PEKELILING-PEKELILING BERHUBUNG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1975: Ruj.

KP8548/8/(67) Bertarikh 19 Ogos 1975 - Garis Panduan Untuk Mengenal/ Mengecamkan Orang Yang Menggunakan Atau Menyalahgunakan Dadah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1979: Ruj. KP(BS)8786-51/Jld.IV/(20) bertarikh 26 Mac 1979 - Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan Surat Pekeliling Am Bil. I/1985: Ruj. PPAD(S) 133/883/1 bertarikh 29 Januari 1985 - Program-Program Mencegah Dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah Di Agensi-agensi Kerajaan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1986: Ruj. KP.(BS)8548/8/1/Jld.III/(13) bertarikh 29 Disember 1986 - Penyalahgunaan Inhalan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988: Ruj.KP(BS)8591/Jld. III/(3) bertarikh 3 Februari 1988 - Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam sekolah Menengah (SLAD) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1992: Ruj. KP(BS)8591/Jld.VII/13 bertarikh 27 Julai 1992 - Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan (Syringe) Di sekolahsekolah. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KP(BS)8548/23/C/(5) bertarikh 27 April 1995 - Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah Di Sekolah Rendah Dan Menengah Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj.KP(BS/HEP) 8543/064(36) bertarikh 24 Julai 1998 - Ujian Urin Pelajar Sekolah Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KP(BS/HEP) 8543/0113/(47) bertarikh 27 Ogos 1998 - Analisis Pelajar/Guru/Pekerja Yang Terlibat Dengan Dadah/Inhalan/Ubat Batuk (Borang ADIUB 1A) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. I/1979 Ruj. KP(BS)8548/4/Jld.IX/(1) bertarikh 27 Januari 1979 - Senarai Tugas-tugas Guru Panduan Di Sekolah Menengah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 Ruj. KP(BS)8591/Jld.II(29) bertarikh 2 Januari 1985 - Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

SURAT- SURAT PEKELILING IKHTISAS MENGENAI DISIPLIN PELAJAR

1.

Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/1968. Ruj.KP.8543/(10) bertarikh 10 September 1968. Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.8/1968. Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968. Tatatertib di Sekolah-sekolah. Tambahan Kepada Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/68 dan 8/68 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Malaysia Bil.6A/1975 Ruj.KP.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975. Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia No.7/1975. Ruj.KP.8548/8(67) bertarikh 19 Ogos 1975. Salah Guna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.9/1975. Ruj.KP.8543/Vol.2(5) bertarikh 4 November 1975. - Disiplin Di Sekolah - Peraturan –peraturan Sekolah Untuk Murid-murid Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975 Perkara-perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983. Ruj.KP(BS)8591/Jld.ll/(17) bertarikh 7hb November 1983. Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salahlaku Yang Tidak DinyatakanDalam Peraturan-peraturan Pelajaran. Lampiran - Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983 Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di sekolah-sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986 Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah Surat pekeliling ikhtisas bil.4/1997: Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok

2.

3. 4.

5.

6.

7. 8.

9. 10. 11. 12.

13.

14.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/1997:

- Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok

15.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983 Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran

KOLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS TAHUN 2001 – 2002 1. 2. 3. 4. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001 - Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9/2001 - Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001 - Semua Guru Adalah Guru Disiplin SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2002 - Pelaksanaan Program Sekolah Selamat

SURAT- SURAT PEKELILING IKHTISAS MENGENAI DISIPLIN PELAJAR

1.

Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/1968. Ruj.KP.8543/(10) bertarikh 10 September 1968. - Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.8/1968. Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968. - Tatatertib di Sekolah-sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Malaysia Bil.6A/1975 Ruj.KP.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975. - Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia No.7/1975. Ruj.KP.8548/8(67) bertarikh 19 Ogos 1975. - Salah Guna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar.

2.

3.

4.

KOLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS TAHUN 2001 – 2002

8/2001 Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2.10/2001 Semua Guru Adalah Guru Disiplin SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9/2001 Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2002 Pelaksanaan Program Sekolah Selamat . 4.1. 3.

Oleh kerana itu maka pendapat atau pandangan seorang pakar atau doktor sangat dipentingkan sebelum seseorang itu boleh dikatakan bergantung pada dadah (drug dependent) dan butir-butir tepat (facts) adalah diperlukan sebelum mengesahkan seseorang itu telah menyalahgunakan dadah. Pendahuluan Seorang pengguna dadah akan mencuba seberapa boleh untuk menyembunyikan tabiatnya. Seseorang itu hendaklah bersedia mengenali tanda-tanda itu. Dadah-dadah selain dari jenis narkotik (narcoties) boleh menyebabkan ketagihan. I. Ini bermakna kita perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan yang seseorang itu disyaki menyalahgunakan dadah. Oleh itu adalah mustahak untuk mengenal tanda-tanda luar dan gejala-gejala salahguna dadah yang mungkin terdapat pada dirinya. Walau bagaimanapun. Sebagaimana yang telah diterangkan di atas adalah sukar bagi kita untuk mengetahui sama ada seseorang itu menggunakan atau menyalahgunakan dadah dengan hanya melihat kedaan diri dan peribadinya pada ketika itu sahaja tanpa mengetahui latar belakang atau tabiatnya sebelum peristiwa itu berlaku. Perubahan Kelakuan Berikut ialah contoh tanda-tanda perubahan kelakuan yang mungkin terdapat pada seseorang itu sekiranya ia menggunakan dadah atau bergantung pada dadah. akan tetapi kita perlu juga beri pertimbangan dahulu sebelum membuat keputusan kerana tanda-tanda ini mungkin disebabkan oleh kemiskinan perasaan tekanan yang biasa dialami di zaman remaja dan lain-lain. tetapi adalah mustahak menyedari iaitu masalah dadah itu adalah sangat kusut hinggakan kadangkala pakar-pakar juga mengalami kerumitan membuat diagnosa yang tepat. Adalah perlu diingati iaitu seseorang itu mungkin ada sebab-sebab sah yang ia mempunyai alat penyuntik (mungkin ia seorang pesakit kencing manis) atau mempunyai tablet dan kapsul (mungkin di bawah arahan doktor). 3. 2. Oleh itu adalah penting kita tidak membuat tindakan bersendirian kerana ini mungkin akan menyebabkan tuduhan yang salah terhadap seorang yang tidak bersalah. Ubat perangsang (stimulants) jika digunakan dengan dos yang banyak adalah juga mendatangkan ketagihan. Mempunyai mata yang berair dan hidung berair mungkin disebakan oleh demam selsema atau kerana alergi (allergy) dan tidak semestinya kerana dadah.Garis Panduan Untuk Mengenal/Mengecamkan Orang Yang Menggunakan Atau Menyalahgunakan Dadah. Ada orang yang mendapat ketagihan ubat pelena (sedatives) dan ubat pelali (tranquilizers). II. kita pasti dapat melihat perubahan kelakuan pada pengguna dadah itu. 4. Kita hendaklah dapatkan nasihat dan bantuan pakar ikhtisas seperti dari berbagai agensi yang terlibat dengan masalah-masalah dadah dan juga doktor-doktor. Kelakuan Seorang Pengguna Dadah Itu Berubah . Begitu juga kelakuan yang luar biasa atau aneh mungkin tiadak kaitan dengan penggunaan dadah.

fikiran bercelaru dan menjauhkan diri cemas. iv) Berusaha seboleh-bolehnya menutup lengan untuk menyorokkan tanda-tanda jarum. ii) Perubahan dari kebolehan-kebolehan biasa (tabiat kerja. (Tanda-tanda ini mungkin terdapat apabila seseorang itu telah betul-betul ketagih dadah. memandang gelap di masa hadapan/pesimistik dan muram III. menumpukan perhatian penuh dan boleh diharap penuh kemahuan.DARIPADA i) ii) iii) iv) v) vi) vii) siuman. kecekapan dan lainlain). pasif dan tidak bermaya curiga-mencurigai. kerap lupa. kaku dan gelisah tertekan. mengancam dan tarasing menyakiti hati. vi) Bercampur dengan pengguna-pengguna dadah yang diketahui. v) Selalu ke bilik tandas dan kelakuannya berubah tiap-tiap kali ia berbuat demikian. cergas dan bersemangat tidak berselindung. IV. terharu dan berasa bersalah ragu-ragu. pasif dan tidak bermaya tidak ambil tahu. baik hati dan percaya mempercayai riang gembira. vii) Mencuri barang-barang yang boleh dijual dengan mudah untuk mendapatkan wang (menampung tabiat dadah). Berikut ialah Tanda-tanda Yang Mungkin Terdapat Pada Orang Yang Menyalahgunakan Dadah-Dadah Tertentu . rajin bercakap dan suka menyatakan perasaan cergas. ii) Perwatakan tidak kemas termasuklah pakaian dan kebersihan diri yang tidak dipedulikan. sihat dan penuh bertenaga segak. yakin diri dan tabah hati suka menolong. Tanda-tanda ini mungkin tidak ada di peringkatperingkat awal). memandang cerah di masa hadapan/optimistic dan gerak geri menarik KEPADA pendiam. Tanda-tanda Biasa Secara Am Bagi Penyalahgunaan Dadah Yang Terdapat Pada Pengguna Inhalan: i) Perubahan-perubahan dari segi kehadiran di sekolah atau tempat kerja.

Mata hitam mengecil dan tidak bergerak. Tanpa makan atau tidur untuk waktu yang panjang. . Tekanan darah atau kadar denyuatan nadi yang meninggi. yuforia (euphoria) dan becok mulut. c) Narkotik (Candu Opium). Hilang selera makan. logam. Pengguna kerapkali menyimpan alat suntikan. Selalu makan gula-gula. Kodin (codeine) i) ii) iii) iv) v) vi) Tanda parut (‘tracks’) dilengan atau di belakang tangan disebabkan oleh suntikan dadah. Berjalan terhoyong-hayang. mata merah dan berair dan batuk yang menghilang apabila ia mendapat dadah(‘fix’). kapas. Tertidur ketika bekerja. Heroin. mungkin ia membesar ketika berlaku pengunduran dari dadah (withdrawal). Menggaru-garu tubuh badan dengan kerap. suka Bertengkar atau takut. jarum. Mata hitam membesar. Morfin (morphine).Barbiturates) i) ii) iii) iv) v) vi) vii) b) Seperti orang mabuk minuman keras/arak. Mungkin hidung berair. tutup botol. kuih-kuih dan minuman-minuman yang manis. Kelihatan tidak boleh menyesuaikan diri dengan keadaan. Dadah Perangsang (Stimulantst – Amphetamines Cocaine) i) ii) iii) iv) v) Seseorang itu mungkin nampak terlalu cergas. Pertuturan yang tidak terang. Mata hitam yang membesar. Sudu. tetapi nafasnya tanpa bau arak. tidak tetap atau ada kelihatan rupa mabuk tetapi tanpa bau atau menggunakan arak. mudah marah. Susah untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu. alat memberi ubat dan beg plastik didalam laci atau almarinya. Menunjukkan keadaan terlalu riang.a) Dadah Penenang (Despresents: .

pendengaran. ii) iii) e) i) Dadah-Dadah Jenis Halisinojen Yang Lain (LSD. Wajahnya berubah. sejuk. Pengguna itu akan duduk atau bersandar di satu tempat dengan senyap dalam keadaan khayal ataupun nampak ketakutan atau terperanjat. (Ada di antara tanda ini hanya diketahui oleh seorang doktor). Dibeberapa kes mata hitamnya membesar. Mata hitamnya mungkin membesar dan matanya berwarna merah saga. pengguna dadahmungkin berasa mual dan muntah-muntah. Biasanya pengguna LSD memerlukan seorang sahabat untuk mengawal dan mengawasi dirinya ketika ia menggunakan LSD untuk mengelakkan apa-apa kemalangan. bau dan masa. pernafasan tak seimbang. selalu menguap dan ototototnya bergerak-gerak adalah antara tanda-tanda yang biasa teradapat pada dirinya. rasa.vii) viii) Pengguna dadah menunjukkan gerak geri malas/letih. Mungkin mengalami rasa mual. Mungkin ada terdapat perubahan-perubahan dari segi deria penglihatan. berpeluh dan tanganya mengeletar. pengguna dadah itu mungkin nampak cergas dengan percakapan dan gelak ketawa yang cepat dan kuat. dan walaupun demikian. Pengguna ganja adalah susah untuk dikesan atau dikenali sekiranya ia tidak sebenarnya di bawah pengaruh dadah iti. Seseorang yang dipengaruhi oleh LSD akan membahayakan nyawanya sendiri dengan kelakuan yang tak siuman seperti menganggap ia mempunyai kuasa boleh terbang dan lain-lain. Meskipun (mescaline) dan lain-lain) Kelakuan dan perasaan hatinya berubah-ubah. Ketika pengunduran berlaku. Pengamatannya tidak betul dan ia mengalami halusinasi hallucination). Dadah itu mungkin mengubah pengamatannya dari segi masa dan ruang dan menyebabkan berbahaya sekiranya ia memandu atau menjalankan apa-apa jentera. Tekanan darah. wajahnya berubah. Di peringkat kemudiannya ia mungkin nampak mengantuk. mengantuk dan mungkin tersenggut-senggut (iaitu tidur dan jaga saling berganti). ia mungkin dapat bekerja dengan baik. Ganja(Marijuana – sejenis halucinojen (hallucinogen) d) i) Di perigkat-peringkat awal penggunaan ganja. kadar denyutan jantung dan kandungan gula dalam darahnya adalah meningkat. ii) iii) iv) v) f) Menghidu Gum (Gula Sniffing) .

Walau bagaimanapun masalah penyalahgunaan dadah ini adalah masalah manusia di dalam satu masyarakat yang kusut dan yang sentiasa mengalami perubahan. ii) Keluaran air dan hingus dari hidung dengan berlebihan dan matanya adalah berair juga.Perbuatan ini jarang berlaku. i) Bau barang yang dihidu iti adalah terdapat pada baju/pakaian dan nafasnya. vii) Nafas yang berbau busuk. v) Adanya beg-beg jenis kertas atau plastik kain perca mengandungi gum palastik yang kering. Surat Pekeliling Ikhtisas 2/1979 Laporan Murid-murid Dalam Keadaan Risiko . Garis panduan am yang diberi ini hendaklah dijadikan asas untuk tindakan rujukan dan untuk pengesahan oleh seorang doktor sama ada seorang individu yang disyaki itu belum/telah menggunakan dadah. Penutup Tanda-tanda untuk mengenali pengguna dadah yang diberi ini bukanlah yang muktamat dan mungkin berbeza antara seorang pengguna dengan yang lain mengikut keadaan-keadaan yang mempengaruhi individu itu. v. iii) Kawalan ototnya adalah tidak baik (terhoyong-hayang) dalam masa lima minit sesudah terdedah kepada barang itu.t (ABDULLAH BAKRI) Ketua Unit Kesihatan Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran. Guru Besar dan Ibu Bapa. iv) Rasa mengantuk atau rasa rasa tidak sedar diri. vi) Pertuturannya yang tidak terang. akan tetapi penerangan tentang tandatanda untuk mengenal pengguna dadah ini adalah penting dimasukkan di sini supaya garis panduan ini menjadi komprehensif. Sinderoma (Syndrome) tanda-tanda yang disenaraikan ini bukan sahaja berbeza antara individu bahkan mungkin akan menjadi bertambah kusut pada kes-kes di mana berbagai jenis dadah terlibat (Polydrugs Abuse) dan garis panduan ini adalah bermaksud digunakan sebagai rujukan oleh guru-guru. maka garis panduan ini adalah penting untuk pengetahuan semua ahli masyarakat yang bertanggungjawab. t.

Murid-murid yang kerap kali ponteng dan yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Bagi maksud surat Pekeliling Ikhtisas ini. oleh yang demikian apabila mengisi ruangan ini adalah dikehendaki mencatitkan dengan selengkap-lengkapnya. Berkenaan dengan borang yang dilampirkan.III(34) bertarikh 27 hb. (c) (d) (e) (f) Guru Panduan adalah diingatkan bahawa adalah menjadi kebiasaan murid-murid yang berada di dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah ini selalunya mempunyai lebih daripada satu tanda-tanda pengesahan. Oleh kerana didapati maklumkan tersebut adalah terhadap. Doktor-doktor Kerajaan/Pakar Ilmu Jiwa. 4. 2. Laporan itu hendaklan dihantar satu salinan kepada Unit Panduan & Kerjaya Kementerian Pelajaran dan satu salinan kepada Pengelola Panduan Negeri pada tiaptiap penggal untuk tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Pegawai Panduan Negeri dan lain-lain). (a) (b) Murid-murid yang mengakui sendiri bahawa ia adalah bergantung kepada dadah. Murid-murid yang menerima rawatan/pemulihan daripada pihak-pihak yang lain daripada agensi-agensi yang ditugaskan oleh Kerajaan (Misalnya – Doktor Swasta. Lain-lain pengesahkan yang berkaitan dengan garis-garis tersebut di atas. Sinseh dan lain-lain). iaitu hanya kes-kes yang disahkan oleh doktor-doktor kerajaan sahaja yang dilaporkan dan memandangkan keperluan untuk mengkaji kes-kes murid-murid yang dianggap berada di dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah. dukun/bomoh. 3. 6. Murid-murid yang bercampur dengan kumpulan luar yang terlibat di dalam kegiatan penyalahgunaan/pengedaran dadah dan ianya disyaki terlibat sama. maka adalah didapati perlu bagi sekolah-sekolah membuat laporan tambahan di dalam borang yang dilampirkan bersama ini. ruangan rujukan ialah untuk mencatitkan tindakan ikhtisas yang telah dijalankan oleh pihak sekolah mengenai keskes tertentu (misalnya: kepada pegawai Kebajikan Masyarakat. Jun 1978 mengenai Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah di kalangan murid-murid di sekolah. Kerjasama tuan adalah diminta untuk mengarahkan sekolah-sekolah di negeri tuan supaya meneruskan penghantaran laporan penggal keskes penyalahgunaan dadah mengikut peraturan dan jadual seperti yang telah ditetapkan. . walaupun belum disahkan oleh Doktor Kerajaan. 5. Murid-murid yang ditangkap oleh pihak penguatkuasa atau pihak sekolah kerana menpunyai dadah. murid-murid seperti yang yang di bawah ini adalah dianggap sebagai berada di dalam keadaan risiko.Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan Saya adalah merujuk kepada surat Pekeliling Kementerian ini KP(BS) 8786-51 Jld. Tuan adalah diminta mengarahkan sekolah-sekolah menengah menengah di negeri tuan supaya menyediakan laporan tersebut sebanyak tiga kali setahun mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan di atas borang yang dilampirkan bersama.

p. tt (SYED ABU BAKAR BARAKBAH) Bahagian Sekolah-Sekolah. Ketua Setiausaha.Sekian untuk makluman tuan. b. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah. . Kementerian Pelajaran.

. ............SULIT MURID-MURID DALAM KEADAAN RISIKO PENYALAHGUNAAN DADAH YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN LAPORAN PENGGAL I (I/I-30/4/19................... Mei 10hb...............................) NAMA & ALAMAT SEKOLAH : ....... September 14hb.) II (1/5-31/8/19.... Jantina Bil............. 14hb......................... Januari ......................................................................................... (Tandatangan Guru Besar) ........................ Nama Murid Tingkatan Umur L P Keturunan M C I Keadaan Risiko Tindakan Yang Telah Diambil Rujukan Yang Telah Dibuat Tindakan Selanjutnya Yang Diperlukan NOTA Lapuran Penggal I hendaklah dihantar sebelum Lapuran Penggal II hendaklah dihantar sebelum Lapuran Penggal III hendaklah dihantar sebelum @ Potong mana-mana yang tidak dikehendaki /II/zi...) III (1/9-31/12/19..

10 Tahun 1994 bertarikh 25 hb. BIL. Kami : PPAD(S)133/883/1 Tarikh SURAT PEKELILING AM. Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap Kementerian. Ketua-ketua Pengarah Jabatan Persekutuan. Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan penagihan dadah ini khususnya dalam perkhidmatan Kerajaan sendiri. 2. Ketua-ketua Badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Pampasan. PROGRAM-PROGRAM MENCEGAH DAN MEMBASMI KEGIATAN PENAGIHAN DADAH DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN PENDAHULUAN 1. : 29 Januari 1985 . Adalah menjadi matlamat Kerajaan bahawa semua Kementerian. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri. Telefon : 201957 Kawat : PERDANA Ruj. Jabatan dan Badan Kerajaan untuk mengujudkan suasana yang bebas dari penagihan dadah dalam agensi masing-masing. Program Pembasmian: yang bertujuan untuk membasmi kegiatan-kegiatan penagihan dadah jika berlaku di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan.SALINAN JABATAN PERDANA MENTERI KUALA LUMPUR. Oktober 1984. 1 TAHUN 1985 Ketua-ketua Setiausaha Kementerian. Untuk mencapai matlamat ini tiap-tiap Kementerian. Jabatan dan Badan Berkanun hendaklah melaksanakan program-program anti dadah masing-masing yang meliputi perkara-perkara berikut: (I) (II) Program Pencegahan: yang bertujuan menanam sikap membenci dadah di kalangan pegawai dan kakitangan Kerajaan. Ketua-ketua Jabatan dikehendaki mengambil tindakan ke atas pengawal dan kakitangan Kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. Jabatan dan Badan Berkanun hendaklah bebas dari kegiatan penagihan dadah di kalangan pegawai dan kakitangan mereka.

1 Menyeru supaya mereka tampil ke hadapan secara sukarela dalam tempoh yang ditentukan oleh jawatankuasa.2.Jabatan dan Badan Berkanun bolehlah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha atau Timbalan Ketau Pengarah atau Timbalan Pengurus Besar atau jawatan-jawatan setaraf. Negeri dan Daerah. Program ini bolehlah meliputi aktiviti-aktiviti berikut: 6. Satu jawatankuasa Anti Dadah hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap Kementerian.1 Mengadakan satu sistem untuk mengenalpasti kakitangankakitangan yang terlibat dengan penagihan dadah: 6. Jawatankuasa Kecil hendaklah juga ditubuhkan di setiap Cawangan atau Bahagian yang terletak berasingan termasuklah di peringkat Persekutuan. Setelah tamat tempoh ini cara-cara berikut bolehlah digunakan. 5.1.2. Salah seorang daripada jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan atau Badan Agama dalam agensi. 4. Kementerian Dalam Negeri.JAWATANKUASA ANTI DADAH 3. Jawatankuasa ini hendaklah merupakan badan tetap dalam tiap-tiap pejabat. 6. jika jawatan ini wujud.2 Menganjurkan supaya diadakan ujian air kencing secara mengejut ke atas mereka yang disyaki sahaja dengan kerjasama Pegawai Pemulihan Dadah. pameranpameran dan tayangan filem mengenai bahaya penagihan dadah. atau seorang pegawai lain yang dipilih. poster-poster. Merangka dan melaksanakan program untuk membasmi kegiatan penagihan dadah yang berlaku di kalangan kakitangan. 6. Pegawai Kebajikan. Jawatankuasa ini di peringkat Kementerian.2 . Kerani Besar.2. Bidang tugas Jawatankuasa Anti dadah tersebut dicadangkan sepertiberikut: 6.1 Merangka dan melaksanakan program mencegah dadah melalui ceramah-ceramah. risalah-risalah kecil. Program ini bolahlah diselengarakan dengan kerjasama Kementerian Penerangan di peringkat Persekutuan dan Jabatan-jabatan Penerangan di peringkat negeri dan daerah. Jabatan dan Badan Kerajaan bagi merangka dan melaksanakanprogram-program ini. seboleh-bolehnya Ketua Bahagian Pentadbiran atau pegawai yang bertanggungjawab mengenai kekitangana di pejabat berkenaan.1. Keanggotaannya jawatankuasa-jawatankuasa ini hendaklah terdiri daripada pegawai dan kakitangan berikut: (a) (b) (c) (d) 6.

Walau bagaimanapun Ketua-ketua Jabatan dan Jawatankuasa ini hendaklah menggalakkan setiap kakitangan melaporkan sesiapa sahaja yang diketahui terlibat atau disyaki terlibat dengan penagihan dadah.3.1.1.6. 6.3 Menjalankan pengawasan ke atas kakitangankakitangan dengan cara mengenalpasti tanda-tanda penagihan.4 Mengarah supaya Bahagian Pentadbiran atau pegawaipegawai yang bertanggungjawab mengenai kakitangan yang terlibat kepada Ketua Jabatan atau pihak-pihak berkuasa berkenaan untuk apa-apa tindakan yang sewajarnya dari segi perkhidmatan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. .1. 6. Kursus-kursus pendek untuk pegawai dan kakitangan Kerajaan yang berminat memberi khidmat rundingcara (counselling) mungkin dapat diadakan dengan kerjasama Kementerian Kebajikan Masyarakat.2.2 dan 6.5 Merangka dan melaksanakan satu program bimbingan di kalangan pegawai dan kakitangan untuk memberi khidmat rundingcara (counselling) kepada kakitangan yang telah tamat tempoh pemulihan di Pusat Pemulihan atau yang sedang menjalani pemulihan di bawah pengawasan Pegawai Pemulihan Dadah.3 tetapi tidak tampil ke hadapan secara sukarela perlu dilaporkan kepada mana-mana Pegawai Pemulihan Dadah atau mana-mana Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah dari Sarjan atau mana-mana pegawai Penjaga Balai Polis (Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983 Seksyen 3(1)). 6.2. Kementerian Dalam Negeri.2.1.2. 6.3 Mereka yang dikenalpasti atau disyaki menagih dadah seperti di para 6.2. 10 Tahun 1984. Tanda-tanda penagihan dadah adalah seperti di Lampiran ‘A’. (Prosedur bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah yang menjalaninya dengan sukarela diperuntukkan dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Seksyen 8(1)).2. 6.2 Mereka yang menagih dadah yang tampil ke hadapan secara sukarela perlu dirujukkan kepada mana-mana Pegawai Pemulihan Dadah.2.2.1 Cara mengesan penagihan dadah melalui pengawasan bolehlah diasaskan kepada sistem hirarki yang bermula dari peringkat kakitangan atasan hingga ke peringkat bawah. Kementerian Dalam Negeri seperti di Lampiran’B’ untuk menjalani ujian-ujian.

Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914/4 bertarikh 5hb.MAKLUMBALAS DARI AGENSI-AGENSI 7. Mei. Ketua-ketua Jabatan hendaklan melaporkan dalam masa tiga bulan dari tarikh surat ini tentang penubuhan Jawatankuasa Anti Dadah di dalam pejabat masing-masing. BLOK K-1. 1977.t. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Am ini. Laporan-laporan dari pejabat di peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Keselamatan Negeri masing-masing/Setiausaha Keselamatan Wilayah Persekutuan. No. : 942533 PEMAKAIAN SURAT PEKELILING AM INI 8. JALAN DUTA. Tel. (TAN SRI DATO’ SALLEHHUDDIN BIN MOHAMED) Ketua Setiausaha Negara. Surat Pekekliling Am ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya dikeluarkan. Jabatan-jabatan dan Badan-badan Kerajaan di peringkat Persekutuan hendaklah dihantar kepada : PENGARAH. maka: (I) (II) Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914 bertarikh 25hb. Laporan-laporan bagi Kementerian-kementerian. Julai. Ini hendaklah disusuli dengan laporan bulanan mengenai aktivitiaktiviti Jawatankuasa Anti Dadah termasuk butir-butir kes-kes penagihan dadah dengan menggunakan format seperti yang dikembarkan. JABATAN PERDANA MENTERI. . PASUKAN PETUGAS ANTI DADAH.1978 adalah dibatalkan. MAJLIS KESELAMATAN NEGARA. t. KUALA LUMPUR.

Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan serta dimiliki. ix) x) xi) xii) Berdamping dengan mereka yang diketahui menagih. kurang berat badan. Bilik kecil. selalu mengucap dan tidak bermaya. Mengelakkan diri dari tanggungjawab. Suka meminjam wang dari kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari tempat kerja atau kawan-kawan. mutu kerja. disiplin. Mengasing diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang. hasil kerja. hujung jari bertukar warna akibat kesan menghisap dadah. Selalu mengunjungi tempat-tempat aneh tanpa sebab seperti bilik-bilik stor. Meradang tidak tentu sebab. Hilang selera makan. tingkat bawah bangunan (untuk mengambil dadah).LAMPIRAN ‘A’ PANDUAN UNTUK MENGENALI SESEORANG PENAGIH DADAH i) ii) iii) iv) v) vi) vii) Perubahan atau kemerosotan kehadiran di pejabat. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri. mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup. . viii) Parut atau bekas suntikan di lengan. Perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya.

satu gejala salahlaku baru yang terdapat di kalangan pelajaran sekolah ialah menyalahgunakan “Inhalan”. Untuk tujuan mengendalikan kes penyalahgunaan Inhalan ini. Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan.1 SEBARANG MAKLUMAT MENGENAI INHALAN SEPERTI BUKUBUKU KECIL. Datuk/Tuan/Puan maklum. VIDEO. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3 JIKA TERDAPAT KES-KES MENYALAHGUNAKAN INHALAN DI KALANGAN PELAJAR. POSTER. 2. IA HENDAKLAH DIKENDALIKAN MELALUI . Bagi tujuan membantu pihak sekolah memahami perkara ini. FILEM DAN SEBAGAINYA. oleh itu langkah-langkah pencegahan/penyekatan dan pembasmian perlu dijalankan. Kementerian Pelajaran amat memandang berat hal ini kerana perbuatan ini membahayakan diri pelajar berkenaan.B.2 3. Bangunan Bank Pertanian. Kementerian Pelajaran telah menerima kes-kes ini semenjak tahun 1983 dan didapati bilangan pelajar yang terlibat telah semakin bertambah. Pasukan Petugas Anti Dadah. PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN INHALAN YANG TERDAPAT DI SEKOLAH HENDAKLAH DIKAWAL DENGAN RAPI DAN DITENTUKAN TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH PELAJAR. Datuk/Tuan/Puan.B. Leboh Pasar Besar. Y. Tingkat 12-14. 8/1986 Penyalahgunaan Dadah Seperti Y. Majlis Keselamatan Negara. RISALAH. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Kesihatan dan Bahagian Sekolah-Sekolah.Bahagian Sekolah-Sekolah. HENDAKLAH DITENTUKAN TIDAK SAMPAI KE TANGAN PELAJAR. keputusan mesyuarat Jawatankuasa Anti Dadah Negara adalah menjadi dasar yang mesti dipatuhi: 3. 3. 3. Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan Buku Kecil “PENYALAHGUNAAN INHALAN – Panduan Untuk Para Guru” yang telahpun dihantar oleh Pasukan Petugas Anti-Dadah ke Jabatan tuan untuk diagihkan ke sekolah. Telefon : 2922066 KP (BS) 8584/8/1/(29) 29 Disember 1986 Semua Pengarah Pelajaran Negeri Malaysia.

Kementerian Pelajaran.2 Ibu bapa/penjaga pelajar mestilah diberitahu SEGERA dan diberi maklumat yang tepat dan nasihat mengenainya. Datuk/Tuan/Puan maklumkan Surat Pekeliling ini kepada semua Pengetua dan mengarahkan untuk : 5.1 Melaporkan kes-kes penyalahgunaan Inhalan ini dengan SEGERA ke Jabatan Pelajaran Negeri untuk dipanjangkan ke Kementerian Pelajaran (lihat borang terlampir). Jawatankuasa Kebajikan Pelajar Sekolah/Daerah. 4. b.1 4.p. . PEMADAM dan lain-lain yang berkenaan. Didahului dengan ucapan terima kasih.4 5. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yangmenurut perintah.3 Sekian dimaklumkan.PROSES MENOLONG DENGAN PENUH HATI-HATI TANPA DIHEBOH-HEBOHKAN. kelompok dinamis/penjelasan nilai-nilai dan lain-nilai yang bersesuaian untuk mengubah tabiat ini. nasihat/kaunseling individu/kelompok. PIBG. Ibu bapa dan guru-guru hendaklah bekerjasama mengadakan pengawasan yang rapi. s. Rawatan dan Pemulihan. Maklumat/pertanyaan (jika ada) sila kemukakan ke Bahagian Sekolah-sekolah. Polis. Membincangkan buku kecil berkenaan dengan semua guru.3 4. Pelajar yang terlibat hendaklah diberi maklumat tepat. Membawa perkara ini ke pengetahuan Jawatankuasa PIBG Sekolah dan membincangkan buku kecil ini dalam mesyuarat PIBG.p. Sila Y. 5. Unit Bimbingan dan Kaunseling). 4. Perubatan. Langkah-langkah berikut selain dari yang terdapat dalam buku kecil tersebut hendaklah diikuti: 4. tt (HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD NOOR) Bahagian Sekolah-sekolah. Kementerian Pelajaran (u. DI MANA KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN PELAJAR TERSEBUT HENDAKLAH DIUTAMAKAN.B. Sekolah boleh mendapatkan kerjasama erat dari pegawai-pegawai Kebajikan Sekolah. Ketua Setiausaha.2 5.k.

7. 4. Menteri Pelajaran Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II Timbalan Ketua Setiausaha II. Kementerian Pelajaran Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan Pegawai Khas kepada Y. Setiausaha Sulit kepada Y.B. 9.B. . 10. 2. 5. 6. Kementerian Pelajaran Ketua-ketua Bahagian. 3. Kementerian Pelajaran BAHAGIAN SEKOLAH. 8. Menteri Pelajaran Ketua Unit Hal Ehwal Awam.1.

BLOK J (SELATAN). mereka akan dianugerahkan Lencana Anti Dadah. Penyertaan murid-murid dalam aktiviti anti dadah akan diberi markah tertentu seperti yang disyaratkan dalam Buku Log SLAD. Untuk makluman. Kementerian Pendidikan. Guru penasihat/guru pemimpin persatuan berkenaan akan menyimpan buku log tersebut.3/1988 : Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) Sebagaimana Y. PUSAT BANDAR DAMANSARA. Pergerakan Puteri Islam.III/(3) 3 Februari 1988 Semua Pengarah Pendidikan Negeri. Buku Log yang akan dibekalkan kepada kepada peserta hendaklah disimpan oleh guru penasihat/guru pemimpin persatuan. Y. 2. PARAS 5. bagi sekolah-sekolah yang belum menjalankan program ini. Pandu Puteri.B. Pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan Buku Log dan Lencana untuk diedarkan ke sekolah-sekolah. Program ini akan diteruskan dan diperluaskan sehingga meliputi semua sekolah di seluruh negara. Sehingga ini 104 buah sekolah telah menyertai program ini.B. guru-guru penasihat/pemimpin persatuan akan diberi latihan secukupnya. Untuk tujuan tersebut.KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah menjadi sasaran program ini. Murid-murid sekolah yang menjadi anggota pasukan seragam seperti Pengakap. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. . Buku ini hanya akan diserahkan kepada murid-murid apabila mereka hendak mencatatkan aktiviti yang telah mereka sertai. Mereka dikehendaki mengikuti aktiviti-aktiviti anti dadah seperti ceramah. menulis esei anti dadah dan mengumpul keratan akhbar/rekodkan oleh murid-murid sendiri dalam sebuah Buku Log yang akan diberi secara percuma oleh Kementerian Pendidikan. Datuk/Tuan/Puan sedia maklum Kerajaan memandang serius terhadap ancaman dadah ke atas golongan belia di negara ini. 3. Seramai 336 orang guru penasihat/guru pemimpin persatuan Pasukan Seragam telah diberi latihan untuk persatuan menjalankan program ini di sekolah masing-masing. 50604 KUALA LUMPUR. sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang yang boleh digunakan bagi menanam perasaan benci. Datuk/Tuan/Puan. peraduan melukis poster. Kementerian Pendidikan telah melancarkan program Skim Lencana Anti dadah ini merupakan satu daripada program pendidikan pencegahan dadah yang telah diperakukan dalam Rancangan Keselamatan Negara. St. Telefon : 2556900 Kawat : ‘PENDIDIKAN’ KP(BS)8591/Jld. Jabatan Perdana Menteri. Lencana ini memberi pengertian bahawa murid itu telah bergiat dengan aktif dan berkesan dalam aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah. jijik dan jelek dalam jiwa generasi muda terhadap dadah.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Setiausaha Sulit kepada Y.B.B. Dengan ini jasa baik Y.B. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ tt (HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD NOOR) Bahagian Sekolah b. 1. penganugerahan Lencana di jangka akan dibuat seawal-awalnya pada akhir Mac 1988.B.k. s. Sekolah-sekolah yang telah menghantar guru penasihat/guru pemimpin persatuan menyertai latihan untuk program ini dalam tahun 1986 tetapi masih belum melaksanakan digesa menggerakkan program ini secara secepat mungkin. Bagi sekolah-sekolah yang menyertai program ini sejak tahun 1986. Setiausaha Sulit Kepada Y.p Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan. Setiausaha Sulit Kepada Y. 4. 5. Datuk/Tuan/Puan adalah diminta untuk memaklumkan isi kandungan Pekeliling ini kepada semua Pengetua sekolah di negeri Y.Datuk/Tuan/Puan. Sehubungan dengan itu. 3.B. 2. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Dr. Bagi sekolah-sekolah yang memulakan program ini dalam tahun 1988 guru penasihat/guru pemimpin persatuan hendaklah merancang aktiviti Skim Lencana ini dari awal penggal persekolah lagi. .4. Encik Woon See Chin. Dalam hal ini guru penasihat/pemimpin persatuan hendaklah menentukan segala pengurusan dan pelaksanaan aktiviti dijalankan dengan rapi dan sempurna. Leo Michael Toyad. Ketua Setiausaha. sekolah-sekolah yang sedang dan akan dilaksanakan program ini adalah diarah untuk memperkemas dan mempertingkatkan aktiviti-aktiviti seperti yang dirancang dalam Kurikulum Skim Lencana Anti Dadah. Menteri Pendidikan Malaysia. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK J, PARAS 7, PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50604 KUALA LUMPUR.

Tel : 03-2556900 Fax : 03-2543107 Kawat : “PELAJARAN”

Ruj. Tuan : Ruj.Kami : KP(BS)8591/Jld.VII/(13) Tarikh : 27 Julai 1992 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Malaysia. Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.7/1992: Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan (Syringer) Di Sekolah-sekolah Dimaklumkan bahawa satu ketetapan telah dibuat oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Julai 1992 MENGHARAMKAN pensil berbentuk alat suntikan (syringe) daripada diimport, diedar, dijual, dibeli atau dimiliki oleh orang ramai. 2. Sila maklumkan pengharaman ini kepada semua sekolah di negeri tuan untuk mempastikan pensil dalam bentuk sebagaimana dinyatakan di atas tidak digunakan atau dimiliki oleh pelajar sekolah. Sekian. “BERKHIDMATA UNTUK NEGARA”

tt DATO’ ASIAH BTE ABU SAMAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

BAHAGIAN SEKOLAH, JABATAN SEKOLAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PARAS 5, BLOK J (SELATAN), PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50604 KUALA LUMPUR.

Tel : 03-2586900 Fax: 03-256389

KP(BS)8548/23/C/(5) 27 April 1995 Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri. Y.Bhg. Datuk/Tuan, PELAKSANAAN PROGRAM CUMA LIMA MINIT ANTI DADAH DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk. Surat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia KP(BS)8786/51/Jld.1/(2) bertarikh 23 Mac 1991 adalah berkaitan. 2. Sehubungan dengan itu sukacita sekiranya Y. Bhg. Datuk/Tuan dapat mengarahkan semua sekolah rendah dan menengah melaksanakan program ini sebanyak dua kali setahun sempena dengan Hari anti dadah Kebangsaan iaitu pada 19 Februari dan Hari Anti Dadah Antarabangsa iaitu pada 26 Jun tiap-tiap tahun. Melalui program ini diharap mesej Anti dadah dapat disampaikan kepada semua pelajar khasnya dan guru-guru amnya dengan cepat dan secara menyeluruh. 3. Dengan ini matlamat Pendidikan Pencegahan ddah iaitu Sekolah Bebas Dadah dari dadah berteraskan konsep Modus Operandi Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah tersebut. 4. Kerjasama dan budi bicara amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt (ABDUL RAHIM BIN BUSU MAT NOR) Timbalan Pengarah I Bahagian Sekolah b.p. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

LIMA.DOC/(BA)...lis

BAHAGIAN SEKOLAH, JABATAN SEKOLAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PARAS 5, BLOK J (SELATAN), PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50604 KUALA LUMPUR.

Tel : 03-2586900 Fax: 03-256389

KP(BS/HEP)8543/064(36) 24 Julai 1998

SULIT Semua Pengarah Jabatam Pendidikan Negeri Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan, UJIAN URIN PELAJAR SEKOLAH Dengan hormatnya saya menarik perhatian Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan mengenai perkara di atas. 2. Pihak Kementerian Pendidikan dan Agensi Dadah Kebangsaan sedang menjalankan ujian urin pelajar sekolah melalui kaedah Ujian Pantas Urin (kertas jalur) dan kaedah makmal. Keadaan ujian pantas urin merupakan ujian saringan manakala ujian urin kaedah makmal oleh pihak Hospital merupakan ujian Pengesahan. 3. Bahagian Sekolah juga telah menerima laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri oleh pihak Agensi Dadah Kebangsaan bahawa terdapat pelajar yang terlibat mengambil dadah yang dikesan melaui kedua-dua kaedah ini. (Laporan dilampirkan). 4. Mesyuarat Jawatankuasa Pencegahan Dadah Di Sekolah yang dipengerusikan oleh YB. Dato Ong Ka Ting pada 18 Jun 1988 telah memutuskan supaya 537 orang pelajar yang dikesan terlibat mengambil dadah melalui kaedah ujian pantas urin (saringan) dijadikan kajian kes dan terikat dengan Tatacara Ujian Pantas Urin Di Sekolah oleh Pengetua /Guru Besar, (sila rujuk tatacara yang dilampirkan). Kajian Kes ini perlu dikendalikan bersama dengan ADK Negeri. Manakala bagi 54 orang pelajar yang dikesan melalui ujian pengesahan masih terikat dengan Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-Kes Penggunaan Dadah Di Kalangan Murid Di Sekolah. (Salinan Tatacara dilampirkan).

Sekian. Sila kemukakan ke Bahagian ini laporan terkini (sehingga 31 Jun 1998) pelajar yang terlibat mengambil dadah (saringan dan pengesahan) dan program susulan yang sedang dan akan dilaksanakan. Guru Penolong Kanan HEM).k. Guru Disiplin dan kaunselor sekolah. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah. Datuk/Dato’/DatinTuan dalam memerangi masalah dadah di sekolah amat dihargai.5. ARE/ANLURIN DOC (HEP 121) . Agensi Dadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri. 6.Bhg. Terima kasih. Keprihatinan Y. 1. Sukacita juga ditekankan supaya segala maklumat berkaitan pelajar yang dikenalpasti terlibat dengan dadah dan program susulan dikendalikan secara SULIT dan hanya perlu diketahui oleh Pengetua. s. tt (HAJI SABRI BIN SALLEH) Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

SULIT TATACARA UJIAN PANTAS URIN DI SEKOLAH OLEH PENGETUA/GURU BESAR DISEDIAKAN OLEH : AGENSI DADAH KEBANGSAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI DENGAN KERJASAMA : BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA .

4 . tetapi adalah untuk tujuan mengenalpasti secara pantas pelajar yang tersebut dengan dadah agar tindakan susulan (pencegahan awal) dapat dilakukan dengan segera. RASIONAL 2.2 2. seterusnya tindakan serta merta terhadap pelajar yang terlibat dapat diambil. 2. Pencegahan awalan amat penting dalam menghadapi masalah ini kerana telah terbukti bahawa mereka yang terlibat dengan penagihan dadah amat sukar untuk menghilangkan ketagihannya.kaedah ‘ujian pantas urin’ ini adalah lebih praktikal.2 Ujian Pantas Urin di sekolah merupakan salah satu pendekatan dalam usaha Pendidikan Dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah.1 Pencegahan melalui kaedah Ujian Pantas Urin merupakan aspek penting dalam menangani masalah di sekolah. Ia merupakan strategi jangka panjang negara dalam membanteras dadah melalui sistem persekolahan. Ujian urin di kalangan pelajar dilakukan bukan untuk tujuan diambil tindakan undang-undang. 1.3 2. lebih murah dan mampu memenuhi permintaan sekolah untuk membuat pengesanan awal. Kaedah ini sebagai satu pencegahan awalan secara langsung dan praktikal yang dilaksanakan oleh Pengetua/Guru Besar terhadap pelajar yang mempunyai tanda-tanda awal pengambilan dadah. PENDAHULUAN 1. Kaedah pengesanan dengan menggunakan ‘kertas jalur’ ini hanya tujuan mengesan sahaja supaya para pelajar yang terlibat dengan pengunaan dadah dapat dibantu dan dipulihkan.1 1. Dengan jumlah pelajar yang ramai.TATACARA UJIAN PANTAS URIN DI SEKOLAH OLEH PENGETUA/GURU BESAR 1.3 2.

1.3 4. PRINSIP PELAKSANAAN 4. keluarga serta sekolah yang terlibat.3.5 Pengetua/Guru Besar perlu memaklumkan secara bijaksana kepada ibu bapa bagi pelajar yang diuji positif dengan tujuan untuk menentukan program pemulihan yang bersesuaian dapat dilaksakan. Kaunselor 4.1 Merealisasikan wawasan negara dan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia yang berteruskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Pihak Agensi Dadah Kebangsaan akan menguruskan latihan mengenai kaedah penggunaan ‘kertas jalur’ kepada Pengetua/Guru Besar. ujian pantas urin ini perlu dilakukan oleh Pengetua/Guru Besar dan salah seorang daripada guru berikut : Guru Penolong Kanan (HEM). Untuk tujuan kesahihan.1 Pelaksanaan pengesanan dadah melalui ujian urin pelajar menggunakan ‘kertas jalur’ ini hendaklah atas dasar untuk menolong/membantu pelajar yang terlibat. seterusnya membendung pelajar tersebut daripada terus terjerumus dengan najis dadah.1 Penyelarasan Program 5.2 4. TUJUAN 3. TATACARA KERJA 5.1 .1 ‘Kertas Jalur’ dan peralatan akan dibekalkan kepada Pengetua/Guru Besar di awal tahun sesi persekolahan tahun berkenaan. 5. Pelaksanaan pengesanan dadah melalui ujian urin pelajar menggunakan ‘kertas jalur’ ini juga hendaklah dilaksanakan secara bijaksana dengan mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pelajar. 3.2 4.1. Mengesan pelajar yang terlibat dengan dadah secara pantas agar tindakan susulan bagi pencegahan awal dapat dilaksanakan secara berkesan. Guru Disiplin. 4. Guru Disiplin dan Kaunselor sahaja. Segala maklumat berkaitan pelajar yang dikenalpasti terlibat dengan dadah hendaklah dikendalikan secara SULIT dan hanya perlu diketahui oleh Pengetua/Guru Besar.4 5. BUKAN untuk tujuan menghina atau melebelkan mereka secara negatif. Guru Penolong Kanan(HEM).

4 6. Celupkan ‘kertas jalur’ itu ke dalam bekas urin selama 10 saat.2 6.1.1.4 6. 5.3 Sediakan botol yang sesuai. maka ia adalah NEGATIF. TATACARA TEKNIKAL 6. yang ditetapkan. bersih dan kering.1 6. hendaklah terus dilakukan ujian dengan ‘kertas jalur’ ini bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat. Pastikan celupan itu tidak melebihi had/paras garisan bawah (iaitu garisan melintang di bawah anak panah) yang tercetak pada ‘kertas jalur tersebut. Apabila terdapat serapan urin naik ke atas. Jika DUA garisan terhasil (control dan test line).1 ‘Kertas Jalur’ Ujian Ganja 6.8 Contoh rajah ujian menggunakan ‘kertas jalur’ adalah seperti lampiran ‘B’.5. 6.5 6.2 5.1.1.1. ‘kertas jalur’ itu hendaklah diangkat dan dikeluarkan daripada bekas urin tersebut dan diletakkan di atas sebarang permukaan landai.5.1. Pastikan ‘kertas jalur’ yang akan digunakan itu belum luput tarikh ‘sahguna. maka ia adalah POSITIF. Setelah menjalani program pemulihan dan empat kali berturutturut ujian pantas urin yang menunjukkan positif. Pengetua/Guru Besar adalah bertanggungjawab memberitahu ibu bapa pelajar yang positif urinnya bagi setiap kali ujian pantas urin dilaksanakan untuk membincangkan langkahlangkah yang perlu diambil bagi membantu pelajar berkenaan. Jika SATU garisan terhasil (control line).1.1. Baca keputusan tepat 5 minit selepas langkah 6. 6.3 Setiap Pengetua/Guru Besar boleh mengarahkan pelajarpelajar menjalani ujian ini.1.1. Urin yang telah diambil.1.1. Pengetua/Guru Besar perlu membuat laporan kepada Agensi Dadah Kebangsaan supaya tindakan selanjutnya mengikut Akta 283 (Rawatan Dan Pemulihan) boleh diambil.6 6.7 .

DISEDIAKAN OLEH : AGENSI DADAH KEBANGSAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI. BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 13 APRIL 1998 ARE/Gutk Test/HEP .1 Ujian pantas urin di sekolah-sekolah dengan menggunakan ‘kertas jalur’ ini adalah penting sebagai alat untuk mengesan penglibatan pelajar di peringkat awal bagi memudahkan tindakan pencegahan dilaksanakan.7. DENGAN KERJASAMA . PENUTUP 7.

disiplin dan atau merosot pencapaian akademiknya. bilik kecil. 4. tingkah bawah bangunan dan sebagainya untuk tujuan mengambil dadah. 8. 9. tabiat dan tingkahlaku. Perubahan sikap dan kelakuan seperti meradang tidak tentu sebab. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri. kurang berat badan. Suka meminjam wang atau mencuri barang-barang yang mudah dijual. Parut atau bekas suntikan di lengan atau hujung jari berjelaga. sikap. Hilang selera makan. Kemerosotan kehadiran. 3. 7. mata merah dan berair atau kuyu. 2. Mengasingkan diri daripada rakan-rakan sekolah/sebaya atau kegiatan rekrasi/kokurikulum. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil seperti bilik-bilik setor. selalu menguap dan tidak bermaya. . 6. Mengelakkan diri daripada bertanggungjawab. Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah:1. 5.LAMPIRAN ‘A’ TANDA-TANDA PENAGIHAN DADAH Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti rupa.

2. Tel : 03-2586900 Fax : 03-256389 KP(BS/HEP)8543/0113/ (47) 27 Ogos 1998 Semua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Y. 50604 KUALA LUMPUR. Sila gunakan Borang ADIUB I yang sudah dimurnikan bagi laporan berikutnya laporan hanya perlu dihantar tiap-tiap empat bulan sekali sebagaimana berikut :i) Laporan Suku Tahun Pertama – Kes yang berlaku di antara 1 Januari hingga 30 April. ANALISIS PELAJAR/GURU/PEKERJA YANG TERLIBAT DENGAN DADAH/ INHALAN/UBAT BATUK (ADIUB I) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. PARAS 5. 3. Keprihatinan Y.Bhg. Bahagian Sekolah berharap supaya tindakan susulan bagi menyelamatkan pelajar yang didapati positif urin dapat diambil secara praktikal dan berkesan. Laporan Suku Tahun Ketiga – Kes yang berlaku di antara 1 September hingga 31 Disember.Bhg. Di samping mengucapkan syabas kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang mengambil langkah pencegahan melalui aktiviti pengesanan secara aktif ini. BLOK J (SELATAN). JABATAN SEKOLAH. Sekian. 4.BAHAGIAN SEKOLAH. Kementerian Pendidikan Mlaysia menerima laporan bahawa Jabatan Pelajran Negeri dengan kerjasama Agensi Dadah Kebangsaan Negeri-negeri sedang melaksanakan aktiviti pengesanan secara aktif ke sekolahsekolah.Dato’/Datuk/Datin/Tuan dalam usaha-usaha Pendidikan Pencegahan Dadah amat disanjungi tinggi. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. ii) Laporan Suku Tahun Kedua – Kes yang berlaku di antara 1 Mei hingga 31 Ogos. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya Yang Menurut Perintah.Dato’/Datuk/Datin/Tuan. Bahagian Sekolah. tt (HAJI SABRI BIN SALLEH) Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia iii) . terima kasih. PUSAT BANDAR DAMANSARA.

.

2001 KEDUDUKAN SEKOLAH:LUAR BANDAR/PINGGIR BANDAR/BANDAR 4 5 6 7 9 BANGSA TINGKATAN JENIS DADAH THP. INHALAN DAN UBAT BATUK BULAN ……………………. HINGGA ……….NAMA SEKOLAH :……………………… 2 3 JANTINA BIL NAMA L P 1 ANALISIS PELAJAR/GURU/PEKERJA YANG TERLIBAT DENGAN DADAH. Pelajar yang Terlibat = = RUMUSAN PENGLIBATAN DADAH = INHALAN = UBAT BATUK = 9 KOD TINDAKAN 1 PELAJAR DIKAUNSELING 2 IBU BAPA DIBERITAHU 3 PELAJAR DIGANTUNG SEKOLAH (10 HARI) 4 PELAJAR DIBUANG SEKOLAH 5 PROGRAM KHAS 6 DLL NYATAKAN . PNGGUNAAN M C I LL 1 2 3 4 5 6 G H M C P LL MC T E M TINDAKAN M = MELAYU C = CINA I = INDIA LL = LAIN-LAIN 6 G = GANJA H = HEROIN M = MORFIN C = CANDU P = PIL-PIL LL = LAIN-LAIN 7 MC = MENCUBA T = MENAGIH E = MENGEDAR MI = MEMILIKI Jumlah Pelajar Diuji Bil.

(ii) . mendapat maklumat mengenai pekerjaan daripada Papan Kenyataan Pekerjaan. Tuan. Kutub Khanah dan sebagainya. Semenanjung Malaysia. lawatan ke tempat pekerjaan/latihan/alam pekerjaan.IX/(I) Kementerian Pelajaran. Kuala Lumpur 01-34. Mengesan murid-murid yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dapat dirujukan kepada agensi-agensi yang berkenaan untuk mendapat rawatan dan pemulihan. 27. (d) Rancangan Mencegah Salahguna Dadah bertujuan untuk (i) Mengesan murid-murid yang mengalami masalah-masalah yang mungkin di dalam kumpulan risiko tinggi penyalahgunaan dadah dapat diberi pertolongan dan diselamatkan. (c) Panduan peribadi – murid-murid diberi pertolongan untuk mengatasi/menyelesaikan masalah-masalah peribadi.B5 KP(BS)8548/4/Jld. Rumah Persekutuan. Pengarah Pelajaran. tiap-tiap Guru Besar Sekolah Menengah adalah dikehendaki meneliti Rancangan Panduan Pelajaran dan Kerjaya meliputi kegiatan-kegiatan dengan tujuan-tujuan yang berikut:(a) Panduan Pelajaran – murid-murid diberi pertolongan untuk memiliki mata pelajaran pilihan supaya mereka memahami akan implikasi-implikasi pilihan itu terhadap pelajaran dan pekerjaan pada masa hadapan. perhubungan antara murid dengan guru. (b) Panduan Kerjaya – murid-murid diberi pertolongan dalam perkembangan kemajuan pekerjaan melalui kegiatan-kegiatan Kelab Panduan Kerjaya. 1979. mengambil ujian minat pekerjaan. Januari. Surat Pekeliling Iktisas Bil: i/1979 Senarai Tugas-Tugas Guru Panduan Di Sekolah Menengah Memandang bahawa kepentingan mengadakan satu perkhidmatan panduan pelajaran dan kerjaya yang berkesan di Sekolah Menengah. masalah-masalah dalam pelajaran dan lainlain melalui Rundingcara(Counseling Interview) antara murid dan guru panduan. Semua Negeri.

Guru-Guru Besar Sekolah Menengah adalah diarah menitikberatkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menjamin perlaksanaan perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya adalah dikelolakan dengan sempurna. Tuan adalah diminta memberitahu perkara ini kepada tiap-tiap Guru Besar/Guru Panduan Sekolah Menengah di Negeri tuan.(iii) Jika sekiranya murid yang telah menjalani pemulihan dapat diterima semula di Sekolah Kerajaan. Bersama-sama ini dilampirkan senarai “Tugas-tugas Guru Panduan Sekolah Menengah” yang ditetapkan kuatkuasa mulai dari Januari.t (SYED ABU BAKAR BARAKBAH KMN. diberi tindakan seliaan. Saya yang menurut perintah t. Kementerian Pelajaran.PSM) Pengarah Sekolah-Sekolah. 1979. Bahagian Sekolah-Sekolah. . Pengelola Daerah Panduan Pelajaran Negeri adalah dikehendaki mempastikan supaya Guru-Guru Panduan menjalankan tugas-tugasnya dengan sempurna. Malaysia.

Mengelola Bilik/Bilik Rundingcara dengan lengkap dan teratur. Kebajikan Masyarakat. memperbaiki kebiasaan dan sikap belajar. temuramah dengan murid-murid /ibubapa (misalnya: masalah peribadi pemilihan matapelajaran kerja. jika dikehendaki. Persatuan-persatuan Dermawan dan sebagainya. mencadangkan tempat-tempat pelajaran lanjutan tabiat belajar dan lain-lain kegiatan panduan pelajaran. mengumpulkan dan menggunakan “Butir-butir Tanpa Ujian” muridmurid. 2. 9. Menjalankan rancangan panduan yang berkesan dan bertujuan. 3. Menerusi panduan kumpulan dapat membantu murid-murid untuk mengatasi masalah peribadi. Kebudayaan. penyesuaian pergaulan dan lain-lain). Mengelola dan merancang panduan kumpulan pada peringkat sekolah : (a) Panduan kumpulan hendaklah digunakan untuk membawa kesedaran kepada semua murid. menjelaskan nilai-nilai. Mengelola rancangan orientasi membimbing murid-murid dalam memilih mata pelajaran. 4. Panduan kumpulan hendaklah digunakan untuk menolong muridmurid memilih mata-mata pelajaran kesukaan (electives) dengan lebih teliti lagi selaras dengan perkembangan minat. Menolong mengadakan perhubungan di antara dan badan-badan yang berkenaan seperti Jabatan-jabatan Kesihatan . kesihatan. Mencatit. kemahiran dan pencapaian mereka dalam mata-mata pelajaran dan lapanganlapangan kegiatan yang boleh menentukan kesan-kesan jangka panjang dalam pemilihan pekerjaan pada satu masa kelak. Membuat penentuan kes-kes untuk dirujuk kepada pihak-pihak tertentu. (b) (c) Panduan kumpulan dinamik harus digunakan dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah di sekolah-sekolah menengah. 5. Bertanggungjawab. Mengelola dan mengadakan rundingcara. 11. . Mengelola seminar-seminar ceramah-ceramah dan pameran kerjaya di peringkat sekolah dan mengambil bahagian dalam mengelolakan kursuskursus panduan dan sebagainya di peringkat Negeri dan Daerah. pembentukan konsep kendiri dan perkembangan secara positif supaya menjadi dewasa yang bertanggungjawab. Badan Persendirian. 6. 7. menjaga dan mengguna Rekod Himpunan dan butir-butir yang berkenaan. secara keseluruhan mengenai mengisi. jika perlu dan membuat susulan. Belia dan Sukan.SENARAI TUGAS-TUGAS GURU PANDUAN DI SEKOLAH MENENGAH 1. Buruh dan Tenaga Rakyat. 10.

12. 21. menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang latihan/pelajaran/pekerjaan. Mengesan sikap. 20. 16. bagi murid-murid sekolah amnya dan bagi muridmurid yang akan meninggalkan sekolah khasnya. Mengadakan program khas untuk mengesan murid yang dianggap dalam keadaan risiko menyalahgunakan dadah dan mengambil tindakan sewajarnya. Menjalankan penyelidikan/Kajian di atas tindakan yang telah dibuat misalnya: kajian tindak ikut mengenai perkembangan pekerjaan murid-murid dan mengumpulkan semua aspek-aspek lain berlainan berkenaan seseorang murid dan lain-lain. 18. 14. Kementerian Kebajikan Masyarakat dan lain-lain) untuk mencegah kesalahgunaan dadah di kalangan murid-murid. Menjalankan tugas-tugas lain yang diberi dari semasa ke semasa oleh Guru Besar sekolah di mana Guru Panduan itu ditugaskan. Bekerjasama dengan pihak-pihak tertentu (misalnya : PEMADAM. latihan. melawat tempat-tempat pekerjaan.kebolehan. perbincangan pertunjukan filem. Mengelolakan aktiviti-aktiviti yang bersabit dengan panduan (misalnya: Ceramah Kerjaya. 22. kelakuan di temuduga pekerjaan dan lain-lain). pelajaran. 19. Menjalankan projek percubaan / untuk mengkaji sejauh manakah Panduan di sekolahnya berkesan. 17. mengelola.sahsiah murid-murid melalui Ujian Khas (Standardised) bila ujian itu ada. Mengelola dan menyelia kelab Kerjaya sekolah. Menjalankan tindakan mengesan awal untuk mencegah salahgunaan dadah di kalangan murid.cara memohon kerja. bakat. Ibubapa. 13. 15. Menentukan saluran rujukan khas untuk menolong murid-murid yang terlibat dalam kegiatan salahgunaan dadah dan menjalankan tindakan susulan. pengalaman pekerjaan. . Mengadakan kegiatan-kegiatan tertentu termasuk panduan kumpulan dengan kegunaan pendekatan-pendekatan positif untuk mencegah dadah.

Justeru itu.B.I/1985 Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah 1. 1. Januari 1985 Semua Pengarah Pelajaran Negeri. Y. setakat ini sekolah-sekolah telah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang akademik. Tingkat 12-14. .2 Di samping itu. Ia dapat dilakukan dengan meluaskan lagi pandangan dan pengetahuan pelajar-pelajar mengenai bidang-bidang kerjaya. iaitu yang mempunyai sikap serta menghayati nilai-nilai hidup berasaskan Prinsip-prinsip Rukunegara. sekolah juga mempunyai peranan bagi mengeluarkan tenaga mahir untuk pembangunan negara. bersatupadu. Bangunan Bank Pertanian. Telefon : 922066 KP(BS)8591/Jld. Leboh Pasar Besar. 1.3 Pada keseluruhannya. bahkan juga bagi melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memberi sumbangan ke arah hidup yang harmonis. Malaysia. sekolah mempunyai banyak peranan dan tanggungjawab.LAMPB/BK 077A B7 Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. sekolah adalah tempat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik. bertoleransi. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.Dato’/Tuan. berdisiplin dan bahagia. Latarbelakang 1. Peranan dan tanggungjawab utama sekolah bukan hanya semata-mata kepada menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran-kemahiran tertentu kepada pelajar-pelajar.II(29) 2hb.1 Sebagai sebuah institusi pendidikan. Kuala Lumpur.

2 Khidmat dan kejayaan dalam bidang ko-kurikulum kurang mendapat pengiktirafan.4.4. Ini disebabkan oleh perkara-perkara berikut:1. Terdapat pula adanya setengah-setengah ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka menyertai gerakerja ko-kurikulum ini.4 Sepertimana kurikulum.4. Ini terbukti dengan adanya kejadian-kejadian/perbuatan-perbuatan tertentu yang dilakukan oleh pelajar-pelajar seperti tidak menghormati ibu bapa dan guru. Sebahagian daripada murid-murid tidak/kurang mengambil bahagian secara aktif dan ini disebabkan oleh banyak faktor.4. Biasanya mereka diundang untuk menjadi penonton di dalam sesuatu temasya seperti sukan tahunan sekolah misalnya. kesusilaan dan ketatanegaraan sepenuhnya atau yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. melalui bidang kurikulum sahaja. Terdapat juga segelintir pelajar yang menjadi golongan pelampau yang menyebar dan mengamalkan prinsip-prinsip dan nilainilai hidup yang bercanggah dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang murni. 1. Kurang penglibatan ibu bapa dan masyarakatnya secara aktif dalam gerakerja kokurikulum. Sungguhpun demikian. Sekarang terdapat tanda-tanda yang menunjukkan pembentukan sahsiah secara sepenuhnya sepertimana yang diharapkan. Geografi dan Kesusasteraan misalnya. Oleh yang berkenaan.4. Di antaranya ialah jenis-jenis gerakerja ko-kurikulum dan aktivitinya kurang kepelbagaian. belum boleh menjamin tercapainya matlamat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai akhlak. sesuai dengan minat dan kebolehan pelajar-pelajar dan mereka tidak berpeluang untuk melibatkan diri. seperti mata pelajaran Sivik. 1. Sejarah. ko-kurikulum sekolah juga seharusnya dapat dititikberatkan oleh sekolah-sekolah. pemulauan kelas. kerana terlalu mementingkan pencapaian akademik semata-mata. merosakkan harta benda awam.3 1. Sekolah-sekolah kurang memberi perhatian kepada gerakerja ko-kurikulum. melakukan perbuatan jenayah dan anti nasional.5 . jika dibandingkan dengan kurikulum sekolah sehingga menyebabkan pembentukan rohani pelajar-pelajar kurang berkesan. gerakerja ko-kurikulum juga mempunyai peranaan dalam pembentukan perkembangan jasmani dan rohani pelajar-pelajar. penyalahgunaan dadah.4 1. Apa yang jelas pada masa ini. Ada juga sekolah-sekolah yang mempunyai kekurangan alatan dan lain-lain kemudahan bagi menjalankan gerakerja kokurikulum. bahawa gerak kerja ko-kurikulum sekolah kurang mendapat tempat yang sewajarnya.1 1.melalui kurikulum yang sedia ada. Kurangnya penggabungjalinan dan persenambungan di antara gerakerja ko-kurikulum. Ada juga sekolah-sekolah yang kurang menitikberatkan gerakerja ini.

3 3. 2. memupuk semangat kesopanan. Mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah supaya pelajar-pelajar boleh mengisi masa lapang mereka dengan gerakerja yang bermanfaat dan dengan itu dapat menghindarkan pelajarpelajar dari tercebur dalam gerakerja yang tidak diingini seperti ponteng sekolah.boleh menyebabkan pendidikan menyeluruh tidak dapat dicapai. Memupuk bakat dan minat pelajar-pelajar selain daripada pelajaran di bilik darjah. Tanpa memberi peluang kepada setiap orang pelajar. serta lain-lain nilai dan tabiat baik yang dikehendaki supaya pelajar-pelajar dapat diasuh 3. rohani dan jasmani pelajar-pelajar.1. khususnya pelajarpelajar yang lemah dalam bidang akademik.5 Sekolah-sekolah yang tidak memberi ketegasan yang sewajarnya bagi mengimbangkan antara kepentingan gerakerja ko-kurikulum dengan akademik dan kurang pula menekankan tentang penyertaan menyeluruh pelajar-pelajar di dalam gerakerja tersebut. Berikut adalah garis panduan mengenai penubuhan JBPS: 3. bererti pelajar-pelajar ini tidak diberi peluang dan pengiktifan kepada mereka. menyemai dan memperkukuhkan sifat-sifst berdisiplin dan patuh kepada undang-undang.2 3.1.1.1 Tujuan JPBS Tujuan penubuhan JPBS adalah :3. Ini bererti ada setengah-setengah golongan masyarakat menyerahkan bulat-bulat tugas mendidik anakanak golongan masyarakat bulat-bulat tugas mendidik anak-anak mereka kepada pihak sekolah. tanpa memberi sumbangan dan penglibatan terhadap perkembangan menyeluruh anak-anak mereka.1 Mewujudkan suasana yang seimbang di antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial. penyalahgunaan dadah. Keadaan begini boleh mendorong pelajar-pelajar itu ponteng sekolah atau menceburkan diri dalam kegiatan –kegiatan yang tidak sihat dan seterusnya boleh menimbulkan masalah disiplin sekolah.1. berdikari. 1. kerajinan bekerja dan semangat berkhidmat. 3. Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk memberitahu pihak sekolah supaya menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS) di sekolah masing-masing.4.1.4 . Memperkukuhkan lagi interaksi dan intergrasi di antara pelajar-pelajar berbilang kaum di sekolah. membuang masa di pusat-pusat membeli belah atau melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan yang kurang sihat.6 Anggapan bahawa sekolah hanya sebagai tempat bagi mendapatkan pendidikan (school as the sole agent for education).

Berusaha meningkatkan lagi penglibatan pelajar dan masyarakat setempat dan gerakerja ko-kurikulum sekolah.3 3. membina sikap dan tabiat dan budi pekerti yang baik di kalangan pelajar-pelajar. seorang .2.2.2. pemulauan kelas. Ini terbukti dengan adanya kejadian-kejadian/perbuatan-perbuatan tertentu yang dilakukan oleh pelajar-pelajar seperti tidak menghormati ibu bapa dan guru.2.2.7 Menilai keberkesanan gerakerja ko-kurikulum sekolah dari masa ke semasa.1 Merancang.2. 3. penyalahgunaan dadah.5 Mewujudkan suasana dan tradisi sekolah yang dapat dibanggakan oleh pelajar-pelajar dan masyarakat. Terdapat juga segelintir pelajar yang menjadi golongan pelampau yang menyebar dan mengamalkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai hidup yang murni. merosakkan harta benda awam. Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar melibatkan diri dalam gerakerja ko-kurikulum sekolah.3 Keanggotaan JBPS Adalah dicadangkan keanggotaan Jawatankuasa ini seperti berikut : Pengerusi : Guru Besar Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan Setiausaha : Pilihan Guru Besar Ahli-ahli : Wakil masyarakat Wakil PIBG Wakil Lembaga Pengurus/Pengelola Sekolah Wakil Murid Tua (jika ada) Wakil-wakil Guru (termasuk guru Agama Islam) Wakil Murid (ketua murid dan penolong) (Bagi sekolah menengah bercampur.2. Berusaha menerapkan nilai-nilai sosial yang positif.5 3.6 3. 3. guru.1. 3.menjadi warganegara yang baik dan berguna sepenuhnya sepertimana yang diharapkan.4 3. Berusaha bagi mewujudkan semangat kekitaan di kalangan masyarakat sekolah dan masyarakat setempat terhadap institusi sekolah. ibu bapa dan masyarakat. melakukan perbuatan jenayah dan anti nasional. Berusaha bagi menyediakan kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan gerakerja ko-kurikulum. menyelaras dan melaksanakan gerakerjagerakerja ko-kurikulum dengan teratur dan terperinci dengan menggembelingkan tenaga golongan pelajar. yang 3.2 Fungsi JBPS Di antara fungsi JPBS adalah :3.2 3.

ketatanegaraan. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu gerakerja pakaian seragam. gerakerjagerakerja yang menekankan perpaduan kaum. Mesyuarat Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan mesyuarat sekurangkurangnya tiga kali sepenggal (awal. pertengahan dan akhir penggal) di mana laporan perkembangan tiap-tiap gerakerja itu dikaji dan nilai untuk diambil tindakan pelaksanaan selanjutnya dengan lebih berkesan lagi.1 3. Persatuan Geografi/Sejarah. (Pihak sekolah hendaklah mensesuaikan keanggotaan jawatankuasa ini berdasarkan saiz dan peringkat sekolah (rendah dan menengah) dan keadaan masyarakat tetapi penyertaan wakil PIBG.3 4. Guru Besar dibolehkan menjemput anggota-anggota lain jika perlu). Pasukan Kadet Polis Kelab/Persatuan seperti Persatuan Sains dan Matematik.moral dan sebagainya sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.4. Kelab Keselamatan Jalanraya. Penyertaan semua guru mempastikan keberkesanan kurikulum sekolah. 5. Pasukan Pengakap.4 Jenis Gerakerja Ko-Kurikulum Terdapat 3 jenis gerakerja ko-kurikulum di sekolah iaitu: 3. Kelab Komputer Sukan (olahraga dan permaisuri) (sebagai contoh bersamasama ini disertakan senarai beberapa gerakerja ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah). 3.2 5. bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah. . peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam kegiatan pakaian seragam hendaklah diusahakan.4.2 Pasukan Pakaian Seragam seperti Pasukan Anak Serigala.lelaki dan seorang perempuan). Penyertaan 5. 3. wakil komuniti dan wakil persatuan murid tua (jika ada) hendaklah dikekalkan. satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.3 Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerakerja ko-kurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat. Seberapa yang boleh.1 Matlamat gerak kerja ko-kurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. adalah dikehendaki bagi pelaksanaan gerakerja ko- 5.4.

7.1 Sekolah hendaklah menggunakan secara maksima ruang dan alatalat yang sesuai dengan jenis gerakerja yang hendak dijalankan.1 Kes-kes perubatan – pelajar yang telah disahkan oleh Doktor seperti menghidap sakit jantung. Guru Besar hendaklah berunding dengan pihak sekolah/Jabatan berkenaan. . Untuk tujuan ini. 8.2 Sekolah hendaklah berusaha mengadakan kemudahan dan alat-alat untuk gerakerja-gerakerja tersebut mengikut kemampuan sekolah masing-masing. 8.3 Untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kelas-kelas Agama di waktu pagi/petang. 7. Kemudahan 6. inisiatif. Tindakan Lanjut 8.1 Oleh kerana perseimbangan antara bidang kurikulum (akademik) dengan ko-kurikulum ke arah pembentukan peribadi secara total di kalangan pelajar-pelajar sangat penting.2. 8. bersikap terbuka dan berpandangan jauh dalam melaksanakan gerakerja ko-kurikulum ini sesuai dengan konsep pendidikan menyeluruh.6.2 Sebagai lanjutan daripada penubuhan JBPS.2 Kecacatan – pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan anggota tubuh yang boleh membahayakan diri mereka jika mengambil bahagian dalam gerakerja yang sesuai bagi mereka. Guru Besar hendaklah mempunyai kepekaan. Pengecualian Pelajar-pelajar yang dalam keadaan seperti berikut bolehlah dikecualikan daripada menyertai gerakerja ko-kurikulum. Oleh itu. 7.1 Merakamkan secara terperinci kedatangan dan penyertaan pelajar-pelajar di dalam gerakerja ko-kurikulum sekolah dan merekodkan gerakerja tersebut ke dalam sijil berhenti sekolah. 7. pihak sekolah hendaklah juga mengambil tindakan berikut bagi mempastikan keberkesanan gerakerja kokurikulum yang dijalankan. JBPS hendaklah berikhtiar mengadakan kemudahankemudahan lain bagi menentukan gerakerja kokurikulum berjalan dengan berkesan. satu penyesuaian terhadap pelaksanaan gerakerja kokurikulum hendaklah diadakan. lelah dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan diri jika mereka mengambil bahagian. Kementerian Pelajaran memandang JBPS adalah perlu. 6.

2.2 Guru Besar hendaklah mengambil peranan utama dalam pengendalian dan pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum dengan mengamalkan dan menghayati Konsep Kepimpinan Melalui Teladan. 8.5 9. 10.8. Harap dimaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah.2.2. . Mengadakan pertandingan-pertandingan yang melibatkan juga murid-murid yang kurang berbakat atau yang kurang berminat. Keselamatan Para Pelajar Pihak sekolah hendaklah mengadakan langkah-langkah tertentu bagi menentukan keselamatan pelajar-pelajar semasa menjalani gerakerja ko-kurikulum. Sekian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah.2. Memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan. Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.4 8. t.3 8.t (TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR) Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Besar dan guru-guru hendaklah menambahkan pengetahuan serta melengkapkan diri dengan kemahirankemahiran yang membolehkan mereka menjalankan tugas dalam pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum dengan cekap dan berkesan.

Setiausaha Sulit kepada YB Menteri Pelajaran Malaysia 2. Timbalan Ketua Setiausaha II. Timbalan Ketua Setiausaha I.k. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II. Kementerian Pelajaran Malaysia 7. Kementerian Pelajaran Malaysia 11. Pegawai Khas kepada Y. Ketua Setiausaha. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I. Kementerian Pelajaran Malaysia 9. Setiausaha Sulit kepada YB Encik Bujang Haji Ulis Timbalan Menteri Pelajaran 4. Setiausaha Sulit kepada YB Datin Paduka Rosemary Chong Timbalan Menteri Pelajaran 3. Ketua-ketua Bahagian. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. 1.s. Ketua Unit Hal Ehwal Awam.B. Menteri Pelajaran 12. Kementerian Pelajaran Malaysia . Kementerian Pelajaran Malaysia 10. Kementerian Pelajaran Malaysia 5. Kementerian Pelajaran Malaysia 8. Kementerian Pelajaran Malaysia 6.

LAMPIRAN 2. surat siaran seperti di bawah ini dikeluarkan untuk dijadikan pimpinan kepada Guru-guru Besar dalam Negeri tuan supaya dapat diadakan satu persamaan cara tindakan. 10hb. September. Ibu bapa/Penjaga murid yang telah dibuang dari sekolah-sekolah telah membuat pengaduan bahawa mereka tidak diberi tahu oleh Guru Besar tentang kelakuan curang anak-anak mereka sebelum mereka dibuang.6/68. selepas memberi amaran kedua.KP. dan murid itu tidak juga menjalankan perubahan dalam kelakuannya. Ruj. 2. Jikalau Kelakuan murid itu tidak juga berubah selepas tempoh yang sepatutnya surat amaran yang kedua dan muktamad hendaklah dihantar kepada ibu bapa/penjaga memberitahu mereka bahawa sekiranya kelakuan murid itu tidak bertambah baik. Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam persidangan Ketua-ketua pegawai Pelajaran. murid itu akan dibuang tanpa sebarang amaran. 3.1 KP.8543/(10) Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika setelah habis tempoh sepatutnya itu. Di sebaliknya jika keadaan tidak membenarkan. 1968 Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. Kuala Lumpur. ii) iii) iv) .8543/(10) bertarikh 10 september 1968. Guru Besar boleh memberhentikan murid itu untuk sementara waktu dalam seminggu atau dua setinggi-tingginya. Satu salinan semua amaran-amaran penggantungan atau pembuangan kepada ibu bapa/penjaga murid mestilah dikirimkan kepada Pendaftar Sekolah-sekolah dan juga kepada Pengerusi Lembaga Sekolah. Rumah Persekutuan. murid itu akan dibuang terus. i) Murid dan juga ibu bapa/penjaga mestilah diberi amaran bertulis berkaitan dengan kesalahan atau kelakuan curang murid-murid itu dan satu borang jawapan hendaklah disertakan supaya ibu bapa/penjaga boleh memberi akuan terima atas surat amaran itu. Untuk mengelakkan aduan-aduan seperti itu pada masa akan datang peraturan-peraturan yang berikut hendaklah diikuti oleh Guru-guru Besar sebelum seseorang murid dibuang daripada sekolah.

p setiausaha Tetap (Bahagian Sekolah-sekolah) Kementerian Pelajaran . Jikalau penyelidikan itu membenarkan supaya murid-murid itu dibuang maka ia bolehlah dibuang sekolah. Jika Lembaga Pengurus bersetuju untuk mengambil semula murid itu. Guru Besar hendaklah memberhentikan murid untuk sementara waktu sementara satu penyelidikan dibuat. Ibu bapa/penjaga hendaklah diberi tahu berkenaan dengan pembuangan murid itu supaya mereka boleh membuat rayuan kepada Lembaga Pengurus terhadap keputusan Guru Besar itu. vi) vii) 4. Perhatian tuan adalah ditarik kepada seksyen 7 dan 8 (b) Peraturan Pelajaran 1959(Tatatertib sekolah) mengenai murid yang mengambil bahagian dalam pilihanraya atau kegiatan-kegiatan politik. persetujuan Pendaftar Sekolah hendaklah diminta sebelum murid itu boleh diterima masuk semula. tt (Yap Hong Kuan) b. Pendaftar Sekolah-sekolah mestilah diberi tahu oleh Guru Besar sebelum sesuatu tindakan diambil untuk menggantung atau membuang seorang murid kerana sebab-sebab ini.v) Dalam perkara-perkara yang keterlaluan di mana kesalahan atau kelakuan curang yang yang memerlukan pembuangan serta-merta tanpa diberi amaran (seperti : pemerasan. ugutan-ugutan dan acaman terhadap murid-murid).

2 KP. Tatatertib di Sekolah-sekolah Tatatertib di Sekolah-sekolah Banyak aduan telah diterima berkenaan dengan tingkah laku murid-murid dan di antaranya didapati menghisap rokok dalam perjalanan mereka balik ke rumah selepas sekolah. September. tetapi peraturan-peraturan itu tidak ada menegaskan bahawa tatatertib itu boleh digunakan oleh semua Guru-guru dan pentadbiran-pentadbiran pada setiap waktu.LAMPIRAN 2. .KP.8543 02(12) Kementerian Pelajaran Malaysia. Adalah juga dikatakan bahawa beberapa murid-murid mempunyai potongan rambut yang tidak senonoh dan ini menjadikan rupa mereka tidak kemas terutama sekali apabila mereka memakai seluar-seluar ketat. Surat pekeliling ini adalah dikeluarkan untuk mengingati Guru Besar sekolah dan Guruguru bahawa adalah merupakan salah satu dari tugas-tugas mereka untuk membantu penuntut-penuntut supaya mengetahui apakah dia tingkah laku yang baik dan tidak baik. Oleh yang demikian sekolah-sekolah telah mengadakan peraturan-peraturan supaya beberapa tujuan dapat dicapai dan budi pekerti yang sepatutnya ditanamkan ke dalam sanubari murid-murid belaka. Ruj.E Circular Professional 6/68. Oleh yang demikian. Peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah telah dibuat untuk menjamin adanya tatatertib yang baik di sekolah-sekolah. memahami perhubungan antara manusia. 4. kesihatan jasmani dan akal serta mempunyai ilmu pengetahuan sains dan bibitan-bibitannya.8/1968. 1968 Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 18hb. Kuala Lumpur. 3. Rumah Persekutuan. 2. Tatatertib ialah sebahagian dari proses pelajaran kita dan pada amnya ditakrifkan sebagai tindakan atau peraturan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah diikuti. Sekolah-sekolah adalah ditubuhkan untuk perkembangan penuntut untuk menjadikan mereka warganegara yang berguna boleh menilaikan kebudayaan mengetahui nilaian-nilaian akhlak dan rohani. Seseorang itu mestilah ingat bahawa seseorang murid itu ialah perseorangan yang tidak cukup matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.8543 02(12) bertarikh 18 september 1968. Peraturan-peraturan tatatertib dan kuasa Guru Besar adalah dinyatakan dalam Peraturan Pelajaran 1959 (Tatatertib Sekolah) dan peraturan untuk membuang murid-murid telah dihuraikan dalam M. Mengikut aduan-aduan itu murid-murid ini adalah datang dari sekolah-sekolah yang baik yang dikenali dari pakaian seragam serta lencana sekolah mereka.

Dengan membimbing tingkah laku dan pakaian yang patut di pakai di dalam bilik darjah. Sekolah-sekolah dapat menolong murid-murid untuk memperkembangan sifat-sifat diri yang baik. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada Guru Besar. Menjadi ahli dalam Pertubuhan-pertubuhan Haram. Memandangkan kepada perkara-perkara diatas. kerjasama dari Guru Besar serta Guru-guru adalah diminta supaya penuntut-penuntut mempunyai budi pekerti. Pakaian Sekolah adalah satu tempat belajar dan pakaian yang dipakai hendaklah selaras dengan tujuan ini. tt (Yap Hong Kuan) b. 6. Menghisap rokok dan meminum minuman yang memabukkan. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh Sekolah dan Pejabat Pelajaran. Perkara-perkara yang berikut adalah berat di mana pembuangan atau penggantungan sementara boleh ditimbangkan: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) Membawa senjata-senjata yang merbahaya.p Setiausaha Tetap (bahagian Sekolah-sekolah) Kementerian Pelajaran . Tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalahmasalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada Guru Besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. akhlak dan ketaatsetiaan yang baik. yang berguna seumur hidup. Merosakkan atau membinasakan harta sekolah. Rambut juga hendaklah dipotong baik. 7. Perkara-perkara tatatertib yang berat. Mengancam penuntut-penuntut yang lain.5. Mencuri Melawan pihak-pihak yang berkuasa. Hendaklah diambil perhatian bahawa penggantungan sementara tidak boleh melebihi dari 10 hari. dengan tujuan jahat. Sekian.

k. Bahagian peperiksaan. Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan. Ketua Pegawai Pelajaran. Bahagian Biasiswa dan Latihan. Bahagian Kewangan. Bahagian Pelajaran Teknik. . Bahagian Latihan Guru-guru. Bahagian Jemaah Nazir. Bahagian Pentadbiran.s. Bahagian Sekolah-sekolah. Semua Negeri.

8548/8(75) .8543/(11) Kementerian Pelajaran Malaysia.LAMPIRAN 2. Tambahan Kepada Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. Saya adalah diarah menyatakan juga bahawa mengikuti 10(2) dalam Peraturan Pelajaran (Tatatertib Sekolah) ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan dalam masa satu bulan selepas tarikh pembuangan itu kepada Menteri Pelajaran. Rumah Persekutuan. 6/1968 dan ceraian 6. Saya yang menurut perintah tt (Yap Hong Kuan) b. 2. Semua Negeri. 1968 Ketua Pegawai Pelajaran. Kuala Lumpur. Surat Pekeliling “Professional” Kementerian Pelajaran Bil.p Setiausaha Tetap Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran s.6 KP.8/1968 dan memaklumkan bahawa penggantungan murid-murid tidak boleh melebihi dari 14 hari.6/68 dan 8/68 Saya adalah diarah merujuk kepada ceraian 2(iii) Surat Pekeliling “Professional” Kementerian Pelajaran Bil. 12hb.3 KP. Tuan.k Bahagian Kewangan Bahagian Pentadbiran Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan Bahagian Biasiswa dan Latihan Bahagian Sekolah Bahagian Latihan Guru LAMPIRAN 2. Oktober.

KP. Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mendapati perkara menghisap rokok telah berlaku di kalangan murid-murid di beberapa buah sekolah di negara ini. ii) Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa tempoh pengampunan (period of grace) selama seminggu akan diberi kepada muridmurid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu. Tuan. Rumah Persekutuan. Walaupun perkara seperti ini tidak berlaku di tiap-tiap buah sekolah namun begitu Kementerian memandang berat akan keadaan yang tidak sihat ini. . Langkah-langkah i) Guru-guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada masa perhimpunan diadakan disekolah bahawa penghisap rokok adalah dilarang untuk murid-murid sekolah kerana sebab-sebab kesihatan.Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua Negeri Semenanjung Malaysia. 2.6A/1975 Ruj. Semua Pengarah-pengarah Pelajaran Negeri/Guru-guru Besar hendaklah mengambil langkah-langkah seperti berikut untuk menghapuskan gejala yang buruk ini dari sekolah-sekolah. September. 1975 Pengarah Pelajaran Negeri. Kuala Lumpur. Selepas tempoh pengampunan selama seminggu itu sesiapa yang didapati merokok akan menghadapi tindakan disiplin. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Semua murid-murid mestilah diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi. iv) Apabila seseorang murid didapati menghisap rokok langkah-langkah berikut hendaklah diambil:(a) Tindakan disiplin yang sewajarnya hendaklah diambil. iii) Guru-guru penolong sekolah hendaklah diminta memperhatikan murid-murid yang merokok. Sekolah dalam peranannya sebagai ibu bapa kedua (in loco parentis) mempunyai tanggungjawab untuk melindungi murid-murid dari aktiviti yang akan merosakkan individu-individu dan membahayakan institusi itu. Sabah/Sarawak.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975. 01-34 5hb.Tambahan pula adalah didapatipenghisapan dadah adalah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu perkara ini tidak boleh diringankan.

Setiausaha Sulit kepada Timbalan Y. Nota : Dengan ini Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.(b) (c) Ibu bapa/penjaga murid itu hendaklah diberitahu bahawa kerjasamanya boleh didapati bagi mempengaruhi murid itu berhentikan merokok.8548/8/(67) .6/1975 dan Bil 6A/1975 adalah dalam ceraian 2(i). Ketua Setiausaha Kementeria Pelajaran s. Ketua Pengarah Pelajaran. Menteri. Ketua Setiausaha Kementerian.B. LAMPIRAN 2. Jabatan Pelajaran Negeri untuk tujuan statistik dan penyelidikan.B. Menteri Pelajaran. Timbalan Ketua Setiausaha. Murid itu hendaklah dirujukkan kepada guru panduan untuk perundingan(counceling) dan nasihat. Guru panduan dikehendaki menyimpan rekod-rekod sulit mengenai kejadian seperti ini dan rekod itu mungkin akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran. 6/1975 adalah dibatalkan. 3. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu Sumua Guru Besar sekolah mengenai kandungan surat pekeliling ini drngan segera.7 KP. Perbezaan di antara Bil. Setiausaha Sulit kepada Y.k. b. tt (KUM BOO) Bahagian Sekolah-sekolah.p. 4. Saya yang menurut perintah.

7/1975 Ruj. Kemudian itu ia didapati telah mencuba dadah atau telah menjadi penagih dadah (experimented with drug/dependent on drugs). 2.KP. Lazimnya dalam kes seperti ini. Surat Pekeliling Ikhtisas No. Semua Negeri Semenanjung Malaysia. Rujukan Sendiri (Self-referral) 2.1.8548/8/(67) bertarikh 19 Ogos 1975.Kementerian Pelajaran Malaysia. Ogos 1975 Pengarah Pelajaran Negeri. Tindakan-tindakan Yang Harus Diambil Adalah ditegaskan bahawa semua guru yang terlibat dalam sebarang tindakan yang disenaraikan di bawah ini hendaklah menganggap perkara ini sebagai perkara yang paling sulit dan oleh demikian hendaklah mengamalkan dan menggunakan kebijaksanaan mereka pada setiap masa. Pengarah Latihan Guru. Tuan. guru besar dan lain-lain orang yang berkenaan.1. murid-murid meminta perkara ini dirahsiakan dan menyatakan keinginan atau kemahuannya untuk mendapatkan pertolongan jika maklumat itu tidak dihebahkan kepada ibu bapa/penjaga. Tindakan disiplin hanya akan diambil sebagai langkah yang akhir sekali apabila segala percubaan untuk memberi pertolongan setelah gagal dan juga hanya selepas berunding dengan Pengarah Pelajaran Negeri. Garis panduan yang dinyatakan di bawah ini adalah peraturan yang harus diambil apabila seseorang murid telah dikenali sama ada sebagai penyalah guna dadah yang disyaki atau pengguna dadah tetap. 2. 19hb. Rumah Persekutuan. Pada umumnya polisi Kementerian Pelajaran ialah untuk menolong murid-murid berkenaan mendapat pertolongan sewajarnya (melalui rujukan. telah ada murid-murid sekolah yang dengan sengaja atau tidak telah terlibat dalam eksperimen atau salah guna dadah. Sabah/Sarawak.1 Kes ini dengan seorang murid dengan kemahuan sendiri berjumpa Guru Panduan atau mana-mana guru di sekolah. perawatan dan pemulihan) dan mensepadukan mereka semula dengan sekolah serta melindungi murid-murid itu supaya mereka tidak menderita dari publisiti yang tidak diingini. Pada mulanya menerangkan bahawa ia ada masalah persendirian (Personal). Pengarah Pelajaran Teknik dan Vokasional. Seseorang murid harus meminta perkara ini dirahsiakan sepenuhpenuhnya sebagai syarat sebelum ia menyatakan masalahnya. Kuala Lumpur. Salah Guna Dadah – Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar Seperti yang telah diketahui. .

Dalam kes seperti ini. 2. Dalam kes-kes yang telah dirujuk kepada Guru Panduan. dia haruslah menjelaskan kepada murid itu bahawa rujukan dan penglibatan orangorang lain akan dibuat dengan tujuan tertentu iaitu untuk menolong murid itu dan etika ikhtisas dan niat yang baik akan dipelihara dan dihormati. 2. Rujukan oleh Guru-Guru/Murid Seorang Guru sekolah boleh menyatakan pada Guru Panduan bahawa ia mempunyai sebab yang nyata mengesyaki seseorang murid tertentu telah dan sedang mencuba dadah. b) Kuasa ibu bapa/penjaga. Dalam temuramah itu maka ketentuan akan didapati sama ada murid itu mengalami masalah yang berhubung dengan kerja sekolah. 2.1 Dalam kes-kes seumpama itu. Jika murid itu tidak dapat dipujuk. . (setelah diadakan hubungan baik dengan murid yang disyaki itu) Guru Panduan hendaklah memanggilnya untuk ditemuramah. adalah menjadi tugas Guru Panduan menerangkan kepadanya tentang:a) Peraturan sekolah. pegawai masyarakat dan lain-lain.1.Selepas itu ia mungkin mengaku yang ia telah mencuba dadah atau menyalahgunakan dadah. Guru Besar. Guru Panduan hendaklah bersedia berjanji untuk menjaga rahsia ini dan selepas itu bolehlah merujukkannya pada badan-badan rujukan lain dengan persetujuan murid berkenaan. Guru Panduan mestilah membantu murid untuk bersetuju tentang tindakan yang akan diambil.2 di bawah. Guru Panduan harus menggalakkan murid-murid menerangkan tentang keadaan dirinya dan berasaskan penerangan yang diterima itu setelah ditapis dapatlah menentukan sama ada murid yang disyaki itu sebenarnya betul atau tidak menyalahgunakan dadah.2 Kes ini mengenai seorang murid yang mungkin menyatakan masalahnya berhubung dengan percubaan penyalahgunaan dadah tanpa berkehendakkan perkara ini dirahsiakan.2.2. Guru Panduan mestilah mengadakan hubungan dengan murid itu dan membina kepercayaan murid itu tentang peranan dan pertolongan Guru Panduan sebelum mencuba menerangkan betapa mustahaknya rujukan atau melibatkan pertolongan ibu bapa/penjaga. Murid itu hendaklah diberi jaminan bahawa rujukan dan penglibatan orang-orang lain dibuat dengan tujuan dan matlamat tertentu iaitu menolong murid tersebut dan etika ikhtisas(profesional ethics) dan keyakinan/kepercayaan yang sepenuhnya (utmost good faith) akan dijaga dan dihormati. Sekiranya murid itu telah memberitahu secara sulit kepada seseorang guru lain. c) Perbekalan undang-undang (akta Dadah Berbahaya (pindaan 1975) dalam mana murid itu boleh dipaksa atau dikehendaki untuk rujukan kepada agensi-agensi yang wajar untuk rawatan/pemulihan). Atau seseorang murid lain mungkin dengan sukarela memberi keterangan ini mengenai murid lain apabila temuramah perundingan dijalankan. maka langkah yang patut diikuti ialah seperti perenggan 2. Jika Guru Panduan menetapkan bahawa pengesyakkan itu sah. sifat sendiri dan lain-lain.

Mustahaknya merujukkan murid ini kepada agensi-agensi yang wajar untuk rawatan dan pemulihan. murid itu bolehlah dirujuk kepada Guru Panduan. “Checklist” Tindakan yang Harus Diambil oleh Guru Panduan Pelajaran dan Kerjaya/Guru Besar. Rujukan Dibuat Atas Keputusan Tindakan Disiplin Dalam sesebuah sekolah mungkin ada tindakan disiplin diambil misalnya hukuman rotan.3. f) Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat yang berkenaan.3. penggantungan terhadap seseorang murid kerana kesalahan. j) Rawatan oleh doktor sebagai pesakit luar atau pesakit dalam. b) Merujukkan kes itu kepada Guru Panduan. Selanjutnya jika dalam proses perundingan itu Guru Panduan mendapati masalah murid itu termasuk juga salah gunaan dadah. 3. i) Ibu bapa/penjaga diberitahu oleh Guru Besar /Guru Panduan/ Pegawai Kebajikan Masyarakat.2. Guru Panduan hendaklah menegaskan kepada murid tersebut prospek atau kemungkinan untuk pulih semula bergantung kepada kemahuan dan azam murid itu sendiri untuk bebas daripada bahaya itu. ponteng sekolah. guru panduan haruslah menemuramah dan berbaik-baik dengan murid tersebut dan galakkan ia untuk menerangkan tentang diri sendiri dan masalah yang sedang dialami yang menyebabkan ia menjadi nakal atau jahat berkelakuan tidak senonoh. d) Mengesahkan syak itu secara mengaku sendiri bukti-bukti lain. 2. kelakuan tidak senonoh misalnya mencuri.1 Dalam kes seperti ini. c) Guru Panduan tetapkan jadual masa temuramah perundingan/temuramah-temuramah. h) Pengesahan/penyangkalan oleh doktor sama ada murid itu menyalahgunakan dadah. Guru Panduan haruslah menerangkan pada mulanya yang ia bertujuan untuk menolong murid itu dan pertolongan yang akan diberikannya adalah termasuk dalam peraturan sekolah dan mungkin merepotkan balik kepada Guru Besar mengenai masalah murid itu. k) Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat. g) Berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk merujukkan murid itu kepada doktor. e) Guru Besar diberitahu hal ini dan ia hendaklah dengan segera memberitahu Pengarah Pelajaran Negeri tanpa memberi nama murid yang terlibat. tidak hadir kelas dan lain-lain selepas tindakan disiplin diambil. . l) Persepaduan dan tindakan ekoran oleh sekolah. maka Guru Panduan haruslah memujuk murid tersebut untuk bersetuju :i) ii) Mustahaknya meluaskan hubungan tentang masalah ini kepada Guru Besar dan ibu bapa/penjaga. a) Menerima laporan atau rujukan murid sendiri mengenai masalah dadah.

B Timbalan Menteri. . Sukacita kiranya surat pekeliling ini disebarkan kepada semua sekolah menengah di bawah sampul SULIT.p Ketua Setiausaha. Bersama-sama ini dikembarkan petikan dari Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1975 sebagai panduan lanjut untuk Guru Panduan dan Kerjaya dan Guru Besar. Setiausaha Sulit kepada Y. b. Menteri Pelajaran Setiausaha Sulit kepada Y.k. a) b) c) d) e) f) Ganja (Marijuana) Heroin (Heroin) Morfin (Morphine) Pil M dan Pil MX (M Pill. 6.4. Dadah-dadah yang Disalahgunakan Pada Masa Sekarang.B. Saya yang menurut perintah. tt (KUM BOH) Bahagian Sekolah-sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia s. MX Pill) Tranquilisers Hallucinogen (Hallucinogens) 5.

8543/Vol 2(55) Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk menolong sekolah mencapai tujuan ini. Ordinan-ordinan/ Surat-surat Pekeliling/pekeliling Ikhtisas – Lampiran A Untuk membaiki disiplin sekolah. November. Sabah/Sarawak. Semua Negeri Semenanjung Malaysia. Rumah Persekutuan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 01-34 4hb.LAMPIRAN D Ref: KP. Ini bukan tugas dan tanggungjawab Guru Besar sahaja. Disiplin di Sekolah Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid Adalah seperti tuan termaklum.9/1975 Ref. . 3. Maka satu senarai Ordinan/Surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas berkenaan dengan perkara ini disertakan dalam lampiran A.8543/Vol. satu senarai perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat. Tuan. 2. satu di antara tujuan-tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Oleh yang demikian semua Guru hendaklah jua memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada Guru Besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja.2(55) bertarikh 4 Novtember 1975. Perkara-perkara Tatatertib yang Dianggap Berat – Lampiran C Sebagai panduan kepada Guru-guru Besar dan Guru-guru. 1975 Pengarah Pelajaran Negeri. bahkan tugas dan tanggungjawab semua Guru lain. Sepatutnya kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada Guru Besar untuk mendapat keputusan. Kuala Lumpur. iaitu hasil daripada satu tinjauan yang dibuat oleh Pejabat-pejabat Pelajaran Negeri di antara lain di mana penggantungan sekolah sementara dan hukum buang sekolah dijatuhkan adalah disertakan di Lampiran B.KP. adalah mustahak bagi tiap-tiap Guru Besar dan Guru Penolong mengetahui dan memahami segala Ordinan/Surat Pekeliling/ Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran yang berkaitan dengan kelakuan dan disiplin di sekolah-sekolah.

1. Pengawas-pengawas sekolah/Ketua-ketua murid (School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. 4. 7. Guru. perpustakaan dan bilik-bilik mata pelajaran praktikal dan lain-lain. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkahlaku yang baik dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat keputusan yang baik. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi teladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib. . Peraturan-peraturan khas untuk asrama. Guru Besar hendaklah menyediakan peraturan-peraturan Khas untuk asrama dan perpustakaan dan pengajaran semua mata pelajaran praktikal dalam bilik-bilik seperti berikut:Bengkel Seni Perusahaan Bilik Sains Rumahtangga Bilik Makmal Sains Dewan Pendidikan Jasmani dan lain-lain 6. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu semua Guru-Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah termasuk sekolah persendirian mengenai kandungan surat pekeliling ini dengan segera. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahui. Peraturan-peraturan Sekolah (School Rules) yang bertulis untuk Muridmurid Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah – Lampiran C Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara bertulis.guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Guru-guru Besar dan Pengetuapengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah. Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah sekarang tidaklah begitu lengkap dan teratur. Tindakan Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari Guru-guru dan Guru Besar. di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara. 5.4. Guru Besar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang bertulis.

Ketua Setiausaha.B. Kementerian Pelajaran s.M Pegawai Khas I. tt (Kum Boh) Bahagian Sekolah-sekolah. Menteri .k. b.B.B.p. Kementerian Pelajaran Setiausaha Politik kepada Y. II & III kepada Y. Menteri Pelajaran Setiausaha Sulit kepada Y.B. Setiausaha Sulit kepada Y. Kementerian Pelajaran Ketua Pengarah Pelajaran Timbalan Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Pengarah Ketua-ketua Bahagian.Saya yang menurut perintah. Timbalan Menteri Pelajaran Ketua Setiausaha.

Mengancam murid-murid lain – ancaman yang serius dan merbahaya. Mengancam guru-guru atau Guru Besar ataupun Pengetua. . Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru-guru besar atau pengetua. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara guru besar atau pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat. 6/1975 dan 7/1975) Berjudi Meminum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah. Masih membantah hukuman guru – sekalipun sudah tiga atau empat amaran.8543/Vol 2(55) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.LAMPIRAN B Ref: KP. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat. Menghisap rokok dan mengambil dadah (sila lihat Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan pejabat Pelajaran.9/1975 Perkara-perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) xi) xii) xiii) xiv) xv) xvi) xvii) Menjadi Ahli dalam pertubuhan haram. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum. Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah. Memukul guru-guru. Menulis kepada suratkhabar tanpa memberitahu pihak yang berkuasa sekolah. Mencuri.

mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang telinga. menjemur atau menghukum murid secara kumpulan atas alasan sipesalah enggan mengaku dan berbagai lagi. Telefon : 922066 Kawat : ‘PELAJARAN’ KP(BS)8591/Jld.BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 12-14.ll/(17) 7HB November 1983 Pengarah Pelajaran Semua Negeri. mendera seperti berlari keliling padang. berkeliaran (lotering) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini. ____________________________________________ Tujuan surat pekeliling ini ialah untuk menarik perhatian Guru-guru Besar dan guruguru mengenai hukuman-hukuman yang dikenakan kepada murid-murid yang melakukan perbuatan-perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan di dalam Peraturan-peraturan Pelajaran. Bagi tiaptiap kesalahan yang disebutkan dalam peraturan-peraturan itu. Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salahlaku Yang Tidak DinyatakanDalam Peraturan-peraturan Pelajaran. . BANGUNAN BANK PERTANIAN LEBOH PASAR BESAR KUALA LUMPUR. sungguhpun Peraturan tersebut memperuntukan secara am kuasa kepada Guru Besar bagi menjalankan hukuman-hukuman biasa ke atas murid-murid untuk menjaga disiplin atau ketenteraman sekolah. 2. misalnya membuat bising dalam darjah. tidak disebut dengan jelas akan hukumannya dalam Peraturan tersebut. menampar. memulas telinga. Datuk/Tuan. mencubit hingga lebam. 3. YB. hukumannya juga ada dinyatakan. Tindakan hukuman itu adalah seperti mengetuk/ menyekel kepala murid. Malaysia. Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahankesalahan sepertimana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia ada seperti Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959. Banyak aduan telah diterima oleh Kementerian ini mengenai tindakan hukuman yang dikenakan oleh guru-guru ke atas murid-murid kerana melakukan perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan itu. tidak memberi perhatian sewaktu guru mengajar. Bagi perbuatan-perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam Peraturan itu.8/1983. mencela. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Tindakan menghukum seperti ini adalah tidak sesuai dilakukan kerana ia boleh membawa kepada implikasi-implikasi yang tidak diingini.

9. Kementerian Pelajaran. Ketua Setiausaha. 3. Setiausaha Sulit kepada Y. Timbalan Menteri Pelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia. Tang Tiong Hong. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan.B. Kementerian Pelajaran. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ tt (TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR) Ketua Pengarah Pelajaran. s. 11. Dato’ Khalil bin Yaakob. 4.k. Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran. . Kementerian Pelajaran. Dr. 10. Kementerian Pelajaran. Menteri Pelajaran. Kementerian Pelajaran. 6.B. 12. Pegawai Khas I kepada Y. Timbalan Menteri Pelajaran. Timbalan Ketua Setiausaha l. 2.Sekian. Pegawai Perhubungan Awam. Ketua Pengarah Pelajaran. 1.B. 5. 7. Timbalan Ketua Setiausaha ll. 8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll. Kementerian Pelajaran. 13. Kementerian Pelajaran. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l.B. Menteri Pelajaran. Setiausaha Sulit kepada Y. Ketua-ketua Bahagian. Setiausaha Sulit kepada Y.

15 Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Besar hendaklah menentukan supaya setiap kes itu dilaporkan hanya satu kali sahaja sepanjang tempuh persekolahan seseorang murid itu. SULIT KP(BS)8786-51 Jld. Mei – 31hb. kes-kes yang berlaku diantara 1hb. 2. September – 31hb. terima kasih.III (34) 27hb Jun 1978 Pengarah Pelajaran Semua Negeri Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak Tuan. saya adalah diarahkan meminta Sekolah-sekolah Menengah Bantuan Penuh di negeri tuan supaya menghantar laporan tiap-tiap penggal mengenai kes-kes dadah yang telah disahkan oleh doktor Kerajaan sahaja. Kuala Lumpur.Disember 4. Untuk membolehkan Kementerian ini menyimpan butir-butir dan maklumat itu. NOOR) Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia . Januari – 30hb. Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah Masalah penyalahgunaan dadah pada masa ini adalah merupakan masalah negara dan Kementerian Pelajaran memerlukan butir-butir dan kenyataan-kenyataan kemaskini berhubung dengan murid-murid sekolah yang terlibat dengan perbuatan ini. Penggal I. April Penggal II. kes-kes yang berlaku diantara 1hb. 3. Kandungan surat ini sudah dipersampaikan kepada murid-murid yang terlibat.LAMPIRAN 2. Rumah Persekutuan. Untuk mengelakkannya. Guru Besar adalah diminta supaya berhati-hati apabila membuat Laporan Penggal ini supaya perkiraan dua kali (double counting) tidak berlaku. tt (DATO’ HAJI MURAD MOHD. kes-kes yang berlaku diantara 1hb. Sekian. Laporan ini hendaklah dihantar tiap-tiap penggal untuk tahun ini dan tahuntahun akan datang. Ogos Penggal III.

B Menteri Pelajaran S. 7.B Timbalan Menteri Pelajaran l S. 9.U.U.S kepada Y. 6.s.S kepada Y. 2. 5.B Timbalan Menteri Pelajaran ll Ketua Setiausaha Kementerian Timbalan Ketua Setiausaha l & ll Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l & ll Pengarah Sekolah-sekolah Pengarah Latihan Guru Pengarah Pelajaran Teknik & Vokasional . 4.U.S kepada Y. 8. 3. 1.k. S.

1950 – School (General) Regulation’. 3. 4.1. Berikut adalah garis panduan bagi menjayakan kempen ini.Bahagian Sekolah-sekolah. Bilik guru/ bilik rehat bagi guru-guru. Surat siaran ini adalah bertujuan untuk meminta sekolah-sekolah mengambil langkah-langkah positif bagi menjayakan kempen anti merokok. Larangan menghisap rokok ke atas murid-murid sekolah juga telah ditegaskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4. Telefon : 922066 KP.1. melindungi dan mencegah murid-murid daripada melibatkan diri dengan amalan merokok kerana merokok boleh merosakkan kesihatan mereka. 6A/1975 bertarikh 5hb. Kementerian Pelajaran Malaysia.1. Guru-guru serta kakitangan-kakitangan sekolah mempunyai peranan dan pengaruh yang kuat dalam menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada murid-murid. Bangunan Bank Pertanian. .8591/ (99) 25hb Februari 1983 Pengarah Pelajaran Semua Negeri Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak Tuan. Guru-guru dan Kakitangan sekolah Menghisap rokok di kawasan sekolah dan dalam mesyuaratmesyuarat/ majlis-majlis rasmi di sekolah adalah dilarang kecuali di:4. (apabila dibilik ini diadakan mesyuarat rasmi atau diadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran maka merokok adalah dilarang). Maksud merokok di sini termasuklah menghisap rokok atau cerut atau menghisap paip. ‘The Registration of School Ordinance. September 1975. 1/1983 Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di sekolah-sekolah _______________________________________________ Sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mendidik. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Larangan merokok di bilik-bilik darjah atau di bilik-bilik yang dijadikan bilik-bilik darjah jelas dinyatakan dalam para 38. 2. Tingkat 12-14. Kuala Lumpur.

Hari Penyampaian Hadiah. Majlis Keramaian (Hari Ibu Bapa . Bilik pekerja kantin bagi pekerja-pekerja kantin. Poster-poster atau papan-papan tanda dengan menggunakan bahasa yang halus seperti “Terima Kasih kerana tidak merokok disini” boleh diadakan dan dipamerkan di tempat-tempat tertentu. Harap maklumkan kandungan surat siaran ini dan Garis Panduan dari surat Pekeliling Am Bilangan 12 1982 ini kepada semua sekolah di negeri tuan. Hari Sukan dan lain-lain ) Pihak sekolah hendaklah meminta kerjasama daripada pihak ibu bapa dan orang ramai bagi menjayakan kempen ini. Sekian. disertakan juga Garis Panduan Tata Susila Untuk membantu menjayakan kempen Anti Merokok’ dari Pekeliling AM bilangan 12 Tahun 1982 bertarikh 17hb Ogos 1982 adri Jabatan Perdana menteri. Mereka juga dilarang merokok semasa bertugas. sekolah sekolah juga adalah digalakkan berusaha mengadakan cara-cara lain yang sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah dan mengikut keadaan setempat. boleh meminta kerjasama daripada pihak ibu bapa bagi menyedarkan anakanak mereka bahawa amalan merokok itu membahayakan kesihatan dan membazir wang.5. Penyimpanan dan Penjualan Rokok di Kantin Sekolah Menyimpan dan menjual rokok serta memaparkan iklan-iklan rokok di kantin adalah dilarang. 4. melalui PIBG.4. Sekolah Digunakan Oleh Pihak Luar Ababila kawasan/ bangunan sekolah digunakan oleh pihak luar. 4.6. 5.2. 4.1.2. 4. maka penerangan yang jelas mengenai larangan merokok hendaklah dinyatakan kepada mereka. Guru Besar. . dan 4.4.3. Kerjasama Ibu Bapa Untuk menjayakan kempen ini.1. Bersama-sama dengan surat siaran ini.3. Untuk menjayakan lagi kempen anti merokok ini. 4. Bilik pekerja atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid-murid bagi kakitangan-kakitangan sekolah. 6.

Kementerian Pelajaran. Tang Tiong Hong. 10. Setiausaha Sulit kepada Y. 7. tt (DATO’ HAJI IDRIS BIN HAJI TAIN) Bahagian Sekolah-sekolah b. Ketua-ketua Bahagian. Dr. 2. Kementerian Pelajaran.B. 1. Ketua Pengarah Pelajaran. Timbalan Ketua Setiausaha l. 9.‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah. Menteri Pelajaran. 13. 12. Dato’ Khalil bin Yaakob. Ketua Jemaah Nazir.k. Kementerian Pelajaran.p Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran s. Ketua Setiausaha. Kementerian Pelajaran. 3. Pegawai Khas I kepada Y. Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran. Timbalan Menteri Pelajaran. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll. Timbalan Menteri Pelajaran.B. 11. Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran . Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l. Pegawai Perhubungan Awam. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Setiausaha Sulit kepada Y. 4. 5.B. Timbalan Ketua Setiausaha ll. 8. 6. Kementerian Pelajaran. Menteri Pelajaran Malaysia.

BANGUNAN BANK PERTANIAN LEBOH PASAR BESAR KUALA LUMPUR Telefon : 2922066 KP(BS)8591/Jil. tugas kita seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh kita kawal dan ubah seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah. sepertimana tercatat dalam Lampiran l. 2.LAMPIRAN 2. Analisa daripada laporan-laporan yang diterima dan dari sumber-sumber lain. iaitu dari jenis yang ringan sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat. Malaysia Tuan. terdapat ordinan-ordinan pelajaran dan pihak Kementerian juga telah memberi panduan-panduan mengenai disiplin sekolah. Faktor luar sekolah ini adalah amat kompleks dan sukar diatasi serta di luar kawalan kita. Oleh yang demikian. 3. merompak. di samping ia bertujuan untuk memberitahu dan mengingatkan lagi mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi memperbaiki dan mengurangi masalah-masalah disiplin di sekolahsekolah.II/(56) 1 Ogos 1986 Semua Pengarah Pelajaran Negeri. Ada banyak faktor yang menyebabkan mereka melakukan perbuatanperbuatan tersebut dan faktor-faktor ini lazimnya dikelompokkan kepada faktor sekolah dan faktor luar sekolah seperti persekitaran dan pelbagai lagi. menunjukkan bahawa ada di antara Pengetua dan Guru Besar serta Guruguru yang tidak tahu-menahu dan tidak memahami kuasa-kuasa yang diperuntukan kepada mereka. mengancam Guru-guru dan murid-murid dan pelbagai lagi. prosedur mengambil tindakan disiplin dan jenis hukuman yang boleh dikenakan. surat-surat pekeliling ikhtisas dan surat-surat siaran. . Bermacam-macam jenis salah laku dilakukan oleh para pelajar. Dalam hubungan ini.32 BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 12-14. seperti menyalahgunakan dadah. merosakkan harta benda sekolah(vandalism). Surat pekeliling ini adalah siaran awal kepada satu gerakan yang sedang dirancang oleh Kementerian Pelajaran Pelajaran untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi disiplin sekolah di seluruh negara. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986 Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah Masalah disiplin para pelajar kini menjadi isu hangat dan sering diperkatakan oleh pelbagai pihak. memeras ugut.

misalnya dengan mengadakan perbincangan. 73. Perlu ditegaskan di sini bahawa jawatankuasa disiplin sekolah (jika ada) adalah bertujuan bagi membantu Pengetua atau Guru Besar dalam hal-hal yang berkaitan dengan disiplin dan Pengetua atau Guru Besar tidak boleh menurunkan kuasa kepada jawantankuasa ini bagi menjatuhkan sesuatu hukuman.82 dan 84 dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) seperti yang tercatat dalam lampiran ll. surat-surat pekeliling dan bukubuku panduan yang ada kesemua Guru. perbengkelan dan seumpamanya serta memastikan semua Guru memahami kandungannya. 5.4. 71.4. 5. Pihak sekolah hendaklah melaksanakan perakuan 69. Oleh hal yang demikian.10.80. Bagi menentukan disiplin sekolah terkawal dan dalam masa yang sama dapat dipertingkatkan. tindakan berikut hendaklah diambil:5. 5.1. 5. 1995 kepada Guruguru yang berdaftar bagi satu-satu kes sahaja. 76(a) dan (b).2. . 72. Pengetua atau Guru Besar hanya boleh menurunkan kuasa seperti yang diperbekalkan mengikut para 6 ‘Education (School Discipline) Regulations’. didapati jawatankuasa ini kurang berfungsi. Adalah tidak bijak sekiranya Pengetua atau Guru Besar menyerahkan bulat-bulat kuasa disiplin ini kepada Guru-guru tanpa mengambil tahu dan mengawalnya sendiri. Perlu ditegaskan bahawa Pengetua dan Guru Besar mempunyai kuasa bagi mengawal organisasi sekolahnya dan bagi menentukan disiplin. 78. Menubuh dan menggerakkan Jawantankuasa hal-Ehwal Murid-murid Peringkat Sekolah (sepertimana yang diarahkan melalui surat siaran KP(BS)8591/Jld. 5.3. mereka adalah bertanggungjawab sepenuhnya dan memastikan usaha-usaha dijalankan bagi meningkatkan lagi mutu disiplin di sekolah masing-masing.5 Sekolah-sekolah hendaklah mewujudkan iklim disiplin sekolah yang berkesan iaitu dengan membentuk orientasi bahawa sekolah adalah juga sebagai punca masalah disiplin. Guru-guru baru yang ditempatkan ke sekolah-sekolah dari Maktab Perguruan dan Universiti hendaklah juga diambil tindakan yang sama. mereka mempunyai kuasa menjalankan hukuman biasa sekiranya perlu dan difikirkan munasabah. Adalah didapati bahawa terdapat banyak sekolah yang tidak menubuhkan jawatankuasa ini dan mana-mana sekolah yang telah pun berbuat demikian.ll/(16) bertarikh 10. 75.1983 dan menentukan fungsifungsi jawantankuasa ini dilaksanakan. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah hendaklah memastikan bahawa sekolah-sekolah mempunyai ordinanordinan pelajaran. hak-hak dan tanggungjawab mereka serta prosedur-prosedur mengambil tindakan disiplin yang betul.79. 74. buku-buku panduan dan surat-surat pekeliling yang berkaitan dan jika perlu membuat salinannya dan diedarkan ke sekolahsekolah. Memastikan pihak sekolah menjalankan tindakan menyalurkan maklumat mengenai ordinan-ordinan pelajaran. mengorientasi para guru dan kakitangan sekolah bahawa sekolah adalah bertanggungjawab bagi meningkatkan lagi disiplin dan orientasi penyelesaian masalah disiplin berasaskan kepada maklumat-maklumat sebenar.

Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbar-akhbar. Timbalan Menteri Pelajaran. pengubahsuaian kepada panduan-panduan yang ada perlu dibuat mengenai langkah-langkah dan strategi. Timbalan Ketua Setiausaha l. Laporan bertulis boleh disusuli kemudian. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Oleh yang demikian. Pejabat Pelajaran Daerah juga perlu berusaha mengambil langkahlangkah bagi mengurangi masalah disiplin pelajar-pelajar di daerah masing-masing kerana dalam keadaan yang ada sekarang kebanyakan masalah disiplin adalah bercorak tempatan. Oleh yang demikian. s. Imej buruk mengenai disiplin sekolah yang dipaparkan oleh media massa memberi kesan negatif di fikiran orang ramai oleh kerana kurangnya usaha yang gigih dari pihak kita untuk memberi penjelasan atau maklum balas mengenai kedudukan serta perspektif yang sebenarnya kepada mereka. Setiausaha Sulit kepada Y.B.k. Setiausaha Sulit kepada Y. HASHIM) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll. Setiausaha Sulit Kanan kepada Y. pihak tuan bolehkan secara terus membuat kenyataan pembetulan kepada akhbar memberitahu orang ramai mengenai gambaran sebenarnya jika perlu seberapa segera yang boleh.B. 5. 7. tuan hendaklah menghubungi pihak Kementerian Pelajaran dengan segera mengenai keadaan sebenarnya.B. Sekian. 6. Ketua Setiausaha. . 2.6. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran. Timbalan Menteri Pelajaran. 4. 3. mengikut kesesuaian keadaan setempat. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah. 6.5. Di samping itu. Harap tuan dapat maklumkan surat pekeliling ini kepada semua sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah di negeri tuan. Encik Ng Cheng Kiat. Encik Bujang Haji Ulis. Menteri Pelajaran. Jawatankuasa Hal-Ehwal Murid-murid Peringkat Daerah hendaklah juga digerakkan dengan lebih berkesan lagi dan fungsi-fungsi jawatankuasa ini perlu dilaksanakan. 1. Kementerian Pelajaran. tt (OMAR BIN MOHD.

Bhg. Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini. perkara 2(iv) (a).4/1997: Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6a/1975: Disiplin Murid-Murid Menghisap Rokok.KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KP/(BS)8591/Jld. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt (DATUK MATNOR DAIM) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia . semua Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengambil tindakan ke atas murid yang di dapati bersalah menghisap rokok dengan mengenakan hukuman seperti berikut: Kesalahan Kali Pertama Kesalahan Kali Kedua Kesalahan Kali Ketiga Kesalahan Kali Keempat Kesalahan Kali Kelima 3. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.Bhg. Sekian.VIII/(75) 22 Mei 1997 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Dato’/Datuk/Tuan/Puan. 2. : : : : : Rotan 1 kali Rotan 2 kali Rotan 3 kali Gantung Persekolahan (selama tempoh tidak melebihi 14 hari) Buang Sekolah Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua negeri Y. Dato’/Datuk/Tuan/Puan. terima kasih.

Berkuatkuasa pada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan. 3. Y. Ketua –Ketua Bahagian Kementerian. 5. Ibu bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Kementerian Pendidikan. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt (DATUK MATNOR DAIM) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. 8. Ketua Unit Perhububgan Awan. 2.1/1983: Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-sekolah adalah terbatal. datuk Dr. Dato’/Datuk/Tuan/Puan.B Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia. Chan Fong Onn. Ketua Setiausaha. Timbalan .1 dalam Surat Pekeliling Bil.Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. Larangan ini meliputi keselurahan premis sekolah. 7. 1. Sekian. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. terima kasih. 6.5/1997: Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok Dimaklumkan bahawa ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadikan bangunan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN MEROKOK mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau. 2. Dato’ Khalil bin Yaakob. Y. 3. Timbalan -Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian.B. sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid. kakitangan.k. 4. Setiausaha Sulit kepada Y. Bhg.VIII/(76) 22 Mei 1997 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Perkara 4. 1993.B. . semua guru.KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KP/(BS)8591/Jld.

8/1983 Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran Tujuan surat pekeliling ini ialah untuk menarik perhatian Guru-guru Besar dan Guruguru mengenai hukuman-hukuman yang dikenakan kepada murid-murid yang melakukan perbuatan-perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan di dalam Peraturan-peraturan Pelajaran.B. tidak disebut dengan jelas akan hukumannya dalam peraturan tersebut. mendera seperti berlari keliling padang. memulas telinga. BANGUNAN BANK PERTANIAN LEBUH PASAR BESAR KUALA LUMPUR. Banyak aduan telah diterima oleh Kementerian ini mengenai tindakan hukuman yang dikenakan oleh guru-guru ke atas murid-murid kerana melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan itu. . Sungguhpun peraturan tersebut memperuntukan secara am kuasa kepada Guru Besar bagi menjalankan hukuman-hukuman biasa ke atas murid-murid untuk menjaga disiplin atau ketenteraman sekolah. Tindakan menghukum seperti ini adalah tidak sesuai dilakukan kerana ia boleh membawa kepada implikasi-implikasi yang tidak diingini. mencubit hingga lebam. Datuk/Tuan. Kesalahankesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahankesalahan sepertimana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia ada seperti Peraturan-peraturan Pelajaran(Disiplin) Sekolah 1959. menampar. hukumannya juga ada dinyatakan. tidak memberi perhatian sewaktu Guru mengajar. misalnya membuat bising dalam darjah.II/(17) 7 November 1983 Semua Pengarah pelajaran Negeri. mencela. 3. menjemur atau menghukum murid secara kumpulan atas alasan si pesalah enggan mengaku dan berbagai lagi. Malaysia Y. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Tindakan hukuman itu adalah seperti mengetuk/ menyekel kepala murid. Telefon :922066 Kawat:’PELAJARAN’ KP(SB) 8591/Jil. Bagi tiaptiap kesalahan yang disebutkan dalam peraturan-peraturan itu. Bagi perbuatan-perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan itu.BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 12-14. berkeliaran (loitering) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini. Sekian. mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang telinga. 2.

Timbalan Ketua Setiausaha l. 12. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l. Timbalan Menteri Pelajaran. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll. Kementerian Pelajaran. 8. 3. Setiausaha Sulit kepada Y. Tang Tiong Hong. Kementerian Pelajaran.B. Kementerian Pelajaran. 10.B. Timbalan Menteri Pelajaran. 11. Ketua Pengarah Pelajaran. Setiausaha Sulit kepada Y. Pegawai Khas I kepada Y. Dato’ Khalil bin Yaakob.B. 9. 1. Dr. Kementerian Pelajaran. Pegawai Perhubungan Awam. 5. Ketua Setiausaha. . Menteri Pelajaran. Timbalan Ketua Setiausaha ll. Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran. Menteri Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran. 13. 2.‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ tt (TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR) Ketua Pengarah Pelajaran. Ketua-ketua Bahagian. 4. 6. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran. 7. Setiausaha Sulit kepada Y. s.B. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. Kementerian Pelajaran.k.

BAHAGIAN SEKOLAH, JABATAN SEKOLAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 5, BLOK J (SELATAN), PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR.

Telefon : 03-2556900 Fax : 03-2535150

Kawat : “PELAJARAN” KP(BS)8591/Jld.Vlll( 10) 11 Oktober 1995 Semua Pengarah Pelajaran Negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah ------------------------------------------------------------------Sejak akhir-akhir ini terdapat tindakan dan hukuman yang keterlaluan dikenakan oleh pihak sekolah sama ada oleh pengetua, guru besar atau guru-guru ke atas pelajarpelajar sepertimana yang dilaporkan oleh media massa. Antaranya pelajar dijemur di tengah panas, melakukan ketuk ketampi yang menyebabkan pengsan, mencubit hingga berdarah, merotan hingga melukai dan mencederakan, berlari dengan memakai seluar dalam dan menyuruh murid berbuat sesuatu yang tidak berperikemanusiaan. 2. Tindakan-tindakan sedemikian telah menjadi pengetahuan masyarakat umum. Disamping itu terdapat pula kejadian-kejadian yang berlaku di bilik darjah atau di persekitaran sekolah secara senyap-senyap dan terselindung daripada penglihatan kita, misalnya pengucapan kata-kata yang kesat dan penyikiran pelajarpelajar dengan cara memandang sepi dimana kesemuanya ini merupakan pemusnahan semangat dan melanggar Tatacara Disiplin Sekolah yang telah digariskan bagi panduan pengetua, guru besar dan guru-guru. 3. Pelbagai jenis tindakan yang menggambarkan perhubungan buruk antara guru dengan pelajar akan berterusan dipaparkan di media massa untuk tatapan masyarakat. Sekolah-sekolah akan terus menjadi sasaran dan maruah profession perguruan akan terus tercabar dan seterusnya akan menggugat reputasi Kementerian Pendidikan. 4. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk mengingati pengetua, guru besar dan guru-guru supaya tindakan yang diambil hendaklah berdasarkan panduanpanduan seperti yang terkandung dalam: 4.1 4.2 Panduan Am Disiplin Sekolah. Kementerian Pelajaran Percetakan Adabi, Kuala Lumpur 1981. Panduan Tatacara Disiplin Untuk Guru Besar dan Guru Kementerian Pendidikan. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1988.

4.3

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983 bertarikh 17 November 1983 iaitu mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam PeraturanPeraturan Pelajaran.

5.

Antara panduan yang dijelaskan ialah: 5.1 5.2 Elak dan hindarkan diri daripada nafsu marah dan membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu. Hukuman yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti berbentuk penyeksaan, cacian di khalayak ramai yang memberi kesan emosi atau lain-lain hukuman liar serta tidak berperikemanusiaan hendaklah dielakkan.

6. Diharap Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan dapat memaklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua pengetua, guru besar dan guru. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ tt (TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD. ZAHID BIN MOHD. NOORDIN) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia.

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900 PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web http://www.moe.gov.my 50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(8) 19 Julai 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001 Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah ____________________________________ Kes jenayah berat yang melibatkan murid sekolah kerap terjadi sejak akhir-akhir ini . Ia menimbulkan banyak persoalan tentang bagaimana perbuatan jenayah seumpama ini boleh dilakukan oleh golongan murid sekolah. Walaupun secara umum diketahui bahawa kejadian-kejadian ini mempunyai pelbagai kejadian dengan perkara yang berlaku di luar persekitaran sekolah, namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua yang membabitkan murid sekolah, namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua kes yang membabitkan murid sekolah. Ringkasnya, ia bersangkutan dengan ketidakseimbangan mental dan emosi yang didorong oleh pelbagai sebab. Dalam menanganinya, kita tidak kekurangan pendapat dan saranan. Ada yang menyimpulkan rentetan kejadian yang berlaku seperti murid dirogol dan dibunuh oleh murid sesama sekolah, murid bergaduh dan bertumbuk di perhimpunan sekolah, dan murid koma akibat dipukul oleh murid lain adalah kerana murid-murid ini tidak mempunyai kestabilan emosi akibat tekanan sosial yang hebat, sama ada di dalam mahupun di luar sekolah. 2. Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah(PPB/PPD), semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil langkah- langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin di sekolah-sekolah. Pengurusan hal ehwal murid (HEM) hendaklah dimantapkan serta dipertingkatkan kecekapannya di pelbagai peringkat institusi pendidikan, iaitu di JPN, PPB/PPD, dan sekolah. Pengetua/Guru Besar dan Guru Penolong Kanan (HEM) hendaklah memikul tanggungjawab bagi melaksanakan sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan serta mempunyai rekod murid yang kemas kini. 2.1 Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah Sistem rekod murid yang sedia ada (Kad 01 & 02) perlu dilihat semula, sama ada telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal murid yang cekap dan berkesan. Sistem tambahan boleh dicipta sekiranya ia dapat membantu pihak sekolah dan guru dalam hal pemantauan dan kawalan mengenai perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang mereka bersekolah.

Semua guru perlu diberikan pendedahan tentang cara mengenal pasti murid-murid yang bermasalah dalam kelas masing-masing. Profil ini hendaklah dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan murid. rekod disiplin. sekolah diminta supaya memperkemaskan profil murid dari hari pertama persekolahan disekolah masing-masing. butiran peribadi dan keluarga. pilihan kerjaya dan kemahiran sosial hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa. Guru sewajarnya membantu murid yang bermasalah atau merujuk murid yang berkenaan kepada Guru Kaunseling atau Kaunselor sekolah supaya murid-murid sedemikian dapat meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam hati sanubari mereka. 2.3 Pemantauan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah Sekolah hendaklah memastikan guru kaunseling sentiasa mempunyai maklumat yang kemas kini mengenai murid yang mempunyai masalah daripada guru kelas atau guru tingkatan. Guru Besar atau Pengetua boleh secara pentadbiran mengurangkan bilangan waktu mengajar Ketua guru Disiplin supaya mereka mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan laporan atau profil yang lengkap mengenai segala salah laku murid serta langkah yang wajar diambil untuk memulihkan murid berkenaan.Melalui sistem pengurusan hal ehwal murid. semua guru mesti mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. Guru-guru kelas terutamanya. minat. Laporan kes-kes yang khusus merujuk salah laku murid yang berpindah sekolah juga perlu dihantar ke sekolah baru secara sulit supaya pemantauan dan pemulihan berterusan dapat dilakukan terhadap murid berkenaan. 2. Profil yang mengandungi maklumat murid seperti gambar murid. Semua rekod disiplin dan profil murid hendaklah disimpan dengan baik di tempat yang selamat. boleh memainkan peranan yang penting sebagai guru disiplin bagi kumpulan murid-murid di kelasnya. Dalam masa yang sama. prestasi akademik. Kaedah sebegini adalah bertujuan supaya guru-guru mengenali murid dan keluarganya dengan lebih dekat lagi. . Sekolah hendaklah menyimpan salinan maklumat rekod dan profil murid dalam tempoh masa yang sesuai walaupun murid telah menamatkan persekolahan untuk keperluan-keperluan tertentu. hobi. sama ada ketika berpindah kelas atau bertukar sekolah.2 Pemantapan Pengurusan Disiplin Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah yang berfungsi merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan murid. Murid-murid berkenaan perlu diberikan khidmat nasihat sehingga keadaan permasalahan yang mereka hadapi dapat dipulihkan sepenuhnya.

Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serta kemesraan antara guru-guru dengan ibu bapa. iaitu ketika balik dari sekolah dan pada keadaan-keadaan mengikut amalan biasa seperti tertinggal bas. Sekolah dengan kerjasama dan permuafakatan Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) hendaklah merangka program “Lawatan ke Rumah” (Home Visit) bagi membolehkan guru-guru lebih mengenali latar belakang murid dan keluarganya. Selain daripada itu.5 Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri Setiap murid seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri mereka.2. Pembimbing Rakan sebaya. Pendidikan Keselamatan diri boleh dilakukan melalui aktiviti kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah seperti Kelab Pencegahan Jenayah. Melalui aktiviti kelab-kelab ini. sekolah juga harus menggalakkan program timbal-balik yang meminta ibu bapa berkunjung ke sekolah bagi membincangkan perkembangan anak mereka dengan guru dari masa ke masa. Dengan wujudnya kemesraan ini maka gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh murid dapat dihindar dan dibendung. Kesedaran keselamatan diri ataupun perlindungan diri perlu ditekankan di sekolah-sekolah bagi mengingatkan murid supaya tidak berseorangan apabila ketika di luar waktu rasmi persekolahan. sama ada di sekolah atau di luar waktu sekolah. Guru-guru pula boleh menyampaikan panduan tentang keperluan menjaga keselamatan sewaktu pendidikan formal di kelas atau kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Sekolah perlu sentiasa mengingatkan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri sewaktu perhimpunan rasmi dari semasa ke semasa. bahan kimia. Sekolah hendaklah mempamerkan maklumat penting mengenai panduan keselamatan ini di tempat yang strategik serta memaklumkan kepada murid-murid nombor-nombor telefon yang boleh dihubungi ketika mereka berada dalam kecemasan. Bahaya penggunaan alatan elektrik. alatan sukan dan permainan serta tingkah laku yang boleh memudaratkan diri hendaklah sentiasa diperingatkan oleh guru-guru. . ibu bapa tidak menjemput seperti biasa.4 Sekolah Penyayang Konsep “Sekolah Penyayang” yang menekankan kepada rasa sayang menyayangi serta menimbulkan kemesraan di antara guru dan murid. tertinggal oleh rakan atau berada di tempat-tempat sunyi. Skim Lencana Anti dadah (SLAD) dan Badan-badan Beruniform yang lain. penyebaran maklumat berkaitan dengan kemalangan/jenayah hendaklah disampaikan dan dibincangkan untuk difahami oleh murid-murid. 2. murid dengan murid serta antara warga sekolah dengan ibu bapa hendaklah dipertingkatkan lagi.

kakitangan dan murid-murid di sekolah. Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKK) dan Rukun Tertangga perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran yang selamat kepada pelajar dan penduduk setempat.Bhg.2. Penjagaan serta penyelenggaraan yang baik terhadap segala kemudahan ini akan menjamin persekitaran yang selamat di sekolah. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah serta semua Pengetua dan Guru Besar sekolah yang berada di bawah pentadbiran Y. Y. . Majlis Perbandaran atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri.6 Permuafakatan Ibu Bapa. sistem bekalan gas. Dalam hal ini pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua masalah atau perlanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid. Sekolah perlu mewujudkan programprogram permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak sekolah.Bhg. ibu bapa juga harus diminta supaya memberikan kerjasama supaya tidak merahsiakan masalah anak mereka. Dato’/Tuan/Puan untuk tindakan selanjutnya. dan segala peralatan yang ada di sekolah. Konsep “Sekolah Selamat” (Safe school) hanya dapat dijayakan sepenuhnya dengan warganya mengamalkan tingkah laku yang boleh menghindarkan bahaya terhadap diri sendiri. Pemeriksaan secara berkala hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian elektrik. 3. Sehubungan dengan itu. malah memaklumkan tingkah laku anak-anak mereka yang luar biasa kepada pihak sekolah atau guru kaunseling supaya tindakan pembetulan dapat dibincangkan secara muafakat. ibu bapa dan masyarakat setempat sesuai dengan konsep “School-Home-Community Partnership’. Masyarakat sekitar seperti pihak polis. Polis Diraja Malaysia dan sebagainya hendaklah dihubungi untuk peperiksaan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal kerosakan atau kecemasan yang boleh membahayakan guru-guru. Sekolah dan Masyarakat Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka yang bermasalah dapat sama-sama dibantu. atau apa jua sistem yang boleh mengudang bahaya di sekolah. sistem pendawaian elektrik. 2. Jabatan atau agensi yang bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat. Dalam hal yang sama. Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas.7 Sekolah Selamat (Safe School) Aspek keselamatan dalam sistem persekolahan hendaklah diberi keutamaan dalam pengurusan sekolah. harta benda. Pengetua/Guru Besar dan guruguru mesti selalu mengingatkan tentang kepentingan menjaga keselamatan diri. rakan sebaya serta orang lain.

Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9.Sekian. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Y. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 8. Kementerian Pendidikan 10. Terima kasih. Y. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. Y. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 7.B. 1. Y.B. Kementerian Pendidikan 5. Ketua Perhubungan Awan.B. Kementerian Pendidikan . Ketua Jemaah Nazir Sekolah. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen.k. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2.B.

..moe. 3. 2.. Jawatankuasa Disiplin Sekolah hendaklah dari semasa ke semasa mengadakan pemeriksaan untuk mengesan tanda-tanda kegiatan negatif murid-murid. pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Sehubungan dengan itu. Telefon: 03-2586900 PARAS 7.” . Laman Web :http://www... Dato’/Tuan/Puan adalah diminta mengambil tindakan segera dan sewajarnya supaya murid tidak melibatkan diri dan terjerumus dalam kegiatan ini.gov.. Disamping itu. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Maka..PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA. Y...9/2001 Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif _________________________________________ Pihak Kementerian Pendidikan mendapati sejak kebelakangan ini terdapat muridmurid sekolah yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif seperti melibatkan diri dengan kumpulan Black Metal.. Dato’/Tuan/Puan. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah (PPB/PPD) dan sekolah mestilah mengadakan program-program khas untuk memberi penjelasan dan kesedaran akan kesan negatif jika mereka terlibat dengan kumpulan-kumpulan berkenaan.XVll(9) 23 Julai 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.. Skin Head.... Punk dan Cyber Cafe yang boleh menjejaskan penumpuan mereka terhadap pembelajaran. Bagi pelajar-pelajar yang beragama lslam khususnya... tindakan awal yang sewajarnya hendaklah diambil untuk membendung dan mengatasi masalah ini bagi mengelakkan perkara seumpama ini merebak dan membabitkan lebih ramai murid..... BLOK J.. Jabatan Pendidikan Negeri juga diminta melaporkan dengan segera kejadiankejadian serius yang berlaku di sekolah tanpa menunggu arahan melalui surat atau faksimili dari Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mengenai berita-berita sensasi yang didedahkan dalam akhbar dan media massa seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986: Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah (Para 6) :-m “ Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbarakhbar.Bhg. Bhg.my 50604 KUALA LUMPUR. kegiatan ini boleh menjejaskan aqidah mereka. KP(BS)8591/Jld.. Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa memantau dan menyiasat murid-murid supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan tersebut.. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.... tuan hendaklah menghubungi pihak Kementerian Pelajaran dengan segera mengenai keadaan sebenarnya. Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA.

B. Ketua Jemaah Nazir Sekolah. Y.k. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 8. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 7. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Terima kasih. Sekian. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2.Bhg. Y. Kementerian Pendidikan 10. Ketua Perhubungan Awam.B.B. 1. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Dato’/Tuan/Puan adalah amat dihargai supaya tindakan penyelesaian yang segera dapat dilakukan untuk mengatasi gejala-gejala negatif yang melibatkan murid-murid sekolah pada masa kini dan juga masa-masa akan datang. Kementerian Pendidikan 5. Kementerian Pendidikan . Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. Y. Kerjasama Y.4.B. Y.

Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA. satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaklah perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan. Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan: “Adalah seperti tuan termaklum. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. BLOK J.. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja. 8/1968 mengenai Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan: “. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah..gov. Laman Web :http://www. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah. 2.” ii.moe.PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA... Sepatutnya. KP(BS)8591/Jld.. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. . Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil.” Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. i.10/2001 Semua Guru Adalah Guru Disiplin ____________________________________ Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guruguru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh temeh.my 50604 KUALA LUMPUR. Bhg. Telefon: 03-2586900 PARAS 7. Dato’/Tuan/Puan. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di sesebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar.XVll(10) 24 September 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain..tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada guru-guru besar.

B.B. penyayang. Terima kasih. Y. Oleh hal yang demikian. didikan(educative). Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. 10. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha. Sementara itu. iaitu pengetua atau guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebut. 7. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Sekian. Kementerian Pendidikan 11. Y. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen.B. Y. 9.3. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukan dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan disiplin yang tinggi.bhg. Guru-guru hendaklah sentiasa sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin. Ketua Perhubungan Awam. Kementerian Pendidikan . Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan(preventive). kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis.B. 4.k. Sehubungan dengan itu. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan guru besar agar arahan ini dipatuhi. Kementerian Pendidikan 5. Kementerian Pendidikan Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Ketua Jemaah Nazir Sekolah. Y. 1. simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. Kementerian Pendidikan Penasihat Undang-Undang. pembetulan (corrective) dan hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. Y. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. 8.

Untuk Pelaksanaan Program Sekolah Selamat panduan-panduan berikut hendaklah diberi perhatian: 3. KP(BS/HEP)8591/Jld.3 . Pejabat Pendidikan Bahagian/daerah. di samping amalan menjaga keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian. Telefon: 03-2586900 PARAS 7.4/2002 Pelaksanaan Program Sekolah Selamat ____________________________________ Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program Sekolah Selamat untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negara. pengetua dan Guru Besar adalah diarah supaya mengambil langkah wajar dengan mengadakan perancangan yang rapi untuk melaksanakan Program Sekolah Selamat di semua sekolah rendah dan sekolah menengah.2 3.XVll(4) 14 Jun 2002 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Bhg. Tujuan utama pelaksanaan program ini ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah agar warga sesebuah sekolah itu merasa selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari manamana pihak sama ada dari luar mahu pun dari dalam. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.1. 2.1.1.moe. semua Jabatan Pendidikan Negeri. 3.my 50604 KUALA LUMPUR.gov. Sehubungan dengan ini. BLOK J.PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA. Jawatankuasa Khas Sekolah Selamat hendaklah ditubuhkan di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah.1 Jabatan Pendidikan Bahagian/Daerah: 3. Laman Web :http://www. Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA.1 Negeri dan Pejabat Pendidikan Bagi tahun 2002 sebanyak 20% daripada bilangan sekolah rendah dan menengah di setiap negeri hendaklah melaksanakan Program Sekolah Selamat dengan mengambil kira bilangan yang sama rata antara sekolah di dalam bandar dan di luar bandar. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Mulai tahun 2003 semua sekolah di seluruh negara hendaklah melaksanakan Program Sekolah Selamat. 3. Aspirasi sekolah Selamat menjadikan sekolah sebagai tempat di mana perbezaan budaya dan nilai setiap individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak.

Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah.2.3.1. Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mendedahkan konsep dan kaedah pelaksanaan Sekolah Selamat ke semua sekolah.3 3.6 3. Mengadakan sesi taklimat kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta komuniti setempat yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah melalui Program Sekolah Selamat.5 4. Terima kasih. Datuk/Dato’/Tuan/Puan. memantau dan melapor mengenai pelaksanaan Program Sekolah Selamat.1.2.2 3.4 3. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.2. Sekian.Bhg. 3. 3.1 Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat peringkat sekolah.2. yang keahliannya terdiri daripada warga sekolah dan juga wakilwakil daripada masyarakat sekitar sekolah serta agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.5 3. Guru Kaunseling/Guru Bimbingan sekolah hendaklah dilantik sebagai Setiausaha kepada jawatankuasa ini dan juga berperanan sebagai penggerak utama Program Sekolah Selamat. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia .1.4 Fungsi jawantankuasa ini adalah merancang. menasihat.2. Mendapatkan khidmat nasihat dari Sekolah-Sekolah Projek Rintis yang ada di setiap negeri. Memberi pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai maksud dan tujuan Program Sekolah Selamat ini diadakan.2 Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah: 3. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri.

B. Y. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Kementerian Pendidikan 8. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha. Kementerian Pendidikan 5. 1. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Kementerian Pendidikan .s. Kementerian Pendidikan 7.k. Ketua Perhubungan Awam. Y.B. Ketua Jemaah Nazir Sekolah. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Y.B. Kementerian Pendidikan 10. Y.B. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan.

Kuala Lumpur. Jikalau Kelakuan murid itu tidak juga berubah selepas tempoh yang sepatutnya surat amaran yang kedua dan muktamad hendaklah dihantar kepada ibu bapa/penjaga memberitahu mereka bahawa sekiranya kelakuan murid itu tidak bertambah baik. Untuk mengelakkan aduan-aduan seperti itu pada masa akan datang peraturan-peraturan yang berikut hendaklah diikuti oleh Guru-guru Besar sebelum seseorang murid dibuang daripada sekolah. ix) x) xi) . 2. Jika setelah habis tempoh sepatutnya itu. Ibu bapa/Penjaga murid yang telah dibuang dari sekolah-sekolah telah membuat pengaduan bahawa mereka tidak diberi tahu oleh Guru Besar tentang kelakuan curang anak-anak mereka sebelum mereka dibuang. September.1 KP. 1968 Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.KP. Ruj. Di sebaliknya jika keadaan tidak membenarkan. surat siaran seperti di bawah ini dikeluarkan untuk dijadikan pimpinan kepada Guru-guru Besar dalam Negeri tuan supaya dapat diadakan satu persamaan cara tindakan. murid itu akan dibuang tanpa sebarang amaran. selepas memberi amaran kedua. Satu salinan semua amaran-amaran penggantungan atau pembuangan kepada ibu bapa/penjaga murid mestilah dikirimkan kepada Pendaftar Sekolah-sekolah dan juga kepada Pengerusi Lembaga Sekolah. Rumah Persekutuan. murid itu akan dibuang terus. 3. dan murid itu tidak juga menjalankan perubahan dalam kelakuannya. 10hb.PEKELILING-PEKELILING IKHTISAS LAMPIRAN 2. Guru Besar boleh memberhentikan murid itu untuk sementara waktu dalam seminggu atau dua setinggi-tingginya. viii) Murid dan juga ibu bapa/penjaga mestilah diberi amaran bertulis berkaitan dengan kesalahan atau kelakuan curang murid-murid itu dan satu borang jawapan hendaklah disertakan supaya ibu bapa/penjaga boleh memberi akuan terima atas surat amaran itu.6/68. Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam persidangan Ketua-ketua pegawai Pelajaran.8543/(10) Kementerian Pelajaran Malaysia.8543/(10) bertarikh 10 september 1968.

p setiausaha Tetap (bahagian Sekolah-sekolah) Kementerian Pelajaran tt . ugutan-ugutan dan acaman terhadap murid-murid). xiii) xiv) 4. Guru Besar hendaklah memberhentikan murid untuk sementara waktu sementara satu penyelidikan dibuat. persetujuan Pendaftar Sekolah hendaklah diminta sebelum murid itu boleh diterima masuk semula. Jikalau penyelidikan itu membenarkan supaya murid-murid itu dibuang maka ia bolehlah dibuang sekolah. Perhatian tuan adalah ditarik kepada seksyen 7 dan 8 (b) Peraturan Pelajaran 1959(Tatatertib sekolah) mengenai murid yang mengambil bahagian dalam pilihanraya atau kegiatan-kegiatan politik. Jika Lembaga Pengurus bersetuju untuk mengambil semula murid itu. tt (Yap Hong Kuan) b.xii) Dalam perkara-perkara yang keterlaluan di mana kesalahan atau kelakuan curang yang yang memerlukan pembuangan serta-merta tanpa diberi amaran (seperti : pemerasan. Ibu bapa/penjaga hendaklah diberi tahu berkenaan dengan pembuangan murid itu supaya mereka boleh membuat rayuan kepada Lembaga Pengurus terhadap keputusan Guru Besar itu. Pendaftar Sekolah-sekolah mestilah diberi tahu oleh Guru Besar sebelum sesuatu tindakan diambil untuk menggantung atau membuang seorang murid kerana sebab-sebab ini.

Oleh yang demikian. September. Seseorang itu mestilah ingat bahawa seseorang murid itu ialah perseorangan yang tidak cukup matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.2 KP.8543 02(12) Kementerian Pelajaran Malaysia.KP. 3. Sekolah-sekolah adalah ditubuhkan untuk perkembangan penuntut untuk menjadikan mereka warganegara yang berguna boleh menilaikan kebudayaan mengetahui nilaian-nilaian akhlak dan rohani.LAMPIRAN 2. tetapi peraturan-peraturan itu tidak ada menegaskan bahawa tatatertib itu boleh digunakan oleh semua Guru-guru dan pentadbiran-pentadbiran pada setiap waktu. 2. Tatatertib di Sekolah-sekolah Tatatertib di Sekolah-sekolah Banyak aduan telah diterima berkenaan dengan tingkah laku murid-murid dan di antaranya didapati menghisap rokok dalam perjalanan mereka balik ke rumah selepas sekolah. Peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah telah dibuat untuk menjamin adanya tatatertib yang baik di sekolah-sekolah.8/1968. 1968 Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 4. . Ruj. Kuala Lumpur. kesihatan jasmani dan akal serta mempunyai ilmu pengetahuan sains dan bibitan-bibitannya. memahami perhubungan antara manusia. Tatatertib ialah sebahagian dari proses pelajaran kita dan pada amnya ditakrifkan sebagai tindakan atau peraturan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah diikuti. Peraturan-peraturan tatatertib dan kuasa Guru Besar adalah dinyatakan dalam Peraturan Pelajaran 1959 (Tatatertib Sekolah) dan peraturan untuk membuang murid-murid telah dihuraikan dalam M. Surat pekeliling ini adalah dikeluarkan untuk mengingati Guru Besar sekolah dan Guruguru bahawa adalah merupakan salah satu dari tugas-tugas mereka untuk membantu penuntut-penuntut supaya mengetahui apakah dia tingkah laku yang baik dan tidak baik. Mengikut aduan-aduan itu murid-murid ini adalah datang dari sekolah-sekolah yang baik yang dikenali dari pakaian seragam serta lencana sekolah mereka. Rumah Persekutuan.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968. 18hb. Adalah juga dikatakan bahawa beberapa murid-murid mempunyai potongan rambut yang tidak senonoh dan ini menjadikan rupa mereka tidak kemas terutama sekali apabila mereka memakai seluar-seluar ketat. Oleh yang demikian sekolah-sekolah telah mengadakan peraturan-peraturan supaya beberapa tujuan dapat dicapai dan budi pekerti yang sepatutnya ditanamkan ke dalam sanubari murid-murid belaka.E Circular Professional 6/68.

yang berguna seumur hidup. tt (Yap Hong Kuan) b. Perkara-perkara tatatertib yang berat. Sekolah-sekolah dapat menolong murid-murid untuk memperkembangan sifat-sifat diri yang baik. Menghisap rokok dan meminum minuman yang memabukan. 6. kerjasama dari Guru Besar serta Guru-guru adalah diminta supaya penuntutpenuntut mempunyai budi pekerti. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh Sekolah dan Pejabat Pelajaran. Mencuri Melawan pihak-pihak yang berkuasa. Menjadi ahli dalam Pertubuhan-pertubuhan Haram.Dengan membimbing tingkah laku dan pakaian yang patut di pakai di dalam bilik darjah. akhlak dan ketaatsetiaan yang baik. Hendaklah diambil perhatian bahawa penggantungan sementara tidak boleh melebihi dari 10 hari.5. Mengancam penuntut-penuntut yang lain.p Setiausaha Tetap (Bahagian Sekolah-sekolah) Kementerian Pelajaran . 7. Tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalahmasalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada Guru Besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Merosakkan atau membinasakan harta sekolah. dengan tujuan jahat. Memandangkan kepada perkara-perkara diatas. Perkara-perkara yang berikut adalah berat di mana pembuangan atau penggantungan sementara boleh ditimbangkan: ix) x) xi) xii) xiii) xiv) xv) xvi) Membawa senjata-senjata yang merbahaya. Rambut juga hendaklah dipotong baik. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada Guru Besar. Pakaian Sekolah adalah satu tempat belajar dan pakaian yang dipakai hendaklah selaras dengan tujuan ini.

Bahagian Jemaah Nazir. Bahagian Latihan Guru-guru. Bahagian Peperiksaan. Bahagian Biasiswa dan Latihan. Ketua Pegawai Pelajaran. Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan. .k. Bahagian Sekolah-sekolah. Bahagian Kewangan. Bahagian Pentadbiran. Semua Negeri.s. Bahagian Pelajaran Teknik.

iii) Guru-guru penolong sekolah hendaklah diminta memperhatikan murid-murid yang merokok. Walaupun perkara seperti ini tidak berlaku di tiap-tiap buah sekolah namun begitu Kementerian memandang berat akan keadaan yang tidak sihat ini. Langkah-langkah i) Guru-guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada masa perhimpunan diadakan disekolah bahawa penghisap rokok adalah dilarang untuk murid-murid sekolah kerana sebab-sebab kesihatan. 01-34 5hb. Sekolah dalam peranannya sebagai ibu bapa kedua (in loco parentis) mempunyai tanggungjawab untuk melindungi murid-murid dari aktiviti yang akan merosakkan individu-individu dan membahayakan institusi itu. Selepas tempoh pengampunan selama seminggu itu sesiapa yang didapati merokok akan menghadapi tindakan disiplin. Tuan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8548/8(75) Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. 1975 Pengarah Pelajaran Negeri.KP. Semua Negeri Semenanjung Malaysia. Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mendapati perkara menghisap rokok telah berlaku di kalangan murid-murid di beberapa buah sekolah di negara ini.6A/1975 Ruj. . iv) Apabila seseorang murid didapati menghisap rokok langkah-langkah berikut hendaklah diambil:(d) Tindakan disiplin yang sewajarnya hendaklah diambil. Sabah/Sarawak.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975. Semua murid-murid mestilah diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi.LAMPIRAN 2. ii) Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa tempoh pengampunan (period of grace) selama seminggu akan diberi kepada muridmurid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu. Semua Pengarah-pengarah Pelajaran Negeri/Guru-guru Besar hendaklah mengambil langkah-langkah seperti berikut untuk menghapuskan gejala yang buruk ini dari sekolah-sekolah. 2.6 KP. Rumah Persekutuan.Tambahan pula adalah didapati penghisapan dadah adalah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu perkara ini tidak boleh diringankan. September.

k. Saya yang menurut perintah. Nota : Dengan ini Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Murid itu hendaklah dirujukkan kepada guru panduan untuk perundingan(counceling) dan nasihat. 6/1975 adalah dibatalkan. Setiausaha Sulit kepada Timbalan Y. Timbalan Ketua Setiausaha. Ketua Setiausaha Kementerian.6/1975 dan Bil 6A/1975 adalah dalam ceraian 2(i). Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu Sumua Guru Besar sekolah mengenai kandungan surat pekeliling ini drngan segera. b. Jabatan Pelajaran Negeri untuk tujuan statistik dan penyelidikan. Setiausaha Sulit kepada Y. Perbezaan di antara Bil. 4.B. Ketua Setiausaha Kementeria Pelajaran s. tt (KUM BOO) Bahagian Sekolah-sekolah.p. Menteri Pelajaran. (f) 3. Menteri.(e) Ibu bapa/penjaga murid itu hendaklah diberitahu bahawa kerjasamanya boleh didapati bagi mempengaruhi murid itu berhentikan merokok. Ketua Pengarah Pelajaran.B. . Guru panduan dikehendaki menyimpan rekod-rekod sulit mengenai kejadian seperti ini dan rekod itu mungkin akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran.

8548/8/(67) bertarikh 19 Ogos 1975. Pengarah Latihan Guru. Tindakan-tindakan Yang Harus Diambil Adalah ditegaskan bahawa semua guru yang terlibat dalam sebarang tindakan yang disenaraikan di bawah ini hendaklah menganggap perkara ini sebagai perkara yang paling sulit dan oleh demikian hendaklah mengamalkan dan menggunakan kebijaksanaan mereka pada setiap masa. Surat Pekeliling Ikhtisas No.7/1975 Ruj. Pada mulanya menerangkan bahawa ia ada masalah persendirian (Personal).KP. Pada umumnya polisi Kementerian Pelajaran ialah untuk menolong murid-murid berkenaan mendapat pertolongan sewajarnya (melalui rujukan. murid-murid meminta perkara ini dirahsiakan dan menyatakan keinginan atau kemahuannya untuk mendapatkan pertolongan jika maklumat itu tidak dihebahkan kepada .8548/8/(67) Kementerian Pelajaran Malaysia. telah ada murid-murid sekolah yang dengan sengaja atau tidak telah terlibat dalam eksperimen atau salah guna dadah. Lazimnya dalam kes seperti ini.1. Semua Negeri Semenanjung Malaysia. perawatan dan pemulihan) dan mensepadukan mereka semula dengan sekolah serta melindungi murid-murid itu supaya mereka tidak menderita dari publisiti yang tidak diingini.1. Garis panduan yang dinyatakan di bawah ini adalah peraturan yang harus diambil apabila seseorang murid telah dikenali sama ada sebagai penyalah guna dadah yang disyaki atau pengguna dadah tetap. Kemudian itu ia didapati telah mencuba dadah atau telah menjadi penagih dadah (experimented with drug/dependent on drugs). Pengarah Pelajaran Teknik dan Vokasional.3 Kes ini dengan seorang murid dengan kemahuan sendiri berjumpa Guru Panduan atau mana-mana guru di sekolah. 5. Salah Guna Dadah – Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar Seperti yang telah diketahui. Rujukan Sendiri (Self-referral) 2. Tindakan disiplin hanya akan diambil sebagai langkah yang akhir sekali apabila segala percubaan untuk memberi pertolongan setelah gagal dan juga hanya selepas berunding dengan Pengarah Pelajaran Negeri. Sabah/Sarawak.LAMPIRAN 2. Kuala Lumpur. Ogos 1975 Pengarah Pelajaran Negeri. 2. Rumah Persekutuan. Tuan. 19hb.7 KP.

Jika Guru Panduan menetapkan bahawa pengesyakan itu sah. Sekiranya murid itu telah memberitahu secara sulit kepada seseorang guru lain. maka langkah yang patut diikuti ialah seperti perenggan 2.1.2. Jika murid itu tidak dapat dipujuk. Guru Panduan mestilah mengadakan hubungan dengan murid itu dan membina kepercayaan murid itu tentang peranan dan pertolongan Guru Panduan sebelum mencuba menerangkan betapa mustahaknya rujukan atau melibatkan pertolongan ibu bapa/penjaga. dia haruslah menjelaskan kepada murid itu bahawa rujukan dan penglibatan orang- . Rujukan oleh Guru-Guru/Murid Seorang Guru sekolah boleh menyatakan pada Guru Panduan bahawa ia mempunyai sebab yang nyata mengesyaki seseorang murid tertentu telah dan sedang mencuba dadah. Atau seseorang murid lain mungkin dengan sukarela memberi keterangan ini mengenai murid lain apabila temuramah perundingan dijalankan. Guru Panduan mestilah membantu murid untuk bersetuju tentang tindakan yang akan diambil. c) Perbekalan undang-undang (Akta Dadah Berbahaya (pindaan 1975) dalam mana murid itu boleh dipaksa atau dikehendaki untuk rujukan kepada agensi-agensi yang wajar untuk rawatan/pemulihan). Selepas itu ia mungkin mengaku yang ia telah mencuba dadah atau menyalahgunakan dadah. Guru Panduan harus menggalakkan murid-murid menerangkan tentang keadaan dirinya dan berasaskan penerangan yang diterima itu setelah ditapis dapatlah menentukan sama ada murid yang disyaki itu sebenarnya betul atau tidak menyalahgunakan dadah. Guru Besar. b) Kuasa ibu bapa/penjaga. adalah menjadi tugas Guru Panduan menerangkan kepadanya tentang:a) Peraturan sekolah. pegawai masyarakat dan lain-lain.4 Kes ini mengenai seorang murid yang mungkin menyatakan masalahnya berhubung dengan percubaan penyalahgunaan dadah tanpa berkehendakkan perkara ini dirahsiakan. sifat sendiri dan lain-lain.2. Dalam temuramah itu maka ketentuan akan didapati sama ada murid itu mengalami masalah yang berhubung dengan kerja sekolah. Seseorang murid harus meminta perkara ini dirahsiakan sepenuhpenuhnya sebagai syarat sebelum ia menyatakan masalahnya. guru besar dan lain-lain orang yang berkenaan. Guru Panduan hendaklah bersedia berjanji untuk menjaga rahsia ini dan selepas itu bolehlah merujukkannya pada badan-badan rujukan lain dengan persetujuan murid berkenaan. Dalam kes-kes yang telah dirujuk kepada Guru Panduan.2 Dalam kes-kes seumpama itu.ibu bapa/penjaga. Dalam kes seperti ini. 5. 2. (setelah diadakan hubungan baik dengan murid yang disyaki itu) Guru Panduan hendaklah memanggilnya untuk ditemuramah. Murid itu hendaklah diberi jaminan bahawa rujukan dan penglibatan orang-orang lain dibuat dengan tujuan dan matlamat tertentu iaitu menolong murid tersebut dan etika ikhtisas(profesional ethics) dan keyakinan/kepercayaan yang sepenuhnya (utmost good faith) akan dijaga dan dihormati. 2.2 di bawah.

n) Merujukkan kes itu kepada Guru Panduan. r) Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat yang berkenaan. Rujukan Dibuat Atas Keputusan Tindakan Disiplin Dalam sesebuah sekolah mungkin ada tindakan disiplin diambil misalnya hukuman rotan. Guru Panduan hendaklah menegaskan kepada murid tersebut prospek atau kemungkinan untuk pulih semula bergantung kepada kemahuan dan azam murid itu sendiri untuk bebas daripada bahaya itu. p) Mengesahkan syak itu secara mengaku sendiri bukti-bukti lain. “Checklist” Tindakan yang Harus Diambil oleh Guru Panduan Pelajaran dan Kerjaya/Guru Besar. x) Persepaduan dan tindakan ekoran oleh sekolah. maka Guru Panduan haruslah memujuk murid tersebut untuk bersetuju :iii) iv) Mustahaknya meluaskan hubungan tentang masalah ini kepada Guru Besar dan ibu bapa/penjaga. Mustahaknya merujukkan murid ini kepada agensi-agensi yang wajar untuk rawatan dan pemulihan. w) Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat. o) Guru Panduan tetapkan jadual masa temuramah perundingan/temuramah-temuramah. guru panduan haruslah menemuramah dan berbaik-baik dengan murid tersebut dan galakkan ia untuk menerangkan tentang diri sendiri dan masalah yang sedang dialami yang menyebabkan ia menjadi nakal atau jahat berkelakuan tidak senonoh.orang lain akan dibuat dengan tujuan tertentu iaitu untuk menolong murid itu dan etika ikhtisas dan niat yang baik akan dipelihara dan dihormati. 2. ponteng sekolah.2 Dalam kes seperti ini.3. 5. m) Menerima laporan atau rujukan murid sendiri mengenai masalah dadah. q) Guru Besar diberitahu hal ini dan ia hendaklah dengan segera memberitahu Pengarah Pelajaran Negeri tanpa memberi nama murid yang terlibat. . kelakuan tidak senonoh misainya mencuri. tidak hadir kelas dan lain-lain selepas tindakan disiplin diambil. Selanjutnya jika dalam proses perundingan itu Guru Panduan mendapati masalah murid itu termasuk juga salah gunaan dadah.3. penggantungan terhadap seseorang murid kerana kesalahan. v) Rawatan oleh doktor sebagai pesakit luar atau pesakit dalam. u) Ibu bapa/penjaga diberitahu oleh Guru Besar /Guru Panduan/ Pegawai Kebajukan Masyarakat. s) Berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk merujukkan murid itu kepada doktor. 3. murid itu bolehlah dirujuk kepada Guru Panduan. t) Pengesahan/penyangkalan oleh doktor sama ada murid itu menyalahgunakan dadah. Guru Panduan haruslah menerangkan pada mulanya yang ia bertujuan untuk menolong murid itu dan pertolongan yang akan diberikannya adalah termasuk dalam peraturan sekolah dan mungkin merepotkan balik kepada Guru Besar mengenai masalah murid itu.

Setiausaha Sulit kepada Y. Saya yang menurut perintah. 6.B. MX Pill) Tranquilisers Hallucinogen (Hallucinogens) 5. tt (KUM BOH) Bahagian Sekolah-sekolah. Menteri Pelajaran Setiausaha Sulit kepada Y. . Sukacita kiranya surat pekeliling ini disebarkan kepada semua sekolah menengah di bawah sampul SULIT.B Timbalan Menteri. Bersama-sama ini dikembarkan petikan dari Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1975 sebagai panduan lanjut untuk Guru Panduan dan Kerjaya dan Guru Besar. Kementerian Pelajaran Malaysia s.k.p Ketua Setiausaha. Dadah-dadah yang Disalahgunakan Pada Masa Sekarang. d) e) f) g) h) i) Ganja (Marijuana) Heroin (Heroin) Morfin (Morphine) Pil M dan Pil MX (M Pill.4. b.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. 2.moe. semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil langkah. kita tidak kekurangan pendapat dan saranan. Dalam menanganinya. Ia menimbulkan banyak persoalan tentang bagaimana perbuatan jenayah seumpama ini boleh dilakukan oleh golongan murid sekolah.PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.my 50604 KUALA LUMPUR. Telefon: 03-2586900 PARAS 7. .3 Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah Sistem rekod murid yang sedia ada (Kad 01 & 02) perlu dilihat semula. Sistem tambahan boleh dicipta sekiranya ia dapat membantu pihak sekolah dan guru dalam hal pemantauan dan kawalan mengenai perkembangan akademik. ia bersangkutan dengan ketidakseimbangan mental dan emosi yang didorong oleh pelbagai sebab. Walaupun secara umun diketahui bahawa kejadian-kejadian ini mempunyai pelbagai kejadian dengan perkara yang berlaku di luar persekitaran sekolah. Bhg. Ada yang menyimpulkan rentetan kejadian yang berlaku seperti murid dirogol dan dibunuh oleh murid sesama sekolah.langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin di sekolah-sekolah. BLOK J.XVll(8) 19 Julai 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. dan murid koma akibat dipukul oleh murid lain adalah kerana murid-murid ini tidak mempunyai kestabilan emosi akibat tekanan sosial yang hebat. dan sekolah. Pengurusan hal ehwal murid (HEM) hendaklah dimantapkan serta dipertingkatkan kecekapannya di pelbagai peringkat institusi pendidikan. sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang mereka bersekolah. KP(BS)8591/Jld. sama ada telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal murid yang cekap dan berkesan. sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.8/2001 Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah ____________________________________ Kes jenayah berat yang melibatkan murid sekolah kerap terjadi sejak akhir-akhir ini . namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua kes yang membabitkan murid sekolah. Sehubungan dengan itu. namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua yang membabitkan murid sekolah. PPB/PPD. iaitu di JPN. Laman Web :http://www. Dato’/Tuan/Puan. Pengetua/Guru Besar dan Guru Penolong Kanan (HEM) hendaklah memikul tanggungjawab bagi melaksanakan sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan serta mempunyai rekod murid yang kemas kini. Ringkasnya. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. murid bergaduh dan bertumbuk di perhimpunan sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). emosi.gov. Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah(PPB/PPD). Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA. 2.

butiran peribadi dan keluarga. boleh memainkan peranan yang penting sebagai guru disiplin bagi kumpulan muridmurid di kelasnya. Semua rekod disiplin dan profil murid hendaklah disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Guru-guru kelas terutamanya. rekod disiplin.Melalui sistem pengurusan hal ehwal murid. Sekolah hendaklah menyimpan salinan maklumat rekod dan profil murid dalam tempoh masa yang sesuai walaupun murid telah menamatkan persekolahan untuk keperluan-keperluan tertentu. Guru Besar atau Pengetua boleh secara pentadbiran mengurangkan bilangan waktu mengajar Ketua guru Disiplin supaya mereka mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan laporan atau profil yang lengkap mengenai segala salah laku murid serta langkah yang wajar diambil untuk memulihkan murid berkenaan. 2. Murid-murid berkenaan perlu diberikan khidmat nasihat sehingga keadaan permasalahan yang mereka hadapi dapat dipulihkan sepenuhnya. hobi. sekolah diminta supaya memperkemaskan profil murid dari hari pertama persekolahan disekolah masing-masing. Semua guru perlu diberikan pendedahan tentang cara mengenal pasti murid-murid yang bermasalah dalam kelas masing-masing. pilihan kerjaya dan kemahiran sosial hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa.5 Pemantauan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah Sekolah hendaklah memastikan guru kaunseling sentiasa mempunyai maklumat yang kemas kini mengenai murid yang mempunyai masalah daripada guru kelas atau guru tingkatan. Profil ini hendaklah dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan murid. minat. sama ada ketika berpindah kelas atau bertukar sekolah. prestasi akademik. . Dalam masa yang sama.4 Pemantapan Pengurusan Disiplin Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah yang berfungsi merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan murid. 2. Kaedah sebegini adalah bertujuan supaya guru-guru mengenali murid dan keluarganya dengan lebih dekat lagi. Profil yang mengandungi maklumat murid seperti gambar murid. semua guru mesti mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. Laporan kes-kes yang khusus merujuk salah laku murid yang berpindah sekolah juga perlu dihantar ke sekolah baru secara sulit supaya pemantauan dan pemulihan berterusan dapat dilakukan terhadap murid berkenaan. Guru sewajarnya membantu murid yang bermasalah atau merujuk murid yang berkenaan kepada Guru Kaunseling atau Kaunselor sekolah supaya murid-murid sedemikian dapat meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam hati sanubari mereka.

bahan kimia. 2. Kesedaran keselamatan diri ataupun perlindungan diri perlu ditekankan di sekolah-sekolah bagi mengingatkan murid supaya tidak berseorangan apabila ketika di luar waktu rasmi persekolahan. alatan sukan dan permainan serta tingkah laku yang boleh memudaratkan diri hendaklah sentiasa diperingatkan oleh guru-guru. Dengan wujudnya kemesraan ini maka gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh murid dapat dihindar dan dibendung. Melalui aktiviti kelab-kelab ini. sekolah juga harus menggalakkan program timbal-balik yang meminta ibu bapa berkunjung ke sekolah bagi membincangkan perkembangan anak mereka dengan guru dari masa ke masa. Sekolah hendaklah mempamerkan maklumat penting mengenai panduan keselamatan ini di tempat yang strategik serta memaklumkan kepada murid-murid nombor-nombor telefon yang boleh dihubungi ketika mereka berada dalam kecemasan. Pendidikan Keselamatan diri boleh dilakukan melalui aktiviti kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah seperti Kelab Pencegahan Jenayah. Selain daripada itu. Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serta kemesraan antara guru-guru dengan ibu bapa. Guru-guru pula boleh menyampaikan panduan tentang keperluan menjaga keselamatan sewaktu pendidikan formal di kelas atau kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah.6 Sekolah Penyayang Konsep “Sekolah Penyayang” yang menekankan kepada rasa sayang menyayangi serta menimbulkan kemesraan di antara guru dan murid. sama ada di sekolah atau di luar waktu sekolah. Sekolah perlu sentiasa mengingatkan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri sewaktu perhimpunan rasmi dari semasa ke semasa. tertinggal oleh rakan atau berada di tempat-tempat sunyi. Bahaya penggunaan alatan elektrik. Sekolah dengan kerjasama dan permuafakatan Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) hendaklah merangka program “Lawatan ke Rumah” (Home Visit) bagi membolehkan guru-guru lebih mengenali latar belakang murid dan keluarganya. iaitu ketika balik dari sekolah dan pada keadaan-keadaan mengikut amalan biasa seperti tertinggal bas. penyebaran maklumat berkaitan dengan kemalangan/jenayah hendaklah disampaikan dan dibincangkan untuk difahami oleh murid-murid.2. . ibu bapa tidak menjemput seperti biasa. Pembimbing Rakan sebaya. Skim Lencana Anti dadah (SLAD) dan Badan-badan Beruniform yang lain. murid dengan murid serta antara warga sekolah dengan ibu bapa hendaklah dipertingkatkan lagi.7 Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri Setiap murid seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri mereka.

Dalam hal yang sama.9 Sekolah Selamat (Safe School) Aspek keselamatan dalam sistem persekolahan hendaklah diberi keutamaan dalam pengurusan sekolah.Bhg. Pemeriksaan secara berkala hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian elektrik.Bhg. Dato’/Tuan/Puan untuk tindakan selanjutnya. 2. Y. Polis Diraja Malaysia dan sebagainya hendaklah dihubungi untuk peperiksaan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal kerosakan atau kecemasan yang boleh membahayakan guru-guru. Sekolah perlu mewujudkan programprogram permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak sekolah.2. Sehubungan dengan itu. dan segala peralatan yang ada di sekolah. Masyarakat sekitar seperti pihak polis. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah serta semua Pengetua dan Guru Besar sekolah yang berada di bawah pentadbiran Y. Pengetua/Guru Besar dan guru-guru mesti selalu mengingatkan tentang kepentingan menjaga keselamatan diri. Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas. Sekolah dan Masyarakat Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka yang bermasalah dapat sama-sama dibantu. Konsep “Sekolah Selamat” (Safe School) hanya dapat dijayakan sepenuhnya dengan warganya mengamalkan tingkah laku yang boleh menghindarkan bahaya terhadap diri sendiri. Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKK) dan Rukun Tertangga perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran yang selamat kepada pelajar dan penduduk setempat. ibu bapa juga harus diminta supaya memberikan kerjasama supaya tidak merahsiakan masalah anak mereka. kakitangan dan murid-murid di sekolah.8 Permuafakatan Ibu Bapa. Dalam hal ini pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua masalah atau perlanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid. ibu bapa dan masyarakat setempat sesuai dengan konsep “school-Home-Community Partnership’. sistem bekalan gas. Majlis Perbandaran atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri. harta benda. Penjagaan serta penyelenggaraan yang baik terhadap segala kemudahan ini akan menjamin persekitaran yang selamat di sekolah. sistem pendawaian elektrik. . rakan sebaya serta orang lain. malah memaklumkan tingkah laku anak-anak mereka yang luar biasa kepada pihak sekolah atau guru kaunseling supaya tindakan pembetulan dapat dibincangkan secara muafakat. 3. atau apa jua sistem yang boleh mengundang bahaya di sekolah. Jabatan atau agensi yang bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Kementerian Pendidikan 10. Y.B. Y. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 7.B. Terima kasih. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.Sekian. Ketua Jemaah Nazir Sekolah. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 8. Y. Y. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. 1. Ketua Perhubungan Awan.B.k. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. Kementerian Pendidikan .B. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Kementerian Pendidikan 5.

3.my 50604 KUALA LUMPUR.gov... Dato’/Tuan/Puan.9/2001 Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif _________________________________________ Pihak Kementerian Pendidikan mendapati sejak kebelakangan ini terdapat muridmurid sekolah yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif seperti melibatkan diri dengan kumpulan Black Metal. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Jawatankuasa Disiplin Sekolah hendaklah dari semasa ke semasa mengadakan pemeriksaan untuk mengesan tanda-tanda kegiatan negatif murid-murid.. 2.moe... Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA. Laman Web :http://www. Bhg.... Skin Head.... Telefon: 03-2586900 PARAS 7. Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa memantau dan menyiasat murid-murid supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan tersebut.Bhg.PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.. Maka. KP(BS)8591/Jld. pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Sehubungan dengan itu. Dato’/Tuan/Puan adalah diminta mengambil tindakan segera dan sewajarnya supaya murid tidak melibatkan diri dan terjerumus dalam kegiatan ini.. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah (PPB/PPD) dan sekolah mestilah mengadakan program-program khas untuk memberi penjelasan dan kesedaran akan kesan negatif jika mereka terlibat dengan kumpulan-kumpulan berkenaan.. BLOK J. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. kegiatan ini boleh menjejaskan aqidah mereka.XVll(9) 23 Julai 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y....” . Y. Jabatan Pendidikan Negeri juga diminta melaporkan dengan segera kejadiankejadian serius yang berlaku di sekolah tanpa menunggu arahan melalui surat atau faksimili dari Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mengenai berita-berita sensasi yang didedahkan dalam akhbar dan media massa seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986: Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah (Para 6) :-m “ Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbarakhbar...... tindakan awal yang sewajarnya hendaklah diambil untuk membendung dan mengatasi masalah ini bagi mengelakkan perkara seumpama ini merebak dan membabitkan lebih ramai murid. Di samping itu.... tuan hendaklah menghubungi pihak Kementeriuan Pelajaran dengan segera mengenai keadaan sebenarnya. Punk dan Cyber Cafe yang boleh menjejaskan penumpuan mereka terhadap pembelajaran. Bagi pelajar-pelajar yang beragama lslam khususnya..

Kementerian Pendidikan . Y.k. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 8. Kerjasama Y. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Y. Ketua Jemaah Nazir Sekolah.4. 1. Ketua Perhubungan Awan.B. Sekian. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2.Bhg. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 7. Y. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. Kementerian Pendidikan 5. Dato’/Tuan/Puan adalah amat dihargai supaya tindakan penyelesaian yang segera dapat dilakukan untuk mengatasi gejala-gejala negatif yang melibatkan murid-murid sekolah pada masa kini dan juga masa-masa akan datang. Terima kasih. Y. Kementerian Pendidikan 10. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4.B.B. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.

my 50604 KUALA LUMPUR. satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah.1 Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil.” .. KP(BS)8591/Jld..XVll(10) 24 September 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Laman Web :http://www. Sepatutnya. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja. Telefon: 03-2586900 PARAS 7.. Dato’/Tuan/Puan. Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA... 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah. 2. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.gov.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.moe. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaklah perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja.10/2001 Semua Guru Adalah Guru Disiplin ____________________________________ Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guruguru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh temeh. BLOK J. Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan: “Adalah seperti tuan termaklum.tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada guru-guru besar. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di sesebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Bhg..PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.” 2. 2. 8/1968 mengenai Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan: “.

1. Oleh hal yang demikian. adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukan dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan disiplin yang tinggi. Ketua Jemaah Nazir Sekolah. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9.B.B.k. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan(preventive). Y. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Y. 4. Kementerian Pendidikan 8. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Kementerian Pendidikan 5. didikan(educative). Kementerian Pendidikan 11. Kementerian Pendidikan 10. pembetulan (corrective) dan hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Y. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. Kementerian Pendidikan 7. Kementerian Pendidikan . kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis. Y. Terima kasih. simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Y. Sehubungan dengan itu. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha.B. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan guru besar agar arahan ini dipatuhi.3. penyayang. Ketua Perhubungan Awam. iaitu pengetua atau guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebut. Penasihat Undang-Undang. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Sementara itu. Sekian. Guru-guru hendaklah sentiasa sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin.bhg. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3.

Datuk/Dato’/Tuan/Puan. Jawatankuasa Khas Sekolah Selamat hendaklah ditubuhkan di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah.PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA. 3. KP(BS/HEP)8591/Jld.XV ll(4) 14 Jun 2002 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Mulai tahun 2003 semua sekolah di seluruh negara hendaklah melaksanakan Program Sekolah Selamat. 3.3 .gov.1 Bagi tahun 2002 sebanyak 20% daripada bilangan sekolah rendah dan menengah di setiap negeri hendaklah melaksanakan Program Sekolah Selamat dengan mengambil kira bilangan yang sama rata antara sekolah di dalam bandar dan di luar bandar.3. pengetua dan Guru Besar adalah diarah supaya mengambil langkah wajar dengan mengadakan perancangan yang rapi untuk melaksanakan Program Sekolah Selamat di semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan utama pelaksanaan program ini ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah agar warga sesebuah sekolah itu merasa selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari manamana pihak sama ada dari luar mahu pun dari dalam. Pejabat Pendidikan Bahagian/daerah. Bhg. di samping amalan menjaga keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian.3 Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah: 3.2 3.4/2002 Pelaksanaan Program sekolah Selamat ____________________________________ Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program Sekolah Selamat untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negara. Sehubungan dengan ini. Laman Web :http://www. Aspirasi sekolah Selamat menjadikan sekolah sebagai tempat di mana perbezaan budaya dan nilai setiap individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak.3.3.my 50604 KUALA LUMPUR. Untuk Pelaksanaan Program Sekolah Selamat panduan-panduan berikut hendaklah diberi perhatian: 3. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Telefon: 03-2586900 PARAS 7. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. semua Jabatan Pendidikan Negeri. BLOK J. Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA. 2.moe.

Mengadakan sesi taklimat kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta komuniti setempat yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah melalui Program Sekolah Selamat.4 3. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri. 3. Memberi pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai maksud dan tujuan Program Sekolah Selamat ini diadakan. 3. Terima kasih.3.6 3. yang keahliannya terdiri daripada warga sekolah dan juga wakilwakil daripada masyarakat sekitar sekolah serta agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.3 3.Bhg.4.2 3.4 Fungsi jawantankuasa ini adalah merancang. Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mendedahkan konsep dan kaedah pelaksanaan Sekolah Selamat ke semua sekolah. Guru Kaunseling/Guru Bimbingan sekolah hendaklah dilantik sebagai Setiausaha kepada jawatankuasa ini dan juga berperanan sebagai penggerak utama Program Sekolah Selamat.3. Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah. Mendapatkan khidmat nasihat dari Sekolah-Sekolah Projek Rintis yang ada di setiap negeri.5 3. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia .1 Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat peringkat sekolah.5 4. Sekian.4.4.3.4. memantau dan melapor mengenai pelaksanaan Program Sekolah Selamat. menasihat. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.4 Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah: 3.3. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.4.

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan.B. Kementerian Pendidikan 5. Y. 1. Kementerian Pendidikan .B. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3.k. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4.s. Kementerian Pendidikan 8. Kementerian Pendidikan 7. Y. Y.B. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha. Ketua Jemaah Nazir Sekolah.B. Y. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2.