P. 1
TAJUK 1RBT3118

TAJUK 1RBT3118

|Views: 72|Likes:
Published by zakribashah
rbt3118
rbt3118

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: zakribashah on Apr 10, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/24/2013

pdf

text

original

. TAJUK 1

Jenis Bahan Mentah

SINOPSIS Dalam modul ini mendedahkan tentang perkembangan jenis bahan mentah yang terdiri daripada kayu,logam, plastik (plastik thermo, polimer,aklirik, asetal,PVC), kaca (pasir,hablur, kaca bersilikat, kaca flin), gentian kaca, komposit(kombinasi antaraa dua atau lebih bahan mentah),kertas(bahan daripada kulit kayu dan sayuran) dan getah (susu getah dan getah asli)

Hasil Pembelajaran 1. 2. 3. Menjelaskan jenis dan sifat bahan. Mengaplikasikan teknik pembuatan prototaip/projek berasaskan kayu dan logam Mengaplikasi pelbagai kaedah pembuatan prototaip berasaskan kayu dan logam.

KERANGKA KONSEP TAJUK JENIS BAHAN MENTAH

JENIS BAHAN MENTAH
KAYU GETAH

LOGAM

PLASTIK

KACA

GENTIAN KACA

KOMPOSIT

KERTAS

].09rfe1``1

1.0

JENIS BAHAN MENTAH

Terdapat banyak jenis bahan mentah semulajadi dan bahan buatan yang telah dihasilkan oleh manusia.Pelbagai bahan mentah dibahagikan kepada beberapa kumpulan utama iaitu kayu,logam, plastik (plastik thermo, polimer,aklirik, asetal,PVC), kaca (pasir,hablur, kaca bersilikat, kaca flin), gentian kaca, komposit(kombinasi antaraa dua atau lebih bahan mentah),kertas(bahan daripada kulit kayu dan sayuran) dan getah (susu getah dan getah asli).

1.1

KAYU

Rajah 1

Kayu merupakan bahan binaan yang paling meluas penggunaannya dalam kawasan beriklim tropika.Kayu adalah sejenis bahan mentah yang terdapat secara semulajadi dan sumber yang boleh diganti.

Pada masa ini pertumbuhan pokok-pokok yang menghasilkan kayu balak telah banyak berkurangan. Ini disebabkan oleh banyaknya permintaan terutamanya dari luar negara, begitu juga dengan aktiviti pembalakan haram dan pembukaan kawasan pertanian dan penempatan baru.

Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kayu balak akan lupus suatu masa nanti. Semua pihak samada kerajaan atau pengusaha balak mesti berusaha untuk menanam semula kawasan hutan yang telah diterokai bagi mengekalkan Malaysia sebagai salah satu negara pengekspot kayu terbesar di dunia di masa hadapan.

Di Malaysia terdapat lebih daripada 1000 spesis kayu tetapi dianggarkan hanya 80 spesis sahaja yang mempunyai nilai komersial untuk digunakan dalam industri pembinaan. Selain itu, kayu juga digunakan untuk menghasilkan alkohol kayu, arang, turpentine, dan lain-lain.

1.1.1 Pengkelasan Kayu

Di Malaysia pengkelasan kayu yang dikeluarkan oleh MTIB's di dalam "Specifying Timber For Building Constructions" dikelaskan kepada empat kumpulan utama iaitu: KUMPULAN Kumpulan kayu keras yang berat (HHW-Heavy Hardwood) JENIS Cengal, Balau, Selayan batu, Kekatong, Merbau, Tembusu dan Resak.

Kumpulan kayu keras yang sederhana Kapur, Kempas, Keruing dan Tualang. berat

pemegang alat. rasuk dan tiang KERAS DAN SEDERHANA BERAT KEMPAS KERUING KAPUR . jambatan.(MHW-Medium Hardwood) Kumpulan kayu keras yang ringan Jelutung. ukiran Jambatan. 1. Nyatuh. cerocok dan pemegang alat Pembinaan umum. cerocok.2 Kegunaan Kayu KUMPULAN KERAS DAN BERAT NAMA CENGAL BALAU KEKATUNG KEGUNAAN Kapal. parket dan panel MERBAU Kerja hiasan. rangka pintu / tingkap TEMBUSU Pembinaan berat. tiang gelegar. kapal. jambatan. Terap dan Terentang. lantai. parket. parket. venire dan pemegang alat RESAK Pembinaan berat. rangka pintu/ tingkap. Meranti. Jelutong. corocok. panel. tiang rasuk. Pulai. parket dan perabot Pembinaan berat. lantai dan perabot Rasuk. lantai. Geronggang. (LHW-Light Hardwood) Kumpulan kayu yang lembut (SW-softwood) Damar Minyak. Petai. gelegar. Ramin. landasan. jambatan dan gerabak lori Kekuda. perabot.1. Sesendok. gerobok. lantai. rangka. Sepetir dan Kayu Getah. tiang.

la cepat mengecut dan meleding kerana perubahan cuaca yang drastik dan merosakan mutu kayu. perabot Pintu. lembab dan berkulat serta'ianya mudah diserang serangga perosak Kelasakan yang tinggi jika diawetkan. lantai. Mempunyai rupabentuk kemasan yang menarik. Kekuatan mampatan 5 hingga 25 N/mm2. panel dan perabot Perabot.4 Bahagian kayu dan fungsinya . Ketumpatan antara 400 hingga 1100 kg /m3. susur tangga dan parket KERAS DAN RINGAN NYATUH MERANTI RAMIN SEPETIR KAYU GETAH 1. perabot Pembinaan. perabot. papan lapis. lantai. tiang. tingkap. binding dalam dan panel Gerobok. tingkap dan panel Hiasan perabot. Senang dikerjakan berbanding dengan bahan lain seperti besi. lantai.TUALANG Tiang rasuk. pelapisan pintu.3 Kebaikan Dan Kelemahan Kayu KEBAIKAN KAYU Mempunyai nisbah kekuatan berat yang tinggi: 1.1. panel. KELEMAHAN KAYU Mudah terbakar dan api mudah merebak dengan cepat. Kepelbagaian penggunaannya 1. rasuk. Kos penyelenggaraan bangunan lebih tinggi kerana mudah reput.1.

lanya dapat menurunkan peratus lembapan Bari 8% hingga 15%. Jika kelembapan lebih kayu akan mudah rosak atau reput basah.5 Pengeringan Kayu Pengeringan ialah proses mengeluarkan lembapan atau cecair yang terdapat dalam rongga sel dan Binding kayu.1.Rajah 2 : Keratan rentas kayu 1. “Carikan maklumat kaedah yang digunakan untuk mengeringkan kayu” .

4.1. Mengelakkan kayu daripada serangan serangga dan kulat. .8 Cara Pengeringan Kayu a) b) c) Cara semulajadi. lumut dan lembapan.1. Saiz kayu. kecuaian semasa menebang dan semasa proses menggergaji atau membelah. jika digunakan sebagai.1.9 Kecacatan Kayu Kecacatan kayu adalah dipengaruhi oleh faktor semulajadi. 3. 5. kecut d a n meleding. serangan serangga. Mena mbah kan kekuatan .7 Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pengeringan a) b) c) d) d) Jenis kayu. Pengeringan bertanur/ relau. Cara pengeringan dijalankan. 1. 1.1. 1. Cara susunan kayu.1. Mengurangkan kemungkinan kayu pecah. 2. Pengeringan air. ketahan lasaka n dan senan g dikerjakan. Keadaan cuaca dan lokasi. Menjadikan kayu lebih mudah terbakar. Memudahkan kerja mengawet.6 Tujuan Pengeringan 1. mengecat dan menggilap.

1. .1. Buku. 2. Ira berpintal.10 Jenis Kecacatan Semulajadi 1. Rajah 3 : Kecacatan jenis buku 1. Pecah.1.1. 4. Rekah kipas. Rekah cincin/gelang 1. Dipengaruhi oleh Jenis tanah yang ditumbuhi pokok dan iklim yang dialami di sepanjang pertumbuhannya.12 Jenis Kecacatan Kayu yang teian digergagi dan selepas mengalami proses pengeringan ialah: i. Jenis kecacatan yang sering berlaku ialah Gerigis. ii.11 Jenis kecacatan semasa menebang dan mengeluarkan kayu balak dari hutan 1. 1. 2. Parut. Rekah bulat 4. 1. Rekah bintang. Retak. 3. 2. 3. Berongga( teras rosak).

2 LOGAM Terbahagi kepada dua iaitu 1. Rajah 4 : Kecacatan kayu 1. vi. Wen atau sisian wen. Terpiuh. Keras meleding. Melengkung/Meleper/relangan. v.iii. 2. Ferus Bukan ferus . iv.

Keluli dihasilkan melalui proses pengoksidaan yang mengurangkan jumlah karbon. Keluli karbon Keluli karbon merupakan jenis keluli yang paling banyak dihasilkan berbanding dengan jenis-jenis yang lain. mangan. ekonomi dan mempunyai sifat-sifat magnetic yang unik di samping sifat fizikal yang lain. sifat mulur seperti cangkuk kren atau dibajakan untuk dijadikan alat gerudi.2. Aloi-aloi ferus boleh dibentuk dengn mudah dalam keadaan sepuhlindap dan kemudiannya boleh diberikan rawatan haba untuk mendapatkan sifat-sifat kekerasan seperti kikir. Logam ferus digunakan dengan begitu meluas kerana bahan ini mudah didapati. besi tempa dan besi tuang. Terdapat juga bahan-bahan lain dalam jumlah yang kecil seperti mangan. fosforus dn sulfur di dalam campuran besi jongkong lebur dan keluli sekerap. i.1 Logam Ferus Logam ferus adalah logam yang mengandungi besi. Logam ferus boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu besi keluli (besi waja). fosforus.1 Besi Keluli Keluli merupakan logam yang sangat berharga yang diketahui oleh manusia. Keluli karbon adalah terdiri daripada campuran besi dan karbon. Keluli adalah jenis logam yang paling banyak dan meluas digunakan. Penghasilan logam ”secara semulajadi dan banyak digunakan dalam bidang kejuruteraan samada dalam bentuk asli atau campuran dengan logam-logam yang lain” 1. sulfur dan silicon untuk membantu meningkatkan kekuatan muktamad dan menjadikan lebih keras.1.1. silicon.2. Kekuatan keluli karbon bergantung kepada kandungan karbon .

Keluli aloi Keluli aloi ialah aloi besi dan karbon yang mengandungi unsure-unsur pengaloian seperti mangan. menjadi lebih mahal.0.yang terdapat di dalamnya iaitu bertambah dengan bertambahnya peratus kandungan karbon.8 %C.3 %C Keluli karbon sederhana mengandungi 0. phosphoros. silikon. aluminium.5% hingga 2%. plumbum. Keluli karbon tinggi mengandungi lebih dari 0. Keluli Aloi Rendah (Low Aloi Steels) Keluli Aloi Tinggi (High Aloi Steels) Oleh sebab banyak unsur yang terlibat sesetengahnya adalah mahal maka keluli jenis ini iii. ii. nikel. molydebnum. tungsten dan vanadium boleh memberikan sifat-sifat kekuatan. 1. Keluli Alat . Tujuan utama ialah untuk mempertingkatkan mutu dan sifat-sifat keluli supaya ianya mudah diubahsuai untuk mendapatkan sifatsifat khusus dengan diberi rawatan haba dengan lebih sempurna. ii. mangenese. i. Keluli karbon rendah mengandungi kurang daripada 0. Keluli karbon biasa dikelaskan kepada 3 kumpulan. Keluli aloi boleh dikelaskan kepada dua bahagian dengan mengikut penggunaan dan membentuk kumpulan yang yang lebih kecil berdasarkan unsurunsur mengaloian yang utama. kobalt. sulfur.8%C. silicon. kuprum. Penambahan elemen-elemen pancalogam (aloi) ini seperti kromium. 2. sulfur dan fosforus dengan peratus kandungan yang tinggi antara 0. kemuluran dan keliatan yang lebih baik berbanding dengan keluli karbon. 1.3 .

5%. Oleh sebab kandungan karbon dan silicon yang tinggi. Struktur logam.5% karbon. komposisi dan keratan sesuatu besi tuangan adalah penting di dalam menentukan sifat-sifat kejuruteraan. boleh mengalir dengan baik berbanding keluli lebur. Walaubagaimanapun gred nomal besi tuang tidak begitu kuat dan agak rapuh. 1.2 Besi Tuang (Cast Iron) Besi tuang mengandungi karbon antara 2 % hingga 4. Keluli alat dikelaskan berdasarkan kandungan kimia atau cara pengerasan dan sifat-sifat mekanikal utama unsure pengaloian yang terdapat pada keluli tersebut. bentuk grafit dan jenis matriks struktur yang terkandung di dalamnya. Disamping itu besi tuang kurang bertindak balas dengan bahan acuan kerana suhu penuangan yang lebih rendah. Besi tuang boleh dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut kegunaanya. Terdapat 3 jenis utama bagi besi tuang sebagaimana ditunjukkan dalam Carta 1 di bawah. Keluli alat juga menggabungkan beberapa unsure dengan besi dalam peratusan tertentu. Selain daripada itu besi tuang juga lazimnya mengandungi silicon sebanyak 3.2. mudah dilebur dan dituang.Keluli alat merupakan keluli aloi yang mempunyai kandungan karbon yang tinggi berbanding dengan jenis keluli yang lain. besi tuang mempunyai cirri tuangan yang sangant baik dan boleh dileburkan dengan lebih mudah berbanding dengan keluli.1. Besi tuang lebur juga Besi Tuang Kelabu Putih Boleh Tempa . keboleh mesinan yang sangat baik . namun besi tuang digunakan dengan meluas sebagai bahan kejuruteraan kerana murah.

Dinamai besi tuang kelabu kerana berwarna kekelabuan di permukaan rekahnya akibat kewujudan kepingan grafit.2b Besi tuang putih Besi tuang putih apabila pecah kelihatan berwarna keputihan. Logam dingin adalah bertujuan untuk memberikan permukaan yang keras dan merintangi hasu seperti menghasilkan roda keret api penggelek untuk memecah bijian dan plat ragum pemecah. Besi tuang putih juga merupakan peringkat pertama dalam penghasilan besi tuang boleh tempa. Besi tuang putih juga dinamai besi tuang dingin. 1. Mudah dimesin kerana mempunyai kekuatan mampat yang tinggi melebihi keluli. Ia digunakan dengan meluas untuk menghasilkan komponen automotif mesin alat dan pelbagai barangan industri yang lain.2.2. Ini disebabkan besi tuang ini dihasilkan dengan menggunakan logam dingin.1. . Besi tuang kelabu tidak begitu mahal harganya.Carta 1 :Jenis-jenis besi tuang 1. Besi tuang putih dengan peratus karbida yang tinggi sangat sukar untuk dimesin tetapi boleh dicanai. Ini disebabkan karbon yang terdapat di dalam besi tuang putih adalah bentuk karbida.2a Besi tuang kelabu Besi tuang kelabu mengandungi karbon dalam bentuk kepingan grafit.1.

Tahukah anda? 'Metal' "metallum" yang kedua-duanya membawa maksud yang sama. zink dan plumbum. Pengeluaran besi tempa daripada besi jongkong adalah melibatkan pembuangan karbon. paip dan peralatan industri pertanian Sektor logam bukan ferus di Malaysia meliputi produk-produk seperti timah. 1.2.6% hingga 3%. Besi tuang putih dipanaskan lebih kurang 460F selama lebih kurang 48 jam dan disejukkan secara sangat perlahan untuk membolehkannya mudah dimesin dan dapat merintangi kejutan.1. berasal dari perkataan Greek. dan ini boleh dilakukan dengan proses melopak.2.2c Besi BolehTempa Besi tuang boleh tempa dihasilkan daripada besi tuang putih. Besi ini terdiri daripada zarah-zarah besi logam yang halus berpadu dengan satu kuantiti sangga yang halus dan teragih segaya. tembaga.1. Semasa proses pemanasan ini kebanyakan daripada karbon berubah bentuk dan disebarkan menjadi modul-modul karbon yang kecil di dalam matrik besi yang agak tulen.3 Besi Tempa Besi tempa adalah merupakan jenis besi yang paling tulen berbanding dengan jenisjenis besi yang lain. aluminium. "metallon" dan Latin. "mine" atau 'metal' (logam).2. Besi tuang boleh tempa digunakan untuk membuat komponen automotif. 1.1.12% dan kandungan sangga adalah di atara 0.2 Logam Bukan Ferus . Kandungan karbonnya adalah kurang daripada 0.

Penggunaan aluminium amat meluas sekali dan menduduki tempat kedua selepas keluli.2. bar dan dawai.2a Aluminium Aluminium ialah sejenis logam yang banyak terdapat di dunia dan telah digunakan secara komersial sejak 100 tahun yang lalu.2b Kuprum Kuprum juga merupakan logam penting dalam kerja-kerja kejuruteraan telah pun digunakan sejak 6000 tahun yang lalu. elektrik. Aluminium telah menjadi logam bukan ferus yang paling penting dalam pelbagai industry seperti pengangkutan. peralatan mekanikal dan barangan pengguna. Logam ini digunakan untuk keperluan kejuruteraan samada sebagai logam tulen ataupun aloi. keratan gulung. Kuprum telah menjadi bahan utama dalam industry elektrik dan digunakan dalam keadaan yang tulen.Logam bukan ferus merupakan logam yang lain daripada logam besi dan keluli. Di antara logam-logam lain yang sering digunakan di dalam bidang kejuruteraan adalah seperti berikut :a) Aluminium d) Plumbum g) Zink j) Aloi m) Manganese b) Perak e) Timah h) Kromium k) Magnesium n) Tembaga c) Kuprum f) Nikel i) Emas l) Kobalt o) loyang Antara logam bukan ferus yang popular ialah 1. pembinaan. tiub. Terdapat 38 jenis logam yang lain yang diketahui manusia dan dicatitkan di dalam Jadual Perkalaan Unsur. tidak begitu terpengaruh oleh tindakan haba dan tidak mudah berkarat. Hampir separuh daripada bekalan aluminium dalam pasaran dihasilkan sebagai logam tulen berbentuk kepingan. Logam bukan ferus lebih mudah berubah sifat berbanding logam ferus apabila dilakukan kerja-kerja mekanikal.2. 1. kontena. Kuprum juga menjadi unsure penting di .

Kekerasan yang diperoleh melalui pengerjaan sejuk dan pelembutan dihasilkan dengan memanaskannya melebihi suhu penghabluran semula. diikuti oleh panggangan. timah. Sedikit penambahan unsure-unsur lain seperti plumbum. fosforus dan arsenic. Secara umum. timah. Kuprum boleh dialoikan dengan banyak unsur termasuklah zink. aluminium.2d Aloi Dua atau lebih logam lembut boleh dicampur untuk membentuk logam yang lebih kuat yang dinamakan aloi. nikel. penurunan dan pembersihan. gangsa dan besi. Sifat-sifat logam tulen boleh diperbaiki dengan membentuknya menjadi aloi. plumbum. Kebanyakan logam tulen adalah lembut dan lemah. perak. lebih keras.2. loyang. proses-proses yang terlibat ialah pembasuhan dan pengisaran bijih berkenaan. silicon. silikon. besi. 1. tellerium dan arsenik. Tujuan pembuatan aloi adalah untuk membuatkannya lebih kuat. dan mempunyai sifat kilauan dan hiasan yang lebih baik.2.2c loyang Loyang terhasil apabila kuprum dialoikan dengan zink atau tembaga kuning mengikut sukatan tertentu. bergantung kepada peratus komposisi zink yang digunakan serta struktur hablur kuprum yang terhasil. fosforus. Proses yang digunakan untuk mengasingkan kuprum daripada bijihnya adalah bergantung kepada jenis bijih tersebut. Aloi kumprum bertindak seperti logam tulen. Terdapat beberapa jenis atau kategori loyang. Aloi adalah campuran dua atau lebih unsur pada komposisi tetap tertentu yang mana juzuk utamanya adalah logam. tahan kakisan.dalam aloi kejuruteraan yang penting seperti gangsa dan loyang. Tahukah anda sejak berjuta tahun dahulu logam telah memainkan peranan yang penting dalam industri pembuatan? Antara logam pertama yang digunakan ialah kuprum. Aloi nya tidak boleh dilakukan rawatan haba dan tidak boleh dikeraskan dengan mengenakan haba dan diikuti dengan lindapkejut. boleh mengawal sifat-sifat 1. Loyang lebih kuat daripada kedua-dua bahan asalnya. . Logam-logam yang biasa dialoikan ialah kumprum dan zink.

Secara semulajadinya plastic diperoleh daripada pemprosesan arang. Semua bahan-bahan plastik akan menjadi lembut apabila dipanaskan.PVC) Rajah 5 Apa itu bahan Plastik ? Plastik adalah polimer tetapi polimer tidak semestinya plastik. Proses pembentukan bahan-bahan plastik dilakukan pada ketika ia berada dalam keadaan lembut.1. polimer. Bahan plastik ialah bahan polimer yang bersifat tegar atau separa tegar (semi-rigid). asetal.aklirik. Plastik juga boleh didapati secara sintetik atau semi sintetik dengan mencampurkan bahan atau unsur lain untuk menghasilkan sifat yang unik dan boleh dipelbagaikan. petroleum ataupun tumbuhan sehingga terhasil sifat plastic apabila dipanaskan.3 PLASTIK (plastik thermo. plastic terutamanya sintetik telah didapati mempunyai potensi yang besar untuk mengambil alih tempat logam dalam industri pembuatan. . Hasil kajian dan penyelidikan.

Tahukan anda Plastik Termo ialah “Plastik yang boleh dileburkan semula dan boleh digunakan berulangkali. hos.” Akrilik pula ialah sejenis polimer yang bersifat lut cahaya dan tidak boleh dijadikan legap. kulit tiruan.”manakala Manakala Plastik Termoset ialah “plastik yang boleh dileburkan sekali sahaja dan ia terus mengeras mengikut acuan.3. plastik termoset (termosetting).boleh dijadikan tegar atau boleh lentur .kekuatan yang rendah .1. . . gasket. filem ii.rintangan haba rendah Kegunaan: untuk membuat pelbagai jenis paip. 1.3.tidak telap air.1 Dua jenis bahan plastik ialah i. plastik haba (termo plastik). Polivinil Klorida (PVC) Sifat – lebih murah. pelindung angin automobil.mengeras dan tidak boleh dileburkan semula 1. 1. Akrilik Sifat – Mempunyai tahap kekuatan yang sederhana Carta 2 : pengkelasan bahan-bahan plastik .3.boleh dileburkan berulangkali ii. kasut.1a i. pembuluh.1.1 Pengkelasan Bahan-Bahan Plastik.

paip.merintangi lembapan .mempunyai kekuatan dan ketegaran yang baik . Asetal Sifat . sesondol.2 Polimer .merintangi haba dan suhu dgn baik Kegunaan – komponen mekanikal yang memerlukan prestasi yang tinggi Untuk jangka masa yang lama Contoh: galas. kanta automotif..sesendal. gear.merintangi rayapan .sifat optik yang baik .merintangi lelasan .merintangi bahan kimia .rintangan elektrik yang baik Kegunaan: biasanya di gunakan pada lensa. penggelek. peralatan makmal iii. injap. perumah 1.3. papan tanda berlampu.

Mengandungi gabungan karbon dan oksigen. Polimer terdiri daripada kayu. Walaubagaimana pun. therma.Rajah 6 Tahukah anda bahan ini dikatakan telah digunakan semenjak perang dunia ke-2. Kebanyakkan polimer adalah bahan organik yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:1. Namun penggunaanya tidak begitu meluas dan hanya digunakan untuk ditambah kedalam bahan-bahan unsur komposit bagi mendapat sifat yang diperlukan. getah. 3. Ikatan antara atom-atom pada asasnya adalah ikatan . elektrik dan mekanikal bahan polimer tersebut. Polimer membentuk suatu kumpulan bahan-bahan asli dan tiruan (sintetik) yang memainkan peranan yang semakin meningkat didalam teknologi moden. hidrogen dan lain-lain bahan organik dan bukan organik. pada suhu biasa ia adalah bahan bukan berhablur. Rajah 7: Wang Kertas Dari Polimer Semua polimer dicirikan oleh struktur yang berbeza dari logam. Unit asas sesuatu polimer ialah rantaian atom dimana satu struktur asas sesuatu dipanggil monomer. Mempunyai struktur rangkaian yang panjang. Secara amnya. 2. kaca dan seramik selain dari plastik.. terutama untuk membuat peralatan keperluan ketenteraan. struktur ini biasanya akan menentukan sifat-sifat fizik.

1. Fikirkan contoh-contoh yang ada disekeliling anda.4 KACA .3. kelengkapan rumah dan rumah dan kelengkapan pejabat.kovalen yang kuat. Sementara ikatan diantara rantai-rantai bersifat lebih lemah.3 Kebaikan dan Kelemahan Plastik KEBAIKAN PLASTIK KELEMAHAN PLASTIK Harga murah Ukuran boleh berubah disebabkan kelembapan Tahan lama Suhu operasi yang rendah Sebahagiannya boleh dikitar semula Mudah rapuh pada suhu yang rendah Mudah untuk dibentuk Penebat elektrik yang baik Lembut dan kurang anjal berbanding logam Sebahagian mudah diserang oleh cahaya lampu ungu Sebahagian kalis air Sebahagian plastik amat mudah terbakar Rayapan pada semua keadaan suhu Tahukah anda bahawa polimer telah dapat menggantikan komponen yang dahulunya diperbuat daripada logam dalam penggunaan seperti pada automobil. pesawat terbang. 1.. iaitu ikatan jenis Van Der Walls.

Batu kapur atau kapur mati digunakan sebagai agen kapur. 1.Rajah 8 Kaca diperbuat daripada silikon dioksida (SiO2) merupakan sebatian kimia serupa dengan kuarza dalam bentuk polihabluran. Namun begitu kapur (Kalsium oksida) perlu ditambah untuk menjadikan kaca tidak larut. Kaca lapis pula dihasilkan dengan car a meletakkan kepingan plastik antara lapisan kaca yang bersalut simen. pasir. Sumber utama soda ialah Natrium karbonat. natrium nitrat dan natrium sulfat. Bahan binaan berdawai atau berlapis pula digunakandalam proses pembuatan kaca keselamatan.1 Proses penghasilan kaca Silika merupakan bahan utama kaca diperolehi daripada pasir yang dibersihkan bagi tujuan pengasingan bendasing yang tidak diperlukan. Dua bahan lain yang sering dicampurkan dengan pasir dalam proses pembuatan kaca ialah Sodium Karbonat (Na2Co3) atau posty setara dengan sebatian Sodium Karbonat yang akan menurunkan tahap lebur kaca tersebut sekitar 10000 C. Ia berfungsi untuk memegang serpihan kaca jika kaca tersebut pecah.4. Boraks atau asid borik digunakan dalam proses penghasilan kaca borosilikat. adalah Proses penghasilan gentian kaca pula dengan menggerakkan kaca lebur melalui lubang-lubang kecil dan menariknya . Kaca lapis ini banyak digunakan sebagai cermin kenderaan. ianya seterusnya digelek untuk membuang gelembung udara. Silika tulen mempunyai tahap lebur 20000C.

keluar mengikut saiz yang dikehendaki. Gentian kaca banyak digunakan sebagai bahan penebat dalam proses pembinaan dan kaca gentian.

1.5

Komposit Komposit dihasilkan apabila dua atau lebih bahan mentah yang berbeza di

sambungkan

atau

diikat

samada

secara

mekanikal

atau

metalurgi

untuk

mendapatkan gabungan sifat yang tidak terdapat pada bahan asal. polimer, seramik-seramik atau polimer-polimer.

Komposit

mungkin berbentuk gabungan logam-logam, logam-seramik, logam-polimer, seramikKomposit dikelaskan kepada beberapa kumpulan berasaskan geometri atau bentuk bahan. 1. 2. 3. Komposit lamina ( lapisan ) Komposit zarahan Komposit bertetulang gentian

1.5.1

Komposit lamina rencam lamina termasuklah salutan-salutan yang sangat nipis,

Bahan

permukaan pelindung yang lebih tebal, pelapisan, dwilogam,lamina atau lapis, apitan dan berbagai-bagai lagi. Papan lapis ialah contoh komposit lamina. Komposit lamina boleh dihasilkan dengan cara: 1. 2. 3. 4. 5. Menggelek Ikatan letupan Penyemperitan bersama Menekan Pateri keras

Kaca ialah “bahan lutsinar yang dihasilkan dari pemanasan pasir silika atau bahan silikon dioksida yang wujud secara semulajadi dalam pasir menerusi proses pemanasan melebihi 2000 C.”

Rajah 9 :Penggunaan komposit : helmet

1.5.1a

Menggelek

Kebanyakkan daripada komposit lamina seperti pelapisan dan dwilogam dihasilkan melalui ikatan gelekan panas atau sejuk. Sekiranya peratus ubah bentuk secukup besar, tekanan akibat penggelek akan memecahkan oksida– oksida di permukaan. Dengan itu permukaan akan tekimpal melalui sentuhan atom ke atom.

1.5.1b

Ikatan letupan Tekanan yang secukupnya dapat

Proses dilakukan melalui cas letupan.

menyambungkan logam-logam. Proses ini sangat sesuai untuk menggabungkan dua

kepaingan yang sangat besar yang tidak dapat dikendalikan dengan mesin penggelek.

1.5.1c

Penyemperitan bersama

Bahan komposit lamina yang agak mudah seperti kabel sepaksi dihasilkan dengan menyemperitkan dua logam secara serentak melalui sebuah acuan. Penyemperitan sebegitu cara membolehkan bahan yang lembut mengelilingi bahan yang keras polimer plastik haba juga dapat disemperitkan bersama bagi mengelilingi dawai pengalir.

1.5.1d

Menekan Bagi komponen yang

Proses menekan dilakukan dalam keadaan panas.

kecil, tekanan yang tinggi pada suhu yang tinggi akan menyebabkan berlakunya kimpalan. Proses menekan panas ini selalunya dilakukan untuk mengawet perekat di dalam lamina.

1.5.1e

Pateri keras

Pateri keras digunakan untuk menyambungkan dua plat logam. Kepingan logam dipisahkan dengan kelegaan yang kecil, lebih kurang 0.08 mm, dipanaskan hingga melebihi suhu lebur aloi pateri keras. Aloi pateri keras yang sudah lebur akan tertarik ke dalam sambungan yang nipis tersebut melalui tindakan rerambut.

1.5.2

Komposit zarahan Bahan komposit zarahan mengandungi zarah-zarah diskret bahan yang lazimnya

lebih keras dan rapuh, yang dikelilingi oleh matriks sejenis bahan lagi yang lebih lembut dan mulur. Zarah-zarah bahan komposit zarahan boleh jadi lebih kasar misalnya konkrit atau sangat halus seperti barangan yang diperbuat melalui proses metalurgi serbuk.

Bahan matriks memindahkan daya kepada gentian yang menghasilkan kemuluran dan keliatan. tegar dan rapuh dimasukkan ke dalam matriks yang lebih lembut dan mulur. Terdapat begitu banyak sekali bahan-bahan bertetulang yang digunakan. Pengurangan berat 50%. yang lazim diguna dalam enjin jet 5. Bahan gentian yang kuat. Bata bertetulang keluli menguatkan struktur konkrit. Kekuatan ditingkatkan pada suhu bilik dan suhu yang lebih tinggi. gabungan logam dan seramik. 2. Gentian kaca di dalam matriks polimer menghasilkan gentian kaca untuk digunakan dalam bidang pengangkutan dan angkasa lepas.5. Jerami telah digunakan sejak berkurun lalu untuk menguatkan bata tanah liat. Bahagian seramik keras mengurangkan haus dan koyak ketika permainan 6. 1.7 GETAH . 1.3 Komposit tetulang gentian Bahan komposit bertetulang memperbaiki sifat mekanikal bahan. manakala gentian menanggung kebanyakan daripada daya yang dikenakan. Aplikasi Komposit: Porsche membina cakera brek dari bahan komposit silikat gentian karbon prestasi tinggi 1. Mengandungi bahan matrik bersalut.6 1.1. 3. Bahagian logam dalam salutan ultra keras ini meningkat prestasi permainan. kecekapan pemberhentian dan prestasi dipertingkat Tahan lama-rintangan haus tinggi Louisville Slugger menghasilkan kayu pemukul bola permainan besbol dengan salutan komposit seramik keras 4.

kemudian dicampurkan dengan sulfur dan bahan pelikat pada suhu vulkan 140 dar C. cecair dan resin. Getah mentah adalah melekit dan lemah dan mempunyai sifat lain yang tidak dikehendaki. Getah diasingkan secara pembekuan menggunakan asid formik atau asid asetik. Getah beku seterus digelek – (mesin gelek) menjadi kepingan nipis.Rajah 10 Getah asli ialah bahan semula jadi yang dihasilkan daripada susu getah ( kulit pokok getah ). dikeringkan dan dijemurkan ( getah mentah ).5 N / mm2 .5 – 12.42 % sulfur kepada getah itu. Proses membaiki ini dinamakan pemvulkanan ( vulcanization ) dan biasanya melibatkan pencampuran 7 % . Kepingan getah ini dibasuh. Susu getah ditapis dan dicampurkan dengan air sehingga mencapai kepekatan sebelum dicampur asid. Seterusnya dibentuk dgn cara menggulung atau menekannya pd tekanan 2. Susu getah mengandungi molekul-molekul getah ( C5H8 ). Getah mentah dihiris-hiriskan. Getah mentah diproses bagi memperbaiki sifat-sifatnya.

1 Penghasilan Rajah 12 : kilang kertas .8. Timbunan 500 keping kertas dipanggil rim (ream).rata yang dihasilkan oleh penekanan gentian. linen dan hem boleh digunakan. tetapi bahan gentian sayuran lain termasuk kapas . Tetapi helaian kertas mampu bertindak sebagai gergaji halus dan nipis hingga menyebabkan luka.8 KERTAS Kertas adalah bahan nipis . 1. Biasanya gentian yang digunakan merupakan gentian semulajadi dan berasaskan selulosa.Bahan paling biasa digunakan adalah pulpa kayu daripada pokok kayu pulpa (kebanyakkannya adalah kayu lembut) seperti spruce.Rajah 11: Sarung Tangan Getah 1.

jaringan berterusan ini boleh dipotong menjadi kepingan bersegi dengan memotongnya pada beberapa saiz yang diingini. Jaringan bergerak ini ditekan dan dikeringkan supaya menjadi satu gulongan kertas yang panjang. Pada masa ini. dengan itu ia lebih baik untuk mengekalkan kertas kering untuk menghalang nya dari putus dan menghentikan baris . Kebanyakan kertas dihasilkan dengan menggunakan proses yang berterusan (Fourdrinier) untuk membentuk gulungan atau jaringan. iii. dengan itu gentian tertinggal selapis atas jaring dan air berlebihan akan dikeringkan. proses ini membabitkan langkah pembasuhan dan pengasingan. Penyediaan Gentian Bahan yang digunakan bagi menghasilkan kertas dihancurkan menjadi pulpa. untuk diproses dengan lebih lanjut lagi. Penghasilan kertas samada dihasilkan dengan tangan atau dengan teknologi mesin. Apabila dikeringkan.Kilang kertas International Paper Company terletak di Georgetown. Dalam proses menggunakan acuan. tekanan boleh digunakan untuk menghilangkan air melalui tindakan tekanan. Carolina Selatan. campuran gentian pekat akan terampai dalam cecair.semua proses penghasilannya akan membabitkan tiga langkah mudah: i. pengeringan Kertas ini mungkin akan dikeringkan beberapa kali semasa proses pengilangan (kertas kering ini lebih kukuh berbanding kertas basah. Tera air boleh ditekan kepada kertas pada tahap ini. Apabila gentian ini telah dihasilkan. Ampaian cair ini ditapis melalui tapisan bergerak nipis untuk membentuk satu jaringan bergentian. dengan asas berjaring (atau sebarang peranti penapis lain). Kertas ini kemudian boleh dikeluarkan daripada acuannya semasa basah atau kering. ia akan dilunturkan atau diwarnakan bagi menukarkan gambaran barangan akhir. ii. Saiz kertas piawaian telah ditetapkan oleh badan penyelaras seperti Organisasi Piawaian Sejagat (International Organization for Standardization) (ISO). Oleh kerana kebanyakan gentian ini dihasilkan dari sumber semulajadi. sejumlah pulpa diletakkan dalam suatu bentuk. Dibentuk Menjadi Kepingan Campuran pulpa kemudiannya dicairkan dengan air bagi menjadikannya ampaian cair.

kertas digunakan untuk membuat sampul surat. akhbar dan lain-lain yang berkaitan. Kertas bercetak juga boleh dijilidkan untuk menghasilkan buku. Bagi tujuan pembungkusan .tisu pembalut. nota bank. boleh dijadikan bagi penyimpanan rekod (atau dalam kes mencetak dari komputer atau menyalin dari kertas lain: rekod tambahan). tuala kertas dan lain-lain. menggunakan mesin pencetak. . Kertas juga di gunakan untuk mewakili nilai – nilai sebagai wang kertas.pengeluaran). Untuk proses pembinaan ia sesuai untuk membuat papier-mache. bagi mengelakkan salah guna atau bagi tujuan kesukaran membuat salinan supaya dapat dibezakan dengan yang tulin.tuala tangan. 1. dan kertas dinding.Kertas juga di buat untuk membuat kertas tandas.Kepingan kertas ini juga akan menjadi dokumen-dokumen. Dokumen rasmi dan penyata-penyata persendirian yang dihasilkan dengan menggunakan komputer akan diletakkan ke dalam sampul surat yang berlainan oleh "mesin bursting”.Dalam kes matawang kertas.cek. atau boleh di imbas dengan menggunakan mesin pengimbas. Kadangkala ada kertas yang masih putus di mana ia akan ditukar menjadi pulpa dan akan diproses semula. dan diikuti oleh pengecaman huruf optik (optical character recognition) atau OCR. Baucer dan tiket. Fail atau dokumen-dokumen dalam folder komputer boleh ditukarkan kepada dokumen kertas dengan mencetak. wang kertas akan melalui suatu proses-proses tertentu.2 Kegunaan Kertas-kertas ini digunakan bagi kerja-kerja penulisan atau proses mencetak .origami dan lain-lain.8. majalah. risalah.

Pemotong kertas Rajah 13 origami --Stop here-= TAJUK 3 Pengenalpastian Masalah dan Pencetusan Idea .

Idea tidak wujud dengan sendirinya – memerlukan daya usaha sendiri Cara semulajadi - Cara terancang Pencetusan Idea Cara Semulajadi 1. 1. Lamunan atau berkhayal Bakat semulajadi (gifted) Pengalaman . 1.Pencetusan idea 1.

Pemerhatian dan pengamatan Penumpuan kpd teknik pemikiran Logikal Analitikal Kritikal Intuitif Sumbangsaran Lateral Teknik Pemikiran 1. 1. Pemikiran Analitikal menganalisis masalah dgn cara memecah masalah yang besar kpd bahagian yang lebih kecil untuk mudah ditangani. Betul dari segi logik Betul dari kenyataan sebenar (reality) .Secara kebetulan Pencetusan Idea Cara Terancang 1. kelemahan. 1. kekurangan dan kesalahan pd sesuatu idea atau cadangan. 1. Pemikiran Logikal menekankan kpd apa yang salah dan apa yang betul i. ii. Pemikiran Kritikal Digunakan utk mengenalpasti kesilapan.

1. Kesan Negatif : Boleh membunuh pertumbuhan idea-idea baru 1. . Pemikiran Intuitif Berfikir berdasarkan kpd suara atau gerak hati dan naluri kita sendiri.Terfokus kpd hasrat utk membuktikan bahawa idea orang lain itu salah. Tidak berfokus kpd penilaian sama ada salah atau betul tapi utk melahirkan idea serta pandangan baru – asalkan idea tersebut bersifat positif. Sumbang Saran (Brainstorming) Teknik menjana idea secara berkumpulan bagi: i. merumus dan mempersetujui penyataan masalah ii. Mencari / memperbanyakkan idea Menilai pelbagai alternatif utk penyelesaian yang sesuai. Pemikiran Lateral Bersifat generatif bertujuan menerbitkan suatu perubahan baru dan berlainan bagi sesuatu masalah – tanpa batasan idea yg dikeluarkan. 1. iii. Mengenal pasti.

3. 2. Projek siap mengikut lukisan kerja sepenuhnya Projek mengikut spesifikasi ukuran 2. Nilai-nilai estatik dan egronomik 1.1. 2. Nilai-nilai Komersial .2. Menggunakan sekurang-kurangnya 1 (satu) jenis tanggam 2. 3. Sekurang-kurangnya terdapat satu bahagian kerja logam 2. 4.2.1. Rupa bentuk menarik Tekstur Kefungsian keselesaan 2.2 Mengaplikasikan kaedah Pembuatan Prototaip/Projek Berasaskan Kayu Dan Logam Menghasilkan Projek 1.

Kekemasan akhir 1. pemilihan warna 2.4. harmoni dan kontras . tekstur 3.2.

Kerangka tajuk-tajuk modul ini Konsep dan pengertian empat bidang kegiatan Mengenal alat dan bahan .vv ddddd 1.

Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional. Kandungan Isi 1.1 Jenis-Jenis Bahan Mentah Apakah yang anda tahu tentang jenis-jenis bahan mentah? Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran empat bidang kegiatan PSV KBSR iaitu: Menggambar. .Tema atau kandungan Teknik-teknik dalam penghasilan karya Pengenalan kepada 4 bidang kegiatan PSV Proses penghasilan karya Aktiviti-aktiviti dalam empat bidang kegiatan 1. Membuat Corak dan Rekaan.

Sub tajuk ini juga disediakan untuk anda memperolehi menggambar. olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas menggambar. Sub tajuk ini disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat. proses dan teknik .Contoh Imej Empat Bidang Dalam PSV KBSR Asas Menggambar Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. pengetahuan dan kemahiran mengenai media.

Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. CAPAN LUKISAN KOLAJ CETAKAN CATAN TEKNIK MENGGAMBAR MONTAJ GURISAN RESIS MOZEK STENSILAN GOSOKAN PERCIKAN . Imej mental seseorang. Teknik-teknik yang boleh digunakan dalam menggambar adalah seperti Rajah di bawah.Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.

Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan. Teknik Cetakan Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi pelbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. cat gloss dan lain-lain lagi. Untuk jenis cetakan blok. bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun ‘cow gum’. Teknik catan ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air. Terdapat berbagaibagai jenis cara cetakan. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. cat poster. Warna air boleh . Dengan teknik ini. ‘strawboard’ dan ‘polyfoam’. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino.Teknik Catan Apabila seseorang mengecat. Polyfoam adalah bahan yang mudah diukir. Teknik Resis Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Pada asasnya cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. cat emulsi. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. hasilnya ialah catan. Teknik Kolaj Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas.

Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakan atas kertas. anda boleh menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Anda boleh memilih pelbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat gambar yang menarik. Pelbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi pelbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis. Teknik Stensilan Untuk teknik stensil. Sesuatu objek atau kertas yang berubah bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan kertas. paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar.disapukan di atasnya. Objek atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikkan. Misalnya warna air boleh dipercik dari berus.. .lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis. rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Alat yang keras atau tajam seperti kayu. Teknik Gurisan Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan. Teknik Percikan Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Teknik Gosokan Anda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak di atas sesuatu permukaan yang kasar. misalnya ke atas objek dengan jalinan yang berlainan.

plastik dan papan secara tersusun. plastik. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan. bersebelahan dan tidak bertindih.Teknik Mozek Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahanbahan seperti kertas warna. Asas Membuat Corak dan Rekaan . kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan.

. Corak terancang Corak yang dibuat secara terancang mengikut susunan atau grid. Escher. cerminan. artis grafik Belanda menjadi terkenal adalah kerana kebolehannya menghasilkan corak yang menarik sekali. turun separa. meja. serangga dan haiwan. selang seli atau perulangan rupa yang tekal.Salah satu sebab M.  geometri seperti bulat. tulisan cina dan tamil serta angka. dan  rupa barangan kraf tradisional seperti wau. kayu. siput. tulisan jawi. orgee.  bahan buatan manusia seperti kerusi. rumah. paku dan gunting. Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda akan perhatikan nanti.C. Cuba anda perhati dengan teliti kain baju anda. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita seperti:  alam semulajadi seperti bunga. seperti susunan batubata. segitiga dan segiempat. Adakah anda boleh mengecam struktur susunan ulangan pada cetakan ataupun pada jalinan kain itu? Itulah yang dimaksudkan corak. sisik ikan. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan.  abjad rumi. gasing dan keris. Corak terbahagi kepada 2 jenis iaitu corak terancang dan corak tidak terancang.

antaranya adalah seperti dalam rajah di bawah.Terdapat pelbagai jenis susunan corak. Tarikan Lipatanlup Jenis susunan corak Corak tidak terancang Corak yang dihasilkan secara spontan dengan menggunakan teknik-teknik berikut. TIUPAN TITISAN TARIKAN CORAK TIDAK TERANCANG LIPATAN IKAT & CELUP PUALAMAN RENJISAN .

. anda pasti pernah melihat atau bermain dengan kapal ataupun kapal terbang yang dihasilkan dengan lipatan kertas. Ini merupakan satu jenis kegiatan membentuk yang anda mungkin pelajari sebelum memasuki alam persekolahan.Teknik menghasilkan corak tidak terancang Asas Membentuk dan Membuat Binaan Pada zaman kanak-kanak anda dahulu.

boneka. alat dan bahan. anda akan mengetahui tentang bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan yang murid anda akan pelajari. asemblaj. Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti seperti berikut: (a) Arca timbul (b) Arca asemblaj (c) Arca mobail (d) Arca stabail (e) Origami (f) Model (g) Diorama (h) Boneka (i) Topeng . diorama. Topik ini akan menjelaskan tentang aktivitiaktiviti membentuk yang ditujukan kepada pelajar sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul. stabail. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan.Dalam bidang ini. model. alat dan teknik penghasilan. Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk. semasa menjalankan proses penghasilan seni. Di sini anda akan lihat bagaimana teknik. topeng dan origami. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan. struktur. tema ditentukan dan juga tentang persembahan hasil kerja. imbangan dan kestabilan. mobail. ruang.

Mengenal Kraf Tradisional Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing. . iaitu: (a) Alat Domestik (b) Alat Permainan (c) Alat Pertahanan Diri (d) Batik (e) Seni Tekat (f) Tembikar (g) Seni Anyaman (h) Seni Ukiran Kayu Alat domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu. Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis.

Keris Sundang. perubatan dan keris menjadi lambang kebesaran institusi diraja. Pada tahun 1970-an teknik ini telah diterapkan dalam kaedah membuat skaf. Batik semakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik dapat dipadankan mengikut peredaran zaman. Rencong Aceh. Tombak. batik lukis dan batik canting merupakan kaedah membuat batik yang kini diminati ramai. Pahang. Beladau. Lembing dan Sumpit. Tumbuk Lada. Perlis. Kini penggunaannya telah diperluaskan dalam bentuk dimensi baru. disulam atau disuji. Lawi Ayam. Keris Bugis dan Keris Picit. Selangor dan Johor. Keris Petani atau Pekaka. Keris Semenanjung. Seni Tekat Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji. Badik. Pedang. Terdapat pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau Barat dan Wau Bayan. Kedah. Keris Sumatra. Batik tradisi dan moden mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia. Keris adalah senjata penting dalam masyarakat dan budaya melayu. kain selendang dan baju kurung. Batik tulis. Keris Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan. Jembiah Lading.Alat Permainan seperti Wau adalah salah satu permainan tradisi yang dimainkan untuk mengisi lapang. Batik Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidang kraf tangan tradisional yang unggul. Pada peringkat awal kaedah ini hanya digunakan untuk menghasilkan batik untuk hiasan dinding. Seni . Terengganu. Keris pada masa kini masih digunakan untuk upacara-upacara tertentu seperti majlis persandingan. Sama ada ditekat. Jenis-jenis keris yang boleh didapati adalah seperti Keris Jawa. Masyarakat melayu tradisional terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka hingga kini masih menggunakan senjata seperti Keris. Sewar. Asal-usul dan perkembangan seni tekat secara langsung dikaitkan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. ragam hiasnya semua dibentuk dalam keadaan timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. Kebiasaannya wau dimainkan selepas menuai padi. Sehingga kini wau masih di mainkan di negeri Kelantan. Keris Majapahit. Keris Bali.

Hampir semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. bertam. corak. paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain. dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Kelarai ini di antaranya ialah: . dengan permukaan berwarna coklat. mengkuang. bilah buluh. Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai. Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Mereka banyak menggunakan seni tekat ini pada pakaian. Tembikar tradisi Melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang membanggakan. Barangan tembikar yang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah. Johor. rotan. Negeri seperti Perak. lidi. Tembikar Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan barang tembikar lama seperti di Gua Cha. Kelarai Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses tranformasi idea daripada alam semulajadi. Pembikinan kelarai adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat. Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Bentuk tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan dari segi susunan motif. Anyaman Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan. Pada masa tersebut seni tekat dipakai oleh keturunan Baba Melaka.tekat diperkenalkan pada kurun ke-15. Selangor. iaitu di zaman kesultanan Melayu Melaka. Pahang dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang banyak mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. hitam dan kelabu gelap. Kelantan dan di Sungai Perak. Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar.

Bangunanbangunan lama yang masih mengekalkan seni ukiran sehingga hari ini telah menjadi bahan rujukan generasi masa kini. 1. rumah. makam. Senaraikan 2 bidang kegiatan yang sesuai dijadikan projek berkumpulan di sekolah dan nyatakan kelebihan yang boleh diperolehi dari bidang kegiatan tersebut kepada murid anda. Latihan 1. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini.2 Mengenal alat dan bahan Apakah yang anda faham tentang alat dan bahan? . masjid. senjata dan peralatan untuk kegunaan harian. perabot. kepala sampan.(a) Kelarai berakar (b) Kelarai beras patah (c) Kelarai bunga cengkeh (f) Kelarai anak ikan (g) Kelarai kepala lalat (h) Kelarai mata punai (d) Kelarai tampuk manggis (i) Kelarai sisik kelah (e) Kelarai bunga mempelas (j) Kelarai tapak harimau Ukiran Kayu Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Seni ukiran Melayu yang unik ini diperlihatkan melalui ukiran pada istana.

warna air. Setiap murid mempunyai keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Lainlain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah seperti kertas surat khabar. adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. kertas pembungkus hadiah. Media dan Teknik Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di kelas. bentuk dan ton. Penggunaan alat. kertas tisu. Pelbagai jenis pensil Warna pastel. media dan teknik dalam pembelajaran seni menggambar juga amat penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu. Pada kebiasaannya alatan yang hendak digunakan adalah terlalu banyak jika hendak disenaraikan. 2. Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan pelbagai jenis kertas yang mempunyai pelbagai tekstur. warna pensil . Alatan dan media yang berbagai-bagai yang digunakan ke atas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan satu hasil kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan jalinan. Selain daripada itu gunting pelbagai saiz. gam.Pengenalan dan Penerokaan Alat. sugar paper. pelbagai media boleh digunakan dan disatukan dalam satu hasil kerja. pelbagai jenis warna dan pelbagai saiz. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan media yang boleh digunakan sebagai aktiviti menggambar: 1. kertas kadbod dan banyak lagi. media kering atau media basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar. Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar. warna poster. toilet paper. kertas sampul surat. bahan-bahan buangan yang boleh digunakan dalam aktiviti menggambar juga perlu. majalah. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna.

13. gam. Contoh media kering adalah seperti pensel.3. gunting. kertas warna. gam Pelbagai jenis berus lukisan. 15. pisau lipat. . Kapur berwarna Oil pastel Artline atau marker Pelbagai jenis pen Gouche. cetakan Lilin Pelbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan Sayur-sayuran. palet/pembancuh warna Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. 10. 8. dan buah-buahan Penyedut minuman Gunting. Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak. arang lilin dan ‘comte’. pen. 7. Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis iaitu media kering dan media basah. 17. pensel warna. Contohnya ialah seperti pensel. pen. 14. cat poster. cat minyak Stensil Kolaj Capan. 9. Media basah terdiri daripada cat air. pensel warna. pastel. cat poster. akrilik. krayon. Dalam aktiviti menggambar. 4. cat minyak dan cat akrilik. 16. 12. 6. 5. kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. lilin. cat air. bahan-bahan kutipan dan berus. 11. krayon.

Pada kebiasaannya. nyanyian dan cerita. . Mengaplikasikan alat. 2. lakonan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran.Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Latihan 1. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan. berat dan garis luar objek. kelebaran. ketinggian. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk disamping memerhati dan meneliti sferasfera objek yang akan dibuat. Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan permukaan-permukaan yang terlibat. puisi. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan membuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Senaraikan alat dan bahan yang sesuai untuk merancang penghasilan sebuah arca asemblaj. sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek realiti. Senaraikan media kering yang sesuai untuk menghasilkan catan dengan menggunakan kertas lukisan.

alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan Tema Walau apapun yang anda hasilkan dalam pengkaryaan. perkara-perkara berikut akan menjadi tema atau hal subjek yang penting. isi kandungan.3 Tema dan kandungan Apakah yang anda faham tentang tema dan kandungan? Tema. .1.

kualiti objek. Kesemuanya menjadi tema atau hal subjek dimana peringkat seterusnya akan melihat dinamik bentuk form. meja dan sebagainya. Daripada objek persekitaran pula. keunikan. pisau. pinggan senduk. piring. Perasaan dalaman.Alam semulajadi dan objek persekitaran Anda boleh menjadikan objek-objek alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai sumber utama menghasil karya. Objek yang berupa flora dan fauna menjadi sumber idea dan ilham untuk menghasilkan produk seni. jalinan. ciri-ciri organik. integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan. khayalan dan imaginasi si pelukis . anda boleh lihat objek buatan manusia terutamanya objek domestik seperti cawan. rupa dan bentuk. ruang. warna.

teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Wujudnya 'Nonobjective Art'. Keperluan dan pengalaman kehidupan harian . Menurut Freud lagi.Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea mencipta. Menurut Sigmund Freud dan Paul Jean Satre. perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya. jelmaan perasaan dalam berkarya menggunakan alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mewujudkan satu kekaguman. Dari idea yang pelbagai. 'Minimal Art' misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya. Perasaan takut. sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Dalam konteks yang lebih besar. Ia menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. misteri. mencabar dan sanggup menerima rintangan. Aliran dan tema sejagat Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk.

manusia mencipta dan membuat kipas. kereta. Peristiwa sebenar atau realisme dan romantisme . Di sekolah rendah kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak-kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran untuk merangsangkan dan meningkatkan pembelajaran. senduk. Pada bidang yang lebih besar. Idea datang daripada soal desakan untuk mengguna di samping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. keretapi malah jambatan dan objekobjek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. basikal. semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. periuk dan alat-alat domestik yang lain merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. sudu.Ciptaan cawan. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi.

Mengumpul contoh-contoh karya 4 bidang kegiatan mengikut Tahap 1 dan tahap 2 serta senaraikan tajuk/tema/jenis aktivti. . kesan kemiskinan atau sebagainya.Rakaman-rakaman peristiwa yang berlaku samada yang berkaitan dengan dunia dan seisinya atau yang melibatkan fenomena alam. teknik serta alat dan bahan yang digunakan dalam setiap bidang. Umpamanya peperangan yang berlaku. Latihan 1.

Untuk jenis cetakan blok. papan lapis dan sebagainya. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas. Pelbagai media dan bahan pula boleh digunakan untuk menghasilkan karya seni cetakan boleh digunakan. Secara amnya. papan. Pelbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. papan lapis dan polyfoam. Kemudian.4 Teknik – teknik dalam penghasilan karya Nyatakan teknik-teknik penghasilan karya yang pernah anda praktikkan. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino. strawboard. imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. cat poster. teknik capan juga boleh digolongkan di bawah kategori cetakan. bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. bahan warna disapukan di atas permukaan dan dicetak atas kertas. sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. Selalunya. cat gloss dan lain-lain lagi. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan. Apabila seseorang mengecat. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Gambar boleh diukir di permukaan lino. hasilnya ialah catan. cat emulsi.1. Anda boleh . Teknik catan ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air.

Di kawasan yang tidak berlilin. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan. anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun cow gum. Contohnya jika anda menggunakan warna air bersama warna lilin atau warna air bersama cow gum.lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas.menghasilkan pelbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan. Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Maka terdapat dua kawasan dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik warna air sahaja yang tertinggal di atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan. Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis. capan bahan alam semulajadi (sayuran. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis. warna air akan diserap. Warna air boleh disapukan di atasnya. Alat yang keras atau tajam seperti kayu. . paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Kesan yang lembut atau kasar akan terhasil di sempadan penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang kepada jenis lilin atau krayon yang digunakan. Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Jalinan pelbagai bahan itu akan memberi pelbagai kesan jalinan pada hasil capan. Pelbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan. cengkerang). Dengan teknik ini. Lilin menolak warna air itu. anda boleh menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.

Latihan 1. Cuba anda senaraikan alat dan bahan untuk menghasilkan corak yang tersenarai di dalam rajah yang diberi: Corak tidak terancang Pualaman Alat dan Bahan Tiupan Ikatan dan celupan Renjisan dan percikan 1.5 Proses Penghasilan Karya Nyatakan satu proses penghasilan karya bagi bidang menggambar? .

Manakala interaksi secara kreatif pula melibatkan sudut pandangan atau sisi kepada sifat sesuatu benda itu menjadi lebih mencabar dan menyerlahkan sisi atau sudut pandangan yang berbeza dan menarik. Beberapa pertimbangan yang wajar dilakukan dalam proses penghasilan karya ialah seperti berikut. dan dengar. Melalui pemerhatian seseorang individu itu dapat mengamati ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu objek yang ingin ditiru atau objek yang dijadikan rujukan dalam karyanya. Melihat intipati sesuatu objek secara mendalam juga dapat memberi maklumat serta makna baru kepada seseorang. . sentuh. jika objek itu dapat dijelmakan semula sebagai hasil kreatif yang memperlihatkan nilai estetikanya dari segi bentuk dan makna yang ingin disampaikan. kecenderungan dan latar belakang murid. pemerhatian yang mendalam dan teliti akan memberi dimensi baru terhadap sesuatu benda jika individu itu melihat sesuatu objek dari sisi yang lebih kreatif serta dapat menjelmakan semula aspek estetika yang ingin dirakamkan secara visual. objek yang konkrit. Interaksi yang kritis melibatkan aspek penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan juga menjadi aspek yang sangat penting dalam proses penghasilan karya. Melalui interaksi yang kritis seseorang individu akan cuba untuk memahami dan mengenali sesuatu benda dengan lebih mendalam dan teliti. Ia merupakan suatu proses yang memerlukan masa tanpa had. Pemerhatian secara aktif melibatkan pengetahuan sedia ada. Ini adalah kerana melalui interaksi secara langsung dengan deria seseorang itu dapat mendekatkan diri beliau dengan sesuatu objek atau hal benda itu dengan lebih intim melalui deria rasa. minat.Proses penghasilan karya yang dilakukan oleh seseorang pengkarya adalah sesuatu yang amat kompleks untuk dihuraikan dengan perkataan. lihat. bau. Pemerhatian secara aktif Pemerhatian yang aktif amat perlu apabila seseorang itu ingin memulakan sesuatu hasil kerja seni. Sudut pandangan yang dilihat secara kreatif juga akan turut memberikan makna yang berbeza serta penekanan yang lebih bermakna kepada seseorang. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan adalah bagaimana kita membuat penyataan tentang kecintaan dan sayangi alam ciptaan Tuhan di sekeliling kita. 2. justeru menerapkan perasaan estetik terhadap sesuatu objek. Penghargaan kita kepada semua aspek kehidupan turut mencakupi tentang nilai-nilai murni yang ingin disarankan melalui penyataan estetik yang dibuat melalui karya yang dihasilkan. Terminologi berkaitan unsur-unsur seni Terminologi berkaitan kandungan dan hal benda Penghargaan terhadap hasil kerja pengkarya Refleksi diri terhadap karya Penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai berkaitan dengan kandungan. perhatian perlu diberi kepada perkara berikut. Apresiasi yang menekankan unsur-unsur asas dalam seni menjadi pertimbangan yang penting sebagai asas apresiasi yang ingin dibuat terhadap sesuatu karya seni atau objek. sensitiviti dan kesedaran untuk membetulkan apa yang salah. Penilaian tentang aspek yang ingin dipertimbangankan itu menjadi asas kepada proses penghasilan agar perancangan yang dirangka melalui pengembangan idea dapat direalisasikan dengan baik dan sempurna. 4. 3. Pernyataan estetik ini seringkali memberi pengalaman indah kepada pemerhati. 1. Penghargaan terhadap keindahan tentunya akan menyerlahkan sisi baik seseorang individu dalam mengharungi aspek kehidupan yang lain. Penghargaan yang tinggi harus diberi kepada usaha pengkarya yang sangat murni dalam menghargai keindahan dan nilai-nilai yang murni dalam kehidupan kerana .Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi secara mudah dalam proses penghasilan karya merujuk kepada penilaian seseorang dalam membuat tanggapan atau meletakkan justifikasi sendiri dalam aspek yang ingin diamati dan dinilai secara individu atau berkumpulan. 5. Melalui pengalaman estetik ini akan membuatkan seseorang individu itu menghargai apa yang ingin disampaikan oleh sesuatu karya seni. Semasa menyediakan aktiviti apresiasi secara mudah. kerana jiwa seni itu seringkali dikaitkan dengan kehalusan.

1.6 Aktiviti-aktiviti Dalam Empat Bidang Kegiatan Huraikan satu aktiviti dalam bidang membuat corak dan rekaan Aktiviti bidang mengambar Pengetahuan asas bagi aktiviti menggambar mempunyai dua unsur yang menjadi tunjang utama di dalam proses memahami konsep penghasilan seni visual. Dua unsur utama itu ialah elemen unsur seni dan elemen seni reka atau prinsip seni. Buat apresiasi mudah dengan membincangkan unsur-unsur seni yang diaplikasikan dalam sebuah hasil karya seni yang dipilih.keindahan yang lebih bermakna adalah terhadap kekuasaan yang maha Esa yang membuatkan manusia sentiasa rasa takjub kepada keindahan alam yang tiada bandingan. kanvas dan sebagainya. Aktiviti membuat . Latihan 1. Lukisan merupakan salah satu aktiviti dalam bidang menggambar iaitu satu perbuatan meletakkan pewarna yang terlarut dalam sejenis bahan pelarut dan dicampurkan dengan agen pengikat kepada permukaan seperti kertas.

tetingkap fokus dan nisbah keemasan. Aktiviti melukis memberi ruang bagi kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan. rupa. Ia merupakan karya seni atau kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata yang mengabungkan garisan dan ton warna. Lukisan yang dilukis adalah menggambarkan aktiviti dan perasaan pelukis. titik lenyap. Antaranya ialah: - irama komposisi warna sapuan berus subjek .lukisan merupakan pengetahuan awal yang dibuat untuk meluahkan perasaan yang berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau warna paling minimum. ruang. Perspektif ialah skala atau ukuran objek dari pelbagai sudut pandangan yang mempunyai beberapa aspek penting seperti. Catan ialah aktiviti menggambar dengan menggunakan bahan berwarna atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata dalam bentuk dua dimensi dengan menggunakan media basah. garisan horizontal. Terdapat beberapa elemen yang perlu diberi perhatian dalam aktiviti catan. komposisi serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. warna dan jalinan bagi sesuatu objek apabila ia berada jauh dari pandangan. Aktiviti ini membolehkan seseorang menyedari serta merakam kesan cahaya pada bentuk. cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa yang boleh membantu mereka dalam pembelajaran. Perspektif adalah satu elemen penting bagi menampilkan perbezaan dari segi saiz.

profilem. strawbod. . Cetakan timbulan Cetakan stensil/sarigrafi Cetakan monoprint Cetakan benam Cetakan planografi/litografi Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan cetakan seperti kayu. kain atau bahan-bahan lain. 2. 4.Resis pula ialah aktitviti menggambar dengan menggunakan kaedah penolakan bahan seperti minyak dan air. Contohnya kertas yang dilakarkan dengan pastel minyak dan di sapukan dengan cat air akan menghasilkan teknik menggambar seperti batik iaitu bahagian yang dilakarkan dengan pastel minyak akan menolak warna yang berasaskan air tersebut. Cetakan terbahagi kepada beberapa jenis seperti. Percikan pula adalah teknik menggambar dengan memercikkan warna menggunakan berus gigi atau berus-berus lain yang sesuai. daun dan sebagainya. Aktiviti percikan ini akan menghasilkan corak yang menarik secara spontan. ubi kentang. Kaedah resis juga boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti seseorang seperti menggunakan lilin atau krayon. Cetakan dalam bidang menggambar ialah proses terapan blok atau plat ke atas permukaan kertas. Penolakan bahan berminyak dan air menghasilkan ciri-ciri unik yang menarik di atas kertas. lino. 5. 3. 1. stensil. Blok atau plat yang mempunyai rekabentuk yang menarik seperti objek berbentuk geometri dan organik atau huruf akan menjadikan aktiviti cetakan sangat menarik dan mudah untuk dilaksanakan. Cetakan merupakan hasilan imej yang terdapat pada permukaan blok yang dipindahkan melalui terapan imej yang diukir itu.

Kanji akan bertindak seperti bahan pelekat yang berkilat menjadikan warna lebih menyerlah. foto dan bahan-bahan lain di atas kertas lukisan untuk menghasilkan satu gambaran yang kreatif manakala aktiviti gosokan pula adalah menyalin semula atau pemindahan corak. bentuk. kepingan plastik yang mempunyai corak dan bentuk. tapak kaki dan sebagainya untuk menghasilkan corak yang kreatif. Bahan yang dijadikan kolaj itu boleh dijadikan pelbagai jenis imej atau corak yang menarik. kemudian ia akan diguris-guris dengan menggunakan objek tajam seperti garfu. sikat dan sebagainya untuk mendapatkan corak secara tidak terancang. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan dapat memberi pengalaman yang baru kepada murid sekolah di mana mereka dapat merasai warna yang digunakan secara langsung. pelbagai alat capan boleh digunakan seperti jari. Capan merupakan aktiviti menggambar paling mudah bagi kanak-kanak dalam kegiatan seni. Corak yang menarik juga bolh dihasilkan melalui aktiviti stensilan ini.Stensilan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan kertas keras atau tebal. jalinan. kertas warna. Campuran disapu pada permukaan kertas dengan menggunakan tangan bagi meratakan warna tersebut. serta susunan secara terancang atau tidak. tapak tangan. . ruang. kanvas atau kadbod dengan menggunakan bahan perekat yang sesuai. Aktiviti ini mudah dijalankan. rupa serta reka bentuk permukaan asal kepada kertas lukisan untuk mendapatkan kesan-kesan yang menarik. tetapi perlu dibuat secara berhati-hati agar tidak comot. montaj dan mozek merupakan aktiviti menampal media lain seperti kertas warna. Gurisan ialah aktiviti menggambar dengan menggunakan kanji yang dicampur dengan warna air atau poster. komposisi. Konsep bidang menggambar dalam aktiviti kolaj. Kolaj ialah aktiviti menggambar dengan menyusun pelbagai jenis bahan seperti bijiran. tekstur. Aktiviti ini membolehkan seseorang merakam kesan rupa. daun dan sebagainya di atas prmukaan yang rata seperti kertas.

Pualaman atau putaran warna secara spontan. ruang. Permukaan atau jalinan bahan-bahan seperti kulit pokok. Membuat corak dan rekaan secara tidak terancang melibatkan aktiviti seperti pualaman. huruf. Gosokan ialah proses menghasilkan karya seni dengan menggunakan teknik gosokan media kering di atas kertas lukisan yang diterap di atas permukaan yang mempunyai jalinan timbul yang kasar dan ketara. Tiupan ialah hasil karya seni yang ringkas iaitu dengan meniup warna air yang dititis di atas permukaan kertas. rupa. cermin tingkap yang kasar akan terbentuk pada kertas lukisan apabila warna yang digosok berlapikkan kertas tersebut dilakukan. dan lain-lain yang ditampal pada sesuatu permukaan yang rata dalam bentuk dua dimensi dengan menggunakan gam bagi mewujudkan gambaran secara grafik. Campuran warna yang dititis pada permukaan minyak akan terapung dan diputarkan secara rawak dengan menggunakan lidi untuk menghasilkan corak tidak terancang. Aktiviti membuat corak dan rekaan pula melibatkan banyak aktiviti yang menarik. iaitu dengan menekap kertas lukisan pada permukaan warna yang terapung di permukaan minyak. Aktiviti ini merupakan asas kepada reka bentuk grafik. Mozek ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan kertas berwarna yang dipotong kecil seperti jubin di mana ia ditampal ke atas sesuatu permukaan rata dalam bentuk dua dimensi dengan menggunakan gam bagi mewujudkan gambaran secara grafik. Bahan tekstur yang diperolehi dari jalinan permukaan yang disalin secara gosokan itu boleh dijadikan bahan seni yang menarik apabila menghasilkan karya menggambar secara kolaj. gambar.Montaj ialah satu proses atau aktiviti menghasilkan karya menggunakan kertas warna. komposisi serta susunan yang terdapat pada alam sekitar atau objek. Warna air yang ditiup itu akan terpecah dan tersebar secara rawak di atas permukaan kertas dan menghasilkan reka corak tidak terancang yang menarik jika . Teknik ini membolehkan seseorang membentuk serta merakamkan gambaran dalam pelbagai bentuk. duit syiling.

Kertas atau kain yang diikat itu akan direndam didalam pewarna seperti warna batik yang akan meninggalkan kesan warna yang menarik setelah ikatan tersebut dibuka. doh. Pelbagai bahan terbuang boleh diolah semula menjadi karya-karya hebat jika dirancang secara kreatif dan inovatif. kayu. Pembentukan dan pembinaan arca asemblaj terbentuk daripada hasil cantuman bahan-bahan tiga dimensi yang semulajadi atau buatan manusia yang disatukan menjadi objek seni yang tersendiri.pilihan warna yang sesuai dibuat. Ikatan dan celupan adalah kaedah membuat corak tidak terancang yang menggunakan kain kapas yang nipis atau kertas tisu yang diikat dengan cara tertentu untuk mendapatkan corak yang diingini. . Titisan ialah aktiviti ringkas untuk menghasilkan corak tidak terancang. Warna air akan dititiskan pada permukaan kertas yang basah untuk menghasilkan gubahan corak tidak terancang yang menarik dan unik. sabun dan sebagainya. span. tanah liat. Renjisan dan percikan juga dapat mewujudkan corak tidak terancang yang menarik melalui kaedah merenjis atau memercikkan warna secara spontan di atas permukaan kertas yang kering. Aktiviti membentuk dan membuat binaan ialah salah satu bidang seni visual yang boleh dilakukan seperti membuat arca tiga dimensi dengan menggunakan bahan seperti plaster of paris. Arca asemblaj adalah gabungan bahan-bahan terbuang yang diolah menjadi karya seni yang menarik. lilin. Teknik tiupan ini boleh dilakukan dengan menggunakan mulut dan straw sahaja. plastersin. dawai. Daun-daun dengan rupa yang menarik boleh diletakkan di atas permukaan kertas bagi membentuk imej daun yang berlatar belakangkan warna-warna renjisan yang menarik.

ukiran. cincin. Terdapat juga alat perhiasan diri seperti rancai. Mobail mementingkan keseimbangan. keronsang yang boleh direka semula menggunakan bahan-bahan seperti kadbod. wau dan sebagainya. Senaraikan lima aktiviti seni dalam bidang membentuk dan membuat binaan yang paling sesuai mengikut murid tahap 1. . warna. Latihan 1. Kraf tradisional alat domestik merupakan barangan berfungsi tetapi boleh dijadikan barang perhiasan yang menarik seperti barangan tembikar. Mobail direka untuk menghasilkan pergerakan yang berirama dan berubah-ubah. reka bentuk dan ruang. keris. bentuk. Antara aktiviti kraf yang sering dijalankan disekolah adalah anyaman dengan menggunakan kertas warna atau riben. Barangan tembikar juga boleh dihasilkan dengan menggunakan papier mache atau tanah liat. manik dan sebagai aktiviti karya seni yang menarik. pending. tekat. Manakala wau atau kuda kepang boleh dihasilkan dengan menggunakan kertas kadbod yang dipotong dan dilukis corak yang sesuai di atasnya bagi menyerupai kraf sebenar.Mobail ialah arca yang boleh bergerak secara kinetik.

.2. Nyatakan lima teknik penghasilan berasaskan bahan terbuang yang sesuai dijalankan di dalam bilik darjah.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->