You are on page 1of 9

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009

C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

PENYALAHGUNAAN INTERNET DI KALANGAN MAHASISWA:


KAJIAN KES DI UiTM

Mazlan Osman dan Amri Abdul Rahman

Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA, Terengganu, MALAYSIA
Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA, Terengganu, MALAYSIA
sunter08@gmail.com
amryy@yahoo.com

ABSTRAK

Penyalahgunaan Internet telah berlaku hampir di seluruh dunia hari ini termasuk di kalangan masyarakat Malaysia.
Ini menunjukkan bahawa masih ada pengguna Internet yang tidak tahu bagaimana untuk mengawal tingkah laku
mereka semasa menggunakan teknologi Internet. Pastinya penyalahgunaan Internet sebegini telah menimbulkan
gambaran negatif kepada manusia yang tidak mengetahui tentang Internet.

Pusat Keselamatan Siber Malaysia (NISER) yang merupakan sebuah institusi yang mengendalikan keselamatan
teknologi maklumat dan komunikasi negara mengesan lebih 1,200 aduan membabitkan jenayah Internet melalui
Pusat Aduan Awamnya sepanjang tahun 2006, yang sebahagian besar membabitkan kes penipuan siber, termasuk
pelaburan haram melalui Internet.

Berdasarkan kepada sumber dan laporan di atas, maka penyalahgunaan Internet adalah di anggap sebagai satu
jenayah yang perlu diberi perhatian serius. Namun oleh kerana jenayah tersebut dilakukan melalui Internet atau alam
siber maka ia dinamakan jenayah siber.

Kajian ini membentangkan sejauh mana jenayah siber telah berlaku di Malaysia dalam konteks mahasiswa. Dua
kaedah telah digunakan dalam menjalankan penyelidikan ini iaitu kaedah analisis dokumen dan soal selidik. Kaedah
persampelan yang digunakan ialah Persampelan Kawasan atau Area Sampling dan saiz sampel didapatkan melalui
kaedah Persampelan Quota.

Daripada analisa yang telah dibuat, kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat jenayah-jenayah siber yang agak
berat di kalangan mahasiswa, namun masih ada segelintir mahasiswa yang masih melakukan beberapa jenayah siber
yang lain walaupun sedikit. Ini memerlukan keprihatinan semua pihak khususnya mereka yang terlibat dalam
institusi pendidikan dan ICT di Malaysia.

Katakunci: Internet, Jenayah Siber, Mahasiswa

Paper number: 8678992


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

1. PENGENALAN

Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang
memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di
dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (samaada benar atau
salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.

Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun
bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara
penduduk mereka.

Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang.
Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan peranan yang penting dalam media untuk
menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan media ini penyebaran
maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti Internet. Ini membolehkan pengawalan
maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan negara mempunyai peruntukan undang-undang
yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen.

Di Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit
yang sah. Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan
1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 membataskan maklumat-
maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai. Bahan media yang tradisional juga
dibatasi oleh had geografi. Penyebaran buku, makalah dan surat khabar memerlukan kos, tenaga manusia,
infrastruktur jalan dan kemudahan kenderaan. Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat
dan pada masa yang sama memudahkan pengawalan maklumat.

Perbezaan antara Internet dan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana Internet adalah satu
platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh
dunia. Teknologi Internet memungkinkan seseorang menyalahgunakan maklumat dan berbagai jenis
perkhidmatan yang disediakan. Salah satu penyalahgunaan teknologi Internet masakini ialah jenayah
siber.

Persoalan dalam isu ini ialah sejauh mana menularnya aktiviti jenayah siber di kalangan remaja khususnya
mahasiswa di Malaysia. Tujuan kajian ini ialah mengkaji kegiatan jenayah siber di kalangan mahasiswa
dan mengenalpasti apakah jenis-jenis jenayah siber yang mereka lakukan dan faktor-faktor yang
mempengaruhinya supaya satu kaedah dapat dirangka untuk menangani masalah tersebut.

2. KAJIAN LITERASI

Jenayah siber biasanya ditakrifkan sebagai aktiviti jenayah yang berkaitan dengan teknologi dan komputer
menerusi Internet (Foo Eu Jin, NST, November 2004). Namun begitu, sebenarnya definisi jenayah siber
mempunyai takrifan yang berbeza antara satu sama lain. Kita boleh mendapatkan definisi jenayah siber
melalui berbagai sumber dan maklumat yang sentiasa berubah dan selari dengan perkembangan dan
evolusi IT.

Pengarah Pusat Keselamatan ICT dan Tindakbalas Kecemasan Kebangsaan (NISER), Leftenan (Lt.)
Kolonel Husin Jazri menyatakan bahawa buat masa ini tidak ada satu definisi ancaman keganasan atau
jenayah siber yang standard dan diterima pakai oleh semua. Beliau berkata, adalah lebih baik kita gunakan
istilah ``ancaman siber'' dan tidak ``ancaman keganasan siber'' kerana ancaman siber, walaupun tidak
semestinya ganas, mampu membawa implikasi yang buruk secara global dalam masa yang amat singkat.
(Utusan Malaysia, Februari 2004).

Paper number: 8678992


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Terdapat juga beberapa definisi lain yang diperolehi dari sumber Internet. Berikut ialah beberapa definisi
yang ada kaitan dengan jenayah siber.

Melalui laman web (www.crime-research.org/anlytics/702/2), jenayah siber ditakrifkan sebagai, "It is a


criminal activity committed on the internet. This is a broad term that describes everything from electronic
cracking to denial of service attacks that cause electronic commerce sites to lose money".

Takrifan lain mengenai jenayah siber boleh didapati melalui laman web
(www.techterms.org/definition/cybercrime) iaitu jenayah siber ditakrifkan sebagai “ criminal activity done
using computers and the Internet. This includes anything from downloading illegal music files to stealing
millions of dollars from online bank accounts. Cybercrime also includes non-monetary offenses, such as
creating and distributing viruses on other computers or posting confidential business information on the
Internet”.

Terdapat berbagai kategori jenayah siber yang telah wujud masakini. Di antara jenis-jenis jenayah siber
yang biasa dilakukan oleh pengguna Internet ialah:
a. Penipuan
b. Kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer.
c. Kecurian maklumat.
d. Capaian secara tidak sah ke atas sistem
e. Menyalin perisian secara tidah sah.
f. Pengintipan
g. Judi siber
h. Skim cepat kaya
i. Pornografi
j. Penggodam atau "Hacker"
k. Penyebaran virus
l. Mel Spam

Menurut Kumpulan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), jenis-jenis jenayah siber yang
biasa berlaku di Malaysia ialah pencerobohan laman web, ‘harrasment’, kerosakan komputer, penafian
servis, ‘frauds’, ‘forgery’, ‘phishing scam’, mailbomb dan menyalin perisian. Namun begitu, pada akhir
tahun 2004 jenayah yang agak banyak berlaku ialah ‘intrusion’, ‘harrasment’, ‘forgery’ dan ‘phishing
scam’ (NST, November 2004).

Berikut ialah jadual yang telah dikeluarkan oleh MyCERT bagi jenis-jenis jenayah siber yang telah
berlaku di Malaysia dari Januari 2004 hinga September 2004 (NST, November 2004).

Jadual 1: Jenayah Siber Di Malaysia Pada Tahun 2004

Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep


Mel Bom 0 1 0 1 0 0 0 0 0
Mel Spam 640 784 822 1261 1127 1540 1118 1240 1265
Harrasment 2 1 1 2 1 2 2 4 6
Forgery 9 12 1 8 5 3 7 7 13
Pencerobohan 15 28 17 9 17 13 14 8 3
Virus 26 23 42 20 26 21 27 14 11
DoS 0 0 1 1 1 0 0 1 0
Kerosakan 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Serangan 164 8 18 21 9 7 4 55 40
Sumber: www.myCERT.mimos.org dan www.niser.org

Paper number: 8678992


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Oleh itu berdasarkan beberapa definisi yang telah dinyatakan di atas, saya membuat kesimpulan bahawa
jenayah siber ialah sebarang aktiviti jenayah yang dilakukan melalui teknologi Internet. Maka melalui
kajian ini, kita ingin melihat apakah jenis-jenis jenayah siber yang biasa dilakukan oleh remaja-remaja
khususnya mahasiswa supaya semua pihak dapat membuat penilaian dan mengambil tindakan yang
sewajarnya untuk membendungnya.

3. METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.0 Kaedah Penyelidikan

Secara amnya, penyelidikan ini merupakan penyelidikan yang pertama kali dilakukan di kalangan
mahasiswa Universiti Teknologi MARA yang berkaitan dengan penyalahgunaan Internet. Ia merupakan
satu kajian yang berbentuk diskriptif melalui pendekatan kuantitatif di mana data yang diperolehi
dianalisis dengan menggunakan alat statistik yang mudah dan sesuai untuk menganalisa data.

Matlamat utama kajian ini ialah untuk melihat tahap penyalahgunaan Internet di kalangan mahasiswa
melalui persepsi dan jenis-jenis penyalahgunaan termasuk tahap kefahaman terhadap akta-akta siber yang
telah digubal oleh kerajaan. Dengan mengkaji perkara-perkara yang telah disebutkan itu, adalah
diharapkan penyelidik akan dapat membuat rumusan bagaimana untuk meningkatkan kesedaran terhadap
mahasiswa dalam menggunakan Internet.

Penyelidik juga akan dapat memberi saranan dan cadangan samada kepada organisasi, kerajaan atau
masyarakat kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membasmi atau mengurangkan kadar jenayah
siber di kalangan mahasiswa. Oleh yang demikian, dua kaedah telah digunakan dalam menjalankan
penyelidikan ini iaitu kaedah analisis dokumen dan soal selidik.

3.2 Kawasan Sampel

Kawasan sampel ditentukan melalui kaedah “Area Sampling”. Kaedah ini merupakan jenis “Non-
Probability Sampling” dan ia merupakan kaedah yang sesuai bagi penyelidik yang membuat kajian bagi
kawasan-kawasan tertentu seperti kawasan sebuah bandar atau sebuah organisasi (Norudin Mansor,
Sampling Procedures, 2004).

Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih 3 kawasan sampel yang utama bagi mendapatkan data dan
maklumat dari responden. Tiga kawasan sampel tersebut ialah UiTM Shah Alam, UiTM Terengganu dan
UiTM Perlis.

3.3 Saiz Sampel

Saiz sampel yang digunakan dalam kajian ini diperolehi melalui Kaedah Persampelan Quota. Tujuan
Persampelan Quota ialah untuk memastikan terdapat berbagai-bagai kumpulan responden dalam setiap
populasi atau kawasan yang telah dipilih oleh penyelidik (Norudin Mansor, Sampling Procedures, 2004).

Oleh itu penyelidik telah memilih 300 responden daripada 3 kawasan sampel dan 100 responden mewakili
setiap sampel. Semua responden telah berjaya mengisi soal selidik yang telah diedarkan.

3.4 Analisis Data

Data yang telah dikumpul hasil daripada pengedaran soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan
perisian Software Packages for Social Sciences (SPSS) version 12.0. Analisis data dipersembahkan dalam
bentuk Jadual Kekerapan, Jadual T-Test dan Jadual ANOVA. Hasil analisis ini telah memberi dapatan
kajian kepada penyelidik.
Paper number: 8678992
C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

4. ANALISIS KAJIAN

4.1 Menggunakan kad kredit yang tidak dibenarkan

Berdasarkan analisis, seramai 257 responden atau hampir 86% responden jarang-jarang dan tidak pernah
menggunakan kad kredit yang tidak dibenarkan melalui Internet. Oleh itu kita boleh merumuskan bahawa
melakukan jenayah siber melalui penggunaan kad kredit adalah tidak serius di kalangan responden.

4.2 Memuat turun perisian komputer tanpa kebenaran

Analisis data menunjukkan hanya seramai 90 orang atau 30% responden pernah memuat turun perisian
komputer tanpa kebenaran berbanding 50% yang tidak pernah dan jarang-jarang melakukannya. Ini
menunjukkan bahawa kebanyakan jenayah siber di atas kurang serius di kalangan pelajar.

4.3 Memasuki sistem komputer tanpa kebenaran

Berdasarkan analisis yang dibuat, hanya 49 orang atau hampir 17% sahaja responden yang memasuki
sistem komputer tanpa kebenaran berbanding 54% yang tidak pernah melakukannya. Oleh itu kita boleh
merumuskan bahawa jenayah siber di atas tidak berapa serius di kalangan pelajar.

4.4 Menghantar e-mail kepada seseorang tanpa diminta

Seramai 214 orang atau lebih 70% responden pernah menghantar e-mail kepada sesorang tanpa diminta
berbanding 28% yang tidak pernah. Ini menunjukkan bahawa menghantar e-mail kepada seseorang tanpa
diminta adalah jenayah siber yang agak dominan di kalangan responden.

4.5 Melayari laman web berunsur pornografi

Hasil analisis menunjukkan hampir 60% responden tidak pernah melayari laman web berunsur pornografi
dan hanya sebahagian kecil atau 17% sahaja yang kerap melayari laman web pornografi. Ini membuktikan
melayari laman web berunsur pornografi agak kurang di kalangan responden.

4.6 Menghantar program atau perisian yang boleh merosakkan sistem komputer

Data yang dianalisis menunjukkan seramai hanya 31 orang atau hamper 11% responden menghantar
program atau perisian yang boleh merosakkan sistem komputer berbanding 76% responden tidak pernah
melakukannya. Ini menujukkan jenayah siber di atas sangat kurang berlaku di kalangan responden.

4.7 Menyebarkan maklumat palsu melalui Internet

Hasil analisis data menunjukkan hanya 41 orang atau 14% responden yang kerap melakukan jenayah di
atas berbanding hampir 80% responden tidak pernah menyebarkan maklumat palsu melalui Internet. Ini
menunjukkan jenayah siber di atas sangat kurang berlaku di kalangan responden.

4.8 Menyertai skim cepat kaya

Analisis data menunjukkan hanya 24 orang atau 8% responden yang kerap menyertai skim cepat kaya
berbanding hampir 80% responden yang tidak pernah menyertai skim cepat kaya melalui Internet. Ini
membuktikan jenayah siber di atas sangat kurang berlaku di kalangan responden.

Paper number: 8678992


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

4.9 Melayari tempat-tempat perjudian

Keputusan menunjukkan hanya 31 orang atau sekitar 11% sahaja responden yang kerap melayari tempat-
tempat perjudian berbanding hampir 80% responden yang tidak pernah melakukannya. Ini menunjukkan
jenayah siber di atas sangat kurang berlaku di kalangan responden.

4.10 Menyebarkan maklumat yang berbentuk gangguan seksual

Data yang dianalisis menunjukkan hanya 35 orang atau sekitar 12% sahaja responden yang kerap
menyebarkan maklumat yang berbentuk gangguan seksual melalui Internet berbanding hampir 80%
responden tidak pernah melakukannya. Ini menunjukkan bahawa jenayah siber di atas sangat kurang
berlaku di kalangan responden.

4.11 Faktor-faktor atau sebab-sebab responden melakukan jenayah siber

Berdasarkan analisis yang diperolehi, seramai 230 orang atau hampir 80% responden tidak memberi
komen terhadap jenayah siber yang mereka lakukan di atas. Baki dari 20% responden yang memberi
komen menyatakan sebab melakukan jenayah siber tersebut kerana ingin tahu, hiburan, hobi atau kerana
bosan.

4.12 Kaitan antara melayari laman web berunsur pornografi dengan semester

Berdasarkan analisis yang dibuat, tidak terdapat hubungan di antara “melayari laman web yang berunsur
pornografi” di Malaysia dengan semester iaitu tempoh pengajian pelajar tidak akan memberikan impak
terhadap pelajar-pelajar untuk lebih berhati-hati melayari Internet di UiTM.

4.13 Kaitan antara memasuki sistem komputer tanpa kebenaran dan semester

Berdasarkan hasil analisis, tidak terdapat hubungan antara “memasuki sistem komputer tanpa kebenaran”
dengan semester iaitu tempoh pengajian pelajar tidak mempengaruhi seseorang pelajar untuk memasuki
sistem komputer tanpa kebenaran.

4.14 Kaitan antara memasuki sistem komputer tanpa kebenaran dengan CGPA

Hasil analisis kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan antara “memasuki sistem komputer tanpa
kebenaran” dengan CGPA iaitu CGPA pelajar bukan satu factor untuk mempengaruhi seseorang pelajar
untuk memasuki sistem komputer tanpa kebenaran.

4.15 Kaitan antara jenayah siber adalah salah di sisi undang-undang negara dengan CGPA

Berdasarkan hasil analisis, tidak terdapat hubungan antara “jenayah siber adalah salah di sisi undang-
undang negara” dengan CGPA responden yang membawa maksud kepintaran seseorang pelajar tidak
mempengaruhi mereka untuk memahami bahawa jenayah siber adalah salah di sisi undang-undang negara.

4.16 Kaitan antara Akta Jenayah Siber 1997 dengan CGPA

Analisis menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara “Akta Jenayah Siber 1997” dengan CGPA iaitu
pelajar yang mempunyai CGPA yang lebih tinggi lebih memahami tentang Akta Jenayah Siber 1997
berbanding dengan pelajar yang mempunyai CGPA yang lebih rendah.

Paper number: 8678992


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

5. KESIMPULAN

Berdasarkan daripada rumusan-rumusan yang telah dinyatakan di atas, maka penyelidik ingin membuat
beberapa saranan seperti berikut:

5.1 Walaupun tidak terdapat jenayah-jenayah siber yang agak berat di kalangan mahasiswa dalam kajian
ini, namun masih ada segelintir mahasiswa yang masih melakukan beberapa jenayah siber yang lain
walaupun sedikit. Oleh itu saya cadangkan agar pihak UiTM melalui jabatan atau unit yang berkaitan
perlu mencari satu kaedah yang sesuai untuk membendung dan mengatasai masalah tersebut sebelum ia
merebak.

5.2 Hasil rumusan menunjukkan bahawa jenayah siber yang paling banyak dan kerap dilakukan oleh
mahasiswa ialah menghantar e-mel kepada seseorang tanpa diminta dan ini boleh mengganggu emosi
penerima e-mel. Saya cadangkan agar pihak UiTM perlu membuat hebahan mengenai etika penggunaan e-
mel khususnya di kalangan mahasiswa dan seterusnya membuat penguatkuasaan terhadap etika tersebut.

5.3 Oleh kerana kajian menunjukkan masih ramai responden tidak faham tentang kandungan akta-akta
siber yang telah diwujudkan, maka saya sarankan agar pihak kerajaan melalui jabatan atau kementerian
yang berkaitan perlu mempertingkatkan promosi mengenai akta-akta siber yang terdapat di Malaysia
dengan lebih agresif dan lebih bersungguh-sungguh supaya masyarakat khususnya para mahasiswa dapat
mengetahui dan memahami isi kandungan akta berkenaan dengan lebih terperinci.

5.4 Kajian juga menunjukkan ramai responden yang bersetuju supaya penguatkuasaan undang-undang
siber perlu dilaksanakan segera. Oleh itu saya mencadangkan juga supaya pihak kerajaan melalui jabatan
atau kementerian yang berkaitan perlu mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang siber di
Malaysia khususnya di kalangan mahasiswa agar penyalahgunaan Internet dapat dikurangkan atau
dihapuskan pada tahap maksima.

5.5 Hasil rumusan membuktikan kewujudan undang-undang siber telah memberi satu impak kepada
pelajar-pelajar dalam melayari Internet. Oleh itu saya menyarankan agar lebih banyak undang-undang
siber diwujudkan oleh pihak kerajaan melalui kementerian atau jabatan berkaitan supaya penyalahgunaan
Internet dapat dikurangkan ataupun dibasmikan pada tahap maksima.

5.6 Promosi undang-undang siber perlu dibuat kepada pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah dan
menengah agar apabila mereka masuk ke alam universiti, mereka sudah mempunyai ilmu dan
pengetahuan mengenai jenayah dan undang-undang siber . Maka saya mencadangkan agar pihak kerajaan
melalui kementerian berkenaan membuat promosi mengenai akta dan etika penggunaan Internet kepada
seluruh sekolah yang terdapat di Malaysia.

5.7 Walaupun usaha-usaha promosi dan penguatkuasaan perlu dibuat dengan bersungguh-sungguh oleh
semua pihak, namun perkara yang paling penting yang perlu kita faham dan yakin dalam membanteras
penyalahgunaan Internet ialah faktor agama iaitu penghayatan terhadap ajaran agama. Maka saranan
terakhir saya ialah semua pihak samada pihak kerajaan, pihak UiTM, ibubapa dan masyarakat umum perlu
mempertingkatkan program atau aktiviti agama yang boleh membawa manusia rasa cinta dan takut hanya
pada Tuhan semata-mata. Semoga dengan kaedah ini akan menjadikan manusia buka saja takut untuk
melakukan kesalahan agama, bahkan takut untuk melakukan kesalahan sivil seperti penyalahgunaan
Internet.

Paper number: 8678992


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan izin-Nya, walaupun
sudah agak terlewat dari tempoh yang telah diberikan, saya dapat juga menyiapkan laporan akhir
penyelidikan saya yang bertajuk “Penyalahgunaan Teknologi Internet di kalangan Mahasiswa: Satu
Kajian Kes di UiTM”.

Penyelidikan ini telah memberikan kepada saya banyak pengajaran serta pengalaman yang berguna untuk
saya gunakan dalam penyelidikan seterusnya pada masa yang akan datang.

Bermula dari awal penyelidikan sehingga penyelidikan ini dapat disiapkan, banyak pihak yang telah
terlibat dsamada secara individu mahupun dalam bentuk jabatan atau organisasi. Oleh itu saya ingin
mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada beberapa pihak yang telah banyak
memberi kerjasama, pandangan, nasihat dorongan dan serta bantuan samada dari segi material atau moral.
Mereka yang saya maksudkan ialah:

1. Pihak URDC UiTM yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjalankan
penyelidikan ini sekaligus menaja penyelidikan saya ini dan seterusnya sudi untuk melanjutkan
tempoh penyelidikan saya sehingga 31 Disember 2007.

2. Prof. Dr. Mustaffa Mohamed Zain, mantan Pengarah Kampus UiTM Terengganu yang telah
berusaha untuk memastikan semua pensyarah terlibat dengan penyelidikan.

3. Puan Norazamina Mohamed, Ketua URDC UiTM Terengganu serta Prof. Madya Puan Norsidah
Ahmad dan Encik Zainuddin Zakaria yang merupakan mantan-mantan Ketua URDC UiTM
Terengganu yang telah banyak membantu dan memudahkan saya dalam penyelidikan ini
khususnya dalam urusan perolehan bajet penyelidikan.

4. Prof. Madya Dr Norudin Mansor, Pensyarah UiTM Terengganu yang banyak memberi panduan
dan bimbingan dalam penyelidikan saya khususnya dalam proses menyiapkan dokumentasi dan
laporan.

5. Puan Zulaile Mabni, Pensyarah Sains Komputer di UiTM Shah Alam yang telah membantu saya
untuk mengedarkan borang soal selidik bagi responden di UiTM Shah Alam.

6. Puan Abidah Hj. Mat Taib, Pensyarah Sains Komputer di UiTM Perlis yang telah memudahkan
saya untuk mendapatkan data dari responden di UiTM Perlis.

7. Encik Syamsulhairi Yaakop, Pensyarah Sains Komputer di UiTM Shah Alam yang juga terlibat
dalam pengedaran borang soal selidik.

8. Para enumerator yang terlibat iaitu Puan Noor Aziah Ismail dan Cik Nurul Syuhada Hanim
Othman yang terlibat dalam proses pengutipan dan pemprosesan data.

Akhir sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penyelidikan ini samada
secara langsung mahupun secara tidak langsung. Semoga segala kerjasama dan jasa baik tuan-tuan dan
puan-puan sekalian akan dibalas dengan setimpalnya oleh ALLAH SWT.

Paper number: 8678992


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

BIBLIOGRAFI

Shaharom TM Sulaiman (2004). Keperkasaan Teknologi Masakini Menjelmakan Realiti Baru Masa
Hadapan. Utusan Publications and Distributors.

Md. Din & DSP Mohd. Kamaruddin (2000). Lecture Notes in ICT Security: Jenayah Komputer. The
Royal Malaysian Police: Government of Malaysia.

Jabatan Perdana Menteri (2000). Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Kerajaan. Pekeliling Am Bil. 3.

Johnston, David; Handa, Sunny & Morgan, Charles (1998). Cyber Law. Selangor: Pelanduk Publications
(M) Sdn. Bhd.

Foo Eu Jin (2004). Cybercrime Activities On The Rise. Cover Story, New Straits Times, November.

Foo Eu Jin (2004). More Cases of Online Intrusions. Cover Story, New straits Times, November.

Husain Jahit (2007). Ancaman Keselamatan Internet. Harian Metro, April.

Aziz Ishak, Shamsul Bahri Khalid & Mohd. Mohd. Ridzwan Iman (2004). Ancaman Siber Mampu
Menggugat Negara. Utusan Malaysia, Februari.

Utusan Malaysia (2003). Penyalahgunaan Internet di Malaysia Meningkat Lebih 100 Peratus.

Utusan Malaysia (2001). Sijil Data Digunakan Untuk Mengawal Penceroboh Internet. April.

Berita Harian (2005). Pelajar IPT Banyak Menceroboh Laman Web. Julai.

Berita Harian (2007). Ancaman Keselamatan Semakin Canggih. Mei.

Bahagian Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (1999). Etika Penggunaan E-Mail dan Internet.

Uma Sekaran (2003). Research Methods for Business. Fourth Edition. John Wiley and Sons.

Paper number: 8678992

You might also like