P. 1
KESAN TAHAP KELANCARAN PEMBACAAN AL-QURAN TERHADAP KECENDERUNGAN MENGERJAKAN AMALAN SOLAT WAJIB : SATU KAJIAN KES DI KALANGAN PELAJAR MUSLIM SEMESTER SATU DIPLOMA PENGURUSAN LADANG UiTM PAHANG, KAMPUS JENGKA”

KESAN TAHAP KELANCARAN PEMBACAAN AL-QURAN TERHADAP KECENDERUNGAN MENGERJAKAN AMALAN SOLAT WAJIB : SATU KAJIAN KES DI KALANGAN PELAJAR MUSLIM SEMESTER SATU DIPLOMA PENGURUSAN LADANG UiTM PAHANG, KAMPUS JENGKA”

4.0

|Views: 4,165|Likes:
Published by fairus
Ibadah solat merupakan jambatan hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Melalui solat, setiap muslim
dapat menghampirkan diri dengan Allah. Sementara al-Qur’an pula adalah Kitab Allah, mempelajari dan
memahaminya merupakan ibadah dan amalan para muttaqin. Membaca al-Qur’an dan mendirikan solat
adalah dua perkara asas yang dituntut untuk diamalkan oleh setiap muslim di dalam ajaran Islam. Kertas
seminar ini membentangkan kajian yang dibuat ke atas pelajar-pelajar semester Satu Diploma Pengurusan
Ladang di UiTM Pahang mengenai Kesan Tahap Kelancaran Pembacaan al-Qur’an terhadap
Kecenderungan Mengerjakan Amalan Solat Wajib. Antara objektif kajian ini ialah untuk mengetahui tahap
kelancaran pelajar-pelajar muslim UiTM Pahang membaca al-quran, mengetahui kesan tahap kelancaran
membaca al-Quran terhadap kecenderungan mengerjakan amalan solat wajib dab mengenal pasti puncapunca
yang menyebabkan mereka kurang menunaikan atau mengabaikan solat. Hasil kajian ini mendapati
bahawa tahap bacaan al-Qur’an seseorang pelajar tidak mempengaruhi komitmen mereka untuk melakukan
solat, malah pendidikan dari ibu bapa dan kesedaran sendiri merupakan faktor penting yang menggerakkan
mereka untuk melakukan ibadah solat dengan baik.
Ibadah solat merupakan jambatan hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Melalui solat, setiap muslim
dapat menghampirkan diri dengan Allah. Sementara al-Qur’an pula adalah Kitab Allah, mempelajari dan
memahaminya merupakan ibadah dan amalan para muttaqin. Membaca al-Qur’an dan mendirikan solat
adalah dua perkara asas yang dituntut untuk diamalkan oleh setiap muslim di dalam ajaran Islam. Kertas
seminar ini membentangkan kajian yang dibuat ke atas pelajar-pelajar semester Satu Diploma Pengurusan
Ladang di UiTM Pahang mengenai Kesan Tahap Kelancaran Pembacaan al-Qur’an terhadap
Kecenderungan Mengerjakan Amalan Solat Wajib. Antara objektif kajian ini ialah untuk mengetahui tahap
kelancaran pelajar-pelajar muslim UiTM Pahang membaca al-quran, mengetahui kesan tahap kelancaran
membaca al-Quran terhadap kecenderungan mengerjakan amalan solat wajib dab mengenal pasti puncapunca
yang menyebabkan mereka kurang menunaikan atau mengabaikan solat. Hasil kajian ini mendapati
bahawa tahap bacaan al-Qur’an seseorang pelajar tidak mempengaruhi komitmen mereka untuk melakukan
solat, malah pendidikan dari ibu bapa dan kesedaran sendiri merupakan faktor penting yang menggerakkan
mereka untuk melakukan ibadah solat dengan baik.

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: fairus on Mar 19, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

pdf

text

original

KESAN TAHAP KELANCARAN PEMBACAAN AL-QURAN TERHADAP KECENDERUNGAN MENGERJAKAN AMALAN SOLAT WAJIB : SATU KAJIAN KES DI KALANGAN

PELAJAR MUSLIM SEMESTER SATU DIPLOMA PENGURUSAN LADANG UiTM PAHANG, KAMPUS JENGKA” RUAAIN BT HJ MUSTARI1, MINAH BT DIBOK1, SHARIFAH FAEGAH BT SYED ALWI1, JAHJAITON BT ARSAD2
2

Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi Mara Pahang Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Universiti Teknologi Mara Pahang ABSTRAK

1

Ibadah solat merupakan jambatan hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Melalui solat, setiap muslim dapat menghampirkan diri dengan Allah. Sementara al-Qur’an pula adalah Kitab Allah, mempelajari dan memahaminya merupakan ibadah dan amalan para muttaqin. Membaca al-Qur’an dan mendirikan solat adalah dua perkara asas yang dituntut untuk diamalkan oleh setiap muslim di dalam ajaran Islam. Kertas seminar ini membentangkan kajian yang dibuat ke atas pelajar-pelajar semester Satu Diploma Pengurusan Ladang di UiTM Pahang mengenai Kesan Tahap Kelancaran Pembacaan al-Qur’an terhadap Kecenderungan Mengerjakan Amalan Solat Wajib. Antara objektif kajian ini ialah untuk mengetahui tahap kelancaran pelajar-pelajar muslim UiTM Pahang membaca al-quran, mengetahui kesan tahap kelancaran membaca al-Quran terhadap kecenderungan mengerjakan amalan solat wajib dab mengenal pasti puncapunca yang menyebabkan mereka kurang menunaikan atau mengabaikan solat. Hasil kajian ini mendapati bahawa tahap bacaan al-Qur’an seseorang pelajar tidak mempengaruhi komitmen mereka untuk melakukan solat, malah pendidikan dari ibu bapa dan kesedaran sendiri merupakan faktor penting yang menggerakkan mereka untuk melakukan ibadah solat dengan baik. Kata kunci : Tahap kelancaran, pembacaan al-quran , kecenderungan, mengerjakan amalan solat wajib PENGENALAN Al-Quran merupakan mukjizat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk dijadikan panduan ( perlembagaan) hidup yang wajib difahami dan diikuti oleh semua individu muslim. Membaca al-Quran adalah satu ibadat yang sangat penting. Ia perlu dibaca dengan betul dan mengikut tatatertib yang tertentu. Ia juga perlu dibaca setiap hari walaupun dengan kadar yang sedikit sahaja ( mengikut kemampuan). Manakala solat pula menjadi satu daripada tiang-tiang asas pembinaan keislaman pada diri seseorang muslim. Ia wajib ditunaikan mengikut kaifiat dan tatacara yang telah ditentukan oleh syariat Islam. Membaca al-quran dan mendirikan solat adalah dua perkara asas yang dituntut untuk diamalkan oleh setiap muslim di dalam ajaran Islam. Fenomena hari ini memperlihatkan bahawa ramai dari kalangan masyarakat Islam yang kurang melaksanakannya. Dengan itu, kumpulan penyelidik tertarik hati untuk mengkaji secara sepintas lalu tentang punca keadaan ini berlaku. Namun, kajian hanya dapat dijalankan secara ringkas terhadap sebilangan kecil responden sebagai langkah permulaan. Diharap kajian ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan skop yang lebih luas bagi mengatasi masaalah lebih ramainya individu muslim yang tidak tahu membaca al-quran dengan baik dan seterusnya mendorong mereka mendirikan solat dengan sebenar-benarnya. Al-Quran dan solat mempunyai pertalian yang rapat dalam kehidupan seseorang muslim. Setiap orang Islam dituntut mempelajari, memahami dan menghayati ayat-ayat al-Quran, termasuklah membacanya ketika mendirikan solat.

SOROTAN LITERATUR Persoalan yang berkaitan dengan amalan solat dan kefasihan membaca al-Quran telah berjaya menarik minat ramai penyelidik sejak dari dulu hinggalah ke hari ini. Antara golongan responden yang telah dikaji

1

ialah murid-murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, golongan remaja, kakitangan kerajaan dan swasta yang terdiri dari pelbagai lapisan umur dan pekerjaan sama ada di dalam bandar mahupun luar bandar. Meskipun objektif kajian agak sedikit berbeza di antara satu sama lain, namun persoalan pokok yang dibincangkan ialah tentang amalan solat. Muhammad (1991) telah mengkaji tentang tahap-tahap pengamalan solat fardhu di kalangan pelajar sekolah menengah di beberapa buah sekolah menengah di Kota Bharu. Sementara itu, satu kajian yang melibatkan kakitangan swasta telah dijalankan oleh Che Ku Rahayu (1999). Dalam kajian yang dijalankan oleh Mohd Suhardi (2004), beliau mendapati bahawa tahap pengamalan solat fardhu adalah berbeza-beza di kalangan remaja Islam. Buktinya ialah peratusan pelajar remaja yang mengerjakan solat fardhu secara konsisten hanyalah sebanyak 53.2% manakala bakinya iaitu sebanyak 46.7% lagi berpendapat mereka tidak konsisten di dalam mengerjakan solat fardhu. Sifat malas dan sibuk dengan urusan lain merupakan di antara sebab utama kebanyakan pelajar remaja meninggalkan solat fardhu. Kenyataan ini terbukti apabila seramai 77.8% responden memberi jawapan bahawa punca utama mereka meninggalkan solat fardhu adalah kerana malas dan sibuk dengan urusan lain. Kajian di mana responden adalah terdiri dari pelajar tahun enam (Mohamad Shafiee, 2004) turut mendapati bahawa hanya 36.3% responden sahaja yang mendirikan solat fardhu cukup 5 waktu sehari semalam. Antara faktor-faktor yang membuatkan tidak bersolat fardhu ialah malas (7.95%), tidak tahu bersolat (15.91%), sibuk belajar (42.05%) dan lain-lain (34.09%).

Manakala berkaitan dengan pelaksanaan ibadah solat, kajian telah dijalankan di kalangan anggota PALAPES Universiti Malaya (Abd Rauf, 1994) mengenai kehidupan mereka seharian dan sewaktu menjalani latihan, sama ada latihan tempatan, latihan tahunan atau latihan lanjutan. Kajian mendapati bahawa 80% menunaikan solat Zuhur manakala 20% lagi tidak menunaikan solat. Kajian tersebut menyimpulkan bahawa masih ramai responden tidak solat, bukan sahaja dalam kehidupan seharian malah mendukacitakan sewaktu latihan. Justeru itu, tindakan yang dilakukan oleh responden terhadap solat yang ditinggalkan ialah sebahagian besar mengqada’ solat selepas menjalani latihan. Walau bagaimanapun, terdapat ramai juga responden yang tidak mengqada’ solat yang ditinggalkan. Manakala, dalam kajian yang telah dijalankan oleh Siti Fatimah Sudin (2002) mengenai pembacaan AlQuran di kalangan mahasiswa Melayu di UiTM Shah Alam, beliau mendapati bahawa 72% pelajar boleh membaca al-Quran secara sederhana, 21% lancar dan 7% tidak lancar. Di samping itu, 93% daripada mereka dapat merasakan ketenangan apabila membaca al-Quran, 2% tidak merasa apa-apa dan 5% tidak pasti. Dengan ini jelas bahawa kajian-kajian lepas hanya menumpukan kepada satu-satu bahagian sahaja sama ada masalah membaca Al-Quran atau solat semata-mata. Sehingga kini, masih belum ada lagi kajian yang membincangkan mengenai hubung kait antara kedua-duanya, iaitu antara solat dan membaca Al-quran sekali gus. Justeru itu kami merasakan perlu juga dilihat hubungan di antara kedua-duanya.

METODOLOGI PENYELIDIKAN Populasi kajian ini melibatkan 67 orang pelajar bahagian Satu, Fakulti Pengurusan Ladang, Universiti Teknologi Mara, Kampus Jengka, Pahang. Populasi terdiri dari 30 orang lelaki dan 37 orang perempuan. Penyelidik ingin mengetahui latar belakang mereka dalam mendapatkan pendidikan pembacaan Al-Quran sebelum menyambung pelajaran di UiTM serta pengaruhnya terhadap sikap rajin menunaikan solat lima waktu. Seiring dengan itu penyelidik turut berminat untuk mengkaji sama ada latihan amali di ladang menjadi bebanan kepada mereka sehingga sukar untuk melaksanakan amalan membaca Al-Quran dan mendirikan solat ataupun tidak.

2

Alat ukur bagi kajian ini ialah soal selidik. Soal selidik ini mengandungi empat bahagian yang mengandungi 31 soalan. Bahagian A adalah berkenaan profail demografi pelajar. Bahagian B pula mengandungi soalan yang mengukur kekerapan pelajar membaca Al-Quran dan mendirikan solat lima waktu. Bahagian C diukur mengikut skala Likert (1 – 5), yang mana 1 Sangat tidak setuju, 2 Tidak setuju, 3 Tidak pasti, 4 Setuju dan 5 Sangat setuju mengenai perlaksanaan solat. Selain daripada itu responden juga diminta untuk menulis pendapat/cadangan mereka sekiranya ada. Akhirnya, Bahagian D mengenai kelancaran mereka membaca Al-Quran mengikut penilaian penyelidik yang mendengar dan menyemak bacaan tersebut.

HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN Seramai 67 orang responden yang berusia di antara 18 – 21 tahun telah memberikan kerjasama untuk menjawab soalan-soalan kaji selidik. JADUAL 1: Profil Responden Mengikut Jantina, Umur, Jenis Sekolah Sebelum Memasuki Uitm dan Keputusan Matapelajaran Agama Islam dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Bilangan (orang) 30 37 17 35 12 1 53 5 7 1 1 33 28 2 4 Peratus (%) 44.7 55.2 25.3 52.2 17.9 1.49 79.1 7.4 10.4 1.49 1.49 49.25 41.79 2.98 5.97

Jantina Umur

Jenis Sekolah Sebelum Memasuki UiTM

Keputusan Matapelajaran Agama Islam dalam Sijil Pelajaran Malaysia

Lelaki Perempuan 18 tahun 19 tahun 20 tahun 21 tahun Sek. Men. Keb. Sek. Men. Jen. Keb Sek.Men. Agama Kolej Awam Kolej Swasta Gred A Gred B Gred C Gred D Tiada jawapan

Seramai 56 orang telah tamat membaca Al-Quran. Hasil kajian mencatatkan bahawa bilangan dan peratus responden perempuan yang tamat membaca Al-Quran di peringkat sekolah rendah adalah jauh lebih tinggi iaitu 27 orang (42.9%) berbanding dengan pelajar lelaki seramai 12 orang (21.4%.) Sementara itu, di peringkat sekolah menengah, bilangan dan peratus pelajar lelaki yang tamat Al-Quran di peringkat sekolah menengah ialah 13 orang (23.2% ) mendahului bilangan dan peratus pelajar perempuan iaitu 7 orang (12.5%). Terdapat hubungan di antara jantina dengan tempoh masa tamat membaca Al-Quran, iaitu responden perempuan lebih ramai yang telah tamat membaca Al-Quran berbanding dengan responden lelaki. Pelajar wanita juga didapati lebih kerap dan konsisten membaca Al-Quran (43.3%) berbanding dengan bilangan dan peratus pelajar lelaki (26.9%), namun ianya pada malam Jumaat sahaja (bacaan Yasin). Di samping itu, selain dari malam Jumaat, mereka juga kurang membaca Al-Quran pada bulan Ramadan. Walaupun diketahui umum bahawa amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadan itu berlipat ganda balasan pahalanya, namun hasil kajian ini menunjukkan ianya kurang dihayati oleh para pelajar ( responden). Amalan membaca Al-Quran masih belum lagi menjadi budaya di bulan Ramadhan mahupun harian mereka. Terdapat beberapa faktor yang menghalang responden lancar membaca al-Quran. Di antaranya ialah:-

3

JADUAL 2: QURAN

KAITAN JANTINA DENGAN FAKTOR TIDAK LANCAR MEMBACA ALBilangan Pelajar Lelaki (%) Perempuan (%) 4 (6.0%) 2 (3.0%) 2 (3.0%) 2 (3.0%) 5 (7.5%) 15 (22.4%) 0(0%) 0(0%) 1(1.5%) 11 (16.4%) 5 (7.5%) 3 (4.5%) 3 (4.5%) 9 (13.4%) 14 (20.9%) 1(1.5%) 1(1.5%) 0(0%)

Faktor Penghalang a)Sifat malu b)Tiada penekanan dari ibu bapa c)Pengetahuan yang ada sudah mencukupi d)Sukar mendapat guru yang sesuai e)Kesibukan waktu kuliah f)Suasana persekitaran tidak mendorong g) i) Sifat malas ii) Telah jarang mengamalkannya iii) Tidak mempraktikkannya

Seramai 28 orang pelajar lelaki (41.8%) dan 34 orang pelajar perempuan (50.79%) menyatakan bahawa pengetahuan yang ada pada mereka adalah tidak mencukupi. Secara tidak langsung, faktor kurangnya pengetahuan menjadi faktor penghalang yang utama. Namun hasil kajian tidak pula menunjukkan bahawa pengetahuan yang tidak mencukupi adalah disebabkan sukar mendapat guru yang sesuai. Sementara itu, persekitaran yang tidak mendorong juga turut menjadi faktor penghalang yang kedua. Masalah dalam diri pelajar iaitu mempunyai sifat malu merupakan faktor penghalang yang ketiga manakala kesibukan waktu kuliah menjadi faktor penghalang yang keempat. Jika diperhalusi keempat-empat faktor yang menghalang itu tadi, dapat disimpulkan bahawa faktor penghalang terbahagi kepada dua iaitu faktor penghalang yang berkaitan dengan masalah dalaman (interpersonal) pelajar iaitu kurang pengetahuan, mempunyai sifat malu, malas dan tidak tahu mengurus masa dengan baik, manakala faktor penghalang yang berkaitan dengan masalah luaran pula adalah seperti persekitaran yang tidak mendorong yang mana memerlukan perhatian dan tindakan serius dari pihak universiti, pensyarah-pensyarah, ibu bapa dan masyarakat setempat.

JADUAL 3:

KAITAN JENIS SEKOLAH DENGAN KELANCARAN MEMBACA AL-QURAN Bilangan Pelajar Lancar / Kurang Jenis Sekolah Fasih Kurang Lancar/Tidak Bertajwid Bertajwid Bertajwid Sekolah Menengah Kebangsaan 9 18 26 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan 0 3 2 Sekolah Menengah Agama/SMKA 2 3 2 Kolej Awam 0 0 0 Kolej Swasta 0 0 1

Jadual ini menunjukkan bahawa seramai 53 orang responden adalah didominasi oleh pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan, 5 orang dari Sek. Men. Jenis Kebangsaan, 7 orang dari Sek. Men. Agama dan

4

seorang dari Kolej Swasta. Sebahagian besar mereka tergolong daripada kalangan yang kurang lancar , bahkan ada yang tidak tahu membaca al- Quran dengan bertajwid. Kajian mendapati bahawa ramai responden meninggalkan solat kerana kesuntukan masa, iaitu 10 orang ( 14.9%) berbanding dengan faktor-faktor yang lain. Disamping itu, tidak ramai yang mengatakan tidak tahu membaca Al-Quran dan tajwid sebagai punca pengabaian tersebut, iaitu hanya 6 orang (9%). Sementara itu, tiga faktor utama yang telah dikenalpasti sebagai faktor yang menghalang mereka dari membaca Al-Quran dengan lancar ialah sifat malas, kesuntukan masa dan persekitaran yang tidak menggalakkan.

Berhubung dengan amalan solat pula, keseluruhan responden amat bersetuju bahawa ibubapa mereka sentiasa menekankan kefardhuan solat. Persoalannya ialah pelaksanaan solat. Sejauhmana ibubapa memerhati anak-anak mereka bersolat sewaktu mereka masih berada di bawah jagaan/ pengawasan mereka. Ini adalah kerana rata-rata anak-anak akan keluar dari rumah bagi menyambung pelajaran atau bekerja sebaik sahaja keputusan SPM dan STPM diumumkan.

JADUAL 4: WAKTU

KAITAN ANTARA UMUR DENGAN PERBUATAN MENUNAIKAN SOLAT 5

Umur Tidak Setuju 18 19 20 21 1 (1.5%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%)

Perbuatan menunaikan solat 5 waktu Bilangan (%) Tidak Pasti 1 (1.5%) 1 (1.5%) 0 (0%) 0 (0%) Setuju 6 (9.0%) 17 (25.4%) 6 (9.0%) 0 (0%) Sangat Setuju 9 (13.4%) 17 (25.4%) 6 (9.0%) 1 (1.5%)

Jika dilihat kepada JADUAL 4 di atas, hanya sebilangan kecil yang boleh membaca al-Quran dengan lancar (9 orang). Ini bermakna bahawa majoriti mereka yang tidak lancar membaca al-Quran tetap mendirikan solat. Kajian mendapati ramai responden meninggalkan solat kerana kesuntukan masa, iaitu 10 orang ( 14.9%) berbanding dengan faktor-faktor yang lain. Tidak ramai yang mengatakan tidak tahu membaca Al-Quran dan tajwid sebagai punca pengabaian tersebut, iaitu hanya 6 orang (9%). Namun agak menyedihkan juga apabila terdapat lebih kurang 20% daripada mereka bersikap malas untuk mendirikan solat. Ada pula yang beralasan sibuk dengan urusan seharian, jadual kelas terlalu padat dan bertembung dengan waktu ko- korikulum. Selain dari itu, didapati bahawa ada juga di kalangan responden yang tidak menunaikan solat kerana tidak tahu cara solat, dan tidak boleh membaca bacaan-bacaan dalam solat dengan baik. Hanya 3% sahaja yang merasakan tugas amali dianggap sebagai bebanan dan menyukarkan untuk menunaikan solat . Demikian juga ada yang beralasan lewat bangun tidur menyebabkan mereka

5

meninggalkan solat. Terdapat juga pelajar meninggalkan solat kerana lewat bangun tidur dan sikap suka bertangguh sehingga terlepas waktunya. Walau bagaimanapun, dapat dirumuskan bahawa sebahagian besar responden mempunyai kefahaman yang baik bahawa solat tidak boleh ditinggalkan dan diqada’ secara mudah dengan sewenang-wenangnya. RUMUSAN DAN CADANGAN Justeru itu penyelidik ingin mengemukakan beberapa cadangan bagi mengatasi keadaan ini supaya pelajarpelajar kita dapat memenuhi kriteria seorang penuntut muslim yang mampu menyeimbangkan di antara tuntutan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, iaitu: a) Mewujudkan semula tugasan pelajar membaca dan memahami Al-Quran dalam subjek CTU 101 dan CTU 151 bagi pelajar-pelajar semester satu (1) dan pelajar-pelajar semester dua (2). Dengan ini secara tidak langsung pelajar akan mendekati Al-Quran walaupun pada ayat-ayat atau surahsurah yang pendek sahaja. Silibus yang ditentukan adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang dikuliahkan, yang memenuhi tuntutan semasa masyarakat pada masa kini.

b) Mempergiat program seperti Pemantapan Solat anjuran Kelab Rakan Masjid dan Kelas Pemantapan dan Kemahiran Al-Quran. Salah satu cara yang dirasakan sesuai ialah adanya kerjasama yang erat dan berterusan dari pihak Hal Ehwal Pelajar yang mungkin boleh mengambil kira penglibatan mereka itu sebagai jam latihan yang terkumpul untuk mendiami kolej kediaman pada semester dua (2) dan tiga (3) kelak. c) Melaksanakan semula program Bimbingan Fardhu Ain (BIFA) kepada pelajar-pelajar Semester Satu sebagai satu ruang untuk mereka memahami dan memperbaiki amalan solat dari segi bacaan dan perbuatan.

d) Mendedahkan tentang ketokohan ulama-ulama silam yang telah mencapai kecemerlangan ilmu termasuklah ilmu Kifayah, di mana ianya mempunyai hubungan yang rapat dengan kuatnya amalan mereka membaca dan menghafaz Al-Quran serta mendirikan solat. e) Memperbanyakkan program-program mengenai pembacaan Al-Quran dan solat seperti Khemah Ibadat, Majlis Tilawah Al-Quran, Majlis Khatam Al-Quran dan seumpamanya di kampus. Menggalakkan penyertaan pensyarah-pensyarah selain dari CITU dalam program-program tersebut sebagai satu motivasi yang menunjukkan tentang peri pentingnya membaca Al-Quran dan menunaikan solat dengan sebaik-baiknya oleh setiap individu muslim tanpa mengira bidang mereka. KESIMPULAN UiTM mempunyai peranan yang amat besar untuk melahirkan modal insan yang terdiri daripada pakar-pakar teknokrat, ahli-ahli korporat dan juga profesional di dalam pelbagai bidang ke arah memberikan sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan negara. Amat malang sekali sekiranya sebilangan besar anak-anak pelajar UiTM ini nanti menjadi orang yang berjaya dalam profesion mereka tetapi tidak mengenal ayat-ayat Al-Quran dan memandang remeh soal kefarduan solat. Al-Quran perlu diajar kepada anak-anak sejak kecil lagi supaya mereka dapat menyebut dan membaca ayat-ayat tersebut dengan betul dan mudah. Kelancaran anak-anak kecil membaca Al-Quran dapat membentuk peribadinya menjadi orang-orang yang berakhlak mulia, berjiwa bersih, dan berfikiran positif. Keadaan ini mendorong mereka bertanggungjawab terhadap kewajipan mendirikan solat dengan penuh amanah dan kejujuran. Adalah menjadi tanggungjawab bersama agar pihak- pihak yang bertanggungjawab dapat melakukan tindakan-tindakan pro-aktif supaya keadaan demikian tidak berlaku. Kerjasama padu dari semua pihak amat diperlukan seperti mengadakan kursus-kursus kesedaran dan sebagainya. Sesungguhnya ia

f)

6

merupakan satu amanah Allah ke atas kita untuk melahirkan masyarakat Islam yang hidup berpandukan Al-Quran dan sentiasa bersyukur kepadaNya melalui perlaksanaan ibadat solat dan juga amalan-amalan soleh yang lain. SENARAI RUJUKAN Abd Qadir Leong ( 1995). Tajwid al-quran Rasm Uthmani. KL: Pustaka Salam. Abd Rauf Abdul Aziz. Ibadah Sembahyang: Satu Kajian tentang Perlaksanaannya di kalangan Anggota Angkatan Tentera Malaysia. 1994. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Abdul Hayie al-Alawie. (2006). Al-Quran Penyembuh Penyakit & Penangkal Musibah. Johor Bahru: Pustaka Azhar. Abdullah al-Qari Bin Haji Salleh. (2000). Intisari Bahr al-Maadzi(Terjemahan).Kuala Lumpur: alHidayah Publishers. Abu Hasan Din al- Hafiz, (Dato’). Kisah Para Nabi ( Terjemahan). (2003). Kuala Lumpur: Darul Fajar Sdn. Bhd. Abu Saufi (1995). Amalan-amalan Utama Seorang Muslim. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers. Al- Ghazali. (1980). Ihya Ulumiddin ( Terjemahan). Jilid 2. Cetakan ke 3. Indonesia: Penerbit Asli. Al-Ghazali (2000). Bimbingan Mukmin ( Terjemahan). Cetakan ke enam. Singapura: Pustaka Nasional Rrivate Limited. Anisah Ab.Ghani ( 2001) Konsep dan Pengamalan Solat. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publishers. Anuar Idris.Penyediaan Tempat Sembahyang Di kilang-kilang, pejabat-pejabat dan Tempat-tempat Awam: Satu kajian di Kuala Lumpur dan Selangor. 1994. Basri Ibrahim (1998). Himpunan Isu-isu Fiqh Terpilih. Kuala Lumpur: Darul Nu’man. Che Ku Rahayu Che Ku Long. Solat Fardhu di Kalangan Kakitangan Syarikat Percetakan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Bangsar: Satu Kajian Kefahaman dan Amalannya. 1999/2000. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hamka (Professor Dr.). (1984). Tafsir al-Azhar. Juzu’ 1. Yayasan Nurul Islam. Hasan Muhammad Hj. Al-Khair (2006). Teknik Menjadi Orang Bahagia dan Berjaya. Thailand: Bin Halabi Press. Johari El-Yamani (1999) As-Solat. Bangi : Percetakan Putrajaya. Kasmuri Selamat. (Drs). ( 1997). Kemanisan Beribadat. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise. Kemusykilan Agama. ( 1991). Cetakan ke-2. Johor: Jabatan Agama Johor. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Mastika Hadis. (1991). Jilid 1. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Miftah Faridl, Drs.. (1989). Al-Quran Sumber Hukum Islam Yang Pertama. Bandung: Penerbit Pustaka. Mohamad Shafiee Wahab. Kefahaman dan Pengamalan Ibadat Solat Fardhu Pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Petaling (1) Kuala Lumpur. 2003/2004. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Mohd Uzair Taufik ( 1999) Bimbingan Lengkap Sembahyang Fardhu. Johor Bahru : Perniagaan Jahabersa. Mohd Yusof. (1995). Bimbingan Akhlak Mulia.Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise. Muhamad Rujhan Hussein. Konsep Rukhsah: Satu Kajian dari Sudut Ibadat Sembahnyang. 1998/ 1999. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Muhammad Ghazali (1995). Motivasi Diri Sebagai Khalifah di Bumi. Kuala Lumpur: Darul Nu’man. Muhammad Jamaluddin, al- Syaikh al- Qasimi al-Dimasqi. (2002). Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin (Terjemahan). Jilid 1. Kuala Lumpur: Victory Agencie. Muhammad Zakaria. Amalan Sembahyang fardhu Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah: Satu Kajian di Beberapa Buah Sekolah di Kota Bharu. 1991. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Norshima Ab. Rahman. Pengajian Al-Quran di Perlis: Satu Kajian di Institut Tinggi Islam Perlis. 2005. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Sarifah Musbah. Kelas KAFA: Peranannya dalam Pendidikan Al-Quran dan Fardhu Ain di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah: Satu Kajian di Sekolah Agama Rakyat Nurul Huda, Kg. Parit Mahang, Jeram Kuala Selangor. 1997/98. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Siti Fatimah Sudin. Pembacaan Al-Quran di Kalangan Mahasiswa Melayu: Suatu Kajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. 2002. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Syarhan, Fakhrul Rizha (2004). Perubatan Islam Menangkis Kejahatan makhlus Halus. Kedah: Nusaibah Enterprise.

7

Thoriq Muiz Muhamad ( 2001) Solat Sunat Hajat dan Doa Amalan Harian. Bangi : Hizi Print. Thoriq Muiz Muhamad (2001) Solat Sunat, Hajat Dan Doa Amalan Harian. Kuala Lumpur : USNIE Berhad.

8

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->