You are on page 1of 60

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

1



Tajuk 1 PENDIDIKAN AKIDAH SEKOLAH RENDAH

1. Pengenalan Konsep Aqidah Dalam Islam


1.1 Sinopsis

Mencari kebenaran adalah naluri setiap insan. Manusia memerlukan pegangan yang
benar dan betul untuk menjadi pegangan dan panduan hidup mereka. Apabila manusia
menemui kebenaran, jiwa dan hatinya akan merasa tenang dan yakin terhadap diri
sendiri dan apa yang menjadi pegangannya. Hanya akidah Islam yang dapat menepati
ciri-ciri ini kerana ia adalah dari Allah S.W.T. Akidah dari segi bahasa bermaksud
simpulan atau tali yang tersimpul. Dari segi syarak, akidah bermaksud kesimpulan yang
tetap atau kepercayaan yang kukuh dalam diri yang berkaitan dengan ketuhanan dan
kepercayaan agama. Pendidikan akidah merupakan teras penting untuk menanamkan
keyakinan manusia terhadap keEsaan Allah S.W.T. untuk mengabdikan diri dan
mendekatkan diri kepadaNya. Tujuannya ialah supaya manusia menjadi insan yang
soleh yang boleh merealisasikan segala tujuan hidup di dunia dan akhirat.

1.2 Hasil Pembelajaran

1. Menanamkan kepercayaan yang kukuh terhadap keesaan Allah dalam diri
pelajar
2. Menanamkan keyakinan kepada kekuasaan Allah serta dapat memelihara jiwa
dari menurut hawa nafsu
3. Meneguhkan pendirian dan istiqamah terhadap perintah Allah dengan penuh
keyakinan.





PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

2



1.3 Kerangka Konsep Tajuk











1.4 Konsep dan Definisi Akidah

Perkataan akidah berasal daripada perkataan bahasa Arab bermaksud simpulan
ikatan tali. Manakala, ilmu akidah ialah ilmu yang mempelajari dan menyelidiki
perkara-perkara tentang ketuhanan, kerasulan dan perkara samiyyat atau perkara-
perkara ghaib seperti syurga, neraka dan lain-lain.

Akidah menurut pengertian istilah sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Taimiyah
ialah:

a) Akidah dari segi bahasa bermaksud ikatan / simpulan atau tali yang tersimpul /
perjanjian.

b) Maksud ikatan ialah ikatan antara Allah dengan hambanya ada ikatan yang
sebenarnya tidak terpisah dan tidak boleh dipisahkan, kerana Allah menjadikan
hambanya supaya sentiasa tunduk dan patuh kepadanya dan Allahlah Pentadbir
alam dan seluruh makhluknya. Dengan itu, ikatan yang memang tersedia ini di
ikat lagi dengan tali (agama) dengan terasnya ialah akidah keimanan kepada
ketauhidan Allah, semakin kuat terasnya / tunjangnya, semakin kukuhlah ikatan
yang sama sekali tidak mudah terputus.

Pengenalan Konsep
Akidah Dalam Islam

Definisi dan
dalil

Asas Aqidah
dalam Islam

Perkara yang
merosakkan
aqidah
Kepentingan
Akidah


PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

3
c) Maksud simpulan ialah simpulan antara Allah dengan hambanya ada simpulan
(simpulan mati) yang sebenarnya tidak boleh diurai atau dirombak dengan begitu
mudah, seperti ibarat tali yang disimpul mati, ia tidak boleh diurai lagi kecuali
dengan memotongnya dengan pisau, maka terputuslah tali itu, lalu tidak dapatlah
digunakan lagi. Begitulah kalau diputuskan simpulan tali (akidah) dengan Allah ini
dengan keputusan yang muktamad.

d) Maksud Perjanjian ialah perjanjian antara Allah dengan hambanya ada perjanjian
yakin pengakuan hamba terhadap Tuhannya yang mengaku bahawa Allahlah
Tuhan dan Tuannya yang Maha Berkuasa ke atasnya, mentadbir alam seruajagat
ini.

Para ulama memberikan maksud yang sama dengan Ibn Taimiyah di atas, iaitu berkaitan
dengan kepercayaan dan keyakinan atau pegangan yang diikat erat dan disimpul kuat di
dalam hati nurani seseorang yang beriman kepada Allah dan seluruh rukun iman yang
lain sehingga tidak mungkin akan terputus.

Takrif ini membawa erti, akidah berbeza dengan syariat. Syariat merupakan bebanan
kewajipan yang mesti dilakukan dalam bentuk praktikal. Manakala akidah adalah amalan
hati yang berbentuk keyakinan. Akidah juga bukan amalan berbentuk praktik, ia hanya
perkara yang bersifat ilmiah yang wajib ke atas setiap muslim yang memepercayainya.
Manakala syariat merangkumi ibadat dan muamalat.

Menurut Imam al-Ghazzali (1058-1111M) akidah ialah: Berpegang dan membenarkan di
dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak.

Daripada takrif yang dikemukakan ini, jelaslah kepada kita bahawa akidah itu mestilah
bersumberkan dalil yang pasti dan meyakinkan. Ianya datang dari Allah S.W.T. dan atas
dasar inilah terangkum di dalam beberapa persoalan akidah yang wajib diimani oleh
setiap muslim.

Dalil Berpegang Kepada Akidah yang Benar

Akidah dalam Islam adalah berkisar perkara-perkara yang datangnya daripada wahyu,
al-Quran dan al-Sunnah. Selain daripada sumber-sumber ini bukanlah akidah yang
sebenar kerana ia tidak mungkin membuahkan keyakinan dan kepastian. Al-Quran
adalah dalil yang paling nyata dan kuat. Antara firman Allah S.W.T.

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

4

¦¡..·¦´¸ ¸<!¸, .¸> ¯¡¸¸¸...,¦ _¸¸l ¯¡>´,l> "¸,¸.. _·¡>´,l _.>¦ _¸.
_.>¸| ¸¡.¸¦ !´.l· ¯¡>´,l> "¸,¸.. !. ¯¡>:¦¸ ¸¸| ¦´¸¡±. ¸__¸
“ Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sekuat-kuat sumpah;
Sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang pemberi peringatan, niscaya
mereka akan lebih mendapat petunjuk dari salah satu umat-umat (yang lain).
tatkala datang kepada mereka pemberi peringatan, Maka kedatangannya itu tidak
menambah kepada mereka, kecuali jauhnya mereka dari (kebenaran)”.
(surah Fatiir : ayat 42)

1.5 Asas Akidah Dalam Islam

Iman adalah sebagai asas akidah Islam, sesuatu amalan tidak akan diterima kecuali
dengan iman. Erti beriman dengan Allah Ta’ala ialah mengetahui, percaya dan beriktikad
dengan perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus
bagi Allah Ta’ala.

Beriman dengan Allah juga bermaksud:
a) Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah;
b) Membenarkan dengan yakin akan ke Esaan Allah s.w.t ,baik dalam perbuatanNya
manjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat
setiap makhluk
c) Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat
kesempurnaan, suci dari segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai
segala yang baharu.

Firman Allah S.W.T.

!¸¸!., '_!.l¦ ¦¸.,s¦ `¡>`,´¸ _¸.]¦ ¯¡>1l> _¸¸.]¦´¸ _¸. ¯¡>¸l¯,· ¯¡>l-l ¿¡1`.. ¸_¸¸

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

5
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah
menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu,
(menjadi orang-orang yang) bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah:21)

Maksudnya bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di alam ini termasuk
bumi, langit dan planet-planet lain yang dapat dilihat atau tidak semuanya adalah
kepunyaan Allah s.w.t

Percaya kepada Allah s.w.t ini adalah pokok kepada kepercayaan atau rukun-rukun iman
yang lain kerana dengan adanya Allah s.w.t maka adanya yang lain-lain itu. Kita perlu
mempelajari dan memahami ajaran Allah s.w.t Maksudnya beriman kepada Allah juga
sepatutnya kita pelajari dan fahami apa saja yang datang daripada Allah melalui
RasulNya sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah. Maksud beriman kepada Allah
bukan sekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga segala apa yang
datang daripada Allah s.w.t

Selain itu, manusia juga perlu yakin dalam melaksanakan perintah Allah Ss.w.t Yakin
dengan kebenaran, kesempurnaan Islam sebagai satu Din yang syamil dan kamil serta
terbaik.

Hukum mempelajari ilmu akidah adalah wajib individu atau fardhu ain ke atas lelaki
mahupun perempuan dalam mempelajarinya secara ijmali (umum) dan adalah fardhu
kifayah dalam mempelajarinya secara tafsili (terperinci).

1.6 Pembahagian Akidah

Berdasarkan pengertian yang diberikan di atas, akidah itu dapat di bahgikan kepada tiga
jenis, iaitu:

1. Tauhid Rububiyyah
2. Tauhid Uluhiyyah
3. Tauhid al-Asm’Wasifat

Tauhid Rububiyyah

Tauhid Rubbubiyah bermaksud hanya Allah sahaja sebagai Rabb (pencipta, pemilik,
pemerintah, memberi rezeki dan seumpamanya). Iaitu mengEsakan Allah dari sudut

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

6
perbuatannya. Membawa maksud manusia tidak boleh menganggap atau merasakan
yang lain sebagai rabb atau bersama-sama Allah menjadi Rabb. Dialah yang
menciptakan menghidupkan dan mematikan serta segala kekuasaan berada padaNya.

Firman Allah S.W.T

¿¸|´¸ ,`..., ´<¦ ¸¯¸.¸, ¸· ¸¸:lé .`«] ¸¸| ´¡> ¿¸|´¸ ,`..., ¸¸¯,>´ ´¡¸· _ls ¸_´ ¸,`_:
"¸,¸.· ¸¸_¸
Maksudnya : ” Dan jika Allah mengenakan (menimpa) engkau dengan bahaya
bencana , mak tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya
melainkanDia sendiri, dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan
kebaikan, maka ia adalah Amat Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu ”.
(surah al-An’am ayat 17)


Tauhid Uluhiyyah

Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang islam yang beriman dengan keimanan yang sebenar,
dia hanya mengambil Allah s.w.t sebagai Ilah. Dia tidak meletakkan Allah s.w.t bersama-
sama yang lain sebagai Ilah. Allah sahaja sebagai pujaan dan Dia sahaja yang layak
disembah. Maksud Ilah ialah sesuatu yang dipuja dan disembah. Segala ibadat.
Contohnya solat, puasa dan zakat, semua ibadat tersebut dilakukan oleh hambaNya
hanya ikhlas kerana Allah semata-mata dan kita tidak boleh mengabdikan diri atau sujud
kepada selain daripada Allah S.W.T.

Justeru itu, manusia tidak boleh mensyirfikkan Allah dan tidak boleh mengharapkan
selain Allah. Sebagaimana firman Allah:
.1l ¸±é _¸¸.]¦ ¦¡l!· ´_¸| ´<¦ ¸¸l!. ¸«..l. !.´¸ _¸. ¸«.l¸| ¸¸| «.l¸| .¸>´¸ ¿¸|´¸ `¸l ¦¡¸..,
!´.s _¡l¡1, ´_´..´,l _¸¸.]¦ ¦¸`¸±´ `¸¸.¸. ´¸¦.s '¸,¸l¦ ¸__¸

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

7


Maksudnya: ”Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: "Bahwasanya
Allah salah seorang dari yang tiga", padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain
dari Tuhan yang Esa. jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu,
pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih”.
(al-Maidah:73)


Tauhid asma’ Wasifat

Tauhid asma’ Wasifat membawa maksud mengEsakan Allah dari sudut segala nama-
Nya dan sifat-Nya. Di mana hanya Allah s.w.t yang layak bersifat dan memilih sifat
kesempurnaan. Untuk itu kita wajib dan diwajibkan mempercayai dan beriman dengan
segala nama dan segala sifat Allah sebagaimana yang terdapat dalam nas .
sebagaimana firman Allah s.w.t ;

`¸¸L!· ¸,´¡..´.l¦ ¸_¯¸¸¦´¸ _-> _>l _¸. ¯¡>¸.±.¦ !´>´¸¸¦ ´_¸.´¸ ¸¸.-.¸¦ !´>´¸¸¦ ¯¡´¸´¸.,
¸«,¸· ´_,l .¸«¸l.¸.´ ",_: ´¡>´¸ _,¸.´.l¦ ¸,¸.,l¦ ¸¸¸¸
Maksudnya: ”(Dia) Pencipta langit dan bumi. dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu
sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan- pasangan (pula),
dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. tidak ada sesuatupun yang
serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar dan Melihat” . (al-Syura:11)

1.7 Perkara-Perkara Yang Merosakkan Akidah

Pintu masuk ke dalam Islam dan seterusnya menjadi seorang yang beriman ialah
dengan ikrar dan tasdiq (mengucap dengan lidah dan membenarkan dengan hati).
Sesiapa yang yakin dan beri’tikad dengan Islam dengan cara itu, maka ia dikira seorang
muslim dan tidak akan keluar ke Islamannya kecuali jika muncul daripada ucapan atau
perbuatan atau i’tikad yang bercanggah dengan ikrar dan tasdiqnya terhadap dua
kalimah syahadah. Di bawah ini terdapat beberapa contoh yang menunjukkan perbuatan

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

8
yang telah melanggar ucapan dua kalimah syahadah tersebut sehingga dianggap
terbatal syahadahnya:




Syirik

Maksud bermaksud: menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya.
Iaitu memalingkan suatu ibadah kepada selain Allah. Syirik merupakan dosa yang paling
besar. Allah S.W.T. memberitakan bahawa Dia tidak akan mengmpuni dosa syirik,
kerana Dia telah menetapkan bahawa Dia sahaja Tuhan yang layak disembah. Dia Maha
Pengasih dan rahmatNya amat luas.

Firman allah dalam surah an-Nisa’ : 116


¿¸| ´<¦ ¸ `¸¸±-, ¿¦ ì´¸:¸ .¸«¸, `¸¸±-,´¸ !. _¸: .¸l: _.¸l ',!:¸ _.´¸ 츸:¸ ¸<!¸, .1·
_. ¸.l. ¦.,¸-, ¸¸¸_¸
Maksudnya: ”Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan
(sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang
dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, Maka
Sesungguhnya ia Telah tersesat sejauh-jauhnya”

Jenis-jenis syirik

 Syirik Jali
Maksud : Perlakuan syirik dilakukan secara terang-terangan, Contoh :
menyembah patung dan berhala, menyembah bulan atau matahari,
mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan. Akibatnya berlaku kerosakan
akidah dan akan mendapat azab di akhirat.

 Syirik Khafi

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

9
Maksud :Tidak meletakkan Allah s.w.t sebagai yang mutlak dalam niat
terutama dalam ibadat.
Contoh : riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri), ujub (mengagumi diri
sendiri), takbur (membangga diri) Akibat : dibenci masyarakat, hilang kawan
dan sahabat; sukar menerima pandangan orang lain. Rasulullah s.a.w
bersabda maksudnya:

”Bahawa sesungguhnya jampi-jampi (yang bukan menggunakan nama
Allah atau doa-doa yang mulia yang diterima dari Nabi) maka memakai
azimat adalah syirik”.

 Kesan terhadap pegamal syirik

Syirik akan membatalkan iman seseorang. Orang yang mengamalkan perbuatan itu
dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah s.w.t. Masyarakat menjadi bimbang dan
seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik seterusnya
boleh mencemarkan kesucian agama Islam.

 Cara untuk menjauhi syirik di kalangan masyarakat

Umat Islam hendaklah mempersiapkan diri dengan amalan-amalan Islam yang benar,
pendedahan tentang Islam serta penghayatannya perlu diberi sejak asas pendidikan
bermula lagi.

Seterusnya umat Islam hendaklah faham tentang bahaya perbuatan syirik itu sendiri, ia
bukan sahaja melemahkan individu bahkan juga boleh meruntuhkan institusi keluarga,
masyarakat, agama dan negara secara menyeluruh. Justeru itu, semua pihak perlu
memainkan peranan penting ke arah memberi pendedahan yang betul tentang konsep
dan kefahaman Islam yang sebenar terhadap masyarakat. Bagi guru, proses menanam
akidah memerlukan kesabaran yang tinggi serta cabaran yang besar. Lakukanlah cara
terbaik terhadap mereka demi untuk menyempurnakan didikan akidah sebagai teras
ajaran Islam.

Kufur

Kufur bemaksud tidak percaya kepada Allah s.w.t serta mengingkari ajaran yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w, implikasi mengingkari kekuasaan Allah s.w.t

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

10
dan Kenabian membawa kepada pengingkarian terhadap syariat sekaligus membawa
seseorang itu mengingkari rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah
s.a.w. Contoh : Menolak kepercayaan hari pembalasan, menolak hukum yang terdapat
dalam al-Quran, menyatakan solat fardhu merugikan masa, menyatakan berpuasa
ramadhan melemahkan ekonomi dan lain-lain. Manakala kufur Nikmat bermaksud :
Mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan.
Contoh : menggunakan nikmat kejalan maksiat, enggan mengeluarkan zakat / sedekah
dan lain-lain.

1.8 Faktor-faktor membawa kekufuran

 Pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat
membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala.

 Terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan
kebebasan.

 Kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur
untuk memenuhi keperluan hidup.

Riddah

Riddah bermaksud berpaling atau keluar daripada agama Islam. Ingkar atau menafikan
rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Sesorang itu boleh dianggap murtad melalui 3 cara:

 Iktikad : Apabila berniat hendak meninggalkan agama Islam.
 Perkataan : Apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama Islam.
 Perbuatan : Menganut agama selain daripada agama Islam.

Faktor yang menyebabkan riddah ialah disebabkan oleh lemah pegangan agama, jahil
tentang akidah dan hukum-hukum Islam, terpengaruh dengan tawaran kebendaan.

Implikasi Setelah murtad/riddah apabila seorang itu telah murtad atau terkeluar dari
Islam mahu atau tidak mereka terpaksa menerima kesan pada diri, keluarga, masyarakat

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

11
dan negara. Hubungan suami isteri akan terfasakh, haram menerima harta pusaka
daripada waris beragama Islam dan haram dikebumikan diperkuburan Islam serta
menjadi penghuni neraka buat selama-selamanya.

Cara Berhadapan Dengan Orang Murtad, Sebagai seorang muslim yang beriman
dengan Allah s.w.t, sudah tentu merasa sensitif apabila melihat saudara seagamanya
keluar dari agama Islam. Justeru itu kita bertanggungjawab untuk memberi nasihat
supaya dia bertaubat ( sebanyak 3 kali ) dan kembali kepada agama Islam. Sekiranya
masih berdegil, ia wajib dibunuh (hukuman had yang disyariatkan). Memberi
perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf. Pemerintah hendaklah
menguatkuasakan hukum hudud.

Antara hikmah Islam Menganjurkan Hukuman Bunuh Terhadap Orang Murtad ialah;

 Memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermain-mainkan.
 Mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama Islam.
 Menghindarkan masyarakat Islam daripada berpecah belah dan huruhara.

Langkah Mengelakkan Diri Daripada Murtad

 Berpegang teguh dengan ajaran Islam serta menghindari daripada
sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa
kepada riddah.

 Mendalami ilmu-ilmu agama dengan memberi pendidikan agama dengan
sebaiknya kepada setiap orang Islam.

 Memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan
murtad. Kemudian mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang
murtad.

Khurafat

Khurafat bermaksud Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai
hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan
konsep tauhid dan syariat. Contohnya: Mempercayai azimat yang boleh menahan

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

12
sesuatu bahaya kepada seseorang. Mempercayai binatang seperti burung boleh
membawa tuah atau sial. Membuang ancak bagi menghalau hantu dan mengunjungi
kubur yang dianggap keramat.

Faktor perbuatan khurafat masih lagi wujud dikalangan umat islam

 Iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar
membezakan amalan benar dan khurafat.
 Terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara
khurafat. Ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal.

Cara menangani dan membenteras amalan khurafat dikalangan masyarakat

 Islam ialah dengan cara menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-
majlis ilmu di semua lapisan masyarakat.

 Mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi
orang ramai dengan perkara khurafat.

 Mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat,
kerana akibat buruk jika mempercayai / mengamalkan perbuatan khurafat
yang menyebabkan syirik dan terbatal iman, membazir masa, tenaga dan
harta dengan perkara sia-sia. Di samping itu ia juga menyekat akal berfikir
secara logik dan sistematik.

1.9 Kepentingan Akidah

Kepentingan Akidah ialah :

 Melahirkan manusia yang kuat berusaha mencari kehidupan yang baik di
dunia ini dengan penuh keyakinan diri dan keyakinan terhadap janji Allah
akan mengurniakan kehidupan yang baik tanpa berserah bulat kepadanya.

 Menjadikan manusia tidak mudah putusasa, kecewa dan hilang harapan
terhadap kegagalan dan bencana yang menimpanya, lantaran ianya
adalah takdir Allah yang tentunya ada kebaikan kepada manusia.

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

13

 Membentuk jiwa manusia yang teguh, murni, hati yang baik dan sejahtera
yangmemungkinkan tindakan yang betul dan elok serta tidak mudah
tergoda dan digoda oleh mana-mana anasir jahat.
 Membina kehidupan manusia bermaruah tinggi, berhemah, berfikiran
positif, rasional dalam amalan dan perbuatan. Namun sentiasa selaras
dengan kehendak Allah

 Meletakkan manusia sentiasa bersiap sedia menghadapi kematian, kerana
ia tidak diketahui bila akan berlaku, tanpa meninggalkan tanggungjawab
dan amanah yang perlu di laksanakan di dunia.

KESIMPULANNYA

Secara keseluruhannya, akidah adalah perkara pokok yang wajib dipelajari dan difahami
oleh setiap umat Islam. Individu yang ingin mempelajari dan berpegang kepada akidah
Islamiah secara istiqamah akan membawa kejayaan cemerlang dalam hidupnya. Secara
tidak langsung, ia akan melahirkan masyarakat yang berilmu, tinggi amalannya dan
terpuji akhlaknya dan akan mencapai kejayaan hidup cemerlang dunia dan akhirat.



Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit
ini dengan jayanya!
.















1. Jelaskan maksud Akidah mengikut Ibn Taimiyyah
2. Nyatakan perbezaan antara tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan al-Asma’ wa
sifat
3. Senaraikan aktiviti yang ssuai bagi memantapkan akidah di kalangan peajar
sekolah
TUGASAN

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

14


Tajuk 2 Pendidikan Akidah Sekolah Rendah
2.

Akidah Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah


2.1 Sinopsis

Pelajar-pelajar yang dikasihi, topik ini akan membincangkan tajuk akidah dalam sukatan
pelajaran pendidikan Islam sekolah rendah. Fokus utama yang menjadi perbincangan
kita ialah tentang syahadah, sifat-sifat Allah, perkara samiyyat, rukun Islam dan rukun
iman. Diharapkan para pelajar memberi perhatian dan tumpuan yang lebih terhadap tajuk
ini kerana ia lebih bertumpu kepada pemahaman konsep dan penjelasan istilah dalam
kaedah Akidah Islamiah.

2.2 Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan konsep dua kalimah syahadah
2. Menjelaskan maksud Asma’ al-Husna
3. Menghuraikan konsep rukun Iman dan rukun Islam
4. Menyenaraikan implikasi rukun iman dan rukun Islam terhadap kehidupan
masyarakat














PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

15


2.3 Kerangka Konsep









Akidah Dalam
Sukatan SK
Syahadah
Konsep/Lafaz/
Hukum
Hubungan
dengan
Kehidupan
Rukun
Islam
Iman
Asma/Sifat
Nama Allah
Sifat Allah
Samiyyat
Hari Kiamat
Pembalasan
Balasan
Pahala/Syurga
Dosa/Neraka

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

16


2.4 Konsep, Lafaz dan hukum dan dalil mengucap dua kalimah syahadah

Definisi syahadah bererti ikrar, i’ktiraf, i’tikad, pengakuan, pengiktirafan dan persaksian.
Seseorang yang bersyahadah mempercayai kebenaran apa yang disaksikan. Apa. yang
dimaksudkan dengan dua kalimah syahadah ialah menafikan ketuhanan kepada sesuatu
selain Allah s.w.t dan menetapkan bahawa sifat ketuhanan hanya bagi Allah s.w.t sahaja.
Syahadah ke dua ialah mengenai ketetapan Nabi Muhammad s.a.w sebagai RasulNya.

Lafaz kalimah syahadah ialah أ ا لوسر ادمحم نأ دهشأ و ا لإ هلإل نأ دهش
Maksudnya: Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t dan Nabi
Muhammad s.a.w adalah Pesuruh Allah s.w.t

Hukum Melafazkan Syahadah `Setiap orang yang melafazkan syahadah dengan
kerelaan hatinya adalah Muslim. Ia mempunyai hak dan kewajipan menurut syariat Islam
dan wajib mematuhi syariat Islam serta terikat dengan peraturan dan undang-undang
Islam. Mengucap dua kalimah syahadah setelah baligh ( cukup umur ) adalah fardu
( wajib ) sekali seumur hidup bagi setiap mukallaf. Sekiranya tidak ia dikira menderhaka
( ىصاع ) sepanjang hidupnya dan sekiranya ia mati maka ia dikira mati dalam keadaan
mendurhaka.

Dalilnya pula ialah sebagaimana menurut hadis Rasulullah s.a.w:
أ هتلق ام لضفأ هل كيرش ل هدحو لا لإ هلإ ل لبق نم نويبنلاو ان
“Sebaik-baik apa yang aku katakan dan nabi-nabi sebelumku ialah kalimah Tiada Tuhan
melainkan Allah dan nabi Muhammad Pesuruh Allah” ( Riwayat Imam Malik, Al-Muwatta’ )

2.4.1 Hubungan Konsep Syahadah Dengan Kehidupan muslim

Apabila seseorang itu melafazkan dua kalimah syahadah bermakna individu tersebut
telah melakukan ikatan kontrak, implikasinya unsure syahadah ini harus diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Justeru itu, syahadah berkait erat dengan;

Secara amnya;

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

17

 Dari segi akidah – beriman dengan rukun iman dan kandungannya
 Dari segi ibadat – melaksanakan semua Rukun Islam
 Dari segi syariat – melaksanakan segala peraturan dalam kehidupan sama ada
berkaitan kekeluargaan,politik,ekonomi,sosial,pendidikan dan lain - lain
 Dari segi akhlak – berakhlak dengan akhlak Islam sama ada dalam urusan
dengan Allah, manusia dan makhluk lain

Secara khusus :

 Redha bahawa Allah sahaja yang disembah
 Tiada yang ditakuti melainkan Allah
 Menerima sepenuhnya syariat Allah
 Bersyukur kepada Allah atas nikmatNya
 Mengikut & mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w
 Pengakuan bahawa tiada yang aku cinta melainkan Allah
 Tiada yang lebih besar dan agung melainkan Allah s.w.t
 Bertawakal dan meminta pertolongan kepada Allah

2.4.2.Tuntutan Beriman dengan Dua Kalimah Syahadah

a. Menerima sepenuhnya syariat Allah
Firman Allah:
´¸¯,-·¦ ¸_,¸: ¸<¦ _¡-¯,, .`«]´¸ ´¡l`.¦ _. _¸· ¸,´¡..´.l¦ ¸_¯¸¸¦´¸ !´s¯¡L !>¯¸é´¸ ¸«,l¸|´¸ _¡`->¯¸`, ¸__¸
Terjemahannya: " Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah,
padahal kepada-Nya-lah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik
dengan suka maupun terpaksa dan Hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan".
´¡>>·¦ ¸«,¸l¸¸.>l¦ ¿¡-¯,, _.´¸ _.>¦ ´_¸. ¸<¦ !.>`> ¸,¯¡1¸l ¿¡`.¸·¡`, ¸_¸¸
Terjemahannya: Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum)
siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?

b. Mengikut Rasulullah s.a.w dan mengkuti panduannya dalam setiap urusan hidup
Firman Allah:

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

18
¸· ,¸,´¸´¸ ¸ _¡`.¸.¡`, _.> ì¡.¸>>`, !.,¸· ¸>: `¸¸.¸, ¯¡. ¸ ¦¸.¸>´ _¸· ¯¡¸¸¸.±.¦ l´>¸> !´.¸. ¸,.·
¦¡.¸l.¸´¸ !.,¸l`.· ¸__¸
Terjemahannya: " Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman
hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan,
Kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap
putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya " .

c. Bertawakkal dan meminta pertolongan kepada Allah dalam setiap perkara
Sabda Rasulullah s.a.w:
لاب نعتساف تنعتسا اذإو لا لأساف تلأس اذإ
Terjemahannya: “Apabila kamu meminta sesuatu , mohonlah kepada Allah dan
apabila kamu memohon pertolongan, pohonlah pertolongan daripada Allah”.

d. Taat kepada siapa yang mentaati Allah dan memusuhi siapa yang memusuhi
Allah s.w.t
¸ .¸>´ !´.¯¡· _¡`.¸.¡`, ¸<!¸, ¸,¯¡´,l¦´¸ ¸¸¸>¸¦ _¸:¦´¡`, _. :!> ´<¦ .`«]¡.´¸´¸ ¯¡l´¸ ¦¡.lé ¯¡>´,!,¦´, ¸¦
¯¡>´,!.¯,¦ ¸¦ `¸¸.´¡>¸| ¸¦ ¯¡·¸:´¸,¸:s ,¸¸.l`¸¦ ¸.é _¸· `¡¸¸¸,¡l· ´_..,¸¸¦ ¡>.`,¦´¸ ¸_¸`¸¸, «.¸. `¸¸l¸>.`,´¸
¸¸..> _¸¸>´ _¸. !¸¸.>´ `¸.¸.¸¦ _¸¸.¸¦.> !¸,¸· _¸.´¸ ´<¦ ¯¡·¸.s ¦¡.´¸´¸ «.s ,¸¸.l`¸¦ ´,¸¸> ¸<¦ ¸¦ ¿¸|
´,¸¸> ¸<¦ `¡> ¿¡>¸l±.¦ ¸__¸
Terjemahannya: "Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari
akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan
Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau Saudara-
saudara ataupun keluarga mereka. meraka Itulah orang-orang yang Telah
menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan
pertolongan yang datang daripada-Nya. dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha
terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya.

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

19
mereka Itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa Sesungguhnya hizbullah itu adalah
golongan yang beruntung “.

Sebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa setiap muslim yang melafazkan
Dua kalimah Syahadah dituntut supaya sentiasa memelihara semua perkataan,
perbuatan dan pengakuan selaras dengan syahadah. Seseorang itu dilarang
melakukan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan syahadah.

2.4.3.Perkara yang membatalkan syahadah

1. Syirik kepada Allah swt. Sebagaimana didalam firman Allah swt :-
¿¸| ´<¦ ¸ `¸¸±-, ¿¦ ì´¸:¸ .¸«¸, `¸¸±-,´¸ !. ¿¸: ,¸l: _.¸l ',!:¸ _.´¸ 츸:¸ ¸<!¸, ¸.1·
´_´¸.·¦ !..¸| !.,¸Ls ¸__¸
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan
sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan
sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.” – [An-Nisaa': 48].
2. Pengambilan seseorang atau sesuatu sebagai perantara dalam berdo’a atau
beribadah kepada Allah. Sebagaimana firman Allah swt :-
¸¦ ¸< _,¸.]¦ _¸l!>'¦ _¸¸.]¦´¸ ¦¸.>´¦ _¸. .¸«¸.¸: ´,!´,¸l¸¦ !. ¯¡>.,-. ¸¸| !.¡,¸¯¸1`,¸l
_|¸| ¸<¦ ´_.l`¸ ¿¸| ´<¦ `¡>>´ `¸¸.¸, _¸· !. ¯¡> ¸«,¸· _¡±¸l.>´ ¿¸| ´<¦ ¸ _¸.¸, _. ´¡>
',¸..´ "¸!±é ¸_¸
Maksudnya: “Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala
ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik) dan orang-orang musyrik
yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil
berkata): Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka
mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya, sesungguhnya Allah akan
menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang
apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

20
petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi
sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).” [Az-Zumar : 3]
3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau meragukan kekafiran mereka atau
membenarkan agama mereka.
4. Mempercayai bahawa ada ajaran lain yang lebih benar dan sempurna dari ajaran Nabi
Muhammad saw atau adanya hukum-hukum yang lebih baik dari hukum-hukum Nabi
Muhammad saw seperti halnya orang-orang yang lebih menyukai hukum-hukum ciptaan
manusia daripada hukum-hukum Nabi s.a.w, atau menganggap hukum Islam sudah tidak
sesuai lagi atau menganggap hukum Islam adalah sebab dari kemunduran kaum
muslimin pada zaman ini atau menganggap agama Islam hanya sesuai untuk mengatur
hubungan antara pribadi-pribadi dengan Allah swt. Sebagaimana firman Allah swt :-
!.¸| !´.l¸.¦ «.´¸¯¡`.l¦ !¸,¸· _.> "¸¡.´¸ `¡>>´ !¸¸, _¡,¸,.l¦ _¸¸.]¦ ¦¡.l`.¦ _¸¸.¦¸l ¦¸:!>
¿¡,¸..`,¯¸l¦´¸ '¸!,>¸¦´¸ !.¸, ¦¡´L¸±`>.`.¦ _¸. ¸¸..¸´ ¸<¦ ¦¡.lé´¸ ¸«,ls ´,¦.¸: ¸· ¦'¡:>.
´_!.l¦ ¸¿¯¡:>¦´¸ ¸´¸ ¦¸¸.:· _¸..,!:¸, !´... ¸,¸l· _.´¸ `¸l ¸>>´ !.¸, _¸.¦ ´<¦ ,¸¸.l`¸!· `¡>
¿¸`¸¸±.>l¦ ¸__¸
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi
petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri
(kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga)
ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka
diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu
dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan).
Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu
(dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah
kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana
mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak
menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya),
maka mereka itulah orang-orang yang kafir. ” ( Al-Maidah : 44 )
5. Membenci sesuatu dari apa-apa yang diajarkan Rasulullah saw, walaupun perkara itu
dikerjakan oleh orang tersebut. Sabda Nabi saw :
ي
ّ
ن
ِ
م
َ
سْ ي
َ
ل
َ
ف ي
ِ
ت
ّ
ن
ُ
س ْ نَ ع
َ
ب
ِ
غ
َ
ر ْ ن
َ
م
َ
ف

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

21
“Barangsiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku”. (Muttafaq
`Alaih)
5. Mengejek, Mencemuh, Memperli atau mencela sesuatu dari agama Islam.
Sebagaimana firman Allah swt :
_¸¸l´¸ `¸¸.l!. _l¡1´,l !..¸| !.é `_¡>´ ´¸-l.´¸ ¯_· ¸<!¸,¦ .¸«¸..,¦´,´¸ .¸«¸]¡.´¸´¸
`¸..´ _¸',¸¸¯¸.`.· ¸__¸ ¸ ¦¸'¸¸..-. .· ,·¯¸±´ .-, `¸>¸...,¸| ¿¸| ¸-. _s ¸«±¸¸!L
¯¡>.¸. `,¸.-. «±¸¸!L ¯¡·¸.!¸, ¦¡.!é _,¸.¸¸>: ¸__¸
Maksudnya: “Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu)
tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-
main”. Katakanlah: Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu
memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan
yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman.
Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan
menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.” [Al-
Taubah : 65-66]
6. Melakukan perbuatan sihir, bagi yang melakukannya atau ridha terhadapnya.
Firman Allah swt :-
¦¡`-,.¦´¸ !. ¦¡l.. _,¸L.´,:l¦ _ls ¸,l`. ´_..,l. !.´¸ ¸±é _..,l. ´_¸>.l´¸ _,¸L.´,:l¦
¦¸`¸±´ ¿¡.¸l-`, ´_!.l¦ ¸`>¸.l¦ !.´¸ _¸¸.¦ _ls ¸_,÷l.l¦ _¸,!,¸, ,¸`¸.> ,¸`¸..´¸ !.´¸
¸¿!.¸l-`, _¸. ¸.>¦ _.> ¸¡1, !..¸| _>´ «..¸· ¸· ¯¸±>. ¿¡.l-.´,· !.¸.¸. !. _¡·¸¯¸±`, .¸«¸,
_,, ¸,¯¸.l¦ .¸«¸>¸¸´¸ !.´¸ ¡> _¸¸¯¸!.¸, .¸«¸, _¸. ¸.>¦ ¸¸| ¸¿:¸|¸, ¸<¦ ¿¡.¹-.,´¸ !. ¯¡>´¸., ¸´¸
¯¡¸`-±., .1l´¸ ¦¡.¸ls ¸_.l «.´¸.:¦ !. .«l _¸· ¸:¸¸>¸¦ _¸. ¸_.l> _.¸,l´¸ !. ¦¸¸: .¸«¸,
¯¡¸.±.¦ ¯¡l ¦¡.!é _¡.l-, ¸¸¸_¸
Maksudnya: “Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir
yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman,
padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

22
tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah
yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat:
Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar
seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah
engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang
yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang
suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat
(atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan
sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak
memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu)
telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat
bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih
untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui” [Al-Baqarah :102].
7. Mendukung dan membantu kaum kuffar dalam melawan, menindas dan
memusuhi kaum muslimin, dan dia adalah kufur akbar. Firman Allah swt :-
¤ !¸¸!., _¸¸.]¦ ¦¡`..¦´, ¸ ¦¸.¸>`.. :¡·¸´,l¦ ´_¸...l¦´¸ ´,!´,¸l¸¦ ¯¡·¸´.-, ',!´,¸l¸¦ ¸_-, _.´¸
¡>´¡., ¯¡>.¸. .«.¸|· ¯¡·¸.¸. ¿¸| ´<¦ ¸ _¸.¸, ¸¯¡1l¦ _,¸.¸l.Ll¦ ¸_¸¸
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-
orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi
teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan
mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu.
Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. ”
[Al-Maaidah : 51)
8. Sesiapa yang menyangka bahwa orang-orang boleh keluar dari syari'at Islam,
maka orang itupun batal Islamnya dan menjadi orang kafir. Firman Allah swt :-
¯¡l¦ ¸. _|¸| _¸¸.]¦ ¿¡.`s¸, ¯¡¸.¦ ¦¡`..¦´, !.¸, _¸¸.¦ ,,l¸| !.´¸ _¸¸.¦ _¸. ,¸l¯,·
¿¸.,¸¸`, ¿¦ ¦¡.´!>., _|¸| ¸,¡-.Ll¦ .·´¸ ¦¸'¸¸.¦ ¿¦ ¦¸`¸±>, .¸«¸, .,¸¸`,´¸ _.L,:l¦ ¿¦
¯¡¸l¸.`, ¸.l. ¦´.,¸-, ¸_¸¸

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

23
Maksudnya: "Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang
(munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah
diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu
daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah
diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan pula sentiasa hendak
menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. " [Al-Nisaa :60].
9. Barangsiapa yang acuh (lekeh) kepada agama Islam, tidak mempelajarinya dan
tidak mengamalkannya, maka orang itu adalah orang kafir. Firman Allah swt :-
,¸l.´ ´_1. ,,ls _¸. ¸,!,.¦ !. .· _,. .·´¸ ,..¸.¦´, _¸. !..] ¦¸é¸: ¸__¸ _.
´_¸s¦ «.s .«.¸|· `_¸.>´ ¸¯¡, ¸«..´,¸1l¦ ¦´¸¸¸¸ ¸¸¸¸¸ _¸¸.¸¦.> ¸«,¸· ´,!.´¸ ¯¡> ¸¯¡, ¸«..´,¸1l¦
¸.- ¸¸¸¸¸
Maksudnya: “Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian
dari kisah-kisah umat manusia yang telah lalu dan sesungguhnya Kami telah
memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan.
Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya dia
pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat. Mereka kekal di dalam (azab)
dosa itu dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat, (Iaitu) hari
ditiup Sangkakala dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah
dalam keadaan kelabu” . [Al-Thaha :99-101)
Di samping itu, syahadah juga terbatal disebabkan oleh beberapa perkara iaitu;
1. Mengengkari sifat Rubbubiyyah
Setiap iktikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak mempercayai
Allah sebagai kuasa yang mencipta alam dan sekalian makhluk, mentadbir, memberi
rezeki, boleh menyebabkan seseorang menjadi kufur.
_¸¸l´¸ ¡¸.l!. _. ¯¡¸1l> ´_l¡1´,l ´<¦ _.!· ¿¡>·¡`, ¸__¸
Maksudnya: “ Dan jika kamu bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan
mereka, nescaya mereka menjawab : Allah!. Maka bagaimanakah mereka dapat
dipalingkan”. (Az-Zukhruf : 87)


PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

24
2. Mengengkari sifat Uluhiyyah
Setiap iktikad, kepercayaan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak mempercayai
Allah sebagai ilah dengan penuh kasih, takut, dll serta tidak disekutukan ibadat selain
kepadaNya dan menerima segala hukum-Nya dengan yakin dan redha.
.!`,¸| .,-. .!`,¸|´¸ _,¸-.`.· ¸_¸

Maksudnya: “ Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada
Engkaulah kami minta pertolongan. “ (Al-Fatihah : 5)
Inilah dasar yang memisahkan antara mukmin dan kafir kerana ramai manusia
mempercayai sifat Rubbubiyyah Allah tetapi mengengkari sifat Uluhiyyah Allah.
_¸¸l´¸ ¡¸.l!. _. ¯¡¸1l> ´_l¡1´,l ´<¦ _.!· ¿¡>·¡`, ¸__¸
Maksudnya: “ Dan seandainya kamu bertanya kepada mereka siapakah yang
menciptakan mereka, nescaya mereka akan menjawab : Allah!, tetapi bagaimanakah
mereka dapat dipalingkan (daripada beriman kepada Allah)?”. (Az-Zukhruf : 87)
3. Mengengkari Asma’ Allah dan sifat-sifat-Nya
a. Kafir Nafi
Menafikan dan mengengkari mana-mana sifat Allah seperti ilmu-Nya, qudrat-Nya dll atau
mentakrifkan mana-mana sifat Allah dengan takrifan yang kurang sempurna seperti
menyamakan ilmu Allah dengan ilmu makhluk (terhad) dan mempertikaikan hak dan
kekuasaan Allah seperti tidak merujuk kepada perintah dan larangan Allah dalam
menggubal undang-undang.
b. Kafir Isbat
Menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau mustahil bagi Allah sedangkan Al-Quran
dan Hadith menafikannya seperti mengatakan Allah mempunyai anak dan isteri serta
mengadakan peraturan sendiri yang bercanggah dengan yang telah ditetapkan oleh
Allah.
4. Mengengkari Rasulullah dan kerasulannya.
Setiap iktikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan mencela peribadi dan
kerasulan Rasulullah serta apa yang disampaikannya seperti tidak melaksanakan hukum
Islam dalam pemerintahan, mengkafirkan sahabat dll.


PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

25
2.5 Konsep Rukun Iman

Pengertian Iman dari sudut bahasa bermaksud tasdiq iaitu membenarkan, percaya dan
amanah.

Iman dari sudut istilah membawa maksud seperti berikut, iaitu:
 Tasdiq atau membenarkan Allah, malaikat-malaikat dan lainnya seperti yang
terkandung dalam Rukun Iman
 Menurut Abu Hasan al-Asy’ari, iman ialah membenarkan Allah dan Rasul-
rasulNya dan kepercayaan itu tidak sah kecuali dengan mengenal Allah
 Iman dalam erti kata lain juga membawa maksud membenarkan Nabi Muhammad
s.a.w dalam setiap apa yang dibawa baginda tanpa sebarang keraguan sedikit
pun.
 Iman itu membenarkan dalam hati, mengucapkan dengan lidah dan melakukan
amalan dengan anggota.
 Pengertian iman ini jelas difahami daripada hadis riwayat Abu Hurairah di mana
Malaikat Jibrail a.s. bertanya kepada Rasululllah s.a.w:
لاق ؟ نايلا ام : ثعبلاب نمؤتو هلسرو هئاقلبو هتكئلمو لاب نمؤت نأ نايلا
Maksudnya: "Apakah iman itu? Jawab Rasulullah s.a.w: Iman ialah percaya
kepada Allah, malaikat-malaikatNya, bertemu denganNya, para RasulNya serta
percaya kepada Hari Kebangkitan".

Pengertian Iman dan Islam , walaupun mempunyai erti yang berbeza dari sudut bahasa
tetapi mempunyai erti yang sama dari sudut syarak. Para ulama salaf seperti Ibn Mindah,
Al-Bukhari, Ibnu Hajar Al-Asqalani berpendapat kedua-duanya mempunyai nama yang
berbeza tetapi memberi erti yang sama.

2.5.1. Huraian Rukun Iman

Pengertian Iman secara umumnya bermaksud keimanan dengan semua Rukun Iman
yang enam dan mematuhinya, seperti mana dinyatakan dalam firman Allah yang berikut :
´_.¦´, `_¡.¯¸l¦ !.¸, _¸¸.¦ ¸«,l¸| _¸. .¸«¸,¯¸ ¿¡`.¸.¡.l¦´¸ _´ ´_.¦´, ¸<!¸, .¸«¸.>¸¸.l.´¸ .¸«¸,.´´¸ .¸«¸¦.'¸´¸ ¸
_¸¯¸±. _,, ¸.>¦ _¸. .¸«¸¦.¯¸ ¦¡l!·´¸ !´.-¸.. !.-L¦´¸ ,.¦¸±s !.`,´¸ .,l¸|´¸ ¸,¸..l¦ ¸___¸

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

26
Terjemahannya: ” Rasul Telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan
kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. semuanya
beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya.
(mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun
(dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar
dan kami taat." (mereka berdoa): "Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada
Engkaulah tempat kembali." ( Surah Al-Baqarah : 285 )

Berpandukan beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadis, pengertian Iman dan Islam
membawa maksud yang sama. Sekalipun begitu, terdapat juga dalil yang memberikan
pengertian berbeza antara keduanya dan dalam ayat tertentu pula menunjukkan bahawa
Iman dan Islam adalah saling melengkapi antara satu sama lain.

Penggunaan kalimah Iman dan Islam yang membawa maksud yang sama adalah
sepertimana terdapat dalam firman Allah yang berikut;
_!·´¸ _.¡`. ¸¸¯¡1., ¿¸| ,..´ ,...¦´, ¸<!¸, ¸«,l-· ¦¡l´´¡. ¿¸| ,..´ _,¸.¸l`.¯. ¸__¸
Terjemahannya: ”Berkata Musa: "Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah,
Maka bertawakkallah kepada-Nya saja, jika kamu benar-benar orang yang
berserah diri." ( Surah Yunus: Ayat 84 )

Penggunaan kalimah Iman dan Islam yang membawa maksud yang berbeza adalah
sepertimana terdapat dalam firman Allah yang berikut;
¤ ¸¸l!· ´,¦¸s¸¦ !..¦´, _· ¯¡l ¦¡`.¸.¡. _¸>.l´¸ ¦¡l¡· !..l`.¦ !´.l´¸ ¸_>., _..,¸¸¦
_¸· ¯¡>¸,¡l· ¿¸|´¸ ¦¡`-,¸L. ´<¦ .`«]¡.´¸´¸ ¸ ¡>.¸l, _¸. ¯¡>¸l..s¦ !:,: ¿¸| ´<¦ "¸¡±s
,¸¸>¯¸ ¸¸_¸
Terjemahannya: Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami Telah beriman".
Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi Katakanlah 'kami Telah tunduk', Karena
iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan
Rasul-Nya, dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu;
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."



PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

27
Iman yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah tasdiq iaitu kepercayaan di dalam lubuk
hati. Manakala Islam yang dimaksudkan ialah penyerahan atau kepatuhan lahir dengan
lisan dan semua anggota. Penggunaan kalimah Iman dan Islam yang membawa maksud
saling melengkapi dari sudut amalan adalah sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang
diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang berikut;
لاق ؟ لضفا لمعلا ىأ بنلا لئس : روبم جح ث داهلا ث هلوسرو لاب نايا
Terjemahan: “ Nabi ditanya tentang amalan yang utama, Nabi menjawab: “ Beriman
kepada Allah dan rasulNya kemudian berjihad, kemudian haji yang mabrur”.

2.5.2. Implikasi beriman kepada Rukun Iman

Setiap mukmin hendaklah memahami Rukun Iman secara sepadu dan menyeluruh.
Rukun Iman hendaklah diyakini serta dihayati dalam semua aspek kehidupan. Keimanan
akan memberi impak yang besar ke atas diri seseorang mukmin sama ada hati,
pemikiran, perbuatan dan perkataan. Setiap mukmin yang beriman dengan Rukun Iman
yang enam adalah insan yang bertanggungjawab memelihara iman agar sentiasa
mendapat keridhaan Allah dan berada pada jalan yang benar. Hakikatya keimanan akan
melahirkan dan membentuk insan yang taat kepada Allah dan Rasul, yakin pada setiap
ketentuan Allah dan bersedia kembali kepada Allah dalam keadaan ridha dan diridhai.

Huraian tentang beriman dengan rukun iman adalah sebagaimana berikut:

 Mukmin yang beriman dengan Allah mempercayai bahawa Allah s.w.t itu wujud
dan Dia merupakan Tuhan yang maha Esa, Maha Mencipta dan Maha Berkuasa.
Allahlah yang menjadikan semua makhluk dalam alam dan menguruskan
perjalanan alam ini . Oleh itu setiap mukmin akan sentiasa menjaga hubungan
dengan Khalik , mentaati suruhan dan meninggalkan laranganNya, berhati-hati
dalam tindakan ( taqwa ), hanya bermohon kepada Allah dan mengamalkan
akhlak mulia terhadap sesama manusia dan makhluk lain. Pada masa yang sama
setiap mukmin akan sentiasa berusaha menjauhi kemurkaan Allah dan
meninggalkan laranganNya apalagi syirik kepadaNya

 Keimanan kepada Malaikat pula menuntut setiap mukmin berwaspada dalam
tindakan kerana sentiasa ingat tentang kehadiran para malaikat yang mencatat
amalan baik dan buruk. Keyakinan ini menjadikannya rajin beramal ibadat dan

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

28
sentiasa membuat kebajikan sebagai persediaan untuk mendapat syurga dan
dijauhi dari azab neraka di akhirat nanti.

 Keimanan kepada Kitab-kitab Suci pula menuntut setiap mukmin supaya
berpegang teguh dengan Kitab sebagai panduan dalam kehidupan . Mukmin akan
rajin membaca Al-Quran dan berusaha memahami dan melaksanakan perintah
Al-Quran

 Beriman dengan rasul ialah supaya setiap mukmin menjadikan para rasul sebagai
teladan terbaik dalam kehidupan. Setiap mukmin akan mentaati perintah
Rasullullah s.a.w , sentiasa merujuk sirah Rasulullah s.a.w , mengamalkan
sunnah baginda s.a.w serta rajin berselawat atas Nabi,keluarga dan sahabat
baginda

 Beriman dengan Hari Akhirat, mendidik setiap mukmin agar menjadikan Akhirat
sebagai matlamat dan dunia adalah alat ,hidup di dunia ini adalah untuk
membuat kebaikan , sentiasa ingat dan bersedia untuk mati kerana yakin bahawa
kehidupan di alam akhirat adalah kekal abadi

 Beriman dengan Qada dan Qadar pula menjadikan seseorang mukmin itu ridha
dengan ketentuan Allah, yakin bahawa setiap kejadian ada hikmahnya dan
bersangka baik dengan Allah

2.6 Konsep Rukun Islam

Pengertian Islam

Pengertian Islam pada bahasa ialah
 Tunduk , patuh dan berserah
 Selamat
 Taat, damai, aman dan tidak ada kecacatan baik dari sudut zahir mahupun dari
sudut batin

Antara ayat Al-Quran yang menunjukkan pengertian di atas ialah seperti berikut:
:¸| _!· .`«] .«,´¸ ¯¡¸l`.¦ _!· ¸.l`.¦ ¸,¸¸l _,¸.l.-l¦ ¸¸_¸¸

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

29
Terjemahannya: ” Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!"
Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam". ( Surah Al-
Baqarah: Ayat 131 )

Firman Allah lagi:
_.´¸ _.>¦ ¸¯¡· _´.¸. l.: _|¸| ¸<¦ _¸.s´¸ !´>¸l.. _!·´¸ _¸..¸| ´_¸. _,¸.¸l`..l¦ ¸__¸
Terjemahannya: ” Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang
menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata:
"Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" ( Surah Fussilat:
Ayat 33 )


Pengertian Islam pada istilah adalah seperti berikut:

 Mentauhidkan Allah, patuh kepada perintahNya, akur dan ikhlas beribadat
dengan apa yang dibawa daripada Allah melalui RasulNya
 Tunduk, patuh serta menjunjung segala apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w
 Islam adalah agama yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w melalui wahyu
yang diturunkan oleh Allah s.w.t
 Menurut Ibnu Manzur dalam kamusnya Lisanul Arab, Islam bermaksud
melahirkan ketaatan dengan melakukan segala syariat yang dibawa oleh nabi
Muhammad s.a.w

Di antara ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang berkaitan ialah:

i. Firman Allah:
¿¸|· 졯>l> ¯_1· ¸,l`.¦ ´_¸¸>´¸ ¸< ¸_.´¸ ¸_-,.¦ _·´¸ _¸¸.¦¸l ¦¡.¸¦ ¸..¸>l¦
´_.¸¯,¸.¸¦´¸ `¸..l`.¦´, ¿¸|· ¦¡.l`.¦ ¸.1· ¦¸..>¦ _¸|¸ ¦¯¡l´¡. !..¸|· .,ls
_.l,l¦ ´<¦´¸ ´¸,¸., ¸:!,¸-l!¸, ¸_¸¸
Terjemahannya: ” Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran
Islam), Maka Katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian
pula) orang-orang yang mengikutiku". dan Katakanlah kepada orang-orang yang

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

30
Telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi[190]: "Apakah kamu (mau)
masuk Islam". jika mereka masuk islam, Sesungguhnya mereka Telah mendapat
petunjuk, dan jika mereka berpaling, Maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan
(ayat-ayat Allah). dan Allah Maha melihat akan hamba-hamba-Nya. (Surah Al- Imran
: Ayat 20 )


ii. Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah , ketika malaikat
Jibrail bertanya baginda di daalm satu majlis:
لاق ؟ملسلا ام : ةضورفلا ةوكزلا ىدؤت و ةولصلا ميقتو هب كرشت ل و لا دبعت نأ ملسلا
ناضمر موصتو ( ىراخبلا هاور )
iii. Hadis riwayat Ibnu Umar r.a., baginda bersabda:
ةوكزلا ءاتيإو ةولصلا ماقإو لا لوسر ادمم نأو لا لإ هلإل نأ ةداهش سخ ىلع ملسلا نب
و ناضمر موصو جحا ( ىراخبلا هاور )

Berdasarkan defniisi Islam pada bahasa dan istilah dapat dirumuskan bahawa Islam
adalah:

 Islam adalah agama Samawi
 Islam bererti selamat sejahtera dan aman
 Islam bermaksud tasdik atau membenarkan
 Islam bermaksud tunduk dan patu kepada segala perintah Allah
 Islam adalah agama fitrah yang sesuai dengan kejadian manusia dan semua
makhluk

2.6.1. Huraian Rukun Islam
Rukun Islam ada lima perkara iaitu:
1. Mengucap dua kalimah syahadat
“ Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi
Muhammad itu adalah pesuruh-Nya”
Bermaksud , dengan syahadat kita mengabdikan diri dengan hati dan sanubari dan
dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi
Muhammad adalah pesuruh-Nya.

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

31
2. Solat Lima Waktu Sehari Semalam
Solat adalah rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam.
Sesiapa yang mendirikan solat akan mendapat pahala dan sesiapa yang
meninggalkannya mendapat dosa dan azab yang pedih di akhirat. Solat ialah beberapa
perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan
memberi salam. Solat Fardhu yang wajib didirikan ialah solat ima waktu sehari
semalam. Solat Jumaat difardhukan kepada muslim pada setiap hari Jumaat. Solat amat
penting bagi setiap individu muslim. Oleh itu anak-anak hendaklah dilatih mengerjakan
solat sebagaimana hadith Rasullah s.a.w iaitu:
“ Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah
mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun.
Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur”
Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah-Nya.
Mulai dari lidah yang membaca, tangan bergerak, mata , telinga dan fikiran terpusat
dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
3. Mengeluarkan Zakat
Zakat dari segi bahasa boleh diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ia juga bererti
zakat dan baik, suci dan subur. Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan, kerana
dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih; bersih
dari sesuatu yang haram dimiliki, iaitu hak-hak orang lain yang telah diwajibkan kita
mengeluarkannya, serta hasil pencarian dan pendapatan tersebut akan diberkati Allah.
Zakat dari segi syara’ bermaksud nama daripada harta-harta tertentu yang diberikan
kepada orang-orang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.
Pembayaran zakat dibuat oleh seseorang Muslim dari harta/ pendapatan/ perniagaan/
tanaman/ ternakannya sama ada dalam bentuk wang atau bijian atau ternakan, dengan
kadar tertentu (2.5% atau 5% atau 10%) bergantung kepada jenis harta, yang diserah
kepada pihak berkuasa yang mengutip zakat, untuk diagih kepada 8 asnaf golongan-
golongan yang berhak menerima zakat. Zakat juga boleh dibayar terus sekiranya tiada
pihak berkuasa menguruskannya. Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan
menyerahkan sebahagian daripada harta milik kita kepada mereka yang berhak
menerimanya.

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

32
4. Berpuasa di Bulan Ramadan
Firman Allah s.w.t;
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu
menjadi orang-orang yang bertaqwa. “
Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya;
“Orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana didorong oleh rasa
keimanan kepada Allah dan dengan penuh kesedaran, maka akan diampunkan
oleh Allah akan dosa-dosanya yang telah lalu. “
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang
boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Dengan
berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan
menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan larangan-Nya. Ini secara langsung
akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
5. Mengerjakan Haji Di Baitullah

Haji dalam syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram di dalam bulan haji kerana
mengerjakan tawaf, sai’e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat–syaratnya serta
menunaikan segala yang wajibnya. Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah
dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang
mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.
i. Implikasi beriman kepada Rukun Islam

1. Membentuk sikap dan peribadi seorang muslim supaya ia sentiasa konsisten
dalam mengerjakan ibadah. Contohnya seorang muslim berpuasa dalam bulan
ramadhan ia digal;akkan juga berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis
serta puasa-puasa sunat yang lain.

2. Dapat mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh
Allah s.w.t setipa masa kerana merasakan diirinya sentiasa dalam lindungan dan
pengawasan Allah s.w.t.

3. Dapat menahan nafsu amarah daripada melakukan perkara-perkara yang
dilarang.

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

33

4. Mendidik akal dan roh manusia supaya sentiasa berfikir ke arah kebaikan diri dan
kesejahteraan umat.

5. Mendapat kedudukan yang tinggi disisi Allah s.w.t dan dipandang mulia oleh
masyarakat.

6. Dapat menjalinkan rasa kesatuan dan silaturahim serta saling menghormati
antara satu sama lain sebagaimana yang diperaktikkan dalam ibadat haji.

7. Mewujudkan rasa saling bergantungan, tolak ansur, toleransi dan berkerjasama
melalui amalan zakat.

2.7 Sifat-sifat dan nama-nama Allah (Tauhid Asma’ Wassifat)

Allah s.w.t. itu bersifat Esa. Allah itu satu, tidak dua, tidak tiga dan tidak lebih
daripada itu serta Dia tidak juga berupa kumpulan yang bergabung menjadi satu.
Justeru, kita wajib beriman bahawa Allah itu Maha Esa. Allah s.w.t. mempunyai
beberapa sifat yang menunjukkan Maha SempurnaNya Dia. Dengan sifat-sifat itu,
kita kenal dan yakin bahawa Allah itu Maha Sempurna dan Maha Bijaksana. Allah
juga Maha Esa dalam mencipta dan menjadikan sesuatu, yakni tidak ada yang
lain yang membantuNya atau bersama-sama denganNya. Dengan itu, mari kita
lihat pula dalil naqli dan dalil aqli yang berkaitan.

2.7.1 Beriman dengan Asma’ul Husna
Ia menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk beriman dengan Asma al Husna dan
yang lebih baik adalah untuk kita menghafalnya 99 Nama-nama Allah s.w.t.
Imam al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah r.a.
bahawa nama-nama Allah s.w.t. itu adalah sebanyak 99 nama.Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah s.w.t. itu memiliki 99 nama, sesiapa
menyempurnakannya memerhati dan memikirkan tujuan maknanya serta
beramal dengan tuntutan maknanya), nescaya mereka akan memasuki
syurga”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

34
Said Ibrahim (1999) menjelaskan bahawa setiap satu daripada sifat-sifat Allah
s.w.t. itu, adalah menggambarkan sifat-sifat Allah Yang Maha Kuasa, manakala
setiap satu daripada nama-nama Allah yang sebanyak 99 nama itu menunjukkan
suatu sifat atau beberapa sifat bagi Allah s.w.t. Contoh: Nama Allah al-‘Alim (Allah
Yang Maha Mengetahui) adalah menunjukkan Allah s.w.t. itu bersifat dengan sifat
ilmu. Nama al-Qadir pula menunjukkan sifat qudrat Allah s.w.t. Nama as-Samak
pula menunjukkan Allah s.w.t. adalah Maha Mendengar dan begitulah seterusnya.

2.7.2 Beriman dengan Nama as-Salam
Maksud as-Salam mengikut Abdul Aziz Umar Ahmad (1995) menghuraikan
maksud nama Allah s.w.t. as-Salam ini sebagai Yang Maha Menyelamat atau
Pemberi Keselamatan kepada seluruh makhluk. Allah s.w.t. juga Penyelamat
Hakiki yang wajib dipohon keselamatan daripadaNya. Justeru kita dituntut berdoa:

“Ya Allah ya Tuhan kami, Engkaulah Penyelamat, daripada Engkaulah
keselamatan dan kepada Engkaulah kembali keselamatan. Maka
hidupkanlah kami ya Tuhan kami dengan keselamatan dan masukkanlah
kami ke dalam syurga Darus Salam. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami
dan Maha Tinggi Engkau wahai Tuhan Yang Mempunyai keagungan dan
kemuliaan”. (Riwayat Abu Daud dan an-Nasai)

2.7.3 Beriman dengan Nama al-Hadi

Maksud al-Hadi menurut Abdul Aziz Umar Ahmad (1995) sekali lagi menjelaskan maksud
Allah Yang Maha Indah ini. Al-Hadi sebenarnya bermaksud Yang Memberi Petunjuk dan
Hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya.
Firman Allah s.w.t.:
_¸.]¦´¸ ´¸´.· _.¸· ¸_¸


“Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) lantas
memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan
kesempurnaannya” ( al-A’la 87:3)


PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

35
Ini bermaksud bahawa Allah s.w.t. memberi petunjuk kepada makhlukmakhlukNya
sebagai pedoman bagi mereka meneruskan kehidupan mereka di dunia ini dengan
sebaik-baiknya. Allah s.w.t. juga Maha Bijaksana menyediakan atau menunjukkan
kepada hamba-hambaNya jalan kebaikan serta menguji manusia dengan jalan kejahatan
di alam fana ini. Firman Allah surah al-Balad ayat 10:
«..,.>´¸ ¸_¸.>.l¦ ¸¸¸¸
Terjemahannya: “Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan
kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)”.

2.8 Konsep Dosa dan pahala
Dosa ialah suatu kesalahan atau kejahatan yang akan mendapat balasan azab daripada
Allah s.w.t. kepada orang yang melakukannya. Contoh: Mencuri, meminum arak, berjudi,
menderhakai ibu bapa, menipu, menerima rasuah dan sebagainya. Maka pembalasan
azab itu sebagai kawalan kepada manusia supaya meninggalkan perkara-perkara yang
ditegah termasuk perkara-perkara yang makruh yang boleh merosakkan diri dan
masyarakat. Sebagai contoh, menagih dadah dan merompak adalah perbuatan dosa
yang dimurkai Allah.

Pahala pula merupakan suatu kebaikan yang akan mendapat balasan baik daripada
Allah s.w.t. kepada sesiapa yang patuh dan taat kepada perintahNya, termasuk
melakukan amalan-amalan sunat dan sebagainya.Pemberian atau pengurniaan pahala
itu adalah sebagai perangsang dan motivasi kepada manusia untuk mereka melakukan
perkara-perkara kebaikan untuk diri dan masyarakat seluruhnya. Balasan itu berupa
pembalasan nikmat yang tidak terhingga di dalam syurga yang kekal abadi. Contoh:
Menunaikan solat, berpuasa, memberi derma, membaca al-Quran, menghormati ibu
bapa, memberi dan menjawab salam, membantu golongan miskin dan sebagainya.
Sebagaimana Firman Allah S.W.T dalam surah al-Zalzalah :
_.· ¯_.-, _!1.¸. ¸:¯¸: ¦¸,> .:¸, ¸_¸ _.´¸ ¯_.-, _!1.¸. ¸:¯¸: ¦´¸: .:¸, ¸_¸
Terjemahannya:”. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun,
niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan
sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula



PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

36







Konsep dosa dan pahala

Untuk lebih memahami kedua-dua istilah ini, maka Abdul Aziz Umar Ahmad (1995) telah
menghuraikan kedua-duanya sebagaimana Rajah 4.5 berikut:

Dosa ialah suatu kesalahan atau kejahatan yang akan mendapat balasan azab
daripada Allah s.w.t. kepada orang yang melakukannya.
Contoh: Mencuri, meminum arak, berjudi, menderhakai ibu bapa, menipu,
menerima rasuah dan sebagainya. Maka pembalasan azab itu sebagai kawalan
kepada manusia supaya meninggalkan perkara-perkara yang ditegah termasuk
perkara-perkara yang makruh yang boleh merosakkan diri dan masyarakat.
Sebagai contoh, menagih dadah dan merompak adalah perbuatan dosa yang
dimurkai Allah ( rujuk Rajah 4.6).

Pahala pula merupakan suatu kebaikan yang akan mendapat balasan baik
daripada Allah s.w.t. kepada sesiapa yang patuh dan taat kepada perintahNya,
termasuk melakukan amalan-amalan sunat dan sebagainya.Pemberian atau
pengurniaan pahala itu adalah sebagai perangsang dan motivasi kepada manusia
untuk mereka melakukan perkara-perkara kebaikan untuk diri dan masyarakat
seluruhnya. Balasan itu berupa pembalasan nikmat yang tidak terhingga di dalam
syurga yang kekal abadi. Contoh: Menunaikan solat, berpuasa, memberi derma,
membaca al-Quran, menghormati ibu bapa, memberi dan menjawab salam,
membantu golongan miskin dan sebagainya

Rajah 4.5: Dosa dan pahala (Abdul Aziz Umar Ahmad, 1995)



Buat huraian tentang perkara di bawah ini berdasarkan grafik.
Huraian Rukun Islam satu persatu dan kepentingan rukun Islam
kepada kehidupan masyarakat.


PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

37
2.9. Perkara –perkara Samiyyat
1. Hari Kiamat:
Untuk menjelaskan dan membincangkan berkaitan persoalan hari Kiamat ini, maka
tumpuan diberi kepada pendapat Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang berpendapat bahawa
hari Kiamat itu pasti berlaku dan akan berlaku nanti. Dalam membawa pegangan
tersebut, mereka berdasarkan dalil Naqli dan ‘Aqli. Dalil Naqli yang mereka gunakan
ialah sebagaimana firman Allah dalam Surah Taha ayat 15,

Antara lain lagi, golongan Ahlus Sunnah berpegang dengan pendapat bahawa
berlakunya Hari Kiamat dengan membawa dalil ‘Aqli, antaranya ialah alam semesta ini
yang terdiri dari langit, bumi, manusia dan segala ciptaan Allah adalah baru. Maka setiap
yang baru pasti akan binasa dan berlakulah hari Kiamat.

Walau pun Kiamat itu suatu peristiwa yang pasti akan berlaku tetapi masanya tidak
diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah jua. Walau bagaimana pun terdapat
beberapa ayat Al-Quran dan hadis yang menyatakan beberapa alamat sebagai tanda
masa akan tibanya hari kiamat. Firman Allah dalam ayat 18, Surah Muhammad;

2. Hari Pembalasan
a. Konsep pembalasan :
i. Semua amalan manusia, sama ada baik atau buruk akan mendapat balasan
dari Allah pada Hari Kiamat nanti. Golongan yang melakukan kebaikan akan
mendapat ganjaran syurga yang dipenuhi nikmat, sementara orang yang
berdosa akan diberi balasan yang setimpal iaitu dimasukkan ke dalam neraka
dan menerima azab siksa. Mengikut Ahli Sunnah wal Jamaah, ini bertepatan
dengan maksud firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 286.
¸ ¸¸l>`, ´<¦ !´.±. ¸¸| !¸-`.`¸ !¸l !. ¸,.´ !¸¯,ls´¸ !. ¸,..´¦ !.`,´¸ ¸
!..¸>¦¡. ¿¸| !´.,¸.· ¸¦ !.!L>¦ !.`,´¸ ¸´¸ ¯_¸.`>. !´.,ls ¦¸.¸| !.´ .«.l.> _ls
_¸¸.]¦ _¸. !´.¸l¯,· !´.`,´¸ ¸´¸ !.l¸´.>. !. ¸ «·!L !.l .¸«¸, ¸s¦´¸ !.s ¯¸¸±s¦´¸ !.l
¸´ ¦ ¸¯ > . .´ ! ¦ . ¸ . ¡¯ l . .´ ! · ! . .´ ¸ ¯ . ! s l _ ¦ l 1 ¡¯ ,¸ ¦ l ÷ . ±¸ ¸¸ ¸ _ ¸ _ _ _ ¸

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

38
Maksudnya: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa):
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami
tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban
yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum
kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak
sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan
rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap
kaum yang kafir."

ii. Allah menentukan peraturan dan menyatakan pembalasannya sebagaimana
firman Allah dalam surah An-Nisa Ayat 93
_.´¸ ¯_.1, !´.¸.¡`. ¦´.¸´.-.¯. .:¸¦¸>· `¸.¸> ¦.¸¦.> !¸,¸· ¸¸.s´¸ ´<¦ ¸«,ls .«´.-l´¸
´.s¦´¸ .«l !,¦.s !.,¸Ls ¸__¸
Maksudnya: “ Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan
sengaja Maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah
murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar
baginya.”


iii. Pembalasan itu menunjukkan keadilan Allah sebagaimana firmannya dalam
surah An-Nisa ayat 40
`¸l¦ ¯¡l-. ¿¦ ´<¦ .`«] .l`. ¸,´¡..´.l¦ ¸_¯¸¸¦´¸ ´,¸.-`, _. ',!:¸ `¸¸±-,´¸ _´,¸l
',!:¸ ´<¦´¸ _ls ¸_é ¸,`_: "¸,¸.· ¸_¸¸
Maksudnya: “ Tidakkah kamu tahu, Sesungguhnya Allah-lah yang
mempunyai kerajaan langit dan bumi, disiksa-Nya siapa yang dikehendaki-
Nya dan diampuni-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah Maha
Kuasa atas segala sesuatu.”


PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

39

b. Bahagian pembalasan
i. Pembalasan akan berlaku sejak di dunia lagi, sama ada baik atau buruk . Ini
ditegaskan dalam firman Allah surah Al-A’raf ayat 96
¯¡l´¸ ¿¦ _>¦ ´_¸1l¦ ¦¡`..¦´, ¦¯¡1.¦´¸ !´.`>.±l ¡¸¸¯,ls ¸¸.´¸, ´_¸. ¸,!.´.l¦ ¸_¯¸¸¦´¸
_¸>.l´¸ ¦¡,.´ ,¸...>!· !.¸, ¦¡.!é ¿¡,¸.>, ¸__¸
Maksudnya: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan
bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit
dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa
mereka disebabkan perbuatannya.”


ii. Pembalasan di alam Barzakh terdiri dari dua bentuk iaitu pembalasan baik /
nikmat atau buruk / azab . Semuanya bergantung kepada amalan yang
dilakukan oleh seseorang semasa hayatnya di dunia, sebagaimana firman
Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 46
_|¸| _¯¡s¯¸¸· .¸«`,¸¸.´¸ ¦¸¸¸>.`.!· ¦¡.l´´¸ !´.¯¡· _¸¸]!s ¸__¸
Maksudnya: “ Kepada Fir'aun dan pembesar-pembesar kaumnya, Maka mereka Ini
takbur dan mereka adalah orang-orang yang sombong.

Balasan baik di alam barzakh dinyatakan dalam firman Allah surah Ali Imran
ayat 169
¸´¸ _,.>´ _¸¸.]¦ ¦¡l¸.· _¸· ¸_,¸,. ¸<¦ !.´¡.¦ ¯_, ',!´,>¦ ..¸s `¸¸¸¸,´¸ ¿¡·¸¯¸`, ¸¸__¸
Maksudnya: “ Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di
jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan
mendapat rezki.




PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

40
iii. Pembalasan di Padang Mahsyar bermula dengan kebangkitan dari kubur, di
mana setiap orang dibangkitkan mengikut amalan masing-masing,
sepertimana firman Allah dalam surah Abasa ayat 33 – 42
¦:¸|· ¸,´,l> «>!¯.l¦ ¸__¸ ¸¯¡, ´¸¸±, ',¯¸.¦ _¸. ¸«,¸>¦ ¸__¸ .¸«¸.¦´¸ ¸«,¸,¦´¸ ¸__¸
.¸«¸.,¸>..´¸ ¸«,¸.,´¸ ¸__¸ ¸_>¸l ¸_¸¸¯.¦ ¯¡·¸.¸. ¸.¸¸.¯¡, ¿!: ¸«,¸.-`, ¸__¸ :¡`>`¸ ¸.¸¸.¯¡,
:¸¸±`.¯. ¸__¸ «>¸>!. :´¸¸:¯,.`.¯. ¸__¸ :¡`>`¸´¸ ¸.¸¸.¯¡, !¸¯,l. :´¸¸s ¸_¸¸ !¸1>¯¸. :´¸.·
¸_¸¸ ,¸¸.l`¸¦ ',= :¸±>l¦ :¸>±l¦ ¸__¸
Maksudnya: “Dan apabila datang suara yang memekakkan (tiupan
sangkakala yang kedua). Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya.
Dari ibu dan bapaknya. Dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari
mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.
Banyak muka pada hari itu berseri-seri. Tertawa dan bergembira ria. Dan
banyak (pula) muka pada hari itu tertutup debu. Dan ditutup lagi oleh
kegelapan. Mereka Itulah orang-orang kafir lagi durhaka.

iv. Balasan Syurga . Pembalasan ini merupakan kemuncak pembalasan nikmat
terhadap setiap hamba mengikut apa yang diusahakan di dunia sepertimana
firman Allah dalam surah Al-Haqqah ayat 19-22
!.!· _. _¸.¸¦ .«,..¸´ .¸«¸.,¸.´,¸, `_¡1´,· `¸¸!> ¦¸',¸·¦ «´,¸,..¸´ ¸¸_¸ _¸.¸| ¸.´.L _¸.¦
¸_.l`. «´,¸,!.¸> ¸_¸¸ ´¡¸· _¸· ¸«:,¸s ¸«´,¸.¦¯¸ ¸_¸¸ _¸· ¸«.> ¸«´,¸ll. ¸__¸
Maksudnya: “ Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari
sebelah kanannya, Maka dia berkata: "Ambillah, Bacalah kitabku (ini)".
Sesungguhnya Aku yakin, bahwa Sesungguhnya Aku akan menemui hisab
terhadap diriku. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diridhai.
Dalam syurga yang tinggi. “


PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

41
v. Bagi mereka yang menerima kitab amalannya dari tangan kiri maka
balasannya ialah dimasukkan ke dalam neraka sebagaimana firman Allah
dalam surah Al-Haqqah ayat 25 - 31
!.¦´¸ _. ´_¸.¸¦ .«,..¸´ .¸«¸]!.¸:¸, `_¡1´,· _¸..,l., `¸l ,¸¦ «´,¸,..¸´ ¸__¸ `¸l´¸ ¸¸:¦ !.
«´,¸,!.¸> ¸__¸ !¸.,l., ¸¸.l´ «´,¸.!1l¦ ¸__¸ !. _.s¦ _¸¯.s «´,¸l!. ¸__¸ ,l> _¸¯.s
«´,¸..Ll. ¸__¸ :¸.> :¡l-· ¸_¸¸ ¯¸. ,¸¸>>'¦ :¡l. ¸_¸¸
Maksudnya: “ Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah
kirinya, Maka dia berkata: "Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan
kepadaku kitabku (ini). Dan Aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku.
Wahai kiranya kematian Itulah yang menyelesaikan segala sesuatu. Hartaku
sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku. Telah hilang kekuasaanku
daripadaku." (Allah berfirman): "Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke
lehernya. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala.”



















PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

42
3
STRATEGI P&P DAN APLIKASI KAEDAH ( 5 JAM )


a. Sinopsis:
Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai strategi dan perkaedahan
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Kandungan unit ini membolehkan
pelajar meningkatkan kefahaman dan kemahiran membina rancangan pengajaran dan
pembelajaran bagi setiap mata pelajaran yang di ajar.

b. Hasil Pembelajaran:
Pada akhir kursus ini peserta dapat:

1. Menggunakan strategi, pendekatan dan kaedah pengajaran pembelajaran yang
berkesan.
2. Mengubahsuai penggunaan kaedah pembelajaran mengikut situasi pendidikan
semasa.
3. Mereka cipta kaedah pengajaran yang sesuai dengan perkembangan pendidikan
4. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam sesi pengajaran pembelajaran
5. Menjalankan penyelidikan pendidikan secara sitematik dan berkesan untuk
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran

c. Kerangka Konsep:

Strategi P &P dan
Aplikasi kaedah
Pendekatan Teknik Kaedah

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

43

d. Strategi pengajaran dan pembelajaran
i. Konsep Strategi

 Merujuk kepada kebijaksanaan memilih suatu pendekatan dan kecekapan
merancang kaedah dan teknik untuk mencapai objektif pelajaran yang telah
ditetapkan

 Antara strategi p&p dalam KBSR ialah:
 Strategi penggabunglinan kemahiran
 Strategi penyerapan isi pelajaran
 Strategi pemusatan guru, pelajar, bahan dan tugasan

Definisi Strategi ialah Rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau
kejayaan.”
- Kamus Dewan (1998)


Klasifikasi Strategi Pengajaran & Pembelajaran:
Pemusatan Guru

Pemusatan Bahan

Pemusatan Murid
Kaedah dan Teknik
 Penerangan
 Demonstrasi
 Syarahan
 Pengajaran berkumpulan
 Pengajran mikro
 Bercerita
 Keseluruhan kelas

Kaedah dan Teknik
 Audio-visual
 Penggunaan komputer
 Penggunaan bahan cetak
 Pengajaran pembelajarn
kesepaduan
 Modul
 Penggunaan buku teks
dan buku rujukan
Kaedah dan Teknik
 Projek
 Inkuiri- penemuan
 Perbincangan
 Penyoalan
 Penyelesaian masalah
 Main peranan
 Sumbangsaran
 Pembelajaran melalui pengalaman

Strategi merangkumi semua aspek persediaan dan pelaksanaan p &p, meliputi aspek
pendekatan, teknik dan kaedah. Rajah berikut dapat menjelaskan perbezaan antara
istilah-istilah berkenaan
PENDEKATAN KAEDAH
 Cara mengajar berdasarkan objektif  Siri tindakan guru yang sistematik

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

44
yang telah ditentukan
 Harus berlandaskan teori, prinsip atau
model tertentu
 Kenyataannya dianggap benar tanpa
memerlukan bukti dan alasan
 Mendokong sesuatu teori

 Lebih bercorak jangka pendek
 Merupakan usaha keseluruhan
terdiri daripada prosedur tersusun
berdasarkan pendekatan yang
dipilih
 Mendokong pendekatan dipilih
TEKNIK STRATEGI
 merujuk kemahiran guru mengelola
dan melaksanakan kaedah
mengajar yang dilaksanakan
 pengendalian yang benar-benar
berlaku dalam bilik darjah
 digunakan dalam langkah
pengajaran
 perlu mengambil kira faktor latar
belakang pelajar dalam
menentukan teknik yang dipilih
 Kebijaksanaan memilih pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran
berdasarkan objektif pengajaran
 Lebih mengambil kira objektif
jangka panjang
 Mengambil kira segala aspek
pembelajaran termasuk pemilihan
bahan, masa dan sebagainya

3.4.2. Konsep Pendekatan
 Bermaksud mendekatan sesuatu dan dalam konteks bilik darjah merujuk kepada cara
objektif jangka panjang dapat dicapai dalam sesuatu mata pelajaran.

 Pendekatan biasanya berasaskan suatu teori pengajaran dan pembelajaran,
contohnya: pedekatan induktif adalah berasaskan Model Pemikiran Induktif - Teori
Taba.

Definisi Pendekatan

“Satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran”
- Edward M. Anthony (1963)

Pendekatan wujud berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung dengan
falsafah agama Islam dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri. Ia
menghuraikan sifat mata pelajaran yang diajar. Ia menyatakan satu pendapat, falsafah
atau satu pengajaran, tetapi tidak semestinya boleh dibuktikan secara mutlak.

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

45
Umpamanya dalam sebarang pengajaran, kita membuat beberapa tanggapan asas
dan asas-asas inilah yang menjadi prinsip amalan bilik darjah.


Pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran.
• Daripada konkrit kepada abstrak
• Daripada mudah kepada kompleks
• Daripada keseluruhan kepada bahagian
• Daripada umum kepada spesifik (deduktif)
• Darpada spesifik kepada umum (induktif)
• Daripada dekat kepada jauh
• Daripada diketahui kepada belum diketahui


Huraian Definisi Pendekatan

Pendekatan didalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran
yang diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada
objektifnya.

Pendekatan Induktif

Pengajaran bermula daripada sesuatu aplikasi dan contoh yang khusus diikuti dengan
prinsip,hukum, teorem atau peraturan. Konsep-konsep Induktif mengandungi elemen-
elemen berikut, iaitu:

1. Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hokum.
2. Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman.
3. Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh tertentu.
4. Cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan pemikiran.
5. Membuat satu andaian yang munasabah daripada yang spesifik kepada umum.





PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

46
Ciri-ciri Pendekatan Induktif:
1. Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan.
2. Menggunakan pengantaraan deria (pengalaman deria) untuk mendapatkan
pengetahuan.
3. Memerlukan kekerapan ulangan dalam pelbagai konteks untuk menguasai sesuatu
kemahiran.
4. Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit.
5. Menekankan penglibatan murid secara aktif.
6. Banyak aspek lisan.

Pendekatan Deduktif

Pengajaran bermula daripada sesuatu rumus, prinsip,hukum, teori atau peraturan
diikuti dengan aplikasinya keatas contoh yang khusus. Konsep Deduktif mengandungi
langkah-langkah berikut:
1. Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hokum.
2. Set produksi fakta untuk membuktikan satu penyataan umum.
3. Menganalisi fakta yang membentuk generalisasi.
4. membuat satu penghuraian daripada umum kepada khusus.

Pendekatan Eklektif

 Menggunakan pelbagai kaedah.
 Menggalakkan usaha dan daya kreativiti guru
 Banyak mengggunakan latihan dalam pengajaran

ii. Konsep Teknik:
 Merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah.

 Merangkumi aktiviti, perlakuan, dan kemahiran guru yang digunakan dalam
pengajaran.

 Cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Contohnya: dalam keadah
bercerita, teknik seperti teknik menyoal.



PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

47
iii. Konsep Kaedah

 Suatu siri tindakan guru yang sistematik dan berurutan serta bertujuan mencapai
objektif spesifik, iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran.

 Cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun atau teratur.

Kaedah dipilih berasaskan suatu pendekatan. Contohnya: dalam pendekatan induktif
kaedah-kaedah seperti kaedah dapatan, inkuiri, kaedah projek, kaedah penyelesaian
masalah boleh digunakan . Namun demikian, anda tidak perlu terikat dengan kaedah-
kaedah yang disediakan di atas kerana ia hanyalah satu cadangan. Anda boleh
menggunakan kombinasi kaedah lain yang sesuai untuk diterapkan dalam P&P mengikut
kesesuaian waktu mengajar, jumlah murid, topik yang diajar dan kebolehan serta
kemampuan murid anda.

Kaedah-kaedah pengajaran dan Pembelajaran Akidah:

Dalam pengajaran dan pembelajaran Akidah pelbagai kaedah boleh digunakan seperti
kaedah syarahan, penerangan, kuiz, perbincangan, sumbang- saran, inkuiri, soal jawab,
cerita dan sebagainya Penerangan dan huraian Kaedah P&P Asas Ulum Syariah
(Akidah) Tahun 4 seperti perbincangan, inkuiri, soal jawab dan kuiz dinyatakan dalam
Jadual di bawah :
















PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

48
Jadual 4.1: Huraian Kaedah P&P Asas Ulum Syariah (Akidah) Tahun 4

1 Perbincangan -Melatih murid-murid memberikan pendapat mengenai
sesuatu topik yang ditetapkan.
-Guru bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara.
-Kaedah ini sering bergandingan dengan kaedah sumbang
saran iaitu murid memberi idea atau pandangan dalam
bentuk perbincangan
-Faedah menggunakan teknik ini ialah murid-murid dapat
bebas bersuara menyatakan pandangan dan menggalak
kan pertukaran idea antara beberapa orang murid. Maka
secara tidak langsung membimbing mereka memperolehi
engetahuan baru.
2 Inkuiri /
Selidikan
-Ia dikenali sebagi satu teknik tinjau siasat.
-Kaedah ini merangkumi segala proses soal selidik untuk
mendapatkan jawapan daripada soalan-soalan atau
masalahmasalah
yang dikemukakan.
-Faedah atau rasionalnya menggunakan kaedah ini ialah
merangsang pemikiran murid untuk mendapatkan jawapan
daripada topik yang dipelajari secara berperingkatperingkat.
-Prinsipnya sama ada daripada mudah kepada yang susah,
daripada jauh kepada dekat atau sebaliknya, daripada yang
umum kepada spesifik atau sebaliknya dan sebagainya
untuk memperolehi jawapan yang sewajarnya.

3 Soal Jawab -Guru mengemukakan soalan dan murid menjawab dengan
jawapan yang sewajarnya.
-Faedah dan kebaikan melaksanakan kaedah ini ialah guru
dapat menggalakkan murid berfikir dan memberi tumpuan
terhadap pelajaran, sekali gus mengelakkan mereka
memikirkan perkara lain.
-Kaedah ini juga memudahkan murid memahami dengan
lebih cepat kerana mereka berpeluang menyoal guru untuk
mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan tajuk pelajaran


PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

49
4 Kuiz -Ia merupakan satu bentuk pertandingan menjawab soalan.
- Kuiz dalam kelas dapat meningkat daya kognitif dan emosi
murid-murid (rujuk Rajah 4.9).
- Faedah dan praktikalnya menggunakan kaedah ini dalam
P&P Asas Ulum Syariah I (Akidah) ialah ia merangsangkan
dan menguji minda murid-murid untuk mengingat dan
memahami apa yang telah dipelajari. Aktiviti akan menjadi
sangat menarik sekiranya diselit dengan unsur-unsur hadiah
yang mudah seperti gula-gula, pen dan sebagainya kepada
murid-murid yang berjaya menjawab soalan-soalan dengan



e. Aplikasi Strategi P&P Akidah Tahap 1 dan Tahap 2 / Tahun 1-6 ( 3 jam )
Hasil Pembelajaran :
Setelah mengikuti tajuk ini, pelajar akan dapat :

1. Mengenalpasti kaedah yang sesuai bagi setiap tajuk dalam bidang Akidah
2. Mengenalpasti ciri-ciri dan pelaksanaan bagi setiap kaedah.
3. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap kaedah yang
dipilih.
4. Memastikan setiap kaedah yang dipilh bagi setiap tajuk pelajaran mendatangkan
keberkesanan yang maksimum.
5. Membezakan kekuatan dan keberkesanan bagi setiap kaedah mengikut
tajuk pelajaran.













PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

50
3.5.1 CONTOH-CONTOH APLIKASI PELBAGAI KAEDAH DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN AKIDAH

( a ) Contoh Aplikasi Kaedah Perbincangan, sumbangsaran, soal jawab dan kuiz

Mata pelajaran Pendidikan Islam
Bidang Akidah
Masa 30 minit
Tajuk Qadha dan Qadar.
Kaedah Perbincangan (sumbang saran), soal jawab dan kuiz
Gabung jalin Memahami dan menghayati Akidah.
Penyerapan ilmu Akidah, Adab dan Akhlak.
Penerapan nilai Meyakini Qadha dan Qadar, sabar, reda dan pasrah dengan
ketentuan Allah s.w.t serta berusaha ke arah meningkatkan
diri
dari masa ke semasa.
Kemahiran berfikir Mengenal pasti dan memberi refleksi tentang isu-isu
utama/asas
yang diperkatakan dalam isu Qadha dan Qadar
Sumber/Media
Pengajaran
Gambar/Ilustrasi, Tayangan National Geographic, CD Tragedi
Tsunami, Carta, Lembaran Kerja dan sebagainya
Hasil Pembelajaran Aras 1: Murid-murid mampu membaca dan memahami
maksud
Qadha dan Qadar.
Aras 2: Murid-murid dapat menghafaz maksud kedua-duanya
dan menyatakan perbezaannya.
Aras 3: Murid-murid dapat menyenaraikan contoh-contoh
QadhaÊ dan Qadar serta menyatakan hikmah di sebalik
beriman dengan kedua-duanya

Sumber: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2002). Huraian Sukatan
Pelajaran Pendidikan Islam tahun 4. Kuala Lumpur: JAPIM & Modul Pendidikan Islam
KPLI SR/LPBS. Bangi: Institut Perguruan Islam Selangor




PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

51

Kaedah Langkah-langkah Penyampaian
Perbincangan
(Sumbang saran)
Sumber:
Gambar/Ilustrasi contoh: Jenazah di bawa ke
tanah
perkuburan, bencana alam. Tayangan CD:
National Geographic berkaitan bencana alam
atau tayangan video hari penyampaian hadiah.

(i) Berpandukan sumber yang diberikan, guru akan
menerangkan terlebih dahulu media pengajaran
yang dipaparkan.
(ii) Kemudian, murid-murid berinteraksi dengan
guruberkaitan topik berdasarkan bahan ransangan /
sumber pengajaran.
( iii ) Setelah itu, murid-murid membuat perbincangan
dalam kumpulan kecil.
(iv) Wakil kumpulan membentangkan hasil
perbincangan.
(v )Guru membuat rumusan dalam topik pelajaran
pada hari tersebut.
Soal jawab Sumber: Carta hikmah beriman dengan Qadha
dan Qadar dan video tragedi tsnunami, banjir
atau lainnya.
( i ) Murid-murid membaca carta yang dilekatkan di
depan kelas.
( ii )Berdasarkan gambar dan tayangan video tragedi
tsunami, guru menerangkan hikmah-hikmahnya satu
persatu.
( iii ) Kemudian, guru bersoal jawab dengan murid-
murid tentang perkara tersebut dan akibat
menolaknya.
( iv ) Guru memberi ruang kepada murid-murid untuk
mengemukakan soalan atau masalah.
( v ) Akhirnya, guru membuat ulasan dan rumusan
bagi topik berkenaan

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

52
Kuiz Sumber: Lembaran Kerja
( i ) Setiap murid diberikan lembaran kerja meliputi;
( ii ) Isi tempat kosong, suai padankan, penyataan
salah/betul,
lengkapkan dan sebagainya.
( iii ) Murid-murid diminta menjawab lembaran kerja
tersebut sama ada secara individu atau berkumpulan
bergantung kepada peruntukan masa.
( iv ) Guru meminta agar murid-murid bertukar soalan
sesama mereka, kemudian guru menerangkan
jawapan yang betul sambil murid-murid menanda
soalan tersebut.
( (v ) Guru meninjau pencapaian murid-murid dalam
aktiviti tersebut secara rawak.
( vi ) Akhirnya, guru membuat ulasan dan rumusan
bagi topik berkenaan.


( b ) Contoh Aplikasi Kaedah Sumbangsaran dan soal jawab



















Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Aspek : Akidah
Tajuk : Qada dan qadar
Kaedah : Sumbang saran dan soal jawab
Gabungjalin : Membaca dan menulis
Penyerapan : Bahasa Arab dan akhlak
Nilai : Reda dengan ketetapan Allah
Sumber : Carta ayat al-Quran,hadis,CD,
Gambar dan slid.
Kemahiran berfikir : Membuat rumusan


PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

53
Langkah-langkah penyampaian.

Pelajar berintraksi dengan guru dan bahan-bahan rangsangan pengajaran dan
pembelajaran.
Pelajar-pelajar diberi bahan rangsangan berkaitan qada dan qadar.

1. Gambar bencana Tsunami di banda Acheh tahun 2004 .
2. Tayangan video para graduan sedang menerima Diploma Perguruan .
3. Gambar slaid : bukit, hutan, sungai,laut,padang pasir dan pantai.
4. Tayangan CD : Animals Planet.

Perbincangan kumpulan : sumbang saran.
 Setelah memerhati dan meneliti bahan –bahan tersebut pelajar berbincang
dalam kumpulan kecil.
 Perbincangan dilakukan secara sumbang saran.
 Setiap pelajar dalam kumpulan memberi pendapat dan idea mereka.
 Pendapat yang dikemukakan dicatat – oleh pencatat.
 Pada akhir perbincangan idea-idea yang dikemukakan akan disemak dan dipilih
mengikut keutamaan.
 Rumusan perbincangan dibentangkan dalam kelas.
 Guru bertindak sebagai fasilitator
















PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

54

( c ) Contoh Aplikasi Kaedah Penerangan dan Perbincangan


Pelajaran : Pendidikan Islam
Bidang : Akidah
Tajuk : Dosa besar dan dosa kecil
Kaedah : Penerangan dan perbincangan
Gabungjalin : Membaca dan memahami teks
Penyerapan : Bahasa Arab, Bahasa Melayu (terjemahan)
dan Akidah
Nilai : Menjauhi perkara munkar dan maksiat.
Kemahiran berfikir : Membuat refleksi berhubung ibadat seharian
seperti solat
Sumber : Mashaf Uthmani, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
gambar, slaid
Masa : 40 minit

Langkah penyampaian:

Pelajar berinteraksi dengan guru dan bahan-bahan rangsangan pengajaran dan
pembelajaran.

Pelajar-pelajar diberi bahan rangsangan berkaitan Dosa Besar dan Dosa Kecil

1. Gambar perbuatan-perbuatan yang berkaitan dengan Dosa Besar dan Dosa Kecil
2. Tayangan video Mat Rempit dan Pergaduhan Remaja .
3. Gambar slaid : Suasana di Kelab Malam, kedai Arak, Pusat Perjudian dan
seumpamanya.
4. Tayangan CD : Video Clip Filem Anakku Sazali ( Anak Derhaka ).








PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

55
Penerangan

 Guru menerangkan maksud dosa besar dan dosa kecil.
 Guru menunjukkan contoh-contoh dosa besar dan dosa kecil dengan
menayangkan Video Klip Suasana di Kelab Malam, kedai Arak, Pusat Perjudian
dan seumpamanya.
 Guru menunjukkan gambar Slaid berkaitan dosa-dosa besar dan dosa kecil
seperti Suasana di Kelab Malam, kedai Arak, Pusat Perjudian dan seumpamanya.
 Guru menunjukkan tayangan CD : Video Clip Filem Anakku Sazali ( Anak
Derhaka

Perbincangan

 Pelajar berbincang dalam kumpulan berhubung contoh-contoh dosa besar dan
dosa kecil

 Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan
 Pelajar membuat perkaitan aspek akidah dengan ayat Al-Quran dan hadis
berkaitan
 Pelajar membuat refleksi ke atas diri mereka sebagai makhluk Allah
 Pelajar membuat rumusan dari tajuk perbincangan














PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

56
( d ) Contoh aplikasi kaedah kuliah / penerangan, soal jawab, sumbangsaran,
pebincangan dan perbandingan

Pelajaran : Pendidikan Islam
Bidang : Akidah
Tajuk : Beriman kepada Malaikat
Kemahiran : Menyenaraikan sifat-sifat Malaikat
Kaedah : Kuliah / penerangan, soal jawab, sumbangsaran, pebincangan dan
Perbandingan
Penyerapan : Bahasa Arab dan Bahasa Melayu
Ilmu
Hasil Pembelajaran:
Aras 1 : Menyatakan sifat-sifat malaikat
Aras 2 : Menyenaraikan sifat-sifat malaikat
Aras 3 : menyatakan perbezaan sifat-sifat malaikat dan manusia

Penyerapan Nilai : Mengkagumi kekuasaan Allah
Bahan Bantu : Papan tulis, kad manila, komputer dan LCD
Mengajar
Masa : 1 jam

KAEDAH PENYAMPAIAN:
Kaedah Kuliah / Penerangan
1. Guru memaparkan sifat-sifat malaikat di papan tulis
2. Guru membaca satu persatu sifat-sifat malaikat sambil memastikan para pelajar
memberi tumpuan sepenuhnya
3. Pelajar membaca secara kelas tentang sifat-sifat malaikat seperti yang terdapat di
papan tulis
4. Guru menerangkan sifat-sifat malaikat satu persatu dengan menggunakan OHP/
Komputer dan LCD. Pelajar memberi perhatian .
5. Guru meminta pelajar menyatakan sifat-sifat malaikat secara individu, kumpulan
dan kelas
6. Guru merumuskan sifat-sifat malaikat




PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

57

Kaedah Sumbangsaran:
1. Menyenaraikan sifat-sifat malaikat
2. Guru meminta murid-murid menyenaraikan sifat-sifat malaikat secara individu,
kumpulan dan kelas
3. Guru memberi ulasan / membuat pembetulan terhadap pandangan dan pendapat
pelajar mengenai sifat-sifat malaikat
4. Pelajar membaca senarai sifat-sifat malaikat yang dipaparkan di layar ( OHP /
LCD )
5. Guru membuat rumusan terhadap sifat-sifat malaikat sambil pelajar member
tumpuan sepenuhnya

Kaedah Perbincangan:
1. Guru dan murid-murid membincangkan sifat-sifat malaikat bersama-sama secara
kumpulan dan kelas
2. Guru membincangkan maksud bagi setiap sifat malaikat berssama pelajar
3. Pelajar berbincang dalam kumpulan kecil bagi menyenaraikan sifat-sifat malaikat.
Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan
4. Pelajar membuat perkaitan sifat-sifat malaikat dengan aspek akidah
5. Guru membuat rumusan sifat-sifat malaikat

Kaedah Perbandingan:
1. Perbezaan sifat-sifat malaikat dengan manusia
2. Guru meminta murid-murid menyatakan perbandingan antara sifat-sifat malaikat
dan manusia secara individu, kumpulan atau kelas
3. Guru menyenaraikan perbandingan sifat-sifat malaikat dengan manusia dengan
menggunakan OHP / LCD. Murid-murid memberi tumpuan yang sebaik-baiknya
4. Guru meminta murid-murid membuat rumusan perbandingan antara sifat-sifat
malaikat dan manusia








PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

58

RUMUSAN:

1. Pengajaran Akidah perlu disampaikan dengan menggunakan
kaedah – kaedah yang sesuai dengan aspek tersebut. Disamping itu
aspek kesepaduan yang lain juga perlu diambil kira .

2. Aspek akidah hendaklah diajar menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai
dengan tajuk dalam aspek tersebut. Kesesuaian kaedah dan isi
pelajaran mendatangkan keberkesanan tinggi dalam hasil pengajaran

3. Aplikasi kaedah hendaklah dilaksanakan secara teratur, sepadu dan gabungjalin
dengan menggunakan strategi berpaksikan guru, berpusatkan murid dengan
berbantukan bahan bantu mengajar

SOALAN-SOALAN LATIHAN
1. Nyatakan kaedah-kaedah yang sesuai untuk bidang akidah?
2. Pilih kaedah yang sesuai bagi tajuk Beriman dengan Rasulullah kemudian bina
langkah-langkah pengajaran.
3. Anda dikehendaki menyempurnakan aplikasi kaedah berdasarkan perkara-
perkara berikut. Anda juga dikehendaki menyatakan langkah-langkah
penyampaian pelajaran

Pelajaran : Pendidikan Islam
Bidang : Akidah
Tajuk : Beriman dengan Qada dan Qadar ‘
Kemahiran :
Kaedah :
Gabungjalin :
Penyerapan :
Sumber :
Kemahiran berfikir :
Masa : 40 minit.
Penyampaian.




PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

59
RUJUKAN:

1. Ab. Saleh, Dr. Didaktif Pendidikan Agama . Jakarta : Bulan Bintang.
2. Abdul Aziz Umar Ahmad (1995). Asas Aqidah Islam. Kota Bharu: Diyan Darul
Naim Sdn. Bhd.
3. Abdul Razak Nawfal (1972) Islam dan Ilmu Pengetahuan Moden. Singapura :
Pustaka Nasional.
4. Abdullah Nasih Ulwan (1988) Pendidikan Anak-anak Dalam Islam: Pustaka
Nasional,
5. Abdullah Siddiq, Dr. Islam Dan Ilmu Pengetahuan. Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
6. Abdurrahman An Nahlawi (1992) Prinsip-prinsip dan Metode Pendidikan Islam.
Bandung: CV Diponegoro.
7. Ahmad D. Murin,Dr. (1974) Pengantar Falsafah Islam. Bandung: Al Maarif
8. Ahmad Mohd. Salleh (1997) PENDIDIKAN ISLAM: Falsafah, Pedagogi dan
Metodologi. Fajar Bakti Sdn Bhd Shah Alam.
9. Al Quran Al Karim.
10. Asma Hassan Fahmi, Dr. (1974) Sejarah Falsafah Al Islamiah. Jakarta Bulan
Bintang
11. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2002). Huraian Sukatan
Pelajaran Pendidikan IslamTahun 4. Kuala Lumpur: JAPIM.
12. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2002). Sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: JAPIM.
13. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (2005). Modul
Pengajian Islam KPLI SR/LPBS. Bangi: Institut Perguruan Islam Selangor.
14. Haji Abdullah Ishak (1995) Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya di Malaysia.
Dewan Bahasa Dan Pustaka . Kuala Lumpur.
15. Hanafi Mohamed, Drs. (1996) Falsafah Pendidikan Menurut Al Quran. Pustaka
Ilmi, Batu Cave, Selangor.
16. Hasan Langgulung, Prof Dr. (1995) Pendidikan Islam Dan Peralihan Paradigma.
Pustaka Aman.
17. Hasan Langgulung, Prof. Dr. (1986) Manusia Dan Pendidikan: Satu Analisis
Psikologi Dan Pendidikan. Pustaka Aman.
18. Hasan Langgulung,Prof. Dr. Asas-asas Pendidikan Islam. Pustaka Aman.
19. Ismail Ab. Rahman Abdul Aziz @ Ahmad Mohd Mohd Yasin Muda (1993) Isu-Isu
Pendidikan Islam Malaysia: Cabaran & Harapan. Percetakan Yayasan Islam
Terengganu Sdn Bhd.

PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

60
20. Ismail Ab. Rahman.(1993). Pendidikan Islam Malaysia. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
21. Kementerian Pendidikan Malaysia: (1988) Sukatan Pelajaran Sekolah
Menengah, Pendidikan Islam.
22. Kementerian Pendidikan Malaysia: Huraian Sukatan Pendidikan Islam KBSM
23. Khailani A. Jalil dan Ashak Ali Shah (1999) Modul Praktik Pengajaran Mikro
Tekno Edar, BBB, Selangor DE.
24. Luqman Hakim (1986)Tokoh-tokoh Islam Dulu Dan Sekarang. Bismi Publishers.
25. Mohd Mukhtar Shafie dan Ghazali Basri (1982). Mengenal Islam. Kuala Lumpur:
Penerbitan Pustaka Antara.
26. Mok Soon Sang (1996) Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan.
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
27. Muhammad Said Ramadhan Al Buty Dr. Fiq Al Sirah. Misr: Darul Fikri.
28. Omar Mohammad Al Taumi (1975). Falsafah Tabiyatul Islamiah. Tripoli.
29. Said Ibrahim. (1996). Aqidah Ahlussunnah Wal J amaah. Kuala Lumpur: Dar
Ma’rifah.
30. Sejarah Pendidikan Islam. Jakarta : Penerbitan Mutiara.
31. Shabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad (2003) PEDAGOGI:
Strategi Dan Teknik Mengajar Berkesan. PTS Publication & Distri butors Sdn
Bhd.