P. 1
Contoh cadangan penyelidikan/proposal

Contoh cadangan penyelidikan/proposal

4.33

|Views: 18,895|Likes:
Published by abuawatif77
Kertas ini merupakan bab pertama yang merupakan proposal/cadangan penyelidikan kepada kajian di peringkat sarjana
Kertas ini merupakan bab pertama yang merupakan proposal/cadangan penyelidikan kepada kajian di peringkat sarjana

More info:

Published by: abuawatif77 on Mar 20, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/22/2014

pdf

text

original

BAB PERTAMA : PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Dakwah merupakan satu tugas mulia yang diketuai oleh para rasul a.s. Mereka merupakan hamba Allah yang terbaik. Begitu juga dakwah merupakan tugas khalifah rasul dan pewaris nabi iaitu golongan ulama yang beramal dan golongan rabbani.1 Firman Allah Taala:

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataan daripada orang yang menyeru kepada(mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata : “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam(yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” Surah Fussilat(41): 3

Setiap nabi a.s diutuskan oleh Allah s.w.t untuk menyeru kaum mereka supaya beriman kepada Allah dan meninggalkan penyembahan berhala dan segala bentuk thagut. Semua dakwah yang dibawa oleh para rasul a.s termasuk dalam dakwah samawiah yang mempunyai ciri-ciri umum yang sama antara satu sama lain.

Dakwah juga merupakan satu usaha yang tidak mempunyai sempadan geografi dan masa yang tertentu. Firman Allah Taala :
1

Dr.Yusuf al-Qardawi(1991), Thaqafah al-Da،iyah, c.13, Beirut: Mu’assasah al-Risalah, hal.5.

1

“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad)” Surah al-Nahl(16): 125 Ayat di atas umum kerana tidak disebut masa dakwah, tempat serta sasarannya. Ini menunjukkan bahawa dakwah untuk semua orang, pada sepanjang masa dan di semua tempat. Jika diteliti di dalam al-Quran terdapat beberapa contoh yang boleh menerangkan maksud umum dalam ayat ini. Nabi Ibrahim a.s umpamanya berdakwah kepada bapanya2 dan kaumnya3 dengan menggunakan metode diskusi dan berdebat.4 Dakwah tanpa sempadan geografi pula

ditunjukkan oleh nabi Yusuf a.s. Baginda berdakwah sehinggalah kepada banduan di penjara. 5

Selain itu berdasarkan ayat-ayat al-Quran, didapati bahawa para nabi di samping mengajak kaum mereka mengesakan Allah, mereka turut menjadi

penyelesai kepada masalah masyarakat dan umat yang menghadapi cabaran dan permasalahan isu-isu semasa.6 Terdapat beberapa contoh yang penting di dalam al-Quran sebagai iktibar kepada pendakwah sepanjang zaman iaitu :

2

Sila lihat dakwah nabi Ibrahim a.s kepada bapanya menggunakan metode diskusi dalam surah Maryam(19): 41-48. . 3 Sila lihat dakwah nabi Ibrahim a.s kepada kaumnya dengan menggunakan metode berdebat dalam surah al-Syu،ara’(26): 69-73. Abu al-Hasan ،Ali al-Nadwi(1999), Rawai، min Adab al-Da،wah fi al-Qur’an wa al-Sirah, Beirut: Dar Ibn Kathir, hal.19-23.
4 5

al-Nadwi(1999), op.cit., hal 28-29. Sila lihat dakwah nabi Yusuf a.s kepada banduan dalam surah Yusuf(12): 36-41.
6

Dr.Fadal ،Abbas(1997), Khumasiyyat Mukhtarah fi Tahdhib al-Nafs al-Ammarah, c.2, Amman: Dar al-Furqan, hal.10, Hj.Ahmad Asnawi,Dakwah Islamiah,Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM(2000), op.cit., hal.157.

2

(a)Nabi Hud a.s mengingatkan kaumnya supaya tidak tertipu dengan kekuatan materialistik dan mengajak mereka meninggalkan keganasan dan kekerasan.7 (b)Nabi Lut a.s berdepan dengan kaumnya yang melakukan perbuatan yang

menyalahi fitrah manusia iaitu homoseks, menghalang jalan dan melakukan kemungkaran di tempat himpunan mereka.8

(c)Nabi Syuaib a.s melarang kaumnya daripada menipu dalam timbangan.9

Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa para rasul a.s bukan sahaja mengajak kaumnya kembali kepada Allah semasa berdakwah tetapi mereka juga berperanan membaiki kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat.10

Usaha para nabi ini diteruskan oleh nabi Muhammad s.a.w. membawa

yang

risalah yang terakhir. Nabi s.a.w diutuskan kepada seluruh umat

manusia. Baginda s.a.w berdakwah selama dua puluh tiga tahun sejak dari turunnya wahyu yang pertama. Pada zaman nabi s.a.w dan selepas kewafatan baginda, ajaran yang dibawa oleh nabi terakhir ini di sebarkan melalui dakwah seperti firman Allah Taala :

7

Sila lihat: Surah al-Syu،ara’(26): 128-130. Sila lihat: Surah al-،Ankabut (29): 29. Sila lihat: Surah al-Syua،ra (26): 181-184. Dr.Fadal ،Abbas(1997), op.cit., hal.10.

8

9

10

3

“Kamu(wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat, yang dilahirkan bagi(faedah) umat manusia, (kerana)kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah(buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah(dengan sebenar-benar iman)…” Surah Al ،Imran(3): 110 Berdasarkan huraian ini, jelaslah bahawa dakwah merupakan usaha penyebaran dan pengembangan agama Islam kepada seluruh manusia. Oleh itu, penulis di dalam kajian ini memilih sejarah salah seorang tokoh dakwah sebagai bidang kajiannya.

1.1 Latar Belakang Kajian

Awal kurun ke-20 menyaksikan peristiwa kejatuhan kerajaan ،Uthmaniyyah iaitu pada tahun 1924. Syria yang sebelum ini berada di bawah empayar Islam
،

Uthmaniyyah selama lebih empat ratus tahun jatuh ke tangan imperialis Perancis. Semasa pemerintahan khalifah ،Uthmaniyyah, bumi Syam terdiri dari Syria,

Palestin, Lubnan, Syarq al-Urdun(Jordan) dan padang pasir Sinai.11 Gabungan kelima-lima wilayah ini dipecahkan oleh kuasa barat pada awal kurun ke-20. Terdapat beberapa peristiwa penting yang menyebabkan kejatuhan bumi Syam ke tangan kolonisme barat iaitu :

a) al-Thawrah al-،Arabiyyah al-Kubra (Revolusi Arab) oleh Syarif Husayn.

11

Dr.Umar F.Abd-Allah(1983), The Islamic Struggle In Syria, Berkeley: Mizan Press, hal.38, ، Umar ،Abd al-Hakim(1987), al-Thawrah al-Jihadiyyah al-Islamiyyah fi Suriya Alam wa Amal, T.T.P:T.P, hal.12.

4

al-Thawrah al- Arabiyyah al-Kubra

di cetuskan oleh keluarga Bani

Hasyim yang terdiri daripada Syarif Husayn serta anaknya Faysal dan ،Abd Allah. Revolusi ini bertujuan membebaskan masyarakat Arab daripada pemerintahan ،Uthmaniyyah. Pada 5 Jun 1916, Syarif Husayn mengumumkan revolusi Arab yang bermula di Mekah. Beliau meneruskan gagasan revolusinya melalui Syarq al-Urdun dan berakhir di Syria. Revolusi ini mendapat sambutan masyarakat Arab serta mendapat sokongan Britain. al-Thawrah al- Arabiyyah alKubra menjadi satu faktor kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah dan pada masa yang sama memudahkan penjajah meluaskan imperialisme mereka.12

b)Siri perjanjian penjajah untuk menjatuhkan kerajaan ،Uthmaniyyah dan menguasai bumi Syam.

Pihak barat telah memeterai beberapa siri perjanjian demi kepentingan politik mereka. Siri perjanjian tersebut menyebabkan bumi Syam dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan kepentingan penjajah. Perjanjian tersebut ialah : 1. Perjanjian Sulit Sykes – Picot Agreement

Pada April 1916 satu perjanjian ditandatangani antara Mark Sykes yang mewakili Britain dengan George Picot yang mewakili Perancis. Perjanjian

dipanggil perjanjian sulit Sykes-Picot.13 Pada 16 Mei 1916 ; Perancis, Rusia ,

12

Dr.Umar F. Abd-Allah(1983), op.cit., hal.38, Dr.Zahiyyah Mustafa Qaddurah(1985), Tarikh al- Arab al-Hadith, Beirut: Dar al-Nahdah, hal.250-254, Yusuf al-Hakim (1986) Suriyah fi alAhd al-Faysali, Beirut: Dar al-Nahar li al-Nasyr, hal.11-12.
13

Dr.Umar F. Abd-Allah(1983), op.cit., hal.38.

5

Itali dan Britain sekali lagi menandatangani perjanjian yang sama. Perjanjian ini membahagikan wilayah empayar ،Uthmaniyyah kepada tiga kuasa iaitu : (i)Rusia Rusia memperolehi kawasan-kawasan Constantinople, Timur Anadul dan empat wilayah di sempadan Rusia dan Turki. (ii)Perancis Perancis menguasai hampir keseluruhan Syria, sebahagian kecil utara Anadul dan kawasan al-Musil, Iraq. (iii)Britain dan Perancis Kawasan utara Syria, Baghdad, Basrah, sebahagian daripada negara-negara Teluk, Hayfa Perancis. (iv) Palestin diletakkan di bawah pentadbiran antarabangsa yang khas.14 dan kawasan persisiran pantai ،Akka di bawah kuasa Britain dan

2. Mu’tamar al-Sulh

Selepas Perang Dunia I, pihak barat telah mengadakan Mu’tamar al-Sulh’ pada 18 Januari 1919 di Paris. Muktamar ini berlaku di antara tentera bersekutu dengan Jerman bertujuan membebaskan Lubnan, Syria, Palestin dan Iraq

daripada pemerintahan ،Uthmaniyyah. Persidangan ini turut dihadiri oleh Faysal sebagai wakil kepada al-Wafd al-Hijazi(delegasi Hijaz). Pada peringkat awal, kedatangan Faysal ditolak oleh Perancis dengan alasan beliau tidak mendapat bersekutu. Sebenarnya Perancis

pengiktirafan rasmi daripada negara-negara

tidak bersetuju Faysal menjadi ketua negara Syria kerana ianya bertentangan
14

Dr.Umar F. Abd-Allah(1983), op.cit., hal.38, Qaddurah(1985), op.cit., hal.247-248, Yusuf alHakim(1986), op.cit., hal.28, ،Umar ،Abd al-Hakim(1987), op.cit., hal.12.

6

dengan kandungan perjanjian Sykes-Picot dan tekanan daripada gerakan zionis. Walaubagaimapun, Perancis akhirnya membenarkan Faysal turut serta dalam persidangan ini.15 Kesempatan ini telah digunakan oleh Faysal untuk menulis satu mudhakkarah(dokumen) yang diserahkan kepada muktamar pada 29 Januari

1919. Beliau kemudiannya menyampaikan ucapan pada 6 Februari 1919 yang menyebut tentang hak masyarakat Arab untuk mencapai kemerdekaan dan membentuk kesatuan.

Namun begitu segala usaha yang dijalankan oleh Faysal

tidak

membuahkan sebarang hasil. Sebaliknya pada 30 Januari 1919 persidangan memutuskan pemisahan Lubnan, Syria, Palestin dan Iraq daripada kerajaan
،

Uthmaniyyah. Negara-negara tersebut akan diperhatikan oleh Liga Bangsabangsa melalui perjanjian yang mengandungi 26 akta dan akta yang ke 22 Amerika telah menubuhkan

berkaitan Nizam al-Intidab. Bagi tujuan ini

Jawatankuasa King- Crane bagi melaksanakan akta 22 yang terkandung di dalam perjanjian ini. 16

Setelah mendengar keputusan berkaitan Nizam al-Intidab, Faysal mencadangkan kepada persidangan supaya membentuk satu jawatankuasa yang berfungsi melihat tuntutan penduduk Arab. Pihak Perancis dan Britain kurang

15

Qaddurah(1985), op.cit., hal.256-257, Yusuf al-Hakim(1986), op.cit., hal.31-32.

16

Sistem yang dicadangkan oleh penjajah terhadap negara-negara Arab dalam proses membebaskan mereka daripada kerajaan Uthmaniyyah. Pihak penjajah seperti Perancis dan Britain akan menjadi penasihat kepada pemimpin masyarakat setempat. Mereka menjadi penasihat dengan alasan membantu masyarakat setempat yang tidak mahir di dalam pemerintahan. Sistem ini sebenarnya adalah satu bentuk penjajahan. Sila lihat: Dr.Zahiyyah Qaddurah(1985), op.cit., hal.257.

7

bersetuju dengan cadangan ini kerana ianya jelas bertentangan dengan kandungan perjanjian Sykes-Picot yang dimeterai sebelum ini.17

Sebagai reaksi kepada Mu’tamar al-Sulh, pemimpin Arab berhimpun di al-Mu’tamar al-Suri yang diadakan di Damsyik pada 8 Jun 1919. Muktamar ini membuat ketetapan berikut: i)Mengisytiharkan kemerdekaan Syria. ii)Menuntut supaya perjanjian Sykes- Picot dan Bel Four dibatalkan. iii)Perlantikan al-Malik Faysal sebagai raja. iv)Menuntut supaya ditubuhkan Kesatuan Arab Bersatu yang terdiri daripada Lubnan, Syria, Palestin dan Syarq al-Urdun.

Semasa berlangsungnya al-Mu’tamar al-Suri di Damsyik, jawatankuasa King-Crane datang ke Syria, Lubnan, Palestin dan Syarq al-Urdun. Jawatankuasa ini telah membuat perbincangan dengan masyarakat setempat dan menerima

pelbagai kenyataan termasuklah Bayan al-Mu’tamar al-Suri yang mengandungi perjanjian kemerdekaan. Jawatankuasa ini telah membuat laporan dan menyerahkannya kepada presiden Amerika, Walson. Salinan laporan tersebut telah dihantar kepada kuasa-kuasa bersekutu.18

17

Qaddurah(1985), op.cit., hal.257. Qaddurah(1985), op.cit., hal. 257, Yusuf al-Hakim(1986), op.cit., hal.97.

18

8

3. Persidangan San-Rimo

Pada 25 April 1920, Liga Bangsa-bangsa mengadakan persidangan SanRemo dan mengumumkan : (a)French Mandate ke atas Syria dan Lubnan. (b)Britain Mandate ke atas Palestin dan Iraq. (c)Perlaksanaan Deklarasi Balfour. (d)Pengunduran Perancis dari al-Musil.

Keputusan ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Syria. Faysal yang menguasai kawasan pedalaman Syria telah mengisytiharkan penentangan terhadap Perancis yang ketika itu menguasai kawasan persisiran Syria. Perancis yang ingin menguasai keseluruhan Syria telah menubuhkan Bank Syria dan Lubnan. Dengan cara ini mereka memonopoli ekonomi Syria melalui penggunaan mata wang Frank. Mata wang ini menjadi saingan kepada matawang tempatan. Situasi ini telah mendesak Faysal melarang penggunaan matawang Frank bagi menjamin kestabilan ekonomi. Pertembungan antara Faysal dan Perancis semakin hebat apabila Perancis menjajah beberapa buah perkampungan di sempadan Turki- Syria. Perancis terpaksa melalui kawasan pedalaman Syria untuk sampai ke kawasan tersebut. Pada masa yang sama Faysal pula tidak memberi laluan kepada Perancis untuk ke kawasan tersebut. Situasi ini menyebabkan Jeneral Ghoro menghantar amaran lisan kepada Faysal menuntut : (i)Pembinaan jalan keretapi antara Riyaq-Halab dibawah pemantauan tentera Syria. (ii)Penerimaan France Mandate.

9

(iii)Menghapuskan kerahan tenaga dan latihan ketenteraan. (iv)Menerima matawang yang dikeluarkan oleh Bank Syria. (v)Mengambil tindakan ke atas mereka yang terus menentang Perancis. Amaran ini menimbulkan kemarahan Faysal dan penduduk Syria. Faysal telah berhubung dengan konsul-konsul kuasa besar tentang amaran yang

dikeluarkan oleh Jeneral Ghoro. Beliau juga menghantar telegram kepada kuasakuasa besar meminta mereka campurtangan dalam isu ini, namun tiada sebarang reaksi positif yang diterima. Pada 13 Julai 1920, Faysal mengemukakan satu kenyataan panjang kepada rijal al-harakah al-،Arabiyyah(pendukung gerakan Arab). Sehari selepas itu, Jeneral Ghoro mengeluarkan kenyataan bertulis menuntut daripada Faysal untuk menjawab tuntutan Perancis dalam masa empat hari. Faysal terpaksa akur dengan permintaan Perancis dan meminta penangguhan selama dua hari. Penduduk tempatan pula mengadakan bantahan dengan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap al-Malik Faysal dan menuntut kerajaan supaya berundur. Keadaan yang tidak stabil menyebabkan diplomat Perancis di Beirut mengarahkan tentera Perancis bergerak ke Damsyik pada 21 Julai 1920 kerana tidak menerima jawapan daripada Faysal. Situasi ini mendesak Faysal mengisytiharkan perang terhadap Perancis. Pada 24 Jun pertempuran berlaku antara tentera Perancis dengan penduduk tempatan Syria. Tentera Syria diketuai oleh Wazir al-Difa (Menteri Pertahanan) Yusuf al-،Azamah.

Pertempuran berakhir dengan Perancis menguasai Syria.19

19

Qaddurah(1985), op.cit. , hal.259-261.

10

Kesimpulannya, peristiwa-peristiwa di atas telah menyebabkan wilayahwilayah Syam yang berada di bawah pemerintahan ،Uthmaniyyah tunduk kepada penjajah. Namun begitu situasi ini tidak sama sekali mematahkan semangat pejuang-pejuang Islam untuk meneruskan gerakan dakwah dan islah demi mengembalikan kegemilangan Islam. Kurun yang lalu telah mengukir tokohtokoh pemikir dakwah seperti Hassan al-Banna(1906-1949)20,al-

Mawdudi(1903-1979)21, Sayyid Qutub(1906-1966)22, Sa،id Hawwa(1935-1989),
20

Beliau ialah pengasas al-Ikhwan al-Muslimun yang merupakan gerakan Islam yang terbesar di tanah Arab. Nama penuh beliau ialah Hassan bin Ahmad bin ،Abd al-Rahman al-Banna dilahirkan di Mesir pada tahun 1906. Beliau mendapat pendidikan agama sejak kecil lagi dan telah menghafaz al-Quran. Beliau mendapat pendidikan di Dar al-،Ulum, Kaherah dan lulus pada tahun 1927. Setelah menamatkan pengajiannya beliau menjadi guru di sebuah sekolah di Isma،iliyah. Beliau mengasaskan al-Ikhwan bersama-sama rakannya pada tahun 1928. Beliau telah berjaya mengembangkan pemikiran al-Ikhwan ke seluruh pelusuk Mesir dan menggugat kedudukan kerajaan Mesir menyebabkan beliau mati ditembak pada Februari 1949. [Sila lihat : (1)Hassan al– Banna(1990), Mudhakkarat al-Da،wah wa al-Da،iyah, Kaherah: al-Zahra’ lil،ilam al-،Arabi. (2)Ab.Aziz Mohd Zin(1997), Pengantar Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur:Penerbitan Universiti Malaya, hal.162-164.]
21

Beliau ialah Abu al-A،la al-Mawdudi dilahirkan di Hyderabad, India pada 25 September 1903. Beliau mendapat pendidikan awal dengan bapanya. Beliau dibesarkan dalam keadaan umat Islam sangat malap kerana menghadapi banyak masalah terutamanya pengaruh penjajahan British. Beliau menubuhkan jamaah Islamiyah pada tahun 1941 bertujuan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat Islam. Kelantangannya menentang kerajaan menyebabkan beliau dipenjara antara 1948-1950 dan sekali lagi pada tahun 1953 dan seterusnya dijatuhkan hukuman gantung. Walaubagaimanapun hukuman itu tidak jadi dilaksanakan dan beliau dibebaskan. Beliau terus berdakwah sehingga menemui ajalnya pada tahun 1979 dengan meninggalkan sebanyak 200 karangan. Karya beliau diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu. [Sila lihat:(1) “Safahat Musyriqah min Hayah Mawlana al-Mawdudi Rahimah Allah”, alMujtama، , bil.456, 23 Oktober 1979, hal.15-18, (2)al-Ustadh ،Abd al-،Aziz Khalifah(1979), “alUstadh al-Mujahid Abu al-A،la al-Mawdudi fi Zimmah Allah”, al-Mujtama، , bil.457, 6 November 1979, hal.22-25, (3)“Kalimah Ritha’ ،Ujla”, al-Mujtama،, bil.459, 23 November 1979, hal.34-36, (4) Ab. Aziz Mohd.Zin(1997), op.cit., hal. 159-161.]
22

Beliau dilahirkan di Mesir pada 9 Oktober 1906. Beliau mendapat pendidikan di Kuliyah Dar al-،Ulum(1929-1933) dalam bidang sastera Arab. Selepas itu beliau dilantik menjadi guru di Wizarah al-Ma arif (2 Disember 1933-1 Mac 1940). Beliau memegang beberapa jawatan penting dalam kementerian seperti penulis dan nazir sekolah mulai Mac 1940. Pada 3 November 1948 beliau dihantar ke Amerika untuk mengkaji metodologi pengajian di sana. Beliau kembali ke Mesir pada 20 Ogos 1950 dan memegang beberapa jawatan sebelum beliau meletakkan jawatannya pada 18 Oktober 1952 kerana berselisih dengan beberapa pegawai kementerian. Selepas itu beliau aktif melakukan penentangan terhadap pemerintah Mesir melalui pertubuhan alIkhwan dan dipenjarakan beberapa kali. Semasa dalam tahanan beliau telah menulis tafsirnya fi Zilal al-Qur’an. Beliau meninggal dunia kerana dijatuhkan hukuman gantung atas tuduhan cuba membunuh ،Abd al-Nasir dan menjatuhkan kerajaan pada 29 Ogos 1966. [Sila lihat: Dr.Salah ، Abd al-Fattah al-Khalidi(1994), Sayyid Qutub Min al-Milad ila al-Istisyhad, c.2, Damsyik: Dar al-Qalam.]

11

Abu al-Hasan ،Ali al-Nadwi(1913-1999)23 dan ramai lagi. Di tanah Arab Hassan al-Banna merupakan tokoh mujaddid dan islah yang menjadi ikutan kepada gerakan Islam di seluruh tanah Arab. Antara tokoh yang terkesan dengan pemikiran Hassan al-Banna ialah Sa،id Hawwa.

Kewibawaan tokoh yang merupakan anak kelahiran Hamah, Syria terserlah sejak kecil lagi. Beliau mula menceburkan dirinya dalam aktiviti dakwah sejak zaman persekolahan lagi. Penglibatannya dalam gerakan dakwah berterusan sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 8 Mac 1989.24 Sa،id Hawwa terkenal sebagai seorang pemikir ulung dalam gerakan dakwah di bumi Syam. Beliau telah membuat satu analisis tentang gerakan dakwah khususnya gerakan al-Ikhwan al-Muslimun sepanjang tempoh 1970-1989.25

23

Beliau ialah Abu al-Hasan ،Ali bin ،Abd al-Hayy al-Husni al-Nadwi. Beliau dilahirkan 5 Disember 1913 di India. Beliau dibesarkan dipangkuan bapanya seorang alim dan ibunya seorang hafizah. Bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia sepuluh tahun. Pada tahun 1929 beliau menyambung pengajiannya di Dar al-،Ulum li Nadwah al-،Ulama’. Selepas menamatkan pengajiannya beliau bertugas sebagai pengajar di Dar al-،Ulum mulai tahun 1934. Pada tahun 1961 beliau dilantik sebagai Amin al-،Am,Nadwah al-،Ulama’. Beliau banyak memberi sumbangan dalam bidang dakwah dan penulisan di India dan dunia Islam. Beliau pernah menerima beberapa anugerah seperti al-Jaizah al-Malik Faysal al- ،Alamiyah li Khidmah alIslam(1980) Ijazah Doktor Kehormat dalam al-adab daripada Universiti Kasymir(1981), anugerah al-Syakhsiyyah al-Islamiyyah,Dubai(1998) dan anugerah al-Imam Waliyy Allah alDahlawi(1999). Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat 22 Ramadan 1420 H bersamaan 31 Disember 1999.[Sila lihat: (1)Abu al-Hasan ،Ali al-Nadwi(1987), Fi Masirah al-Hayah, Damsyik: Dar al-Qalam, (2)al-Sayyid ، Abd al-Majid al-Ghuri(1998) Abu al-Hasan Ali alNadwi al-Imam al-Mufakkir al-Da ،iyah al-Adib, Damsyik: Dar Ibn Kathir (3)Ahmad Fahmi Zam Zam et al.(2000)., “Sayyid Abu al-Hasan Ali al-Nadwi(1914-1999) Ketokohan dan Pemikirannya”, Jurnal Usuluddin, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, bil.11, Julai 2001, hal.179-190. Sa،di Ahmad Zaydan(1993), Sa id Hawwa wa Manhajuh fi al-Tafsir, (Tesis M.A., Kulliyah alUlum al-Islamiyyah Jami،ah Baghdad), hal.315.
24 25،

Abd Allah Fahd al-Nafisi(1999), “al-Fikr al-Haraki li al-Tayyararat al-Islamiyyah Muhawalah Taqwimiyyah”, dalam al-Harakah al-Islamiyyah wa al-Dimuqratiyyah, Beirut: Markaz Dirasat al-Wihdah al-،Arabiyyah, hal.199.

12

Ketokohan Sa،id Hawwa terserlah melalui karya-karya tulisannya. Beliau telah menulis dalam pelbagai disiplin ilmu termasuklah tafsir, hadith, tasawuf serta buku-buku yang membincangkan isu-isu kontemporari dan keperluan umat Islam semasa. Antara aspek penting yang diberikan penekanan oleh Sa ،id Hawwa dalam karyanya ialah aspek dakwah. Melalui karyanya beliau cuba meletakkan satu garis panduan buat para pendakwah untuk meneruskan kerja dakwah. Pemikiran Sa،id Hawwa dalam dakwah terserlah di dalam siri karyanya yang berjudul Silsilah fi Fiqh al-Da ،wah wa al-Bina’ wa al-،Amal Islami di samping siri-siri karyanya yang lain. Berikut adalah kitab yang termasuk di dalam Silsilah fi Fiqh al-Da ،wah wa al-Bina’ wa al-،Amal Islami:

1.Jund-Allah Thaqafah wa Akhlaqa

Penulis di dalam buku ini mengupas dua perkara pokok yang merupakan asas yang perlu dimiliki oleh muslim iaitu thaqafah(pengetahuan) dan akhlak. Beliau memulakan bukunya dengan membincangkan gejala murtad dan konspirasi musuh Islam yang berlaku pada zaman ini diikuti perbincangan hizb-Allah yang berperanan menangani gejala murtad.

Penulis membahagikan kitabnya kepada dua bahagian. Bahagian pertama membincangkan dua belas disiplin ilmu yang perlu dikuasai oleh individu muslim seperti ilmu tauhid, al-Quran, hadith, usul fiqh, sejarah umat Islam, perancangan musuh Islam dan fiqh dakwah. Bahagian kedua pula membincangkan akhlak asasi yang perlu dimiliki oleh jund Allah seperti memberi wala’ kepada Allah, rasul

13

dan orang mukmin, bertaqwa, kasih-mengasihi sesama muslim, tegas terhadap musuh dan berjihad.26 2.Min Ajl Khutwah ila al-Amam ala Tariq al-Jihad al-Mubarak

Di dalam karya ini, penulis menghuraikan kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri sahsiah dan ummah seterusnya memberikan penyelesaian kepada persoalan tersebut. Beliau menerangkan bahawa dakwah merupakan kesinambungan yang diwarisi daripada para rasul dan nabi. Seterusnya penulis mengupas bahaya, rintangan dan tribulasi yang dihadapi dalam dakwah Islamiah termasuklah ideologi masa kini seperti marxisme, kapitalisme dan sosialisme yang menjadi musuh kepada dakwah Islamiah.27

3.al-Madkhal ila Da wah al-Ikhwan al-Muslimin

Kitab di atas membincangkan teori dakwah al-Ikhwan al-Muslimun. Antaranya berkaitan konsep jemaah Islam, Fiqh al-Takwin(pembentukan) dan Fiqh al-،Amal(gerakan) di dalam gerakan al-Ikhwan al-Muslimun, peraturan dan organisasinya serta pengenalan tentang pengasas pertubuhan iaitu Hassan alBanna. Kitab ini diakhiri dengan menyebut beberapa pandangan Hassan alBanna seperti matlamat dakwah, peringkat dakwah, wasilah dakwah, halangan dan faktor kejayaan dakwah al-Ikhwan al-Muslimun.28

26

Sa،id Hawwa(1994), Jund Allah Thaqafah wa Akhlaqa, Kaherah: Dar al-Salam.

27

Sa،id Hawwa(1988h), Min Ajl al-Khutwah ila al-Amam ala al-Tariq al-Jihad al-Mubarak, Amman: Dar ،Ammar.
28

Sa،id Hawwa(1998a), al-Madkhal ila Da،wah al-Ikhwan al-Muslimin, Amman: Dar ،Ammar.

14

4.Jawlat fi al-Fiqhayn al-Kabir wa al-Akbar wa Usulihima

Penulis di dalam karya Jawlat fi al-Fiqhayn al-Kabir wa al-Akbar wa Usulihima mengajak pendakwah menguasai ilmu mantik, mengetahui hukum akliah serta mempelajari ilmu syariah supaya menjadi sahsiah Islamiah yang berdakwah dengan ilmu dan hidayah.29

5.Fusul fi al-Imrah wa al-Amir

Kitab ini menyentuh mengenai peranan penguasa dan pemimpin yang berkaliber dan cara-cara pemerintahan Islam. Beliau menulis karangan ini berasaskan kitab al-Badai، al-Salik karangan Ibn al-Arzaq.30

6.Fi Afaq al-Ta،alim

Penulis di dalam karya keenam menghuraikan Risalah al-Ta،alim yang ditulis oleh Hassan al-Banna. Selain itu di dalam risalah ini penulis menekankan ciri-ciri pendidikan yang diambil berat oleh para cendikiawan dan pemikir Islam masa kini di samping mengetengahkan kritikan-kritikan dan pandangan mereka yang membina.31
29 ،

Sa،id Hawwa(1988e), Jawlat fi al-Fiqhayn al-Kabir wa al-Akbar wa Usulihima, Amman: Dar Ammar. Sa،id Hawwa(1988c), Fusul fi al-Imrah wa al-Amir, Amman: Dar ،Ammar. Sa،id Hawwa(1981), Fi Afaq al-Ta،alim, Amman: Maktabah al-Risalah al-Hadithah.

30

31

15

7.Durus fi al- Amal al-Islami

Kitab Durus fi al- Amal al-Islami menjelaskan

pengetahuan

yang

diperlukan oleh setiap individu muslim dalam mengharungi kehidupan ilmiah. Dengan pengetahuan tersebut seseorang dapat mengelakkankan diri mereka daripada terpesong di dalam kerja-kerja dakwah. Kitab tersebut mengandungi tiga puluh durus(pelajaran) yang menjadi panduan dalam menjalankan kerja-kerja dakwah secara kolektif. Antara topik yang dibincangkan ialah medium dakwah, kepentingan syura, kepimpinan, dakwah secara rahsia dan terus-terang, isu pilihanraya dan pemerintahan, jenis-jenis kerajaan, dakwah peringkat altanfidh(perlaksanaan) dan lain-lain lagi.32

8.Hadhihi Tajribati wa Hadhihi Syahadati

Hadhihi Tajribati wa Hadhihi Syahadati merupakan biografi karangan penulis yang menjelaskan liku-liku perjuangan dakwah sepanjang penglibatan beliau di dalam gerakan al-Ikhwan al-Muslimun. Ianya mengandungi kisah hidup penulis bermula daripada saat kelahiran, kehidupannya sebagai pelajar sehingga saat beliau terlantar di atas katil kerana lumpuh sebelah badan.33

32

Sa،id Hawwa(1983), Durus fi al-، Amal al-Islami, Kaherah: Dar al-Salam. Sa،id Hawwa(1988d), Hadhihi Tajribati wa Hadhihi Syahadati, Amman: Dar ،Ammar.

33

16

8.Kay La Namdi Ba ida an Ihtiyajat al- Asr

Di dalam kitab ini terdapat 11 risalah kecil yang ditulis oleh Sa،id Hawwa sempena menyambut kedatangan kurun ke-15 H. Risalah tersebut ialah:

(a)Muntalaqat Islamiyyah li Hadarah Alamiyyah Jadidah Sa،id Hawwa menjelaskan di dalam risalah pertama mengenai konsep alHadarah (tamadun), perbezaan di antara kemajuan dan kemunduran, hubungan antara kemunduran dan tamadun, syarat-syarat kemajuan, sistem Islam dan lainlain lagi.34

(b)Falnatadhakkar fi ،Asrina Thalatha: Furud al-،Ayn, Furud al-Kifayah, Li Man Tadfa، Sadaqatak Penulis melalui risalah keduanya mengingatkan tentang tiga topik utama yang sering dilupakan iaitu fardu ain, fardu kifayah dan golongan yang layak menerima zakat dan sedekah.35

(c) ،Aqd al-Qarn al-Khamis ،Asyar al-Hijri Risalah ،Aqd al-Qarn al-Khamis ،Asyar al-Hijri membincangkan sebelas masalah utama yang sedang dihadapi oleh umat Islam sepanjang kurun ke-15H. Antara masalah tersebut ialah masalah pengetahuan, tarbiyah, jihad, perancangan
Sa،id Hawwa(1988g), Kay La Namdi Ba،ida ،an Ihtiyajat al-Asr, Amman: Dar ،Ammar, hal 9-37.
34 35

Sa،id Hawwa(1988g), op.cit., hal.39-81.

17

yang tepat dalam menghadapi isu semasa, teori organisasi, pengurusan, kerenggangan antara ulama dan pemuda, kepimpinan dan kesatuan umat. Di samping itu, penulis turut mengemukakan penyelesaian kepada masalah-masalah tersebut.36

(d)Ihya’ al-Rabbaniyyah Melalui risalah yang keempat, Sa،id Hawwa memberi penilaian terhadap pertubuhan dakwah yang bergerak pada kurun ke-14H seperti al-Ikhwan alMuslimun, jama،ah al-Da،wah wa al-Tabligh dan jama،ah al-Salaf. Setelah mengupas kelemahan dan halangan yang ditempuhi oleh gerakan-gerakan ini, penulis mengupas teori Madrasah Ihya’ al-Rabbani sebagai satu alternatif bagi menampung kekurangan dan kelemahan gerakan Islam tersebut.37

(e)Ijazah Takhassus al-Du، ah Risalah yang kelima ini membahaskan tentang pengijazahan pendakwah. Melalui risalah ini Sa،id Hawwa mengupas syarat-syarat pendakwah yang sempurna, hubungan antara pendakwah dan panduan kerja-kerja dakwah. 38

(f)Ghidha’ al-،Ubudiyyah Dalam risalah Ghidha’ al- Ubudiyyah, Sa،id Hawwa menerangkan kedudukan Ubudiyyah sebagai kedudukan tertinggi yang perlu dicapai oleh

36

Sa،id Hawwa(1988g), op.cit., hal.83-121. Sa،id Hawwa(1988g), op.cit., hal.123-185. Sa،id Hawwa(1988g), op.cit., hal.187-249.

37

38

18

seorang mukmin. Penulis di dalam risalah di atas menghuraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mencapai martabat ini.39

(g)Akhlaqiyyat wa Sulukiyyat Tata’akkad fi al-Qarn al-Khamis Asyar al-Hijri Risalah di atas merupakan kesinambungan kepada kitab Jund-Allah Thaqafah wa Akhlaqa dan Fi Afaq al-Ta alim. Beliau menambah di dalam risalah tersebut akhlak yang perlu diberi perhatian oleh pendakwah seperti persoalan maruah, zikir, kasih-sayang dan kerahsiaan di dalam dakwah.40

(h)Qawanin al-Bayt al-Muslim Di dalam risalah kelapan, penulis menggariskan etika yang perlu diamalkan oleh pendakwah di dalam rumahtangganya sendiri. Menurut beliau, penekanan terhadap rumah tangga muslim perlu diberi perhatian selepas penumpuan terhadap pembentukan sahsiah muslim. Sa،id Hawwa

membincangkan sepuluh etika yang perlu dipatuhi di dalam rumah tangga muslim seperti etika kebersihan, menjaga rahsia, pengurusan ibadat, ilmu, komunikasi, kesihatan dan lain-lain lagi.41

(i) al-Sirah bi Lughah al-Hubb wa al-Syi ، r Topik utama risalah ini ialah mengenai kewajipan mencintai nabi Muhammad s.a.w, pandangan para ulama berkaitan syair, nyanyian dan nasyid
39

Sa،id Hawwa(1988g), op.cit., hal.251-287. Sa،id Hawwa(1988g), op.cit., hal.289-321.

40

Sa،id Hawwa(1988g), op.cit., hal.319-353. Risalah ini pada asalnya merupakan nasihat yang disampaikan oleh Sa،id Hawwa kepada keluarganya di dalam halakah tarbiah di rumahnya. Nasihat tersebut kemudiannya dinukilkan oleh Sa،id Hawwa di dalam risalah ini.[ Sila lihat: (1)Sa،id Hawwa(1988g), op.cit., hal.351, (2) Muhammad Sa،id Hawwa (1995) “Safahat Majhulah Min Hayah al-Syaikh Sa،id Hawwa”, al-Nur, Syawal 1415 H, hal.34 ]
41

19

memuji nabi s.a.w serta hukum mendengarnya di masjid. Di samping itu penulis mengupas perselisihan sesetengah pihak berkaitan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabawi.42

(j)al-Ijabat Sa،id Hawwa menjawab tuduhan dan kritikan yang dilontarkan terhadap karya-karya tulisannya di dalam risalah berjudul al-Ijabat. Antaranya kritikan berkaitan jemaah Islam dan al-Ikhwan al-Muslimun. Beliau juga menjawab

tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap Hassan al-Banna dan gurunya Muhammad al-Hamid. Selain itu, beliau menjawab persoalan zikir secara berjemaah. Penulis telah menolak kritikan tersebut dengan hujah ilmiah .43

(k)al-Khumayniyyah Syudhudh fi al- Aqaid wa Syudhudh fi al-Mawaqif Beliau mengkritik akidah batil serta pendirian yang dipegang oleh Imam Khomeini. Penulis melalui risalah di atas cuba membetulkan tanggapan sebahagian pendukung gerakan Islam yang melihat revolusi Iran sebagai satu kejayaan dan kebangkitan Islam yang sebenar.44

9.Jund-Allah Takhtita

Sa،id Hawwa

melalui

Jund-Allah Takhtita membincangkan tentang

perancangan yang perlu dilakukan oleh pendakwah dan gerakan dakwah. Sa،id

42

Sa،id Hawwa(1988g), op.cit., hal.355-410. Sa،id Hawwa(1988g), op.cit., hal.411-471. Sa،id Hawwa(1988g), op.cit., hal.475-501.

43

44

20

membahagikan kitab

di atas kepada dua bab. Di dalam bab pertama, Sa ،id

Hawwa menulis tentang perkara-perkara utama yang diperlukan untuk menjayakan perancangan seperti ketaatan, syura, keamanan petugas-petugas Islam, kesatuan organisasi gerakan Islam antarabangsa dan lain-lain lagi.

Seterusnya di dalam bab kedua, beliau mengupas aspek perancangan di dalam organisasi gerakan Islam kontemporari. Contohnya perancangan di dalam aspek pendidikan, kebudayaan, dakwah, media massa, siasah, ekonomi, perkaderan sehinggalah kepada aspek jihad.45

10-Jund-Allah Tanzima

Jund-Allah Tanzima merupakan karya terakhir di dalam siri Silsilah fi Fiqh al-Da،wah wa al-Bina’ wa al-،Amal al-Islami. Penulis melalui Jund-Allah Tanzima mengupas teori fiqh al-،Amal berorganisasi secara umum. Beliau

berpendapat tugas secara teratur dan berorganisasi sebagai prasyarat kejayaan sesuatu pekerjaan. Beliau mengupas teori di dalam lima bab, bermula dengan kepentingan organisasi, diikuti asas-asas dan prinsip organisasi di dalam bab yang pertama dan kedua.

Di dalam bab yang ketiga, Sa،id Hawwa menghuraikan tentang tahap keanggotaan dan kaedah yang betul dalam pemilihan ahli dan pemimpin

organisasi. Seterusnya

di dalam bab keempat beliau membincangkan bidang

kuasa al-ustadh al-mursyid dan organisasi pusat. Akhirnya beliau menerangkan
45

Sa،id Hawwa(1988f), Jund- Allah Takhtita, Amman: Dar ،Ammar.

21

berkenaan peraturan asas sesuatu pertubuhan seperti matlamat, wasilah, hierarki pertubuhan dan peraturan yang lain.46

Sa،id Hawwa mengulas tentang siri Silsilah fi Fiqh al-Da،wah wa al-Bina’ wa al-،Amal al-Islami dengan menyebut :
“Siri ini merupakan siri yang kedua di dalam al-Dirasat al-Manhajiyyah AlHadifah yang kami namakan Silsilah fi Fiqh al-Da wah wa al-Bina’ wa al- Amal Islami. Ianya mengandungi sepuluh kitab : 1-Jund-Allah Thaqafah wa Akhlaqa iaitu kitab ini. 2-Min Ajl al-Khutwah ila al-Amam ،ala al-Tariq al-Jihad al-Mubarak yang menekankan kepentingan wujudnya teladan(dalam perjuangan). 3-al-Madkhal ila Da،wah al-Ikhwan al-Muslimin. Di dalam kitab yang ketiga dan kelima kami jelaskan kedudukan ijtihad yang dilakukan oleh alUstadh Hassan al-Banna yang merupakan ijtihad yang terbaik dikemukakan untuk membina individu dan jemaah pada kurun ke-14H. 4-Jawlat fi al-Fiqhayn al-Kabir wa al-Akbar wa Usulihima. Kitab ini dianggap sebagai pelengkap kepada kitab yang pertama(Jund-Allah Thaqafah wa Akhlaqa) kerana ianya mengemukakan hujah kepada golongan yang menolak teori pengetahuan kami. 5-Fi Afaq al-Ta alim. 6-Durus fi al-، Amal al-Islami. Di dalam kitab ini kami tumpukan kepada keperluan dan matlamat gerakan Islam kontemporari. 7-Fusul fi al-Imrah wa al-Amir bermatlamat mewujudkan saf atau golongan pemimpin yang mempunyai ciri-ciri yang melayakkannya untuk menjadi penguasa berkaliber di dalam sesebuah kerajaan. 8-Kay La Namdi Ba،ida ،an Ihtiyajat al-،Asr yang bertujuan mewujudkan golongan rabbani yang mengusai keperluan kontemporari dan berkemampuan untuk bergerak bersama-sama kaum muslimin berdasarkan keperluan semasa. 9-Hadhihi Tajribati wa Hadhihi Syahadati. Ianya mengandungi pengalaman peribadi lebih 50 tahun dan pandangan saya terhadap realiti umat Islam dan penyaksian saya terhadap setiap detik itu. Seterusnya saya mengemukakan pandangan saya mengenai pengalaman tersebut. 10- Jund- Allah Takhtita. Sesiapa yang membaca risalah-risalah di dalam siri ini maka dia insyaAllah akan menguasai medan gerakan Islam, cara-cara berinteraksi dan berdakwah di medan ini dan di medan-medan yang lain. Di samping itu seseorang mampu untuk mengenali dan mengetahui kaedah pembinaan yang diharapkan di kalangan umat Islam.”47

46

Sa،id Hawwa(1995b), Jund-Allah Tanzima, Kaherah: Dar al-Salam hal.13-15. Sa،id Hawwa(1994), op.cit., hal.3.

47

22

Ketokohan Sa،id Hawwa khususnya di dalam bidang dakwah diakui sendiri oleh tokoh-tokoh yang hidup sezaman dengan beliau. Berikut adalah sebahagian daripada pandangan-pandangan tersebut : 1. Dr.،Abd Allah ،Azzam48
“ … Abu Muhammad: Apakah yang kami hendak ungkapkan tentang kamu ? Di tempat-tempat yang kami kehilangan wira-wira kami temui kamu. Apabila kami mengetuk pintu dakwah , kami dapati kamu salah satu kubu daripada kubu-kubunya, apabila kami mencari jalan ilmu, kami dapati kamu salah seorang daripada tokohnya, kami lalui ranjau jihad, kami dapati kamu salah satu daripada pedangnya, kami perhatikan di medan siasah, kami temui kamu pena daripada penapenanya, kami temui jalan hisbah, amar makruf dan nahi mungkar, kamu salah satu panjinya yang berkibar, beginilah tanggapan kami terhadap kamu...” 49

2.،Adnan Sa،d al-Din50
“Syaikh berjihad dengan pedang, lisan, pena dan hartanya. Beliau tidak pernah merasai nikmat rehat lebih empat puluh tahun. Kepentingan beliau ialah menegakkan Islam dan membentuk masyarakat maju berasaskan negara yang dibina oleh Rasullullah s.a.w. Beliau disiksa, dihalau dan diburu oleh kerajaan bughah sehinggakan beliau dipenjarakan beberapa tahun. Setelah dibebaskan beliau berhijrah di jalan Allah dan mengelilingi dunia, membawa perkhabaran gembira tentang dakwah Islamiah dan mengajak orang ramai kepadanya. Pihak musuh pula cuba untuk membunuh dan menamatkan riwayatnya. Apabila mereka gagal melakukan perkara ini, mereka beralih kepada kaum keluarganya. Dua orang adik beradiknya terkorban dan lebih dua puluh orang anggota keluarga Hawwa gugur syahid…51
48

Dr.،Abd Allah ،Azzam merupakan tokoh jihad perang Afghanistan - Rusia. Beliau dilahirkan di Palestin pada 1941. Beliau memperolehi ijazah Ph.D daripada Universiti al-Azhar. Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di University Of Jordan(1973-1980), Universiti al-Malik ،Abd al-،Aziz di Jeddah(1981-1984). Beliau berpindah ke Afghanistan pada tahun 1984 menguruskan Maktab al-Mujahidin al- Arab. Beliau gugur syahid akibat letupan bom yang diletakkan di dalam kereta ketika beliau hendak pergi menunaikan solat Jumaat pada tahun 1989. [Sila lihat:(1)Dr.Ahmad Abu Bakr(1990), Dewan Wada، al-Murr fi Ritha’ al-Syahid al-Ummah : Abd Allah Azzam,T.T.P, T.P (2)Husni Adham Jarrar(1990), al-Syahid ،Abd Allah ،Azzam Rajul Da،wah wa Madrasah Jihad, Dar al-Diya’ li al-Nasyr wa al-Tawzi،, (3)Dr.،Adnan ،Ali Rida alNahwi(1994), Abd Allah Azzam Ahdath wa Mawaqif, Jeddah: Dar al-Nahwi, (4)Muhammad Khayr Ramadan Yusuf(1999a), Tatimmah al-I lam , Beirut: Dar Sadir, hal.350-353.] Dr.،Abd Allah ،Azzam(1989), “Sa،id Hawwa Ma،a Du،ah al-،Amilin”, al-Nadhir, bil.113, Jun 1989, hal.13-14.
49 50

Beliau merupakan tokoh al-Ikhwan al-Muslimun Syria. Peranan tokoh ini akan dijelaskan di dalam bab kedua dan ketiga daripada kajian ini.
51 ،

Adnan Sa،d al-Din(1989),al-Kalimah allati Ulqiyat fi Qa،ah Munazzamah al-Mu،tamar alIslami (Ucapan ini merupakan ucapan sempena majlis Ta’bin Sa،id Hawwa yang diadakan di

23

3.Faris al-Milli52
“Di antara perkara yang mengagumkan ialah syaikh Sa،id pahlawan di dalam semua medan Beliau tidak pernah jemu dalam berjuang, tidak lemah dalam kesusahan. Beliau tidak pernah berhenti daripada memberi sumbangan sehinggakan orang yang tidak mengenalinya, menyangkakan Sa،id Hawwa memperuntukkan sepenuh masanya untuk sesuatu medan, sama ada medan dakwah, jihad, amar makruf dan nahi munkar, politik, kemasyarakatan...”53

4.Zuhayr al-Syawisy 54
“Sa،id Hawwa di antara pendakwah yang paling berjaya yang saya kenali atau yang saya baca tentang mereka. Beliau mampu menyampaikan pandangan dan pengetahuannya kepada bilangan yang ramai. Beliau wafat ketika tidak sampai 53 tahun. Satu umur yang pendek, tetapi beliau meninggalkan karya yang banyak. Ini menyebabkan beliau termasuk antara mereka yang banyak mengarang pada zaman ini. Perselisihan pendapat dalam menilai kitabnya tidak mengubah hakikat ini...”55

5.Mahmud al-Hamid56 “Syaikh Sa id antara ulama ulung yang menguasai ilmu syariah, dalam
bidang tafsir, fiqh, hadith dan ilmu-ilmu yang lain. Kehebatan Sa id Hawwa terserlah di medan dakwah. Sesiapa yang membaca karyanya akan melihat keistimewaan ini. Semua karya yang ditulisnya adalah untuk dakwah…57
Baghdad pada 30 Jun 1989) Sila lihat: Apendiks A. Faris al-Milli merupakan teman yang mengenali Sa،id Hawwa sejak di bangku sekolah lagi. Beliau tinggal serumah dengan Sa،id Hawwa semasa menuntut di Universiti Damsyik. Beliau pernah menjadi Ra’is Markaz Hamah bagi pergerakan al-Ikhwan al-Muslimun pada tahun 1973 iaitu ketika berlakunya krisis perlembagaan di Syria. Beliau antara individu penting al-Ikhwan alMuslimun Syria. Beliau sekarang menetap di Amman, Jordan.
52 53

Temuramah penulis dengan Faris Al-Milli pada 29 April 2000 di Mu’assasah al-Baradi, berhadapan Bab al-Zira ah, University of Jordan, Amman, Jordan.
54

Pemilik sebuah syarikat percetakan al-Maktab al-Islami di Lubnan. Beliau antara individu penting dalam perkembangan al-Ikhwan al-Muslimun Syria. Zuhayr al-Syawisy(1989), “Sa id Hawwa dhahaba ila Rahmah Allah wa Yabqa Atharuh ila Masya Allah”, al-Liwa al-Urduni, 15 Mac 1989, hal.20; ،Abd Allah al-،Aqil(1998), “al-،Alim al-Da ،iyah Sa،id Hawwa”, al-Mujtama , bil.1289, thn.28, j.53, 24 Februari 1998, hal.50-51.
55 56

Beliau merupakan anak sulung kepada Muhammad al-Hamid yang merupakan guru kepada Sa،id Hawwa. Beliau merupakan bekas salah seorang anggota Majlis al-Syura al-Ikhwan alMuslimin Syria khususnya pada zaman pergerakan menghadapi tekanan daripada rejim Asad (1979-1982). Beliau meletakkan jawatannya daripada majlis Syura pada tahun 1984.

24

6. ،Abd-Allah al-Tantawi58 “Sa id Hawwa merupakan lelaki yang sebenarnya. Beliau seorang
tokoh yang berperibadi mulia,berani dan pemurah. Beliau mengorbankan kehidupannya untuk dakwah. Beliau wafat di jalan dakwah. Dakwah rugi dengan kewafatannya. Sa id Hawwa antara sahsiah yang jarang ditemui dalam kehidupan dakwah. Kemasyhurannya tersebar di bumi Arab dan Islam bukan secara kebetulan tetapi beliau memang layak…59

7. ،Abbas al-Sisi 60 “…Sa،id menemui ajalnya di Amman pada 1 Sya،ban 1409H
bersamaan 9 Mac 1989 ketika berusia 55 tahun. Beliau telah memanfaatkan usia ini sejak kecil lagi untuk dakwah…dakwah bersinar di sanubari Sa،id Hawwa apabila beliau mengenali tujuan dan misi dakwah….Syaikh Sa،id melibatkan diri dalam pergerakan Islam dan mengetuai demontrasi menentang hukuman gantung terhadap alIkhwan al-Muslimun di Mesir pada tahun 1954, beliau juga menyertai revolusi Hamah pada tahun 1964 semasa pemerintah Syria cuba menghapuskan Wizarah al-Awqaf(Kementerian Wakaf) dan subjek Pendidikan Islam di Syria… Sa،id Hawwa mengakhiri hidupnya di medan mempertahankan Islam secara lisan dan tulisan.”61

8.Dr.،Adil Hasun
“ Ustazku Sa id Hawwa… Kamu meninggalkan kami…sedangkan kami amat memerlukan kamu…kerana kamu pembela kepada para pendakwah dan saksi kepada manusia...Ya wahai Sa id …kamu mahukan al-da iyah almuhajir supaya dia tidak dibebankan dengan kemewahan di negerinya yang kaya, dia menetap di negerinya sepuluh,dua puluh, tiga puluh tahun dengan alasan berkhidmat untuk dakwah sedangkan realitinya
57

Temuramah penulis dengan Mahmud al-Hamid pada 19 April 2000 di rumah beliau di ،Abdun , Amman.
58

Beliau merupakan salah seorang individu penting dalam al-Ikhwan al-Muslimun Syria. Beliau pernah menjadi al-Amin al- Am(Setiausaha) al-Ikhwan al-Muslimun Syria dan semasa kematian Sa،id Hawwa beliau menjadi Na’ib Muraqib al-،Am al-Ikhwan al-Muslimun Syria.
59

Temuramah penulis dengan ،Abd Allah al-Tantawi pada 29 Mac 2002 di rumah beliau di Duwwar Madinah al-Riyadiyyah, Amman. Kata-kata ini merupakan tulisan ،Abbas al-Sisi di dalam karyanya al-Da،wah ila Allah Hubb, j.3 Sa،id Hawwa telah menulis kata-kata aluan di dalam juzuk yang pertama dan kedua karya tersebut. ،Abbas al-Sisi berharap Sa،id Hawwa dapat menulis kata-kata aluannya di dalam juzuk yang ketiga tetapi beliau wafat sebelum itu.
60

Abbas al-Sisi(1998), “al-Syaikh al-Mujahid Sa،id Hawwa fi Dhimmah Allah”, dalam alDa،wah ila Allah al-Hubb, j.3, Kaherah: Dar al-Tawzi، , hal.4.
61،

25

dia bertugas kerana harta dan kemewahan!. Kamu inginkan al-da،iyah al-ansari’ yang memberi segala haknya kepada orang mukmin, … kedua-dua golongan ini sama-sama berdialog, nasihat-menasihati, mengkritik dan bersikap adil dan memiliki semua ciri-ciri persaudaraan antara muhajirin dan ansar…. Kamu inginkan setiap pendakwah tidak takut melainkan Allah, hatinya tidak pernah gentar ketakutan atau dia bersikap tamak terhadap saudara-saudaranya yang memiliki harta atau kedudukan atau pangkat… Ya! Kamu inginkan al-jama،ah al-harakiyyah menjadi rabbani yang sebenarnya, oleh itu sebahagian daripada saudaramu iri hati padamu, sebahagian yang lain pula mencintaimu, tetapi kamu dan lelaki seperti kamu menjadi muhajirin, tidak kira di mana mereka berada sama ada di dunia Arab, di dunia Islam, atau di negara Eropah. Engkau memang layak dipuji dan disanjung…62

Berdasarkan kenyataan-kenyatan ini maka penulis memilih untuk menulis berkenaan Sa،id Hawwa khususnya dalam aspek pemikiran dakwah.

Di samping sebab-sebab di atas penulis memperolehi beberapa kemudahan dalam menjalani kajian tentang tajuk ini. Sepanjang hampir lima tahun(19952000) belajar di Jordan, penulis menuntut ilmu secara langsung dengan anakanak Sa،id Hawwa. Hubungan yang rapat antara penulis dengan mereka telah membantu peringkat awal kajian ini. Penulis beberapa kali berbincang dengan anak-anak Sa،id Hawwa berhubung kajian ilmiah ini. Selain itu, melalui anakanak Sa،id Hawwa, pengkaji bertemu dengan teman-teman seperjuangan dan anak murid kepada Sa،id Hawwa. Melalui mereka, pengkaji memperolehi beberapa sumber dan maklumat penting. Di antaranya ialah sumber bertulis dan maklumat secara lisan iaitu melalui temuramah yang diadakan. Sumber bertulis yang

diperolehi ialah manuskrip, keratan akhbar, laporan, buku-buku dan bahan lain yang berkaitan. Perkara
62

yang menarik ialah sebahagian responden

sanggup

Dr.،Adil Hasun(1989), “Sa،id Hawwa Syahid ،ala al-Nas wa Hujjah ،ala al-Du،ah”, al-Balagh, bil.985, 19 Mac 1989, al-Nadhir, bil.113, Zulkaedah 1409H, hal.32, Muhammad Hawwa(1993), Bayna Yad al-Kitab dalam Sa،id Hawwa(1995b), op.cit., hal. 7.

26

bersama pengkaji selama lebih tiga jam menceritakan pengalaman mereka bersama Sa،id Hawwa. Pada keseluruhannya sumber serta maklumat itu telah menentukan bentuk dan sebahagian besar daripada kajian ini. Diharap kajian ilmiah yang akan dijalankan ini akan dapat memberi satu sumbangan dalam bidang sejarah Islam moden.

1.2 Ulasan Penulisan

Terdapat beberapa kajian atau penulisan yang ditulis berhubung Sa،id Hawwa iaitu :

(a)Biografi karangan

Sa،id Hawwa yang bertajuk

Hadhihi Tajribati wa

Hadhihi Syahadati. Karya yang dikarang diakhir hayat penulis menjelaskan tentang pengalaman yang dilaluinya dan pandangan penulis terhadap peristiwa yang dilaluinya.63

(b)Yawmiyyat al-Ghurub yang merupakan bahagian kedua biografi karangan Sa،id Hawwa. Ianya masih lagi dalam bentuk manuskrip tulisan tangan dan belum dicetak kerana sebab-sebab politik di Syria.

(c) Dhikrayat wa Tajarub fi Jama،ah al-Ikhwan al-Muslimin’ yang ditulis oleh Sa،id Hawwa berhubung pengalaman beliau dalam pergerakan al-Ikhwan alMuslimun. Karya ini juga masih lagi dalam bentuk manuskrip.64
63

Sa،id Hawwa(1988d), Hadhihi Tajribati wa Hadhihi Syahadati, Amman: Dar ،Ammar.

Sa،id Hawwa(1988d), op.cit., hal.157, Muhammad Sa،id Hawwa, Sedutan ucapan sempena majlis memperingati kewafatan Sa،id Hawwa ke-14 di Bayt Nasywa, Suwaylih, ،Amman, Jordan bertarikh 7 Mac 2000, Adhab al-Himsy(2000), op.cit., hal.15.
64

27

(d)Kajian Ilmiah M.A dengan tajuk Syaikh Sa،id Hawwa wa Manhajuh fi alTafsir’ oleh Sa،di Ahmad Zaydan.65

(e)Tesis Ph.D yang ditulis dalam bahasa Hebrew oleh Itzchak Weismann. Abstrak kajian ilmiahnya diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan diterbitkan dalam Journal Middle Eastern Studies, London dengan tajuk: ‘Said Hawwa : The Making of a Radical Muslim Thinker in Modern Syria’66

(f)Kajian ilmiah peringkat Sarjana Universiti Malaya oleh Mohd Pisol Mat Isa yang bertajuk: ‘Jihad dalam politik dan persoalan negara Islam mengikut pandangan Said Hawwa’. Ianya telah dicetak oleh pengkaji.67

Kajian yang akan dijalankan berbeza dari tajuk-tajuk di atas dari beberapa aspek : (i)Tajuk (a),(b) dan (c) merupakan biografi karangan Sa،id Hawwa. Penulis di dalam karya tersebut menerangkan pengalaman hidup yang dilalui oleh penulis. Kajian yang akan dijalankan berbeza dengan karya tersebut daripada dua aspek iaitu :

Sa،di Ahmad Zaydan(1993), Sa،id Hawwa wa Manhajuhu fi al-Tafsir(Tesis M.A), Baghdad: Kulliyah al-،Ulum al-Islamiyyah.
65

Itzchak Weismann(1993), "Sa، id Hawwa: The Making of a Radical Muslim Thinker in Modern Syria", Middle Eastern Studies , bil.29, No.4 , Oktober 1993, London.
66 67

Muhammad Fisol Mat Isa(t.t), Jihad dalam Politik dan Persoalan Negara Islam Mengikut Pandangan Sa’id Hawwa, Bahau: M Khai Interprise

28

-Kajian turut mengambil kira pandangan orang lain tentang sejarah hidup Sa،id Hawwa. -Kajian menghuraikan Hawwa. -Kajian ini juga melihat pengaruh pemikiran dakwah Sa،id Hawwa. secara spesifik tentang pemikiran dakwah Sa،id

(iii)Tajuk (d) lebih membincangkan metodologi Sa،id Hawwa dalam aspek tafsir manakala kajian ini membincangkan aspek yang lain iaitu pemikiran dakwah. Tajuk (d) juga tidak menghuraikan secara terperinci sejarah perkembangan gerakan dakwah di Syria.

(iv)Tajuk (f) mengkaji aspek jihad politik dan negara Islam dari kacamata Sa ،id Hawwa. Kajian tersebut tidak membincangkan peranan Sa،id Hawwa dalam gerakan Islam di Syria secara terperinci. Penulis di dalam kajian ini akan membincangkan sejarah gerakan Islam di era Sa،id Hawwa dan peranan beliau secara mendalam. Begitu juga kajian yang akan dijalankan lebih memfokuskan pemikiran dakwah Sa،id Hawwa.

(v) Tajuk (e) menumpukan kepada aspek beliau sebagai pemikir radikal gerakan Islam di Syria. Kajian yang akan dijalankan membincangkan aspek yang lain. 1.3 Pembatasan dan Perumusan Masalah

Oleh kerana aspek pengkajian mengenai tajuk

‘Sa،id Hawwa (1935-

1989): Pemikiran Dakwah dan Kedudukannya dalam Gerakan al-Ikhwan al-

29

Muslimun di Syria’ sangat luas, maka penulis membatasi dan merumuskan hanya beberapa masalah sahaja yang dikaji iaitu :

1. Siapakah Sa،id Hawwa ? Penulis akan membahaskan riwayat hidup, latar belakang, tempat lahir, sejarah hidup beliau mengikut kronologi, pendidikan, bertugas sebagai guru,

perkahwinan, peristiwa-peristiwa penting dalam perjalanan hidup Sa،id Hawwa, pengembaraan dan diakhiri dengan kewafatan.

2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti Sa،id Hawwa ? Penulis akan menghuraikan beberapa perkara untuk menjawab persoalan ini seperti guru-guru yang mengajar Sa،id Hawwa dan pengaruh mereka dalam pembentukan personaliti beliau, persekitaran bandar Hamah yang menjadi tempat Sa،id Hawwa dibesarkan serta pengalaman beliau dalam berdakwah.

3. Bagaimanakah proses awal tertubuhnya al-Ikhwan al-Muslimun di Syria? Persoalan ini akan membincangkan pengasasan pertubuhan-pertubuhan Islam di Syria. Pertubuhan ini yang pada asasnya menekankan aspek kebajikan dan pendidikan. Seterusnya sebahagian daripadanya menjadi organisasi politik. Kombinasi pertubuhan ini telah menjadi asas kepada tertubuhnya gerakan alIkhwan al-Muslimun di Syria.

4. Siapakah tokoh yang menjadi pengasas awal al-Ikhwan al-Muslimun di Syria?

30

Penulis akan menghuraikan peranan yang dimainkan oleh tokoh-tokoh seperti Muhammad al-Hamid, Dr.Mustafa al-Sibai, Dr.،Umar Baha’ al-Amiri dan Isam al-Attar dalam penubuhan al-Ikhwan al-Muslimun di Syria.
،

5. Sejauh manakah peranan yang dimainkan oleh al-Ikhwan al-Muslimun dalam perkembangan politik Syria? Penulis akan melihat peranan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun ketika berdepan dengan senario politik semasa, bermula dari zaman kebebasan berpolitik sehinggalah zaman pemerintahan rejim Asad.

6. Bagaimana gerakan al-Ikhwan al-Muslimun berdepan dengan cabaran dan masalah? Persoalan ini akan dibincangkan dari dua sudut iaitu permasalahan dalaman dan cabaran luar. Bagaimana pergerakan al-Ikhwan al-Muslimun berhadapan dengan tekanan yang dikenakan oleh pemerintah seperti pengharaman gerakan, pemenjaraan dan pembunuhan?

7. Apakah sumbangan dan peranan Sa،id Hawwa dalam gerakan Islam di Syria? Penulis akan melihat peranan dan sumbangan yang diberikan oleh Sa،id Hawwa kepada gerakan Islam. Sumbangan Sa،id Hawwa terserlah dalam al-Ikhwan al-Muslimun sebagai seorang tenaga penggerak utama khususnya semasa

gerakan menghadapi ujian 1979-1982.

8. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pemikiran dakwah Sa،id Hawwa?

31

Persoalan ini akan melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pemikiran dakwah Sa،id Hawwa seperti latar belakang keluarga, pendidikan, tokoh-tokoh pemikir dakwah kontemporari dan pengalaman beliau dalam gerakan Islam.

9. Bagaimana Sa،id Hawwa membincangkan disiplin ilmu dakwah? Penulis akan melihat pemikiran Sa،id Hawwa dalam persoalan-persoalan yang dibincangkan oleh tokoh dakwah seperti kajian tentang pendakwah, mad u, uslub dakwah, cabaran dan masalah dakwah, matlamat dakwah dan medium dakwah. Penulis juga akan membuat perbandingan antara perbincangan Sa،id Hawwa dalam persoalan dakwah dengan tokoh-tokoh dakwah kontemporari yang lain.

10. Sejauh manakah kepentingan dakwah secara kolektif menurut pandangan Sa،id Hawwa? Penulis akan menjawab persoalan ini melalui karya-karya dan artikel yang di tulis oleh Sa،id Hawwa di dalam akhbar. Kebanyakan karya Sa،id Hawwa

memfokuskan persoalan dakwah secara kolektif.

11. Bagaimana Sa،id kontemporari?

Hawwa melihat perkembangan gerakan dakwah

Persoalan ini akan menghuraikan pandangan, penilaian dan kritikan Sa،id Hawwa terhadap gerakan dakwah kontemporari seperti gerakan tabligh, al-Ikhwan

al-Muslimun, gerakan salafi serta pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain.

12. Bagaimana Sa،id Hawwa melaksanakan teori-teori dakwah dalam kehidupannya?

32

Penulis akan membuat perbandingan antara pemikiran Sa،id Hawwa dalam dakwah dan kehidupan beliau. Persoalan ini akan dijawab melalui wawancara dan penulisan-penulisan berkaitan Sa،id Hawwa.

13. Sejauh manakah pengaruh pemikiran dakwah Sa،id Hawwa dalam masyarakat? Penulis akan mengkaji pengaruh pemikiran dakwah Sa،id Hawwa kepada masyarakat Islam di Syria, al-Ikhwan al-Muslimun secara khusus. Pengaruh Sa،id Hawwa kepada dunia Islam dan gerakan Islam yang lain turut dibincangkan .

1.4 Objektif Penyelidikan

1. Penyelidikan dibuat untuk melihat kembali riwayat hidup Sa،id Hawwa, reformasi dan islah yang dilakukan olehnya.

2. Penyelidikan dibuat untuk melihat sejarah dan perkembangan gerakan Islam di era Sa،id Hawwa. Perbincangan mengenai sejarah adalah berdasarkan realiti dan fakta, sementara perbincangan mengenai perkembangannya berdasarkan

pengalaman gerakan dalam berdepan dengan perkembangan politik di Syria, masalah dan cabaran yang dihadapi, pengaruh gerakan Islam terhadap penduduk Syria dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

3. Penyelidikan dibuat untuk mendalami pemikiran dakwah Sa،id Hawwa. Diharap melalui pengkajian ini penulis dapat memberi konklusi idea-idea Sa،id

33

Hawwa dalam dakwah untuk dimanfaatkan oleh pengkaji, pendakwah dan pertubuhan Islam.

4. Kajian ini dibuat untuk meninjau sejauh mana pengaruh Hassan al-Banna dalam pemikiran dakwah Sa،id Hawwa.

5. Kajian dijalankan agar penulis mengetahui cabaran, mehnah dan permasalahan yang dihadapi oleh Sa،id Hawwa. Penulis akan memberi saranan dan idea sebagai panduan kepada pendakwah dan gerakan dakwah.

6. Penyelidikan dibuat dengan tujuan melihat sejauh mana pengaruh dan kesan pemikiran dakwah Sa،id Hawwa .

7. Penyelidikan ini dibuat bagi memenuhi syarat pengajian penulis di Akademi pengajian Islam, Universiti Malaya untuk mendapatkan gelaran Sarjana dalam Bahagian Pengajian Usuluddin.

1.5 Kepentingan Kajian

(a)Kajian ilmiah ini merupakan satu usaha menghargai dakwah dan pengorbanan yang dilakukan oleh pemikir Islam Sa،id Hawwa. Melalui gabungan maklumat

34

daripada sumber-sumber primari dan sekunder akan dapat membuktikan kepada para ilmuan tentang kehebatan tokoh ini khususnya dalam sejarah Islam moden.

(b)Kajian ini akan mengupas aspek pemikiran dakwah yang merupakan sudut penting dalam penulisan Sa،id Hawwa. Idea yang diketengahkan oleh Sa،id Hawwa bermanfaat kepada pendakwah dan gerakan dakwah. Ini kerana beliau salah seorang tokoh gerakan dakwah yang lahir selepas zaman kejatuhan Khalifah
،

Uthmaniyah. Pengalaman beliau dalam berdakwah perlu diberi perhatian.

(c)Kupasan dan perbincangan yang dilakukan oleh Sa،id Hawwa

adalah

merupakan pemikiran dakwah yang diasaskan oleh al-Syahid Hassan al-Banna. Umpamanya kitab fi Afaq al-Ta،alim merupakan keterangan kepada rukun bay،ah yang disebut dalam Majmu،ah Rasa’il al-Syahid Hassan al-Banna. Selain itu beliau telah menulis sebuah kitab berjudul al-Da،wah ila al-Ikhwan al-Muslimun. Dalam buku ini beliau mengupas berhubung dasar-dasar dakwah yang dijalankan oleh gerakan al-Ikhwan al-Muslimun.

(d)Sa،id Hawwa banyak memberi penilaian dan kritikan yang membina terhadap gerakan-gerakan Islam. Pandangannya ini penting untuk dikaji supaya ianya menjadi satu garis panduan kepada ilmuan di dalam bidang dakwah.

1.6 Metodologi Kajian

1.6.1 Pengertian Metodologi

35

Perkataan ‘Metodologi’ memberi maksud ilmu yang membicarakan tentang tatacara melakukan penelitian68 Perkataan ini berasal dari kata Yunani yang digabungkan iaitu “metodos” yang bererti cara dan “logos” yang bererti ilmu.69

Di dalam penyelidikan ini, penulis akan menggunakan beberapa metode untuk memperolehi data-data dan maklumat yang diperlukan iaitu -Metode pengumpulan data -Metode analisis data

1.6.2 Metode Pengumpulan Data

Metode ini adalah merupakan satu usaha yang dilakukan dengan cara mengumpulkan data dan pentafsiran terhadap data yang terkumpul.70 Dalam

proses mengumpulkan data bagi kajian ini, penulis akan menggunakan beberapa metode yang dirasakan perlu bagi mendapatkan data yang dikehendaki. Metode tersebut ialah : (a) Metode Historis

Metode historis bermaksud satu proses untuk menentukan adanya pendapat yang tepat mengenai kajian.71 Metode ini digunakan untuk mendapatkan
68

Imam Barnadib(1982), Arti dan Metode Sejarah Pendidikan, Yogyakarta: Yayasan Penerbitan FIB-IKIP, hal.51.
69

Koentjaraningrat (ed.)( 1977), Metode-metode Penelitian Masyarakat, Jakarta: P.T, Gramedia, hal.16.
70

Abdul Halim Mat Diah(1986), Falsafah Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia (Disertasi PHD), Yogyakarta : Institut Agama Islam Negeri (IAIN), Sunan Kalijogo, hal. 111.
71

Imam Barnadib(1982), op.cit., hal.52.

36

data yang mempunyai nilai sejarah. Metode historis akan digunakan oleh penyelidik dalam bahagian latar belakang kajian, Sa،id Hawwa dan sejarah perkembangan gerakan Islam pada zaman Sa،id Hawwa.

Penulis akan merujuk kepada dokumen-dokumen tertentu iaitu risalahrisalah yang diterbitkan oleh al-Ikhwan al-Muslimun, majalah-majalah dan akhbar yang mempunyai fakta sejarah berkenaan al-Ikhwan al-Muslimun dan Sa،id Hawwa.

(b)

Metode Temubual

Ianya merupakan kaedah pengumpulan data yang menggunakan penyoalan secara lisan. Proses temubual berjalan secara informal menyerupai suatu perbualan sosial. Dalam metode ini pengkaji akan berhadapan muka dengan informan.72 Sebelum temubual dijalankan, pengkaji telah membentuk dan menyediakan soalan terlebih dahulu supaya maklumat yang diperolehi lengkap dan tiada yang tercicir. Semasa menjalankan temuramah, penyelidik

menggunakan pita kaset supaya tidak ada maklumat yang tertinggal.73

(c)

Metode Dokumentasi

Metode dokumentasi ialah satu cara pengumpulan data dengan melakukan kajian dan pembacaan terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungan dengan
72

Idris Awang(2001), Kaedah Penyelidikan, Suatu Sorotan, Kuala Lumpur: Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya, Intel Multimedia dan Publications, hal.54-55.
73

Sila lihat Apendiks B.

37

masalah yang diteliti.74 Dokumen pula ialah bahan bertulis yang dapat memberikan berbagai jenis keterangan.75 Dokumen terdiri dari gambar, potret, kumpulan hukum-hukum, keputusan penyelidikan dan sebagainya.76 Ia juga meliputi autobiografi, surat-surat peribadi, buku-buku atau catatan harian, memoir, surat khabar, cerita roman serta cerita rakyat.77

Penulis akan menggunakan metode ini untuk mendapatkan data berkaitan dari bab satu hingga bab lima. Penulis akan membuat rujukan-rujukan dari bukubuku, risalah, majalah-majalah, akhbar-akhbar serta gambar yang berkaitan. Begitu juga penulis mengambil rujukan daripada laporan Syrian Human Rights Commmities, manuskrip, pita kaset, bahan tidak bercetak serta bahan-bahan

penting yang diterbitkan oleh pertubuhan al-Ikhwan al-Muslimun Syria.

1.6.3

Metode Analisis Data

Setelah data-data yang diperlukan diperolehi dan terkumpul penulis akan menjalankan proses analisis data untuk mendapatkan kesimpulan atau hasil pengkajian.

Data yang dianalisis berasaskan dua sumber iaitu sumber primari dan sumber sekunder. Sumber primari ialah sumber yang ada kaitan langsung dengan
74

Charles Issawi(1962), Filsafat Islam Tentang Sejarah, Dr.A.Mukti Ali(terj.), Jakarta: Tinta Emas, hal.36.
75

Ibid. Imam Barnadib(1982), op.cit., hal.55. Koentjaraningrat(1977), op.cit., hal.10.

76

77

38

keadaan dikaji seperti laporan, autobiografi, temubual, tesis dan karya asal penulis. Sumber sekunder pula ialah sumber yang ada perantaraan diantara keadaan atau pengalaman yang dikaji seperti ulasan, makalah dan juga buku-buku ilmiah.78 Dalam proses analisis data, penyelidik akan menggunakan metodemetode berikut:

(a)

Metode Induktif

Metode ini juga dikenali sebagai induktif-generatif. Dalam metode induktif, penulis mengenerat atau mengumpulkan maklumat secara berterusan bagi menjelaskan masalah yang dikaji. Penulis seterusnya mencari hubungan antara fakta-fakta atau keterangan yang terkumpul untuk membentuk satu gagasan fikiran.79

Di dalam kajian ini, penulis akan menggunakan metode ini dengan menghuraikan aspek mengenai Sa،id Hawwa, kelahiran, sejarah pendidikan, likuliku perjalanan hidup, kemudian penulis akan merangkum aspek tersebut menjadi satu rumusan penting tentang Sa،id Hawwa. Begitu juga penulis menggunakan metode ini pada bab yang ketiga.

(b)

Metode Deduktif

78

Idris Awang(2001), op.cit., hal.75. Idris Awang(2001), op. cit., hal.82.

79

39

Metode deduktif berbeza dengan metode induktif dengan pengkaji menggunakan teori atau gagasan fikiran yang ada untuk melihat fenomena yang berlaku.80 Penulis menggunakan metode ini dalam menghuraikan pemikiran dakwah Sa،id Hawwa. Berdasarkan teori-teori yang ditulis dalam displin ilmu dakwah seperti kajian tentang pendakwah, matlamat, sasaran dan medium dakwah, penulis akan menghuraikan pemikiran dakwah Sa،id Hawwa.

(c)

Metode Komperatif

Merupakan cara membuat kesimpulan dengan melakukan perbandinganperbandingan terhadap beberapa data yang diperolehi dalam masa penelitian dilakukan.81 Data yang diperolehi akan dikaji dan seterusnya dibuat perbandingan untuk mendapatkan kesimpulan atau keputusan dari kajian.

Dalam bab yang keempat penulis akan membuat perbandingan dakwah Sa،id Hawwa antara teori dan praktikal. Begitu juga semasa membincangkan pemikiran dakwah, penulis membuat perbandingan dengan tokoh-tokoh dakwah yang lain. 1.7 Susunan Penulisan Penulis memulakan kajian bab pertama iaitu bab pendahuluan dengan menjelaskan latar belakang masalah. Melalui latar belakang masalah, pengkaji menghuraikan sebab-sebab beliau memilih tajuk kajian. Seterusnya penulis menyebut kajian-kajian yang telah dijalankan berkenaan tajuk. Ini diikuti dengan
80

Idris Awang(2001), op.cit., hal.82. Imam Barnadib(1982), op.cit., hal.54.

81

40

pembatasan dan perumusan masalah, tujuan penyelidikan dijalankan dan metodologi yang akan digunakan sepanjang kajian. Bab pertama diakhiri dengan sistemetika penulisan.

Kajian diteruskan dengan bab kedua yang membincangkan latar belakang Sa،id Hawwa yang menjadi isu kajian. Bab kedua dimulakan dengan kelahiran, sejarah pendidikan diikuti dengan detik-detik penting dalam kehidupan Sa،id Hawwa seperti Sa،id Hawwa sebagai pendidik, tragedi Jami، al-Sultan 1964, krisis perlembagaan 1973, kehidupan dalam tahanan dan kehidupan dalam

buangan serta pengembaraan. Bab kedua diakhiri dengan kematian Sa،id Hawwa.

Di dalam bab ketiga pula, penulis menerangkan tentang perkembangan gerakan Islam di Syria bermula dengan penubuhan awal pertubuhan Islam pada zaman imperialis Perancis disusuli dengan sejarah penubuhan Jam،iyyah alIkhwan al-Muslimin. Seterusnya penulis menghuraikan perkembangan gerakan alIkhwan al-Muslimun, ujian dan cabaran yang dihadapi, hubungan gerakan alIkhwan dengan pertubuhan yang lain. Bab tersebut diakhiri dengan menjelaskan kedudukan Sa،id Hawwa dalam gerakan Islam dan dakwah di Syria.

Seterusnya di dalam bab keempat, penulis meneruskan kajiannya tentang pemikiran dakwah Sa،id Hawwa. Bab ini didahului dengan sumber pemikiran dakwah Sa،id Hawwa. Selepas itu, penulis menghuraikan disiplin ilmu dakwah yang dibincangkan oleh Sa،id Hawwa seperti kajian tentang pendakwah, matlamat dakwah, sasaran dakwah dan medium dakwah. Perbincangan diteruskan dengan menyatakan pandangan Sa،id Hawwa berkaitan gerakan dakwah

41

kontemporari. Seterusnya penulis menghuraikan persoalan-persoalan berkaitan cabaran dan tribulasi yang diharungi oleh Sa،id Hawwa sepanjang berdakwah, ciri-ciri Sa،id Hawwa sebagai pendakwah dan diakhiri dengan pengaruh

pemikiran dakwah Sa،id Hawwa.

Akhirnya di dalam bab lima, penulis akan membuat kesimpulan dengan memberikan rumusan berdasarkan kajian. Di akhir kajian, penulis juga menyertakan bibliografi serta lampiran-lampiran.

42

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->