You are on page 1of 3

Tulis surat kepada kawan anda tentang aktiviti cuti sekolah dengan keluarga.

1, Lorong Galing 3, Taman Dahlia, 25 300, Kuantan, Pahang. 28 hb Mac 2013.

Menemui saudari Kim Tae Yeon, yang kini berada di Korea, semoga anda sekeluarga dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudari,

Bagaimanakah saudari merayakan minggu cuti ini? Saya sekeluarga pergi bercuti di Gambang/ Jabor/ Bukit Sembilan Dewa dan menyambut Hari Ching Ming. Pada hari tersebut, kaum Cina sekeluarga akan berkumpul di tempat perkebumian nenek moyang. Kemudian, seluruh keluarga akan membersihkan kubur dan bersembahyang. Dalam perjalanan ke tempat perkuburan nenek moyang, kami menyaksikan sebuah kejadian kemalangan. Sebuah kereta Myvi/ Ferrari bertembung dengan sebuah lori/ kereta kebal. Pemandu Myvi cedera teruk/ melayang keluar dan keretanya habis remuk. Maka, lalu lintas menjadi sesak. Sesampainya di kaki bukit, ayah pun menyiapkan segala perkakas. Kami sekeluarga pun mendaki bukit sambil menghargai ketenangan pagi. Apabila sampai di kubur, ibu mula membakar kertas sembahyang sebagai tanda penghargaan kepada moyang.

Kemudian, kami sekeluarga makan sarapan pagi di gerai Pak Min yang terkenal dengan wantan mee. Selepas itu, kami pun berehat di rumah tumpangan Sg. Lembing. Kami bersuka ria dan melawat saudara mara yang tinggal berdekatan. Walaupun cuti ini pendek, saya amat menghargai masa dengan keluarga. Di sini sahaja surat saya kali ini. Semoga anda sekeluarga sentiasa gembira dan sihat. Jumpa lagi! Yang benar, _____________ (Angie Kong)

You might also like