You are on page 1of 13

TEKNIK BERCERITA

Teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran bukanlah satu perkara baru,malahan cara ini pernah dilakukan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Teknik ini mudah menarik minat anak-anak itu. Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikan pelajaran kepada murid-murid mereka. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian disamping menjadikan pelajaran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan.

2/8/2012

Murid-murid, khususnya di sekolah-sekolah rendah, amat gemar mendengar cerita. Walaupun mereka masih kecil, tetapi apa yang diceritakan kepada mereka itu dapat segera difahami dan sekaligus dapat memahami maksud cerita itu. Oleh yang demikian, jika murid-murid tadi diberi peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan, pasti proses pembelajaran akan lebih berkesan.

2/8/2012

Walaubagaimanapun guru-guru mestilah sedar bahawa teknik bercerita dan pengajaran cerita adalah dua perkara yang berbeza. Jangan disebabkan terlalu seronok bercerita, objektif pengajaran sebenar yang hendak disampaikan ketika itu menjadi menjadi kabur, sedangkan aspek-aspek yang hendak disampaikan adalah lebih penting dan seharusnya menjadi tumpuan utama.

2/8/2012

Cara perlaksanaan teknik bercerita itu sama seperti guru menjalankan pengajaran cerita, tetapi apa yang penting ialah aspek-aspek nilai yang hendak diajarkan itu seharusnya ada dan terkandung di dalam cerita itu. Penekanan harus dilakukan tersebut semasa guru bercerita kepada aspek-aspek

2/8/2012

Langkah-langkah yang harus diambil oleh guru dalam persediaan teknik bercerita adalah seperti berikut: a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. b) Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek nilai yang hendak disampaikan itu ke dalam cerita tersebut.

2/8/2012

c) Hafazkan frasa-frasa, atau ayat-ayat yang penting atau lain-lain aspek nilai yang hendak disampaikan itu. d) Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum mencuba teknik ini. e) Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek nilai yang hendak diajarkan itu. 7
2/8/2012

f) Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar, atau lain-lain alat bantu mengajar. g) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat dan lain-lain berkaitan dengan aspek-aspek nilai yang hendak disampaikan untuk pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya.

2/8/2012

Kelebihan Teknik Bercerita


Pertama, melalui penyampaian cerita, guru dapat membina satu suasana yang menyenangkan dan mengasyikkan. Hal ini demikian kerana cerita merupakan bentuk dari seni sastera yang memiliki keindahan dan kenikmatan, lebih-lebih lagi jika jalan cerita yang disampaikan mempunyai hubungkait dengan lingkungan kehidupan murid-murid

2/8/2012

Kedua, cerita yang sarat dengan nilai-nilai mampu menanamkan sikap jujur, berani, setia, dan sikap positif lainnya yang berguna pembentukan budi pekerti atau keperibadian murid.

murni, ramah dalam murid-

Ketiga, melalui teknik bercerita, murid-murid dapat mengenali fakta-fakta alam sekitar mahupun pengetahuan sosial yang berguna bagi perkembangan kognitif mereka.

2/8/2012

10

Keempat, terdapat banyak aspek yang boleh dipelajari oleh murid-murid dalam satu-satu masa. Penggabungjalinan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, menulis dan membaca yang berlaku ketika murid-murid mendengar atau membaca cerita dapat membantu mereka menajamkan lagi kemahiran-kemahiran yang terlibat.

2/8/2012

11

Selepas sesi bercerita, sesi perbincangan pula perlu dijalankan untuk menguji kefahaman pelajar tentang cerita yang disampaikan, perbincangan hendaklah merangkumi: Pengajaran dan nilai murni daripada cerita yang disampaikan. Latihan tatabahasa. Merumuskan isi-isi penting dalam cerita.

2/8/2012

12

Rujukan
http://www.scribd.com/doc/55632188/42/T eknik-Bercerita http://notapismp.blogspot.com/2010/09/tek nik-bercerita.html http://notapismp.blogspot.com/2010/09/kel ebihan-teknik-bercerita.html

2/8/2012

13

You might also like