P. 1
11 Tajuk 4 Ruang

11 Tajuk 4 Ruang

|Views: 1|Likes:
Published by Anut_Ainen

More info:

Published by: Anut_Ainen on Apr 14, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/02/2015

pdf

text

original

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

TAJUK 4 RUANG

SINOPSIS

Kesedaran ruang adalah intuisi individu terhadap bentuk, dan perkaitan yang ujud antara pelbagai jenis bentuk. Individu yang mempunyai kesedaran ruang tahu tentang aspek geometri yang ada, dan pelbagai bentuk yang terhasil daripada objek-objek yang terdapat di persekitarannya. Selain itu individu yang mempunyai kesedaran ruang mempunyai keupayaan untuk membuat gambaran mental tentang hubungan antara sesuatu objek, dan ruang yang berkaitan. Mereka selesa apabila memberi penerangan tentang konsep geometri sesuatu objek, dan menghargai bentuk geometri yang terdapat dalam lukisan, senibina, atau alam semulajadi. Sebagai guru matematik, kita perlu menerapkan kesedaran tentang ruang dalam kalangan murid. Contoh bentuk geometri yang ada di persekitaran kita perlu dikaitkan apabila menjelaskan tentang konsep geometri.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dijangka akan dapat: • • • • Mengenal pasti bentuk dua matra seperti poligon, segitiga, dan sisi empat; dalam satah geometri. Mengenal pasti pepejal tiga matra seperti kubus, kuboid, silinder, kon, piramid, dan prisma. Menggunakan bahasa dan perbendaharaan kata yang ada kaitan dengan geometri. Menggunakan bahan manipulatif untuk menyiasat ciri-ciri pepejal tiga matra. 61

KERANGKA TAJUK-TAJUK Ruang Pepejal Tiga Matra dan Bentuk Dua Matra Membina Bentuk Dua Matra dan Pepejal Tiga Matra Konsep Ruang dan Hubungannya Dengan Aktiviti Harian 4. senaraikan semua bentuk geometri yang dapat anda perhatikan.WAJ3105 LITERASI NOMBOR • •  Membina objek dua matra dan tiga matra menggunakan bahan-bahan mudah atau alat konvensional. Rajah 1 menunjukkan sebuah khemah. di Perancis. 62 . Rajah 2 ialah Menara Kuala Lumpur.1 PEPEJAL TIGA MATRA DAN BENTUK DUA MATRA Rajah 1 Rajah 2 Rajah 3 Aktiviti 1 Perhatikan kesemua grafik di atas. dan Rajah 3 ialah Louvre. Menggunakan konsep geometri dalam kehidupan seharian. Berdasarkan pemerhatian anda.

iaitu panjang dan lebar. dan tiga matra sebagai 3-D. dan tidak mempunyai ketebalan.1 Bentuk Dua Matra Objek seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4 dikenali sebagai bentuk dua matra atau 2-D. Kesemua objek ini berada dalam satu satah. Objek dua matra disebut juga sebagai 2-D. Ia hanya mempunyai dua dimensi. Beberapa lagi contoh bagi bentuk dua matra ditunjukkan dalam Rajah 6. Rajah 4 Rajah 5 Apakah ciri-ciri yang ada pada objek dalam Rajah 4 dan Rajah 5? 4.1.WAJ3105 LITERASI NOMBOR Bentuk geometri yang telah anda kenalpasti daripada aktiviti 1 dapat dikelompokkan kepada dua kumpulan utama. iaitu objek dua matra dan tiga matra. 63 . Antara bentuk geometri yang dapat dikelompokkan adalah seperti berikut.

segiempat sama. rombus. Jadual 1 Jenis Segitiga Segitiga sama sisi Segitiga kaki sama Segitiga tak sama kaki Bilangan sisi sama panjang Bilangan garis simetri Saiz sudut Segiempat tepat. trapezium. lelayang adalah contoh bagi bentuk sisi empat. perihalkan setiap segitiga berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan dalam Jadual 1. Apakah perbezaan antara setiap 64 . segiempat selari.WAJ3105 LITERASI NOMBOR segiempat tepat bulatan segitiga tak sama kaki segiempat sama segitiga sama sisi segiempat selari trapezium segitiga kaki sama rombus lelayang Rajah 6 Setiap poligon segitiga yang terdapat dalam Rajah 6 mempunyai ciri-cirinya yang tertentu. Berpandukan bahan manipulatif yang sesuai.

Buat rujukan dan lengkapkan Jadual 2 di bawah. sudut. sisi. Jadual 2 Jenis Poligon Pentagon Bilangan sisi poligon 5 6 7 Octagon 8 9 65 . senaraikan ciri-ciri setiap bentuk sisi empat yang dinyatakan berdasarkan aspek berikut. Poligon dinamakan berdasarkan bilangan sisinya. dan tentukan bilangan sisi bagi setiap satunya. pepenjuru.WAJ3105 LITERASI NOMBOR bentuk ini? Lakukan aktiviti 2 seterusnya untuk mengenali pelbagai bentuk sisi empat dengan lebih dekat. Perhatikan bentuk dalam Rajah 7. Rajah 7 Poligon boleh mempunyai lebih daripada empat sisi. dan simetri. Aktiviti 2 Berpandukan bahan manipulatif yang sesuai.

lebar.1. 4. Kenal pasti kategori pepejal tersebut. Kongsi dengan rakan kelas anda dan simpan dalam folio.1.3 Ciri Pepejal Tiga Matra kubus sfera prisma segitiga kon silinder kuboid prisma heksagon piramid 66 Rajah 9 .WAJ3105 LITERASI NOMBOR 10 11 Dodecagon 12 4. Rajah 8 berikut menunjukkan beberapa lagi contoh pepejal tiga matra. Rajah 8 Aktiviti 3 Buat rujukan dan kumpulkan grafik pepejal tiga matra yang terdapat dalam kehidupan seharian. Kesemua objek ini mempunyai tiga dimensi iaitu panjang (atau ketinggian). dan ketebalan (atau kedalaman).2 Pepejal Tiga Matra Objek seperti yang terdapat dalam Rajah 5 di kenali sebagai pepejal tiga matra atau 3-D. Beberapa contoh ditunjukkan di sebelah.

bilangan permukaan mendatar. Jelaskan pemerhatian anda dalam bentuk jadual. 67 . prisma. kon dan lain-lain. Setiap pepejal ini mempunyai ciri-cirinya yang tertentu seperti berpermukaan mendatar atau berpermukaan melengkung.WAJ3105 LITERASI NOMBOR Rajah 9 menunjukkan pelbagai jenis pepejal tiga matra iaitu kubus. tentukan ciri-ciri yang ada pada setiap objek tersebut. bulatan. bilangan bucu. segiempat tepat. bagi menyatakan bilangan tepi. heksagon dan lain-lain. sfera. tepi bucu Permukaan mendatar berbentuk segiempat tepat Permukaan mendatar berbentuk segitiga Rajah 10 Prisma bertapak segitiga dalam Rajah 10 mempunyai enam bucu dan sembilan tepi. jenis permukaan. Ada pepejal mempunyai tapak berbentuk segiempat sama. Pepejal ini juga mempunyai tiga permukaan berbentuk segiempat tepat dan dua permukaan berbentuk segitiga. atau gabungan kedua-duanya. dan bentuk permukaan yang dipunyai setiap objek. Aktiviti 4 Bagi setiap objek dalam Rajah 9. Bilangan tepi dan bucu juga berbeza mengikut objek. Gunakan bahan manipulatif bagi membantu anda untuk mendapatkan gambaran sebenar setiap objek.

Seterusnya bina bentuk dua matra seperti yang terdapat dalam Rajah 6.2 MEMBINA BENTUK DUA MATRA DAN PEPEJAL TIGA MATRA Rajah 11 Pelbagai bentuk dua matra boleh dibina dengan menggunakan geobod (Rajah 11). Bina bulatan dengan menggunakan tali dan paku tekan. Sudah selesai aktiviti 4 dan 5? Berehat sebentar sebelum ke topik seterusnya. Bina elips dengan menggunakan tali dan dua paku tekan. i. sesiku dan pembaris. Bina beberapa bentuk lagi bagi mengukuhkan pemahaman anda tentang ciri-ciri bentuk dua matra. 68 . Aktiviti 5 Bentuk dua matra boleh dibina dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah. dengan menggunakan alat geometri seperti jangka lukis. ii.WAJ3105 LITERASI NOMBOR 4.

Latihan 1 Bersama rakan anda bina beberapa bentuk dua matra dengan menggunakan perisian seperti GSP.WAJ3105 LITERASI NOMBOR Rajah 12 ICT boleh dimanfaatkan untuk membina bentuk dua matra. Smart Draw. Cetak hasil kerja dan simpan dalam folio anda. Rajah 13 69 . dan lain-lain. Rajah 12 menunjukkan beberapa contoh bentuk yang dibina dengan menggunakan Geometer’s Sketchpad (GSP). MSWord.

WAJ3105 LITERASI NOMBOR Rangka pepejal tiga matra boleh dibina dengan menggunakan lidi dan plastisin. Aktiviti 6 . Pierre van Hiele dan Dina van Hiele-Geldof pada tahun 1959 telah memberi maklumat kepada kita tentang perbezaan pemikiran geometri dalam kalangan individu. piramid. kuboid. 4. Kajian yang telah dijalankan oleh dua orang penyelidik.2 KONSEP RUANG DAN HUBUNGANNYA DENGAN AKTIVITI Tidak semua orang berfikir tentang konsep dan idea ruang dalam cara yang sama. Rajah 13 menunjukkan contoh bagi kuboid dan prisma. Bina rangka bagi pepejal yang lain bersama rakan dalam kumpulan anda. Bina bentangan bagi beberapa bentuk tiga matra seperti silinder.2. Rajah 14 Rajah 14 menunjukkan bentangan bagi kubus. kon mengikut kumpulan. Seterusnya cantumkan tepi yang bersesuaian bagi membentuk model pepejal dalam tiga matra 4.1 Peringkat Pemikiran Geometri Model van Hiele 70 .

dan apakah jenis idea geometri yang dimiliki. mempunyai empat sudut tegak. Hasil daripada pemikiran peringkat 0 ialah seseorang dapat kelompokkan bentuk yang dilihatnya sebagai ”serupa”. dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja. sisi bertentangan yang selari dan sama panjang. dan lain-lain. Hasil daripada pemikiran peringkat 1 ialah seseorang dapat memperihalkan ciri-ciri sesuatu bentuk. dan rapi (rigor) Setiap lima peringkat menjelaskan proses bagaimana seseorang itu berfikir. Peringkat 1: Analisis Idea pemikiran pada peringkat 1 ialah kemampuan melihat bentuk secara berkelompok dan bukannya secara berasingan . deduksi.WAJ3105 LITERASI NOMBOR Model van Hiele menjelaskan bahawa terdapat lima peringkat berhirarki bagaimana individu memahami konsep atau idea ruang. deduksi tak formal. tetapi beberapa jenis segiempat tepat yang berlainan saiz dan posisi. 71 . Justeru dia dapat membuat perbandingan mengapa sesuatu bentuk itu dikatakan segiempat tepat dengan melihat kepada bilangan sisi. Lima peringkat tersebut ialah penggambaran (visualization). analisis. dia bukan sahaja dapat memberi tumpuan kepada hanya satu bentuk segiempat tepat. seseorang dapat mengenali dan menamakan bentuk berdasarkan pandangan dan ciri-cirinya yang umum. Pada peringkat analisis. Peringkat 0: Penggambaran (Visualization) Idea pemikiran pada peringkat 0 ialah tentang bentuk dan bagaimana rupa sesuatu bentuk. Sebagai contoh. seseorang berupaya untuk memikirkan semua bentuk dalam kategori yang sama. Pada peringkat ini.

Setelah dapat berfikir tentang ciri-ciri objek geometri. dan postulat. dan juga dalam kalangan ciri-ciri bentuk. Pada peringkat deduksi.WAJ3105 LITERASI NOMBOR Peringkat 2: Deduksi Tak Formal Idea pemikiran pada peringkat 2 ialah ciri-ciri bentuk . teorem..” Hasil daripada pemikiran peringkat 2 ialah seseorang dapat memperihalkan hubungan antara ciri-ciri geometri sesuatu bentuk. Pada peringkat deduksi. Jika suatu bentuk adalah segiempat sama. individu boleh menggunakan pernyataan yang abstrak tentang ciri-ciri geometri yang berasaskan logik. seseorang akan dapat mengembangkan pemikirannya berkaitan dengan hubungan antara ciri-ciri bentuk. Individu mula berfikir tentang struktur sistem yang terdiri daripada aksiom. membahagi dua sama antaranya. 72 . Sebagai contoh. bukan lagi sekadar intuisi. Sebagai contoh. dan dalam masa yang sama menghargai pembuktiaannya melalui hujah-hujah deduksian. Pemikiran begini akan beransur matang menggantikan pemikiran sebelumnya yang hanya konjektur tentang hubungan antara ciri-ciri geometri. seseorang dapat meneroka lebih daripada ciri-ciri geometri sesuatu bentuk. Peringkat 3: Deduksi Idea pemikiran pada peringkat 3 ialah kemampuan memperihalkan hubungan antara ciri-ciri geometri sesuatu bentuk. definisi. maka bentuk itu mestilah segiempat tepat. ”Jika semua sudut bagi suatu bentuk adalah bersudut tegak.. Dia berupaya untuk membuat penaakulan ”jika . ia boleh melihat dengan mudah bahawa pepenjurupepenjuru segiempat tepat. maka bentuk itu juga adalah segiempat tepat. maka”.

i. Peringkat 1: Analisis iii. Hasil daripada pemikiran peringkat 4 ialah membanding dan membezakan sistem aksiom yang berbeza tentang geometri. pelajar perlu dibantu dengan memberi pengalaman dan aktiviti yang bersesuaian supaya mereka mempunyai kesediaan yang baik apabila belajar tentang geometri di peringkat kolej atau universiti. Sebagai guru. Peringkat 2: Deduksi tak formal 73 . Peringkat 0: Penggambaran ii.WAJ3105 LITERASI NOMBOR Hasil daripada pemikiran peringkat 3 ialah sistem deduksian aksiom tentang geometri. Individu boleh membanding dan melihat hubungan antara sistem aksiom yang berbeza. pemikiran geometri pelajar sekolah rendah perlu dibangunkan sekurang-kurangnya hingga ke peringkat 2. Sebagai contoh. tumpuan adalah tentang sistem aksiom. Peringkat 4: Rapi (Rigor) Idea pemikiran pada peringkat 4 ialah sistem deduksian aksiom tentang geometri. Pada peringkat paling tinggi dalam hirarki van Hiele. Berdasarkan teori van Hiele. berbeza dengan geometri satah. Latihan 2 Bersama rakan anda rancang aktiviti pengajaran yang bersesuaian untuk membantu murid supaya pemikiran dan kemahiran geometri bagi setiap peringkat berikut dapat dibangunkan dalam kalangan mereka. geometri sfera adalah berasaskan garisan yang dibina atas sfera.

dan membina corak yang terdapat pada bangunan. Bentuk dan corak dapat menghasilkan suatu yang menarik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 16.2 Konsep Geometri dan Kehidupan Seharian Rajah 15 Kemahiran dalam geometri dapat menghasilkan corak yang menarik. seperti simetri dan transformasi bentuk dapat dimanfaatkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 15. Rajah 16 Kemahiran dalam geometri juga diperlukan dalam mereka bentuk bangunan.WAJ3105 LITERASI NOMBOR 4. Kefahaman tentang ciri-ciri yang ada bagi sesuatu bentuk.2. 74 .

(2008). J.my/bpk/ . Boston: Pearson Education. D. 75 . W.WAJ3105 LITERASI NOMBOR Rajah 17 Perhatikan alam semula jadi di sekeliling kita. (2007).gov. Essential mathematics. Bina corak yang menarik berasaskan konsep dan ciri-ciri bentuk geometri bagi menghasilkan satu kraftangan yang menarik. L.A. Petaling Jaya: Pearson Malaysia. L.). Inc. Mathematics explained for primary teachers. Elementary and middle schools mathematics: teaching developmentally (6th Ed. Van de Walle.moe. (3rd ed. (2006). Cheong. Haylock. Q. Baca isi kandungan topik Bentuk 2-D dan Bentuk 3-D dalam Spesifikasi Kurikulum Matematik KBSR dan KSSR yang boleh diperolehi dari URL Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia di www. London: Sage. & Teh.) . Form 2. Aspek geometri dapat diperhatikan sebagaimana contoh yang ditunjukkan dalam Rajah 17.

WAJ3105 LITERASI NOMBOR 76 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->