You are on page 1of 10

1.

0 Pengenalan Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu strukutur gramatikal perkataan, iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan bentuk kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 132, morfologi boleh diertikan sebagai bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan. Pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya. (Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, hashim haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 43.) Tuntasnya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dalam bahasa melayu. 2.0 Konsep Pembentukan Kata Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang manaperkataan baru dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif atau derivatif.jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mnedahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut. Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama dengan pembentukan kata dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Hal ini demikian kerana, dalam bahasa Arab, cara membentuk dan mewujudkan perkataan adalah melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan golongan kataatau kasusnya. (Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, halaman 134)

Jurunikah – juruwang. iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri. 2. Contohnya: .Secara umumnya. tatacara dan tatahias.2 Analogi Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan bentuk kata yang telah sedia ada yang telah digunakan sejak dahulu. peluasan makna.Misalnya. terdapat beberapa proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu.0 iaitu Konsep Pembentukan Kata. prauniversiti ii. diciptakan pula bentuk-bentuk seperti tatatertib. Bahasa Melayu berasal rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu. kesemua perkataan tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana setiap bentuk perkataan itu berbeza dari segi makna dan mempunyai fungsi yang berbeza. pemberian makna khusus. peleburan fonem.1 Akronim Pembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkanya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Kedua. Dalam struktur ayat. IPTI – Institut Perguruan Temenggong Ibrahim iii.3 Peleburan Fonem Proses peleburan fonem adalah satu proses yang berlaku dengan cara menggabungkan perkataan agar menjadi satu kata dengan meleburkan atau menggugurkan fonem-fonem tertentu. majmuk dan gandaan. JAIS – Jabatan Agama Islam Selangor ii. Prosesproses pembentukan kata dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut : 2. Prasangka – prasarana. penggemblengan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal. analogi. prasekolah. juruacara 2. penambahan. juruaudit. penciptaan . perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu juga wujud melalui proses-proses tertentu seperti akronim.1. perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua sumber. IPG – Institut Pendidikan Guru 2.1.1 Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu Sebagaimana yang telah dinyatakan pada tajuk 1. dan penyingkatan.1. Contoh lain : i. Contohnya: i. penyempitan makna. terbitan. sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. perkataantatabahasa memang telah sedia ada dan melalui proses analogi. peminjaman kata.

7 Penambahan Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan kepada kata akar satu suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga. perkataan [bendalir] terbentuk setelah satu fonem vokal /a/ digugurkan.8 Penciptaan Pembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu dicipta atau dihasilkan tanpa disandarkan kepada pembendaharaan kata yang sedia . Contohnya. Contohnya perkataan [sirih] pada asalnya bermaksud bekas atau kesan yang dilalui sesuatu seperti jalan yang dilalui oleh siput di atas daun pisang. [bu] + [luh] = [buluh] 2. [benda] +[alir] = [bendalir] Dalam contoh yang diberikan. malahan kepada haiwan juga.1.[bu] + [lan[ = [bulan] iii.i. Proses ini berlaku dalam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian.1. tetapi perkataan ini telah diperluaskan maknanya menjadi [famili] yang bukan sahaja merujuk kepada manusia.Magistrate – majistret iii. 2.1.Diplomat – diplomat 2.6 Peminjaman Kata Pembentukan kata melalui proses ini sangat luas digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain. [surih] membawa maksu meniru atau melukis peta. Contohnya.1. perkataan [family] dalam bahasa Inggeris bermakna ‘keluarga’.Element – elemen ii. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Arab sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. 2. 2.1.5 Pemberian Makna Khusus Dalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara mengambil kata-kata yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah. Contohnya : i. Bentuk kata jenis ini telah sebati dalam masyarakat penutur bahasa Melayu. [bu] + [kit] = [bukit] ii. kata akar [bu] merujuk kepada benda-benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang lain untuk menunjukkan benda-benda tertentu yang berbentuk bulat seperti berikut : i.4 Peluasan Makna Pembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang telah sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain. Melalui pemberian makna khusus.

10 Penyempitan Makna Pembentukan kata melalui proses ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah sedia ada. – doktor iii. penggembemlengan perkataan kumpulan gitar rancak menjadikugiran. Malahan. di samping mneggugurkan bahagian yang lain daripada perkataan tersebut. Pembentukan kata ini masih dilakukan sehingga hari ini seperti contoh yang berikut : i. dan kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang lebih umum. Misalnya. perkataan tuan puteri mempunyai makna yang khusus. Prof – profesor Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu boleh dilihat dari segi bentuk-bentuk kata yang terhasil seperti bentuk kata tunggal.11 Penyingkatan Melalui proses penyingkatan. bentuk kata terbitan. Contohnya. jika panggilan ini digunakan dalam urusan suratmenyurat rasmi. Seterusnya. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal.Dr. dan bentuk kata gandaan.1. Contonhya. pada hari ini terdapat perkataan tuan sahaja yang merujuk kepada orang lelaki yang patut dihormati. ia boleh merujuk kepada panggilan hormat bagi lelaki dan perempuan. kita boleh lihat proses pembentukan kata berdasarkan bentuk-bentuk kata yang berikut : a. perkataan-perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis dan sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang berikut : i.1. Sebaliknya. perkataan ini diciptakan berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat atau yang dikiaskan kepada sesuatu benda. iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih. 2. iaitu panggilan bagi wanita bangsawan atau wanita berketurunan raja. tv – televisyen ii. nama kiwi merijuk kepada nama burung di New Zealand. Daripada perkataan tersebut tercipta pula perkataan mengiwi yang bermaksud perbuatan menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas. Bentuk kata tunggal Perkataan yang berada dalam bentuk kata tunggal ialah perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian.9 Penggemblengan Perkataan yang dibentuk melalui proses penggemblengan adalah dengan cara menggabungkan dua patah perkataan atau lebih.ada.1. Dalam proses ini. Bernama – Berita Nasional Malaysia ii. Jadual di bawah menunjukkan antara pola . 2. bentuk kata majmuk. Proton – Perusahaan Otomobil Nasional 2.

KKKV KV+V – KV+KV+VK. KV+KVK VK+KV+VK. KVK+KV V+KV+VK– lampu elaun Jadual 1 Jadual 1 menunjukkan contoh perkatan berdasarkan pola suku kata yang terdiri daripada jenis kata tunggal. Jadual di bawah menunjukkan antara kata terbitan yang terhasil melalui proses pengimbuhan berserta contoh perkataan : Bentuk Kata Terbitan Jenis imbuhan Bil. . akronim juga tergolong dalam kata tunggal. Contohnya ABIM. iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu beserta contoh perkataan : Bentuk Kata Tunggal (Pola suku kata beserta contoh perkataan) Pola Kata Tunggal Bil.Selain perkataan di atas. KKVK VK+KV KV+KV+VKV+KV+KV+KV– stor – undi deria bidadari 5. KKKVK KV+VK V+KV+KVKVK+KVK+KV+KV– skrip – jauh ijazah dispensari 8. VK – V+VK – KV+V+KVK.KVK+KV+KV+KVK– skru doa seluar sentimeter 7. IKIM. KVKK VK+KVK KVK+KV+V.V+KV+KVK+KV+KV– telur ikhtiar universiti 10. KV – V+K – KV+V+KVKV+KV+VK+KVyu aku cuaca keluarga 2. Bentuk kata terbitan Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan.KV+KV+V+KVK– pasu keliru mesyuarat 9. dan ADUN. Penjelasan lebih lanjut akan dihuraikan dalam tajuk 2. KV+KV KV+KV+KV.KV+KV+KV+KVK– teks – ambil mentua kapitalis 6.KV+KVK+KV+KVam aib biawak sementara 3. b.0 iaitu Proses Pembentukan Akronim. Satu Dua Tiga suku Empat suku kata Suku Suku kata dan lebih Kata Kata 1. KVK – V+KVK V+KV+VKVK+KV+V+KVcat – adik usia bendahari 4.

Jadual di bawah menunjukkan antara contoh kata gandaan yang dibahagikan mengikut tiga jenis penggandaan berikut : Bentuk Kata Gandaan (berserta contoh perkataan) Bil. Kata kerja Kata kerja Kata kerja meme-…-kan – -er. Bentuk Kata Majmuk Rangkaian kata Istilah khusus bebas gambar rajah Perdana Menteri alat tulis Raja Muda air hujan Maib Canselor nasi minyak Timbalan Ketua Pustakawan Jadual 3 Kiasan hak milik batu kapur daerah panas atur cara d.. . di-duduki - Apitan Kata nama pe-. Jadual di bawah menunjukkan antara contoh kata majmuk yang terhasil berdasarkan tiga kelompok : Awalan Kata nama pe-pelari. 3. Bentuk kata gandaan Bentuk penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. watiseniwati Kata kerja -kanbuatkan. Penggandaan juga boleh berlaku secara berentak. Dalam proses yang demikian. Kata adjektif Kata adjektif Kata adjektif lebih dan bentuk ter-terbesar. dimemainkan merangkaikan dua diatur kata dasar atau 3.-an – perasaan Sisipan Kata nama -el. c.telunjuk Bil. 1. 4. 2. Bentuk kata majmuk Proses pemajmukan ialah 2. kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa.gelegak yang terhasil se-secantik keakraban membawa makna yang khusus. ke-…-an – -el. iaitu tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsure lain. pempembuat Akhiran Kata nama -anpakaian. Penggandaan Penuh Penggandaan Separa Penggandaan Berentak . iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.gerodak proses yang melawan.Jadual 2 1. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.

penggunaan kata pinjaman dalam petikan ini melibatkan peminjaman unsur asing dari segi aspek peminjaman tulen. dan peminjaman imbuhan.ceraiberai Pengulangan konsonan Batu-batan. bahasa Arab dan bahasa Sanskrit yang dapat membolehkan kita membezakan antara kata asli bahasa Melayu dengan kata pinjaman. lintang-pukang. ganang. tikus-tetikus Pengulangan vokal Kuih-muih. bunyi-bunyi asing. Proses ini berlaku dalam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian. Bebas Anak-pinak. Pembentukan kata melalui proses pinjaman kata sangat luas digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain. Kata berimbuhan Kata berimbuhan Awalan-pelatihAwalan-berlaripelatih lari Akhiran-amalanAkhiran-sayuramalan sayuran ApitanpersatuanApitankekuningpersatuan kuningan - Jadual 4 3. dalam bahasa Melayu terdapat unsur-unsur imbuhan daripada bahasa Inggeris. ayatayat Kata tunggal Laki-lelaki.1. Umumnya. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris. Jadual di bawah menunjukkan perkataan pinjaman yang digunakan dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar: Kata Pinjaman dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk . dolak-dalik 2. bahasa Arab dan bahasa Sanskrit sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Kata tunggal Meja-meja. gunung. ulang-alik. Setelah dianalisis. Dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar terdapat beberapa perkataan pinjaman yang digunakan.

Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Bil. .. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008: 66 ) menyatakan akronim boleh terbentuk menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan kemudiannya dilafazkan menjadi seperti perkataan. Peminjaman Bahasa Inggeris .khusus Peminjaman Bahasa Sanskrit .syarikat Aspek/unsur peminjaman - /kh/ .auditorium tulen . 1.program 2. Peminjaman Bahasa arab bunyi-bunyi dan parsi asing radio serius aspek sesi input kreatif kategori unit kokurikulum aktiviti /sy/ .0 Proses pembentukan akronim Akronim pada asasnya terbentuk daripada proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Contoh perkataan dalam petikan.tata .tatabahasa imbuhan Jadual 5 3.

dieja dengan huruf besar keseluruhannya. Contohnya : Bernama – Berita Nasional Malaysia tadika – taman didikan kanak-kanak cerpen – cerita pendek ii.Onn. akronim merupakan singkatan yang terhasil daripada penggabungan daripada huruf-huruf atau suku-suku kata dalam urutan dua kata atau lebih. Pembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkanya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf. atau bahagian daripada perkataan. Jikalau yang terbentuk itu kata nama khas. Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan Kata nama akronim jenis ini dibentuk melaluli percantuman suku kata awal sejumlah perkataan. suku kata. dan Abdul Hamid Mahmood.Menurut Asmah Haji Omar. oleh itu. hashim haji Musa. .) Antara jenis akronim tersebut ialah seperti berikut : Kata nama akronim cantuman hurup awal perkataan Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan kebanyakkanya terdiri daripada nama khas . akronim terdiri daripada kata selapis dan boleh mengalami proses morfologi sebagaimana kata selapis. Edisi Ketiga. Farid M. Jenis-jenis akronim Berdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan itu. halaman 105.1 i. Contohnya : ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri IPTI – Institut Perguruan Temenggong Ibrahim Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Menurut Asmah Haji Omar lagi. oleh itu ejaannya bermula dengan huruf besar. Contohnya : Perhilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Mara – Majlis Amanah Rakyat iii. kata nama akronim boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis. Tatabahasa Dewan. ejaanya bermula dengan huruf besar. (Nik Safiah Karim. Kata nama akronim jenis ini juga membentuk kata nama khas . Akronim adalah kata yang berbentuk kata nama tunggal dan dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. 3.

imbuhan yang berstatus imbuhan pada asalnya tidak dianggap imbuhan kerana keperluan mengayakan perbendaharaan perkataan bahasa Melayu bagi mendukung istilah-istilah tertentu. segala kesilapan adalah datang dari diri saya sendiri.2013 http://lifeasaartstudentlilizala. Tatabahasa pula ialah perkara asas bagi sesuatu bahasa.com/2012/05/morfologi-proses-pembentukan-kata-dlm. p/s : sekadar perkongsian ilmiah. Oleh hal inilah.iv. Hasil daripada perkembangan ilmu dan ikhtisas tertentu.. Melalui proses perancangan dan pembinaan bahasa yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka proses pembentukan kata menjadi tersusun dan terarah. Dari segi pembentukan kata pula.blogspot.com/p/membentuk-membuat-binaan. Contohnya : asbut – asap kabut debunga – debu bunga purata – pukul rata 4.=) http://rtkasensei90. Morfologi memfokuskan kajian terhadap perkataan dalam bahasa Melayu yang telah mengalami perkembangan yang pesat.com/2011/12/bidang-3-membentuk-dan-membuat-binaan.html 2.blogspot. begitu banyak perkataan baharu terbentuk semasa dari semasa.html http://come2playart.3.0 Rumusan Morfologi merupakan aspek penting dalam tatabahasa bahasa Melayu.html . kemunculan bunyi-bunyi baharu serta bentuk imbuhan baharu dalam bahasa melayu menyebabkan berlakunya pembentukan kata baharu dalam bahasa Melayu. harap membantu kalian.blogspot. Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata perkataan pertama dengan bahagian bukan awal perkataan yang lain. terutamanya dalam bidang kosa kata atau pembendaharaan kata yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata. Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.