Huraikan pendapat anda tentang sambutan Hari Kebangsaan. Tidak melebihi 120 patah perkataan.

Setiap tahun pada 31 Ogos, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan. Salah satu acara yang diadakan ialah perbarisan yang biasanya diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ketika itu, pelbagai unit beruniform, badan bukan kerajaan, dan kementerian menyertainya. Mereka menunjukkan kecekapan berbaris di hadapan yang dipertuan Agong dan para menteri. Orang ramai dan para pelancong tidak melepaskan peluang menyaksikannya. Bagi para pelancong, mereka selam sambil meminum air kerana tujuan mereka datang ke Malaysia adalah untuk membeli-belah dan melihat tempat menarik di Malaysia. Selain perbarisan, turut diadakan perarakan kereta berhias, dan pertunjukkan kapal terbang di angkasa. Peristiwa bersejarah ini juga boleh disaksikan oleh rakyat Malaysia di kaca televisyen pada pukul 7.30 pagi. Sambutan Hari Kebangsaan merupakan hari istimewa untuk melahirkan rasa cinta terhadap negara. Waktu seperti itu merupakan detik, kita mengingati semula para pejuang kita menuntut kemerdekaan.

Huraikan pendapat anda tentang memberishkan persekitaran sekolah. Biasanya pada awal tahun, aktiviti gotong-royong akan diadakan di setiap sekolah.Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menceria dan membersihkan kawasan sekolah agar proses pembelajaran lebih selesa. Aktiviti bermula pada pukul 8.00 pagi. Sebelum aktiviti bermula, guru besar akan memberikan taklimat. Pihak sekolah juga telah menyediakan penyapu,pongkes dan plastik sampah. Memegang kata-kata bidalan, “Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa,” para murid melakukan kerja dengan ikhlas. Hati mereka akan gembira apabila sekolah berada dalam keadaan bersih. Pada pukul 10.00 pagi, aktiviti behenti seketika untuk menikmati makanan ringan yang berbentuk mi goring yang disediakan oleh para guru. Guru-guru mengamalkan sikap “Orang budi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”. Pada pukul 12.00 tengah hari, keadaan sekolah sudah kelihatan bersih dan ceria. Pengetua berasa puas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh warga sekolah.

Huraikan pendapat anda tentang suasana di stesen bas.

Related Interests