You are on page 1of 7

a. Sudut Pembelajaran Kognitif.

Pusat pembelajaran ini sangat penting kerana ia boleh merangsangkan proses pemikiran kanak-kanak ketahap yang lebih tinggi dan komplek Untuk itu peralatan yang terdapat dipusat pembelajaran ini perlulah banyak yang merangsangkan minat dan kebolehan kanakkanak untuk meningkatkan keupayaan dan tahap pencapaiannya, Disamping itu pusat kognif ini juga dapat membina atau untuk membentuk keyakinan, sifat berdikari dan belajar kendiri. Menurut Piaget: dipusat pembelajaran inilah kanak-kanak akan dapat membentuk dan menambahkan lagi ilmu pengetahuannya . Manakala Dewey pula bependapat kanak-kanak akan:dapat memahami dengan lebih mendalam lagi jika dia melakukan sendiri aktiviti itu. b. Pusat Pembelajaran Main Peranan: Sudut ini merupakan sudut untuk membina keyakinan diri dan semangat berdikari serta memupuk sifat kerjasama. Disudut ini juga kanak-kanak akan memegang beberapa watak dan akan berperanan dengan watak-watak tertentu dan ini membolehkan kanak-kanak itu mendalami watak-watak itu yang dipegangnya. Untuk itu aktiviti untuk menggambarkan diri sendiri serta orang-orang lain seperti bercerita dan berlakon yang diadakan samada didalam bentuk kumpulan atau berpasangan yang bertujuan untuk menggalakkan kepada perkembangan sosio-emosi yang mementingkan kepada kemahiran berkomunikasi. c. Pusat Pembelajaran muzik Pada pusat pembelajaran ini kanak-kanak akan diberi peluang untuk menggunakan pelbagai peralatan muzik yang mudah dan ringkas seperti piano, pianika, tamborin, kastenet, kompang, kerincing dan drum untuk belajar mencipta bunyi, mengikut rentak dan irama serta mendisiplinkan diri dengan bermain muzik mengikut peraturan. Antara aktiviti pembelajaran yang diadakan adalah seperti menyanyikan lagu-lagu mudah sambil bertepuk tangan dan membuat pergerakan mengikut lirik atau irama serta memainkan alat muzik. Ini bermakna pusat pembelajaran muzik ini sangat sesuai untuk membentuk disiplin dan akan dapat untuk menggalakkan perkembangan sosio-emosi dan kognitif. Disamping itu telivisyen, radio dan VCD perlu diadakan untuk kanak-kanak melihat dan menonton pelbagai rancangan kanak-kanak. d. Pusat Pembelajaran Bahasa Di Pusat pembelajaran bahasa ini diletakkan rak-rak buku, meja, kerusi dan pelbagai buku cerita serta pelbagai media yang bertujuan untuk kanak-kanak berkomunikasi dan aktiviti bahasa dan literasi. Aktiviti-aktiviti berbahasa atau literasi yang kerap diadakan adalah seperti aktiviti bercerita, membaca buku dan permainan kad huruf. Kesemua akrtiviti ini dapat merangsangkan perkembangan bahasa dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi seperti bertutur, menulis atau mendengar. Dipusat pembelajaran ini juga boleh diletakkan peralatan pelbagai media audio-visual untuk menggalakkan perkembangan sosio-emosi dan perkembangan literasi kanak-kanak. e. Pusat Pembelajaran Sains Pusat ini memberi pendedahan kepada alam sains dengan menggunakan kaedah-kaedah inkuiri dan penemuan. Pada sudut pembelajaran sains ini kanak-kanak akan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti secara hands-on dan minds-on dengan menggunakan deriaderia melalui pemerhatian, lawatan, eksperimen dan penerokaan konsep-konsep sains yang berkaitan dengan alam sekitar.

f. Pusat pembelajaran Matematik dan manipulatif/ Blok Pada pusat ini adalah diharapkan kanak-kanak akan dapat berinteraksi dengan bahan-bahan manipulatif seperti blok kayu yang pelbagai saiz dan bentuk, polidron, blok bernombor, puzzle dan lain-lain lagi. Bahan yang terdapat di pusat ini hendaklah bahan yang taan lasak dan tidak bertoksid. Disamping itu bahan yang terdapat di pusat pembelajaran ini akan dapat memberi pendedahan kepada konsep awal nombor, permainan-permainan nombor dan konsep-konsep matematik. Di pusat ini juga akan diadakan pelbagai aktiviti-aktiviti nyanyian dan pergerakan yang melibatkan konsep matematik dan ini membolehkan kanakkanak itu dapat menghayati matematik dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan g. Pusat Pembelajaran Seni Pusat pembelajaran seni merupakan sebuah pusat yang dapat mengcungkil bakat kreativiti kanak-kanak. Terdapat pelbagai pealatan seni yang digunakan untuk pusat pembelajaran ini antaranya ialah esel, pensil warna, cryon, berus pelbahai saiz, cop-cop gambar haiwan, copcop buah-biah dan pelbagai peralatan lagi. Tujuannya ialah untuk kanak-kanak mebuat contengan, melukis, mewarna, membuat kraf, mengecap dan menstensil dengan menggunakan pelbagai alat dan media. Di pusat pembelajaran seni juga kanakkanak digalakkan menggunakan bahan kitar semula atau bahan buangan untuk memupuk perasaan cinta pada alam dan bumi kita. h. Pusat Pembelajaran Teknologi. Di Pusat pembelajaran teknologi akan diletakkan komputer, printer serta pelbagai perisian dan program-program pembelajaran yang bertujuan untuk meningkatkan kognitif kanak-kanak. Antara aktiviti pembelajaran yang diadakan di pusat pembelajaran ini ialah aktiviti mengira, menaip, menyebut, melakar, mengkategorikan dengan berpandukan kepada perisianperisian yang diprogramkan. Contoh program Microsoft office, print artist, publisher, word dan pelbagai program kanak-kanak yang lain. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan Kebanyakkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada ruang dalaman lebih menumpukan kepada pembentukan dan perkembangan sahsiah diri kanak-kanak secara menyeluruh an bersepadu. Setiap perkembangan itu akan diperkembangkan menurut amalan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah perkembangan bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, perkembangan sosio-emosi, Perkembangan Pendidikan Kerohanian dan Moral, Perkembangan Fizikal dan perkembangan Kreativiti dan Estetika. Untuk itu aktiviti yang dijalankan pada setiap ruang dalaman itu perlulah mengambilkira tentang umur, saiz, keluasan bilik, bahan yang ada dan kemampuan kanak-kanak.

Latihan 2: Nyatakan kepentingan pusat pembelajaran dalam membantu pembelajaran kanak-kanak yang membolehkan mereka meneroka, mencuba, berinteraksi dengan persekitaran? 10.3.2 Pelan luar Keinginan untuk bermain adalah merupakan perkara lumrah pada setiap kanak-kanak dan ianya mempunyai nilai-nilai tertentu. Dengan bermain kanak-kanak dapat mempertingkatkan tahap keyakinan diri iaitu dengan memperluaskan minda, membentuk sosilsasi da bole

menyelesaikan masalah. Pepatah ada mengatakan, main adalah pekerjaan kanak-kanak. Untuk itu ruang-ruang pembelajaran perlulah ada pengubahsuaian sama ada untuk ruang dalam mahupun ruang luar kelas. Perancangan ruang hendaklah dilaksanakan dengan berhati-hati. Sebelum abad ke 20an kebanyakan ruang pembelajaran luar kelas banyak meggunakan bahan yang diperbuat daripada kepingan logam kini ianya telah betukar kepada peralatan yang menjurus kepada aktiviti permainan imaginasi dan direka bentuk dengan mengambil kira ciri-ciri ketahanan, keselamatan dan penggunaan jangka panjang. Untuk itu ruang luar kelas perlulah disusun dan dirancang dengan rapi seperti ruang dalam kelas. Ruang luar kelas hendaklah sentiasa bersih dan selamat dan penyediaan aktivitinya banyak bertumpu kepada keadaan cuaca dan suhu. Ruang di luar kelas hendaklah mempunyai permukaan yang licin dan kesat untuk memudahkan kanak-kanak menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fizikalnya. Kawasan pembelajaran luar kelas juga perlulah bersetentangan dengan ruang pembelajaran dalam kelas dan berdekatan dengan tandas. Pelan luar yang dirancang perlulah mudah dilihat oleh guru atau pembantu untuk mepastikan agar guru dapat mengawasi setiap pergerakan kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti Segala longkang hendaklah ditutup.

a.

Jenis taman permainan dan susun atur

Jenis taman permainan dapat dklasifikasikan mengikut zon ativiti yang akan diadakan Kanak-kanak biasanya gemar memilih aktiviti yang diminatinya semasa berada di ruang luar kelas. Untuk itu guru perlulah menyediakan pelbagai peralatan dan bahan yang boleh diklassifikasikan dan diletakkan kepada zon-zon tertentu. Setiap zon akan memainkan peranan yang unik didalam memperkembangan tahap jasmani, emosi, rohani dan sosial kanak-kanak. Adalah diharapkan semasa kanak-kanak ini berada di ruang luar bilik darjah ia akan dapa mempertingkatkan kecekapan berbahasa an beomunikasi, memperluaskan lagi tahap kemahiran berfikir, mengamalkan sikap berakhlak mulia dan beretika, sentiasa berkeyakinan dan berdisiplin, melahirkan kanak-kanak yang sihat dan cergas serta boleh menjadikan kanak-kanak itu seorang yang kreatif, imaginatif dan ekpresif Zon Aktiviti Ruang Luar Kelas Praseklah Di dalam kelas prasekolah terbahagi kepada beberapa zon pembelajaran untuk menentukan aktiviti yang dijalankan. Zon aktiviti pembelajaran di luar kelas prasekolah terbahagi kepada dua iaitu zon senyap dan zon bising. a. Zon Senyap Zon Transisi: Ini merupakan zon peralihan yang diletakkan dibahagian hadapan tempat permainan. Di zon ini juga kanak-kanak akan memikirkan di zon mana yang ia akan bermain.

Zon main air: Zon ini merupakan zon yang membolehkan kanak-kanak bermain air samada air itu diletakkan didalam besin atau pada tempat yang khas yang telah tersedia bina.

Zon main pasir : Pada zon ini kanak-kanak akan dapat membina dan membentuk kekuatan tangan dan jari dan ini membolehkan kanak-kanak itu dapat mengimbangi otototot motor halus didalam mengodinasikan mata-tangan kanak-kanak.

Zon main drama : Tempat yang sesuai untuk kanak-kanak bermain peranan dan amat berguna untuk memperkembangkan kemahiran sosialisasi dan kemahiran literasi kanak-kanak. Pada zon ini perlu disediakan satu pondok agar kanak-kanak dapat memainkan peranan dan berinteraksi bersama.

Zon selesa/ sosial: Zon ini sangat mustahak kerana kedudukan zon ini amat selesa kerana didalam zon ini perlu ada kawasan yang teduh samaada ditutupi oleh pokok atau tempat yang beratap. Pada zon ini juga perlu diletakkan beberapa buah kerusi meja, air pancutan dan tempat rehat. Semasa berada di zon ini kanak-kanak itu akan dapat meningkatkan kemahiranberbahasa dan kemahiran sosialnya. Ini adalah disebabkan dizon ini kanak-kanak boleh berinteraksi bersama rakan.

Zon perkhidmatan : To aid in the maintenance of the playground, trash receptacles should be strategically located around picnic tables, seating areas, etc. For supervised playgrounds, storage for loose play materials such as balls, jump ropes, dramatic play props, and big loose parts should also be provided. Consideration should also be made as to whether storage of maintenance equipment (mowers, rakes, blowers, etc.) should be located on or in close proximity to the playground. b. Zon bising

Zon main buaian: Ini adalah merupakan permainan yang paling diminat oleh kanakkanak dan aktviti ini hendalah diletakan berjauhan dengan tempat permainan lain untuk tujuan keselamatan. Untuk tujuan keselamatan kerangka yang digunakan hendaklah stabil. Tiada unit buaian yang bersentuhan manakala tali buaiannya ada lapisan plastisol atau yang setara untuk mengelakkan kecederaan. Ketinggian buaian 2000 2100 mm. Saiz tempat duduk 600 x 100mm serta tali buaian itu panjangnya 1250-1800 mm. Tujuan permainan buaian ini adalah untuk latihan kekuatan tangan dan membina keyakinan diri.

Zon permukaan kasar: Zon ini mengandungi permukaan konkrit yang melibatkan aktiviti bermain melantunkan bola, melompat, mengayuh basikal dan aktiviti yang banyak melibatkan aktiviti motor kasar dan penglibatan kordinasi anggota badan. Zon biasa : Merupakan zon yang merupakan padang. Dimana untuk menggalakkan kanak-kanak berlari, bermain bola. Banyak tedapat pokok dan terdapat tempat yang berpayung untuk kanak-kanak berehat.

Zon kreativiti: Pada zon ini kanak-kanak itu dapat melahirkan kreativiti untuk membina alat permainannya sendiri. Untuk itu di zon ini tedapat peralatan seperti bongkahbongkah kayu dan plastik yang pelbagai bentuk untuk memudahkan membina dan meruntuh peralatan permainan yang disukainya. Satu tempat penyimpanan peralatan hendaklah disediakan untuk membolehkan kanak-kanak itu menyimpan kembali peralatan bongkah yang telah digunakan.

Zon Permainan motor kasar: Merupakan zon yang dilengkapi dengan peralatan permainan seperti papan gelongsor, palang bergayut, jongkang-jongkit, papan imbangan, terowong dan getah pelapik. Perancangan untuk menempatkan peralatan ini hendaklah mengambil kira aspek keselamatan, saiz badan dan persekitaran prasekolah itu sendiri. 4.2.3 Kelengkapan Peralatan Sesebuah kelas prasekolah yang kondusif dan berkualiti dapat menyediakan peralatan yang digunakan pada permainan luar dan peralatan dalaman. Jenis-jenis peralatan dan bahan adalah disarankan seperti berikut: a. Peralatan Dalaman Berikut adalah cadangan peralatan pembelajaran yang boleh digunakan didalam kelas:

Bil 1.

Pusat Pembelajaran Pusat Bahasa

Peralatan

2.

Pusat Teknologi

3.

Pusat Manipulatif

4.

Pusat Kognitif

1. Carta poket 2. Buku besar 3. Buku cerita kanak-kanak 4. Buku kecil bergambar 5. Buku Puisi kanak-kanak 6. Buku cerita/ lagu kanak-kanak 1. Telivisyen 2. CD, DVD & Radio 3. Komputer 4. Pencetak 5. Perisian 1. Board plus starter kit diperbuat dari tech-foam 2. Linking quarter circle block 3. Pelbagai jenis bentuk Blok 1. Alat pengukur 2. Kanta pembesar 3. Set magnet 4. Set Tabung uji 5. Foam alphabet 6. Foam numbers 7. Alat penimbang 8. Alat formasi bentuk geografi 9. Model haiwan 10. Model Sayur-sayuran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Carta huruf Hijaiyyah Huruf-huruf jawi Cop huruf jawi Buku cerita Buku cerita pendidikan moral / tauladan Panduan wuduk/ Solat Kelengkapan solat Warna air Berus Apron Peralatan dan media lukisan Play dough Serbuk warna Alat Permainan dalam Alat muzik

5.

Pusat Pendidikan Islam

6.

Pusat Kreativiti dan Estetika

b. Perabot Prasekolah Peralatan perabot di kelas prasekolah hendaklah bersesuaian dengan keperluan murid. Berikut adalah cadangan bentuk-bentuk perabot yang sesuai untuk kelas prasekolah: Meja trapezium Meja rectangular Meja bulat Kerusi murid Kotak menyimpan carta Rak buku rendah Rak manipulatif Rak buku permukaan sebelah Rak serbaguna Rak ABM beroda Rak buku belipat Papan esel

b. Peralatan Permainan Luar Prasekolah. Aktiviti permainan luar memerlukan peralatan. Berikut cadangan peralatan yang sesuai untuk aktiviti permainan luar. Papan jongkangjongkit Buaian Gelongsor Rangka bergayut Kotak main air dan pasir Terowong Tiang bola keranjang Pondok da getah pelapik

Susun atur persekitaran ruang pembelajaran


Berikut adalah garis panduan susun atur ruang pembelajaran prasekolah:

Bahan dan peralatan hendaklah pada saiz dan ketinggian kanak-kanak.Peralatan seperti gambar, papan buletin hendalah pada tahap penglihatan kanak-kanak, bukan tahap guru. Keadaan almari, rak-rak buku dan lainlain bahan hendalah mudah dicapai oleh kanakkanak. Perabot seperti kerusi dan meja hendaklah bersesuaian dengan saiz kanak-kanak. Kelas hendaklah diuruskan dengan baik dengan kedudukan barang disusun dengan teratur bukannya berselerak kerana ini boleh mempengaruhi perlakuan kanak-kanak. Pastikan aliran pergerakkan kanak-kanak tiada penghalangnya (traffic flow). Perlu disediakan satu ruang untuk kanak-kanak berlari. Ruang untuk pemeblajaran seni hendaklah diletakkan berhampiran dengan sinki supaya mudah untuk kanak-kanak membasuh dan membersihkan peralatan seni lukisnya. Ruang permainan alat muzik hendaklah diletakkan jauh dengan ruang untuk bercerita atau membaca buku. Bilik prasekolah dan persekitarannya perlulah bersih, kemas dan menyeronokkan. Persekitaran fizikalnya hendaklah bersih dan selamat terutamanya di tandas yang perlu senantiasa bersih. Menyeronokkan dengan warna yang pelbagai terutamanya bahan-bahan yang letakkan dipapan buletin hendaklah disusun dengan kemas.

Penyediaan bilik hendaklah membolehkan kanakkanak itu bertanggung jawab menjaga peralatan yang ada seolah-olah kepunyaan sendiri. Pengurusan peralatan pembelajaran hendaklah disimpan pada tempat asalnya selepas digunakan. Guru perlulah boleh melihat, memerhati dan mengawasi setiap ruang bilik prasekolah untuk itu kabinet atau almari yang tinggi hendalah diletak ditepi dinding manakala kabinet , almari dan rak yang rendah diletkkan ditengah-tengah. Tempat penyimpanan bahan perlu diberi perhatian terutamanya penyediaan tempat kering dan basah. Ruang dan sudut hendaklah tidak tetap dan ada kalanya perlu ditukar kedudukannya supaya tidak membosankan kanak-kanak. Setiap ruang atau sudut perlulah pelbagai guna dan mempunyai pelbagai makna. Perlu diingat ruang yang ada boleh membantu keperluan dan minat kanak-kanak. Pemilihan peralatan Segala peralatan yang diguna pakai diprasekolah hendaklah mengikut kepada kesesuaian saiz badan, ketinggian, bahan yang digunakan dan mengikut kehendak falsafah pendidikan prasekolah. Iaitu untuk membolehkan kanak-kanak bebas membuat keputusan, membina meningkat kemahiran, meningkatkan konsep kendiri yang positif, interaksi sosial dan lebih menumpukan kepada pembelajaran berpusat kanak-kanak dan pemblajaran berpusatkan bahan.Peralatan yang ada juga hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan dan tidak mudah lentur, rosak dan tahan untuk digunakan oleh kanak-kanak