You are on page 1of 5

BIG Fasa 5,2012

Muhammad Ridhuan Bin Hanafi

REFLEKSI Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan Program Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 5 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5. Justeru, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepada pegawai BIG iaitu Encik Baharudin Bin Hasan dan Mentor kami iaitu Puan Aminawati Zahara Binti Mohamad dan Puan Suguna A/P Sankaran. Setelah mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program lawatan penanda aras di Sekolah Klauster Kecemerlangan Ragbi dan Sains, Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka. Program BIG Fasa 5 ini telah disertai seramai 47 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih PISMP Matematik dan PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2010. Lawatan ini juga telah diiringi oleh tiga orang pensyarah iaitu Puan Aminawati Zahara Binti Mohamad, Puan Suguna A/P Sankaran dan Dr. Azita Bin Amrin.

BIG Fasa 5,2012

Muhammad Ridhuan Bin Hanafi

Program ini bermula pada hari Jumaat, 24 Februari 2012. Selepas mengenakan sarapan pagi di Hotel Seri Malaysia, kami telah memulakan program BIG ini dengan mengadakan bengkel tentang tajuk yang telah diberikan. Bengkel ini telah dijalankn secara Round Robin yang mana kami telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan kecil dan setiap ahli kumpulan diminta untuk mencari dan mengkaji tajuk yang telah ditetapkan. Selepas itu, kami dikehendaki membentangkan hasil carian dan maklumat tentang tajuk yang telah diberikan kepada kumpulan lain. Antara tajuk yang dibincangkan adalah Akta 550 (1996), mandat, guru dan perundangan, pekeliling perkhidmatan, fungsi JPN dan sektor-sektor serta fungsi dan peranan PPD. Kumpulan saya ditugaskan untuk mencari maklumat mengenai Pekeliling Ikhtisas. Apa yang menariknya saya tidak mendengar istilah ini. Jadi, saya rasa sangat seronok untuk mencari maklumat tentang Pekeliling Ikhtisas dan bersemangat untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Apa yang saya faham Pekeliling Ikhtisas merupakan satu warta kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa kepada warga pendidik. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan untuk memberi peringatan dan langkah keselamatan dan langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna. Selain itu, Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan perkhidmatan. Seterusnya saya telah mendengar perkongsian tentang Pekeliling suatu tugasan dan

Perkhidmatan. Pekeliling Perkhidmatan merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Pekeliling Perkhidmatan juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam. Selain itu, saya telah mendengar perkongsian mengenai guru dan perundangan. Saya amat tertarik untuk mendengar perkongsian tajuk ini kerana pembentang topik ini sangat kelakar sehingga membuatkan saya memberi perhatian yang lebih.

BIG Fasa 5,2012

Muhammad Ridhuan Bin Hanafi

Secara keseluruhannya, bengkel yang diadakan ini sangat menarik. Banyak input baru yang telah saya peroleh melalui bengkel ini. Kaedah yang digunakan iaitu secara Round Robin sangat berkesan kerana dapat melibatkan semua guru pelatih. Seterusnya kami bertolak ke SK Paya Rumput untuk mengadakan lawatan penanda aras. Sekolah Kebangsaan Paya Rumput merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan Sains dan Ragbi. Untuk makluman, sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai sekolah kluser pada tahun 2008. Pogram Bina Insan Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung di negeri Melaka. Program lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami kepada alam persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Apabila sampai di SK Paya Rumput, kami telah disambut dengan penuh mesra oleh warga SK Paya Rumput. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan yang begitu selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar, En.Yahya Bin Hj. Kamarudin. Beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan yang ada di SK Paya Rumput, dan pencapaian SK Paya Rumput dalam bidang akademik mahupun sukan. SK Paya Rumput mendapat pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Ini dapat menunjukkan betapa guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah. Di SKPR, peruntukan yang diperoleh daripada Kementerian Pelajaran Malaysia sebanyak RM 250, 000 setahun telah dibahagikan kepada dua bahagian. Sebanyak RM 125,000 dilaburkan untuk pembangunan sains dan RM 125, 000 lagi dilaburkan kepada pembangunan sukan ragbi. Antara usaha yang telah dilakukan untuk pembangunan sains ialah membaik pulih makmal sains dengan menyediakan peralatan yang canggih, mewujudkan kolam ikan, dan menyediakan tempat pemeliaharaan puyuh. Langkah ini diambil bagi melatih murid-murid sekolah ini supaya berminat untuk menjadi usahawan.

BIG Fasa 5,2012

Muhammad Ridhuan Bin Hanafi

Dalam pembangunan sukan ragbi, sekolah telah melatih dan memberi pendedahan sukan ragbi kepada murid-murid yang berminat. Maka,wujudlah sebuah pasukan ragbi yang diberi nama DRhyno. Pasukan ini telah banyak menempa kejayaan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Antara pasukan antarabangsa yang pernah bertemu dengan DRhyno ialah pasukan dari Australia, Singapura dan Indonesia. Dalam usaha pembangunan sukan ragbi ini, sekolah juga telah membaik pulih padang sekolah yang telah menelan belanja RM 10, 000. Dengan adanya padang sekolah yang baik, latihan dapat dijalankan dengan selamat. Saya berasa amat kagum dan terkejut dengan usaha pihak sekolah kerana pada tahun ini, pihak sekolah telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah pasukan ragbi perempuan. Saya berharap usaha ini akan mendatangkan hasil kepada sekolah khussunya dan negara amnya. Semoga usaha ini akan membuka mata pihak sekolah lain untuk turut menjadikan SKPR ini sebagai contoh yang terbaik dalam pembangunan sukan ragbi. Selesai taklimat, kami telah dihidangkan dengan sedikit jamuan. Kemudian, pihak sekolah telah membawa rombongan kami melawat kawasan sekolah ini. Antara aktiviti yang dijalankan di SK Paya Rumput ialah tinjauan di sekitar kawasan sekolah. Kami telah melihat bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, bilik guru, komputer, bilik darjah, pejabat, setor sukan, padang dan bilik yang menyimpan pelbagai anugerah yang berjaya diraih oleh SK Paya Rumput . Hasil pemerhatian saya dan maklumat yang telah saya peroleh, terdapat sedikit kelemahan SKPR yang perlu dibaiki pada masa hadapan iaitu bangunan blok sekolah ini dipisahkan kepada dua bahagian oleh jalan raya yang menjadi laluan utama kenderaan keluar dan masuk ke taman perumahan. Masalah ini boleh mendatangkan bahaya kepada murid kerana perlu melintas jalan tersebut untuk pergi ke makmal, bilik sains, padang dan sebagainya. Saya dimaklumkan bahawa hanya pengawal keselamatan sekolah yang akan mengawal keadaan trafik di jalan tersebut bagi memastikan keselamatan murid. Walau bagaimanapun pihak sekolah ada membuat permohonan untuk membuat sebuah jejantas untuk menghubungkan kedua-dua blok tersebut tetapi permohonan tersebut masih belum diluluskan.

BIG Fasa 5,2012

Muhammad Ridhuan Bin Hanafi

Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang. Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

You might also like