You are on page 1of 12

Praktikal 5 Tajuk : Litar elektrik Tujuan : Eksperimen bertujuan untuk tentukan kebaikan dan kelemahan litar siri dan

selari. Pernyataan masalah : Apakah kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada litar siri dan litar selari? Bahan dan radas : Pembekal kuasa, wayar bersalut, ammeter,volmeter dan 3 mentol Aktiviti 1 : Membina litar siri dan selari Prosedur : 1. Kedua-dua litar yang ditunjukkan di bawah dibina dengan menggunakan alat pembekal kuasa, beberapa wayar bersalut, suis dan dua mentol untuk setiap litar.

Litar siri

Litar selari

2. Ameter dan volmeter disambungkan dalam kedua-dua litar di atas. Suis ditutup. Jadual yang sesuai dibina untuk merekodkan bacaan. 3. Suis dipasangkan. Kemudia satu mentol dalam setiap litar dilonggarkan. Kecerahan mentol yang satu lagi diperhatikan. Bacaan ameter dan volmeter dalam setiap litar direkodkan. 4. Mentol tadi dalam litar A dipasang semula. Kecerahan kedua mentol diperhatikan. Bacaan kedua-dua ameter dan volmeter direkod. 5. Litar B juga dilakukan dengan langkah yang sama. Kecerahan kedua-dua mentol diperhatikan. Bacaan ameter dan volmeter direkod.

Keputusan / pemerhatian : Litar A : Litar siri – 2 mentol Litar B : Litar selari – 2 mentol Keadaan 1 Litar A B Arus .20 0. V 3.8 Kecerahan mentol Mentol kelihatan malap Mentol kelihatan cerah Keadaan 2 Litar Litar A dan 1 mentol dilonggarkan Litar B dan 1 mentol dilonggarkan 0.1 Mentol menyala tetapi kurang cerah daripada sebelum 1 mentol dilonggarkan.40 Beza keupayaan. 0.0 3. A 0. V Kecerahan mentol Litar Siri Litar Selari . A Beza keupayaan.9 Mentol tidak menyala Arus .2 2.26 3.

Voltan akan menjadi semakin kurang . Ammeter dan volmeter telah disambung ke dalam kedua-dua jenis litar siri dan litar selari. Komponen-komponen dalam litar selari kelihatan disambung secara bersebelahan. 3. Keputusan eksperimen menunjukkan bahawa dalam litar A iaitu litar siri. Hal ini adalah disebabkan dalam suatu litar siri kita tahu bahawa hanya terdapat satu laluan arus elektrik sahaja. Manakala bagi litar selari pula ialah merupakan satu litar yang terdapat lebih daripada satu lintasan arus yang terhasil.0 A. eksperimen yang dijalankan adalah bertujuan untuk membina dua jenis bentuk litar iaitu litar siri dan litar selari.0 V. saya telah mendaapti dan mengenalpasti dua cara asas untuk menyambungkan komponen-komponen dalam litra elektrik iaitu sama ada secara siri ataupun secara selari. didapati kedua-dua mentol kelihatan menyala pada tahap kecerahan yang sama malap.0 V dan jenis mentol digunakan ialah 3. Terdapat dua biji mentol disambungkan pada setiap sambungan litar tersebut. Dalam eksperimen ini. Litar bersiri ialah merupakan satu litar yang hanya terdapat satu lintasan arus sahaja. alat sumber kuasa yang digunakan ialah 4.Perbincangan : Dalam eksperimen ini. Setelah ammeter dan volmeter disambungkan ke dalam kedua-dua litar. Manakal volmeter pula merupakan satu instrumen yang digunakan untuk mengukur beza keupayaan antara dua titik dalam litar elektrik. Ammeter ialah satu instrumen yang digunakan untuk mengukur arus elektrik dalam suatu litar. Dalam aktiviti 1. Apa yang diperhatikan semasa menyambungkan litar siri ini adalah komponen-komponen litar siri ini disambungkan secara hujung ke hujung atau sederet untuk membentuk satu litar yang lengkap. baaan ammeter dan ammeter diperhatikan dan dicatat.

keputusan yang diperolehi adalah apabila satu mentol dialihkan. eksperimen telah menunjukkan kecerahan nyalaan bagi kedua-dua biji mentol yang disambungkan dalam litar itu adalah kelihatan sama dan lebih terang berbanding dua biji mentol yang disambung pada Litar A itu. Ini kerana bacaan volmeter tersebut ialah jumlah beza keupayaan yang merentasi bekalan kuasa dalam litar itu. didapati apabila salah satu mentol dilonggarkan keputusan mendapati mentol yang satu lagi yang ada dalam litar tetap menyala pada kecerahan yang sama seperti sebelum itu. . dapatlah kita ketahui perbezaan yang terdapat pada litar siri dan litar selari dari plebagai aspek-aspek tertentu. Semakin banyak beban iaitu mentol maka semakin banyaklah jumlah rintangan yang dilaui oleh arus. Hal demikian adalah disebabkan arus elektrik tidak dapat mengalir dengan lengkap dalam litar itu. Arus elektrik daripada bekalan kuasa adalah dikongsi oleh setiap komponen iaitu mentolmentol yang disambung secara selari itu. Voltan dalam suatu litar selari pula adalah sama di semua tempat. Dalam Litar A. satu daripada mentol dilonggarkan atau dicabut lampunya daripada setiap litar itu. Maka kecerahan bagi kedua-dua mentol yang disambungkan dalam litar siri itu adalah sama tetapi malap.sekiranya beban ditambah. Arus elektrik dalam litar siri mengalir dalam satu haluan sahaja. mentol yang satu lagi tidak bernyala kerana tidak berfungsi. Hanya arus yang kelihatan berkurang apabila semakin banyak mentol yang disambungkan. Keputusan ini adalah disebabkan oleh dalam suatu litar selari kita faham bahawa terdapat lebih daripada satu laluan arus. Dalam litar B pula iaitu litar selari. Perkara itu disebabkan oleh dalam suatu litar selari adalah terdapat lebih daripada satu haluan arus elektrik dan nilai voltan adalah sama pada semua tempat dalam litar itu. terdapat bacaan yang diperolehi pada volmeter. Manakal bagi Litar B pula. Aktiviti yang seterusnya pula adalah dalam setiap litar siri dan litar selari itu. Melaui eksperimen ini. Namun. Arus elekrik daripada bekalan kuasa dibahagikan kepada nilai arus yang lebih kecil pada satu titik penyambungan dan kemudian bergabung semula pada titik penyambungan yang satu lagi.

Nilai arus yang sama mengalir melalui Arus elektrik daripada bekalan kuasa setiap komponen. setiap litar siri dan litar selari adalah mempunyai kelebihan dan juga kelemahannnya tersendiri. 2) Pastikan jarum ammeter dan volmeter berada tepat pada angka 0. 4) Tangan sentiasa dipastikan dalam keadaan kering. Apabila satu mentol dialihkan. mentol Apabila satu mentol dialihkan. 5) Mentol-mentol digunakan berfungsi dan sama jenis . I = I 1 = I2 = I3 V= V1 + V2 + V3 yang lain masih lagi berfungsi. dikongsi oleh setiap komponen yang disambung secara selari. 3) Elakkan ralat paralaks. Arus elektik mengalir dalam satu haluan Arus elektrik daripada bekalan kuasa sahaja. dibahagikan kepada nilai arus yang lebih kecil pada satu titik sambungan dan kemudian bergabung semula pada titik penyambung yang satu lagi. mentol yang lain tidak dapat berfungsi. Jadual di bawah adalah menunjukkan perbezaan bagi kedua-dua jenis litar tersebut : Litar siri Semua komponen disambung Litar selari dari Hujung setiap komponen disambungkan bersama. I = I1 + I2 + I3 V= V1 = V2 = V3 Langkah-langkah berjaga : 1) Ammeter dan volmeter dipastikan berfungsi dengan baik. hujung ke hujung.Kesimpulan Kesimpulan.

apabila mentol bertambah. In adalah disebabkan oleh arus yang mengalir adalah secara berasingan dari wayar terus ke lampu-lampu dan tidak melalui rintang lampu lain.Penguasaan pengetahuan dan kemahiran soalan : 1. apabila satu mentol terbakar arus akan tetap dapat mengalir melalui laluan yang lain. 3. Apakah yang akan berlaku kepada mentol dalam litar siri jika salah satu daripada mentol terbakar? Terangkan. Apabila lampu-lampu disambung secara selari maka kesemuamentol akan menyala dengan kadar kecerahan yang sama. Bagaimanakah kesemua kecerahan lampu-lampu itu boleh dikekalkan sama ? sambungan apa yang harus anda gunakan? Sambungan mentol bersiri atau selari? Kecerahan lampu-lampu boleh dikekalkan dengan menyambung kesemua lampu dalam bentuk litar selari. Oleh itu. Kecerahan bagi setiap mentol akan menjadi lebih malap. arus dapat mengalir melalui lebih daripada satu laluan elektrik di mana kesemua laluan tersebut bersambungan pada hujung setiap cabang. oleh itu. Perkara itu disebabkan litar tersebut mempunyai rintangan yang semakin bertambah dengan penambahan bilangan mentol itu. Arus bukan hanya mengalir kepada satu mentol sahaja. mentol-mentol yang lain tidak akan menyala kerana dalam litar siri hanya terdapat satu lintasan atau laluan arus elektrik sahaja bagi litar yang disusun secara siri. 4. kecerahan lampulampu akan sama. 2. Apakah yang akan berlaku kepada mentol dalam litar siri jika satu lagi mentol disambung siri kepadanya. Maka. Apabila salah satu mentol terbakar. Apakah yang akan berlaku kepada mentol dalam litar selari jika salah satu daripada mentol terbakar? Terangkan. Anda ingin memasang deretan lampu-lampu menggunakan beberapa mentol. Apabila satu mentol terbakar. Bermaksud jenis sambungan yang digunakn adalah bentuk selari.? Jelaskan. maka . mentol-mentol yang lain masih tetap menyala. Dalam litar selari.

5. Wala bagaimanapun. arus yang mengalir tidak melalui mentol yang lain dan tidak mempunyai rintangan daripada mentol lain selain daripada mentol itu sendiri dan wayarnya. Kecerahan bagi kesemua mentol akan berkurang sedikit daripada sebelum ditambah mentol yang satu lagi. Maka. Ini adalah disebabkan oleh arus yang mengalir adalah terus kepada mentol tersebut melalui wayar masing-masing. semua kecerahan mentol adalah sama.rintangan dalam litar tersebut turut bertambah dan menyebabkan semakin kurang arus yang mengalir. Oleh itu. Apakah yang akan berlaku kepada mentol dalam litar selari jika satu lagi mentol lain disambungkan secara selari? Jelaskan. kecerahan bagikesemua mentol akan mengeluarkan cahaya pada kecerahan yang sama. .

Aktiviti 2 : Membina satu siri gabungan dan litar selari Prosedur : 1. Seterusnya. Kecerahan baki mentol yang tinggal diperhatikan.20 0. V 1. Litar yang ditunjukkan di bawah dibina dengan menggunakan bekalan kuasa.24 . suis.20 Arus. 3. Keputusan / pemerhatian : Keadaan 1 : Mentol Nyalaan mentol Mentol menyala dengan terang Nyalaan mentol malap dan 2 kadar kecerahannya sama dengan kecerahan mentol 3 Nyalaan mentol malap dan 3 kadar kecerahannya sama dengan mentol 2 0. Bacaan kedua-dua ameter dan volmeter diperhatikan. Bacaan kedua-dua ameter dan volmeter diperhatikan.10 0. Ameter dan volmeter disambung untuk mengukur beza keupayaan setiap mentol dan arus yang melaluinya.80 1 0. Susunan radas litar gabungan siri dan selari 2. Suis disambungkan dan kecerahan mentol diperhatikan. Kecerahan baki mentol diperhatikan. Mentol 1 dipasang semula dan mentol 2 dikeluarkan. Jadual yang sesuai dibina untuk merekod bacaan. 4. mentol 1 dikeluarkan. wayar bersalut dan tiga mentol.10 0. A Beza keupayaan. 5.

Oleh demikian. Di mana dalam susunan litar itu terdapat kombinasi antara litar siri dan juga litar selari sekali. Kecerahan bagi Mentol 2 dan Mentol 3 adalah sama dan agak terang. 0. maka semakin tinggi voltannya. bagi Mentol 2 dan Mentol 3 pula yang disambung secara selari dapat diperhatikan nyalaan kedua-dua mentol tersebut agak terang dan kecerahan . V 2. Mentol 1 menyala dengan lebih terang kerana kedudukan mentol tersebut yang dipasang pada litar siri. pemerhatian mendapati bahawa mentol 1 kelihatan menyala dengan sangat terang jika dibandingkan dengan Mentol 2 dan juga Mentol 3 sekali. ammeter dan volmeter dipasangkan untuk mengukur arus elektrik dan beza keupayaan yang melalui setiap mentol-mentol itu. litar yang dibina adalah satu siri ganbungan dan litar selari. Seterusnya. Tambahan. Dalam aktiviti ini.24 Beza keupayaan. V Perbincangan : Bagi eksperimen yang kedua ini. semakin kurang beban.00 Arus. A 0. mentol 1 juga terang kerana kurang rintangan yang dilalui oleh arus yang mengalir kerana kurang beban yang terdapat pada litar siri. Selepas suis ditutup.Keadaan 2 : (mentol 1 dikeluarkan) Mentol 2 dan 3 Nyalaan mentol Mentol 2 dan 3 tidak menyala. A Beza keupayaan. Tambahan lagi. terdapat tiga mentol yang dipasangakan dalam litar tersebut iaitu Mentol 1. Kecerahan mentol 1 dan 3 adalah sama. Mentol 2 dan Mentol 3.24 2.00 Keadaan 3 : (mentol 2 dikeluarkan) Mentol Nyalaan mentol Nyalaan mentol 1 dan 3 kelihatan lebih malap 1 dan 3 berbanding sebelum mentol 2 dikeluarkan. Arus.

masih terdapat bacaan pada volmeter bag mentol 2 dan mentol 3 kerana itu merupakan bacaan nilai voltan yang dibekalkan oleh pembekal kuasa. dalam litar yang melibatkan kombinasi antara litar siri dan litar selari di mana ciri-ciri atau tindakan bagi kedua-dua litar tersebut akan tetap berlaku dalam litar gabungan itu. Apabila mentol 1 dikeluarkan. Kemudian. voltan dan rintangan. litar tersebut adalah dalam keadaan terbuka. Arus yang dibekalkan oleh pembekal kuasa dalam litar selari yang tempat mentol 2 dan mentol 3 adalah dikongsi oleh kedua-dua mentol tersebut. arus menjadi semakin kurang jika beban semakin bertambah dan jumlah rintangan adalah kecil daripada nilai perintang yang paling kecil. kedua-dua formula bagi litar siri dan litar selari akan digunakan untuk tujuan pengiraan bagi menentukan nilai arus. Keputusan telah menunujukkan bahawa mentol 2 dan mentol 3 tidak menyala. Perkara tersebut adalah disebabkan oleh litar tersebut telah menjadi litar siri iaitu arus mengalir melalui satau laluan sahaja. jumlah rintangan menjadi semakin tinggi dengan penmbahan beban iaitu mentol. Maka dalam litar siri voltan akan menjadi semakin kurang kerana jumlah beban bertambah walaupun arus elektrik yang mengalir ke semua tempat dalam litar adalah sama. Litar siri dan litar selari dalam litar itu akan saling mempengaruhi antara satu sama lain.adalah sama antara satu sama lain. Aktiviti seterusnya. ukuran voltan yang melalui kedua-dua mentol itu didapati adalah sama di semua tempat. mentol 2 pula dikeluarkan lampunya dari pemegang mentol itu. Hal ini kerana tiada arus yang mengalir dalam litar tersebut selepas mentol 1 dikeluarkan. Tambahan lagi. Kesimpulan Kesimpulannya. Seperti yang kita ketahui. Namun demikian. Pemerhatian yang didapati adalah mentol 1 dan mentol 3 menyala pada kecerahan yang sama tetapi kelihatan agak maalp. . mentol 1 dibuang lampunya daripada pemegang mentol.

Mentol 1 hanya mengalirkan arus melalui satu wayar sahaja. arus tidak dapat mengalir melalui litar tersebut. 9) Tangan sentiasa dipastikan dalam keadaan kering. apabila mentol 1 dikeluarkan . ole itu. 8) Elakkan ralat paralaks. saya akan memilih untuk menggunakan gabungan keduadua litar siri dan selari. jika terdapat apa-apa kerosakkan yang mampu memutuskan arus.Langkah-langkah berjaga : 6) Ammeter dan volmeter dipastikan berfungsi dengan baik. Pada pendapat saya. 3) Adakah anda mahukan litar di rumah anda bersiri atau selari atau gabungan kedua-dua-duanya? Jelaskan hujah anda. Maka mentol-mentol akan menyala pada kadar kecerahan yang sama tetapi semakin malap. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran soalan : 1) Apakah yang berlaku kepada mentol lain dalam litar apabila mentol 1 dikeluarkan? Mentol 2 dan 3 tidak menyala kerana litar tersebut terbuka. dalam suatu litar siri hanya terdapat satu laluan sahaja arus elektrik yang mengalir melalui setipa perintang atau beban iaitu mentol tersebut. 10) Mentol-mentol digunakan berfungsi dan sama jenis. Mentol 1 berada pada kedudukan litar siri di mana hjungnya mengalirkan arus elektrik kepada mentol 2 dan mentol 3 yang berada dalam keadaan selari. Saya akan menggunakan kebanyakkan litar selari dalam rumah saya. Oleh itu. Sambungan mentol 1 dan mentol 3 akan membentuk menjadi satu litar siri. semua mentol yang tinggal masih akan tetap menyala. Hal ini kerana. Malah dengan menggunakan litar selari dalam rumah kan menjadi lebih stabil kerana ia . 7) Pastikan jarum ammeter dan volmeter berada tepat pada angka 0. bekalan elektrik saya terhadap perkakas lain tidaka akan terganggu. 2) Apakah yang akan berlaku kepada mentol lain dalam litar apabila mentol 2 dikeluarkan? Apabila mentol 2 dikeluarkan. Justeru semua lampu tidak menyala.

Panel Penulis Fizik UTM. Gelombang. Nagappan dan Lim Swee Cheng. Kuala Lumpur. Rujukan : Lee Cheng Xi. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. PRINSIP Asas Fizik. Selangor Darul Ehsan. Selangor Darul Ehsan. (2001). . Poh Liong Yong. Nelson Thornes Ltd. walau bagaimanapun. Oxford Fajar Sdn. Fizik STPM Jilid 1. Fizik SPM. saya akan menggunakan litar siri untuk sambungan terhadap litar utama dengan sumber utama elektrik. (2012). Dewan Bhasa Dan Pustaka. Ini adalah kerana untuk menjamin keselamatan di aman kesemua suis akan mematikan diri mereka apabila berlakunya keadaan yang bahaya seperti ketika terkena kilat.tidak akan terganggu apabila perkakas lain digunakan kerana rintangan tidak mengganggu perkakas lain. Keith Johnson. Bunyi dan Optik. (1992). S. Bhd. Physics For You. United Kingdom. (1996).