You are on page 1of 2

Artikel 1 : PRESTASI PERGERAKAN NEUROMOTOR KANAK-KANAK BERUMUR DI ANTARA 5 HINGGA 6 TAHUN MENGGUNAKAN INSTRUMEN ZURICH NEUROMOTOR ASSESSMENT

Latarbelakang kajian Kajian ini berbentuk eksprimental yang diwakili satu kumpulan populasi. Instrumen Zurich Neuromotor yang melibatkan enam item ujian pergerakan motor halus iaitu; ujian pergerakan yang berulang-ulang (Repetitive Movement) pada tangan, jari dan kaki, ujian pergerakan yang berselang-seli (Alternating movement) pada tangan dan kaki, serta ujian pergerakan yang berurutan (Sequential Movement) pada jari.

Subjek Subjek terdiri daripada 25 orang kanak-kanak normal yang berumur di antara 5 hingga 6 tahun. 15 orang adalah kanak-kanak lelaki dan selebihnya kanak-kanak perempuan.

Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan adalah set penilaian Zurich Neuromotor, borang penilaian, bilik untuk menjalankan penilaian, 2 buah kerusi, jam randik, video kamera dan kelengkapan alat komputer.

Dapatan Kajian Repetitive Movement merupakan pergerakan yang paling mudah dilakukan iaitu seramai 15 orang kanak-kanak memperolehi prestasi yang baik pada pergerakan tangan yang dominan, pergerakan kaki dominan dan kaki non-dominan. Bagi pergerakan tangan non-dominan seramai 14 orang dengan prestasi yang baik, 13 orang bagi pergerakan jari dominan dan 4 orang pergerakan jari non-dominan. Alaternative Movement pergerakan yang sedikit sukar untuk dilakukan. Seramai 9

.orang menunjukkan prestasi yang baik pada pergerakan kaki non-dominan. dan pergerakan yang berulang-ulang merupakan pergerakan yang mudah dilakukan. diikuti pergerakan berselang-seli. Manakala bagi Sequential Movement adalah pergerakan yang sukar dilakukan oleh subjek. Pergerakan berurutan sukar dilakukan. Keputusan menunjukkan 4 orang sahaja menunjukkan prestasi yang baik pada jari dominan. Bagi pergerakan tangan non-dominan hanya 3 orang memperolehi prestasi yang baik pada pergerakan yang berselang-seli. Manakala hanya 2 orang untuk pergerakan jari non-dominan. diikuti pergerakan kaki dominan seramai 8 orang dan 5 orang untuk pergerakan tangan dominan.