P. 1
bahasa melayu komunikasi

bahasa melayu komunikasi

|Views: 18|Likes:
akademik
akademik

More info:

Published by: Intan Nurbaizurra Mohd Rosmi on Apr 11, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/16/2014

pdf

text

original

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

1
ISI KANDUNGAN MUKASURAT

SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5 RUJUKAN

2-5 6-8 9 - 12 13 - 15 16 - 22 23

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

Soalan 1 1.0 Kemajuan bangsa adalah sinonim dengan keupyaan masyarakat untuk memajukan diri dan ekonomi melalui peningkatan peradaban dan intelek. Bahasa memainkan peranan sebagai pemangkin kepada pemahaman terhadap ilmu moden (fizik, kejuruteraan, sains dan lain). Sila bincangkan potensi Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmiah di Malaysia.

2

Sejarah membuktikan bahawa bahasa Malaysia mampu menjadi bahasa lingua franca malah berpotensi menjadi bahasa ilmiah tak kira di Malaysia mahupun di rantau antarabangsa. Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Malaysia dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Malaysia dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa. Demi memupuk perpaduan kaum di negara ini, maka dalam Laporan Razak 1956 dinyatakan bahawa, tujuan akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak. Berdasarkan Laporan Razak jelas bahawa dasar pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di negara ini.

Malah dalam Laporan Rahman Talib 1960, kedudukan sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Tujuan utama penukaran kedudukan ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini di samping memantapkan lagi kedudukan bahasa Malaysia secara berperingkat dalam sistem pendidikan kebangsaan.. Keupayaan bahasa Malaysia berfungsi sebagai bahasa yang mampu diguna pakai dalam semua aspek kehidupan seperti perdagangan, perundangan, ilmu, ketatanegaraan, persuratan, keagamaan mahupun alat bagi membakar semangat patriotism telah dibahaskan pada Simposium Bahasa Melayu di Melaka baru-baru ini. Bahasa itu sendiri akan menjadi lemah jika fungsinya tidak dikembangkan selaras dengan perkembangan bidang sains dan teknologi walaupun ia pernah menjadi salah satu bahasa terulung di dunia. Menurut Sasterawan Negara, Prof Dr Muhammad Salleh, berkata pandangan yang mengatakan bahawa bahasa Malaysia tidak

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

boleh mempunyai keupayaan untuk menjadi bahasa ilmu adalah tidak benar sama sekali kerana telah ramai cendekiawan telah lahir dengan berteraskan bahasa Malaysia.

3

Terdapat beberapa faktor yang perlu direnungkan bersama mengapa bahasa Malaysia berpotensi sebagai bahasa ilmiah di Malaysia. Faktor pertama, semua rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa bahasa Malaysia perlu diterima sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan yang tunggal tanpa syarat bagi negara ini atas faktor sejarahnya yang panjang dan penggunaannya yang meluas. Kita perlu menerima hakikat bahawa bangsa Melayu

hanyalah penutur jati bahasa Malaysia tetapi selepas Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, bahasa Melayu menjadi milik semua warganegaranya tanpa mengira bangsa yang patut mempunyai rasa megah terhadapnya. Sebagai warganegara atau organisasi dan syarikat milik negara ini atau beroperasi di negara ini, menjadi tanggungjawab kita untuk menunjukkan taat setia dan kecintaan yang sebenarnya terhadap bahasa rasmi dengan menggunakan bahasa Malaysia bagi semua urusan domestik atau urusan dengan warganegara di sini dan bukannya menggunakan bahasa lain termasuk bahasa Inggeris. Apabila kita

melaksanakan dasar seperti ini barulah jelas bahawa kita telah menunjukkan tanggungjawab yang sepatutnya dengan memberi nilai ekonomi terhadap bahasa kebangsaan. Apabila bahasa lain digunakan dalam urusan domestik dan rasmi dan bukannya bahasa kebangsaan ini jelas sekali menunjukkan sikap kita yang sebenarnya terhadap bahasa kebangsaan negara sendiri.

Faktor kedua adalah tidak rasional mengapa dikatakan bahasa Malaysia tidak boleh dikaitkan dengan kemajuan atau ilmu sedangkan ia mempunyai istilah-istilah yang merangkumi semua bidang termasuk sains dan teknologi dimana bahasa melayu itu sendiri pernah menjadi lingua-franca dan lahir sejak ribuan tahun yang silam malah kini mempunyai lebih 800,000 istilah di dalam berbagai bidang termasuk sains dan matematik. Oleh itu, adalah amat menghairankan apabila orang Melayu sendiri tidak yakin dengan kemampuan bahasa ibunda mereka yang cukup indah dan kaya sedangkan orang asing turut mengkaji bahasa Malaysia dan mengakui bahawa ianya adalah bahasa yang keempat terbesar di dunia serta mempunyai potensi untuk terus berkembang.

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

IPTS yang baru muncul tidak wajar diberikan kelonggaran semata-mata untuk memberikan peluang dan kesempatan kepada bahasa asing mengambil tempat. kita sedia maklum bahawa institusi pengajian tinggi merupakan institusi yang menjunjung ciri-ciri keilmiahan sama ada dari aspek pengajaran dan pemelajaran mahupun dari aspek penyelidikan. Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan selama ini telah banyak membawa kemajuan kepada pembangunan negara dan dapat menerapkan perpaduan di kalangan rakyatnya. dan di Amerika Utara. Asia Timur. cita-cita ini hanya akan menjadi omong-omong kosong dan akan tinggal impian semata-mata. Oleh itu. Oleh itu. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu sebenarnya telah menjadi bahasa antarabangsa. Penyelidikan yang dijalankan dengan menggunakan bahasa MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI . di Australia. Jika tidak. 4 Dengan sebab itulah peranan IPT dalam meningkatkan martabat bahasa Melayu sebenarnya sangat penting. wajarlah keyakinan dan kepercayaan kepada kemampuan bahasa Melayu diteruskan dalam sistem pendidikan negara. Inilah masa yang sesuai untuk memperkenalkan bahasa Melayu terutamanya di peringkat institusi pengajian tinggi kepada pelajar dari negara luar. dan Asia Utara (Ismail Hussein 1995). di New Zealand. Dalam hal ini. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai dan Malaysia diakui sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu dengan menggunakan dan menempatkan bahasa Melayu dengan sewajarnya. Universiti memainkan peranan utama dalam penyelidikan dan sewajarnyalah bahasa Malaysia digunakan agar dapat mengangkat martabat dan kemampuan bahasa Malaysia itu sendiri. Dengan bersikap proaktif untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang dihormati oleh warga dunia maka kita harus mendaulatkannya di dalam dan di luar negara. Martabat bahasa Melayu di IPT sebenarnya telah menunjukkan kemampuan dan keberkesanannya apabila bahasa Melayu diajarkan dan diteliti di puluhan universiti di Eropah. bahasa Melayu perlu terlebih dahulu digunakan di IPTS.MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ Faktor seterusnya adalah inisiatif kerajaan dengan pemartabatan bahasa Malaysia di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dalam memartabatkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmiah. di samping diteliti dan diajarkan di rantau Asia Tenggara. Sekiranya kita ingin menjadikan bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa utama dunia siber. tidak perlu wujud kurang keyakinan dalam menggembleng dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di IPTS seperti yang dilakukan sebelum ini.

perlu ada perencanaan yang rapi untuk memenuhi keperluan tersebut. yang paling utama ialah ketekalan sikap dan pendirian semua agar peranan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang pembinaan negara bangsa terus ditingkatkan dan diperkukuh. Kecenderungan 5 untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di IPTS juga berkait rapat dengan persepsi kita tentang kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa akademik di universiti. hal ini akan dapat meningkatkan status dan martabat bahasa Melayu itu sendiri. bahasa rasmi. Namun bahasa Melayu mempunyai kedudukannya sendiri dalam perkembangan bahasa-bahasa utama dunia sehingga memang ada keperluan pengajarannya kepada penutur asing meskipun tidak seluas keperluan pengajaran bahasa Inggeris. Jelasnya disini. maka wajarlah bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penghantar di IPTS. MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI . Berdasarkan hakikat ini. Keraguan dari segi kemampuan bahasa Melayu untuk mengungkapkan hal-hal yang berkait dengan sains dan teknologi terutamanya perlu dihapuskan dengan usaha pengintelektualan bahasa Melayu dalam bidang tersebut supaya kewibawaan dan martabat bahasa Melayu dapat dipertahankan. Usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Semua pihak mestilah diyakinkan bahawa ketekalan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan tinggi amat penting bagi menjamin kelangsungan negara dan bangsa Malaysia. bahasa ilmu di negara berdaulat ini hendaklah dilihat sebagai amanah besar yang perlu dilaksanakan oleh semua warganegara.MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ Melayu sekali gus membantu meningkatkan martabat bahasa Melayu itu sendiri. Dengan kedudukannya sebagai bahasa dunia yang dominan dan kini dipercayai antara bahasa dunia yang berperanan besar dalam proses globalisasi. apabila bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penyelidikan. Dengan kata lain. Yang penting ialah bahawa atas dasar adanya keperluan bahasa Melayu diajarkan kepada dan dipelajari oleh penutur asing itu. perbincangan tentang pengajaran bahasa Inggeris kepada penutur asing menjadi tema yang mendapat perhatian besar sehingga perbincangan tentang pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing mungkin dianggap oleh sesetengah orang sebagai kurang relevan.

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ Soalan 2 2. 6 Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia. mengenali tanda baca juga menjadi masalah kepada mereka. Setiausaha Pesatuan Guru-Guru Luar Bandar. Aras 8. 62604 PUTRAJAYA. Dalam masalah kemahiran membaca menunjukkan bahawa kegagalan murid-murid memahami kandungan maklumat dalam teks yang dibaca dan tidak memahami maksud ayat yang dibaca. Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas untuk murid-murid sekolah rendah. 2. Blok E8. Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. masih ada segelintir murid yang tidak mencapai matlamat sebenar lebih-lebih lagi murid yang bersekolah di luar bandar. Namun. Kandungan surat tersebut haruslah merangkumi idea-idea yang diyakini mampu meningkatkan tahap pendidikan murid di sekolah anda. 20 Januari 2012 IDEA DALAM MENINGKATKAN TAHAP PENDIDIKAN MURID DI SEKOLAH RENDAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk. Manakala masalah kemahiran menulis menunjukkan bahawa murid-murid tidak dapat membezakan huruf besar atau huruf kecil melalui pengecaman. Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi. di samping itu. Idea yang ingin saya ketengahkan merupakan tambahbaikan MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI . Kompleks Kerajaan Parcel E.0 Karang surat rasmi kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Pahang Darul Makmur. Umum mengetahui bahawa program Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu program LINUS dan program Pemulihan merupakan salah satu usaha dalam menangani masalah 3M. Tuan. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Sekolah Kebangsaan Chenderawasih 26700 Muadzam Shah.

Selain itu. Selain itu.MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ daripada program yang sedia ada yang di anjurkan oleh KPM. MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI . ujian pencapaian murid mempunyai had tempoh masa dan dijalankan secara sistematik bagi menilai keberkesanan pencapaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid lembam. Bahan bantu mengajar berteraskan ICT hendaklah digunakan secara optimum dalam pembelajaran agar menghasilkan pembelajaran bermakna dan meninggalkan kesan positif dalam diri murid. Program pemulihan peringkat awal di lihat akan memberikan kesan yang lebih efektif. Usaha yang berterusan pihak pengurusan sekolah seharusnya konsisten menggembeleng 7 usaha mencapai matlamat membantu murid-murid lembam menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan mengadakan kelas pemulihan. penerbitan teks panduan guru pemulihan bertujuan memberikan input tentang kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid lembam bagi meningkatkan kemahiran membaca dan menulis. Seminar serta kursus yang bermanfaat seharusnya diberikan penekanan yang jelas kepada guru dengan memberi maklumat dan input tentang keperluan khas murid-murid lembam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Persepsi guru tentang imej murid lembam yang memerlukan bantuan pemulihan seharusnya positif dan mempunyai kesedaran bahawa mereka seharusnya dilayan secara saksama dan berpotensi untuk berjaya sama seperti rakan mereka yang beruntung. Selain itu. KPM perlu mengadakan lebih banyak kursus khas kepada guru-guru yang terlibat dalam permasalahan kemahiran membaca dan menulis. Malah murid-murid pemulihan boleh di dedahkan dengan penggunaan ICT bagi memantapkan lagi sistem kurikulum sedia ada. Kepelbagaian kaedah dapat membentuk murid tidak cepat bosan dan penat semasa proses pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah. iaitu pengajaran asas kemahiran membaca dan menulis seharusnya diberikan penekanan yang serius agar murid dapat menguasainya. Pengajaran Bahasa Malaysia seharusnya disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik dan mampu memperkembang lagi keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid. bersesuaian dengan tahap kebolehan perkembangan intelek murid semasa merencanakan isi pelajaran dapat merangsangkan minat murid dan bermotivasi untuk terus belajar. penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik. 3. Terdapat beberapa cadangan yang difikirkan perlu bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan potensi pembelajaran murid untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis murid sekolah rendah di luar bandar antaranya.

teknik dan aktiviti serta menstrukturkan tahap pembelajaran supaya menjadi satu set binaan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat memberikan kesan positif dan bermakna. Peningkatan profesionalisme guru merupakan pemangkin akauntabiliti bahasa dan bangsa Melayu yang amat bertepatan dengan saranan Menteri Pelajaran yang mahu sistem pendidikan negara kita terus maju seiring dengan kemajuan negara berimpak tinggi. Selain itu. 5. Adalah di harapkan idea yang di berikan dapat di guna pakai demi meningkatkan tahap pendidikan murid-murid. faktor guru yang berketerampilan serta berkeupayaan menyerap kaedah. Dalam menjayakan semua perancangan. Sekian terima kasih. Sekolah Kebangsaan Chenderawasih. ( INTAN NURBAIZURRA BINTI MOHD ROSMI ) Setiausaha Persatuan Guru-guru Luar Bandar. Idea. Seluruh warga pendidik seharusnya mempunyai komitmen serta kekuatan untuk menghadapi cabaran dan seterusnya memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran sebaik mungkin.MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 4. MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI .idea yang di berikan merupakan hasil daripada perbincangan yang telah di adakan 8 bersama-sama dengan guru-guru. kerjasama yang melibatkan pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat membina iklim persekolahan yang kondusif. dan persekitaran sekolah yang selamat dapat merangsang murid bermotivasi untuk terus belajar. ‘’ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ‘’ Saya yang menurut perintah.

salam sejahtera. kami bertolak dari jeti Kuala Kedah ke Pulau Langkawi. Biasalah.. baru-baru ini. Antara perkara yang perlu dirancang sebelum ke sana tidak lain tidak bukan adalah kos perbelanjaan termasuklah sewa penginapan yang terpaksa dilakukan sebelum ke sana. tahan mabuk rupanya.Tak kusangka. dua orang anak perempuanku itu. kepada anda yang ingin bercuti tidak kira di mana-mana sahaja.0 Ceritakan pengalaman percutian anda dalam bentuk penulisan sebagaimana di dalam blog. Pulau Langkawi adalah di antara pulau yang menjadi tumpuan pelancong untuk melawat tempat-tempat menarik di samping dapat melihat pelbagai tempat bersejarah di sana. Dah lama rasanya tak mengemaskini blog. saya berkesempatan bersama keluarga meluangkan masa bercuti di Pulau Langkawi. segala perancangan yang di susun atur oleh saya dan suami.mmm. memang sesuatu yang baru dan begitu menyeronokkan mereka. Harga tiket dari Kuala Kedah ke jeti Pulau Langkawi bernilai hampir RM100. syukur. nama pun bercuti.00 pagi. Tepat pukul 9. Sebenarnya bersyukur sangat kehadrat ilahi. Sabar sahajalah penumpangpenumpang lain melihat gelagat mereka. Jadi kos pergi balik menaiki feri adalah sebanyak . Bagi anak-anak kali pertama menaiki feri. Ayat – ayat yang digunakan mestilah ringkas. Assalamualaikum. Jadi. sempurna sudah. sajelah! Takpelah.MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ Soalan 3 3. Agak lama juga berada di atas feri itu menyebabkan rasa pening berada dalam feri apabila laut berombak dan cuaca kurang menyenangkan. manusia mampu merancang tapi hanya Allah yang mampu menentukan. Perjalanan menaiki feri ke jeti Pulau Langkawi mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. padat. Siap melompat-lompat di dalam feri. MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI . santai dan mampu menarik minat pembaca. Bayangkan. Kami berempat bercuti di sana selama 3 hari 2 malam. Di Malaysia. 9 Alhamdulillah. perkara pertama yang perlu dipertimbangkan adalah membuat perancangan rapi terlebih dahulu. Perancangan telah dibuat agak lama juga dan akhirnya menjadi juga percutian yang dirancang pada cuti semester ini.

Telaga Mahsuri. Kini. 10 Setelah sampai ke jeti. Akhirnya. Persembahan caklempong? Apa tu ye? Semasa kami tiba di sana. kami bergerak menuju ke tempat tiket feri. Sudah pastinya Makam Mahsuri ada di dalamnya. ada tersedia perkhidmatan menyewa kenderaan untuk bergerak di dalam pulau ini. kami pun akhirnya tiba ke Pulau Langkawi yang bersejarah ini. Kami mendapat kereta Iswara dengan kadar harga yang agak berpatutan iaitu RM100 selama 3 hari. perut yang kelaparan minta di isi terisi juga di sebuah restoran di dalam resort tempat kami menginap. boleh difikirkan lagi niat membawa kereta ke mari. keluar sahaja dari van. Kami menyewa kereta disebabkan kami tidak membawa kereta kami dari jeti Kuala Kedah ke sini. Suasana di kawasan sawah padi. Selepas itu. Ala-ala gamelan juga. ada juga hasil seni kraf. Perkataan Cak Lempong juga MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI . Best kan?. Andaikata berada di Langkawi lebih dari 1 bulan. barang-barang peninggalan beliau juga dipamerkan di galeri khas. Sungguh nyaman suasana ketika ini.MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ Tak salah rasanya berbelanja sedikit asalkan dapat menghabiskan masa bersama keluarga. Teruja rasanya apabila menjejakkan kaki ke pulau itu disebabkan baru kali pertama menjejakkan kaki ke sana. Begitu hijau luas pemandangan. Mana nak cari di kawasan Semenanjung semurah itu!. Tak sah rasanya jika tidak melawat ke Makam Mahsuri. Kadar sewa kereta dianggarkan di antara RM80 dan ke atas. kami terus bergerak menuju ke tempat penginapan yang berada betul-betul di dalam Pekan Kuah. Perjalanan ke Makam Mahsuri merupakan satu lagi pemandangan yang menyegarkan mata. Banyak juga pameran ada di sini. beberapa jenis haiwan dan rumah-rumah kedah. Ianya diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Dulu dikatakan Pulau Langkawi agak mundur semasa sumpahannya. Di kawasan itu jugalah. tanpa membuang masa. Penat juga nak terangkan kepada si kecilku ini siapa Mahsuri sebenarnya. Permainan tradisi caklempong ni merupakan alat melodi dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Akhirnya setelah hampir 2 jam berada di dalam feri. Nak duduk disini pun 3 hari 2 malam saja. Mahsuri dikatakan menjadi lagenda kerana sumpahannya selama 7 keturunan setelah beliau dianiaya. terus kedengaran caklempong berkumandang. selepas sumpahan itu berakhir Pulau Langkawi menjadi maju dan merupakan salah satu tarikan pelancong. persembahan caklempong.

anda pergilah ke Galeri Perdana ni. bergambar sakan kami ketika ini. Biasalah. Apa yang pasti. anda juga boleh mencuba menaiki kereta kabel di Oriental Village dengan kadar bayaran tiket RM30 bagi dewasa. Telaga 7. selesai sudah lawatan ke Makam Mahsuri dan Underwater World. Bagi penggemar coklat seperti saya. Mengalahkan orang kahwin lagi.biasalah hasil carian google. anda boleh mencuba snorkeling. Panjang pula penjelasan Cak Lempong ini. takkan nak biarkan ia tersadai saje.MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ digunakan untuk mendiskripsikan jenis alatannya. Kini kesenian muzik Cak Lempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi. menarik juga. Wah. Di kedai inilah kami MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI . Antara tempat menarik yang anda patut dilawati adalah seperti Pantai Cenang. Memang semua sudut dan tempat diambil gambar. Ada kisah disebaliknya. orang yang jarang-jarang sekali boleh bercuti seperti ini. Memang banyak coklat import yang dijual dengan harga berpatutan disebabkan bebas cukai di sana. kami ke Galeri Perdana pula. Kami menghabiskan masa selama 2 hari melawat tempat yang menarik di pulau ini. Underwater World. hiking dan lain-lain lagi. Bird Paradise. memang tak menang tangan. Tanjung Rhu. memang nak borong saje semuanya. Laman Padi. Di Pekan Kuah. Mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan. Tanah di kawasan pantai tu hitam sekerat aje dan bahagian lain putih seperti pasir pantai di kawasan lain. 11 Hari pertama. Dah ada kamera canggih. Kalau ikutkan hati. Galeria Perdana. Kalau nak di ceritakan semua. barang-barang dapur dan coklat. Terdapat juga pakej Island hopping disediakan bagi sesiapa yang ingin melawat pulau-pulau berhampiran Pulau Langkawi. Antara kedai yang popular dan banyak cawangannya yang saya lihat adalah Haji Ismail Group. Tasik Dayang Bunting. Di situ. Bila lagi kan nak buat kenangan. Malah ada banyak kedai yang membuat promosi di mana diskaun akan diberikan sekiranya anda membeli coklat dalam kuantiti yang agak banyak. dari serata ceruk negara di seluruh dunia. menyelam. Selain itu. banyak terjual kain batik. Dataran Lang. Bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak. Habis saje ke Galeri Perdana. kami ke Pantai Tanah Hitam. memang rambang mata nak pilih. Oriental Village. Ha. tempat kami menginap juga terdapat pelbagai barang yang dijual. pakaian. Macam-macam koleksi anda boleh lihat. Kompleks Budaya Kraf dan macam-macam lagi. Pekan Kuah.

Jadi. Pulau Langkawi adalah di antara tempat yang menarik sebagai destinasi percutian pilihan anda! MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI . sekiranya anda memikirkan tempat menarik untuk dilawati dan untuk bercuti. 12 Kami hanya berkesempatan melawat beberapa tempat sahaja disebabkan kekangan waktu dan juga faktor cuaca yang tidak menentu dengan hujan di waktu petang. Masih banyak tempat yang boleh di lawati seandainya masa masih panjang.MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ sakan membeli cenderahati dan ole-ole untuk di bawa pulang. Percutian 3 hari di sana terasa sangat singkat dan satu pengalaman yang sangat berharga yang tidak mampu dibeli. Mestilah ada ole-ole yang perlu dibeli sebagai tanda kenangan disana.

Saya mengambil keputusan untuk menghantar pemeriksaan di sebuah Pusat Servis Perodua yang diiktiraf di Kulai sambil membuat penyelenggaraan Untuk pengetahuan. Begitu juga dengan ungkapan pelanggan itu selalunya betul.c. Topik dan kepada siapa aduan ditujukan adalah bebas. Untuk tidak menjadikan peristiwa yang saya akan kongsikan bersama ini berulang kepada individu yang lain. Sebaik-baiknya gunakan pengalaman sebenar atau masalah yang dihadapi oleh anda sendiri. saya belum pernah gagal untuk membuat penyelenggaraan di Pusat Servis yang sama dengan MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI . saya terpanggil untuk menyatakan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan sikap bahagian penyelenggaraan atau khidmat pelanggan yang ditawarkan oleh Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Negara (Perodua). Dalam pertengahan bulan Julai 2010 saya dapati gear kenderaan saya mengalami kerosakan dengan mengeluarkan bunyi yang nyaring. tidak sepatutnya khidmat lepas jualan yang ditawarkan kepada pelanggannya amat mengecewakan. Syabas Perodua di atas penghasilan model yang kini boleh dikatakan berjaya menguasai kereta sekelas dengannya dan meyakinkan pengguna di Malaysia! Saya berasa berbangga memilikinya yang bukan sahaja mempunyai kuasa enjin yang begitu baik malah kenderaan ini juga begitu mudah dikendalikan. kenderaan saya mula menampakkan masalah. Namun begitu. Namun saya tidak sewenang-wenangnya ingin menggunakan kelebihan di atas ungkapan itu untuk mengambil kesempatan atas kelemahan dalam sesuatu organisasi.MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ Soalan 4 4. Saya telah membeli kenderaan tersebut daripada salah sebuah pengedar di Johor Bahru. yang telah dibeli pada akhir 2008. saya dapati ciri-ciri penjimatan dan keselesaan amat terserlah jika dibandingkan dengan model sekelas dengannya. mudah untuk diletakkan dalam kawasan sempit dan berupaya membuat pusingan dalam jangkauan jarak yang kecil. Sebagai syarikat yang dikatakan semakin matang dengan pertambahan model-model terbaik bertaraf dunia. Saya merupakan salah seorang pengguna kenderaan keluaran Perodua iaitu model Perodua ViVa 850 c. serta ciri-ciri tambahbaik kenderaan. sepanjang tempoh penggunaan kenderaan tersebut. 13 Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan manusia itu sendiri. setelah hampir 3 tahun.0 Sila hasilkan sebuah penulisan berbentuk aduan. Pada awal penggunaan kenderaan tersebut.

Namun apa yang diberitahu. Apa yang saya dapati.MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ mengikut jadual servis yang telah ditetapkan. Ketika itu usia kenderaan belum lagi mencecah 3 tahun. Saya telah mengambil langkah dengan menghubungi pihak insurans yang dikatakan punca berlakunya kelewatan proses tuntutan jaminan waranti. Malah berulang kali menabur janji untuk menyelesaikan masalah ini dan akan menghubungi saya sekiranya terdapat apa-apa masalah. Saya meletakkan harapan yang tinggi agar pihak Perodua dapat mengambil serius perkara ini memandangkan saya sudah tidak tahan untuk menanggung kerugian akibat penggilan telefon. Malangnya sehingga hari ini. sewaan kereta serta pembaziran masa dan beberapa kerugian daripada segi prestasi saya sebagai seorang pekerja. saya terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk menghubungi pihak Pusat Servis beberapa kali dan seringkali didapati pihak mereka seperti tiada usaha untuk menyelesaikan masalah yang ada. saya mengambil keputusan untuk menghantar kenderaan saya pada 10 Disember 2010 yang lalu untuk penggantian atau pemeriksaan kotak gear. Saya begitu kecewa kerana mereka tidak menghubungi saya dan memberitahu status kenderaan tersebut. pihak insuran lewat menghantar laporan kepada Ibu Pejabat Perodua di Johor Bahru. Pihak Pusat Servis sering memberi alasan yang pihak ibu pejabat gagal memberikan kelulusan sedangkan segala dokumen yang berkaitan telah pun saya berikan untuk membuktikan kerosakan kotak gear tersebut masih di dalam tempoh jaminan. kenderaan saya masih tidak boleh digunakan dan keadaannya amat menyedihkan di mana kenderaan tersebut terbiar tanpa diusik sehingga 2 bulan lamanya! Saya tidak faham mengapa tiada tindakan daripada pihak yang berwajib? Bertambah menghairankan. Itu pun panggilan sukar dijawab dan selalu gagal untuk bercakap dengan individu yang bertanggungjawab. Namun memikirkan untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini dan menjadikan kerosakan kotak gear semakin teruk. Untuk pengetahuan. Selepas pemeriksaan didapati. Masa berlalu dan ulangan untuk pemeriksaan minyak gear telah dibuat tanpa sebarang pembayaran. kotak gear kenderaan saya mengalami keretakan dan bunyi itu sebenarnya disebabkan oleh minyak gear yang berkurangan. hanya saya sahaja yang kerapkali menghubungi mereka untuk mengetahui hal yang sebenar. saya menggunakan kenderaan tersebut untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja sejauh 50 kilometer sehala setiap hari dan sering membuat tugasan 14 MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI . Saya telah dinasihatkan oleh mekanik untuk tidak membawa kenderaan ini dalam jarak yang jauh dan sentiasa memeriksa kuantiti minyak gear sebulan sekali sebelum dibenarkan untuk menghantar kenderaan ini untuk diperbaiki.

Dengarilah rintihan ini daripada insan yang hanya mampu memiliki sebuah Perodua VIVA dan bukannya kereta mewah yang berkemungkinan berbeza kesnya. Saya bukan mengadu untuk diberikan belas atau ihsan. Johor Bahru. Kadangkala urusan beliau yang kerap kali bertugas di luar kawasan lebih menyukarkan pergerakan saya. tapi saya mengharapkan agar sesuatu dapat dilakukan untuk menyiapkan kenderaan saya semula yang telah pun dibayar ansurannya tanpa dapat menggunakannya. Saya hanya menuntut hak saya supaya perkara yang sama tidak berlaku ke atas orang lain. Saya mempunyai dua orang anak yang perlu dihantar kepada pengasuh dan amat perlu menggunakan kereta.MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ luar pejabat. 15 Pembeli Barangan Buatan Malaysia. Kulai Jaya. MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI . Sejak kejadian ini sudah seringkali saya tiba lewat ke tempat kerja akibat selalu beralah dengan suami yang juga memerlukan kenderaan untuk berulang alik ke tempat kerja.

16 MINIT MESYUARAT KALI KEDUA JAWATANKUASA HEM SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) KERATONG 7.00 petang : Bilik Mesyuarat 1.0 Anda telah diminta oleh Tuan Guru Besar untuk menyediakan laporan minit mesyuarat. Sila sediakan laporan tersebut mengikut format laporan minit mesyuarat yang tepat.2 Hadir Bersama Tiada 1. 1.MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ Soalan 5 5.1 Hadir Puan Ani binti Kassim____ Guru Besar Puan Zuwariah binti Mahmud _________Guru Penolong Kanan HEM En Rahim bin Mahamad Fadzil En Hairul Rashit bin Ahmad Ustaz Mohd Adnan bin Omar Puan Suriani binti Abdullah Puan Normiza binti Zainal Cik Norazura binti Osman Puan Norazlin binti Mustaphar Puan Norhanani binti Sulaiman Puan Norhayati binti Abdullah Puan Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi Cik Noor Hanna binti Md Khalid. KEHADIRAN 1.3 Tidak Hadir Bersebab Tiada 1.4 Tidak Hadir Tanpa Sebab Tiada MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI . Tarikh Masa Tempat : 6 Jun 2011 : 2.

2 Tingkatkan tahap keselamatan di semua bilik khas dan bilik darjah bagi mengelakkan kecurian yang tidak diingini. 2.4.2 Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah mengemaskini Fail Induk.4.3.4 Pembentangan Unit HEM : 2.2.1. Agihan Buku Teks kepada pelajar baru.5 Guru kelas perlu memaklumkan kepada GPK HEM sekiranya kehadiran murid melebihi 3 hari berturut-turut.4 Semoga segala yang dibincangkan mendapat manfaat bersama.1 Bilik guru lelaki perlu dikemaskini dan diceriakan.1. 2.3 Untuk makluman.1.1 Perutusan Pengerusi Mesyuarat 2. 2. 2.2 Encik Hairul bin Rashit mencadangkan Minit Mesyuarat kali Pertama diterima dan cadangan disokong oleh Puan Suriani binti Abdullah.3.1.4 Bagi Unit Denggi.1 Puan Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi membentangkan Minit Mesyuarat HEM kali pertama untuk disahkan.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu 17 2.3. Setiap guru perlu memastikan bilik berkunci dan tidak meninggalkan barang berharga di sekolah.3.MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 2. Unit HEM dapat merancang sebuah program yang besar yang dapat melibatkan semua pihak.1 2.2 2.3 Perkara-perkara Berbangkit 2. Proses Kemaskini MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI .3. CATATAN MESYUARAT 2.1 Mesyuarat Jawatankuasa telah diadakan pada bulan Januari. aplikasi baru untuk unit kantin bagi pemantauan kantin iaitu SISMAKAN. Ada beberapa jawatankuasa yang masih kurang berjalan dengan sempurna. 2.2. pastikan guru terlibat memeriksa setiap tandas yang tidak digunakan bagi memastikan sifar denggi disekolah.1.1. 2. Harapan guru besar adalah semoga pada tahun hadapan.1 Unit SPBT : 2. Tindakan : Semua Guru 2. 2. 2.3 Tasbih kifarah Tahniah kerana dapat menjalankan perancangan program yang dirancang.4. 2.

18 MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI . 2.4.1.1 Untuk makluman seramai lima orang murid yang baru telah bertukar dari negeri Perak. 2. 2.4.3 Untuk makluman buku aktiviti tidak mencukupi dan guru SPBT telah memohon daripada sekolah lain.2 Unit ini juga bercadang untuk membuat papan tanda bagi Peraturan Pergi & Balik Sekolah dalam masa terdekat sekiranya ada peruntukan. Kesihatan & Kebersihan ) : 2.4.1.4 Guru Besar mencadangkan agar buku yang tidak mencukupi di fotostat seandainya tiada stok dari sekolah lain.4.2.3 Pendaftaran untuk murid Tahun Satu bagi yang lahir pada 2004 dan 2005 akan diadakan pada bulan 8 dan kain rentang untuk makluman penjaga akan digantung.4.3.4.4 Untuk Unit Kesihatan pula. 2.2. 2.4.4.4 Antara tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah dengan meminta pengusaha kantin supaya menukar buah-buahan yang lebih digemari oleh murid.1 Mesyuarat Jawatankuasa telah diadakan pada bulan Januari. 2. antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Lorong Jalan Kaki yang telah dibina sepanjang jalan berumput di pintu masuk. 2. 2.4.3.3 Manakala Latihan Kebakaran Dalaman dan Bersama Bomba akan diadakan dalam bulan 7 & 8.4 Unit 3K ( Keselamatan. 2.3.4.4.4. Johor dan Kuala Lumpur. 2.2. 2. murid kurang memakan buah yang disediakan.4.4 Setakat ini.4.2 Bilangan murid sehingga 2hb June 2010 adalah seramai 230 orang termasuk murid pra sekolah. 2.2 Unit RMT : 2.MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ Buku Teks dan Buku Stok serta Gotong-royong di bilik BOSS.1 Bagi Unit Keselamatan.2. Rawatan Pergigian daripada Klinik Kesihatan Bandar Tun adalah pada 15hb – 18hb April yang lepas.4.4. 2.4. tiada kes yang melibatkan keciciran murid. 2.2 Untuk setakat ini tiada masalah yang dihadapi dengan pengusaha kantin berkaitan dengan RMT dimana makanan disediakan memuaskan serta sukatan adalah mengikut yang ditetapkan.4.3 Unit Pendaftaran : 2.4.3 Namun.4.3.4.

2.4 Hasil pemeriksaan tersebut. Namun.2 Papan Kenyataan di susur gajah akan dikemaskini dan ditampal lebih banyak maklumat berkaitan dadah. 2. tindakan saman tidak diambil dan diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dengan membersihkan kawasan berikut kerana kemungkinan pemeriksaan mengejut daripada Unit Vektor Kuantan atau Rompin.6 Bagi Unit Kebersihan.4.4.1 Untuk makluman.5. keselamatan dan kesihatan kepada murid semasa perhimpunan.4.1 Seramai 7 orang murid membuka akaun bersama Agrobank pada bulan Mac dan 10 orang murid pada bulan Mei.5.5.4. 2.4.2 Kawasan berisiko yang menjadi tempat pembiakan nyamuk adalah ditandas BlokA & B kerana kebanyakan flush tandas telah rosak. Lawatan Unit Vektor KlinikKesihatan dari Bandar Tun Razak telah membuat pemeriksaan menyeluruh terutama dikawasan tandas.4.4.5 Unit Denggi : 2.4. longkang dan kawasan berisiko. kawasan berisiko di belakang kantin terdapat jentikjentik didalam takungan air. 2. bilik PPDa telah di kemaskini dan dalam proses 19 penambahabaikan untuk menceriakan lagi bilik tersebut. 2.5 Pemberitahuan HINI juga telah diwar-warkan semasa perhimpunan dan maklumat mengenainya telah ditampal di papan kenyataan.MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 2. 2.4. 2.4. 2. maklumat berkaitan denggi telah di tampal di Blok B bersebelahan kelas 3 Bestari. 2.7.4.4.4.3 Pada 22hb Januari.5 Selain itu. 2.4.4.6.1 Antara aktiviti rutin yang dijalankan adalah pemeriksaan berkala di tempat-tempat pembiakan aedes.4.6 Unit PPDa : 2.4.7 Unit Simpanan & Kebajikan : 2. MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI .3 Guru Besar meminta agar Unit PPDa menceriakan pondok-pondok bacaan yang ada dengan bahan bacaan mengenai dadah dan adakan sudut khas yang lebih menarik.7 Guru Besar mencadangkan juga agar Unit 3K sentiasa memberi maklumat berkaitan kebersihan.5.6. 2.5. Guru Besar meminta guru bertanggungjawab agar memastikan tiada longgokan sampah didalam kawasan sekolah dan sampah yang ada perlu dibakar.4.6.

4.4. 2.3 Solat Zohor Berjemaah berjalan seperti biasa hanya kehadiran murid tahun 6 bagi Solat Hajat kurang memuaskan kerana murid yang tidak hadir adalah murid yang sama.4. 2.4. sejak kebelakangan ini.8.8. melengkapkan maklumat dipapan kenyataan serta pelabelan aset sekolah dikantin. 2. 2.9.1 Aktiviti yang telah dijalankan bagi Bina Insan ialah perlantikan AJK. 2. tazkirah mingguan & Iklim Dini. Iklim Dini tidak dapat berjalan sepenuhnya kerana dua masalah iaitu masalah PA System serta kesedaran murid itu sendiri kerana murid yang bergilir menjaga pa system tidak bertugas mengikut jadual. 2.9 Unit Bina Insan : 2.4.8. pihak Tabung Haji memohon untuk membuat tabungan di sekolah dan pihak sekolah telah meluluskan permohonan tersebut.4 Guru besar mencadangkan agar unit kantin berbincang bersama pengusaha kantin dalam mengadakan pondok-pondok jualan/gerai bagi menceriakan lagi kawasan kantin dan kawasan dalam bilik makan guru boleh diceriakan lagi serta almari tv dapat di alihkan.2 Urusan permohonan Biasiswa Yayasan Pahang diuruskan oleh Puan Jamilah dan seramai 30 orang memohon.7.8 Unit Kantin : 2.4 Untuk pengetahuan semua. 20 MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI .4 Mohon penyelaras Tahun 6 untuk membuat peringatan serta kerjasama guru-guru untuk sambil mengingati.4.9.4. kantin sekolah telah mendapat Gred B oleh Unit Kesihatan Rompin dan pengusaha kantin dalam usaha untuk meningkatkan tahap kebersihan kantin. pihak Dara akan membayar yuran persekolahan tertunggak untuk Faidzah Sulliman yang mengalami masalah keluarga.7.1 Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah mesyuarat pengurusan bersama pengusaha Kantin.4.8.9.4. 2. 2.3 Untuk makluman.3 Unit kantin juga sedang dalam proses untuk menampal kata-kata hikmah di dinding kantin.4. menceriakan Kantin. 2.9.2 Pengusaha kantin juga berusaha memperbaiki mutu kualiti kantin melalui aduan guru dan murid.MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 2. 2.4.4.4. Untuk makluman.2 Namun.7.

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 2.11. 2.11.3 Untuk Keceriaan.4. 2.10.2 Trofi telah diberi kepada kelas yang menang.11 Unit Keceriaan : 2.10.11.1 Perjumpaan pengawas telah diadakan pada awal tahun dan Majlis Watikah Perlantikan telah selesai dijalankan.3 Perancangan Kelab BOSS pada tahun ini adalah untuk menambahbaikan dan menceriakan lagi bilik tersebut. 2.5.1.1 Unit keceriaan Kelas telah mengadakan pertandingan kelas terbersih dan ceria bermula Februari dan pertandingan itu berjalan lancar sehingga kini. 2.4.2 Guru Besar mengharapkan agar ajk dapat membina satu Taman untuk Bilik Boss dan ajk dapat merujuk manual yang diberi dalam menjalankan setiap aktiviti. menceriakan taman dihadapan kelas Blok A dengan menanam bunga serta menanam bunga yang boleh diletakkan ditempat redup.4.2 Program yang akan dijalankan pada waktu terdekat adalah Kem Kepimpinan Pengawas serta Program Spot Check. antara program dan aktiviti yang akan dilakukan dalam masa terdekat ini adalah menceriakan kawasan taman.1 Kelab JKJR : 2.5.2. 2. 2.4 Harapan semoga pengawas akan lebih bermotivasi dan berkepimpinan pada masa akan datang.4.4 Antara projek terbesar yang ingin dilakukan adalah menceriakan laluan di makmal serta projek tanaman herba.2. 2.4.5.1 Aktiviti Kelab JKJR dijalankan seperti biasa. 2.4.5.5.5 Pembentangan Unit/Kelab HEM : 21 2. 2.4.2 Murid diajar mengenai peraturan di jalanraya dan mengikut modul disediakan oleh kementerian.1. MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI . 2.4.2 Kelab BOSS : 2. 2.3 Antara masalah yang dihadapi adalah pengawas kurang kesedaran mengenai tugas masing-masing dan tidak tahu cara memimpin dengan baik.10.10 Unit Disiplin : 2.5.10.1 Aktiviti dijalankan seperti biasa mengikut jadual dan perancangan. 2.4.4.5.11.2. meletakkan visi dan misi di replika buku di blok A.

6 Hal-hal lain : 2.3 Adalah menjadi harapan agar semua guru yang dipertanggungjawab memikul tugas tersebut menjalankan amanah diberi dengan sebaiknya kerana amanah diberi merupakan satu ibadah. 2. aktiviti nyanyian lagu KPJ.6.2 Tindakan : Bangunan berdekatan bangunan sekolah akan dimesin pada hari Sabtu. Mohon kerjasama dari semua guru untuk bersama menjayakan setiap program yang dirancang.1 Isu mesin rumput waktu persekolahan. bengkel menangani jenayah disekolah serta pertandingan melukis & mewarna kerjasama bersama Unit PPDa. Disahkan oleh : …………………………….6.3.00 petang. ( Puan Ani binti Kassim ) Guru Besar. 2. Pahang. SK (LKTP) Keratong 7.2 Banyak aktiviti yang dirancang dan ingin dilaksanakan pada tahun ini. Pihak pentadbir akan berbincang dengan tukang kebun untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mesyuarat ditangguhkan pada 5.3 Kelab Pencegahan Jenayah : 2.MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 2.1 Aktiviti yang dijalankan oleh Kelab ini adalah perlantikan jawatankuasa. Pahang.6. 26700 Muadzam Shah.5. 22 Disediakan oleh : …………………………………. MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI . 26700 Muadzam Shah.5. 2.5. Mohon tindakan dari pihak sekolah. 2.3. ( Puan Zuwariah binti Mahmud ) GPK HEM. SK (LKTP) Keratong 7.

pprm. sumber dari http://www. Surat Rasmi – Portal Pendidikan Utusan. 2.gov.my/transformasi/images/Bab4.tutor. Noraini Idris. sumber dari http://www. 3.pdf 6.gov. Badrul Hizar Ab Jabar. 7. MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI . ( 2004 ) Patriotisme : Agenda Pembinaan Bangsa. Nik Azis Nik Pa. Diperolehi pada 22 Disember 2011. Menambahbaik kualiti pengajaran & pembelajaran.0 RUJUKAN 23 1. Diperolehi pada 10 Januari 2012. ( 2001 – 2007 ). Utusan Melayu Sdn.kdhlib. Panduan – Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP. 11 Februari ) Bahasa Melayu Hebat.my. Utusan Publications & Distributors Sdn. 4. Bhd. Bhd.mohe. ( 2008 ).MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 4. Koleksi Ismail Hussein.my. Bhd. Diperolehi pada 16 Disember 2011.gov.dbp. Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia.com. ( 2010. sumber dari 5.my. http://www. sumber dari http://www. Diperolehi pada 2 Januari 2012. Abd Rahim bin Abd Rashid. Utusan Publications & Distributors Sdn.

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 24 MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI .

Bhd. Diperolehi pada 16 Disember 2011. Utusan Melayu Sdn. 9. Bhd. 11. Nik Azis Nik Pa. sumber dari http://www. Abd Rahim bin Abd Rashid. Diperolehi pada 2 Januari 2012. ( 2008 ).my. Diperolehi pada 10 Januari 2012.dbp.my.kdhlib. Bhd.mohe. Surat Rasmi – Portal Pendidikan Utusan. Panduan – Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP. sumber dari http://www.gov.0 RUJUKAN 25 8. Utusan Publications & Distributors Sdn. ( 2010. Badrul Hizar Ab Jabar. sumber dari http://www.tutor. sumber dari 12. ( 2001 – 2007 ).MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 5.gov. Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia. Koleksi Ismail Hussein. 14.gov. Diperolehi pada 22 Disember 2011. http://www. Menambahbaik kualiti pengajaran & pembelajaran.pprm. 11 Februari ) Bahasa Melayu Hebat.com. MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI . 10. Noraini Idris. ( 2004 ) Patriotisme : Agenda Pembinaan Bangsa.my.pdf 13.my/transformasi/images/Bab4. Utusan Publications & Distributors Sdn.

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 26 MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI .

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 27 MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI .

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 28 MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI .

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 29 MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI .

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 30 MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI .

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 31 MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI .

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 32 MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI .

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 33 MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI .

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 34 MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI .

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 35 MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI .

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 36 MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI .

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ 37 MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->