You are on page 1of 3

Assalamualaikum semua, apa khabar, harap sihat-sihat hennya.

Cuti-cuti ni kan, biarlah masa terisi dengan sesuatu yang bermanfaat untuk kita dunia akhirat, ye dak? Kalau bermanfaat kat dunia je, seronok di dunia je, tapi bawa kerugian untuk hari akhirat, sia-sia lah kehidupan kita kan. Lebih baik buat Sesuatu yang best bukan saje kini tapi dulu kini dan selamanyaaa. Hahahaaa. Eh eh, bukan pasal tu yang sensei nak cerite hari ni. Ape la. Hari ni, sensei nak cerita sikit pasal satu surah yang sensei baru dapat mase usrah hari tu. Alhamdulillah, usrah ni sedikit sebanyak bagi kefahaman yang lebih jelas pada sensei mengenai agama. Phew. Eh eh, please la jangan kata sensei skema ikut usrah. Tapi er, memang skema pun. Hihi. Ape ape lah, sensei rase syok sangat join usrah sampai sensei nak promote kat semua orang islam kat mukabumi ni supaye join usrah. Come on, why not kita bagi peluang kat diri sendiri ceburi dan enjoy sesuatu yang bermanfaat untuk jiwa raga. later on, kalau rasa tak sesuai dengan jiwa raga, kita boleh buat pilihan sendiri. Ye tak? Kan kan. Eh Camne boleh promote usrah pulak ni.sory sory. Tapi fikir-fikirkanlah ye. Hee. Okay, lets go to the main topic. Name surah tu adelah surah al-asr. Ala surah yang biasa kita dengar ayat klise tu la. Kita tutup majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah al asr. Hehe.eh jangan tutup majlis dulu la adei. Baru nak start ni. Kita start dengan surah alfatihah, okay? Okay, jum kita baca sama-sama surah al asr dan maknanya. Jumm.

Dah baca ke? Ala sweetnye awak. Semoga allah beri hidayah kat awak dan sensei hehe. Ni ape yang saya dapat la terase nak share pulak. Kalau salah betulkan ye. Kalau nak tambah sila-sila la ye. Feel free to leave your comment. Jangan malu-malu.eh terspiking pulak malu sensei. Begini ceritanya. Ayat pertama, allah da sebutkan. Demi masa. ( Wal asr ) Tengok, penggunaan kata pun unik. Kenapa allah guna asr, bukan al wakt ke? Atau perkataan lain dalam bahasa arab. Haa.

Untuk pengetahuan , jus minuman, (perahan buah) dalam bahasa arab, disebut asir. ain, sod,ya, ra. =) hmm, macam ada kaitan kan? Okay, jum kita pergi ke ayat seterusnya. Ayt ke dua, bermaksud, Sesungguhnya manusia itu kerugian. Ouch! Kerugian? Er, maksudnya? Semua manusia? Kerugian? Apa semua ni? Ok ok rilek rilek. Begini, allah kan maha pengasih dan penyayang. So ayat ni mesti diturunkan dengan limpah kasih sayangnya kan? Mesti allah nak bagitahu sesuatu, sebagai petunjuk supaya kita tak tergolong dalam golongan yang rugi, kan kan? Jum pergi ke ayat seterusnya. Melainkan yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesanpesan dengan kesabaran. Haa. Kan dah cakap. Ni rupanya golongan yang dijanjikan allah tak rugi. Okay, mari cek satu persatu. Golongan pertama. Beriman, golongan kedua, beramal soleh. Apa maksud iman?adekah ia ditujukan buat budak comel bernama nurul iman? Iman sofya? Atau nama gelaran seorang lelaki kacak bernama sulaiman? Eh tidak tidak. Sensei tak rasa begitu. Begini ceritanya. Nah sensei dulu ade belajar kat sekolah, iman bermaksud, menyakini dalam hati, dilafazkan dengan lisan dan dibuktikan dengan perbuatan. Tadaaa. Itulah iman. =D Kalau sensei cakap, eh aku ni, Nampak je macam malas nak solat, malas mengaji, selalu lepak buang masa, pandang slack kat orang tapi sebenarnya hati aku baik, iman dan taqwa menebal dalam sanubari aku. Kau ape tahu? Haa, iman ke maknanya tu? Rasa nak bagi sebijik kat sensei kan? Janganla janganla. Pheww. Sama-sama la kita muhasabah diri sendiri ye.. Adoi. Tembak diri sendiri sebenarnya. Apa lagi ciri golongan yang tak rugi? berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Ok. Berpesan-pesan kepada kebenaran. Nama pun manusia kan, mudah lupa, perlu saling ingat-mengingatkan tentang tujuan hidup kita untuk jadi hamba dan khalifah kat muka bumi. Bila tak diingat-ingatkan, kelaut pulak nanti. Hehe. Seterusnya, berpesan-pesan dengan kesabaran. Huuuuuu.

Sabar wei. Sabar. Ah. Sabar, cakap memang senang. Tapi sebenarnya, sabar tu susah gak sebenarnya. Betul tak? Perlukan latihan dan praktis berterusan untuk jadi orang yang betul-betul sabar ni. Memangla, kan practise make perfect ? sebab tu la kita hidup ni asyik diuji dan diuji, sebab allah nak latih kita supaya betul-betul sabar. Kan. Nah share sikit. Sabar tu terbahagi kepada tiga bahagian. 1. Sabar ditimpa ujian. Contoh, nenek yang dikasihi meninggal dunia. 2. Sabar melakukan ketaatan. Contoh. Adei, time nak puasa sunat la ade orang buat majlis jemput makan jemput-jemput pulak. 3. Sabar mengelak kemaksiatan. Contoh, baru je berazam dalam sanubari nak menjaga batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan, tetiba ade orang ngorat, hai abang kacak,bole bertenalan ta, caye kecepian ni wuwu. Pheww. Ok lah. Nampaknya sampai sini je penulisan sensei kali ni. Semoga bermanfaat lah ye. Sensei pun masih nah perbaiki diri sendiri. Jum sama-sama kita berusaha keluarkan diri kita dari kelompok golongan yang rugi . jum! Takbir! Allahu akbar.

You might also like