P. 1
KARANGAN

KARANGAN

5.0

|Views: 14,849|Likes:
Published by Porcelain Red

More info:

Published by: Porcelain Red on Mar 23, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/21/2013

pdf

text

original

KARANGAN.

Sambutan Hari Kebangsaan.
Setiap tahun pada 31 Ogos, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan. Salah satu acara yang diadakan ialah perbarisan yang biasanya diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ketika itu pelbagai pasukan unit beruniform, badan bukan kerajaan dan kementerian menyertainya. Mereka menunjukkan kecekapan berbaris di hadapan Yang Di-Pertuan Agong dan para menteri. Orang ramai dan para pelancong tidak melepaskan peluang untuk menyaksikannya. Bagi para pelancong, mereka sambil menyelam minum air kerana tujuan mereka datang ke Malaysia adalah untuk membeli-belah dan melawat tempat-tempat menarik di Malaysia. Selain perbarisan akan diadakan perarakan kereta berhias dan pertunjukan kapal terbang di angkasa. Peristiwa bersejarah yang bermula seawal jam 7.30 pagi akan disaksikan oleh rakyat Malaysia menerusi televisyen. Sambutan Hari Kebangsaan merupakan hari istimewa untuk melahirkan rasa cinta rakyat kepada negara. Waktu seperti itu merupakan detik yang paling baik untuk mengenang para pejuang negara ketika menuntut kemerdekaan.

Gotong-Royong.
Biasanya pada awal tahun, pihak sekolah akan meminta para pelajar membersihkan persekitaran sekolah. Tujuan diadakan aktiviti tersebut untuk memastikan persekitaran sekolah ceria agar proses pembelajaran lebih selesa. Biasanya kerja-kerja membersihkan sekolah bermula jam 8.00 pagi. Pihak sekolah akan menyediakan barangan keperluan seperti plastik sampah, bakul dan pongkes. Sebelum kerja-kerja dijalankan, Tuan Pengetua akan menyampaikan taklimat. Memegang kata-kata bidalan, “Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa”, pelajar-pelajar melakukan aktiviti dengan perasaan ikhlas. Hati mereka akan berasa gembira sekiranya sekolah mereka dalam keadaan bersih. Pada jam 10.30 pagi aktiviti berhenti sebentar untuk menikmati makanan ringan berbentuk mi goreng yang disediakan oleh guruguru yang mengamalkan sikap orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Pada jam 12.00 tengah hari persekitaran sekolah sudah kelihatan ceria. Tuan pengetua

melahirkan rasa gembira akan komitmen yang ditunjukkan oleh warga sekolah.

Suasana Di Stesen Bas.
Sebagai tempat persinggahan bas, suasana kesibukan sudah menjadi lumrah. Menjelang hari perayaan, suasana akan lebih sibuk dengan bas bertali arus masuk ke terminal untuk mencari penumpang. Kebiasaannya pengguna bas dalam kalangan mereka yang berpendapatan sederhana kerana perlu berhemat berbelanja agar dapat melangsungkan kelangsungan hidup. Bunyi jeritan dan tangisan sering berbaur di stesen bas. Drebar bas kadang-kadang terpaksa menjerit untuk memanggil penumpang. Manakala kanak-kanak yang keletihan atau terpisah daripada ibu bapa mereka akan menangis. Apa yang dikesali ialah sikap masyarakat yang tidak tahu menjaga kebersihan. Walaupun tong sampah sudah disediakan, tetapi masyarakat suka membuang bekas makanan dan puntung rokok di merata-rata tempat. Stesen bas merupakan tempat pertemuan bas sebelum meneruskan perjalanan ke

destinasi yang ditetapkan. Jika ada keperluan, kita juga akan menggunakan stesen bas.

Aktiviti Kokorikulum.
Setiap pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti kokorikulum yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan mempunyai sahsiah yang tinggi, pelajar perlu memasuki aktiviti persatuan, unit beruniform, dan olahraga. Kebiasaannya aktiviti bermula pada pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang. Menjelang sesuatu kejohanan seperti pesta sukan, aktiviti akan dijalankan lebih kerap. Rata-rata pelajar menunjukan sikap positif untuk menyertai acara yang diadakan. Langkah Kementerian Pelajaran mewajibkan pelajar terlibat dalam aktiviti kerana mahu masyarakat Malaysia aktif. Apa gunanya cemerlang dalam pelajaran tetapi bersikap pasif dalam serba-serbi. Sebagai orang harapan sekolah, pelajar akan bermain bola sepak, berlari, dan seterusnya menyertai kejohanan dengan

bersungguh-sungguh. Mereka berjuang merebut kejuaraan untuk mengharumkan nama sekolah. Disebabkan kepentingan kokorikulum, adalah diharapkan pelajar-pelajar tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti kokorikulum. Badan yang sihat akan mewujudkan minda yang cerdas.

Berkelah.
Kita beruntung kerana negara dikelilingi Selat Melaka dan Laut Cina Selatan yang menghamparkan air di pesisir pantai. Pantai yang indah seperti Teluk Kemang, Teluk Batik dan Teluk Cempedak terus dibanjiri manusia untuk berkelah. Sebagai destinasi yang murah, masyarakat akan mengunjungi pantai pada hari minggu. Selain bermandi-manda, mereka berasa seronok apabila diri ditiup angin yang dingin

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->