You are on page 1of 2

kebimbangan Banyak ahli psikologi memberi definisi tentang kebimbangan.

Menurut wann(1997), mendefinisikan kebimbangan sebagai interpretasi negatif yang dibuat terhadap bentuk tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran sama ada yang telah, sedang dan yang akan dihadapi oleh seorang individu. Ia merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu tersebut terhadap apa yang terdapat di persekitarannya. Sekiranya individu tersebut menjurus kepada perkara negatif, maka ia menghasilkan kebimbangan. Manakala menurut gould dan Krane(1992), kebimbangan boleh dijelaskan sebagai dimensi emosi atau kognitif kebangkitan. Anshell(1997) pula menjelaskan kebimbangan sebagai “ancaman” yang dijangka oleh seseorang individu. Semakin kritikal ancaman yang dijangka akan diterima, maka semakin tinggi tahap kebimbangan individu tersebut. Dalam konteks ini kebimbangan ini, kebimbangan boleh ditakrifkan sebagai kesan kognitif atau emosi yang terhasil dari persepsi terhadap situasi yang dihadapi, yang dilahirkan dalam bentuk ancaman yang bakal diterima oleh seseorang individu seperti kekalahan, ugutan fizikal, rasa, malu dan sebagainya. Pelbagai jenis kebimbangan yang dihadapi oleh pemain bola sepak antaranya kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. Di mana kebimbangan tret merujuk kepada cirri-ciri personaliti individu yang lebih tertumpu kepada pemain bola sepak yang sering mentafsirkan situasi di persekitaran mereka sering menekan dan mengugut diri mereka ini akan melemahkan keyakinan diri pemain untuk beraksi dalam permainan. Manakala kebimbangan seketika pula, merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan serta mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi. Justeru itu, segala tindak balas atau respons yang di ambil terhadap mereka kini telah dipengaruhi oleh kebimbangan berasaskan situasi. Setelah mengkaji video perlawanan bola sepak antara pasukan Liverpool lawan pasukan AC Milan pada Final 2005 Atatürk Stadium in Istanbul, Turkey bertarikh 25 Mei 2005. Kedua- dua pasukan mengalami tahap kebimbangan yang cukup tinggi menyebabkan tahap keyakinan diri dalam diri mereka semakin rendah, hal ini kerana faktor persekitaran yang begitu kuat dengan sorokan menyebabkan para pemain berasa gugat untuk meneruskan perlawanan. Harapan penyokong begitulah tinggi kepada para pemain kerana perlawanan inilah yang menentukan nasib dan mengharumkan nama negara ke pelosok dunia.

Maka ego semua pemain Liverpool akan tercabar dan tertekan serta hilang keyakinan diri untuk meneruskan permainan sekali gus akan meningkatkan tahap kebimbangan seketika pemain Liverpool. kebimbangan seketika yang di alam oleh para pemain terhasil daripada lima faktor penting. .Menurut endeler(1978). Pertama. tekanan ego khususnya apabila seorang pemain Ac milan menjaringkan gol pertama menyebabkan semua pemain Liverpool berada bimbang kerana ketinggalan satu jaring gol ke hadapan.