Mengumumkan ketibaan: Yang Berbahagia Dato’ Samsiah binti Abu Bakar, Chief Integrity Officer Petronas diiringi oleh

Yang DiPertua PIBG, Guru Besar dan ___________________________________________ Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk Kasihnya ibu membawa ke syurga Kasihnya ayah dan ibu berkorban nyawa Kasihnya guru mencurah ilmu Pemacu segala pelita dan lampu Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Menjalankan tugas dengan amanah yang berkat Seribu tahun menjadi hikmat Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Perak Aman Jaya dan Salam Satu Malaysia. Yang Berbahagia Dato’ Samsiah binti Abu Bakar, Penyelaras Chief Integrity Officer Petronas. Yang Dihormati Ketua Kampung Ulu Kenas, Encik Nek b. Pandak Rani, Yang Dihormati ____________________________________________________ _________________ Yang Dihormati ____________________________________________________ _________________ Yang Berusaha Encik Megat Ahmad Noh B. Megat A. Manan, Pengetua SMK Sijangkang Jaya dan barisan pentadbir. Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG SK Ulu Kenas, En Mahat bin Kasiman dan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Ulu Kenas

sesi 2012-2014. Yang Dihormati lagi dikasihi, guru-guru, ibu bapa dan para hadirin sekalian. Pada petang yang permai ini, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 SK Ulu Kenas. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Yang Berbahagia Dato’ Samsiah binti Abu Bakar, Chief Integrity Officer Petronas ke majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38. Saya juga melahirkan rasa banga dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan para tetamu dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG. Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya…kalau kita dapat satukan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan menjadi milik kita bersama. Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Encik Husman bin Kunjakutty untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Husman bin Kunjakutty atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Kepimpinan diteladani, Program dirancang dan direalisasikan, Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha Encik Mahat bin Kasiman, Yang Dipertua PIBG SK Ulu Kenas. Dengan hormatnya dipersilakan. Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha Encik Mahat bin Kasiman, Yang Dipertua PIBG SK Ulu Kenas.. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Penasihat PIBG SK ULU Kenas merangkap Guru Besar SK Ulu Kenas Yang Berusaha Encik Megat Ahmad Noh bin Megat A. Manan untuk menyampaian ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.. Demikian tadi ucapan oleh Penasihat PIBG SK ULU Kenas merangkap Guru Besar SK Ulu Kenas Yang Berusaha Encik Megat Ahmad Noh bin Megat A. Manan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Sidang hadirin yang budiman, Kalau Dato’ pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada Dato’ ruang diberi, Mohon rasmikan majlis kami

majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Dato’ Samsiah binti Abu Bakar, Chief Integrity Officer Petronas bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Ulu Kenas kali ke-38. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Dengan Bismillah kita mulai, Alhamdulillah wassola tannabi, Dengan takdir Ilahi Rabbi, Selesai sudah upacara merasmi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato’ Samsiah binti Abu Bakar, Chief Integrity Officer Petronas atas ucapan perasmian sebentar tadi. Orang berbudi, Kita berbahasa. Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Encik Mahat bin Kasiman, Yang Dipertua PIBG SK Ulu Kenas untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato’ Samsiah binti Abu Bakar atas kesudian Dato’ menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Ulu Kenas kali ke-38 tahun 2013. Tinggi bukit silang-gemilang, Air pasang tenang-tenangan, Budi sedikit takkan hilang, Dalam hati kenang-kenangan. Majlis pada hari ini diteruskan pula dengan acara cabutan bertuah khas untuk para ibu bapa dan guru SK Ulu Kenas. Dimaklumkan,

nombor masing-masing tercatat pada buku program hadirin pada hari ini.

Untuk menyempurnakan majlis , dipersilakan Yang Berbahagia Dato’ Samsiah binti Abu Bakar ke pentas untuk membuat cabutan 3 nombor bertuah. Penerima bertuah yang pertama ................... 2..3… Hadirin sekalian, Usah kecewa kerana acara cabutan bertuah masih belum lagi berakhir. Diminta para hadirin untuk bersabar dan setia menunggu sehingga ke akhir majlis. Kalau ada jarum yang patah, Jangan di simpan di dalam peti, Kalau ada khilaf dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Ulu Kenas tahun 2013. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Samsiah binti Abu Bakar atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini. Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Dato diiringi Guru Besar untuk menikmati juadah yang disediakan di Kantin Sekolah.. Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG SK Ulu Kenas kali ke 38 akan dipengerusikan oleh Yang DiPertua PIBG SK Ulu Kenas, Encik Mahat bin Kasiman.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful