Manusia hari ini suka sangka-sangka Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak Orang yang relax disangka malas Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) Orang makan banyak disangka pelahap Orang makan sikit disangka diet Orang baik disangka buruk Orang buruk disangka baik Orang senyum disangka mengejek Orang masam disangka merajuk Orang bermuzakarah disangka mengumpat Orang diam disangka menyendiri Orang menawan disangka pakai susuk Orang nampak ceria disangka membela Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah, mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah, mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa, mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api... satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya wallahu'alam.

mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”. mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.. maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah. Perlu mendidik hati. mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya. Bahkan jika difikir-fikir. Jika bertemu orang tua. maka yakinilah bahawa dia lebih daik darimu.Cara Bersangka Baik Oleh : Syeikh Abdulkadir Al Jailani Jika engkau bertemu dengan seseorang. tentu dia lebih baik dariku. maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi. sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak. tentu dia lebih baik dariku.InsyaALLAH. cepat-cepat istighfar. maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku. dekat sangat. YaQeen Ahmad : Bila tersangka buruk. maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu). Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.” Jika bertemu dengan orang kafir.bersangka baik ada kaitannya dengan sabar.” Jika bertemu dengan seorang yang berilmu. Dan kita tidak akan mampu mendidik hati untuk bersabar melainkkan dengan memandang dengan sangkaan yang baik… .” Jika bertemu dengan seorang yang bodoh. Astaghfirullah… ---------------------Benarkah orang yang bersangka baik dan sentiasa meletakkan sangkaan baik mendahului sangkaan buruk adalah orang yang sabar? .. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”. Jika bertemu anak kecil. sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Bukan mudah untuk bersangka baik kerana ianya melibatkan hati..

. seringkali juga mungkin lintasan pertama yang hadir dalam hati kita bila apabila berada dalam kedaan ini adalah negatif. Tidak salah kita sedih. · . Namun bukan berlebihan..sahabat yang paling baik dengan kita.apa salah diriku?.adakah kita bersangka baik waktu2 ini? · …kita menyapa orang yang selalu bersama kita.. namun tiba2 satu hari beliau mendiamkan diri dan mengalihkan pandangan mata.86) Orang yang sentiasa bersangka baik dengan ALLAH akan sentiasa juga bersangka baik dengan manusia.=) Subhanallah wa astaghfirullah… Hm. namun tiba2 saja pendrive tersebut hilang dan kebetulan tiada pula salinan yang lain.. Duhai diri dan sahabat… Mungkin pernah kita berada dalam situasi ini..... · Kita banyak melakukan kebaikan.. Kenapa berlaku begini..namun seringkali kita diperlaku dan dilayan dengan sebaliknya. -Bila sudah disedia secara tidak sengaja pula ditumpahkan adik?. kerana itulah fitrah insani. mengidam..tugasan yang kita laksanakan dan perlu hantar telah siap dikemaskini dan disimpan dalam pendrive untuk diprint.. Sedih… rasa terkilan juga hadir. · …..paling memahami dan sentiasa bersama suka dan duka tiba2 sahaja mendiamkan diri dan tidak bertanya pula khabar kita….s…"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.tentunya pelbagai rasa akan hadir.Tertarik dengan kata2 Nabi Yaakob a..berulang-ulang kali kita berpesan pada sahabat agar menunggu kita kerana banyak perkara kena selesaikan bersama namun last minit beliau mesej mengatakan bahawa beliau tidak dapat bersama kita… · …orang kita harap-harap untuk melakukan sesuatu perkara tiba2 bertindak sebaliknya. Susah nak dapat ni. Tidak mengapa jika cepat2 lintasan tesebut kita padamkan dangan dengan sangkaan lebih baik..?.. · ….perkara yang kita rancang dan laksanakan. namun bila hampir selesai tiba2 tegendala disebabkan oleh sebab sebab tertentu?. · . Kerana itulah sifat seorang mukmin. namun tidak jua kunjung hasilnya…... · …doa yang dipanjatkan pada ALLAH dengan bersungguh dan sepenuh hati.Sedihnya.…makanan yang memang kita lama dah idam-idamkan.. dalam kata lain. senyumannya mendahului kemarahannya.. Dan salah satu sunnah serta adab Rasululullah saw. hubungan dengan ALLAH dan insani juga sangat dijaga.”.(Surah Yusuf. .. · ..

(yunus. InsyaALLAH.622) Orang yang bersangka baik dan kuat persangkaan baiknya adalah orang yang dekat dengan ALLAH dan mengenali ALLAH kerana beliau sentiasa meyakini bahawa setiap apa yang terjadi adalah dari ALLAH. namun kita yang tidak menyedari kerana ALLAH makbulkan doa kita pada bentuk yang lain.. agar mereka selalu berada dalam kebenaran.Bukankah ALLAH itu bersifat Ar Rahman (Maha Penyayang) dan Ar Rahim (Maha Pengasihani)?ALLAH kasih akan hamba-nYa melebihi kasih ibu pada anaknya.. jua tidak „menuduh‟ ALLAH dengan tuduhan yang tidak baik.Dan tanda doa itu akan dimakbulkan ALLAH jika kita khusyuk dan yakin dengan doa tersebut. InsyaALLAH ketenangan itu pasti akan hadir.Kami Amat Memerlukan Belas Kasih. dan bahwasanya Dialah yang menjadikan seseorang itu tertawa dan menangis. Kerana kata ibnu „ataillah. “…. Kerana ALLAH telah sedia mengetahui hajat kita. Selagi ada kesempatan .. . maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku... bersangka baiklah bahawa belum sampai waktunya lagi ALLAH mengabulkan doa kita.186) YAKIN dengan ALLAH dan jangan PUTUS ASA dalam berdoa. moga ALLAH sentiasa menganugerahkan taufiq dan hidayahNya untuk kita perbaiki diri dalam menyediakan bekalan untuk dibawa ke sana.(Al Baqarah.. Sebagai hamba kita perlu menyedari bahawa kita berdoa bukan untuk memberitahu hajat kita pada ALLAH..Rahmat Darimu Ya Allah. beliau menyerahkan diri sepenuhnya pada ALLAH.... .Hasil dan natijahnya pasti akan ada di akhirat kelak.. maka (jawablah).”. ----------------------------------------------- . Bukti sifat pengasih ALLAH.Baik secara langsung atau tidak langsung. …doa yang kita panjatkan sebenarnya adalah hidayah daripada ALLAH. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. bahwasanya Aku adalah dekat.Tidak rugi melakukan kebaikan kerana ianya tetap tercatat dalam catatan amalan... Jua kerana menyedari dirinya seorang hamba.“. namun kerana menyedari bahawa kita adalah hambNya yang lemah. dibalas dengan sebaliknya.. tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. bahawa kita semua SEDANG kembali pada ALLAH.Cuma kita tidak mengetahui perpisahan rasmi dengan alam dunia ini bila dan bagaimana. bersangka baiklah bahawa kita mungkin belum lakukan yang terbaik lagi. . dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku..Letakkan Qudwah dan sunnah Rasulullah saw di hadapan diri.Jiwa hambanya sentiasa mengatakan bahawa ALLAH bersama dengannya.43) …jika kita memohon pada ALLAH namun pinta yang ada belum lagi ditunaikan. Mungkin ada perkara yang lebih baik di siSi ALLAH yang ALLAH ketahui untuk kita.(An Najm. Kerana ALLAH mengetahui apa yang terbaik untuk kita.sesungguhnya wali-wali Allah itu. ALLAH yang memberi kita petunjuk untuk berdoa dan ALLAH jua yang akan mengabulkan doa tersebut..mungkin saat itu hasrat tersebut tidak begitu baik untuk kita...harapkan.. Mungkin jua ALLAH sudah memakbulkan doa kita..mafhum ayat Al Quran..di sisi ALLAH..Jika dalam muamalat insani kita sering dilayan dengan sebaliknya dan kebaikan yang kita beri... Amin Ya Rabbal 'alamin..

burn the midnight oil. apabila keputusan peperiksaan keluar. ” Kasihan dia ni selalu berseorangan. kadang kala. tidak kiralah sama ada berita yang buruk mahupun berita yang baik. sombong sangat! nak jadi alim la tu tak nak bergaul dengan orang lain. sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. Husnuzon ertinya bersangka baik dan lawannya Su’uzon yang ertinya bersangka buruk. Namun. Merujuk kepada firman Allah dalam surah Al-Hujuraat . tak selalu dimiliki. Sebagai refleksi. “Eh.” Dan sesungguhnya Allah akan menguji seseorang mengikut kemampuannya seperti yang telah tertulis di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 . Memang benar. supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” Contohnya. apa yang kita hajat atau idam-idamkan. jauhilah daripada bersangka buruk terhadap orang lain. Dan dengan Suuzon ini jugalah kita dicatatkan sebagai dosa kecil kerana telah mengutuk orang. Terutamanya dalam kehidupan kita. seharusnya kita selidik dahulu tentang informasi tersebut. sebenarnya sedang dalam diam berzikir kepada Allah. Ingatlah. kerana Dia tidak mahu kita menjadi seorang yang riak dan takbur dengan keputusan yang cemerlang yang diperolehi atau mungkin juga. Seperti di dalam hadis: “Jauhilah prasangka itu. sebelum kita menempuh peperiksaan. sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta” -HR. pelbagai cara dan usaha telah kita lakukan. “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. tu la. Selain daripada itu. Dia mahu hamba hambaNya sentiasa merintih berdoa kepadaNya menjadikan mereka lebih dekat denganNya. ” Atau pun. kita sebagai seorang muslim seharusnya ber-husnuzon terhadap Allah SWT.” . Janganlah mempercayai berita tersebut seratus peratus tanpa usul periksa. mesti hati kita terdetik. tengah chatting dengan boyfriend la tu.ayat 6 : “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita. berita tersebut tidak benar malah ditokok tambah pula oleh orang yang menyampainya. dia ni selalu buang masa duduk mengadap komputer. Kita bertungkus lumus berusaha agar kita berjaya dengan cemerlang. Sifat bersangka baik sepatutnya ada dalam diri setiap muslim dan harus dipraktikkan dalam harian kita. dalam hati kita terbisik. Mungkin Allah mahu memberi ujian kepada kita dalam bentuk yang begini kerana Dia sayang akan hambaNya. maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan.…Satu perkataan yang seakan memberi mesej kepada kita untuk sentiasa berfikiran positif. work hard. Study hard. rakan sebilik kita yang suka berhadapan dengan komputer ribanya 24 jam. apabila kita memperolehi sesuatu informasi. Stay up dan sebagainya. Muttafaqun alaihi. Siapa tahu? Oleh itu. kerana boleh jadi. Mungkin juga.” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orangorang yang sebelum mereka. atau menjaga batasnya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. “Kami telah beriman. apabila kita melihat kawan A kita yang selalu jalan berseorangan. Barangkali kawan yang kita sangkakan membuang masa berhadapan dengan komputer sedang membincangkan tentang pelajaran melalui laman “messenger” atau sedang menyiapkan kerja kerja assignment? siapa tahu? Boleh jadi juga orang yang kita lihat selalu berseorangan. walaupun melalui hati. dan mungkin juga dia mempunyai masalah dan mahu bersendirian. maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya. kita telah bersangka buruk terhadap orang lain. kita mesti sentiasa husnuzon. ayat 2-3 “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan. kita kecundang dan kecewa. Merujuk kepada ayat Al-Quran surah Al-Ankabut.” Secara automatiknya.

Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang mengetahui segala isi hati orang lain. Memang benar kata pepatah. ber-husnuzonlah dengan Allah. Maka aku yang tahulah harus mengajaknya. dan jika itu salah. Satu.Oleh yang demikian. mungkin kerana dia dibesarkan dalam suasana keluarga yang tidak menitikberatkan agama. Tujuh. bagaimana mahu menebar bahagia? Empat. maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu. janganlah kita berprasangka buruk terhadap orang lain. patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah. ayat 12) "Kenapa dia tak bertudung? Oh. Adakah kita fikir kita seperti Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na'uzubillah.." (Surah al-Hujurat." . mungkin itu abangnya kerana aku juga tidak mengenali siapa keluarganya. Husnuszonlah sentiasa selama masih bernyawa! "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Enam. banyak manusia. Dua. tetapi kita tidak memiliki 'sijil' yang mengatakan bahawa kita antara yang dijanjikan syurga seperti 10 sahabat Nabi. maka engkau sudah melakukan fitnah” ________________ Tujuh sebab mengapa kita mesti bersangka baik. Andai hati sahaja mudah berprasangka. “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Usah mudah mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk persefahaman dan kesatuan hati. Sentiasa bersangka baik dalam setiap perkara. (Oleh itu. tidak kira dalam kehidupan dan ketika bergaul dengan manusia. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah bersaudara. Atau mungkin sesuatu telah berlaku dalam perjalanan sehingga dia terpaksa menumpang lelaki tersebut. banyak ragam. sesungguhnya Allah Penerima taubat." "Kenapa dia pulang ke universiti bersama seorang lelaki? Oh. Jadi. Tiga. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa. Lima. Ingatlah firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12. lagi Maha mengasihani.. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana manusia lain juga seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. bahkan dalam apa jua situasi pun. jika itu benar. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana mungkin kita mempunyai sijil-sijil kecemerlangan kokurikulum atau akademik. hari ini dia menjadi seorang yang pemurah dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memberi.” “Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu. Mungkin semalam dia seorang yang kedekut tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata.

Aku sebagai sahabat mestilah memahaminya. maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian." "Kenapa dia tak membalas senyumanku waktu berselisih ke kelas tadi? Oh. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang bertopeng penuh di muka. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan. maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. maka diam itu lebih baik. Langsung tidak bertempat sangkaan baik mengandaikan bahawa tuan rumah yang bercuti di Pulau Langkawi baru sahaja pulang ke rumah sambil memakai topeng Spiderman sedang mengumpil pintu rumah sendiri." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) ------------------------------ . Aku dan dia sebagai sahabatlah yang mesti saling menasihati dan mengingatkan. Dan seorang mukmin itu juga mempunyai sifat berhati-hati. Jangan bersangka baik tidak bertempat hingga meninggalkan langkah untuk berjaga-jaga. maka hendaklah ia memuliakan tamunya." Seorang mukmin itu bersangka baik terhadap orang lain. Tatkala terbangun pada pukul 3 pagi. terdengar bunyi dari rumah jiran." "Kenapa dia mengumpat sedangkan dialah yang suka memberi tazkirah? Oh. Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa. mungkin dia sedang sibuk menguruskan sesuatu. lain kali bisa memberi senyuman lagi. Tidak mengapa. dia juga seperti aku manusia yang sering melakukan kesilapan dan kadang-kadang terlupa. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian."Kenapa dia ku rasakan makin menjauh tanpa sebarang SMS atau call? Oh. mungkin dia tidak perasan atau ada sesuatu yang membelenggu fikirannya waktu itu.