seorang rakyat. Tanpa pejuang seperti mereka. Setiap pemimpin haruslah bersatu padu untuk mengelakkan daripada berlakunya perpecahan di dalam Negara. Bangsa Malaysia dapat dicapai jika perkara ini dihentikan. pemimpin hendaklah memainkan peranan yang penting untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan Negara. Selain itu. Sikap memilih kasih terhadap kaum sendiri hendaklah diketepikan kerana ini boleh memudaratkan hubungan antara kaum.

Bak kata pepatah ‘hujan emas di negeri orang. Kesimpulannya. Sebagai seorang warganegara. Pengkhianatan terhadap Negara sendiri merupakan perbuatan yang tidak boleh dimaafkan. Kerjasama antara kaum juga penting bagi mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim. Kita hendaklah menjaga maruah Negara walau di mana sekalipun kita berada dan sedia berkorban untuk mempertahankan tanah air tercinta.Yusnita Binti Yatim 790202025310 Sikap cintakan Negara hendaklah dipupuk sejak kecil lagi. Kita perlulah mencari jalan yang sesuai untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Kerajaan telah diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir Negara. kerjasama dan toleransi dikalangan masyarakat. Aktiviti seperti gotong – royong juga dapat mengeratkan ikatan persahabatan dan menjalankan aktivi bersama adalah antara langkah – langkah yang dapat mengeratkan hubungan antara kaum. Semangat kekitaan dapat melahirkan amalan bertolak ansur. Ibu bapa dan guru – guru memainkan peranan yang penting bagi memastikan anak – anak mereka dididik untuk menjadi bangsa Malaysia yang cintakan dan sayang kepada tanah air tempat tumpah darah. masyarakat yang bersatu padu adalah amat penting di dalam sesebuah Negara untuk menjamin kedamaian Negara masih terpelihara serta masih berada di dalam keadaan yang terkawal. ini untuk memastikan Negara kita sentiasa berada di dalam keadaan aman dan damai. Malaysia masih tetap di hati mereka. Seseorang itu haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang kepada Negara. semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di dalam sesebuah institusi Negara. Kerajaan harus peka terhadap suara rakyat. Selain itu. hujan batu di negeri sendiri’. Kerajaan perlulah mencari jalan dan dan mengambil langkah yang sesuai dan tepat untuk memastikan tiada berlakunya diskriminasi antara kaum. .kita hendaklah sanggup bertolak ansur untuk memastikan perpaduan antara kaum masih utuh dikalangan rakyat Malaysia. Apabila berada di luar Negara. Ibu bapa perlu memastikan anak – anak mereka tidak terlibat dengan kegiatan yang boleh menyebabkan imej Negara tercalar seperti terlibat dengan rusuhan dan sebagainya. kita hendaklah sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan Negara serta cara mengatasinya.

Pada pendapat saya. Sesungguhnya telah banyak pengalaman yang berharga yang tidak pernah saya perolehi selama ini dapat saya janai dalam proses menyiapkan kerja kursus in. Namun walau bagaimana pun. Oleh itu. secara ikhlasnya saya menyatakan bahawa masa yang telah diperuntukkan kepada kami untuk melaksanakan tugasan ini adalah terlalu singkat. . Nasrul bin Samsuar kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan tidak pernah merasa jemu dalam memberi pendapat dan melayani kerenah dan soalan-soalan kami. Pertama sekali. Apa yang pasti. terutamanya kepada En. Saya juga dapat merasai perasaan manusia yang sanggup mengorbankan tidur mereka semata-mata untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. saya berasa amat gembira kerana dengan adanya ruangan maklum balas pelajar ini dapat saya luahkan sedikit-sebanyak tentang kebaikan serta keburukan sepanjang tempoh masa yang saya gunakan untuk menyiapkan kerja kursus ini. kumpulan kami dapat juga menyiapkan tugasan kami tepat pada pada masanya. saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap pensyarah yang turut terlibat dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. semua yang telah saya dan rakan-rakan tempuhi adalah merupakan pengalaman yang amat berhaga untuk dijadikan pedoman untuk kami memperbaiki kelemahan kami pada masa yang akan datang. Saya juga berpeluang untuk merapatkan hubungan silaturrahim diantara rakan-rakan sekumpulan saya serta dengan para pensyarah. sudah menjadi adab dan lumrah kehidupan setiap kali sebelum mencapai kejayaan tentulah perlu untuk menempuhi kesukaran dan kepayahan. Kami juga telah menghadapi masalah dalam proses untuk mengumpulkan maklumat daripada buku-buku rujukan dan sumber internet. Namun saya berasa amat gembira kerana walaupun menghadapi begitu banyak cabaran dan kesusahan.Yusnita Binti Yatim 790202025310 Syukur kehadrat ILLAHI kerana dengan limpah kurniannya dapat juga saya siapkan Kerja Kursus dengan jayanya pada tempoh yang telah ditetapkan. kami sebagai pelajar dan juga guru yang sudah bekerja perlu membahagi masa antara belajar dan bekerja. Namun saya juga faham yang bahawasanya pihak Institut sebenarnya terikat dengan undang-undang BPG yang telah ditetapkan. Tambahan lagi.

Saya telah pergi ke perpuskataan untuk mendapatkan maklumat dan sumber. Dalam kerja berkumpulan ini. Sekian sahaja dari saya. di antaranya adalah kerja berkumpulan. terima kasih. Kerja berkumpulan adalah lebih baik daripada kerja berseorangan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa sahaja atau mana – mana pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini secara langsung atau secara tidak langsung.Yusnita Binti Yatim 790202025310 Walaupun kami agak sibuk dengan tugasan – tugasan yang lain. saya telah mendapat beberapa nilai murni. kerja kursus ini dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Dengan sikap setia kawan yang tinggi daripada Azrul. kami telah membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan untuk membuat tugasan yang lain. Kami dapat bertukar – tukar pendapat di antara ahli kumpulan. . bukan sahaja di kalangan ahli kumpulan kami malah dari ahli kumpulan yang lain.

SPM Sejarah Malaysia Moden 1400 – 1963.Yusnita Binti Yatim 790202025310 1. Sejarah. Dr. Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Sidang Pengarang ILPS (2001).. International Book Services. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Serdang. Hubungat Etnik Di Malaysia. Universiti Teknologi Mara. 5. Bhd. Dewan Bahasa & Pustaka. Zaid Ahmad. Oxford Fajar Sdn. Jawan (1997).malimkundang./memahami-kontrak-sosial-dan-keudukannya. Bhd. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Salleh Abbas (1985). Malaysia Sejarah Kenegaraan & Politik. Malaysia Kita – Panduan dan Rujukan untuk Peperiksaan Am Kerajaan. 3. Malaysia Perspektif. Sejarah Malaysia. Ho Hui Ling & Dr. 9. 7.net/. www. 2. Dewan Bahasa dan Pustaka. Pentadbiran & Dasar – dasar Pembangunan.com/. Selangor. Skudai. Shah Alam. Kuala Lumpur.. Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.. Maswardi Rosli (1990)..slideshare. Ruslan Zainuddin (2000). Kuala Lumpur. Sejarah & Politik. Shamsul Amri Baharuddin (2008). Penerbit Universiti Putra Malaysia. Kenegaraan Malaysia. 6. Kuala Lumpur 8. Selangor. Abdul Rahman Haji Ismail (2005). 11. Pencetakkan & Perniagaan Berlian.United States www. Kuala Lumpur./tajuk-6-perlembagaan-presentation . Sarjit Singh Gill (2006).html . 10. Kassim Thukiman (2002). Dr. 4. Modul Hubungan Etnik.

com.ums.mindamadani.anwarkim.edu.tanyasifu.net/?p=44 http://www. 17.asp?e=STPM&s=BM&b=NOV&m=3&r= m&i=NOTA 19.net/kita1malaysia/bab3-perlembagaan . 14. www.my/webv3/appl/downloadfiles/KULIAH%208.com/forum/politik-malaysia/1259-asal-usul-bahasa- melayu.html .my/content/view/209/2/ http://nota.my/pen2006/DAH/bab1.United States www. 16.com/live/blog/view/id_68 www.tutor.slideshare. 20.penerbit.usm.com/?s=Pengenalan+Perlembagaan www. 15.mytmk. 18.keriswarisan. 13.my/tutor/arkib2002.ppt www. http://www.html http://www.Yusnita Binti Yatim 790202025310 12.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful