You are on page 1of 7

1.

Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebiblebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.

2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastic kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu.

3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihakpihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari".

4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan iaitu dari segi:

Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal. 2001). Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya. dan kurikulum yang relevan. memperkukuh. Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur. apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan. ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. ekuiti. Walau bagaimanapun. Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM. kualiti tenaga pengajar. kelompok etnik dan amalan atau cara hidup. Isu pendidikan di Malaysia Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa.a) kewangan b) motivasi dan dorongan c) pengiktirafan d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah. tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Pelaksanaan Program PPSMI. akses kepada pendidikan. kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Ini selaras dengan . dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. antaranya perkara berhubung sengan struktur pendidikan. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki. kelas sosial.

teknologi pendidikan. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. . peringkat pendidikan. KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana. Akses Pendidikan Selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan:  pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar. Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). dan Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas. organisasi sekolah dan keguruan. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. misalnya:     Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia. Struktur Pendidikan  Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan. Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan. pengisian dan latihan guru.pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran.

latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan. (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu. setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan. . Sebagai contoh. Oleh itu. Ekuiti Pendidikan Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010. penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah. seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus.    perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh. Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT. setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut. bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). Namun. KPM). masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. dan bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi. peruntukan kewangan. input pendidikan yang meliputi guru. terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik. tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar. pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar. khususnya di luar bandar. Sahsiah Pelajar Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah . Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. khususnya di pedalaman dan pulau. Program PPSMI Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”. KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Tenaga pengajar Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia.

antaranya:   Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan.  Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan. prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza. Sebagai contoh.    Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya. . ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi. Isu-isu lain dalam sistem pendidikan Selain isu-isu yang dikemukakan di atas. terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan. tabiat merokok di kalangan pelajar. Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan. keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri. melepak.   Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan. dan Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu. gejala vandalisme.menengah. atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem. Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad.